HMF 3053 MORAL DAN AKHLAK DARI PERSPEKTIF AGAMA
TAJUK : AGAMA KRISTIAN
NAMA PENSYARAH ENCIK MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL
NAMA AHLI KUMPULAN RAHMAN
TENGKU NAJIHAH BINTI TG DERAMAN
D20181083855
NOOR FADHUHA BINTI AZIZ D20181083448
NUR ANIRA BT MUHAMAD OSMAN
D20181983459
NUR BASYIRAH BINTI
MUJAMEKD20192091831
AMIRA JULIANA BT BAKRI D20181083529
NUR ZULAIKHA BINTI ZULKIFLY
D20192091822
SASITHARAN RAJENDRAN D20181084532
NURUL SYAFIKA BINTI DERANI
D20181083854
[email protected]
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan, agama merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-
sifat kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya, kepercayaan pada yang Maha
Kuasa. Menurut Suhaida Shaharuddin dan Khadijah Khambali dalam jurnal Analisis Konsep
Abrahim Faiths dan Kaitannya dengan Pluralisme pula, agama merujuk kepada kepercayaan
yang dipanggil Faith merujuk kepada keyakinan, kepercayaan terhadap tuntutan agama. Oleh
yang demikian, kepercayaan dan keyakinan merupakan agama yang diterima dari Tuhan
sebagai hadiah dan rahmat dan merupakan satu cara untuk membentuk kepercayaan.
Tambahnya lagi, Faiths mempunyai tiga makna yang agak serupa yang berasal daripada
perkataan Latin iaitu kepercayaan atau keyakinan yang lengkap terhadap seseorang atau
sesuatu.
Agama yang wujud didunia terbahagi kepada beberapa agama yang dianuti oleh
kumpulan majoriti seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Yahudi. Setiap agama
mempunyai amalan dan kepercayaan yang berbeza dan perlu dipatuhi oleh setiap penganutnya.
Menurut jurnal Agama Kristian Kini Dan Pengasasnya yang ditulis oleh Zakaria @ Mahmod
Bin Daud, agama Kristian merupakan agama Nasara. Agama Nasara merujuk kepada agama
Samawi yang dibawa oleh Nabi Isa a.s kepada Bani Israil dengan berpandukan kepada ajaran
Nabi Isa a.s yang bersumberkan ajaran dari Kitab Taurat. Ketika Bani Israil telah jauh
menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi Musa a.s, Nabi Isa telah di utuskan untuk
menyelamatkan mereka supaya kembali kepada Allah S.W.T dan mematuhi ajaran samawi
yang dibawa.
Walau bagaimanapun, dakwah nabi Isa a.s kepada Bani Israil ini kurang mendapat
sambutan, sebaliknya ramai dari mereka termasuk pendita-pendita Yahudi melakukan
penentangan. Mereka melempar berbagai tuduhan kepada nabi Isa sehingga akhirnya mereka
membuat pakatan jahat mahu membunuhnya. Walaupun begitu, nabi Isa a.s dan pengikut-
pengikutnya yang dipanggil al-Hawahyyim tetap menjalankan tugas dakwah tersebut tanpa
menghirau kepada tekanan dan tentangan Bani Israil. Namun akhirnya, beliau telah di hukum
bunuh oleh orang Yahudi. Mengikut ajaran Islam, Nabi Isa telah diangkat ke langit oleh Allah
s.w.t manakala mengikut ajaran Kristian, beliau telah disalib. Setelah kematiannya, agama
Kristian yang asal itu mula diselewengkan dan ditokok tambah oleh musuhnya iaitu Paul
sehingga agama ini bertukar corak menjadi agama Kristian ciptaan manusia dan keaslian
Samawinya telah dinodai.
1
SEJARAH AGAMA KRISTIAN
Setiap agama mempunyai sejarah yang tersendiri begitu juga dengan agama Kristian.
Merujuk kepada Zakaria Daud agama Kristian merujuk kepada agama Samawi yang dibawa
oleh Nabi Isa a.s yang bersumberkan ajaran daripada Kitab Taurat. Nabi Isa telah diutuskan
kepada Bani Israil kerana mereka telah jauh menyeleweng dan telah sesat daripada ajaran Nabi
Musa a.s. Oleh itu, Nabi Isa telah diutuskan bagi menyelamatkan mereka supaya kembali
kepada Allah dan mematuhi ajaran Samawi yang dibawa. Ayu Nor Azilah Mohamad (2016)
menyatakan bahawa, agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi
yang menerima Nabi Isa a.s ataupun disebut sebagai Jesus oleh agama Kristian yang berasal
daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus. Sesetengah penganut Kristian menggelar Jesus
sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama.
Menurut Tarpin, M.Ag & Khotimah, M. Ag (2012), agama Kristian tidak boleh dipisahkan dari
agama Yahudi, kerana secara genetik dan historisnya, Jesus iaitu pembawa agama ini adalah
seorang berbangsa Yahudi, yang pernah hidup dan berdakwah di tengah masyarakat Yahudi.
Pada awal perkembangannya, agama Kristian dianggap sebagai salah satu mazhab dalam
agama Yahudi, dimana pengikutnya disebut sebagai orang-orang Nazaret (Nasrani) yang
berarti “(agama) pengikut Jesus orang Nazareth”.
Nabi Isa a.s atau digelar sebagai Jesus Kristus oleh orang Kristian merupakan putera
seorang perawan suci yang bernama Maria, yang dilahirkan di Palestin, lebih dari 2000 tahun
yang lalu. Nabi Isa A.s berusia 30-an tahun, ketika baginda berdakwah di tengah-tengah
masyarakat Bani Israil (Yahudi) dengan dibantu oleh 12 orang murid-Nya. Didalam
dakwahnya, baginda menyerukan agar semua kaum Bani Israil bertaubat dan tunduk kepada
tuhan yang satu. Namun, dakwahnya mendapat tentangan daripada penganut agama Yahudi.
Pada awal pendakwahan Nabi Isa a.s, baginda telah diusir dan dilemparkan dengan pelbagai
tuduhan dan mendapat tentangan daripada masyarakat setempat terutamanya pendeta Yahudi.
Pelbagai tuduhan telah dilemparkan dan satu pakatan telah dirancang untuk membunuh
baginda. Nabi Isa a.s dan pengikutnya tetap melakukan dakwah tersebut tanpa menghiraukan
kepada tekanan dan tentangan daripada Bani Israil.
Namun kerana ketidaksenangan para penganut agama Yahudi, yang kemudian
mempengaruhi para penguasa, mereka berpakat untuk menangkap nabi Isa a.s untuk dihukum
mati dengan disalib yang diketuai oleh Yahuza dan Eschariot. Dengan izin Allah s.w.t telah
menyerupakan wajah dan fzikal Yahuza sama seperti nabi Isa a.s yang mengakibatkan dia
2
ditangkap dan disalib oleh orang Yahudi di atas tiang salib, di bukit Golgotha. Mengikut
pandangan Islam Nabi Isa a.s telah dibantu oleh Allah s.w.t dengan di angkat ke langit
manakala pandangan Kristian pula mengatakan bahawa Nabi Isa a.s telah di salib. Peristiwa
ini dipercayai berlaku sewaktu baginda berumur 33 tahun setelah beliau berdakwah selama tiga
tahun sahaja. Setelah nabi Isa a.s diangkat kelangit (mengikut Islam dan disalib mengikut
Kristian) agama Kristian yang asal itu mula diselewengkan dan ditokok tambah oleh
musuhnya, sehingga agama ini bertukar corak menjadi agama Kristian ciptaan manusia dan
keaslian Samawinya telah dinodai.
Mengikut sarjana Barat dan Islam, tokoh yang bertanggungjawab melakukan
perubahan dan penyelewengan itu ialah St.Paul atau Saul seorang berbangsa Yahudi. Beliau
berasal dari Tarsus dan Cilicia, yang merupakan sebuah bandar perdagangan Greek yang
makmur dan masyhur pada waktu itu dan juga merupa kan sebuah bandar pertemuan antara
berbagai aliran dan fahaman timur dan barat. Beliau seorang Yahudi dari suku Benjamin,
bermazhab Pharisee yang kuat berpegang kepada undang-undang Yahudi dan ajaran Thaurat.
Terdapat beberapa Sarjana Islam dan Barat yang mengatakan bahawa tujuan Paul memeluk
agama Kristian adalah bertujuan untuk merosakkan agama Kristian dengan menggunakan
senjata baru iaitu senjata merosakkan agama Kristian dari dalam dengan membuang ajaran asal
yang penting dan memasukkan beberapa perkara baru kedalamnya, seperti mengharuskan
makan babi, mempercayai tiga Tuhan atau triniti, dengan menganggap nabi Isa as adalah Anak
Tuhan (Son of God) dan Iain-lain lagi.
Setelah Paul mengistiharkan dirinya memeluk Kristian, beliau mengembangkan
ajarannya kepada orang ramai dengan dibantu oleh beberapa orang kawan dan muridnya seperti
Barnaba dan Luke. Pada peringkat awal Paul ditentang oleh ramai pengikut nabi Isa a.s dan
rasul utusan (Hawariyyun) yang dilantik sendiri oleh nabi Isa a.s. Justeru itu, tidak ramai yang
mengikut beliau walaupunpun begitu Paul tidak pernah berputus asa bahkan sebaliknya beliau
melipat gandakan usahanya untuk menarik lebih ramai lagi pengikut dengan melakukan
perjalanan ke beberapa buah negara menyiarkan dakwahnya sehingga sampai ke Asia Kecil,
Cyprus dan beberapa buah negara lain termasuk Rome. Hasilnya Paul mula mendapat perhatian
dan kepercayaan dari masyarakat ditempat beliau kunjungi dan akhirnya pengaruh beliau
semakin kuat diabad-abad kemudiannya sehingga penganut-penganut Kristian lebih condong
untuk membentuk kepercayaan keagamaan mereka berdasarkan kepada penulisan Paul
berbanding dengan ajaran sebenar.
3
Setelah Paul memeluk Kristian, beliau memasukkan pelbagai unsur dari pelbagai ajaran
agama dan falsafah kedalam agama Kristian sehingga membentuk doktrin-doktrin yang
kemudiannya dijadikan sumber agama Kristian kini. Antara ajaran ciptaan beliau yang
dimasukkan kedalam agama Kristian kini ialah Triniti, agama kristian agama universal,
pensaliban nabi Isa a.s di kayu salib sebagai penebusan dosa warisan dan tidak perlu berkhatan.
Berdasarkan kepada doktrin-doktrin Paul tersebut, jelas bahawa semuanya itu bukanlah ajaran
daripada Allah atau pun ajaran daripada nabi Isa as (JesusChrist) sebagaimana yang didakwa
oleh Paul, malahan ia merupakan hasil cetusan idea-idea Paul sendiri yang telah mencampuri
pelbagai unsur dari kepercayaan kuno dan falsafah Greek tua dan Iain-lain lagi sehingga
membentuk doktrin-doktrin yang kemudiannya menjadi tunjang aqidah dan amalan utama
dalam agama Kristian kini. Ketika Paul iaitu seorang tokoh yang dianggap oleh orang Kristian
sebagai seorang “rasul” dan “manusia suci” agama ini telah banyak berlaku perubahan dari
agama induknya atau agama asalnya. Para pengikut Kristian tidak lagi berdakwah dan
beribadah di rumah ibadat umat Yahudi, melainkan di dalam gereja. Sejak itu, agama ini
menjadi berbeza dalam aspek teologi dibandingkan dengan agama Yahudi yang meyakini
bahwa Tuhan itu Maha Esa. Agama Kristen tetap mempercayai bahwa Tuhan itu Maha Esa,
namun Tuhan memiliki tiga oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus (Tarpin, M.Ag &
Khotimah, M. Ag, 2012).
Pensaliban nabi Isa di kayu salib mengikut kepercayaan agama Kristian melambangkan
sebagai menghapuskan dosa warisan (Inherited Sin) yang dilakukan oleh nabi Adam dan
isterinya Hawa kerana memakan buah khuldi (menurut Kristian ianya buah epal) yang telah
ditegah oleh Allah S.W.T sewaktu mereka berdua berada di syurga. Akibatnya mereka telah
disingkirkan dari syurga dan disebabkan itulah manusia terpaksa menangung dosa warisan
kerana mereka berdua. Oleh itu, pensaliban Isa a.s sebagai penebus dosa warisan tersebut.
Menurut ajaran Paul, Tuhan Bapa adalah Tuhan Penyayang dan Adil, oleh itu bagi
menghapuskan dosa warisan, Tuhan telah mengurniakan anak-Nya sebagai penebus dosa yang
dijelmakan sebagai manusia melalui tubuh Jesus Christ. Bagi Paul hanya Jesus Christ sahaja
yang layak di salib di kayu salib sebagai korban kepada Tuhan Bapa untuk menyelamatkan
manusia seluruhnya dari menanggung dosa warisan itu. Menurut Paul, seseorang itu tidak akan
selamat dengan hanya berbuat baik sahaja melainkan dia percaya dan yakin terhadap
pengorbanan Jesus Christ di kayu salib sebagai penebus dosa warisan.
Di dalam agama Kristian, penganut agama Kristian mempercayai tentang dosa warisan,
anak Tuhan (Son of God), Penjelmaan, pensaliban, penebusan, kebangkitan semula dan naik
4
ke langit dan bersemayam di sebelah kanan Tuhan. Dosa warisan merujuk kepada dosa yang
diwarisi turun temurun dan bagi mengampuni dosa warisan Jesus Christ mengorbankan diri
bagi menyelamatkan seluruh manusia daripada menanggung dosa warisan itu. Anak Tuhan
atau Son Of God merujuk kepada anak Tuhan. Jesus Christ merupakan anak Tuhan yang di
lahirkan oleh Mariam. Penjelmaan pula merujuk kepada jelmaan Jesus Christ sebagai manusia
yang dikandungkan oleh Mariam dan di lahirkan di bumi. Pensaliban pula merujuk kepada
penyaliban Jesus Christ bagi menghapuskan dosa warisan. Begitu pula dengan penebusan yang
merujuk kepada penebusan Jesus Christ bagi menyelamatkan seluruh manusia daripada dosa
warisan. Jesus naik ke langit dan bersemayam di sebelah kanan Tuhan Bapa pula merujuk
kepada selepas Jesus Christ disalib, penganut agama Kristian percaya Jesus Christ sebenarnya
di angkat ke langit dan bersemayam di sebelah kanan Tuhan, Menurut keyakinan para pemeluk
agama-Nya, dia bangkit setelah tiga hari sesudah kematiannya. Umat Kristian juga percaya
bahwa dengan kematian Jesus dosa-dosa manusia diampuni Tuhan, dan memungkinkan semua
manusia untuk masuk ke kehidupan yang abadi bersama-sama.
Sesetengah penganut Kristian menggelar Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi
seperti yang telah dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama. Penganut Kristian sama ada
gereja Roman Katolik, Ortodok Timur ataupun Gereja Protestan menerima Doktrin Triniti atau
Tritunggal sebagai ajaran utama agama Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa selepas
berakhirnya kehidupan Jesus Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam bentuk Roh
Suci atau Roh Kudus yang terdiri daripada tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci.
Pengikut Kristian percaya bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia sebagai hamba
pilihannya yang dinamakan al-Masih. Ini bertujuan untuk menolong manusia melakukan tugas
keagamaan mereka. Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau
Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab Perjanjian Lama (Bible) memimpin manusia ke arah
kehidupan yang bermoral iaitu menjauhi segala perkara yg negatif untuk menyelamatkan
manusia daripada dosa. Mengandungi 10 ajaran dan perintah dari Tuhan yang dikenali sebagai
The Ten Commandments (sepuluh rukun) Tuhan itu hanyalah satu, pencipta segala makhluk
dan setiap penganut Kristian hendaklah mematuhi perintah-perintah Tuhan dan ajaran yang
disampaikan.
5
DOKTRIN-DOKTRIN AGAMA KRISTIAN
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa.
Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan
buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di
dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut The Garden Of Edenâ (The book Of Genesis
di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa
dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari
peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan
akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara
yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang
yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk
membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu
dengan kematian Anak Tuhan.
Doktrin anak tuhan (The sonship of God)
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya
kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan.
Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16),
oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus
itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat
ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.
Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)
Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus
sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan
yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah
berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di
tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s
Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.
6
Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)
Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini
secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat
tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini
dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti.
Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau
dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian
menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan
ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang
terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah
yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah
diajar oleh bible yang mereka miliki itu.
Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)
Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama
dalam agama Kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya
bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus
segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi
kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.
Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga
sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan
melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran
Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka
agung-agungkan.
KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN (HOLY BIBLE ADALAH KITAB SUCI
DALAM AGAMA KRISTIAN)
Agama Kristian adalah unik di antara semua kepercayaan, kerana agama Kristian adalah lebih
kepada hubung dengan Tuhan daripada upacara keagamaan. Selain daripada mengikut satu
senarai perkara yang boleh dilakukan dan yang jangan dilakukan, tujuan agama Kristian ialah
mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan. Hubungan itu boleh dijalin disebabkan oleh
Yesus Kristus dan kerja Roh Kudus di dalam kehidupan Kristian.
7
Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang
tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21). Kristian
percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus
Kristus) dan Roh Kudus.
Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa
telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23). Agama Kristian mengajar
bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar
(Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib. Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan,
bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi
pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25). Agama Kristian mengatakan bahawa
kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan
pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-
14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).
Ritual dan Ibadah Agama Kristian
Ibadah Sembahyang
Sembahyang merupakan amalan yang penting yang diamalkan oleh penganut-penganut agama
Kristian. Para penganut agama Kristian mempercayai dan meyakini bahawa ibadah
sembahyang dalam agama mereka merupakan tiang agama yang dapat membuatkan diri
mereka dekat kepada Tuhan melalui perantaraan Isa (Yesus). Namun begitu, sembahyang
dalam agama Kristian tidak menjadi tuntutan ke atas penganutnya untuk wajib
melaksanakannya, namun sembahyang dalam agama Kristian dianggap sebagai ibadah sunat.
Ketika menunaikan sembahyang terdapat dua syarat yang dipenuhi oleh para penganut agama
Kristian iaitu,
1. Sembahyang yang didirikan hendaklah ditunaikan atas nama Isa (Yesus)
2. Sembahyang yang ditunaikan hendaklah didahului dengan iman yang sempurna.
Dalam agama Kristian, waktu dan bilangan sembahyang tidak ditetapkan di mana setiap
penganutnya bebas untuk melakukan sembahyang secara bersendirian pada bila-bila masa
mengikut kemahuan masing-masing. Sembahyang yang dilakukan oleh penganut kristian tidak
mempunyai tertib rukun seperti mana solat yang ditunaikan penganut agama Islam.
Sembahyang yang didirikan hanyalah berupa doa-doa yang ingin dimohon dan dipanjatkan
kepada Tuhan mereka mengikut kemahuan masing-masing.
8
Seterusnya, amalan sembahyang berjemaah oleh penganut-penganut Kristian akan
dilakukan pada setiap hari Ahad. Sembahyang berjemaah yang merupakan amalan
sembahyang mingguan akan dilakukan secara bersama-sama oleh penganut Kristian di gereja-
gereja yang berhampiran mereka. Paderi akan memimpin upacara di gereja tersebut dengan
melaksanakan beberapa amalan seperti nyanyian pujaan beramai-ramai, bacaan khutbah, doa
dan sembahyang. Lambang salib diletakkan di bahagian hadapan gereja bertujuan agar para
jemaah yang menyertai sembahyang dapat menumpukan fokus mereka dan perhatian mereka.
Ibadah Puasa
Para penganut agama Kristian juga turut mengamalkan ibadah puasa. Ibadah puasa
dilakukan oleh penganut Kristian untuk tujuan penyerahan diri dan harap kepada Tuhan.
Penganut agama Kristian akan berpuasa bermula pada waktu pagi sehingga selepas waktu
tengah hari. Terdapat beberapa jenis puasa yang menjadi tradisi penganut-penganut agama
Kristian iaitu, puasa pada hari Rabu yang dilakukan bersempena peristiwa hari pakatan jahat
untuk membunuh Nabi Isa a.s. sehingga beliau tertangkap, puasa pada hari Jumaat berikutan
hari Nabi Isa disalib, puasa 45 hari terakhir dengan sambutan perayaan Krismas dan puasa suci
suci selama 55 hari. Ibadah puasa dalam agama Kristian merupakan satu ibadah yang dilakukan
secara sukacita oleh para penganut agama ini. Dalam ajaran agama Kristian, tidak ada ibadah
puasa yang sifatnya wajib secara paksa.
Ritual Perjamuan Kudus
Ritual Perjamuan Kudus (Eucharist) atau juga dikenali sebagai Santapan Malam Ketuhanan
merupakan sebuah upacara tahunan yang dilakukan di gereja bagi memperingati peristiwa
kematian Isa (Yesus) kerana menebus dosa manusia. Berdasarkan kepercayaan agama Kristian,
upacara ini dilakukan bagi menggambarkan santapan malam yang terakhir Nabi Isa a.s
bersama-sama sahabat-sahabatnya sebelum beliau ditangkap.
Surat Paulus I kepada orang Korintus menerangkan berkaitan peristiwa yang dikaitkan dengan
Perjamuan Kudus ini. Katanya:
“…sesungguhnya Tuhan Isa pada malam dia diserahkan telah mengambil roti dan
mengucap syukur lalu memecah-mecahkannya sambil berkata: “Ambil olehmu dan
makanlah. Inilah tubuhku yang hancur kerana kamu. Buatlah ini sebagai peringatan.”
Begitu juga cawan minuman, selepas makan seraya berkata: “ Cawan minuman ini
adalah perjanjian baru dengan darahku. Lakukanlah ini setiap kali kamu minum sebagai
9
kenangan untukku. Maka sesungguhnya setiap kali kamu memakan roti ini dan meminum
dari cawan ini, kamu memberitakan tentang kematian Tuhan, sehingga dia datang
kembali.”
(Korintus 11:23-26)
Pada upacara Perjamuan Kudus ini, para penganut agama Kristian akan
menghidangkan roti dan arak di gereja. Roti dan arak yang dihidangkan dalam uparaca tahunan
gereja ini mempunyai perlambangan dan simbolik yang tersendiri. Roti yang dihidangkan
melambangkan daging Nabi Isa a.s manakala arak pula melambangkan darah Nabi Isa a.s.
Dengan berpegang kepada nas-nas yang terkandung dalam kitab suci Kristian, para penganut
Kristian mempercayai roti yang dimakan dan arak yang diminum secara beramai-ramai itu
dapat bertukar kepada daging dan darah Nabi Isa. Perbuatan tersebut diyakini bahawa mampu
memasukkan Isa ke dalam jasad mereka yang membolehkan mereka bergaul dengannya dan
ajaran Nabi Isa. Upacara ini juga dilakukan oleh penganut Kristian sebagai harapan untuk
merikan kedatagan semula Nabi Isa ke dunia yang menjadi impian seluruh penganut agama ini.
Upacara Perjamuan Kudus ini pada awalnya adalah berasal daripada tradisi orang-orang
Yahudi yang mengadakan upacara ini untuk memperingati penghijrahan secara beramai-ramai
bangsa Yahudi dari bumi Mesir ketika pemerintahan Fir’aun yang diketuai Nabi Musa a.s. .
Amalan ini seterusnya diserap dalam tradisi agama Kristian dengan bersandarkan kepada
pendapat Paulus.
Simbol Agama
Salib adalah alat yang digunakan dalam bentuk hukuman keras keatas kesalahan-
kesalahan tertentu di bawah zaman pemerintahan Rom. Hukuman ini wujud sebelum lahirnya
agama Kristian dan dalam pada masa yang sama, Firaun di Mesir menggunakan hukuman yang
sama iaitu hukuman salib. Salib digunakan dalam pelbagai bentuk iaitu berbentuk “t” , “T”,
atau “X”. Nabi Isa a.s atau Jesus Christ adalah antara individu terkenal yang disalib. Simbol
salib ini juga menjadi simbol agama pada zaman pertengahan Kristian.
10
Orang Kristian dari aliran Jehovah Witnesess kini mengambil sikap untuk tidak
menggunakan salib sebagai simbol di gereja. Malah mereka mempercayai bahawa Jesus “mati
dibunuh” yang menyerupai kayu salib yang diperkatakan oleh penganut Kristian yang lain serta
terdapat gambar yang menyerupai seorang lelaki tergantung pada salib. (Noor, 2020)
Tidak dinafikan lagi bahawa kaum muslim menyifatkan simbol salib sebagai lambang
agama Kristian. Salib juga muncul sebelum menjadi simbol Kristian. Pada awalnya masyarakat
Kristin tidak menggunakan salib sebagai lambang Kristian mereka kerana lambang salib ini
tak termasuk dalam lambang Kristian yang disediakan oleh St. Clement. Mereka menggunakan
simbol ikan (Pisces) dan anak domba sebagai lambang penyelamat. Pada ketika itu juga, simbol
salib merupakan satu bintang yang digunakan sebagai petunjuk langit di selatan bermula zaman
peradaban awal manusia. Kaum terdahulu menyembah bintang dan salib digunakan sebagai
lambang dewa mereka.
Selain dari gambar yang menyerupai seorang lelaki tergantung di salib di Gereja
Kristian pada abad ke-7 oleh Orang Romawi di India, di Mesir Purba, salib dijadikan lambang
keagamaan dimana yang memuja dewa-dewi mati ditembus dosa dengan darah serta
lambangnya berbentuk T dan disebut sebagai “Tau”.
Simbol jantina pula muncul pada masa prasejarah dimana simbol ini digunakan untuk
jantina perempuan dengan bentuk salib ke bawah. Walaubagaimanapun, lambang ini pertama
kali dipakai pada tahun 1753 oleh pengarang buku “Speceis Planatarum”. Pada zaman
prasejarah, simbol ini menyatakan lelaki dan perempuan ditemukan dari peninggalan kuno.
Sebelum wujudnya tulisan, masyarakat prasejarah menggunakan gambar dan simbol untuk
berkomunikasi. Ahli prasejarah juga mencari jawapan berkenaan tujuan simbol itu untuk
menunjukkan lelaki dan perempuan.
Simbol salib dianggap sebagai simbol yang penting dalam agama kristian. Dari
perspektif agama Kristian, simbol salib membawa konsep teologi iaitu lambang pengorbanan,
kejayaan, kasih sayang dari Tuhan, pendamaian dan keselamatan. Selain itu, simbol salib
mempunyai kaitan yang rapat bagi doktrin penebusan dosa serta penyelamatan. (Abd Majid,
2018)
Pelbagai jenis salib pada setiap simbol dan bentuk serta memiliki makna yang berbeza.
Diantara bentuk yang digunakan oleh agama Kristian adalah “ICHTHYS” atau simbol ikan
yang digunakan oleh masyarakat awal prasejarah untuk mengenalpasti mereka pengikut
Kristian ataupun tidak. Ichthys berasal dari perkataan Yunani kuno untuk ikan. Bentuk
11
simbolnya berupa dua busur berpotongan diatas garis besar ikan. Ini juga digunakan sebagai
taktik orang Kristian dahulu yang teraniaya sebagai simbol rahsia. Yunani menganggap ikan
ichthsy ini membentuk maksud Anak Allah Juru Selamat. (Sari, 2018)
Yang kedua, simbol Chi-Rho iaitu monogram tertua atau simbol huruf bagi Kristian.
Simbol ini digunakan Kostantinapal sebagai simbol pasukan. Chi (x=ch) dan rho (p=r) adalah
tiga huruf pertama dari Chritos dalam bahasa Yunani. Simbol yang ketiga salib Latin (tao) yang
melambangkan keabadian atau kehidupan yang kekal, salib ini dikatakan sebagai simbol belas
kasihan dan kebijaksanaan yang tersembunyi. Salib ini banyak digunakan pada leher-leher
pendeta pada zaman mesir kuno.
Selain daripada itu, simbol keempat pula, Salib crix immisa, di mana bentuk bawahnya
lebih panjang dari bahagian lain. Salib ini dipercaya digunakan untuk menyalib Jesus. Simbol
seterusnya adalah simbol salib crux commisa dan salib ini berbentuk seperti huruf T. Salib ini
merupakan simbol manusia dan sifatnya adalah berbentuk kesempurnaan.
Simbol yang terakhir iaitu salib "Crux Decusta" yang membawa maksud salib yang
disalibkan oleh Andreas Rasul, dalam bentuk X. Huruf X dalam bahasa Yunani . Dari berbagai
macam jenis simbol salib yang telah dipaparkan diatas, masyarakat Kristian banyak
menggunakan simbol salib dengan bentuk crix immisa yang dipercaya sebagai salib yang
digunakan dalam penyaliban Jesus.
Salib dikatakan sebagai sebuah simbol. Dalam salib terdapat maksud selainnya, salib
menyifatkan sesuatu perkara yang lebih dari apa yang terlihat. Sehingga masyarakat Kristian
memahami makna di sebalik simbol salib perlunya pemahaman yang mendalam dan
menyeluruh sehingga mencapai maksud dari makna simbol salib. Untuk memahami makna
salib maka perlu dikaitkan dan dihubungkan dengan makna dari segi simbol.
Salib adalah lambang yang amat penting bagi penganut agama Kristian. Ini kerana,
menurut kepercayaan Kristian di sebalik simbol salib tersirat makna teologi yang dapat
memberi impak kepada spiritual serta kehidupan mereka. Simbol salib adalah sebagai lambang
pengorbanan, kejayaan, kasih sayang dari Tuhan, pendamaian dan penyelamatan. Sarjana-
sarjana Kristian berpandangan bahawa kematian Jesus Christ di atas tiang salib merupakan
salah satu daripada rancangan Tuhan untuk menebus dosa serta menyelamatkan manusia.
12
Kitab Suci Agama
Perkataan ‘Bibel’ berasal dari penggunaan orang Yahudi iaitu “Kitab-kitab” dalam
bahasa Yahudi dan pada saat itu orang-orang Yahudi yang menggunakan bahasa Latin pada
periode Hellenistik, ta Bablia. Kemudian “kitab-kitab suci” (Holy books) dalam bahasa
Yunani, ta hagia Biblia atau hay hierai biblioi dijumpai dengan tulisan orang Yahudi yang
berbahasa Yunani.
Bibel terbahagi kepada dua bahagian iaitu Taurat yang dikenali dengan Perjanjian Lama
dan Injil dengan Perjanjian Baru. Sebelum ianya tersusun menjadi kumpulan, Perjanjian Lama
merupakan tradisi rakyat yang bersandar pada ingatan manusia sehingga satu-satunya cara
untuk melestarikan tradisi tersebut agar dapat terus tersebar di khalayak umum adalah dengan
menyanyikannya.
Taurat adalah nama dalam bahasa Semit. Perkataan Yunani yang digunakan sekarang
dalam bahasa Perancis adalah Pentateuque bermaksud kitab yang terdiri lima bahagian, iaitu
Genesis (Kejadian), Exotus (Keluaran), Leviticus (Imamat orang Levi), Numeri (Bilangan) dan
Deuteronamium (Ulangan), yaitu lima fasal dari 37 fasal yang terdapat dalam Perjanjian Lama.
Selain itu, Biblia atau Alkitab atau Tanank ini merupakan kitab suci agama Yahudi
yang ditulis oleh para nabi Israel, iaitu masyarakat Kristian dengan Old Testament, iaitu
Perjanjian Lama. Alkitab ini terbahagi kepada tiga kelompok dimana setiap kelompok terdiri
didalam beberapa kitab. Kitab Talmud pula adalah catatan yang menjelaskan tentang
penyebaran hukum yang tertulis dalam Tanank tersebut. Di dalamnya memunyai keputusan
para imam Yahudi tentang bagaimana hukum Allah diterapkan dalam kehidupan seharian.
Sedangkan Injil (New Testament, Perjanjian Baru) adalah kitab yang diturunkan oleh
Allah kepada nabi Isa. Akan tetapi, Injil tidak mempunyai teks yang sebenar begitu juga dengan
Taurat. Kitab ini merupakan kitab suci yang paling asas dalam agama Kristian walaupun
kehidupan Kristian sendiri mengakui kitab suci agama Yahudi sebagai separuh dari kitab
sucinya. Perjanjian Baru ini mempunyai empat teks, iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas
dan Injil Yahya. Setiap daripada AlKitab Perjanjian baru itu berbeza antara satu sama lain.
UNDANG-UNDANG DAN HUKUM DALAM AGAMA KRISTIAN
Hukum ataupun undang-undang merupakan senarai perintah daripada Tuhan kepada bangsa
Israel kuno. Perintah-perintah ini juga dikenali sebagai Sepuluh Firman, yang diterjemahkan
13
daripada ungkapan Ibrani ʽaseʹreth had·deva·rimʹ. Ungkapan ini muncul sebanyak tiga kali
dalam Taurat, iaitu lima buah buku pertama Bible. (Keluaran 34:28; Ulangan 4:13; 10:4)
Dalam Bahasa Inggeris, Sepuluh Hukum ini juga disebut sebagai “Decalogue”, yang berasal
daripada ungkapan Yunani, deʹka (sepuluh) dan loʹgous (firman).
Tuhan telah menuliskan Sepuluh Hukum pada dua keping batu tulis lalu memberikannya
kepada Musa di Gunung Sinai. (Keluaran 24:12-18) Sepuluh Hukum itu dicatatkan
dalam Keluaran 20:1-17 dan Ulangan 5:6-21.
Senarai Sepuluh Hukum
1. Menyembah Tuhan Yehuwa sahaja.—Keluaran 20:3.
2. Jangan menyembah berhala.—Keluaran 20:4-6.
3. Jangan menyalahgunakan nama Tuhan.—Keluaran 20:7.
4. Merayakan hari Sabat.—Keluaran 20:8-11.
5. Menghormati ibu bapa kamu.—Keluaran 20:12.
6. Jangan membunuh.—Keluaran 20:13.
7. Jangan berzina.—Keluaran 20:14.
8. Jangan mencuri.—Keluaran 20:15.
9. Jangan memberikan kesaksian palsu.—Keluaran 20:16.
10. Jangan mengingini kepunyaan orang lain.—Keluaran 20:17
Hukum Berbeza
Bible tidak menetapkan nombor pada setiap hukum. Jadi, terdapat pandangan yang berbeza
tentang susunan hukum-hukum tersebut. Senarai di atas ialah susunan yang biasa digunakan.
Namun, ada juga senarai Sepuluh Hukum yang berbeza, terutamanya mengenai hukum yang
pertama, kedua, dan terakhir.
14
Tujuan hukum
Sepuluh Hukum Tuhan merupakan sebahagian daripada Hukum Musa. Dalam hukum tersebut,
terdapat lebih daripada 600 perintah yang membentuk suatu persetujuan, atau perjanjian, antara
Tuhan dan bangsa Israel kuno. (Keluaran 34:27) Tuhan berjanji bahawa orang Israel akan
makmur jika mereka mentaati Hukum Musa. (Ulangan 28:1-14) Namun, tujuan utama Hukum
Musa ialah untuk mempersiapkan orang Israel supaya mereka beriman kepada Mesias, atau
Kristus, yang dijanjikan.—Galatia 3:24.
Penganut Kristian tidak seharusnya mematuhi sepuluh hukum yang telah diberikan.
Hukum Musa, termasuk Sepuluh Hukum yang hanya diberikan kepada orang Israel kuno
sahaja. (Ulangan 5:2, 3; Mazmur 147:19, 20) Orang Kristian tidak tertakluk kepada Hukum
Musa, bahkan orang Kristian yang berbangsa Yahudi juga “tidak lagi terikat kepada Hukum.”
(Roma 7:6) Hukum Musa telah digantikan oleh “hukum Kristus” yang meliputi semua perintah
Yesus kepada para pengikutnya.—Galatia 6:2; Matius 28:19, 20.
Sepuluh Hukum tersebut masih digunakan lagi. Sepuluh Hukum mencerminkan fikiran
Tuhan, jadi kita masih memperoleh manfaat dengan mempelajarinya. (2 Timotius 3:16, 17)
Sepuluh Hukum itu adalah berdasarkan prinsip yang sahih, yang tidak lapuk ditelan zaman.
(Mazmur 111:7, 8) Sebenarnya, banyak prinsip yang sama juga terkandung dalam ajaran yang
dicatatkan dalam bahagian Bible yang sering dikenali sebagai Perjanjian Baharu.
Yesus mengajar bahawa seluruh Hukum Musa, termasuk Sepuluh Hukum, berdasarkan
pada dua perintah. Yesus berkata, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan
segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan
hukum yang terpenting. Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah ‘Kamu mesti
mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Seluruh Hukum dan Ajaran
Para Nabi didasarkan pada kedua-dua hukum ini.” (Matius 22:34-40) Jadi, walaupun orang
Kristian tidak lagi mengikuti Hukum Musa, mereka masih perlu mengasihi Tuhan dan orang
lain.—Yohanes 13:34; 1 Yohanes 4:20, 21.
15
Perjanjian Baharu menerapkan prinsip dalam Sepuluh Hukum
Prinsip Rujukan dalam Perjanjian Baharu
Menyembah Tuhan Yehuwa sahaja Wahyu 22:8, 9
Jangan menyembah berhala 1 Korintus 10:14
Menghormati nama Tuhan Matius 6:9
Menyembah Tuhan secara tetap Ibrani 10:24, 25
Menghormati ibu bapa kamu Efesus 6:1, 2
Jangan membunuh 1 Yohanes 3:15
Jangan berzina Ibrani 13:4
Jangan mencuri Efesus 4:28
Jangan memberikan kesaksian palsu Efesus 4:25
Jangan mengingini kepunyaan orang lain Lukas 12:15
Jelaslah bahawa terdapat perbezaan antara Hukum lama dan Perjanjian baharu dalam
menerapkan prinsip dalam Sepuluh Hukum. Walaupun orang Kristian tidak lagi mengikuti
Hukum Musa, mereka tetap perlu mengasihi Tuhan dan yang lainnya.
KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN SELEPAS KEHIDUPAN
Kehidupan selepas mati merupakan satu rahsia alam yang tidak dapat dirungkai dengan
sains atau kajian sepanjang zaman, tidak dapat di ungkap melalui kajian pemikiran dan rohani
yang mendalam, tidak dapat diketahui apa sahaja cara kecuali kita sendiri melalui kematian
terlebih dahulu. Kematian merupakan satu hukum yang tidak dapat dielakkan oleh setiap benda
bernyawa di atas muka bumi ini. Boleh di katakan tiada satu benda hidup akan kekal lama,
bahkan semuanya akan menemui satu pengakhiran yang sama iaitu kematian.
Sebagaimana kepercayaan orang islam terhadap kematian, maka begitu juga
kepercayaan agama lain tentang kematian ini. Tidak dapat dielak bahawa kematian menjadi
salah satu pegangan dan ajaran penting dalam kebanyakan penganut agama. Begitu juga dalam
agama Kristian, kematian ini adalah salah satu cabang akidah bagi penganut agama ini.
16
Ajaran agama Kristian tentang kematian menyerupai ajaran islam dan yahudi, lantaran
asalnya ketiga-tiga agama ini dari Allah. Ajaran ini juga digelar sebagai agama samawi. Ajaran
asas agama Kristian tentang kematian ialah bahawa setiap orang yang hidup akan sampai ke
destinasi akhirnya iaitu mati. Kematian seseorang itu tidak dapat dielakkan dan ditentukan
tempoh dan waktunya berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan mereka. Dan selepas
kematian itu, setiap orang di bangkitkan untuk dihukum dan ditentukan mengikut perbuatan
mereka semasa hidup dan balasan mereka mereka di dunia. Jika mereka melakukan perbuatan
baik semasa hidup di dunia, mereka akan mendapat balasan yang baik selepas di bangkitkan.
Jika buruk dan teruk kehidupan mereka di dunia, maka balasan yang teruk akan di kenakan
setimpal dengan perbuatan mereka di dunia.
Selain itu, penganut agama Kristian ini percaya bahawa Tuhan mereka telah
menciptakan syurga dan neraka. Syurga adalah untuk mereka yang berbuat baik semasa hidup
di dunia manakala neraka pula adalah untuk mereka yang jahat dan bersikap teruk. Neraka ini
adalah tempat di mana untuk membersihkan mereka dari dosa dan kesalahan yang di lakukan
di dunia sewaktu hayatnya. Penganut agama Kristian percaya bahawa orang mati berada di
kubur dan akan menantikan pembangkitan. Yesus mengajarkan bahawa kematian itu bagaikan
tidur. Maka mereka tidak perlu takut akan orang mati dan mereka juga tidak perlu
mempersembahkan sesuatu untuk menenangkan hati mereka. Mereka juga tidak dapat
membantu ataupun mencederakan kerana di kuburan tiada perbuatan, fikiran, pengetahuan,
ataupun hikmat lain. Tuhan akan membangkitkan orang mati dan melenyapkan kematian.
Menyebut tentang dosa, ajaran Kristian mengajar setiap penganutnya bahawa mereka
semua ini dilahirkan dengan memikul dosa nenek moyang mereka iaitu Adam dan ini digelar
sebagai dosa warisan. Adam sebagai ciptaan Tuhan yang pertama telah dijatuhkan hukuman
berdosa sehingga setiap keturunan yang lahir memikul dosa tersebut kerana membangkang
dan melarikan diri dari taat kepada Tuhan (Ahmad Shalaby,1978). Menurut Paul, setiap
manusia itu menanggung dosa akibat perbuatan nabi Adam dan isterinya Hawa dan dosa-dosa
yang diwarisi oleh manusia ini hanya dapat ditebus melalui penyaliban Tuhan Anak iaitu Jesus
Christ.
Mereka percaya bahawa kesalahan nabi Adam memakan buah larangan menyebabkan
Nabi Adam disingkirkan dari syurga dan kesemua keturunannya menanggung dosa tersebut.
Penganut Kristian memiliki kepercayan bahawasanya manusia telah berdosa sejak dilahirkan
lagi dan perlu disucikan. Dosa ini menyebabkan hubungan antara manusia dan Tuhan terpisah.
17
Apabila dosa tidak dihapuskan dari diri manusia akan menyebabkan kematian kekal. Kematian
yang kedua ini disebut sebagai laut api. Oleh itu Tuhan Bapa telah mengutuskan Anak-Nya
(Jesus) menjadi penyelamat dunia kerana semua manusia berdosa dan memerlukan penyelamat
(salvation). Perkara ini telah dinyatakan dalam Roman 5:17:
For ir, by the trespass of the one man, death reigned through that one man, how much
more will those who receive God’s abundant provision of grace and of the gift of
righteousness reign in life through the one man, Jesus Christ. (Roman 5:17)
Jesus ini merelakan dirinya disalib dan dibunuh sebagai memohon pengampunan agung
dari Tuhan untuk semua manusia dengan syarat manusia ini percaya dan taat kepada ajaran
Jesus. Jadi setiap penganut agama Kristian itu sudah bebas dari dosa warisan masing-masing
dan hanya akan dihukum selepas mati nanti berdasarkan dosa dan kesalahan diri sendiri. Jadi
di sini dapat dikatakan tujuan utama selepas kematian bagi penganut agama Kristian ialah
untuk memasuki syurga yang dijanjikan promised heaven untuk penganut agama Kristian yang
berbuat baik dan tidak melanggar perintah Tuhan.
BUDAYA DALAM AGAMA KRISTIAN (ADAT DAN IBADAT)
Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia dengan kira-kira 2.1 bilion penganutnya
atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang
berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam
karya-karya pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab
dalam kitab ibrani dengan agama yahudi,dan oleh sebab itu ia juga digelar agama susulan
Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikut ajaran Jesus Christ yang juga dikenali
sebagai ‘Al-Masih’. Pelbagai tradisi agamawi,kepercayaan dan cara sembahyang yang
memgang pada adat resam yang tertentu wujud dalam agama Kristian. (kamarudin, 2011)
Setiap agama mempunyai budaya,adat dan amalan mereka sendiri. Budaya dan adat istiadat
adalah ajaran turun temurun dari nenek moyang mereka yang menjadi satu kebiasaan untuk
mereka mengamalkannya.
Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan yang disambut secara turun-temurun
bertujuan untuk menyambut kelahiran Jesus Christ yang disambut pada 25 disember dan telah
dijadikan hari cuti umum sebagai tanda menghormati perayaan ini. Perayaan ini disambut oleh
semua penganut Kristian di seluruh dunia. Antara aktiviti tradisi yang diamalkan dalam
perayaan hari natal bermula dengan menghiasi pokok krismas di rumah di gereja dan ada juga
18
yang meletakkan pokok krismas di pejabat tempat mereka bekerja. Selain itu,ahli keluarga
bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Dalam pada
masa yang sama juga,Teater krismas,parti nyanyian keagamaan, makan beramai-ramai dan
menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib juga dijalankan dan perkara yang paling utama
semasa perayaan hari krismas berlangsung adalah mereka perlu mengunjungi gereja untuk
melakukan upacara sembahyang. Penganut agama Kristian percaya tentang kewujudan Santa
Claus. Tradisi mereka mempercayai bahawa Santa Claus akan memberikan hadiah atau
‘chrismast gift’ kepada kepada kanak-kanak pada waktu tengah malam .
Hari easter juga adalah salah satu perayaan masyarakat Kristian. Sebelum perayaan
easter,minggu suci yang dikenali sebagai Good Friday akan di sambut oleh semua penganut
Kristian iaitu hari di mana Jesus telah mati disalib dan mereka juga akan berpuasa di dalam
minggu suci tersebut. Perayaan Easter merupakan hari di mana mengikut kepercayaan
penganut agama Kristian, Jesus Christ telah dihidupkan kembali atau dibangkitkan semula
pada hari tersebut. Kebiasaannya perayaan ini disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan
April setiap tahun menurut kitaran bulan. Perayaan ini terkenal dengan pemberian telur
berwarna-warni yang berisikan coklat. Perayaan ini selalu dirayakan dengan begitu meriah
sekali dan telur pula adalah simbolik kepada kesuburan.
Seterusnya ,pembaptisan adalah salah satu upacara yang diamalkan dalam agama
Kristian. Pembaptisan adalah suatu pengumuman terbuka bahawa seseorang itu kini komited
untuk menjadi pengikut setia Jesus Christ. Perkara ini juga adalah untuk memeterai hak milik.
Dalam kisah Rasul-Rasul 2:28-39,Peter menyuruh orang ramai agar bertaubat dan dibaptis
dengan nama Jesus. Oleh yang demikian,orang yang dibaptis mengumumkan bahawa mereka
menjadi milik Jesus Christ. Hal ini menjadikan mereka berkongsi apa sahaja yang telah
dilakukan oleh agama Kristian,terutama sekali hal kematian dan kebangkitan Jesus. Ahli
keluarga yang bukan Kristian sangat memahami perkara ini di mana sewaktu salah seorang
ahli keluarga mereka dibaptis,orang itu dianggap telah ‘diberi’ kepada Jesus.
Terdapat hanya satu sahaja syarat pembaptisan di dalam melaksanakan perkara ini iaitu
berpaling daripada dosa di dalam ‘pertaubatan dan iman kepada Jesus sebagai penyelamat’ dan
mereka perlu mempunyai keikhlasan dalam bertaubat. Tindakan bertaubat adalah amalan yang
diwajibkan melalui sakramen atau ritual-ritual tertentu. Gereja Kristian seperti katolik dan
ortodoks menetapkan tujuh sakramen yang perlu diamalkan iaitu
baptis,confirmation,perjamuan suci,pengakuan dosa,holy order,marriage dan extreme unction.
19
Sebagai contoh,menurut katolik,praktis baptis perlu dilakukan kepada bayi untuk
menghapuskan kekotoran dosa warisan yang menghalang jiwa bayi tersebut memasuki
kerajaan syurga. Sebaliknya Protestan lebih kepada menjalankan baptis ke atas remaja atau
orang dewasa berbanding anak-anak yang tidak memahami maksud iman dan tidak mengerti
apa-apa tentang tanggungjawab mereka sebagai Kristian. Hal ini sejajar dengan amalan baptis
yang pada awalnya dijalankan kepada orang dewasa sahaja seperti yang berlaku kepada John
the Baptist dan Jesus. Untuk itu,baptis menurut protestan dilakukan apabila individu telah
mencapai tahap umur yang membolehkannya memahami keperluan baptis dalam agama
Kristian. Di dalam Matius 28:19 telah dinyatakan, “pergilah dan buatlah orang dari segala
bangsa menjadi murid dan baptislah mereka”. (khadijah, 2016)
Apabila seseorang itu dibaptis, berlakunya satu penyerapan rahmat kepada orang yang
percaya serta menjadi titik mula penggabungan ke dalam gereja. Justeru individu yang ingin
menganut agama Kristian perlu menjalani ritual baptis sebagai bukti tanda yang dia telah
bertaubat. Justeru individu yang ingin menganut agama Kristian wajib menjalani baptis sebagai
bukti tanda pertaubatannya kerana sebelum ini dia telah berpaling daripada Tuhan Kristian.
Kini individu tersebut telah berbalik semula kepada Tuhan dan masuk ke dalam kerajaan Tuhan
serta sah menjadi jemaah Kristian setelah membuat pengakuan beriman kepada Jesus Christ.
(Rahman, 2011)
Akhir sekali adalah adat yang diamalkan masyarakat Kristian dalam perkahwinan.
Setiap masyarakat di seluruh dunia mempunyai adat resam tertentu dalam upacara
perkahwinan. Upacara perkahwinan mempunyai dua syarat utama. Pihak lelaki hendaklah
bersetuju menjadi pasangan suami isteri. Kedua,upacara mesti ada saksi termasuklah orang
yang akan menjalankan akad tersebut. Kebanyakan pasangan lebih suka mengadakan majlis
mengikut adat dan tradisi. Ada juga yang akan menetapkan upacara tertentu dalam majlis
tersebut. Di dalam perkahwinan agama Kristian upacara bermula apabila pengiring pengantin
berjalan melalui bahagian tengah gereja sehingga ke meja tinggi yang dipanggil ‘altar’ di mana
upacara berlangsung. Kebiasaanya pengiring perempuan adalah ayah,saudara mara lelaki atau
kenalan keluarganya. Pengantin lelaki akan terlebih dahulu masuk ke dalam gereja dan
menunggu ketibaan pengantin perempaun di ‘altar’.
Kebiasaannya pengantin perempuan akan memakai pakaian putih menutup muka
dengan kain yang jarang (veil) dan membawa bunga (bouquet),setelah ayah pengantin
perempuan melepaskan anak perempuannya kepada pengantin lelaki, seorang paderi akan
20
melafazkan ikrar pernikahan di khalayak ramai. Seterusnya kontrak pernikahan akan
ditandatangani oleh kedua-duanya dan di atas ‘altar’ pasangan tersebut akan menukar
perjanjian perkahwinan(lafaz) dan menerima satu sama lain sebagai suami isteri. Setelah
selesai ,satu tradisi jamuan akan diadakan diikuti dengan tari menari dan lagu-lagu. Berbeza
dengan mazhab protestan yang mengharamkan kegunaan muzik,lagu-lagu dan tari menari.
Menurut mereka,ia merupakan satu ikatan hubungan yang diberkati Tuhan dan satu ibadat yang
tidak harus dicemarkan dengan lagu-lagu dan tarian. Walau bagaimanapun pada zaman
sekarang kebanyakan amalan-amalan popular yang keterlaluan tidak lagi diamalkan di majlis-
majlis perkahwinan penganut agama Kristian.
Seperti kebanyakan bangsa Roman Katholik mengadakan majlis perkahwinan dalam
tempoh ‘Mass’ di dalam upacara perkahwinan tersebut mereka akan makan roti dan minum
arak bersama kerana mengingati Jesus Christ yang telah memakannya sebelum dia meninggal.
Perkahwinan adalah upacara penting di gereja Roman Katholik dan Ortodok Barat. Walaupun
begitu di dalam agama Kristian terdapat satu amalan atau cara hidup yang menjadi pegangan
sesetengah mereka dinamakan ‘celibacy’ iaitu hidup membujang dan tidak berkahwin
sepanjang hidup. Amalan ini hanya diamalkan oleh pihak tertentu dalam masyarakat Kristian
iaitu paderi dan biarawati. Bentuk perkahwinan di dalam agama Kristian Roman Katholik
hanya dibenarkan satu bentuk perkahwinan sahaja iaitu berkahwin seorang sahaja antara
seorang lelaki dengan seorang perempuan iaitu yang disebut monogami. Ia bermaksud
poligami sama sekali tidak dibenarkan di dalam agama Kristian terutamanya dalam agama
Kristian Katholik. (hassan, 2002)
MORAL DAN AKHLAK DALAM AGAMA KRISTIAN
Moral dan akhlak dalam agama Kristian akan menumpukan kepada pembinaan tingkah
laku atau perwatakan seseorang penganutnya yang bermula daripada kepercayaan kelahiran
baru. Hal ini dikatakan demikian kerana perwatakan adalah watak atau sifat yang menjadi ciri
setiap individu sehingga melaluinya cara berfikir dan tingkah laku dapat dibezakan daripada
individu lain. Suyanto dan Mus lich (2011, hlm. 70) berpendapat bahawa watak adalah ciri
seseorang dalam berfikir dan berkelakuan dalam lingkungan keluarga, masyarakat, dan
masyarakat. negara, sementara Poerwadarminta (1998, ms 389) dan Kamisa (1997, hlm.281)
menjelaskan watak sebagai watak atau sifat psikologi membezakan antara manusia.
Selain itu, asas moral Agama Kristian yang diajar oleh Yesus Kristus dan berpandukan
ajarannya adalah asas kepada etika agama Kristian dan dapat diaplikasikan kepada berbagai
21
aspek kehidupan. Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus serta prinsip-prinsip moral yang
digariskan dalam kitab Injil adalah berteraskan konsep cinta yang taat. Penganut agama
Kristian mempercayai bahawa mereka sedang berlakon dalam drama kehidupan yang
berpandukan ajaran dalam kitab Injil dan bahawa Tuhan akan membebaskan mereka.
Kebahagiaan yang sejati dapat dikecapi dengan mentaati perintah Tuhan. Penganut agama
Kristian mempercayai konsep dunia akhirat, seperti dapat dilihat daripada Pengakuan Iman
Rasuli.
Mengikut kitab Injil (Matius, 25:31-46), penganut agama Kristian diajar supaya tidak
mementingkan diri sendiri dan sentiasa menolong orang yang memerlukannya ke arah
mematuhi perintah Tuhan. Penganut agama Kristian perlu memupuk perhubungan baik dengan
semua pihak, tanpa mengira kaum, gender, status, agama dan sebagainya. Sebarang
ketidakadilan, diskriminasi atau bias dilarang sama sekali kerana semua ciptaan Tuhan adalah
istimewa. Ajaran Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama ini bukan sahaja
bersikap toleransi kepad kaum lain tetapi juga menyayangi mereka, termasuklah musuh-musuh
mereka. Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama Kristian berbudi baik kepada
semua umat manusia, termasuk golongan yang membenci mereka, seperti yang telah dijelaskan
dalam ayat Lukas (6:27) dalam kitab Injil.
Seterusnya, jika dilihat daripada segi aspek Perniagaan, Penggunaan dan Perdagangan
pula, agama Kristian menekankan sikap murah hati dan ihsan ke arah kehidupan yang baik di
akhirat kelak. Kebanyakan perbadanan dan organisasi amat aktif dalam kegiatan kebajikan dan
menyalurkan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada golongan yang memerlukan.
Ini selaras dengan ajaran Yesus Kristus yang menyarankan supaya manusia menyayangi antara
satu sama lain. Tambahan pula melalui agama Kristian, prinsip yang utama dalam sebarang
kegiatan perniagaan adalah menjaga maruah dan kehidupan manusia walaupun ini mungkin
akan menjejaskan keuntungan yang diperoleh. Tidak lupa juga moral yang telah diajar dalam
agama Kristian terhadap alam sekitar yang mana penganut agama Kristian mempercayai
bahawa kita tidak memiliki ciptaan Tuhan. Sebaliknya, Tuhan telah mengamanahkan
ciptaannya kepada kita dan oleh sebab itu, kita patut menjaganya sebaik mungkin tanpa
menjejaskannya melalui pencemaran, eksploitasi berlebihan dan sebagainya.
Hubungan Kelahiran Baru dalam Kristian melalui Pendidikan Watak unggul.
22
Pendidikan watak unggul adalah usaha sedar dan terancang dengan tujuan
menginternalisasi nilai-nilai moral , sehingga dapat dinyatakan dalam penerapan sikap dan
tingkah laku yang baik. Usaha itu dapat dilakukan dalam persekitaran formal dan tidak formal.
Secara formal, usa ha boleh dilakukan dengan melibatkan institusi pendidikan berdasarkan
kurikulum tertentu yang merujuk kepada tujuan mewujudkan watak unggul dalam kalangan
pelajar. Hal ini juga boleh melibatkan penyertaan daripada pihak ibu bapa dan masyarakat ke
arah pembentukan watak anak- anak. Walau bagaimanapun, harus diperhatikan bahawa semua
usaha harus diteruskan dari peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang. Peristiwa ini
adalah kelahiran baru yang mana melalui kelahiran baru individu akan mengalami pengalaman
yang baru dalam membuat perubahan yang sangat ketara. Paul Enns (2003, hal.21)
menekankan bahawa perubahan ini menyentuh minda, perasaan, dan kehendak sehingga
seseorang dapat memiliki sifat unggul dalam dirinya. Inilah kunci perubahan radikal pada
seseorang yang mempunyai watak unggul.
Pendidikan watak unggul yang bertujuan untuk melahirkan manusia dengan watak yang
baik juga adalah usaha yang terpuji, namun usaha ini mesti disertai dengan pemahaman yang
lengkap tentang manusia sebagai makhluk yang telah dirosakkan oleh dosa. Segala usaha
dilakukanakan menjadi sia-sia jika tidak berdasarkan pemahaman itu. Sebelum dididik,
manusia pernah rosak dan mesti dipulihkan terlebih dahulu. Manusia ia mesti bertemu dengan
Kristus (Tuhan) secara peribadi untuk mengalami kelahiran baru. Kelahiran baru akan
menjadikan manusia sebagai ciptaan baru dalam Kristus (I Kor 5:17). Ciptaan baru ini akan
terus diperbaharui mengikut kesamaannya Kristus. Akhir kata, pendidikan watak unggul akan
terjadi apabila seseorang telah mengalami kelahiran baru. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila seseorang yang baru dilahirkan, dia akan mempunyai lebih banyak minat baru yang
senang untuk dilaksanakan.
23
KESIMPULAN
Agama Kristian merupakan antara agama yang memiliki ramai penganut. Agama
Kristian juga mempunyai sejarah awal kemunculan yang membawa kepada kepercayaan
penganut kepada agama Kristian. Agama ini juga mempunyai kepercayaan dan fahaman yang
dibawa dan dipegang oleh penganutnya. Ibadah tertentu perlu dilakukan pada waktu tertentu
yang telah ditetapkan dalam agama ini. Agama ini juga mempunyai simbol yang
melambangkan sebagai simbol agama dan mempunyai maksud yang tersendiri untuk setiap
simbol yang ada. Agama Kristian juga mempunyai Kitab Suci sebagai petunjuk bagi penganut
agamanya. Agama Kristian turut mempunyai undang-undang dalam agamanya. Seperti agama
yang lain, agama Kristian turut mempercayai kehidupan selepas mati. Begitu juga dalam segi
budaya, agama Kristian turut mempunyai budaya yang diamalkan. Agama Kristian turut
mempunyai moral dan akhlak yang di tekankan untuk penganut agama Kristian.
24
RUJUKAN
Abd Majid, M. F. (2018). Kepentingan Simbol Salib dalam Tradisi Teologi Agama Kristian.
Jurnal ofUsuluddin, 46, 1. Diperolehi daripada https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.1
Ayu Nor Azilah Mohamad. (2016). Kepercayaan Kepada Tuhan: Satu Sorotan Dalam
Kepelbagaian Agama Di Malaysia. Diperoleh daripada http://conference.kuis.edu.my/mfifc/images/e-
proceeding/2016/124-136-mfifc-2016.pdf
Chek, R. b. (2010). Dokumen (PDF). konsep perkahwinan dalam agama kristian roman
katholik, 83-42. Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5182/4/BAB_3__The_latest_.pdf
David Eko Setiawan. (2019). KELAHIRAN BARU DI DALAM KRISTUS SEBAGAI
TITIK AWAL PENDIDIKAN KARAKTER UNGGUL. Teologi Injili dan Pembinaan Warga
Jemaat, 3(2), 153-160. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/342041072_Kelahiran_Baru_Di_Dalam_Kristus_Sebag
ai_Titik_Awal_Pendidikan_Karakter_Unggul
Dollah, S. R., & Hambali, K. M. (2016). Konsep Taubat Menurut Islam dan Kristian dari
Perspektif Perbandingan. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 18(1), 43-90.
doi:10.22452/afkar.vol18no1.2
E.Y.By dan Yadim,E.(2018). Puasa dalam pelbagai agama. Diperolehi daripada
https://www.yadim.com.my/v2/puasa-dalam-pelbagai-agama/
Hashem, M. (Ed.). (2018, Julai-Disember). Bentuk-bentuk Simbol Salib. Simbol Salib Dalam
Agama Kristian, XIV No 2, 162-164.
Hassan, h. a. (2002). sejarah perbandingan/falsafah perkahwinan,agama Islam,kristian dan
yahudi. kuala lumpur: al-hidayah publishers.
kamarudin, s. (2011). kepentingan pendekatan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan
melalui PTV. journal of Edupres, 249-257. Diakses daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/17071/1/JOE-1-2011-031.pdf
khadijah, S. R. (2016). konsep taubat menurut islam dan kristian dari perspektif
perbandingan. konsep taubat menurut islam dan kristian, 43-90. Diakses daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/download/5443/3221/
Muhammad Syahmi Farhan Ab Majid dan Indriaty Ismail. (2018). Kepentingan Simbol Salib
dalam Tradisi Teologi Agama Kristian, Jurnal Usuluddin, 46(1), 1-22. Diperolehi daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/12990/8292
25
Noor, A. I. (2020). Simbol Salib Agama Kristian. In Kau Sembah Apa ? Part 2 ? PTS Publishing
House Sdn. Bhd. Diperolehi daripada
https://books.google.com.my/books?id=SDPTDwAAQBAJ&pg=PT60&dq=simbol+salib+agama+kri
stian&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjh86WxvoftAhX2xjgGHahrBkQQ6AEwAHoECAQQAg#v=one
page&q=simbol%20salib%20agama%20kristian&f=false
Novi Arizatul Mufidah. (n.d.). NABI IDRIS DALAM PERSPEKTIF KITAB-KITAB SUCI
AGAMA DAN. Jurnal Riset dan Kajian Keislaman, IX No 1 Tahun 2020 M,
Paderi Edward(2006), The World Book Enclopedia, Buku Upacara Perkahwinan Katedral St.
Joseph, Kuching, Sarawak 53. Diakses daripada
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:1uo1kQ8kd04J:studentsrepo.um.edu.my/518
2/4/BAB_3__The_latest_.pdf+&cd=5&hl=en&ct=clnk&gl=my
Paderi Edward (2006), The World Book Enclopedia, Gereja St.Joseph Kuching Sarawak.
Pedoman Harian (2020), 10 ALASAN UNTUK MEMPERCAYAI AGAMA KRISTIAN ;
KRISTUS DAN BUKAN AGAMA. Diakses daripada https://pedomanharian.org/10-alasan-percaya-
kepada-kristus-dan-bukan-agama/
Penganut Ajaran Kristian (2020), APAKAH SEPULUH HUKUM TUHAN AGAMA
KRISTIAN,Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania. Diakses daripada
https://www.jw.org/ms/ajaran-bible/soalan/10-hukum/
Rahman, M. R. (2011). agama-agama di dunia. bandar baru nilai: universiti sains islam
malaysia.
Sari, L. M. (2018, Julai-Disember). Bentuk-bentuk Simbol Salib. Simbol Salib Dalam Agama
Kristian, XIV No 2, 163-164. Diperolehi daripada http://ejournal.uin-
suka.ac.id/ushuluddin/Religi/article/download/1627/1327
Sufra(2006)Syarat-Syarat Perkahwinan Agama Kristian The World Book Enclopedia,The
Code of Canon Law . Diakses daripada
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:QxwcVmJ1DuQJ:studentsrepo.um.edu.my/5
182/7/BIBLIOGRAFI_222__The_latest_.pdf+&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my
siri asas kepercayaan kristian. (2015). malaysia: wawasan penabur sdn bhd.
Somadinata, Y., & Khan, A. (2019). 10 Simbol Terkenal dengan Sejarah Panjang. In 1000+
Sejarah Yang Masih Menjadi Misteri (pp. 93-97). Jakarta: Elex Media. Diperolehi daripada
https://books.google.com.my/books?id=gmW8DwAAQBAJ&pg=PA101&dq=10+simbol+terkenal+d
26
engan+sejarah+panjang&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjt-
bvgwYftAhVUcCsKHeUMAlMQ6AEwAHoECAUQAg
Susanti Sugiarto. (2017). Dokumen ( PDF). Diperoleh daripada
http://docplayer.info/54299709-Bab-6-etika-agama-kristian.html.
Suhaida Shaharuddin dan Khadijah Hambali.(2012). Analisis Konsep Abrahamic Faiths Dan
Kaitannya Dengan Pluralisme Agama, 62-68. Diperolehi daripada http://.org/10.24035/ijit.2.2012.006
Suria Timur (2020), LIMA DOKTRIN UTAMA AGAMA KRISTIAN, Jabatan kesusasteraan
Ibu Geraja Yesus Benar Sabah. Diakses daripada http://www.tjcsabah.com/?page_id=49
Tarpin, M. Ag dan Khotimah, M. Ag. (2012). Agama Katolik dan Yahudi. Pekan Baru:
Daulat Riau. Diperolehi daripada http://repository.uin-
suska.ac.id/10372/1/Agama%20Kristen%20dan%20Yahudi.pdf
The World Book Enclopedia, opcit., hal. 22170 The Code of Canon Law- C1108.1 Diakses
daripada http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:f6HEBp-
7Bj8J:docplayer.net/50385201-Konsep-perkahwinan-dalam-agama-islam-dan-kristian-roman-
katholik-analisis-perbandingan.html+&cd=3&hl=en&ct=clnk&gl=my
Wan Ahmad Fuad Wan Ahmad Kamil. Kehidupan Selepas Mati, Kajian Terhadap
Keprcayaan Penganut Buddha dan Kristian, 1-16. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/10066422/Kehidupan_Selepas_Mati_Kajian_Perbandingan_Antara_Kep
ercayaan_Buddha_dan_Kristian
Zakaria Daud.(2017). Agama Kristian Kini Dan Pengasasnya, 1-8. Diperolehi daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/2968/1122/
27