The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1403-03-khadeejah, 2022-09-12 09:38:19

Masyarakat Cina (1)

Masyarakat Cina (1)

Masyarakat Cina

Muhammad Alif Safwan Bin Jefry Sham
Siti Khadeejah Nasuha Binti Jasim
Nurlianah Binti Liman Lamin

PROSES KAJIAN

Menyediakan soalan
Melakukan Temu Bual

Mengolah maklumat dari dapatan temu bual

Masyarakat Cina

Hokkien Hainan
Teochew
Kantonis

Hailam

Etnik Hokkien
Etnik Teochew

Soalan yang ditanya :

1.____ BERASAL DARI MANA?
2. DULU _____ PERNAH BELAJAR DI MANA? BIDANG APA?
3. KELUARGA _____ MEMANG SEMUA KETURUNAN CINA ATAU

BERCAMPUR?
4. BAGAIMANA RUTIN KEHIDUPAN SEHARIAN _____ ?
5. APAKAH ADAT-ADAT YANG BIASA DILAKUKAN SEMASA MAJLIS

PERKAHWINAN KAUM CINA?
6. SELAIN CHEONGSAM DAN SAMFU, ADAKAH LAGI TERDAPAT PAKAIAN

TRADISIONAL KAUM CINA?
7. PADA PENDAPAT _____ , APAKAH PERBEZAAN YANG TERDAPAT
PADA MASA DAHULU DAN SEKARANG? (DARI SEGI BUDAYA, ETC),

ADAKAH ADA ADAT MASYARAKAT CINA YANG KINI TIDAK LAGI
DILAKUKAN?

8. APAKAH MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA YANG SELALU
DIHIDANGKAN SEWAKTU PERAYAAN?

9. APAKAH PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT CINA?
10. BAGAIMANAKAH CARA MASYARAKAT CINA MENGURUSKAN UPACARA

PENGEBUMIAN?

Latar Belakang

1. Madam Quinie
Berasal dari Pulau Pinang
Tinggal di kawasan bandar
Pendidikan : Sk Perempuan Methodis, SMK
Perempuan Methodis, Maktab Perguruan Ipoh,
Universiti Sains Malaysia, bertugas di IPG Kampus
Sultan Abdul Halim dari 2007 sehingga kini.

2. Jimmy Chen Siew Wei
Berasal dari Ipoh, Perak
Pendidikan : SJKC Chung Tack, SMJK Poi Lam, IPG
Kampus Sultan Abdul Halim
Semua keluarga berketurunan Cina

Perkahwinan

Sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Menurut responden yang kami temui :

Madam Quinie dan Jimmy Chen Sew Wei

Adat resam perkahwinan masyarakat Cina tidaklah jauh berbeza dengan
adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu. Ia merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Adat
merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang perempuan yang
dihajati. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Kedua-dua belah
pihak bakal pengantin akan membawa hantaran. Pengantin perempuan
dan lelaki tidak boleh bersua muka sebelum majlis perkahwinan
berlangsung. Semasa hari perkahwinan berlangsung, pengantin lelaki akan
menyambut pengantin perempuan dengan kereta mewah di rumah
pengantin perempuan. Upacara majlis minum teh akan berlangsung bagi
mengeratkan hubungan dan mengenal ahli-ahli keluarga pengantin
perempuan bermula dengan datuk, nenek atau orang yang lebih tua
sehinggalah saudara-mara. Pengantin akan memberi angpau kepada
budak-budak kecil. Setelah selesai di rumah pengantin perempuan, mereka
akan pergi ke rumah pengantin lelaki pula untuk melakukan majlis yang
sama. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ini ialah pada
sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan samada di
rumah, dewan, mahupun restoran, mengikut bajet keluarga sendiri.

Pakaian Tradisional

Kita semua sudah sedia maklum bahawa pakaian tradisional
masyarakat Cina ialah cheongsam dan samfoo. Namun terdapat
juga pakaian tradisional masyarakat Cina yang lain. Menurut
responden yang kami temui ;

Jimmy Chen Sew Wei
Hanfu atau Hanzhuang yang lebih dikenali sebagai Han
merupakan salah satu pakaian tradisional masyarakat Cina.
Namun di Malaysia, pakaian ini jarang sekali dipakai oleh
masyarakat Cina berikutan cuaca yang tidak sesuai, Hal ini
dikatakan kerana pakaian Han mempunyai lapisan yang berlapis-
lapis menyebabkan masyarakat Cina tidak gemar memakainya di
Malaysia.

Pakaian Tradisional

Cheongsam Han

Samfu

Perbezaan yang terdapat pada masa dahulu dan sekarang.

Menurut respondens yang kami temui :
1.Madam Quinie dan Jimmy Chen Siew Wei

Dari segi :
Pakaian

- Reka bentuk Cheongsam dan Samfu mengalami transformasi yang
ketara dalam pemilihan warna, material, bentuk potongan, terutama
kolar bajunya.

Perkahwinan
- Kini, upacara minum teh dibuat di satu tempat sahaja bagi
menjimatkan masa.
- Reka bentuk fesyen pakaian pengantin kini lebih kepada reka
bentuk fesyen barat.

Pengebumian
- Banyak upacara yang diringkaskan supaya dapat menjimatkan
masa.
- Kini masyarakat cina lebih memilih untuk membakar mayat
daripada mengebumikan mayat kerana kos membakar mayat lebih
murah.

MAKANAN TRADISIONAL

TANG YUAN (rujuk Gambar 1 dan 2)

Diperbuat daripada tepung pulut

Tepung pulut dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola ,
kemudian dimasak dalam air mendidih
Boleh dihidang dengan berisi atau tanpa isi
Tang Yuan dimakan ketika perayaan Chap Goh Meh

YEE SANG ATAU YUSHENG (rujuk Gambar 3)

Sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou
Terdiri daripada potongan daging ikan mentah dan dicampur dengan
cebisan sayur-sayuran dan sos yang beraneka serta perasa
Yu Sheng boleh diterjemahkan sebagai ikan mentah serta dianggap
kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

KUIH BULAN (rujuk Gambar 4)

Pastri berbentuk bulat atau segi empat
Inti tebal biasanya dibuat daripada isi biji teratai, kacang merah
dan telur kuning masin
Kuih ini dimakan ketika perayaan pertengahan musim luruh
Kuih bulan juga biasa dimakan dalam bahagian kecil bersama teh
cina

Gambar 1 Gambar 2

Tang Yuan

Yee Sang Atau Yusheng

Gambar 3

Kuih Bulan

Gambar 4

PERAYAAN

TAHUN BARU CINA (rujuk Gambar 5)

- Tahun baru cina merupakan perayaan terpenting dalam perayaan orang cina kerana
menyambut tahun baru dalam kalendar qamari cina.

- Tahun baru cina ini melambangkan permulaan dalam nasib serta kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara akan berkumpul .

- Rumah akan di cuci dan segala hutang akan di bayar agar tidak dikelilimgi oleh hutang
sepanjang tahun baru.

- mercun dibakar bagi menandakan permulaan tahun baru dan bagi menghalau puaka
dan nasib malang.

- Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok
limau.

DUAN WU (rujuk Gambar 6)

- Terdapat teori tentang perayaan Duan Wu . Paling masyhur adalah pada zaman
dahulu terdapat seorang yang bernama Qu Yuan. Beliau merupakan seorang bangsawan,

penyair dan menteri yang disegani oleh rakyat nya.
- pada tahun 278 SM , bandar ying, ibu negara kepada negara chu dimusnahkan oleh

Bai Qi yang merupakan seorang jeneral dari kerajaan Qin .
- Ramai terkorban dan membuat kan Quan Yu bimbang dengan masa depan negara chu

dan kemudian membunuh diri di sungai Miluo.
- Rakyat negara chu berasa sedih dan cuba mencari quan yu namun gagal . Maka ,
mereka melemparkan nasi pulut ke dalam sungai daripada perauhu yang telah dicat

seperti seekor naga supaya haiwan tidak mengganggu mayat quan yu.

PESTA KUIH BULAN (rujuk Lampiran 15)

-Dinamakan perayaan kuih bulan atau perayaan pertengahan
musim luruh
-Perayaan ini bertujuan meraikan hasil pertanian
-Perayaan ini dikaitkan dengan pesta tanglung
-Merupakan salah satu perayaan terpenting bagi masyarakat
Cina selain Tahun Baharu Cina
-Disambut dengan kuih bulan dan perarakan tanglung pada
malam perayaan
-Perayaan ini disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada
kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan
September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh.
-Kuih bulan adalah salah satu hidangan istimewa semasa
perayaan ini.Kuih bulan diperbuat daripada adunan manis
yang berinti kacang merah, atau telur kuning masin atau
adunan biji teratai.

Perayaan

Gambar 5

Tahun Baru Cina

Gambar 6

Duan Wu

PESTA KUIH BULAN

PENGEBUMIAN

Upacara pengebumian dilakukan adalah berbeza mengikut budaya dan
agama. Menurut responden yang kami temui :

1. Madam Quinie

Mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan pakaian
yang dimintanya semasa masih hidup. Keluarga orang yang
meninggal akan mengupah orang yang berpengetahuan untuk
menguruskan mayat. Terdapat dua pilihan untuk menguruskan
mayat iaitu melalui pembakaran mayat dan pengebumian.
Masyarakat cina lebih memilih kaedah pembakaran mayat
kerana kos pembakaran mayat lebih murah berbanding kos
pengebumian mayat. Mayat akan diletakkan di dalam peti kayu
dan dibakar pada suhu yang tinggi sehingga menjadi abu.
Seterusnya, abu mayat akan diletakkan di dalam bekas khas dan
diserahkan kepada ahli keluarga untuk disimpan atau dilepaskan
di laut. Namun begitu, kaedah pengurusan mayat ini bergantung
dengan kehendak si mati atau keluarga si mati.
Bagi upacara pengebumian, kawasan perkuburan juga
memainkan peranan penting yang mana masyarakat Cina
mempercayai bahawa kawasan tanah yang tinggi adalah lebih
baik daripada ditanam di kawasan tanah rata.

PENGEBUMIAN

2. Jimmy

- Memanggil orang yang arif tentang urusan pengebumian
- sembahyang , mandikan , pakaikan ikut permintaan si
mati
- beri penghormatan sebelum mayat diletakkan dalam
keranda sebelum ditutup
- keranda akan dipaku dan dikunci dengan bacaan sami
- jika tidak mempunyai wang untuk majlis pengebumian
akan dibakar
- abu mayat akan disimpan di dalam bekas khas atau
dibuang dalam laut.

SUMBER RUJUKAN

PRIMER

Menemu bual

PENGEBUMIAN

SUMBER SEKUNDER

Chinese Ancestor Worship in Malaya oleh Leon Comber yang diterbitkan
pada tahun 1963 dan Chinese Birthday, Wedding, Funeral and other Customs

oleh J.G. Cormack yang diterbitkan pada 1974
- Penyediaan upacara pengebumian dengan pemasangan altar , tempat letak

bekas colok serta hidangan makanan untuk si mati
- tatacara dan persedian semasa kematian berlaku iaitu mayat perlulah
dibersihkan dengan air yang diletakkan colok dan memakai pakaian yang
bersesuaian samaada pakaian kegemaran si mati ataupun pakaian tradisional.
- Pakaian si mati adalah tidak bersesuaian jika hanya memakai kain ataupun
baju yang berkulit binatang serta terdapat bulu binatang kerana masyarakat
Cina percaya tentang penjelmaan semula dan mengelakkan si mati menjadi

binatang pada hayat yang akan datang.

sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version