The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLIDE AMANAT TAHUN BAHARU KPM 2023 19012023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguLinnZack, 2023-01-19 19:43:38

SLIDE AMANAT TAHUN BAHARU KPM 2023 19012023

SLIDE AMANAT TAHUN BAHARU KPM 2023 19012023

Selamat Tahun Baharu


Konsep MADANI telah dirangka sebagai ikhtiar kita untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara dan peradaban yang kita citakan, dan akan bangunkan kelak haruslah M.A.D.A.N.I. - Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. MADANI


16 Disember 2022 • Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. • Marilah kita hadiahkan alFatihah dan bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan yang terkorban dan terkesan dalam insiden ini.


Bencana Banjir • Antara negeri yang terkesan teruk dengan kejadian banjir ialah negeri Terengganu, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perak. • Saya berharap semua yang terlibat dan terkesan dengan bencana banjir, tabah dalam menempuh ujian ini.


Melangkah ke tahun 2023 • Agenda untuk menjajarkan semula pendidikan kita pada masa hadapan. • Pendidikan adalah suatu misi penting yang dituntut agama. • Misi utamanya, tidak lain adalah untuk mengangkat karamah insaniah, atau martabat dan kemuliaan insan setinggitingginya.


• ‘Walaqad Karramna bani Adam’ yang bermaksud ‘Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam’. (al-Isra, 17:70). • Kesemua mempunyai kemuliaan yang perlu dihormati dan punyai potensi masing-masing. • Justeru, menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia perlu menjadi asas utama untuk kita bergerak ke hadapan.


Mendepani Cabaran Pendidikan


Kesaksamaan Pendidikan Memastikan kesaksamaan pendidikan sebagai teras perkhidmatan dan kesaksamaan pengurusan pendidikan pada semua peringkat dapat direalisasikan. Ini penting bagi memastikan semua murid tanpa mengira lokaliti, latar belakang termasuk murid paling lemah dan rentan pendidikan, mendapat peluang pembelajaran yang saksama seperti murid yang lain.


Kebajikan Guru Oleh itu, untuk mengangkat martabat manusia menjadi mulia, guru sendiri perlu terlebih dahulu diangkat martabat dan maruahnya. Keyakinan kita, manusia itu sendiri telah pun diciptakan Tuhan sebagai sebaik-baik kejadian. د ل نَا َقَ ن َس َخل ا َن َق ْلِ ي ا ح َس ِن فِ اَ م ي ِو تَق (At- Tin: 4)


Pengajaran dan Pembelajaran Cabaran teras untuk meningkatkan capaian pendigitalan pendidikan sebagai usaha menguruskan kemiskinan multidimensi dan membantu murid B40 ini, agar kembali meneruskan persekolahan dan keluar dari kemelut keciciran.


Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Hak untuk mendapat pendidikan itu wajib difahami, termasuk untuk murid berkeperluan pendidikan khas yang terdiri daripada enam kategori, iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan ketidakupayaan pelbagai.


Fokus Strategik / Hala Tuju KPM 2023


•Murid •Guru •Infrastruktur 3 ElemenUtama


Teras Pertama • Kita berazam untuk menjadikan komunikasi antara Kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus. • Dalam hal ini, saya memastikan laporan berkaitan diambil tindakan segera melalui kaedah solusi yang terbaik, dan insya-Allah akan memperkenalkan saluran baharu untuk memberikan pilihan yang lebih berkesan kelak.


Teras Kedua Usaha pembangunan ummah perlu berfokus kepada agenda pembinaan watak bangsa menerusi program perubahan budaya yang berintikan perubahan dalaman, iaitu perubahan jiwa dan minda.


Teras Ketiga dan Keempat • Memberi Perhatian Terhadap Isu Kemiskinan Multidimensi Murid Daripada Keluarga B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar murid • Memberi Perhatian Keciciran Pendidikan Serta Masalah Literasi dan Numerasi.


Teras Kelima KPM akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan daripada pasangan. KPM akan berusaha untuk meningkatkan peruntukan bagi latihan profesional.


Teras Keenam Memberi tumpuan kepada usaha Ubah Suai Dan Naik Taraf Bangunan Sekolah Yang Daif Terutamanya di Sabah dan Sarawak yang menjadi teras keenam, komitmen menangani sekolah daif akan menjadi antara tumpuan paling utama.


Teras Ketujuh Dasar Pendidikan Digital akan menjelaskan empat objektif pendidikan digital yang disokong dengan enam teras, 18 strategi dan 41 inisiatif secara terperinci bagi mencapai hasrat melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.


Tujahan Ke Hadapan: Amanat Untuk Warga Pendidikan


Sesi libat urus (townhall) kepada pemegang taruh akan dijadikan budaya bagi mendapat maklum balas profesional dan maklum balas awam selain daripada dapatan kajian, laporan pendidikan dalam dan antarabangsa, serta bersandarkan kepada data-data perangkaan yang meyakinkan.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia …perancangan Pelan Pendidikan selepas tahun 2025 perlu difikirkan dan dirancang. Pelan Hala Tuju Pendidikan berserta dengan Pelan Tindakan yang strategik perlu dibuat daripada sekarang agar perjalanan sistem pendidikan tidak tergendala. Bahagian utama di KPM khususnya berkaitan dasar dan perancangan perlu memberi fokus kepada Pelan Hala Tuju Pendidikan KPM ini.


Pemerkasaan Pendidikan Prasekolah • Pendidikan prasekolah perlu diberikan perhatian khusus dan prasekolah yang sedia ada perlu diperkasa. • Kementerian Pendidikan juga sedang dalam usaha untuk menaikkan kadar bantuan makanan prasekolah. • Inisiatif meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) sedang diperhalusi dan diteliti. • KPM komited untuk menambah bilangan kelas prasekolah pada setiap tahun. • Untuk tahun 2023, KPM telah mencadangkan sebanyak 118 buah peluasan kelas prasekolah untuk beroperasi di seluruh negara, termasuk di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.


Murid Berkeperluan Pendidikan Khas • Semua murid termasuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) berhak untuk menerima pendidikan. • KPM juga turut meningkatkan bilangan projek pembangunan yang dimohon melalui Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi membina bangunan tambahan yang merangkumi bilik darjah dan kemudahan lain untuk Program Pendidikan Khas Integrasi


Pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli dan Peribumi


Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025 MPPK ditubuhkan berdasarkan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang memperuntukkan bahawa; “Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri”.


Membuktikan keterbukaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendengar pandangan dan buah fikiran dari pelbagai pihak termasuk di luar KPM berkaitan perkara dan isu yang berhubungan dengan pendidikan


1. 6 daripada 9 ahli MPPK ini dipilih dalam kalangan mereka yang berlatar belakang profesion keguruan (Skim DG – skim perkhidmatan pendidikan). 2. Pengerusi MPPK dipilih dalam kalangan mantan Ketua Pengarah Pendidikan. 3. Garapan tokoh-tokoh pendidikan yang berupaya membawa hasrat 7 teras keutamaan KPM.


Pengerusi Datuk Dr. Amin Bin Senin ▪ Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2018-2020 ▪ Kepakaran: Kepimpinan pelbagai peringkat organisasi dalam KPM, dan hal ehwal pengurusan perubahan institusi pendidikan, serta pembangunan sumber manusia.


Timbalan Pengerusi Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Bin Noordin ▪ Profesor di Kuliyyah Information and Communication Technology, UIAM. ▪ Kepakaran: Teknologi Pengetahuan, Sistem Pengurusan Maklumat, dan Pengauditan.


Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub ▪ Presiden dan Naib Canselor Infrastructure University Kuala Lumpur ▪ Kepakaran: Undang-undang dan Syariah, serta Governans


Prof Dr. Omar Bin Yaakob ▪ Felo Akademi Profesor Malaysia ▪ Mantan Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan sesi 2018 - 2020 ▪ Kepakaran: Kejuruteraan dan Pendidikan Islam Bersepadu


Dato’ Dr. Mehander Singh Nahar Singh ▪ Wakil rasmi di Malaysia, Program kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Oulu University, Teacher Training School, Finland ▪ Kepakaran: Kepimpinan pendidikan dan sukan


Tuan Mohd Abd Aziz Bin Mahmud ▪ Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia 2019-2021 ▪ Kepakaran: Kepimpinan pendidikan


Tuan Aminuddin Bin Awang ▪ Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP Malaysia) ▪ Kepakaran: Kepimpinan pendidikan


Puan Rusilawati Binti Mohd Salleh ▪ Guru Cemerlang Matematik 2013-2021 ▪ Kepakaran: Pendidikan matematik, pedagogi


Puan Chee Poh Kiem ▪ Pengetua SMK St Mary Kuala Lumpur 2015- 2022 ▪ Kepakaran: Kepimpinan pendidikan


sebagai tindakan segera dan arahan pertama saya, saya arahkan laporan pertama MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru. Dan saya mahu laporan tersebut di atas meja saya sebelum pertengahan bulan hadapan (15hb Februari 2023).


Jawatankuasa-jawatankuasa kecil akan dibentuk mengikut kluster yang lebih khusus, yang akan turut melibatkan wakil murid sebagai suara utama yang akan saya dan barisan pengurusan tertinggi KPM akan dengari.


Saya berharap pegawai di Kementerian, JPN dan PPD, bersama-sama bergerak dan diberdayakan sebagai pemikir dan pemimpin perubahan yang dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling memerlukan.


Tonggak Dua Belas 1. Menghargai masa 2. Ketekunan membawa kejayaan 3. Keseronokan bekerja 4. Kemuliaan keserderhanaan 5. Ketinggian peribadi 6. Kekuatan sifat baik hati 7. Pengaruh teladan 8. Kewajipan menjalankan tugas 9. Kebijaksanaan berhemat 10.Keutamaan kesabaran 11.Peningkatan bakat 12.Nikmat mencipta


Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera.


Click to View FlipBook Version