DRAFT JKR 19/20
H P T N 20
WARKAH
JKR
#MASA DEPAN ADALAH KITA
KATA - KATA ALUAN
KETUA PENGARAH KERJA RAYA
MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, e-Book JKR bagi
sambutan Hari Professional Teknikal Negara (HPTN) 2020 ini berjaya
dihasilkan.
Objektif buku ini dihasilkan adalah untuk merangkap ke-
jayaan dan tonggak sejarah yang telah dicapai oleh Jabatan Kerja
Raya (JKR) Malaysia yang telahpun tertubuh sebelum negara kita
mencapai kemerdekaan pada 1957. Isi kandungan buku ini meli-
hatkan hasil-hasil perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada
rakyat Malaysia dalam pelbagai bentuk dan skala di dalam industri
pembinaan. Tidak hanya tertumpu kepada pembinaan projek baru
dan pembangunan di dalam kawasan bandar, JKR turut memberi
perkhidmatan dalam rancangan negara bagi pembangunan ka-
wasan luar bandar, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan sedia
ada, memberi bantuan kecemasan dalam menghadapi bencana
di dalam negara dan juga menjalankan pelbagai kajian dan uji kaji
yang melibatkan industri pembinaan bagi memastikan perkhid-
matan dalam penyediaan kemudahan asas rakyat sentiasa ditam-
bahbaik dan lebih berkualiti di masa akan datang.
Harapan saya, dengan e-Book JKR ini, ianya dapat menja-
di pembakar semangat kepada golongan profesional di Malaysia,
terutamanya generasi muda, dengan melihat sejarah perkemban-
gan industri pembinaan di Malaysia dari zaman penjajahan British
dahulu sehingga ke hari ini. Semoga kita sentiasa bercita-cita ting-
gi dan bersemangat dalam membangunkan indsutri pembinaan
negara tanpa membuang elemen tradisional walaupun kita kini be-
rada di dalam zaman teknologi moden.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi peng-
hargaan saya kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat,
yang telah menyumbang sama ada secara langsung atau tidak
langsung demi menjayakan penghasilan e-Book JKR ini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum war-
ahmatullahi wabarakatuh.
ISI
KANDUNGAN
TRANSFORMASI JKR PROGRAM CSR
PROJEK INFRASTRUKTUR 01 KERJA KECEMASAN; PEMBERSIHAN
JALAN RAYA - JELEBU, N.SEMBILAN.
01 CENTRAL SPINE ROAD PAKEJ 3.
BENTENG PEMECAH OMBAK - KOTA 02 PEMBINAAN JAMBATAN BAILEY DI
TINGGI, JOHOR. LIPIS, PAHANG.
02 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH - PULAU 03 KERJA KECEMASAN; PEMBERSIHAN
PINANG (UPSLOPE). JALAN RAYA - MALIM,MELAKA.
03 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH - PULAU 04 INOVASI MAKMAL PENYELIDIKAN
PINANG (DOWNSLOPE) CREaTE JKR; PENGHASILAN
SPACER AEROCHAMBER.
04 LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI
PAKEJ 2B PASIR HOR KE KADOK. 05 PUSAT KUARANTIN & RAWATAN
COVID-19 MAEPS - SERDANG,
05 NAIKTARAF DAN BAIKPULIH JETI PUSAT SELANGOR.
TAMAN LAUT - PULAU TIOMAN, PAHANG.
06 SUMBANGAN INTUBATION BOX
06 PASCA BANJIR JAMBATAN AUR GADING OLEH CREaTE JKR.
DI LIPIS, PAHANG.
07 KERJA PEMASANGAN ‘AIR COOLER’
07 LAPORAN FORENSIK PAPAK TANGKI DI KHEMAH PUSAT KUARANTIN
AIR RUNTUH DI SEKOLAH KEBANGSAAN - TANJUNG RAMBUTAN, PERAK.
JERANGAU DI DUNGUN, TERENGGANU.
08 KERJA PEMASANGAN KHEMAH
PROJEK BANGUNAN DAN KERUSI DI KLINIK KESIHATAN
DAERAH - KUANTAN, PAHANG.
01 KOMPLEKS PENDARATAN IKAN DAN
BENTENG PEMECAH OMBAK - KOTA 09 MISI BANTUAN BANJIR DI SEGAMAT
TINGGI, JOHOR. – DISERTAI SUKARELAWAN JKR &
NGO.
02 KOMPLEKS OBSTETRIK HOSPITAL TENGKU
AMPUAN RAHIMAH DI KLANG, SELANGOR 10 PEMASANGAN SISTEM SOLAR HI-
– FASA 2. BRID BAGI SEKOLAH LUAR BANDAR
DI SABAH.
03 DEPOH SIMPANAN KEPERLUAN MANGSA
BENCANA - PAHANG.
04 MENAIKTARAF SEKOLAH DAIF MENGGU-
NAKAN KAEDAH IBS - SABAH.
05 PEMBINAAN PEJABAT KASTAM KOTA
KINABALU, SABAH.
06 KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA
KINABALU, SABAH.
07 LAPORAN FORENSIK RUNTUHAN BUMBUNG
SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU
KOTA DI KUALA LUMPUR.
08 RUMAH KEKAL BAHARU (RKB) MANGSA
BANJIR.
TRANSFORMASI JKR
Titik permulaan sejarah Ja- Kuala Lumpur mula berkem-
batan Kerja Raya (JKR) atau Public bang pesat setelah Negeri-Negeri
Works Department (PWD) sebagai Melayu Bersekutu (NNMB) terben-
penyumbang utama kepada pem- tuk pada 1896, Kuala Lumpur telah
bangunan infrastuktur negara ada- menjadi tumpuan golongan peniaga
lah pada seawal tahun 1870-an. Pada dan pentadbir British dan seterusnya
waktu tersebut, bidang tumpuan uta- menjadi sebuah bandar dan hub per-
ma PWD adalah kepada pembinaan hubungan. Segala tumpuan ini mem-
dan penyelenggaraan jalan, jam- bawa kepada pembinaan pelbagai
batan dan bangunan tertentu di Neg- jenis kemudahan oleh JKR bagi me-
eri-Negeri Selat. menuhi keselesaan kehidupan seha-
rian mereka.
Pada akhir abad ke-19 ini, bangunan pentad-
biran kerajaan yang terawal telah dibina dan menjadi
ikon penting kepada sejarah pembangunan di Kuala
Lumpur, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, yang me-
nempatkan semua jabatan pentadbiran NNMB, terma-
suklah JKR sendiri.
Selepas Tanah Melayu berjaya men-
capai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos
1957, Kerajaan Persekutuan telah merangka rancan-
gan pembangunan bagi tempoh 5 tahun (1961-1965)
dan tumpuan utama diberkan kepada usaha membi-
na jalanraya baru, sistem bekalan air, pusat kesihatan,
sekolah dan lain-lain di kawasan luar bandar dan ran-
cangan ini melibatkan perubahan besar dalam peran-
cangan dan polisi JKR.
Apabila proses ‘Malayanisation’ bermula, anak
tempatan telah diberi peluang untuk mentadbir dan
mengurus dalam pelbagai bidang dan pada masa
yang sama menentukan dasar dalam membuat per-
ancangan bagi memajukan bangsa dan negara. Bagi
JKR, anak tempatan pertama yang menjadi peneraju
JKR sebagai Ketua Pengarah adalah Tan Sri Ir. Haji Yu-
soff bin Haji Ibrahim, yang berkhidmat dari tahun 1964-
1971.
Sejak kemerdekaan negara dicapai, pemban-
gunan Malaysia telah berkembang dengan maju dan
pesat terutamanya dalam industri pembinaan. Pel-
bagai bangunan kerajaan dan kemudahan asas telah
dibina bagi memastikan pentadbiran negara berjalan
dengan lancar dan pada masa yang sama dapat me-
menuhi keperluan rakyat. Antaranya projek yang men-
jadi tumpuan pada ketika itu adalah Bangunan Parli-
men (Kuala Lumpur), Bangunan Bank Negara Malaysia
(Kuala Lumpur), Masjid Negara (Kuala Lumpur), Leb-
uhraya Timur Barat, Lebuhraya Karak dan juga Kom-
pleks Kerja Raya (Kuala Lumpur), Sultan Ismail (Johor),
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Selangor),
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Selangor),
Kampus UiTM (Selangor) dan lain-lain lagi.
Apabila memasuki era moden pula, JKR telah
bergerak seiring dengan perkembangan semasa di-
mana keperluan asas yang disediakan untuk rakyat di
dalam industri pembinaan turut mengambil kira aspek
keselamatan dan kesempurnaan disamping menyelit-
kan elemen-elemen tempatan dan tradisional agar
dapat dihargai oleh generasi muda yang moden.
PROJEK
INFRASTRUKTUR
CENTRAL SPINE
ROAD PAKEJ 3
GUA MUSANG (KELANTAN) KE KG. RELONG
(PAHANG) – SEKSYEN 3E1: MENTARA KE
MERAPOH.
Isu kesesakan lalu lintas di Malaysia CSR Pakej 3 telah dibuka untuk ke-
dimusim perayaan sememangnya tidak as- gunaan awam pada 26 Julai 2020 dan di-
ing lagi, terutamanya dibahagian Timur Laut harapkan dengan pembinaan infrastruktur
di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demiki- ini dapat memberi impak yang tinggi teru-
an, sebagai usaha bagi mengurangkan tamanya kepada pengurangan kesesakan
kesesakan lalu lintas menuju ke Pantai Timur lalu lintas dan juga tahap keselamatan dan
pada musim perayaan Malaysia, sebuah keselasaan kepada pengguna jalan raya,
projek yang dinamakan ‘Central Spine Road’ terutamanya di musim perayaan dan cuti
(CSR) telah diwujudkan sebagai salah satu sekolah di Malaysia.
komponen di bawah Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Projek ini telah dipertanggungjawab-
kandi bawah Pasukan Projek JKR untuk mer-
ekabentuk, pelaksanaan pembinaan serta
pemantauan sepenuhnya. Pembinaan infra-
struktur jalan ini memakan kos perbelanjaan
sebanyak RM93.6 juta dan antara skop uta-
manya merangkumi pembina jalan baru
sepanjang 5.4km dari Mentara ke Merapoh,
Pahang, berasaskan 4 lorong 2 hala dengan
mengikut piawaian JKR R5, sebuah jambatan
merentasi laluan persekutuan FT08, laluan
kereta api dan lain-lain lagi.
Sebuah majlis perasmian pembukaan
CSR Pakej 3 telah disempurnakan oleh
YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail,
Menteri Besar Pahang beserta YB Dato’ Sri
Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan
Kerja Raya.
PEMBAIKIAN CERUN
RUNTUH DI LALUAN
FT006/045/230
(UPSLOPE)
PULAU PINANG
Kerja pembaikan cerun runtuh ini
terletak di Daerah Barat Daya Pulau Pinang
dimana keadaan cerun itu boleh meng-
ganggu keselamatan pengguna jalan raya
di situ terutamanya apabila berlaku hujan
lebat.
Bagi memastikan keselesaan dan
keselamatan pengguna jalan raya di ka-
wasan tersebut, pihak Kementerian Kerja
Raya telah memberi tanggungjawab kepa-
da JKR untuk kerja pembaikan cerun run-
tuh tersebut dengan ‘slope treatment’ yang
bersesuaian dan seterusnya menjadikan
skop projek ini melibatkan pembinaan ‘rub-
ble wall with stone pitching’ yang memakan
belanja RM0.165 juta.
PEMBAIKIAN
CERUN RUNTUH
DI LALUAN
FT006/045/230
(DOWNSLOPE)
PULAU PINANG
Projek pembaikian cerun runtuh
yang berkos RM0.382 juta ini terletak di
kawasan Barat Daya Pulau Pinang iaitu
pada Laluan FT006/045/300.
Bagi memastikan kualiti rawatan
cerun dan seterusnya keselamatan
pengguna jalan raya terjamin, pihak pe-
langgan bagi projek ini iaitu Kementerian
Kerja Raya telah menyerahkan tanggu-
ngjawab kepada JKR untuk membina ‘soil
nail tie back wall’ pada cerun tersebut
bagi mengelakkan berlakunya cerun run-
tuh di masa akan datang.
LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI
PAKEJ 2B: PASIR HOR KE KADOK
KELANTAN
Pengguna jalan raya di Daerah Kota Bharu,
Kelantan kini mempunyai laluan alternatif untuk ke
Kuala Krai dengan menggunakan Lebuhraya Kota
Bharu – Kuala Krai Pakej 2B. Pembinaan lebuhraya
baru sepanjang 7km ini mampu menjimatkan masa
perjalan serta kos bahan api kenderaan penggu-
na jalan raya. Skop projek ini turut melibatkan kerja
pelebaran Jalan Pasri Hor 3D di Batu 4 sepanjang
1km dari Simpang Batu 4 berasaskan 6 lorong 2 hala,
mengikut Piawaian JKR U5. Dengan ini keselesaan
para pengguna dapat ditingkatkan selain dapat
mengurangkan kesesakan trafik semasa musim
perayaan di Malaysia.
Selain itu, skop bagi projek ini juga melibat-
kan kerja-kerja seperti berikut; (1) membina over-
pass (viaduct) sepanjang 400m yang merentangi
Jalan Tiong dan Sg. Seribong, (2) membina 6 buah
jambatan yang merentasi jalan/ sungai / tali air, (3)
membina 5 ‘vehicular box culver’ (vbc), (4) mem-
bina satu persimpangan berlampu isyarat di Jalan
Pasir Hor, (5) kerja rawatan tanah dengan menggu-
nakan kaedah sand replacement, stone column dan
PVD, (6) kerja penambakan tanah (embankment
fill), (7) kerja-kerja street lighting dan lain-lain.
NAIKTARAF DAN
BAIKPULIH JETI
PUSAT TAMAN LAUT
PULAU TIOMAN, PAHANG
Projek yang memakan belanja sebanyak RM4.51
juta ini bertujuan untuk menambahbaik kualiti infrastruk-
tur jeti ini agar dapat memberi perkhidmatan yang jauh
lebih baik kepada para pengguna , terutamanya para pe-
lancong yang datang ke pulau tersebut. Antara kerja-
kerja terlibat dalam menaiktaraf dan baikpulih jeti yang di-
miliki oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), di bawah
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ini termasuklah;
(1) pembaikan struktur konkrit pada ‘jetty head’ dan juga
pada ‘approach bridge’, (2) penambahan struktur tangga
konkrit di pangkal ‘approach bridge’ dan juga (3) menaik-
taraf bumbung, hand rail, kemasan lantai serta kemasan
dinding sedia ada.
Bagi memastikan servis perkhidmatan kepada
pengguna tidak terganggu semasa penutupan bagi kerja
naiktaraf dan baikpulih jeti tersebut, sebuah jeti semen-
tara telah disediakan iaitu dengan menggunakan jetfloat,
untuk digunakan semasa menurunkan para pelancong
dari bot.
Projek ini berjaya meraih Anugerah Kontraktor
Cemerlang 2019, di Kedudukan Pertama bagi Kategori In-
frastruktur di atas hasil dan kualiti kerja yang memberan-
sangkan oleh pihak kontraktor terlibat dalam kerja-kerja
naiktaraf dan baikpulih jeti JTLM di Pulai Tioman, Pahang
ini.
PASCA BANJIR:
JAMBATAN AUR
GADING
KUALA LIPIS, PAHANG
Pada Disember 2014, kejadian
banjir teruk di Lipis, Pahang telah menye-
babkan Jambatan Aur Gading runtuh.
Tindakan susulan kejadian tersebut, Pro-
jek Pasca Banjir telah diwujudkan bagi
memperbaiki Jambatan Aur Gading den-
gan rekabentuk dan daya ketahanan
yang lebih baik dengan menggunakan
‘prestressed integral spine beam bridge’,
dimana rekabentuk jambatan terse-
but dihasilkan oleh jurutera JKR dengan
kepakaran dalam ‘bridge design’.
LAPORAN
PEMERIKSAAN
FORENSIK STRUKTUR
AKIBAT KEJADIAN
KOMPONEN TAMBAHAN
PAPAK TANGKI AIR
RUNTUH DI SEKOLAH
KEBANGSAAN
JERANGAU
DUNGUN, TERENGGANU
Jurutera di Bahagian Forensik Struktur Dan Jam-
batan, JKR telah turun padang bagi menjalankan pemer-
iksaan dengan terperinci untuk mengenalpasti punca ke-
gagalan struktur komponen tambahan papak tangki air
yang telah runtuh di Sekolah Kebangsaan Jerangau di
Dungun, Terengganu.
Berdasarkan analisa yang telah dilaksanakan,
punca kegagalan struktur tersebut adalah disebabkan
oleh pembinaan komponen tambahan papak yang tidak
mengikut lukisan rekabentuk dan spesifikasi yang telah
ditetapkan.
Cadangan pembaikan bagi masalah ini adalah
kesemua pembinaan yang sama seperti komponen tam-
bahan papak yang telah jatuh itu hendaklah dipisahkan
dan dibuang dan pembinaan struktur komponen papak
haruslah dibina mengikut lukisan rekabentuk yang tel-
ah dihasilkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini be-
rulang di masa akan datang sehingga boleh membahay-
akan keselamatan para guru dan murid-murid di sekolah
tersebut.
PROJEK BANGUNAN
PEMBINAAN KOMPLEKS
PENDARATAN IKAN
DAN BENTENG
PEMECAH OMBAK
KOTA TINGGI, JOHOR
Projek ini terletak di kawasan Pung-
gai, Pengerang di Kota Tinggi, Johor, dengan
kos RM34.58 juta. Skop projek yang ditetap-
kan oleh pihak pelanggan, iaitu Kementerian
Pertanian Dan Indsutri Asas Tani (MOA), ter-
masuklah pembinaan jeti pendaratan ikan,
pontoon tambatan bot, bangunan pejabat,
benteng pemecah ombak, 5 unit kuarters
dan juga kerja-kerja infrastruktur lain.
Projek ini telah berjaya melakukan
penjimatan kos sebanyak RM6.8 juta melalui
kaedah 4 in 1 (CPC, SOFA, as built drawing &
Operating Manual). Selain itu, anugerah Pen-
capaian Pematuhan Amalan Terbaik Pen-
gurusan Projek (Inspektorat) Tahun 2018 ICU
JPM telah diterima dengan kejayaan peratus
Pencapaian Kementerian sebanyak 92.83%
dan pada masa yang sama meraih kece-
merlangan bagi Tahap Pencapaian Signifi-
cantly Exceed Target (ST).
PEMBINAAN
KOMPLEKS
OBSTETRIK
HOSPITAL TENGKU
AMPUAN RAHIMAH
KLANG, SELANGOR
Pihak JKR bertanggungjawab dalam
pelaksanaan projek pembinaan kompleks ob-
stetrik ini setelah diberi kepercayaan oleh Ke-
menterian Kesihatan Malaysia (KKM).
Projek ini merangkumi satu blok baru
setinggi 9 tingkat yang mengandungi Wad
Pesakit Dalam bagi Perkhidmatan Obstetriks
(dengan penyediaan 216 buah katil untuk pe-
sakit), Neonatal ICU (40 buah katil), Special
Care Nursery, 24 Bilik Bersalin, 2 Bilik Bedah Ma-
ternity (MOT), klinik dan pejabat pakar, Klinik
Pakar Obstetriks dan Ginekologi dan seterus-
nya perkhidmatan sokongan yang lain seperti
Satellite Laboratory, farmasi, Unit Bekalan Ster-
ile (TSSU), Bilik On-Call dan lain-lain kemuda-
han, termasuklah tempat letak kenderaan dan
kafeteria.
Walaupun projek ini berskala besar
dengan kos sekitar RM142.72 juta, pembinaan
kompleks obstetrik ini berjaya disiapkan lebih
awal dari tarikh asal sasaran.
PEMBINAAN DEPOH
SIMPANAN KEPERLUAN
MANGSA BENCANA
PAHANG
Beberapa buah negeri di dalam Malaysia, terutamanya
di bahagian Pantai Timur Semananjung Malaysia, sering dilan-
da kejadian banjir terutamanya pada musim tengkujuh di hu-
jung tahun.
Sebagai salah satu usaha dan langkah kesiapsiagaan
dalam menghadapi kejadian banjir di masa akan datang, Ke-
menterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tel-
ah mempertanggungjawabkan pihak JKR untuk melaksanakan
pembinaan Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana di
negeri Pahang.
Kos bagi pembinaan projek ini adalah berjumlah RM3.42
juta dan ianya bertujuan menjadi depoh untuk menyimpan stok
barangan keperluan yang mencukupi tatkala menghadapi
bencana di masa hadapan yang tiba tanpa sebarang isyarat.
PEMBINAAN SEMULA
DAN MENAIKTARAF
SEKOLAH DAIF
MENGGUNAKAN
KAEDAH IBS
SABAH
Kementerian Pendidikan Malaysia tel-
ah memberi kepercayaan kepada pihak JKR un-
tuk melaksakan projek Sekolah Daif ini. Projek yang
berkos RM68.37 juta ini bertujuan untuk meningkat-
kan tahap pendidikan masyarakat sekitar kawasan
tersebut disamping menyediakan kemudahan dan
memberi keselesaan kepada para guru dan mu-
rid-murid di sekolah semasa sesi pembelajaran ber-
langsung.
Sekolah daif ini dibina dengan menggunakan
kaedah ‘Industralised Building System’ atau lebih
dikenali sebagai IBS manakala skop projek ini pula
melibatkan pembinaan 37 buah sekolah (yang diba-
hagikan kepada 12 pakej dan 12 kontraktor), 277 buah
Bilik Darjah, 37 buah Bilik Sains dan juga 42 buah Blok
Tandas.
Pembinaan menggunakan kaedah IBS ini
membenarkan projek ini disiapkan dalam tempoh
yang jauh lebih singkat berbanding dengan kaedah
konvensional. Ini adalah kerana komponen binaan
IBS dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal,
lebih ringan, mudah untuk dikendalikan dan seter-
usnya menyumbang kepada tempoh masa pema-
sangan komponen yang IBS yang singkat dan cepat.
Hasilnya, projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh
masa kurang dari setahun.
PEMBINAAN
PEJABAT
KASTAM
KOTA KINABALU, SABAH
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) telah meletakkan kepercayaan kepada
pihak JKR untuk melaksanakan pembinaan Pe-
jabat Kastam Kota Kinabalu di Sabah.
Lokasi tapak projek terletak bersebe-
lahan Kompleks Pentadbiran Persekutuan di
Jalan Universiti Malaysia Sabah ini bakal me-
nempatkan keseluruhan pejabat JKDM di ka-
wasan Kota Kinabalu bagi memudahkan se-
gala urusan pentadbiran.
Dengan rekabentuk moden, projek ini
merangkumi bangunan menara pejabat set-
inggi 8 tingkat yang boleh menempatkan 297
orang kakitangan, dewan serbaguna yang
boleh memuatkan seramai 500 orang, sebuah
astaka dan juga kemudahan sokongan yang
lain-lain (seperti bangunan mekanikal dan
elekrikal, rumah pengawal, padang kawad dan
sebagainya).
PEMBINAAN
KOMPLEKS
MAHKAMAH
BARU KOTA
KINABALU
KOTA KINABALU, SABAH
Tujuan pembinaan kompleks mah-
kamah ini adalah untuk memberikan perkh-
idmatan kehakiman dan perundangan ang
berkualiti kepada rakyat di negeri Sabah.
Skop bagi projek ini adalah pembinaan
sebuah bangunan mahkamah setinggi 6
tingkat yang mengandungi komponen uta-
ma berikut; sebuah Mahkamah Persekutuan,
3 buah Mahkamah Tinggi, 6 buah Mahkamah
Seksyen dan juga 6 buah Mahkamah Majistret.
Dalam era moden masa kini, keperluan badan
kehakiman adalah penting dalam agenda
pembangunan negara.
Keadaan fizikal bangunan mahkamah
lama yang terhad dari segi keluasan ruang
sudah tidak lagi sesuai dan kondusif. Oleh itu,
pembinaan kompleks ini merupakan salah
satu usaha Jabatan Perdana Menteri bagi me-
menuhi keperluan terkini kakitangan badan
kehakiman di negeri Sabah agar mereka dapat
menjalankan amanah dan tanggungjawab
dengan selesa dan efisien di dalam sebuah
kompleks yang lengkap dan memenuhi keper-
luan tugasan mereka.
RUMAH KEKAL
BAHARU (RKB)
MANGSA BANJIR
Sebanyak 1,274 buah rumah kediaman banjir di
dalam Projek Rumah Kekal Baharu (RKB) telah dibina bagi
membantu keluarga yang telah kehilangan rumah eko-
ran tragedi banjir besar yang telah melanda di negeri
Terengganu, Kelantan, Pahang dan juga Perak. Pihak JKR
telah dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk dan
melaksanakan projek ini.
Terdapat 2 jenis rekabentuk rumah kediaman
banjir yang telah berjaya dihasilkan iaitu RKB Jenis Ses-
ebiah Atas Tanah yang berkeluasan 75.48 meter persegi
dan juga RKB Jenis Sesebuah Bertiang, dengan keluasan
61.20 meter persegi.
Dari segi pembinaan rumah kediaman banjir ini
pula melibatkan 2 kaedah. Kaedah yang pertama mer-
upakan Kaedah Konvensional yang menggunakan tiang
dan rasuk konkrit bertetulang. Manakala, kaedah yang
kedua pula menggunakan Kaedah IBS atau Industrialised
Building System iaitu dengan menggunakan IBS Steel
Wall Framing with Precision Wall Cladding.
Dengan pelaksanaan projek ini, mangsa banjir
mendapat rumah kediaman yang selesa dengan ruang
dalaman
yang kondusif dan pada masa yang sama lebih selamat
kerana rumah-rumah tersebut dibina di kawasan yang
lebih tinggi dari paras banjir).
PROGRAM CSR
KERJA KECEMASAN :
PEMBERSIHAN JALAN
RAYA DISEBABKAN
POKOK TUMBANG DI
DAERAH JELEBU
NEGERI SEMBILAN
Disebabkan kejadian hujan lebat, kerja-kerja ke-
cemasan terpaksa dilaksanakan oleh staf JKR yang mel-
ibatkan kerja pembersihan jalan negeri iaitu N133 – Jalan
Petasih Hilir Sec. 1 daripada pokok tumbang yang boleh
mengganggu keselesaan dan keselamatan pengguna
jalan raya itu.
Tindakan pantas oleh staf JKR ini melibatkan
penggunaan jentolak bagi memastikan kerja-kerja pem-
bersihan kecemasan ini berjalan dengan lancar dan me-
makan masa yang singkat.
PEMBINAAN
JAMBATAN BAILEY DI
POS LENJANG & POS
TITON DUN JELAI
KUALA LIPIS, PAHANG
Berikutan kejadian tanah runtuh dan jam-
batan runtuh pada 24 Julai 2020, JKR telah berjaya
membuka semula Jalan Pos Betau-Simpang Titom
(Sek. 32 dan Sek. 34) dengan pembinaan Jambatan
Bailey, dimana ianya dibina hanya dalam tempoh 7
hari sahaja.
Pihak JKR telah dipertanggungjawabkan un-
tuk membersihkan laluan terhalang bermula dari 25-
26 Julai 2020 serta membantu dalam membina lalu-
an sementara dalam tempoh 4 hari iaitu dari 29 Julai
– 2 Ogos 2020. Manakala pembinaan Jambatan Bai-
ley (Jenis ACROW 700) sepanjang 20 kaki lebar pula
bermula dari 13 Ogos 2020 sehingga 19 Ogos 2020.
Terdapat beberapa kekangan besar yang
dihadapi semasa tempoh pembinaan jambatan
tersebut dan antaranya adalah kesukaran dari segi
akses ke tapak dimana keadaan jalan tanah yang
digunakan sebagai laluan adalah sempit dan mem-
punyai kerosakan. Ini menyebabkan penggunaan
jentera agak terhad di dalam situasi ini bagi memba-
wa komponen Bailey, selain menghadapi kesukaran
dari segi komunikasi di dalam kawasan pendalaman.
Walaubagaimanapun, masalah tersebut
berjaya diatasi oleh para pegawai yang terlibat di
dalam projek ini dan seterusnya berjaya mencapai
hasil yang memberansangkan dimana Jambatan
Bailey itu dapat dibina dalam masa yang amat sing-
kat. Dengan kejayaan ini, rakyat sekitar kawasan
tersebut dapat meneruskan semula aktiviti harian
tanpa perlu menunggu dalam tempoh masa yang
lama.
KERJA KECEMASAN :
PEMBERSIHAN JALAN
RAYA DISEBABKAN TIANG
LAMPU DAN POKOK
TUMBANG
MALIM, MELAKA
Susulan ribut kuat yang melanda daerah Malim
di Melaka pada pagi 11 Ogos 2020, JKR dan agensi terli-
bat telah bekerjasama dalam kerja membersihkan jalan
raya daripada tiang lampu dan juga pokok tumbang bagi
memastikan jalan raya selamat digunakan oleh para
pengguna dan tidak menyebabkan kesesakan trafik di
kawasan tersebut.
INOVASI MAKLMAL
PENYELIDIKAN CRE-
ATE JKR; PENGHAS-
ILAN SPACER / AER-
OCHAMBER BAGI
RAWATAN PESAKIT
ASTHMA
Pelbagai idea dan usaha telah dihasilkan
oleh pelbagai pihak dalam memerangi Koronavirus
atau COVID-19, samada di dalam atau di luar nega-
ra. Masalah pernafasan, terutamanya mereka yang
mempunyai penyakit asthma, merupakan salah satu
simptom serious COVID-19. Di dalam situasi ini, satu
idea telah tercetus dimana pegawai JKR yang bertu-
gas di Makmal Penyelidikan CREaTE JKR telah berjaya
merekabentuk sebuah alat yang dipanggil sebagai
Spacer / Aerochamber yang digunakan sebagai alat
pengantara untuk merawat pesakit asthma bagi
memastikan ubat sedut pMDI dapat disalurkan ke
saluran pernafasan dengan betul dan optimum.
Inovasi cemerlang ini telah dihasilkan oleh
staff JKR di Pusat CREaTE sendiri dan sebanyak 60
unit CREaTE’s Spacer / Aerochamber telah disum-
bang ikhlas kepada Hospital Tampin, Negeri Sembi-
lan, Hospital Alor Gajah dan juga 94 HAT Kem Teren-
dak di Melaka.
PUSAT KUARANTIN & RAWATAN COVID-19
BERISIKO RENDAH DI MAEPS
SERDANG, SELANGOR
Penularan Koronavirus atau COVID-19 yang
semakin serious di dalam negara telah menye-
babkan pihak Kerajaan untuk mengambil langkah
menyediakan beberapa pusat rawatan bagi pesakit
virus ini.
Antara pusat rawatan yang menjadi perha-
tian negara adalah Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS) yang terletak di Serdang,
Selangor. Pusat kuarantin ini diselaraskan oleh Agen-
si Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bom-
ba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia, Jabatan kebajikan Masyarakat dan
jugak Jabatan Kerja Raya (JKR).
Dalam tempoh yang amat singkat iaitu han-
ya dalam masa 3 hari, dua buah dewan MAEPS Ber-
jaya ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19. Pusat ini dibina sebagai persediaan untuk
menempatkan pesakit COVID-19 memandangkan
bilangan pesakit yang semakin meningkat secara
mendadak setiap hari. Pusat ini menempatkan 604
buah katil (400 buah katil di Dewan A dan 204 buah
katil di Dewan C). Selain itu, terdapat pelbagai kemu-
dahan disediakan di pusat tersebut bagi memasti-
kan keselesaan pesakit ketika mendapatkan rawatan
antaranya adalah seperti kemudahan WIFI, ruang re-
hat, bilik kelengkapan jasmani, tandas, ruang man-
di, bilik persalinan dan juga surau. Ruang khas iaitu
ruang “resuscitation” turut disediakan di pusat kuar-
antin ini dimana ruang ini digunakan untuk mensta-
bilkan pesakit dalam keadaan kecemasan. Dari segi
perkhidmatan yang disediakan pula termasuklah
rawatan perubatan, rawatan kecemasan, perkhid-
matan farmasi, perkhidmatan x-ray asas, ambulans
dan sebagainya.
Pembinaan pusat ini yang hanya mengam-
bil masa 3 hari telah berjaya melakar sejarah da-
lam negara sebagai “the fastest to complete interim
treatment centre”. Kecemerlangan Pasukan Projek
Khas JKR dalam membantu merealisasikan fasiliti ini
turut menjadi satu titik bersejarah buat JKR dalam
menyumbang kepakaran teknikal kepada negara,
terutamanya dalam saat-saat genting.
SUMBANGAN
INTUBATION BOX OLEH
CREATE JKR
Dalam usaha negara menangani penularan
Koronavirus atau COVID-19 yang semakin serious di Ma-
laysia, pelbagai langkah-langkah telah diperkenalkan
termasuklah alatan yang menjadi keperluan bagi petu-
gas-petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat,
pegawai polis dan termasuklah para sukarelawan.
‘Intubation Box’ merupakan salah satu alatan
yang menjadi keperluan para pertugas dalam melindungi
diri mereka semasa menawarkan perkhidmatan mereka
dalam menangani virus ini. Pada April 2020, pihak CRE-
aTE JKR telah berjaya menghasilkan kumpulan (batch) ke
empat ‘intubation box’ sebanyak 3 unit dan disumbang-
kan kepada pihak Pakar Perubatan Kecemasan dan Trau-
ma, Jabatan Kecemasan di Hospital Selayang, Selangor,
yang menjadi salah satu pusat rawatan bagi COVID-19.
KERJA PEMASANGAN
‘AIR COOLER’ DI
KHEMAH PUSAT
KUARANTIN
TANJUNG RAMBUTAN, PERAK
Sebagai langkah utama bagi memerangi
COVID-19 di Malaysia, pihak Kerajaan telah mewu-
judkan pusat kuarantin diseluruh negara.
Oleh yang demikian, bagi memberi kesele-
saan kepada petugas barisan hadapan (front liners)
negera yang bertugas di Pusat Kuarantin COVID-19
di Kolej Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) yang
terletak di Tanjung Rambutan, Perak, Bahagian Me-
kanikal di JKR Perak telah bertugas bagi kerja pema-
sangan ‘air cooler’ di khemah pihak Urusetia di pusat
kuarantin tersebut. Dengan ini, petugas barisan ha-
dapan dapat menjalankan tugas dengan keadaan
yang selesa walaupun di dalam cuaca panas.
KERJA PEMASANGAN
KHEMAH DAN KERUSI DI
KLINIK KESIHATAN
DAERAH KUANTAN
KUANTAN, PAHANG
Pusat kuarantin dan rawatan telah diwujudkan
dipelbagai lokasi di Malaysia bagi memerangi penularan
COVID-19. Bagi menyokong inisiatif pihak Kerajaan ini, pi-
hak JKR Kuantan telah membantu dalam penyediaan dan
pemasangan khemah dan juga kerusi di sekitar Klinik Kes-
ihatan di Daerah Kuantan untuk dijadikan tempat sarin-
gan pesakit COVID-19 di kawasan tersebut.
Pemasangan khemah dan penyediaan keru-
si tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan kepa-
da pesakit dan juga pertugas barisan hadapan semasa
menjalankan saringan kepada pesakit COVID-19.
MISI BANTUAN
BANJIR DI SEGAMAT –
DISERTAI SUKARELA-
WAN JKR & NGO
SEGAMAT, JOHOR
Dengan bilangan mangsa banjir di Johor
yang semakin meningkat berikutan hujan lebat yang
berlangsung lebih 12 jam pada pertengahan bulan
Disember 2018, pihak JKR telah mengadakan Misi
Bantuan Banjir di Segamat yang disertai oleh sukare-
lawan JKR dan juga pihak NGO.
Selain menghulurkan bantuan dari segi
pemberian barangan keperluan asas, sukarela-
wan JKR dan pihak NGO turut memberi bantuan dari
segi tenaga dengan membantu membersihkan ru-
mah-rumah yang terlibat dengan kejadian banjir
tersebut bagi meringankan bebanan yang terpaksa
ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir di kawasan
yang terkesan.
PEMASANGAN SISTEM
SOLAR HIBRID BAGI
SEKOLAH LUAR
BANDAR DI
SABAH
Sebagai salah satu usaha untuk mengatasi
masalah kawasan pendalaman di Sabah yang tiada
bekalan elektrik 24 jam, satu sistem telah diperkenal-
kan oleh pihak JKR iaitu Sistem Solar Hibrid. Sistem
ini bertujuan untuk menggantikan sistem janakua-
sa diesel sedia ada yang kurang efisien dan han-
ya mampu untuk beroperasi kira-kira 6 jam setiap
hari. Selain dapat menjimatkan penggunaan die-
sel, Sistem Solar Hibrid ini dapat mengurangkan
pelepasan gas karbon dioksida (CO2) dengan kos
penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding
janakuasa diesel.
Bermula dari tahun 2008, JKR telah diberi
kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malay-
sia (KPM) untuk melaksanakan projek pembekalan
elektrik bagi sekolah-sekolah luar Bandar di Sabah
dengan menggunakan Sistem Solar Hibrid. Peranan
JKR termasuklah merekabentuk sistem, proses per-
olehan, pengawasan semasa tempoh pemasangan
serta penyenggaraan dan pengoperasian sistem.
Program pembekalan elektrik bagi sekolah-sekolah
luar Bandar ini adalah selaras dengan hasrat Kera-
jaan untuk memberi tumpuan kepada pembinaan
infrastruktur, khususnya bekalan elektrik 24 jam di
sekolah-sekolah di luar bandar bagi memastikan
kecemerlangan pendidikan dan suasana pembela-
jaran yang kondusif bagi generasi pelapis negara.
Pemasangan Sistem Solar Hibrid di Sabah ini
melibatkan 2 fasa. Fasa 1 hanya melibatkan 78 buah
sekolah manakala Fasa 2 pula melibatkan 84 buah
sekolah. Inisiatif ini bermula pada tahun 2008 dan
sehingga kini keseluruhan sistem yang dikategori-
kan sebagai ‘eco-friendly’ ini masih beroperasi dan
diselenggara oleh JKR.
Dengan pengalaman, kepakaran dan kom-
petensi yang ada, pihak JKR sentiasa bersedia mem-
beri perkhidmatan terbaik dalam perlaksanaan pro-
gram bekalan elektrik di kawasan luar Bandar yang
masih tiada bekalan elektrik 24 jam dengan meng-
gunakan teknologi tenaga baru, khususnya Sistem
Solar Hibrid ini.
#MASA DEPAN ADALAH KITA
H P T N 20
WARKAH
JKR