The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pinkscrewdriver, 2024-01-10 20:51:18

Majlis Graduasi ke-24

Majlis Graduasi ke-24

Kata Alu – Aluan En. Shahrizal bin Mohd Saderi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berpeluang untuk berkongsi kejayaan para pelajar dan kegembiraan para ibu bapa serta penjaga dan usaha murni guru-guru dalam majlis graduasi yang penuh gemilang ini. Majlis Graduasi MRSM merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para pelajar sepanjang pengajian di MRSM. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah menamatkan pengajian di MRSM dengan jayanya. Sambutan Majlis Gradusi bagi tahun 2023 membuktikan kejayaan Sistem Pendidikan MRSM dalam menerajui kecemerlangan pelajar dari aspek kurikulum, kokurikulum, kepimpinan, keusahawanan dan sahsiah. Fokus MARA adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan penguasaan bidang STEM yang berupaya mengenal pasti dan mengaplikasi konsep STEM dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. Justeru, sistem Pendidikan MRSM diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mampu menjadi pemain dalam bidang teknologi yang bukan hanya menjadi pengguna semata-mata. Perubahan dunia yang sedang menghadapi ledakan digital, memerlukan institusi Pendidikan terutama MRSM bertindak pantas untuk memberi peluang kepada pelajar membangun seiring dengan keperluan pembangunan insan yang relevan pada masa kini dan akan datang. Pelajar MRSM yang memiliki kemahirankemahiran ini akan mampu bersaing dalam pelbagai bidang pada peringkat kebangsaan dan global. Saya percaya para pelajar sedang gigih melakukan persiapan akhir dalam tempoh masa yang masih berbaki ini menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Dalam tempoh yang semakin singkat ini, para pelajar perlu memperkuatkan mental dan fizikal untuk membuat pecutan terakhir bagi mencipta kejayaan. Jangan sesekali lupa pada penjagaan pemakanan yang sihat, waktu rehat dan tidur mencukupi. Akhir kata, syabas diucapkan kepada para pelajar tingkatam 5 Maktab Rendah Sains Mara bagi sesi 2023. Saya berharap semua calon SPM tahun ini terus tekun berusaha sehingga membuahkan keputusan cemerlang yang akan membanggakan keluarga.


Kata Alu – Aluan Tn Haji Fazli bin Abu Bakar Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Langkawi Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah dengan izin dan keredaan Allah S.W.T, Majlis Graduasi MRSM Langkawi kali ke24 bagi tahun 2023 dapat dilaksanakan pada hari ini dalam suasana yang penuh bermakna buat kita semua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang kepada para hadirin, khasnya kepada Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin, sebagai perasmi bagi majlis ini. Kehadiran tuan puan ke majlis ini, diharapkan akan menyerikan lagi perjalanan majlis ini. Majlis ini diadakan khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada semua pelajar tingkatan lima yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan layak dianugerahkan Sijil Graduasi MRSM. Untuk pengetahuan semua, jumlah pelajar yang layak bergraduasi adalah seramai 130 orang pelajar. Pengiktirafan ini sangat bermakna kepada para pelajar, guru-guru, kakitangan dan ibu bapa kerana segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan. Namun, kita sama sekali tidak boleh berasa terlalu selesa dengan pencapaian sedia ada kerana kita mesti bersedia untuk menjana kecemerlangan yang lebih baik pada masa akan datang. Laungan Slogan 3A+ iaitu (A+ dalam sahsiah, A+ akademik dan A+ dalam bidang kokurikulum) yang diterapkan di maktab selama 5 tahun pengajian, diharap dapat diaplikasikan dalam kehidupan para pelajar hingga ke menara gading. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk guru, kakitangan, ibu bapa dan Badan MUAFAKAT MRSM Langkawi atas sokongan dan dorongan mereka dalam melaksanakan pelbagai program akademik, sahsiah dan aktiviti kokurikulum untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Akhir kata, selamat maju jaya kepada anak-anak pelajar dan semoga kalian semua terus mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih.


Kata Alu – Aluan YBhg. Dato’ Ts. Sayed Alfeizal bin Sayed Ahmad Yang Di Pertua Muafakat MRSM Langkawi Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Sekalung tahniah diucapkan kepada para graduan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi kali ke-24 tahun 2023. Majlis Graduasi yang diadakan setiap tahun telah menjadi tradisi maktab ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para graduan melalui sistem MRSM. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu memerlukan generasi murid yang memiliki komitmen dan semangat jitu serta wawasan diri yang jelas, keunggulan. Alhamdulillah, kejayaan yang diraih pada hari ini adalah hasil usaha gigih dan keazaman yang tinggi para pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Ternyata pengorbanan mereka beserta tunjuk ajar para guru dan sokongan ibu bapa selama ini memberikan kejayaan. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang, MARA amat memberi penekanan kepada bidang pendidikan kerana melalui pendidikan, masyarakat yang intelek dan berdaya saing dapat dilahirkan. Selain memastikan para pelajar mempunyai kecemerlangan akademik, MARA juga memandang serius kepada penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia. Para pelajar juga didedahkan dengan daya pemikiran saintifik yang akan menjana ke arah penyediaan individu yang mampu bersaing dalam kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan dan tidak lupa juga dunia keusahawanan. MRSM sebagai pemangkin kepada kejayaan pelajar telah menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan yang seharusnya dimanfaatkan oleh pelajar. Rentetan ini, kejayaan para pelajar akan menjadi teras untuk mereka terus berjuang di pentas dunia. Adalah menjadi harapan para ibu bapa agar anak-anak pelajar sentiasa komited dalam usaha mencapai kecemerlangan yang seimbang demi mengangkat martabat diri, bangsa, agama dan negara. Dengan ini saya berharap MRSM Langkawi akan terus memperkasa peranannya untuk melahirkan golongan pelajar berminda kelas pertama seterusnya mampu menjana pembangunan dan kemajuan negara. Pihak MUAFAKAT MRSM Langkawi akan sentiasa dan terus membantu pelajar dalam usaha ke arah kecemerlangan. Sekian, terima kasih.


Ucapan Perasmian Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin bin Mustapha Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Bismillahir Rahmanir Rahim. Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh. Para graduan MRSM Langkawi SPM 2023 dan warga pendidik serta para ibu bapa yang dihormati, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T dan dengan limpah dan kurnianya, kita diberi kesempatan untuk bersama dalam majlis yang gilang-gemilang iaitu Majlis Graduasi Tingkatan 5 MRSM Langkawi kali ke-24. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan. Semoga kejayaan yang dilakar pada hari ini dapat meniup semangat dan menjadi sumber inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Transformasi pendidikan yang sedang giat dilaksanakan pada masa ini merupakan tanda bahawa bidang pendidikan sedang mengorak langkah agar dapat mencapai tahap antarabangsa. Sesungguhnya peluang pendidikan yang telah disediakan oleh MARA merupakan landasan yang tepat untuk generasi pelapis dalam melengkapkan ilmu dan kemahiran agar tidak ketinggalan dalam meniti cabaran di alam universiti nanti. Ilmu menjadi prasyarat kepada pembentukan pelajar sebagai generasi pemimpin pada masa hadapan. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang ada untuk menjadi seorang intelektual yang berupaya memberi kesan positif kepada tenaga modal insan berkualiti untuk negara tercinta ini. Tahniah dan sekalung penghargaan sekali lagi buat para pelajar, ibu bapa dan warga pendidik. Saya pasti anak-anak graduan lepasan MRSM Langkawi akan berjaya menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Selamat Maju Jaya! Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Atur Cara Majlis 9.50 Pagi : Pergerakan Masuk Tetamu Majlis 10.00 Pagi : Pergerakan Masuk Semua Graduan Beserta Ahli Akademik 10.15 Pagi : Perarakan Masuk Ahli Senat • Sesi Bergambar Ahli Senat • Nyanyian Lagu Negaraku • Nyanyian Lagu Negeri Kedah • Nyanyian Lagu Amanah Rakyat • Bacaan Doa • Ucapan alu aluan Pengetua MRSM Langkawi • Ucapan Perasmian • Pengisytiharan Graduasi • Penyampaian Sijil Graduasi • Persembahan 1 • Penyampaian Anugerah Terbaik Subjek • Penyampaian Anugerah Khas Pengetua • Penyampaian Anugerah Tokoh • Persembahan 2 • Tayangan Montaj • Sesi Bergambar Semua Guru Bersama Ahli Senat • Perarakan Keluar Ahli Senat 12.00 Tgh : Majlis Bersurai Jamuan


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Pertama


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Pertama 1. ERINA NATASYA BINTI NAZWAN ARWIZAN 2. WAN RANIA AZILLAH BINTI HARDIMAN 3. BATRISYIA YASMIN BINTI NOR AZHAR 4. DANISH HAKIMI HAMIDON 5. DALILY NABIHAH BINTI MOHD MUHAYMIN 6. MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD RITHAUDEEN 7. SUKAINAH BINTI MUHAMMAD FIRDAUS OOI 8. NURULLAH BIN MOHAMAD RAZIF 9. AMEERA RAIHANAH BINTI ANUAR 10. KAMILIA NISREENA BINTI ABDULLAH 11. TENGKU MUHAMMAD HARITH BIN TG MAHMUD 12. MUHAMMAD ADIB SHAH BIN ROZALI 13. NURKHAIRAH ADILIN BINTI ROSDIADEE 14. WAN MUHAMMAD DANISH BIN HASNAN 15. KU NURUL HUSNA BINTI KU ZAKI 16. NUR AISHA UMAIRAH BINTI ISMAIL 17. JASMINE KAMELIA BINTI NOR AZMAN 18. AININ HASSANAH BINTI ROSMAN 19. NUR ALLIYAH SYAHIRRAH BINTI SHAHNON 20. AHMAD HASSANAL HAKIMI BIN ABDUL GANI 21. NUR ADLEEYANA KHALEEDA BINTI ZAHURIN 22. MUHAMMAD AZEM BIN MOHD SABRI 23. FERHAD DARWISH BIN MOHD RAZI 24. HAZIQ DJOHANN BIN KHAIRIZZUAN 25. SARA NABEELA BINTI JOHARY SALLEH 26. HASYA BINTI MOHAMAD HADZORI 27. MIKAEL BIN HAIROL AZRIN 28. NUR AFIQAH BINTI FAZLI 29. ALEEYA ERLINA BINTI RIZWAN 30. NATASHA SOPHEA BINTI MOHD FIRDAUS 31. FAQIH MUHAMMAD ZAWIR BIN MOHAMAD AZAM 32. NUR IFFAH AINA BINTI ABDUL HADI 33. MUHAMMAD SULHI BIN AHMAD ZIFNI 34. ALIA MAISARA BINTI ABU YAMIM 35. NUR ADYNA SOFEA BINTI HYRENE 36. AWATIF HAZWANI BINTI IBRAHIM 37. ADAM ZARIF BIN FAKHIRUDDIN


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Kedua


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Kedua (Atas) 38. THIBAAN A/L KRISHNAMOORTHY 39. ADLINA NABIHAH BINTI AZARUDIN 40. NUR DANIA BINTI HAFIZAL 41. MUHAMMAD AIMAN QAYYUM BIN MOHD HILDA 42. AINA NAFISA BINTI ZULKEPLI 43. NUR SYAFIQAH IZZATI LOKMAN 44. INDRA ANISHAHLINI BINTI SAHARDIN 45. NUR RAUDDHAH BINTI MAZLI 46. MUHAMMAD HAIKAL NAJMI BIN ZULKIPLI 47. DINIE HAFIY BIN BASHARUL AZAM 48. NUR AUNI BATRISYIA BINTI MOHAMAD ASMAWI 49. SYAIRAH ALEEYA BINTI ISMAIL 50. MUHAMMAD NUR SYADZMIN BIN AHMAD ASMADI 51. GHINA KAMILIA BINTI ZAKARIA 52. AMIR ZULQARNAIN BIN MOHAMAD 53. SHIFA NUR SAKINAH BINTI SHAMSOL 54. NOR DANYSH HAKIEM BIN NOR HIZAM 55. SOFEA LANA BINTI MAZLAN 56. LUQ LUQ BINTI SHAIFULLIZAM 57. NURUL HANIS BINTI RASENI 58. MOHAMMAD IZZ NAQUIB BIN MOHD RAZIFUDDIN 59. LYA NUR QAYSARA BINTI MUHAMMAD MUNIF 60. MUHAMMAD WAFIY AMSYAR BIN ROSDI 61. INTAN MARINI AFZA BINTI MANGSOR 62. AINNUR RABIHAH BINTI JUN 63. AZHMAT HISHAM BIN AHMAD 64. ADRIANA BINTI MOHD RAHMAD 65. NUR AQILAH ZULAIKA BINTI JAMAL 66. AHNAF BIN RIZALMAN 67. NURIN ASHIKA BINTI ROSLEE JELANI 68. MUAZ BAIHAQI BIN MAZHAR 69. WAN ALTAFF DANISH BIN WAN HASMIZAM 70. NUR AINA MASTURA BINTI MASUMI 71. MUHAMMAD FARIZZUDIN BIN JOHARI 72. MUHAMMAD ZAHRUL IKHMAL BIN ISMAIL 73. NIK ADAM HAKIM BIN MOHD ABDULL HALIM 74. MUHAMMAD AZANI BIN AZIZAN 75. PUTRI IRINE RAIHANA BINTI ABD RAZAK 76. NOOR IWANI SABRINA BINTI NOOR ILIAS


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Kedua (Atas) 77. DHIA JAHARAH AL-RHOSKY BINTI JAMALUDIN 78. SOFEENA BALQIS BINTI ABD RAHMAN 79. SUTARSANAAN A/L MADIVANAN 80. NUR YUS AQMA AQELLAH BINTI ABDULLAH 81. PRAVEEN A/L R SURESH 82. SITI BALQIS BINTI ADAM MALIK 83. DAYANG ASH NURDANIA BINTI AWANG HASAHARI SHAH 84. NUR SAIYIDAH ADILAH BINTI SHAIFUL ANUAR 85. NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMAD ATAN 86. NURDAMIA QISTINA BINTI NOOR IKHSAN 87. FATIN ANIS MAISARAH BINTI MUNIZAM 88. AHMAD AQIL SHAUQI BIN AHMAD YUSRI 89. FARISHA PUTERI AINA` BINTI SAMSUDIN 90. NURAISHA BINTI HAMDAN 91. QISTINA NUR`AISHA BINTI ASRIZAL 92. NUR QISTINA UMAIRAH BINTI SUKARDY 93. ADYRIEANNA BATHRIESYA BINTI ADY YUSRI 94. FILDZA IRDEENA MOHD FADLY 95. ALIA BATRISHIA BINTI MOHD BAKRI 96. INTAN ZULAIKHA BATRISYA BINTI ADNAN


Anugerah Sijil Graduasi Kelas Kedua (Bawah) 97. NUR ERLIA NADHIRAH BINTI MOHD ERWAN 98. NURIN IRDINA BINTI MOHD SHUKOR 99. KAMARAISA EMELISA BINTI KAMARUZAMAN 100. MUHAMMAD ZAKI BIN MOHD ZAHID 101. MUHAMMAD DANISH BIN MOHD FADHLAN 102. MUHAMMAD IMRAN BIN MOHD JAFLIS 103. ZULHAEEKHAL DANNEEAL BIN ZULKEFLI 104. AINA SOFEA BINTI AZIZUL HISHAM 105. NUR BATRYSHYIA BINTI AMRAN 106. MUHAMMAD SYAMMIL DANIEL BIN MOHD SHAIFUL IZAM 107. NUR MAIZATUL AFIQAH BINTI NAZIR AHMAD 108. MUHAMMAD SHAMEL HAKIM 109. NATHALIA IRDEENA BINTI MOHD FAIZARUL 110. HAKIM BIN ZAINAL ABIDIN 111. GAVIN MICHAEL A/L RAJENDRAN 112. KARYNA ARANIA BINTI ABDULLAH 113. KHAIRUL IRFAN ISKANDAR BIN KAMARUDDIN 114. RISHA A/P SIVA KUMAR 115. NURUL HUDA BINTI AZHAM 116. HAZIM HAKIMI BIN GHAZALI 117. AINUL FATIN NAJIHAH BINTI AINUL FARID 118. MUHD NAQIBUDDIN AIZAM BIN KHIRUL NIZAM 119. SYARIFAH AMIRAH BINTI SYED AHMAD 120. PUTRA AKIEF ZIQRI BIN ZULFADLY 121. NURUL DINIE BINTI MOHAMAD ASRI 122. AHMAD AZFAR FARIS BIN AHMAD AZMI 123. SHARANYAA A/P GANESH RAM 124. NUREEN ADRIANA BINTI NORHADZLAN 125. MUHAMMAD AIMAN ZAREL BIN MAT ZAHIR 126. NUR AZZARINA BINTI AZHAR 127. MUHAMAD SAMEER LAL BIN LAL MUHAMAD 128. NUR AQILAH BINTI AZMADI 129. ABDUL GHAFUR BIN MOHAMMAD ZAINI 130. NURUL AIN BINTI ZAMZURI


Anugerah Terbaik Subjek


Anugerah Terbaik Subjek SUBJEK PENERIMA BAHASA MELAYU DANISH HAKIMI HAMIDON BAHASA INGGERIS WAN RANIA AZILLAH BINTI HARDIMAN P. AGAMA ISLAM NUR IFFAH AINA BINTI ABDUL HADI PENDIDIKAN MORAL THIBAAN A/L KRISHNAMOORTHY SEJARAH DANISH HAKIMI HAMIDON MATEMATIK ERINA NATASYA BINTI NAZWAN ARWIZAN MATEMATIK TAMBAHAN MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD RITHAUDEEN FIZIK ERINA NATASYA BINTI NAZWAN ARWIZAN KIMIA ERINA NATASYA BINTI NAZWAN ARWIZAN BIOLOGI DALILY NABIHAH BINTI MOHD MUHAYMIN P. AKAUN THIBAAN A/L KRISHNAMOORTHY PJPK DANISH HAKIMI HAMIDON


Anugerah Khas Pengetua Anugerah Emas


Anugerah Khas Pengetua Anugerah Emas Anugerah Minda Emas (L) Anugerah Minda Emas (P) Anugerah Bakat Emas (L) Anugerah Bakat Emas (P) Anugerah Bakti Emas (L) Anugerah Bakti Emas (P) Anugerah Budi Emas (L) Anugerah Budi Emas (P)


Anugerah Khas Pengetua Anugerah Tokoh


Anugerah Khas Pengetua Anugerah Tokoh Tokoh Pelajar Tokoh Akademik Tokoh Kepimpinan Tokoh Kokurikulum


Analisis Pencapaian Tingkatan Lima


Analisis Pencapaian PNG dan TPNG Tingkatan 5, Semester 2, 2023 Bilangan Pelajar Yang Mendapat Gred A+, A atau A- JULAT PNG %PNG TPNG %TPNG 4.00 2 1.53 0 0.00 3.75-3.99 26 19.85 13 9.92 3.50-3.74 38 29.01 24 18.32 3.25-3.49 30 22.90 33 25.19 3.00-3.24 24 18.32 26 19.85 2.75-2.99 8 6.11 22 16.79 2.50-2.74 3 2.29 9 6.87 2.25-2.49 0 0.00 4 3.05 2.00-2.24 0 0.00 0 0.00 1.00-1.99 0 0.00 0 0.00 0.00-0.99 0 0.00 0 0.00 Jumlah 131 131 Tidak Hadir 0 0 Bilangan gred A+,A atau ABilangan pelajar % pelajar 12 - - 11 - - 10 13 9.92 9 3 2.29 8 11 8.40 7 9 6.87 6 17 12.98 5 20 15.27 4 25 19.08 3 16 12.21 2 13 9.92 1 2 1.53 0 2 1.53 Jumlah 131 Tidak Hadir 0


Ahli Jawatankuasa


PENASIHAT HJ FAZLI BIN ABU BAKAR PENGERUSI ANNIES YUS UMAIMAH BINTI YUSOF NAIB PENGERUSI 1 MOHD SYUHAIRI BIN MD ISA NAIB PENGERUSI 2 MOHD RASDI BIN MUDA PENYELARAS MOHD SYAFIQ ADILI BIN SHUKRAN SETIAUSAHA HALIMAHTUL SYIFAA BINTI SHAIK FARID BENDAHARI AZMAN BIN MOHD YUSOFF (K) AIRIL ASHRAF BIN AHMAD ZAINI BUKU PROGRAM MOHD AFIFFUDIN BIN MOHD ISA (K) MEGAT MOHD NURULAZNI BIN KAMALAUDIN NOR ATIKAH BINTI MAT SAAD SIJIL DAN HADIAH NUR AINI BINTI MOHD ZUKI ANIS SHAZWANI BINTI MOHAMAD RAJI ANIS ZAFIRAH BINTI ABDUL RAHMAN MUHAMMAD FARIS BIN OTHMAN NURFADZILLAH BT. MANSOR MATURIDI PENGACARAAN MAJLIS SARAH NAJWA BINTI ZAINON (K) MUHAMMAD NAQIB BIN ABDUL NASER INTAN NUR SYUHADA BINTI HAMZAH JAMUAN AIDA ROHAYU BINTI ABDUL KARIM (K) NURUL NADIA BINTI MANSOR NUR FAZLIANA BINTI ZAINI ASWATI BINTI ARSHAD HASNAH BINTI HASSAN PENGURUSAN GRADUAN FATIN ILYANA BINTI JAAFAR (K) NOOR SYAMIMI BINTI AB MANAH MOHAMAD AZAM BIN ROZAIN MUHAMAD AFFAN BIN MOHD FAUDZI KAWALAN PELAJAR SYARIFAH NUR LIYANA BINTI SYED KHALIDDIN (K) NADIHA BINTI SAZALI AMAR BIN AHMAD NURUL AMAN BIN NADZRI ABARAHAN BIN AWANG PEMILIHAN & PENILAIAN ANUGERAH NURSYAZANA BINTI NAZRI (K) IBRAHIM BIN LATOLA PERALATAN DAN PERSIAPAN DEWAN IQMAL NURHAKIM BIN MOHD PADIL (K) NASHUHA BINTI ROSLI NABIHAH BINTI ZAINOL MASTURA BINTI MAHTAR ZALEFAH BINTI IBRAHIM MUHAMMAD SUHAIB BIN ISMAIL MOHAMAD FIKRI BIN JAAFAR KAMARUZAMAN BIN AWANG MOHD. AFZAIRIHISYAM BIN MOHD. ASRI SUHAIMI BIN HAJI HAMID MOHD HIZARUDIN BIN OTHMAN MUHAMMAD SALIM BIN MD ISA AHMAD SYAZWAN BIN ROSLI


KESELAMATAN DAN LALULINTAS MUHAMMAD NORAZRAA BIN NORDIN (K) DR. MUHAMMAD ALIF BIN MD. ARIS BASRON BIN TALIB PENGURUSAN JUBAH NUR AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD MARZUKI (K) MAZLIANA BINTI NASRON SITI MASTURA BINTI MD RADZI KHAIROL NAIM BIN ABD RAHMAN DAIRI JEMPUTAN DAN SAMBUTAN NORAINISA BINTI RAMLI (K) NUR ZAMIRA BINTI ZAMRI ROSE LIZA BINTI HAMID RAFIDA BINTI RASHID CHE SHAIRY BIN CHE AMAT PERSEMBAHAN BADRULHISHAM BIN KHALID (K) RAIHAN SYAMIMI BINTI RAMLI TEKNIKAL DAN AUDIO WAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN WAN YUSOFF (K) NORZAIDI BIN HAIRUDDIN MOHD RODHI BIN ABDUL HALIM PERSIAPAN PENTAS DAN TIRAI LATAR ADILA BINTI RAHMAT (K) NOR HIDAYATUL SOLEHAH BINTI ISMAIL MASNANI BINTI SA’ARI ANISAH BINTI MOHD ISA YUSNIDAH BINTI ABDUL HAJAR NADIA ZAHIRA BINTI MOHD HASSAN MOHD RIDZUAN BIN ZULKIPLI MOHAMMAD FAHIM BIN MOHAMMAD SAID ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB ADAT ISTIADAT DAN PROTOKOL NURUL FARHANA BINTI MD. SUBI (K) NASLIZA BINTI WAHAB MASITAH NOR BINTI KHAIRI ANDREW SIBA MATTEW MOHAMAD HISHAM BIN AHMAD MOHD FAIZAL BIN ISMAIL HAZRUL BIN AB. HALIM KEUSAHAWANAN DAN FOTOGRAFI AHMAD MAHFUZ BIN MOHD ZULKIFLI (K) SITI AYUNI BINTI ZAKYUDIN ZATI BAYANI BINTI ZAKARIA NORHIDAYAH BINTI AHMAD MULTIMEDIA MUHAMMAD FAKHRI BIN KAMRUL ZAMAN (K) NAJIHAH BINTI NAIM AHMAD FAIZOL BIN ROSELI HAIRUNNISA BINTI IDRIS (K) AMIRUL HAFIZ BIN YUSNI


Penghargaan Alhamdulillah, setinggi – tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains Mara Langkawi kali ke-24 bagi tahun 2023. Tidak dilupakan juga kepada pihak pengurusan, para guru dan staf serta semua warga kerja MRSM Langkawi yang telah mengerah keringat untuk menjayakan majlis hari ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala hasil usaha kita. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, Teruskan melakar kejayaan pada masa hadapan dengan keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selamat bergraduasi buat semua pelajar Tingkatan 5 Jumpa dulang penuh berlian, Rupanya mimpi si awal pagi, Selamat pulang hadirin sekalian, Panjang umur berjumpa lagi.


Click to View FlipBook Version