AKTIVITI KELAB
PELANCONGAN
TEMA : TARIAN TRADISIONAL
MALAYSIA
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum
di mana terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya
yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang
kaum ini, terutama dapat dilihat daripada
tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari
pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak
muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan
dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan
tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin,
gamelan, asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas,
ngajat dan sumazau.
TARIAN MELAYU
TARIAN MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di
selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat
DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini
menggabungkan drama romantis, serta tarian dan
nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan,
yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan
Melayu.
TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia
boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian
ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari
Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah
sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh
pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era
perdagangan rempah di situ.
TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu
traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik
padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira.
Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang
berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu
Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh
pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan
gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama
Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian
dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan
diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah
seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari
wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan
dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga
ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis
kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan.
Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh
malam.
TARIAN INDIA
TARIAN BHARATHANATYAM
Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India
dari Tamil Nadu, India. Istilah “ bharatanatyam ”
berasal daripada gabungan suku kata “ bha ” (bhava,
ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan
“natyam” (seni tarian dramatik).
Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks
Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi
semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara
India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500
tahun dahulu.
Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh
devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri
kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin
sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat
persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan
cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi
persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan
diri dalam tarian tradisional ini.
Terdapat dua bahagian utama dalam tarian
bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk
pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha
menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat
persembahan bharatanatyam.
Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di
mana penari menjadi “ pencerita ” yang akan
menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton
melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa
suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang
dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.
Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam
termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya
(ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata)
dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).
Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila
suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang
sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari
bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap
bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya
kepala atau mata digerakkan.
TARIAN KOLATTAM
Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini
dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu
diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat
bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba
tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada
alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka
untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai
jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi,
Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan
lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan
dan menari bertepuk tangan mereka untuk mengangkat
lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika
perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga
seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada
anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini
dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.
TARIAN KATHAKALI
Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India
Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang
bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk
menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan.
Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta
kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan
bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan
mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari
dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa
ksatria), dan tamasik (rupa setan). Tema tari Kathakali
berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan
berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
TARIAN CINA
TARIAN NAGA
Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik.
Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia
kira-kira 2,000 tahun. Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh
menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk
turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya
dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga
sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah
menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.
Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China
telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun
pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa.
Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang
baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan
menyampaikan perasaan kegembiraan.
Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu,
kain, dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang
tinggi. Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk
membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik.
Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga,
kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat
menarik. Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa
perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari
tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.
TARIAN SINGA
Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional
China, juga adalah aktiviti yang popular. Rakyat bermain singa
semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah
keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun. Di China,
bermain singa ada pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan
kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan. Bentuk, corak,
warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa
selatan.
Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun
Baru yang datang? Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di
Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru,
raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan
manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat
takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan
cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya
raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh
itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa
ajaib dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun
Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan
Tahun Baru.
TARIAN KIPAS
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini
tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan
pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya
terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2
hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas.
Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul
dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul.
Kadangkala penari akan memakai selendang panjang
yang disemat pada bahu.
Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang
memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2
orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang
menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka.
Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat
cina iaitu mempercayai ‘ feng shui ’ . ‘ Feng shui ’
merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda
baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu,
tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan
kepada seluruh anggota masyarakat.
TARIAN SABAH
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah
yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi
pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan
untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati
penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-
lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut
irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar,
gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya
tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta
Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada
daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian
Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji
atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang
demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria
seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.
Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita
yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai
upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan
mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya
adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian
besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di
samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk
memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti
kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu
Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah
menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari.
Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu.
Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak
tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan.
Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat
tepukan atau rangsangan daripada para penonton.
TARIAN SARAWAK
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.
Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat
Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat
“ Ngemai antu pala ” . Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan
sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.
Penari lelaki digelar sebagai ‘ keling ’ dan penari perempuan pula digelar
sebagai ‘ kumang ’ . Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang
dinamakan ‘ sirat ’ , ‘ gagong ’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu
pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit
beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang
dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.
Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan
adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan
memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri.
Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri
dan kanan.
Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan
adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu,
untuk ber ’ Rayah ’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah
dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.
TARIAN KENYALANG
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud
merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di
Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan
pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini
adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan
kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-
pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang
menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan
ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang
deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan
digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan
tarian ini. Bulu burung kenyalang ini melambangkan
sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari
sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan
menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara
berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.