The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana Effendy, 2021-11-12 22:52:53

Kajian Kes Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Kajian Kes Sejarah Tingkatan 2

Keywords: Kajian Kes Sejarah Tingkatan 2

Kajian Kes Sejarah
Tingkatan 2

Kesultanan Johor
Riau

Nama : Nurul Farhana binti Shamsul Effendy
Kelas : 2 Al-Azhar
No. Maktab : CP201088

1

Jadual kerja

Bil. Perkara Halaman

1 Objektif Kajian 3

1.1 Kaedah Kajian 4

1.2 Pengenalan 5

1.3 Latar Belakang Pengasasan 6-7

Kesultanan Johor Riau

1.4 Faktor Kegemilangan 8-9

Kesultanan Johor Riau

1.5 Langkah-langkah untuk 10

Mempertabatkan Karya-karya

Persuratan Melayu

1.6 Huraian Sebab Mengapa Perlu 11-12

Memelihara

Kedaulatan Negara

2 Rumusan 13

3 Sumber Rujukan 14

2

Objektif Kajian

• Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk menambah pengetahuan
tentang sejarah Kesultanan Johor Riau.

• Menjelaskan latar belakang pengasas Kesultanan Johor Riau dengan
terperinci, tepat, serta menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang
sangat luas terhadap fakta sejarah.

• Menghuraikan faktor kegemilangan Kesultanan Johor Riau dengan
terperinci, tepat, serta menunjukkan kesungguhan.

• Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil memartabatkan
karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.

• Menghuraikan sebab mengapa perlu memelihara kedaulatan negara
agar kemakmuran dan kemajuan negara terus terjamin.

3

Kaedah Kajian

Sebanyak 2 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci dan bersistematik.

1. Kaedah Analisis Dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari Cikgu Zul untuk memastikan
kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan
diragui akan kebenarannya.

2. Kaedah Memuat Turun Internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat
turun bahan yang terdapat sebagai rujukan. Dalam waktu yang sama, saya
juga menonton video yang menceritakan tentang sejarah Kesultanan Johor
Riau, temubual dan yang lain-lain lagi.

4

Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh oleh waris Kesultanan Melayu
Melaka, mewarisi system pemerintahan, pentadbiran, wilayah jajahan
takluk dan naungannya. Tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan
awal Alam Melayu. Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah,
gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahari Seri Nara
Diraja menghimpun rakyat membuka negeri di pesisir Sungai Johor.
Terdapat tiga pusat pemerintahan, yang pertama Pusat Pemerinatahan
Kota Kara, Pekan tua. Diwarisi oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-
1564) dan diserang Portugis 1535. Kedua pula Pusat Pemerintahan Kota
Sayong, Sayong Pinang dan Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur ke sini.
Pusat pemerintahan ini selamat kerana kapal perang musuh sukar
melintasi sungai sempit. Yang ketiga ialah Pusat Pemerintahan Kota Batu,
Johor Lama (Tanjung Batu). Sultan Alauddin Riayat Shah (1540) yang
mewarisnya.

5

Latar Belakang

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis (Perang Tiga Segi/ Perang Seratus
Tahun)

Persaingan ini terjadi untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Ia
berakhir apabila Johor memberikan bantuan Belanda mengalahkan
Portugis dan menguasai Melaka (1641). Acheh mengalami kemerosotan
selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Kemudian, Acheh menyerang
Johor kerana perdagangan Acheh tergugat; Johor menyerang Portugis
kerana hendak merampas semula Melaka; Acheh menyerang Portugis
kerana Portugis hendak menguasai perdagangan Acheh; Portugis
menyerang Johor kerana adanya pakatan Johor, Acheh.

2. Perang Johor-Jambi

Johor menuntut Tungal daripada Jambi. Krisis peperangan berlaku dari
1659 Ke 1679. Kemudiannya, Johor menyerang Jambi bulan Jun 1679.
Jambi tewas dan tanduk bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang
berpusat di Riau.

3. Konflik Pembesar

6

Konflik yang terjadi diantara Bendahara Tun Habib Abdul Majid,
Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan. Berakhir pula
dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu. Selepas
itu, Keturunan Bendahara berpengaruh pemerintahan. Tun Habib
meninggal dunia dan dikenali Bendahara Padang Saujana. Bendahara
digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

4. Ancaman Raja Kechil

Raja Kechil menyerang Johor (1718) menuntut takhta kerajaan Johor.
Mendakwa diri sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud
mangkat dijulang) (1685-1699) dan mengisytiharkan diri sebagai Sultan
Johor Riau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Untuk menuntut
semula, Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta
bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil. Raja
Kechil dapat dikalahkan (4 Oktober 1722) Raja Sulaiman ditabalkan
sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(17222- 1760). Selepas kejadian itu, Daeng Merewah dilantik sebagai Yang
di-Pertuan Muda atau Yantuan Muda Bugis yang pertama di Johor.

7

Faktor Kegemilangan

Terdapat 3 faktor :

1. Pusat Perdagangan yang Unggul
• Kedudukan yang strategik
• Tumpuan para pedagang
• Pusat pengumpulan dan pengedaran Pelbagai barang dagangan
• Kesibukan pelabuhan Johor Riau

2. Pengurusan Pelabuhan
• Kemudahan Pelabuhan
• Urusan jual beli
• Sistem naungan
• Peranan orang laut
• Kemudahan membaiki dan membina kapal

3. Pusat Persuratan
• Karya Agong (Sulatus Salatin,Hikayat Hang Tuah)
• Tokoh Persuratan (Tun Seri Lanang)

8

• Karya Lain (Tajul Salatin)
9

Langkah-langkah untuk Mempertabatkan
Karya-karya Persuratan Melayu

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya
melayu ke peringkat antarabangsa antaranya ialah menghantar pasukan
atau individu menyertai pertandingan mencipta karya pada peringkat
antarabangsa dengan menyertai pertandingan ini akan dapat melahirkan
pakar dalam bidang ini. Kerajaan dan swasta juga perlu membanyakkan
anjuran bengkel penulisan supaya dapat mengcungkil bakat-bakat baru
dalam bidang persuratan. Selain bengkel yang dianjurkan di peringkat
kebangsaan bakat-bakat baru dan lama ditaja untuk menghadiri seminar
karya persuratan peringkat antarabangsa

10

Huraian Sebab Mengapa Perlu Memelihara
Kedaulatan Negara

Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama
dan budaya.Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama
lebih empat abad, namun hari iniMalaysia berdiri sebagai sebuah negara
berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dankuasa sepenuhnya atas
urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal
inibermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar
bagi menentukan arahdan hala tuju negara sama ada dari segi politik,
ekonomi mahupun sosial.Dari segi politik misalnya, kita dikatakan
mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklahseratus peratus mengikut
sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain di dunia.Demokrasi
yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut acuan,
keperluan dan kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya yang
kita warisi sejak dahulu. Hal iniadalah semata-mata untuk menjaga
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.Kedaulatan negara ialah suatu
yang perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajahsecara
langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing
mengambarkankelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal
ini menunjukkan kerendahanmaruah bangsa dan negara tersebut pada
mata dunia. Negara yang dijajah bukan sahajadipandang hina bahkan
tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan
negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah
berlaku semasanegara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan
Jepun pada masa dahulu. Bukan itusahaja, bahkan banyak kekayaan
warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh
penjajah ke negara mereka.Menjaga dan menpertahankan kedaulatan

11

negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah,
masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara
malaysia.

12

Rumusan

Antara yang saya faham dari kisah atau cerita tentang kemegahan atau
kegemilangan Johor Riau ialah Johor Riau adalah salah satu kerajaan
tertua dalam sejarah melayu. Johor Riau juga merupakan sebuah Kawasan
yang baik dari segi kedudukannya.
Ia juga sebuah tempat perdagangan yang selamat dikunjungi pada masa
Ketika dahulu. Walaupon kawasan Johor Riau ini kecil, tetapi ia selamat
dari ancaman luar kerana di sekelilingnya terdapat pengawal-pengawal
yang menjaga keselamatan kawasan itu.
Maka kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berbangga dengan bersyukur
terhadap kebaikkan yang telah dibawa oleh kerajaan Johor Riau kepada
Malaysia.

13

Rujukan

• https://anyflip.com/lraje/iimx/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor#Nota
• https://www.slideshare.net/NORHAMIZAHHAMIDUN/sejarah-
persuratan-melayu-johor-riau

14


Click to View FlipBook Version