KIT TAP TEKNIK ASAS PENULISAN CADANGAN AKTIVITI DISAMPAIKAN OLEH : CIKGU NUR FADHLINA KHAIRUDDIN CIKGU USHA DEVI KUPPUSAMY
PENGENALAN KIT TAP, yang merupakan singkatan dari Teknik Asas Penulisan, adalah satu set panduan yang dirancang untuk membantu murid menguasai kemahiran asas dalam penulisan. Kit ini menyediakan teknik yang diperlukan untuk menulis dengan jelas, koheren, dan efektif. Diharapkan murid dapat meningkatkan kemampuan menulis mereka dan menerapkannya dalam konteks akademik. YOP
OBJEKTIF KIT TAP MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN MENGEMBANGKAN GAYA PENULISAN MEMPERKENALKAN STRUKTUR PENULISAN MENULIS DENGAN EFEKTIF Membantu pengguna memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik asas penulisan yang betul. Membantu pengguna menemukan dan mengembangkan gaya penulisan mereka sendiri yang sesuai dengan audiens dan tujuan penulisan. Mengajar struktur asas penulisan seperti pendahuluan, isi, dan penutup Mengajar cara menyusun argumen dengan baik, menyokongnya dengan bukti yang relevan, dan menarik perhatian pembaca. YONG
APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM KIT TAP? Di dalam kit TAP terdapat 8 teknik menulis karangan merangkumi : Teknik menulis pendahuluan karangan berbentuk cerita. Teknik menjana idea menulis karangan berbentuk cerita. Teknik menulis pendahuluan karangan berbentuk cerita. Teknik menjana idea karangan berbentuk fakta. Teknik membina ayat. Teknik menulis karangan berbentuk cerita.
PELAKSANAAN DI SEKOLAH Guru boleh mencetak logo-logo teknik yang diperkenalkan dan ditampal pada dinding atau papan kenyataan di dalam bilik darjah. Ini bagi membantu murid mengingati teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. YOP
CADANGAN AKTIVITI TEKNIK MENJANA IDEA 1 2 TEKNIK MEMBINA AYAT 3 TEKNIK MENJANA IDEA 4 TEKNIK MENULIS KARANGAN FAKTA 1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 3.0 KEMAHIRAN MENULIS 2.0 KEMAHIRAN MEMBACA 5.0 ASPEK TATABAHASA 2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
1 TEKNIK MENJANA IDEA Teknik TenDeRs ialah teknik untuk memikirkan kata kunci idea bagi karangan CERITA. Teknik TenDeRs merupakan akronim daripada: Ten – Tengok (Apa-apa yang dilihat) De – Dengar (Apa-apa yang didengari) Rs – Rasa (Apa-apa yang dirasai)
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. 1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Objektif: Membantu murid menjana idea kreatif untuk penulisan karangan. Melatih murid menggunakan pancaindera untuk menghasilkan deskripsi yang lebih mendalam dan menarik. TEKNIK MENJANA IDEA 1
1 Aktiviti: "Eksplorasi Pancaindera di Sekitar Sekolah" Langkah-langkah: Pengenalan Aktiviti Guru menerangkan konsep "TENDERS" dan bagaimana ia boleh digunakan untuk menjana idea dalam penulisan. 1. Beri contoh-contoh ringkas untuk setiap pancaindera. 2. TEKNIK MENJANA IDEA
Eksplorasi di Luar Kelas Bawa murid keluar dari kelas ke kawasan sekolah seperti taman, kantin, atau kawasan permainan. Setiap murid dibekalkan dengan lembaran kerja yang mempunyai tiga bahagian: "TENGOK, " "DENGAR, " dan "RASA. " Minta murid mencatatkan pengalaman mereka dalam setiap bahagian selama 20-25 minit. TEKNIK MENJANA IDEA 1
Penulisan Deskriptif Kembali ke kelas dan minta muird memilih satu pengalaman dari lembaran kerja mereka untuk dikembangkan menjadi sebuah penulisan deskriptif. Berikan panduan kepada muird untuk menulis karangan dengan memanfaatkan nota yang telah mereka catat: TENGOK : Gambarkan pemandangan secara terperinci. DENGAR : Huraikan bunyi-bunyian yang kedengaran. RASA : Jelaskan perasaan atau sensasi fizikal yang dialami. TEKNIK MENJANA IDEA 1
Perbincangan Kumpulan Bahagikan murid ke dalam kumpulan kecil untuk berkongsi karangan deskriptif mereka. Galakkan setiap murid memberikan maklum balas yang membina kepada rakan sekelas mereka. Pembentangan Kelas Pilih beberapa murid untuk membentangkan karangan mereka kepada kelas. Buka sesi soal jawab untuk memperdalam pemahaman muird mengenai penggunaan pancaindera dalam penulisan. TEKNIK MENJANA IDEA 1
Teknik Membina Ayat Terdapat pelbagai teknik telah dicipta bagi memudahkan murid menjana ayat yang lengkap. 2
2 Teknik Membina Ayat 3.0 KEMAHIRAN MENULIS 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. Objektif: Membantu murid membina ayat yang lengkap dan berstruktur. Melatih murid menggunakan elemen "O” (orang), “Ba” Buat apa, “T” Terang dalam penulisan.
2 Teknik Membina Ayat Aktiviti: "Cerita Bergambar Berantai" Pengenalan Aktiviti Guru menerangkan teknik O. Ba. T.
2 Teknik Membina Ayat Beri contoh ayat lengkap menggunakan teknik ini
2 Teknik Membina Ayat Pembahagian Kumpulan Bahagikan murid kepada kumpulan kecil, 4-5 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping gambar atau satu set gambar bersiri yang menunjukkan satu situasi atau cerita.
2 Teknik Membina Ayat Perbincangan Kumpulan Minta setiap kumpulan melihat gambar dan membincangkan elemen-elemen berikut: Orang yang Dilihat: Siapa dalam gambar. Buat apa: Apa orang dalam gambar buat? Terangkan : Apa yang Dirasai: Emosi atau perasaan watak dalam situasi tersebut. Nampak: Apa yang kelihatan di sekeliling orang dalam gambar? Tempat: Di mana situasi tersebut berlaku?
2 Teknik Membina Ayat Membina Ayat Setiap kumpulan membina ayat menggunakan elemen-elemen yang telah dibincangkan. Contoh format ayat: "[Orang yang Dilihat] sedang [Buat apa] di [Tempat]. Dia merasa [Terang Apa yang Dirasai] kerana [Nampak]."
2 Teknik Membina Ayat Penggunaan Template TAP untuk aktiviti PAK21 atau PBD.
2 Teknik Membina Ayat Penulisan Cerita Pendek Kumpulan membina cerita pendek berdasarkan gambar dengan menggunakan ayat-ayat yang telah dibina. Pastikan cerita mempunyai permulaan, perkembangan, dan penutup. Pembentangan Kelas Setiap kumpulan membentangkan cerita mereka kepada kelas. Murid lain boleh memberi maklum balas atau bertanya soalan.
3 Teknik Menjana Idea Teknik Tri-SSS merupakan teknik untuk membantu murid meluaskan karangan mengikut kronologi Sebelum, Semasa dan Selepas. Setiap ayat atau perenggan yang dibina mempunyai tiga (tri) ruang templat yang diisi kata tanya seperti, bila, buat apa, bagaimana serta kata adjektif perasaan. Teknik ini juga membantu murid yang lemah untuk menghasilkan penulisan dengan cara yang paling ringkas.
3 Teknik Menjana Idea 2.0 KEMAHIRAN MEMBACA 2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. Objektif: Meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman murid. Melatih murid menggunakan teknik kronologi "Sebelum, Semasa, Selepas " untuk menjana idea berdasarkan teks yang dibaca.
3 Teknik Menjana Idea Aktiviti: "Membaca dan Menyusun Kronologi Cerita " Pengenalan Aktiviti Guru menerangkan konsep kronologi dan elemen triSSS "Sebelum, Semasa, Selepas." Berikan contoh ringkas bagaimana menggunakan teknik ini dalam penulisan dan pemahaman cerita.
3 Teknik Menjana Idea
3 Teknik Menjana Idea Pembahagian Kumpulan Bahagikan murid kepada kumpulan kecil, 3-4 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sebuah teks cerita pendek yang sama atau berlainan. Membaca Cerita Setiap kumpulan membaca teks cerita pendek yang diberikan secara senyap atau bergilir-gilir membacanya dengan kuat. Pastikan murid memahami jalan cerita dengan membincangkannya dalam kumpulan.
3 Teknik Menjana Idea Menyusun Kronologi Minta setiap kumpulan mencatatkan peristiwaperistiwa utama dalam cerita mengikut kronologi "Sebelum, Semasa, Selepas. " Berikan panduan untuk mencatatkan peristiwa utama dalam tiga bahagian: Sebelum: Peristiwa yang berlaku sebelum klimaks cerita. Semasa: Peristiwa utama atau klimaks cerita. Selepas: Peristiwa yang berlaku selepas klimaks cerita.
3 Teknik Menjana Idea Membina Peta Minda Setiap kumpulan membina peta minda berdasarkan kronologi yang telah disusun. Peta minda haruslah merangkumi tiga bahagian utama dengan butiran peristiwa yang relevan. Peta Alir Peta Pokok Peta Dakap
3 Teknik Menjana Idea Pembentangan Kelas Setiap kumpulan membentangkan peta minda mereka kepada kelas. Kumpulan lain boleh memberikan maklum balas atau bertanya soalan untuk memperdalam pemahaman.
3 Teknik Menjana Idea Aktiviti Lanjutan: Penulisan Semula Setelah mendengar pembentangan kumpulan lain, setiap murid menulis semula cerita berdasarkan kronologi yang telah disusun. Guru boleh memberikan panduan tambahan jika diperlukan.
4 Teknik Menulis karangan fakta Teknik TAS ialah teknik asas menulis ayat bagi karangan berbentuk fakta. Teknik TAS merupakan akronim daripada: •Tajuk karangan. •Apakah isinya? •SUKAD ( Supaya / Untuk / Kerana / Agar / Dengan ) – Peluasan idea
4 Teknik Menulis karangan fakta Teknik SEMaT ialah teknik asas mencari idea bagi karangan berbentuk fakta (kebaikan). Teknik SEMaT merupakan akronim daripada:
4 Teknik Menulis karangan fakta 5.0 ASPEK TATABAHASA 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata hubung 3.0 KEMAHIRAN MENULIS 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. 3.2.1 Membina dan menulis ayat, dan perenggan daripada bahan multimedia.
4 Teknik Menulis karangan fakta Objektif: Membantu muird membina ayat yang lengkap dan berstruktur untuk karangan berbentuk fakta. Melatih murid menggunakan kata hubung " supaya, " " untuk, " "kerana, " " agar, " dan "dengan " dalam penulisan.
4 Teknik Menulis karangan fakta Aktiviti: "Membina Karangan Berfakta dengan Peluasan Idea " Langkah-langkah: 1. Pengenalan Aktiviti Guru menerangkan struktur karangan berbentuk fakta yang merangkumi tajuk karangan, isi karangan, dan peluasan idea. Terangkan penggunaan kata hubung " supaya, " " untuk, " "kerana, " " agar, " dan "dengan " dalam ayat.
4 Teknik Menulis karangan fakta Pemilihan Tajuk Guru menyediakan beberapa tajuk karangan berbentuk fakta yang sesuai dengan tahap murid. Contoh tajuk: Kepentingan Amalan Membaca Cara Mengurangkan Pencemaran Alam Kebaikan Aktiviti Beriadah Murid memilih salah satu tajuk yang mereka minati.
4 Teknik Menulis karangan fakta Membina Isi Karangan Setiap murid menulis tiga isi utama yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Berikan panduan kepada murid untuk memastikan setiap isi adalah fakta yang relevan dan boleh dikembangkan.
4 Teknik Menulis karangan fakta Pelanjutan Idea Menggunakan Kata Hubung Murid mengembangkan setiap isi dengan menggunakan kata hubung " supaya, " " untuk, " "kerana, " " agar, " dan "dengan. " Contoh format ayat: Isi: Amalan membaca dapat meningkatkan pengetahuan. Peluasan: Amalan membaca dapat meningkatkan pengetahuan kerana ia membuka peluang untuk memperoleh maklumat baharu.
4 Teknik Menulis karangan fakta Guru memberi contoh ayat untuk setiap kata hubung dan membimbing murid semasa aktiviti ini. Membaca buku membantu mengurangkan tekanan supaya minda menjadi lebih tenang dan fokus. a. Aktiviti beriadah secara berkala diperlukan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi. b. Kita perlu menanam lebih banyak pokok kerana pokok menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen, yang membantu membersihkan udara. c.
4 Teknik Menulis karangan fakta Penulisan Karangan Lengkap Murid menulis karangan lengkap dengan menggabungkan tajuk, isi, dan peluasan idea yang telah dibina. Pastikan karangan mempunyai struktur yang jelas dengan permulaan, isi utama, dan penutup.
4 Teknik Menulis karangan fakta Perbincangan dan Penyuntingan Murid berkongsi karangan mereka dengan rakan sekelas dalam kumpulan kecil. Rakan sekelas memberi maklum balas yang membina mengenai penggunaan kata hubung dan kejelasan isi karangan. Murid menyunting karangan mereka berdasarkan maklum balas yang diterima.
4 Teknik Menulis karangan fakta Pembentangan Kelas Pilih beberapa murid untuk membentangkan karangan mereka kepada kelas. Buka sesi soal jawab dan maklum balas dari rakan sekelas dan guru.
NUR FADHLINA KHAIRUDDIN SK GOPENG TAMMAN GOPENG BARU USHA DEVI KUPPUSAMY SJKT KAMPAR DISEDIAKAN OLEH
TERIMA KASIH