The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR NIA FARHANA BINTI MOHD RAZALI IPG-Pelajar, 2024-04-21 09:12:30

Buku cerita kanak-kanak (3 SEKAWAN)

3 SEKAWAN

Di sebuah kampung, ada sekawan kanak-kanak berumur 8 tahun. Kampung mereka berada di pesisir pantai. 1


Ali dan Mutu tinggal di kampung itu sejak kecil. Ali berbangsa melayu manakala Mutu berbangsa India. 2


Pada suatu hari, Lee berpindah ke kampung tersebut. Rumah Lee berada di antara rumah Ali dan Mutu. 3


Lee merupakan kanak-kanak berbangsa Cina. Ibu bapa Lee menjemput keluarga Ali dan Mutu ke rumah mereka untuk berkenalan. 4


Sejak hari itu, mereka mula rapat dan menjadi rakan baik. Mereka sering berada di pantai bersama-sama pada waktu petang. Mereka bermain bola pantai dan mengutip sampah sarap yang naik ke darat. 5


Pada suatu petang, selepas mereka mengutip sampah sarap, Lee mengajak Ali dan Mutu untuk bermandi manda di pantai. Tetapi, ombak sangat bergelora pada musim ini. 6


“Kita tidak boleh bermain air pantai. Ombak itu sangat bahaya!” kata Ali . Lee merasakan bahawa Ali dan Mutu hanya memberikan alasan kepadanya. Lalu Lee meninggalkan Ali dan Mutu di pantai. 7


Lee pulang ke rumah dan cuba menghindari diri daripada bertemu dengan rakan-rakannya selama beberapa hari. Ali dan Mutu berasa hairan akan tindakan Lee yang menghindari diri. 8


Ali dan Mutu tetap ke pantai walaupun Lee menolak ajakan mereka. Sewaktu mereka bermain bola pantai berdua, mereka mendengar jeritan. “Tolong! Tolong!” 9


Ali dan Mutu melihat ke arah air pantai dan melihat Lee yang sedang lemas. Ali dan Mutu bergegas memanggil ibu bapa mereka. 10


Ayah Ali berenang untuk menyelamatkan Lee. Lee berjaya diselamatkan. Ibu bapa Lee berterima kasih kepada keluarga Ali dan Mutu kerana telah menyelamatkan anaknya. 11


Selepas beberapa hari setelah kejadian tersebut, Lee menemui Ali dan Mutu untuk meminta maaf atas perbuatannya. Mereka meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala. 12


Terdapat 3 orang kanak-kanak berlainan kaum iaitu Ali, Mutu dan Lee. Ali, Mutu dan Lee mula berkawan rapat setelah Lee berpindah masuk ke kampung tersebUt. Rumah Lee berada di antara rumah Ali dan Mutu. Mereka sering meluangkan waktu petang di pantai untuk bermain bola pantai dan mengutip sampah sarap. Namun, pada suatu hari, Lee merasakan bahawa Ali dan Mutu tidak ingin bermain pantai bersamanya setelah Lee mengajak mereka untuk bermain pantai dengan alasan ombak bergelora. Sewaktu Ali dan Mutu bermain bola pantai seperti hiasa, tiba-tiba mereka terdengar suara yang meminta tolong. Mereka melihat Lee sedang lemas akibat bermain ombak yang besar tersebut. Namun adakah Lee dapat diselamatkan?


Click to View FlipBook Version