The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by One One, 2020-11-24 03:21:36

8 Draft LAYOUT DESIGN_ebook JKR

8 Draft LAYOUT DESIGN_ebook JKR

DRAFT JKR 19/20

H P T N 20

WARKAH
JKR

#MASA DEPAN ADALAH KITA

ISI
KANDUNGAN

LEGASI JKR PROGRAM CSR

PROJEK-PROJEK JKR 01 KERJA KECEMASAN; PEMBERSI-
HAN JALAN RAYA - JELEBU, N.
01 CENTRAL SPINE ROAD PAKEJ 3. SEMBILAN.
02 KOMPLEKS PENDARATAN IKAN DAN PEMBINAAN JAMBATAN BAILEY DI

BENTENG PEMECAH OMBAK - KOTA 02 LIPIS, PAHANG.
TINGGI, JOHOR. KERJA KECEMASAN; PEMBERSI-
03 KOMPLEKS OBSTETRIK HOSPITAL TENGKU
AMPUAN RAHIMAH DI KLANG, SELANGOR 03 HAN JALAN RAYA - MALIM,
– FASA 2. MELAKA.
04 DEPOH SIMPANAN KEPERLUAN MANGSA
BENCANA - PAHANG. 04 INOVASI MAKMAL PENYELIDIKAN
05 MENAIKTARAF SEKOLAH DAIF MENGGU- CREaTE JKR; PENGHASILAN
NAKAN KAEDAH IBS - SABAH. SPACER AEROCHAMBER.
06 PEMBINAAN PEJABAT KASTAM KOTA
KINABALU, SABAH. 05 PUSAT KUARANTIN & RAWATAN
07 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH - PULAU COVID-19 MAEPS - SERDANG,
PINANG (UPSLOPE). SELANGOR.
08 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH - PULAU
PINANG (DOWNSLOPE) 06 SUMBANGAN INTUBATION BOX
09 KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA OLEH CREaTE JKR.
KINABALU, SABAH.
10 LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI 07 KERJA PEMASANGAN ‘AIR COOL-
PAKEJ 2B PASIR HOR KE KADOK. ER’ DI KHEMAH PUSAT KUARANTIN
11 NAIKTARAF DAN BAIKPULIH JETI PUSAT - TANJUNG RAMBUTAN, PERAK.
TAMAN LAUT - PULAU TIOMAN, PAHANG.
12 LAPORAN FORENSIK RUNTUHAN BUM- 08 KERJA PEMASANGAN KHEMAH
BUNG SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU DAN KERUSI DI KLINIK KESIHATAN
KOTA DI KUALA LUMPUR. DAERAH - KUANTAN, PAHANG.
13 RUMAH KEKAL BAHARU (RKB) MANGSA
BANJIR. 09 MISI BANTUAN BANJIR DI SE-
14 PASCA BANJIR JAMBATAN AUR GADING GAMAT – DISERTAI SUKARELA-
DI LIPIS, PAHANG. WAN JKR & NGO.
15 LAPORAN FORENSIK PAPAK TANGKI
AIR RUNTUH DI SEKOLAH KEBANGSAAN 10 PEMASANGAN SISTEM SOLAR HI-
JERANGAU DI DUNGUN, TERENGGANU. BRID BAGI SEKOLAH LUAR BAN-
DAR DI SABAH.

LEGASI JKR

LEGASI JKR

Lorem ipsum dolor sit amet, Lorem ipsum dolor sit amet, Mus, sit repe
consectetur adipiscing elit, sed consectetur adipiscing elit, sed quo et etaut
do eiusmod tempor incididunt do eiusmod tempor incididunt
ut labore et dolore magna ut labore et dolore magna aut que
aliqua. Ut enim ad minim ve- aliqua. Ut enim ad minim ve-
niam, quis nostrud exercitation niam, quis nostrud exercitation
ullamco laboris nisi ut aliquip ex ullamco laboris nisi ut aliquip ex
ea commodo consequat. Duis . ea commodo consequat. Duis .
Ut enim ad minim veniam, quis Ut enim ad minim veniam, quis
nostrud exercitationtion nostrud exercitationtion

PROJEK-PROJEK
JKR

CENTRAL SPINE
ROAD PAKEJ 3

GUA MUSANG (KELANTAN) KE KG. RELONG
(PAHANG) – SEKSYEN 3E1: MENTARA KE
MERAPOH.

Isu kesesakan lalu lintas di Malaysia CSR Pakej 3 telah dibuka untuk kegunaan
dimusim perayaan sememangnya tidak as- awam pada 26 Julai 2020 dan diharapkan den-
ing lagi, terutamanya dibahagian Timur Laut gan pembinaan infrastruktur ini dapat memberi
di Semenanjung Malaysia. Oleh yang de- impak yang tinggi terutamanya kepada pen-
mikian, sebagai usaha bagi mengurangkan gurangan kesesakan lalu lintas dan juga tahap
kesesakan lalu lintas menuju ke Pantai Timur keselamatan dan keselasaan kepada pengguna
pada musim perayaan Malaysia, sebuah jalan raya, terutamanya di musim perayaan dan
projek yang dinamakan ‘Central Spine Road’ cuti sekolah di Malaysia.
(CSR) telah diwujudkan sebagai salah satu
komponen di bawah Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Projek ini telah dipertanggungjawab-
kan di bawah Pasukan Projek JKR untuk mer-
ekabentuk, pelaksanaan pembinaan serta
pemantauan sepenuhnya. Pembinaan infra-
struktur jalan ini memakan kos perbelanjaan
sebanyak RM93.6 juta dan antara skop uta-
manya merangkumi pembina jalan baru
sepanjang 5.4km dari Mentara ke Merapoh,
Pahang, berasaskan 4 lorong 2 hala dengan
mengikut piawaian JKR R5, sebuah jambatan
merentasi laluan persekutuan FT08, laluan
kereta api dan lain-lain lagi.

Sebuah majlis perasmian pembu-
kaan CSR Pakej 3 telah disempurnakan oleh
YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail,
Menteri Besar Pahang beserta YB Dato’ Sri Haji
Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja
Raya.



PEMBINAAN KOMPLEKS
PENDARATAN IKAN DAN
BENTENG PEMECAH OMBAK

KOTA TINGGI, JOHOR.

Projek ini terletak di kawasan Punggai,
Pengerang di Kota Tinggi, Johor, dengan kos
RM34.58 juta. Skop projek yang ditetapkan oleh
pihak pelanggan, iaitu Kementerian Pertanian
Dan Indsutri Asas Tani (MOA), termasuklah pem-
binaan jeti pendaratan ikan, pontoon tambatan
bot, bangunan pejabat, benteng pemecah om-
bak, 5 unit kuarters dan juga kerja-kerja infras-
truktur lain.

Projek ini telah berjaya melakukan
penjimatan kos sebanyak RM6.8 juta melalui
kaedah 4 in 1 (CPC, SOFA, as built drawing &
Operating Manual). Selain itu, anugerah Penca-
paian Pematuhan Amalan Terbaik Pengurusan
Projek (Inspektorat) Tahun 2018 ICU JPM telah
diterima dengan kejayaan peratus Pencapaian
Kementerian sebanyak 92.83% dan pada masa
yang sama meraih kecemerlangan bagi Tahap
Pencapaian Significantly Exceed Target (ST).

PEMBINAAN
KOMPLEKS OBSTETRIK
HOSPITAL TENGKU
AMPUAN RAHIMAH

KLANG, SELANGOR.

Pihak JKR bertanggungjawab
dalam pelaksanaan projek pembinaan
kompleks obstetrik ini setelah diberi ke-
percayaan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).

Projek ini merangkumi satu blok
baru setinggi 9 tingkat yang mengandun-
gi Wad Pesakit Dalam bagi Perkhidmatan
Obstetriks (dengan penyediaan 216 buah
katil untuk pesakit), Neonatal ICU (40 buah
katil), Special Care Nursery, 24 Bilik Bersa-
lin, 2 Bilik Bedah Maternity (MOT), klinik dan
pejabat pakar, Klinik Pakar Obstetriks dan
Ginekologi dan seterusnya perkhidmatan
sokongan yang lain seperti Satellite Labo-
ratory, farmasi, Unit Bekalan Sterile (TSSU),
Bilik On-Call dan lain-lain kemudahan,
termasuklah tempat letak kenderaan dan
kafeteria.

Walaupun projek ini berskala besar
dengan kos sekitar RM142.72 juta, pembi-
naan kompleks obstetrik ini berjaya di-
siapkan lebih awal dari tarikh asal sasaran.


216 BUAH
KATIL
PESAKIT


PEMBINAAN DEPOH
SIMPANAN KEPERLUAN
MANGSA BENCANA

PAHANG.

Beberapa buah negeri di dalam Ma-
laysia, terutamanya di bahagian Pantai Timur
Semananjung Malaysia, sering dilanda kejadian
banjir terutamanya pada musim tengkujuh di
hujung tahun.

Sebagai salah satu usaha dan langkah
kesiapsiagaan dalam menghadapi kejadian
banjir di masa akan datang, Kementerian Pem-
bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
telah mempertanggungjawabkan pihak JKR un-
tuk melaksanakan pembinaan Depoh Simpanan
Keperluan Mangsa Bencana di negeri Pahang.

Kos bagi pembinaan projek ini adalah
berjumlah RM3.42 juta dan ianya bertujuan men-
jadi depoh untuk menyimpan stok barangan
keperluan yang mencukupi tatkala menghada-
pi bencana di masa hadapan yang tiba tanpa
sebarang isyarat.

PEMBINAAN SEMULA DAN MENAIKTARAF SEKOLAH DAIF
MENGGUNAKAN KAEDAH IBS

SABAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mem-
beri kepercayaan kepada pihak JKR untuk melaksakan
projek Sekolah Daif ini. Projek yang berkos RM68.37 juta ini
bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan mas-
yarakat sekitar kawasan tersebut disamping menye-
diakan kemudahan dan memberi keselesaan kepada
para guru dan murid-murid di sekolah semasa sesi
pembelajaran berlangsung.
Sekolah daif ini dibina dengan menggunakan
kaedah ‘Industralised Building System’ atau lebih dikenali
sebagai IBS manakala skop projek ini pula melibatkan
pembinaan 37 buah sekolah (yang dibahagikan kepada
12 pakej dan 12 kontraktor), 277 buah Bilik Darjah, 37 buah
Bilik Sains dan juga 42 buah Blok Tandas.
Pembinaan menggunakan kaedah IBS ini mem-
benarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang jauh
lebih singkat berbanding dengan kaedah konvensional.
Ini adalah kerana komponen binaan IBS dihasilkan da-
lam persekitaran yang terkawal, lebih ringan, mudah un-
tuk dikendalikan dan seterusnya menyumbang kepada
tempoh masa pemasangan komponen yang IBS yang
singkat dan cepat. Hasilnya, projek ini berjaya disiapkan
dalam tempoh masa kurang dari setahun.

PEMBINAAN
PEJABAT
KASTAM

KOTA KINABALU, SABAH.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) telah meletakkan kepercayaan
kepada pihak JKR untuk melaksanakan
pembinaan Pejabat Kastam Kota Kinabalu
di Sabah.

Lokasi tapak projek terletak berse-
belahan Kompleks Pentadbiran Perseku-
tuan di Jalan Universiti Malaysia Sabah ini
bakal menempatkan keseluruhan peja-
bat JKDM di kawasan Kota Kinabalu bagi
memudahkan segala urusan pentadbiran.

Dengan rekabentuk moden, proje
ini merangkumi bangunan menara pejabat
setinggi 8 tingkat yang boleh menempat-
kan 297 orang kakitangan, dewan serb-
aguna yang boleh memuatkan seramai
500 orang, sebuah astaka dan juga kemu-
dahan sokongan yang lain-lain (seperti
bangunan mekanikal dan elekrikal, rumah
pengawal, padang kawad dan sebagain-
ya).


MENARA PEJABAT
SETINGGI 8 TING-
KAT YANG MEN-
EMPATKAN 297
ORANG KAKITAN-
GAN


PEMBAIKIAN CERUN
RUNTUH DI LALUAN
FT006/045/230
(UPSLOPE)

PULAU PINANG

Kerja pembaikan cerun runtuh ini
terletak di Daerah Barat Daya Pulau Pinang
dimana keadaan cerun itu boleh menggang-
gu keselamatan pengguna jalan raya di situ
terutamanya apabila berlaku hujan lebat.

Bagi memastikan keselesaan dan ke-
selamatan pengguna jalan raya di kawasan
tersebut, pihak Kementerian Kerja Raya telah
memberi tanggungjawab kepada JKR untuk
kerja pembaikan cerun runtuh tersebut den-
gan ‘slope treatment’ yang bersesuaian dan
seterusnya menjadikan skop projek ini mel-
ibatkan pembinaan ‘rubble wall with stone
pitching’ yang memakan belanja RM0.165
juta.

PEMBAIKIAN
CERUN RUN-
TUH DI LALUAN
FT006/045/230
(DOWNSLOPE)

PULAU PINANG

Projek pembaikian cerun runtuh
yang berkos RM0.382 juta ini terletak di ka-
wasan Barat Daya Pulau Pinang iaitu pada
Laluan FT006/045/300.

Bagi memastikan kualiti rawatan
cerun dan seterusnya keselamatan peng-
guna jalan raya terjamin, pihak pelanggan
bagi projek ini iaitu Kementerian Kerja Raya
telah menyerahkan tanggungjawab ke-
pada JKR untuk membina ‘soil nail tie back
wall’ pada cerun tersebut bagi mengelak-
kan berlakunya cerun runtuh di masa akan
datang.

PEMBINAAN
KOMPLEKS
MAHKAMAH
BARU KOTA
KINABALU

KOTA KINABALU, SABAH.

Tujuan pembinaan kompleks
mahkamah ini adalah untuk memberikan
perkhidmatan kehakiman dan perundan-
gan yang berkualiti kepada rakyat di negeri
Sabah.

Skop bagi projek ini adalah pem-
binaan sebuah bangunan mahkamah
setinggi 6 tingkat yang mengandungi kom-
ponen utama berikut; sebuah Mahkamah
Persekutuan, 3 buah Mahkamah Tinggi, 6
buah Mahkamah Seksyen dan juga 6 buah
Mahkamah Majistret. Dalam era moden
masa kini, keperluan badan kehakiman
adalah penting dalam agenda pemban-
gunan negara.

Keadaan fizikal bangunan mahka-
mah lama yang terhad dari segi keluasan
ruang sudah tidak lagi sesuai dan kondusif.
Oleh itu, pembinaan kompleks ini merupa-
kan salah satu usaha Jabatan Perdana
Menteri bagi memenuhi keperluan terkini
kakitangan badan kehakiman di negeri
Sabah agar mereka dapat menjalankan
amanah dan tanggungjawab dengan
selesa dan efisien di dalam sebuah kom-
pleks yang lengkap dan memenuhi keper-
luan tugasan mereka.



LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI PAKEJ 2B:
PASIR HOR KE KADOK

KELANTAN

Pengguna jalan raya di Daerah Kota Bharu, Ke-
lantan kini mempunyai laluan alternatif untuk ke Kuala
Krai dengan menggunakan Lebuhraya Kota Bharu – Kua-
la Krai Pakej 2B. Pembinaan lebuhraya baru sepanjang
7km ini mampu menjimatkan masa perjalan serta kos
bahan api kenderaan pengguna jalan raya. Skop projek
ini turut melibatkan kerja pelebaran Jalan Pasri Hor 3D di
Batu 4 sepanjang 1km dari Simpang Batu 4 berasaskan
6 lorong 2 hala, mengikut Piawaian JKR U5. Dengan ini
keselesaan para pengguna dapat ditingkatkan selain
dapat mengurangkan kesesakan trafik semasa musim
perayaan di Malaysia.
Selain itu, skop bagi projek ini juga melibatkan
kerja-kerja seperti berikut; (1) membina overpass (via-
duct) sepanjang 400m yang merentangi Jalan Tiong
dan Sg. Seribong, (2) membina 6 buah jambatan yang
merentasi jalan/ sungai / tali air, (3) membina 5 ‘vehic-
ular box culver’ (vbc), (4) membina satu persimpangan
berlampu isyarat di Jalan Pasir Hor, (5) kerja rawatan
tanah dengan menggunakan kaedah sand replacement,
stone column dan PVD, (6) kerja penambakan tanah
(embankment fill), (7) kerja-kerja street lighting dan lain-
lain.

NAIKTARAF DAN
BAIKPULIH JETI
PUSAT TAMAN LAUT

PULAU TIOMAN, PAHANG

Projek yang memakan belanja
sebanyak RM4.51 juta ini bertujuan untuk
menambahbaik kualiti infrastruktur jeti ini
agar dapat memberi perkhidmatan yang
jauh lebih baik kepada para pengguna ,
terutamanya para pelancong yang datang
ke pulau tersebut. Antara kerja-kerja
terlibat dalam menaiktaraf dan baikpulih
jeti yang dimiliki oleh Jabatan Taman Laut
Malaysia (JTLM), di bawah Kementerian
Air, Tanah dan Sumber Asli ini termasuklah;
(1) pembaikan struktur konkrit pada ‘jetty
head’ dan juga pada ‘approach bridge’,
(2) penambahan struktur tangga konkrit
di pangkal ‘approach bridge’ dan juga (3)
menaiktaraf bumbung, hand rail, kemasan
lantai serta kemasan dinding sedia ada.

Bagi memastikan servis perkhid-
matan kepada pengguna tidak terganggu
semasa penutupan bagi kerj naiktaraf dan
baikpulih jeti tersebut, sebuah jeti semen-
tara telah disediakan iaitu dengan meng-
gunakan jetfloat, untuk digunakan semasa
menurunkan para pelancong dari bot.

Projek ini berjaya meraih Anugerah
Kontraktor Cemerlang 2019, di Kedudu-
kan Pertama bagi Kategori Infrastruktur di
atas hasil dan kualiti kerja yang member-
ansangkan oleh pihak kontraktor terlibat
dalam kerja-kerja naiktaraf dan baikpulih
jeti JTLM di Pulai Tioman, Pahang ini.

LAPORAN
PEMERIKSAAN
FORENSIK STRUKTUR
AKIBAT KEJADIAN
RUNTUHAN BUMBUNG
SEKOLAH KEBANG-
SAAN DANAU KOTA

KUALA LUMPUR

Setelah menjalakan pemeriksaan
di tempat kejadian oleh Bahagian Foren-
sik Struktur Dan Jambatan, JKR, punca
keruntuhan bumbung sekolah tersebut
adalah disebabkan oleh kegagalan pada
sambungan anggota kekuda bumbung itu.
Berdasarkan penilaian yang telah dilak-
sanakan, selain daripada factor angina,
ianya didapati struktur kekuda bumbung
tersebut telah gagal sepenuhnya dan tidak
dapat lagi memberi kebolehkhidmatan
seperti yang telah direkabentuk.

Pengemukaan cadangan pem-
baikan telah dikeluarkan melalui laporan
yang sama iaitu penggantian struktur
kekuda bumbung yang baharu dan peng-
gantian tersebut haruslah menggunakan
beban struktur kekuda yang sama atau
lebih baik (seperti kekuda bumbung kayu
jenis sederhana keras atau medium hard-
wood dengan ketumpatan yang rendah).

RUMAH KEKAL
BAHARU (RKB)
MANGSA BANJIR

Sebanyak 1,274 buah rumah kedia-
man banjir di dalam Projek Rumah Kekal
Baharu (RKB) telah dibina bagi membantu
keluarga yang telah kehilangan rumah
ekoran tragedi banjir besar yang telah
melanda di negeri Terengganu, Kelantan,
Pahang dan juga Perak. Pihak JKR telah
dipertanggungjawabkan untuk mer-
ekabentuk dan melaksanakan projek ini.

Terdapat 2 jenis rekabentuk ru-
mah kediaman banjir yang telah berjaya
dihasilkan iaitu RKB Jenis Sesebiah Atas
Tanah yang berkeluasan 75.48 meter
persegi dan juga RKB Jenis Sesebuah Ber-
tiang, dengan keluasan 61.20 meter perse-
gi.

Dari segi pembinaan rumah kedia-
man banjir ini pula melibatkan 2 kaedah.
Kaedah yang pertama merupakan Kaedah
Konvensional yang menggunakan tiang
dan rasuk konkrit bertetulang. Manakala,
kaedah yang kedua pula menggunakan
Kaedah IBS atau Industrialised Building Sys-
tem iaitu dengan menggunakan IBS Steel
Wall Framing with Precision Wall Cladding.

Dengan pelaksanaan projek ini,
mangsa banjir mendapat rumah kedia-
man yang selesa dengan ruang dalaman
yang kondusif dan pada masa yang sama
lebih selamat kerana rumah-rumah terse-
but dibina di kawasan yang lebih tinggi
dari paras banjir).

PASCA BANJIR:
JAMBATAN AUR
GADING

KUALA LIPIS, PAHANG

Pada Disember 2014, kejadian ban-
jir teruk di Lipis, Pahang telah menyebab-
kan Jambatan Aur Gading runtuh. Tinda-
kan susulan kejadian tersebut, Projek Pasca
Banjir telah diwujudkan bagi memperbaiki
Jambatan Aur Gading dengan rekabentuk
dan daya ketahanan yang lebih baik den-
gan menggunakan ‘prestressed integral
spine beam bridge’, dimana rekabentuk
jambatan tersebut dihasilkan oleh jurutera
JKR dengan kepakaran dalam ‘bridge de-
sign’.

LAPORAN
PEMERIKSAAN
FORENSIK STRUKTUR
AKIBAT KEJADIAN
KOMPONEN TAMBAH-
AN PAPAK TANGKI AIR
RUNTUH DI SEKOLAH
KEBANGSAAN
JERANGAU

DUNGUN, TERENGGANU

Jurutera di Bahagian Forensik
Struktur Dan Jambatan, JKR telah turun
padang bagi menjalankan pemeriksaan
dengan terperinci untuk mengenalpas-
ti punca kegagalan struktur komponen
tambahan papak tangki air yang telah
runtuh di Sekolah Kebangsaan Jerangau di
Dungun, Terengganu.

Berdasarkan analisa yang telah
dilaksanakan, punca kegagalan struktur
tersebut adalah disebabkan oleh pembi-
naan komponen tambahan papak yang
tidak mengikut lukisan rekabentuk dan
spesifikasi yang telah ditetapkan.

Cadangan pembaikan bagi mas-
alah ini adalah kesemua pembinaan yang
sama seperti komponen tambahan papak
yang telah jatuh itu hendaklah dipisah-
kan dan dibuang dan pembinaan struktur
komponen papak haruslah dibina mengi-
kut lukisan rekabentuk yang telah dihasil-
kan bagi mengelakkan kejadian seperti ini
berulang di masa akan datang sehingga
boleh membahayakan keselamatan para
guru dan murid-murid di sekolah tersebut.

PROGRAM
CSR

PROGRAM CSR

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do
eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut
enim ad minim veniam

NAM LPSCOK NAM LPSCOK NAM LPSCOK

Mus, sit repe quo et etaut Mus, sit repe quo et etaut Mus, sit repe quo et etaut
aut que na aut que na aut que na

Lorem ipsum dolor sit amet, Lorem ipsum dolor sit amet, Lorem ipsum dolor sit amet,
consete r adipiscing elit, sed do consete r adipiscing elit, sed do consete r adipiscing elit, sed do
eiusmod tempor incididunt ut eiusmod tempor incididunt ut eiusmod tempor incididunt ut
labore etef into dolore magna labore etef into dolore magna labore etef into dolore magna
aliqua. Ut enim ad minim ve- aliqua. Ut enim ad minim ve- aliqua. Ut enim ad minim ve-
niam, quis nostrud exercitation niam, quis nostrud exercitation niam, quis nostrud exercitation
ullamco laboris nisi ut aliquip ex ullamco laboris nisi ut aliquip ex ullamco laboris nisi ut aliquip ex
ea commodo consequat. Duis ea commodo consequat. Duis ea commodo consequat. Duis
aute irure dolor in reprehenderit aute irure dolor in reprehenderit aute irure dolor in reprehenderit
in voluptate velit esse cillum in voluptate velit esse cillum in voluptate velit esse cillum
dolore eu fugiat nulla pariatur. dolore eu fugiat nulla pariatur. dolore eu fugiat nulla pariatur.
Excepteu r sint Excepteu r sint Excepteu r sint

CONCLUSION Mus, sit repe
quo et aut

SEE MORE AT

WWW.JKR.GOV.MY


Click to View FlipBook Version