The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1403-03-khadeejah, 2022-09-30 09:25:22

MASYARAKAT SABAH

MASYARAKAT SABAH

MASYARAKAT
SABAH

Muhammad Alif Safwan bin Jeffry Sham (041210011279)
Siti Khadeejah Nasuha binti Jasim (040615120866)
Nurlianah binti Liman Lamin (041224150018)

pengenalan

Etnik di Sabah terdiri daripada berbagai-bagai kaum dengan latar belakang
serta kebudayaan yang tersendiri. Setiap kebudayaan yang ditunjukkan oleh

setiap etnik menunjukkan keunikkan yang terdapat di etnik tersebut.
Penduduk asli atau lebih dikenali sebagai kaum bumiputra atau pribumi
terdiri daripada 35 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa.
dan mempunyai tidak kurang daripada 90 dialek. Kadazan-dusun merupakan
etnik terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan
jumlah penduduk. Bajau dan Murut pula merupakan etnik kedua dan ketiga
terbesar di Sabah. Etnik lain pula seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis,
Kedayan, Lotud, Kudayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an dan kaum
cina juga termasuk sebagai kumpulan utama penduduk bukan pribumi.

budaya dan 1 Permainan Tradisional
masyarakat 2 Makanan Tradisional
3 Pakaian Tradisional
4 Perubatan Tradisional
5 Alat Muzik Tradisional
6 Seni Persembahan Tradisional

permainan
tradisional

Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan oleh
masyarakat terdahulu
Permainan tradisional dimainkan untuk mengisi masa lapang dan
mengeratkan hubungan antara satu sama lain
Sabah mempunyai etnik yang banyak turut menunjukkan
kepelbagaian permainan tradisional yang terdapat di setiap etnik
di Sabah
Setiap permainan yang dimainkan pasti mempunyai peraturan dan
cara permainan yang tersendiri.

RAMPANAU

Dimainkan oleh masyarakat Dusun di daerah Tambunan, Keningau, Ranau, dan
beberapa daerah di Sabah.
Cara permainan ini adalah dengan berjalan secara cangkungan merupakan
permainan yang dilakukan pada masa lapang dan juga kaedah untuk menyeberangi
sungai atau parit atau berjalan pada kawasan becak pada masa dahulu
Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut
tinggi dan direka dengan berbagai-bagai ketinggian mengikut selera pemainnya.
Permainan ini memerlukan keseimbangan badan

LUMBA KERBAU

Banyak dimainkan oleh kaum Melayu Brunei, Dusun, dan Bajau.
Diadakan pada pesta tertentu seperti Pesta Lawas dan Pesta Babulang yang
diadakan pada setiap tahun
Lumba kerbau diadakan di kampung-kampung sebagai hiburan dan menggunakan
kerbau yang membajak untuk berlumba.
Telah terkenal dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara pada masa
kini malah beberapa peraturan permainan turut dikemaskini agar menjadi lebih
meriah

SEPAK MANGGIS

Merupakan satu sukan tradisi dari suku Bajau dan Dusun Tindal dari Kota
Belud, Sabah.
Dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis perkahwinan
Dalam majlis perkahwinan, permainan ini akan di main di satu kawasan lapang
yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin
Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat
daripada buluh dan satu kotak dihiasi berwarna-warni akan digantung pada
bahagian teratas yang diisi dengan hadiah tunai yang lumayan.

MONOPUK

Monopuk atau menyumpit adalah aktiviti kaum murut di pedalaman Sabah untuk
memburu atau berperang. Namun, kini telah dijadikan sebagai salah satu
permainan tradisional
Sosopuk ataupun sumpit berukuran 5-7 kaki dalam bentuk silinder diperbuat
daripada kayu keras dan dilubangkan di tengah-tengah
Amok atau Ramok iaitu peluru berukuran 12-16 cm adalah daripada buah polod
yakni buluh

LANSARAN

Lansaran berasal daripada perkataan kaum murut, lumasar yang bermaksud '
melambung' atau ' berayun'.
tradisi warisan nenek moyang kaum murut di daerah-daerah tenom keningau,
Sabah dan dahulu tradisi ini berkait rapat dengan pemujaan roh atau semangat
tengkorak, khususnya semangat kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau
iaitu berperang.
kini dimainkan semepena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah
panjang .

MIGAZAT DUKUG

Migazat Dukug atau tarik tali sering diadakan selepas musim menuai padi di
sabah dan merupakan permainan tradisional yang popular dalam kebanyakan
sukan rakyat
melibatkan 2 pasukan yang dianggotai seramai lima atau lebih peserta dan
pasukan yang berjaya menarik tali melepasi garisan yang telah ditetapkan akan
dikira sebagai pemenang
suatu ketika dahulu tajau atau tempayan berisi tapai dihadiahkan kepada
pemenang dan minuman air tapai hendaklah dihabiskan pada waktu itu juga.

makanan tradisional

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi
sesuatu kaum.
Terdapat berbagai-bagai etnik yang terdapat di sabah dan setiap
daripada etnik tersebut mempunyai makanan tradisional yang tersendiri.
Setiap makanan tradisonal yang dibuat adalah dengan menggunakan bahan-
bahan yang khusus.
Makanan tradisonal ini lah yang menjadi sebuah keunikkan yang perlu
dajaga dan dipertahankan agar generasi akan datang mengetahui tentang
makanan tradisional ini.

AMBUYAT

Ambuyat atau dipanggil Linut, adalah makanan berkanji berwarna putih
dan teksturnya seperti gam.
Asalnya tepung sagu rumbia daripada bahagian batang pohon rumbia
dipanggil ' Ampulung'.
Terkenal dalam kalangan suku kaum Bisaya, Bajau, Kadazandusun dan
Murut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh atau penyepit yang dipanggil 'Candas'
dengan menggolekkan mata garfu ke Ambuyat kemudian dicelup ke dalam
cicah seperti kuah bambangan.

AYAM LIKU

Dalam bahasa Bugis lengkuas dipanggil 'liku'. Justeru, masakan Ayam
Liku suku kaum ini di Tawau, sabah bermakna ayam masak lengkuas'.
Bahan untuk menyediakan adalah ayam (kampung atau tua), santan
pekat, kerisik, serbuk kunyit, dan garam atau penambah rasa.

BOSOU

Bosou atau timamba, yang menyerupai perkasam atau jeruk adalah
makanan tradisi istimewa suku Dusun di Ranau, Sabah.
Terdapat beberapa jenis Bosou seperti Bosou Ikan, Bosou Daging, Bosou
Nangka, Bosou Sayur
boleh dihidangkan begitu sahaja dengan budu atau tempoyak dari
semenanjung Malaysia
Bosou dihasilkan daripada isi ikan mentah seperti ikan kepayang atau
daging mentah yang digaul dengan nasi putih dan garam serta buah-buahan

KELUPIS

Kelupis merupakan sajian tradisional warga pantai barat Sabah di
sekitar daerah Papar, Membakut, Menumbok, Kuala Penyu, dan
Sipitang.
Kuih ini dihidangkan dalam majlis perkahwinan dan musim perayaan
seperti Hari raya.
Bahan asas ialah beras pulut, santan, daun pandan, daun irik dan
garam secukup rasa.

KIMA

Kima adalah sejenis kerang laut dalam beberapa spesis.
Spesis: lapiran, bohe' dan sollot-sollot yang bersaiz kecil dan menyelit di
celah-celah batu
kima adalah lauk tradisional kaum Bajau
boleh dimakan mentah-mentah (dipanggil 'inta') namun perlu dihiris dan
dicampur dengan air limau, lada dan rempah-ratus yang lain.
Kima boleh dimasak dengan sayur tetapi dijemur terlebih dahulu untuk
dikeringkan.

KINOMOL DAN LIHING

Kinomol adalah minuman beralkohol dari hasil daripada nasi yang
diperam dengan ragi, manakala lihing berbentuk daripada jangkamasa
peraman kinomol yang lebih lama.
Dihidangkan semasa majlis perkahwinan dan perayaan seperti Tadau
Kaamatan, Yakni Pesta Menuai, oleh kau Kadazandusun.
Bahan-bahan ialah nasi dan ragi
Bekas peraman biasanya ialah tempayan, hendaklah dibersihkan dan
dikeringkan di bawah matahari.

PAKAIAN TRADISIONAL

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai
warna pakaian tradisional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan
bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau
warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.
Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan
warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan
keadaan semula jadi pada waktu itu.

KADAZAN Lelakinya memakai baju gaung,
DUSUN seluar souva, bengkung toogot
dan pakaian kepala yang
disebut siga.

Wanita memakai baju
pendek sinuangga,
dilengkapi tali pinggang
himpogot

sinuangga - baju blaus pendek
dan leher berbentuk U dipakai
oleh wanita muda.
souva - seluar panjang hitam
dengan ikat pinggang berwarna
biru indigo
toogot - bengkung pinggang
hitam

bAjau Wanita ; Blaus
badu sampit dan
Lelaki ; Baju kain sarung olos
potongan Cekak berangkit,
Musang, seluar, perhiasan leher
samping dan mandapun dan
destar perhiasan kepala
sarempak

murut Wanita : Pinongkolo iaitu
baju dan gaun yang
Lelaki : Memakai jaket panjang berwarna hitam
barbaru dan cawat dari yang dihiasi dengan manik-
kulit kayu puputul yang manik
dilukis dengan motif dari
manik atau warna.
Perhiasan kepalanya tupi
sinulatan juga dari kulit
kayu

rungus Wanita : Baju sempit
banat dan kain paras
Lelaki : Baju badu, lutut tapi serta hiasan
seluar soval, kepala disebut sisingal dan
bengkung hokos dan rampai
pakaian kepala sigal
dari kain pis

suluk

Wanita : Blaus badu sampit dan kain
sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala
sarempak.
Lelaki : Baju potongan Cekak Musang,
seluar, samping dan destar.

Perubatan TRADISIONAL

Iranun

Amalan perubatan tradisi dipraktikkan dalam dua kaedah iaitu
perubatan menggunakan herba dan ritual mengubati orang sakit
Bagi merawat penyakit semai' iaitu sejenis penyakit kulit, bahan-
bahan yang digunakan untuk merawat penyakit tersebut ialah
kalawag, apug dan air.
Campuran ramuan akan ditumbuk dan ditempelkan di atas
permukaan kulit yang terkena semai'
Dalam tempoh rawatan tersebut, pesakit dilarang makan
makanan seperti ketam, daging, ayam, udang dan telur

Bajau Laut

1. Tawal (ubat)

Satu teknik berubat di mana seorang yang dinamakan Pandai akan membacakan
mantra ke atas air putih atau air suam.
Selesai membaca mantra, Pandai akan memberi air tersebut untuk diminum oleh pesakit.
Mantra terbahagi kepada dua iaitu mantra yang dibacakan dengan alunan ayat-ayat
suci al-Quran dalam kalangan Islam, dan juga mantra yang dibacakan menggunakan
bahasa Bajau yang telah dipelajari sejak zaman nenek moyang mereka
Digunakan untuk mengubati mereka yang mula merasakan tidak sihat, demam, pening
kepala dan juga kecederaan ringan seperti luka.
Digunakan semasa mengurut kaki atau badan pesakit yang terseliuh atau terkehel

2. Angamu-ngamu (meminta-minta)

Digunakan apabila keluarga ditimpa kesakitan atau kemalangan yang melibatkan sakit yang
lebih kritikal dan sukar untuk disembuhkan.
Berbentuk spiritual dimana ahli keluarga pesakit akan mengadakan upacara untuk meminta
pertolongan " Pangkat " iaitu roh nenek moyang dan roh-roh baik alam semulajadi.
Melibatkan peralatan dan teknik dalam meminta kesembuhan kepada " Pangkat "

3. Imam dan Hukum

Merujuk kepada seorang lelaki tua yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang bangsa
mereka.
Mereka akan merujuk kepada konsep Imam dan Hukum apabila ditimpa musibah atau penyakit
Ilmu ini diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi khususnya selepas kedatangan
Islam kepada orang-orang Bajau Laut.

Kadazan Dusun

Wonod atau Sukut

Merawat beberapa jenis penyakit ringan
Merupakan sejenis cecair yang terdapat pada beberapa jenis
pokok seperti buluh dan tumbuhan menjalar yang terdapat di
hutan
Biasa digunakan bagi menyembuhkan sakit perut dan penyakit
mata yang dihidapi oleh kanakanak
Airnya perlu diminum sebanyak tiga kali dalam sehari.

ALAT Muzik tradisional

Sabah terkenal dengan alat muzik tradisional yang mempunyai
keunikannya tersendiri.
Alat muzik tradisional di Sabah kebanyakannya diperbuat daripada
bahan-bahan asli.
Alat muzik tradisional juga merupakan satu kepentingan dan identiti
yang harus dijaga dengan baik.
Daripada kulintangan hinggalah gong, alat-alat muzik inilah menjadi
penyebab rakyat di Sabah hidup bersatu padu kerana biasanya alat-
alat ini dimainkan ketika majlis perayaan, majlis adat, majlis perkahwinan
serta majlis keagamaan.

Sompoton

Sompoton terkenal dalam kalangan masyarakat Sabah di sebelah Pantai Barat
Sabah.
Sompoton diperbuat daripada labu liar, gam lebah, buluh renik, kulit pokok palma,
pokok paku menjalar.
Sompoton akan dimainkan dengan cara mengalihkan jari dari satu lubang ke
lubang yang lain di sompoton tersebut bagi menghasilkan bunyi.
Alat muzik ini dikenali sebagai organ mouth dan tergolong dalam kategori erofon.

Kulintangan

Kulintangan mempunyai struktur yang sama seperti gong tetapi dalam bentuk
yang lebih kecil.
Kulintangan merupakan alat muzik tradisional idofon yang mengeluarkan bunyi
lebih kecil dan melodi yang jelas.
Alat ini mula diperkenalkan di Barat Sabah oleh kaum Brunei tetapi ianya
juga digunakan secara tradisional oleh kaum Bajau dan kaum Kadazan dusun.
Alat ini hanya dibaringkan di atas papan atau pemegangnya.

Gong

Gong merupakan alat muzik tradisional yang sangat terkenal di Sabah dan
digunakan oleh lebih 30 etnik di Sabah.
Alat ini diperbuat daripada tembaga atau kepingan zink.
Kampung Sumangkap di Matunggong, Kudat, iaitu sebuah daerah di utara
Sabah yang terkenal dengan Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau
ialah destinasi terkenal dengan pembuatan gong.
Setiap Oktober, pesta gong diadakan di Matunggong sejajar kedudukannya
sebagai pengeluar utama gong di Sabah.

Suling

Seruling atau juga dikenali dengan nama 'Suling merupakan antara alat
muzik yang popular dikalangan masyarakat Sabah terutamanya dari suku
kaum Kadazan-Dusun.
Suling diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko.
Suling mempunyai lapan lubang, tujuh daripadanya adalah untuk
menghasilkan nada muzik manakala satu lubang lagi ditutup agar bunyi
yang dihasilkan elok didengar.

Sundatang

Sundatang ialah jenis alat bertali.
Sundatang menggunakan konsep yang sama seperti alat muzik Sarawak iaitu Sape.
Alat ini diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya.
Kayu tembailing dan kayu nangka digunakan untuk menghasilkan Sundatang.
Sundatang juga mempunyai dua atau tiga tali loyang yang diperbuat daripada
akar polon.

Rebana

Rebana ialah sejenis gendang satu muka.
Rebana digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian rakyat yang dikenali
sebagai 'Adai-adai'.
Rebana biasanya dimainkan oleh masyarakat Sabah yang berketurunan Brunei di
daerah Papar, Beaufort dan Sipitang.

Seni persembahan TRADISIONAL

Setiap suku kaum di Sabah mempunyai beberapa jenis
tarian tradisional yang diwarisi turun temurun.
Semua tarian tradisional merupakan identiti bagi
setiap suku kaum.
Terdapat 80 jenis tarian yang terdapat di negeri
Sabah.
Tarian tradisional biasanya dibuat ketika musim
perayaan atau majlis perkahwinan

Sumazau merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Sumazau
Kadazan Dusun.
Tarian ini selalunya dipersembahkan ketika menyambut Pesta
Kaamatan yang diraikan setiap bulan Mei di Sabah.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke
paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap
burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan
perlahan-lahan dan lemah lembut.

Magunatip Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa
suku kaum Murut di pedalaman Sabah seperti Tenom, Pensiangan dan
Keningau.
Tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu
yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan
irama yang menarik.
Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik
untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak.
Mengikut tradisi pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan sebagai
tarian tanda kemenangan etnik apabila berjaya menewaskan musuh
mereka dalam peperangan.

Tarian Adai adai ialah tarian tradisional bagi suku kaum Brunei di Adai adai
Sabah.
Pakaian yang dipakai ketika menari adalah berwarna warni serta
pakaian yang menggambarkan seorang nelayan memegang dayung
perahu.
Adai adai ini ditarikan oleh 4-5 orang pasangan lelaki dan perempuan
dan kadang-kala ianya ditarikan tanpa menggunakan iringan muzik.
Irama yang dihasilkan adalah dengan membuat ketukan pendayung ke
bahagian perahu.

Daling-daling Tarian Daling-daling adalah tarian daripada etnik Suluk di pantai timur Sabah
tetapi ia juga popular dalam kalangan etnik Bajau.
Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “darling” yang
bermaksud kekasih.
Tarian ini ditarikan secara berpasangan dan tiada had masa untuk
menarikannya.
Tarian ini selalunya mengandungi pantun-pantun yang bersifat ‘jual beli’ antara
penari lelaki dengan penari wanita.
Tarian ini dipersembahkan dalam majlis-majlis pertunangan, perkahwinan dan
berkhatan serta acara-acara perayaan, dengan iringan alat-alat muzik gabbang
dan biola serta nyanyian solo ataupun berkumpulan.

Sazau Papar merupakan tarian tradisional bagi etnik Kadazan Dusun di daerah Papar. Sazau Papar
Tarian ini berfungsi dalam upacara Madsuwau iaitu upacara memuja Dapu kerana Dapu
dipercayai mempunyai semangat yang harus dijaga, disembah dan diberi makan supaya semangat
berkenaan tidak mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya.
Tarian ini ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita diiringi bunyi paluan gong yang
pelbagai saiz dan sebiji gendang.
Tarian ini agak unik kerana pergerakan kaki penari wanita kelihatan seperti orang yang sedang
mengirik padi daripada tangkainya, iaitu tumit kanan bertemu tumit kiri seperti bentuk huruf V
kemudian diselang dengan ibu jari kanan bertemu ibu jari kiri dan begitulah seterusnya.
Penari lelaki menari dengan tangan terbuka luas di hadapan penari wanita sambil memusingkan
pinggang.

Liliput Liliput merupakan tarian etnik Bisaya untuk mengubati orang yang sakit terkena ilmu
sihir.
Liliput bermaksud ‘mengelilingi pesakit semasa acara perawatan sedang berlangsung’,
iaitu roh pesakit perlu ditarik balik untuk masuk semula ke dalam badan pesakit.
Seorang bomoh dan pembantunya bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi
serapah dalam sesi perawatan.
Selepas siap acara tersebut, pasangan penari mengelilingi pesakit sambil menari tarian
Liliput sehingga selesai dan pesakit sedar atau sembuh.
Penari memakai busana berwarna hitam dan tarian ini diiringi dedengan alat muzik
seperti gong, kulintangan, gendang dan canang.

rujukan

Tradisional, P., Kadazandusun, E., Pertanian, B., Perubatan, D., Ranau, D.,
Sabah, Halim, A., Othman, N., Ismail, R., Jawan, J., Puyok, A., Mohd, & Masnin,
H. (2015). JSASS, 2(2).
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files/013_PengetahuanTradisionalEtnikKad
azandusun.pdf

Pakaian Tradisional Etnik-etnik di Sabah. (2012, June 10). Maruwiah
Ahmat. https://maruwiah.com/2012/06/10/pakaian-tradisional-etnik-etnik-di-
sabah/

Sabah. (n.d.). Makanan Tradisional.https://pemetaanbudaya.my/state/14

rujukan

Ngalai: Ritual Penyembuhan dalam Kalangan Orang Bajau di Kota Belud, Sabah
(Ngalai: A Healing Ritual of Kota Belud’s Bajau Society). (n.d.).
https://doi.org/10.17576/akad-2018-8803-09

Taim, M. A., Abdul Samad, L., & Amat, A. (2020). Parinang: Ritual Perubatan
Masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 5(10), 113–125. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.500

rujukan

Sabah. (n.d.). Pakaian Tradisional Kaum-Kaum Di Malaysia.
https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html

Sabah. (n.d.). JKKN Pemetaan Budaya Permainan Tradisional.
https://pemetaanbudaya.my/culture/5

Beatrice & Mahesuari. (2011). Sukan Rampanau.
http://sukanrampanau.blogspot.com/2011/06/sukan-rampanau.html

Sabah. (2013). Permainan Tradisional Sepak Manggis.
http://mts3042tuanmuhamadnazri.blogspot.com/2013/12/sepak-manggis_1.html

rujukan

JKKN Pemetaan Budaya | LILIPUT. (n.d.). Pemetaanbudaya.my.
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/358

Ambrit, C., Sarjana, I., Seni, M., Dengan Kepujian, G., & Seni, P. (2017). KEBUDAYAAN SENI
TARIAN SUMAZAU ETNIK KADAZANDUSUN DI SABAH.
https://ir.unimas.my/id/eprint/20479/1/Kebudayaan%20seni%20tarian%20sumazau%20(24pgs).pdf

Mari belajar: Alat-Alat Muzik Etnik Di Sabah. (n.d.). Mari Belajar. Retrieved September 30, 2022,
from http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-etnik-di-sabah.html?m=1

10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah - SENTIASA PANAS. (n.d.).
Www.sentiasapanas.com. Retrieved September 30, 2022, from
http://www.sentiasapanas.com/2017/04/tarian-tradisi-suku-kaum-sabah.html?m=1#axzz7gMsIetwy

kesimpulan

Masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai tradisi dan budaya masing-masing. Budaya
sedemikian bukan sahaja telah memperkayakan lagi
khazanah budaya yang unik di negeri tersebut tetapi
berhasil mewujudkan hubungan yang harmoni dalam
kalangan pelbagai etnik di Sabah. Pengamalan budaya
yang berlainan dalam sebuah negeri ini telah memberi
ruang untuk masyakatnya memahami dan mempelajari
budaya etnik berlainan. Oleh itu, sikap saling hormat-
menghormati dan menghargai antara satu sama lain
dapat diwujudkan.

sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version