Mesyuarat Agung PIBG S K B A N D A R S U N W A Y S E K O L A H A M A N A H M A L A Y S I A KALI KE-28 2024
Penghargaan YDP PIBG 2023 / 2024 Notis Mesyuarat Agung Kata Aluan Guru Besar Latar Belakang Sekolah Organisasi PIBG 2023/ 2024 Biro PIBG 2023 / 2024 Tentatif Program Jawatankuasa Kecil Pengelola MAT Kali Ke 28 Minit Mesyuarat Agung PIBG SKBS Kali Ke 27 Laporan Kewangan PIBG SKBS 2023 / 2024 Usul dan Cadangan Ibu Bapa Catatan Ucapan Penghargaan Ucapan Terima Kasih S K B A N D A R S U NWA Y S E N A R A I M A T 2 0 2 3 / 2 0 2 4 K A N D U N G A N
Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk berkerjasama dengan pihak pentadbiran SK Bandar Sunway dalam usaha memberi pengetahuan kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah sebagai sekolah Amanah Malaysia. Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material atau pun moral diharapkan dapat membantu SKBS merealisasikan matlamat dan harapan ini. Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG khususnya Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 akan sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat dan maklum balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbir sekolah menjalankan tanggungjawab mereka. Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatu- padu yang sedia terjalan dari dulu hingga kini akan terus dikekalkan bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SKBS. Saya juga mendoakan semoga semua guru dan permata SKBS mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi nanti. Sekian, Terima Kasih Yang menjalankan amanah ..……………………………………………… AZMI BIN ABDUL HALIM Yang Di Pertua PIBG SK Bandar Sunway Y D P P I B G 2 0 2 3 / 2 0 2 4 Penghargaan. YDP PIBG SKBS EN. AZMI BIN ABDUL HALIM
Notis Mesyuarat A G U N G P I B G K A L I K E - 2 8
K G U R U B E S A R S K B S ata Aluan. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayah-Nya kita dapat mengadakan mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Sunway kali ke-28. Pada kesempatan ini, saya mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama bermesyuarat pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. Pihak sekolah sentiasa merancang program-program yang bermanfaat bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan permata dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan permata. Namun, semua usaha ini tidak akan mampu kita laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan PIBG. Selain itu, sarana ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Saya juga menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian permata di sekolah ini. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Perlaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. “BS d’hati, BS d’juara” ………………………………………………….. AZAHARI BIN MAT JUSOH Guru Besar SK Bandar Sunway Sekolah Amanah Malaysia GURU BESAR SKBS ENCIK AZAHARI BIN MAT JUSOH
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI Membangunkan potensi individu melalui Pendidikan Berkualiti SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway mula beroperasi pada 1 April 1996. Guru Besar pertamanya ialahEn. Ariffin bin Dunan. Bangunan Sek Keb. Bandar Sunway dibina oleh Sunway Group di bawahperuntukan Kementerian Pendidikan. Ia dibina apabila keperluan terhadap Pendidikan semakinmeninggi dan jumlah murid serta bilangan keluarga semakin bertambah di Kawasan sekitar. Sekolah inididirikan di atas tapak tanah seluas 8.5 ekar yang memuatkan 4 blok bangunan 3 tingkat. Kemudahan lain yang terdapat di Sek. Keb. Bandar Sunway ialah sebuah kantin, sebuah makmal komputer, sebuah bangsal basikal, dua buah gelanggang badminton, padang sekolah dan padang bola sepak yang berkongsi dengan Sek. Men. Keb Bandar Sunway. Latar Belakang. S E K O L A H
Organisasi PIBG 2 0 2 3 / 2 0 2 4 JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : PN. RUSLINA BINTI MOHD YUNUS YDP : EN. AZMI BIN ABDUL HALIM NYDP : EN. MOHD FADZRIL BIN SABRI SETIAUSAHA : PN. HAMIDAH BINTI MOHD JUNID BENDAHARI : PN. SHARIFAH BINTI MAKHTAR JAWATANKUASA IBUBAPA PN. NORHIDAYAH BT AMAT SALLEH PN. ERRYANTY @ RASHIDAH BT YAHYA EN. MOHD SOFIAN BIN MANSOR EN. MOHD FAIEZOL BIN MOHD NOOR PN. HASMIRA BT. MOHD SAMSUDIN JAWATANKUASA GURU PN FATIN NADIAH BINTI AZMI EN HALIM BIN HASIM, PN NURUL NADIRAH BT ABDUL RAZAK EN MOHAMAD FAIZUL BIN MD SALLEH CIK NUR AFIQAH BINTI OSMAN PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. NORLIZA BINTI KASBI EN ZAKARIA BIN MAT ISA Biro-Biro PIBG 2 0 2 3 / 2 0 2 4 BIRO PENDIDIKAN PUAN NOOR AZIZAH BINTI AHMAD PUAN NUR FATIN NADIAH BINTI AZMI BIRO KEBAJIKAN PUAN NORHAFIZAH BINTI AMAT SALLEH CIK NUR AFIQAH BINTI OSMAN BIRO EKONOMI PUAN NORLIZA BINTI KASBE ENCIK ZAKARIA BIN MAT ISA BIRO POTENSI & BAKAT MURID PUAN NURFAZREEN BINTI AHMAD SABRI ENCIK MOHAMAD FAIZUL BIN MD SALEH BIRO 3K ENCIK AMMAR UBAIDULLAH BIN ROZALI ENCIK HALIM BIN HASHIM
Jawatankuasa. K E C I L P E N G E L O L A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G 2 0 2 3 / 2 0 2 4 URUSETIA Suzila binti Hasan PROTOKOL DAN SAMBUTAN VIP & IBU BAPA PENYEDIAAN TEKS UCAPAN JURUACARA MAJLIS Pentadbir YDP PIBG Teks Ucapan GB Noor Asmira binti Mohd Aseri Teks Ucapan YDP Noraikhal binti Idris Zakaria bin Mat Isa Mohammad Yunus bin Razali Nor Amanu binti Yunus PERSIAPAN DEWAN , KHEMAH & MEJA MAKANAN PERHIASAN PENTAS SIARAYA & PA SISTEM Muhammad Syafizie b Md Amin Balachandran a/l Kandasamy Thangavelu a/l M. Balan Ammar Ubaidullah b Rozali (AJK PIBG) Mohamad Fazil b Mohamad Sabri (AJK PIBG) Amnah binti Sodikin Jacyln Ding Julaila binti Mohd Resdi Muhammad Aliff Iman bin Kamal Muhammad Mukhlis b Samsudin BACAAN DOA JAMUAN VIP & PERSEDIAAN TEMPAT JAMUAN JAMUAN MURID PERSEMBAHAN & GURU Mohd Azmi b Che Abdul Hamid Juliana binti Shafie Fathiah bt Talib Nurfazreen bt Ahmad Sabri (AJK PIBG) Noor Azizah bt Ahmad (AJK PIBG) Nur Izzati binti Nazmi Rohaida binti Razali Norliza binti Kasbe ( AJK PIBG) Zahratun binti Hasan Sylvia Anak Nyuseng Yuvanesvari A/P S Ashokan Nurul Nadhirah binti Abdul Razak
PENDAFTARAN/KEHADIRAN SIJIL PENGHARGAAN AJK PIBG BANNER, POSTER & BUNTING Nurul Waheeda bt Mohd Nouzor Kumari Nirmal a/p Jagiri Ram Wan Ezmin Izzati bt Wan Azhar Nur Fatin Nadiah bt Azmi Zayati bt Mohd Nurhani Mardiah bt Mohd Nur Ayunie bt Mohd Noh Nur Mohamad Faiz b Ibrahim BUKU PROGRAM BUKU LAPORAN USUL & MINIT MESYUARAT Nur Afiqah binti Osman Adillin Aqilah binti Ruzi Suzila binti Hasan FOTOGRAFI & DOKUMENTASI PENCATAT & MINIT MESYUARAT DANA & SUMBANGAN Shahirah Izzati binti Shaik Osman Sathi Eswari a/p Arumugam Nur Wahidah Az Zahra bt Mohd Syukri Jacyln Ding Nur Ayunie bt Mohd Noh Rosnani bt Ismail Azmi b Abdul Halim (YDP PIBG) Norhidayah bt Amat Salleh (AJK PIBG) JURUKIRA UNDI / PENCATAT PAPAN PUTIH PERSEMBAHAN MURID PERSEMBAHAN MONTAJ Jeeva Jothy a/p Murugaya Nor Hisham b Muhammad Muhammad Khairulamin b Zairazi Mohamad Fazil b Mohamad Sabri Ili Adriana bt Abdul Aziz Sharifah Husna bt Syed Ismail Nurul Hanis Afiqah bt Zamri Nadhirah bt Awang Sharifah Syami Nazihah bt Syed Mohd Amin Mohamad Faizul b Md Saleh Nur Amiza bt Azmi KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DAN TRAFIK Halim bin Hashim Mohammad Yunus bin Razali GIMIK Nur Aien binti Abu Hassan Afifah Farah Syamira bt Abu Hassan Jawatankuasa. K E C I L P E N G E L O L A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G 2 0 2 3 / 2 0 2 4
Tentatif. P R O G R A M 8.30 pagi Pendaftaran/Kehadiran Guru dan Ibu Bapa Ucapan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor Bacaan Doa Persembahan 1 Ucapan Aluan En.Azmi bin Abdul Halim (Yang Dipertua PIBG SK Bandar Sunway) Ucapan Perasmian En.Azahari bin Mat Jusoh (Guru Besar SK Bandar Sunway) Gimik Perasmian Penyampaian sijil AJK PIBG Persembahan 2 Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-27 Perkara-Perkara Berbangkit Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Tayangan Montaj Pelantikan Pengerusi Sementara Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 Pembentangan dan Perbahasan Usul Baharu Ucapan Penangguhan (Yang Dipertua PIBG 2024 / 2025 SK Bandar Sunway) Cabutan Bertuah 12.00 tghari Bersurai MASA PENGISIAN / SLOT
Minit Mesyuarat. P I B G K A L I K E - 2 7 TARIKH : 13 MEI 2023 (SABTU) MASA : 0830 PAGI TEMPAT : DEWAN HARMONI PENASIHAT : PUAN RUSLINA BINTI MOHD YUNUS AGENDA : Pendaftaran/Kehadiran Ibu bapa dan guru Ucapan Pengerusi Majlis Nyanyian Negaraku dan Negeri Selangor Bacaan doa Persembahan 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Bandar Sunway Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Bandar Sunway Ucapan Perasmian Dato’ Abd Wahab bin Harun DIMP, DPT, PSPP, KMN, PPP, PJPN, Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat, Malaysia Corrution Watch (WCW) Gimik Perasmian Penyampaian sijil AJK PIBG dan cenderahati perasmi Persembahan 2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung Kali Ke-26 Perkara-perkara berbangkit Pembentangan dan pengesahan Laporan kewangan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Melantik pengerusi sementara Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Persembahan dan perbahasan usul baharu Ucapan penangguhan Bersurai KEHADIRAN :- 116 ORANG 1. Pendaftaran dan kehadiran guru dan ibu bapa. 2. Tayangan persembahan montaj 3. Ucapan Pengerusi Majlis 4. Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor 5. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azmi bin Che Hamid 6. Persembahan 1 1.0 Ucapan Aluan En. Mohd Nazmie bin Nazri, Yang Dipertua PIBG 1.1 Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para ibu bapa,penjaga dan guru yang dapat hadir ke majlis hari ini. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan guruguru menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang dirancang dan mengadakan jamuan raya. 1.1 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Sesi 2022/2023, ibu bapa dan jawatankuasa kerja yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.
2.0 Ucapan Aluan Pn Ruslina binti Mohd Yunus, Guru Besar SKBS Guru Besar mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dapat melaksanakanMesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 secara bersemuka kerana penting bagi meningkatkan kualiti dan prestasi murid. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 2.1 Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa atas komitmen dan kehadiran hari ini untuk berbincang dan bermesyuarat secara bersemuka. 2.2 Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa murid dipanggil sebagai permata di sekolah ini. 2.3 Beliau memaklumkan bahawa Sekolah Amanah sentiasa memfokuskan kepada semua iaitu pentadbir, guru, murid dan juga ibu bapa. 2.4 Beliau turut mengucapkan Tahniah kepada semua atas segala usaha dan sekolah telah mendapat sijil tamat tempoh matang bagi sekolah amanah. 2.5 Beliau juga mengucapkan rasa bertuah kerana ditempatkan di sekolah ini. 2.6 Seterusnya beliau memaklumkan bahawa Sekolah Amanah amat mementingkan kualiti dan mendidik murid-murid supaya murid menguasai 3M. 2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa budaya sekolah Amanah masih tetap diteruskan walaupun sudah mendapat sijil tamat tempoh matang. 2.8 Keberhasilan secara holistik amat dipertimbangkan dalam membangunkan permata berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. 2.9 Tajaan Yayasan Amir untuk sekolah tahun ini tidak sampai 50 peratus. 2.10 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah ini mempunyai 500 keluarga, namun seramai 150 keluarga tidak menyempurnakan sumbangan walaupun hanya sebanyak RM 50 sahaja satu keluarga. 2.11 Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah berusaha mencari dana untuk keberhasilan anak-anak. Pihak sekolahtelah melaksanakan pelbagai program untuk kecemerlangan permata. 2.12 Beliau juga memaklumkan bahawa bangunan sekolah sudah lama, jadi terdapat banyak kerosakan. Antaranya air dari loji kumbahan melimpah. Kerosakan loji kumbahan ini dibimbangi akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan murid-murid. Kerosakan ini telah pun dibuat aduan ke pihak unit kerosakan di Pejabat Pendidikan Daerah. 2.13 Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa pelbagai arahan telah dikeluarkan kepada anak-anak supaya tidak bermain dengan air tersebut kerana dikhuatari timbul masalah lain iaitu gangguan kesihatan, 2.14 Beliau amat mengalu-alukan jika ramai ibu bapa sudi menyumbang, untuk menyelenggara kerosakan yang berlaku di sekolah kerana peruntukan kerajaan hanya kepada sekolah yang benar-benar daif. 2.15 Beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM7 hingga RM 8 ribu telah digunakan untuk penyelenggaraan tandas. 2.16 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membaiki dan menyelenggara tandas setiap tahun. 2.17 Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa banyak pintu tandas telah tertanggal atas sebab anai-anai dan juga vandalisme. 2.18 Selain itu, beliau memaklumkan bahawa terdapat juga kelas-kelas yang mempunyai lantai yang berlubang dan sudah ditampal rapi namun berlubang balik.
2.19 Beliau memaklumkan bahawa kebanyakan meja dan kerusi guru reput. 2.20 Selaku Guru Besar, beliau bersyukur kerana Dato Abd. Wahab bin Harun sudi memberi sumbangan 30 buah kerusi guru kepada guru-guru. 2.21 Beliau juga memaklumkan bahawa melalui sumbangan satu keluarga satu kerusi . Pihak sekolah telah mendapat sebanyak 75 buah kerusi. 2.22 Beliau juga menyeru agar lebih ramai ibu bapa memberi sumbangan kepada pihak sekolah. 2.23 Beliau seterusnya, memaklumkan bahawa semasa musim cuaca panas ini duit PIBG telah digunakan untuk membeli botol air dan air mineral untuk murid-murid. 2.24 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua atas menjayakan mesyuarat agung kali ini. 2.25 Akhir ucapannya, beliau memohon maaf atas silap salah beliau selama ini dan memaklumkan akan bersara dalam tiga bulan lagi. 3.0 UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abd Wahab bin Harun DIMP, DPT, PSPP, KMN, PPP, PJPN, Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat, Malaysia Corruption Watch (WCW) 3.1 Yang Berbahagia Dato’ Abd Wahab bin Harun melafazkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa dan guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 pada hari ini. 3.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis yang menangani isu keselamatan di sekolah ini. 3.3 Seterusnya, beliau menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa dan komitmen yang terjalin dengan guru-guru dan sekolah sangat dihargai. 3.4 Beliau juga menjelaskan kepada mesyuarat bahawa PIBG merupakan badan yang penting bagi menangani segala isu dan masalah bersamasama dengan memberi idea dan komitmen. 3.5. Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa boleh memberi teguran yang membina supaya murid terus maju kerana mereka merupakan asset kepada negara. 3.6 Beliau berasa sangat gembira atas jemputan beliau ke sekolah ini. 3.7 Beliau memaklumkan bahawa beliau merupakan pesara kerajaan yang sudah 8 bersara. 3.8 Beliau meminta agar anggota polis dapat membuat rondaan untuk memberi semangat kepada anak-anak. 3.9 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi jasa dan bakti kerana bersusah payah mendidik anak-anak. 3.10 Seterusnya, beliau memahami ibu bapa berasa sukar untuk menjaga 5 orang anak di rumah, tetapi guru menjaga lebih daripada 500 murid di waktu yang sama. 3.11 Beliau juga mengharapkan guru-guru menjadi ibu bapa sementara di sekolah. 3.12 Beliau juga menjelaskan bahawa sumbangan PIBG merupakan sedekah sebanyak RM 50 digantikan secara berganda-ganda jika kita memberi sumbangan kepada sekolah. 3.13 Seterusnya, beliau dengan rela hati menyumbang sebanyak 30 buah kerusi kepada guru-guru dan dijangka sampai 22 Mei 2023. 3.14 Beliau memaklumkan bahawa beliau telah menyumbang kepada SK Subang Jaya dalam memperbaiki padang sekolah yang berlubang.
3.15 Beliau juga dengan murah hati memberi tajaan dua pakej percutian ke Port Dickson, 2 buah kipas, 10 buah hamper sebagai cabutan bertuah. 3.16 Yang Berbahagia Dato’ Abd Wahab bin Harun merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 SK Bandar Sunway. 4.0 GIMIK PERASMIAN 5.0 CABUTAN BERTUAH 1 6.0 PENYAMPAIAN SIJIL AJK PIBG & CENDERAHATI PERASMI 7.0 PERSEMBAHAN 2 8.0 CABUTAN BERTUAH 9.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-26 9.1 Pn. Hamidah Binti Mohd Junid, setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung ke-26 (Seperti dalam Buku Program) 9.2 Pembetulan : Tiada 9.3 Dicadang oleh : Pn Laili Binti Kamarudin 9.4 Disokong oleh : Pn Suraya binti Muhammad Nasir 10.0 PERKARA BERBANGKIT 10.1 Tiada perkara berbangkit 11.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN 11.1 Pn. Sharifah Binti Makhtar selaku Bendahari Agung Kehormat membentangkan laporan kewangan 2022-2023. (Rujuk buku program) 11.2 Penyata telah disemak dan diaudit secara dalaman oleh Pn. Norliza Binti Kasbe selaku juru audit 1 dan En. Halim Bin Hisham selaku juru audit 2. 11.3 Pn. Ruslina menyatakan RM 2058 telah dipinjam untuk perbelanjaan kunci locker pada bulan Feb dan telah dikembalikan balik pada April. 11.4 Pengesahan laporan kewangan PIBG 2022-2023 dicadang dan disokong. Dicadang oleh : Pn Norazila bin Mat Besa Disokong oleh : Pn. Norazizah binti Ahmad 12.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 En. Muhd Nazmie bin Nazri YDP membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 13.0 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA 13.1 En. Abd Rahman Mat Ali mencadangkan Pn. Ruslina binti Mohd Yunus, Guru Besar sebagai pengerusi sementara. 13.2 Pn. Ida Wong Yee Wen menyokong cadangan tersebut.
14.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 14.1 Yang Dipertua PIBG (YDP) - Pn Suraya Binti Muhammad Nasir mencadangkan En. En Azmi bin Abdul Halim sebagai calon YDP. - Pn Lalili Binti Kamaruddin mencadangkan cadangan ditutup. - Pn Hamidah mencadangkan Mohd Fadzril sebagai calon Yang Dipertua PIBG. - En Rahman Bin Mat Ali mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Hasmira binti Mohd Samsudin. - En. Azmi Bin Abdul Halim mendapat undian tertinggi dan rasmi sebagai Yang Dipertua PIBG. 14.2 Naib Yang Dipertua PIBG (NYDP) - Mohd Fadzril Bin Sabri mendapat undian tertinggi kedua dan dipersetujui secara rasmi sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. 14.3 Setiausaha - Pihak sekolah melantik Puan Hamidah binti Mohd Junid sebagai setiausaha PIBG. 14.4 Bendahari - Pihak sekolah melantik Pn Syarifah binti Makhtar selaku bendahari PIBG. 14.5 AJK Ibu Bapa - Pihak sekolah menyatakan bahawa En. Amar, En Hafizam, Pn Norazizah dan Nurhidayah selaku AJK Ibu Bapa. - Pn Hasmira mencadangkan Pn Norhafizah sebagai AJK Ibu bapa. - Pn Norhafizah mencadangkan Norfazilin sebagai AJK Ibu bapa. - Pn Suraya Binti Mohammad Nasir mencadangkan cadangan ditutup. - Pn Norliza bt Kasbe menyokong cadangan tersebut. 14.6 AJK Guru - Pihak sekolah menyatakan bahawa Pn Fatin Nadiah binti Azmi, En Halim Bin Hasim, Pn Nurul Nadirah Binti Abdul Razak, En Mohamad Faizul Bin Md Salleh, Cik Nur Afiqah binti Osman sebagai AJK guru. 14.7 Pemeriksa Kira-Kira - Pihak sekolah mencadangkan Pn Norliza binti Kasbi dan En Zakaria Bin Mat Isa sebagai pemeriksa kira-kira PIBG 2023/2024. - Pn. Asmidar mencadangkan cadangan ditutup. 14.8 Berikut merupakan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 :- JAWATANKUASA PIBG PENASIHAT : PN. RUSLINA BINTI MOHD YUNUS YDP : EN. AZMI BIN ABDUL HALIM NYDP : EN. MOHD FADZRIL BIN SABRI SETIAUSAHA : PN. HAMIDAH BINTI MOHD JUNID BENDAHARI : PN. SHARIFAH BINTI MAKHTAR JAWATANKUASA IBUBAPA PN. NORHIDAYAH BT AMAT SALLEH PN. ERRYANTY @ RASHIDAH BT YAHYA EN. MOHD SOFIAN BIN MANSOR EN. MOHD FAIEZOL BIN MOHD NOOR PN. HASMIRA BT. MOHD SAMSUDIN JAWATANKUASA GURU PN FATIN NADIAH BINTI AZMI EN HALIM BIN HASIM, PN NURUL NADIRAH BINTI ABDUL RAZAK EN MOHAMAD FAIZUL BIN MD SALLEH CIK NUR AFIQAH BINTI OSMAN PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. NORLIZA BINTI KASBI EN ZAKARIA BIN MAT ISA
15.0 USUL DAN CADANGAN 15.1 Usul 1 : Normah binti Yahya “Masalah baju Pendidikan Jasmani yang kehabisan stok dan tiada saiz” Jawapan : Sudah dimaklumkan kepada pengusaha kedai buku. Pengusaha kedai buku akan memaklumkan jika stok sampai. Ibu bapa akan menerima makluman dari kedai buku. 15.2 Usul 2 : Zailan bin Jemat “Pengurangan Yuran PIBG” Jawapan : Yuran RM 50 sudah cukup rendah.Boleh dibayar secara ansuransuran. Pn Suraya Binti Mohammad Nasir mencadangkan yuran PIBG dikekalkan sebanyak RM 50 dan disokong sebulat suara. 15.3 Usul 3 : Norlinda Binti Rosli “Diharap pihak sekolah dan PPD dapat naik taraf kantin sekolah agar nampak menarik dan dapat mempertingkatkan kebersihan kantin. Diharapkan juga pihak kantin dapat menyediakan Makanan - makanan yanglebih sihat untuk anak-anak sekolah” Jawapan : Pihak Sekolah telah berbincang dengan pihak pengusaha kantin. Mereka telah berjanji untuk menjaga keceriaan kantin dan kualiti makanan yang disediakan. Pihak sekolah sedang memeriksa selalu. AJK kantin akan membuat pemantauan. 15.4 Usul 4 : Hafidzam Bin Abdul Rahman “Meningkatkan Pembelajaran Agama Islam dan Pendidikan Jasmani” Jawapan: Pihak sekolah merancang program peningkatan pembelajaran agama seperti kem solat Bestari, khatam dan sebagainya. Pendidikan Jasmani diadakan 2 kali seminggu dan sewaktu koko murid juga adalah aktiviti sukan dan permainan. Musim cuaca panas murid akan belajar secara teori dan tidak dibenarkan ke padang. Surat Siaran dari KPM telah dikeluarkan. 15.5 Usul 5 : Pn Laili Binti Kamarrudin “Memastikan murid balik pada waktu yang ditetapkan” Jawapan: Pihak sekolah telah mengingatkan guru-guru untuk melepaskan murid keluar pada waktu yang ditetapkan supaya tidak ketinggalan van. 16.0 CABUTAN BERTUAH 17.0 HAL-HAL LAIN 17.1. Guru Besar memohon berkerjasama ibu bapa untuk memastikan kehadiran permata ke sekolah. 17.2 Puan Hamidah binti Mohd Junid mencadangkan pihak PIBG SKBS dapat menjayakan Hari Kantin, Bacathon, Karnival, Hari Keusahawan dan pelbagai aktiviti untuk menambah dana PIBG dalam usaha memastikan keberhasilan permata SK Bandar Sunway. Cadangan di atas dipersetujui sebulat suara. 18.0 PENUTUP 18.1 Pengerusi berharap agar semua guru saling bekerjasama untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah 18.2 Pn Norhafizah mencadangkan mesyuarat ditangguhkan dan disokong oleh Encik Azmi. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. 18.3 Tarikh mesyuarat akan datang ditentukan kemudian. Disediakan oleh : (HAMIDAH BINTI MOHD JUNID) Setiausaha PIBG SK Bandar Sunway 22.05.2023
Laporan. K E W A N G A N
Usul & Cadangan. FARIDATUL HUSNA BINTI OTHMAN NORZAINI BTE ISMAIL Salsabiela Aaira (1E) “Kurangkan jualan makanan ringan di kantin” Cadangan : Jualan desert OK 01 03 FARIDAH BINTI YEOP SITI FARIZA BINTI RUMLI 02 04 2 0 2 3 / 2 0 2 4 Farisah misyah (6B) “Penambahan kipas” Cadangan : Tiada Nursyuhaida Elvira (3G) “Menambah kipas di sekolah Kerna anak2 mengadu kelas panas” Cadangan : Mengenai buku2 yg di beli setiap tahun permintaan guru2 selalu tidak sama dengan no buku setiap tahun banyak buku2 yg tidak terpakai seperti buku no 5 dan1 dan 8, mejoriti guru2 nak buku no7. Nurfathiya Aulia Nisa (3E) “Baju sukan sentiasa tiada stok setiap tahun bermula dari awal sesi persekolahan setiap tahun” “Penyediaan makanan dikantin sekolah tidak relevan dan perlu di pertimbangkan semula ” Cadangan : 1. Mohon pihak sekolah yang menguruskan tempahan baju sukan mengikut kapasiti keperluan murid setiap tahun. 2. Sekolah boleh memantau menu makanan yang disediakan kepada kanak² dan memberi cadangan menu yang bersesuaian.
PUAN TAS & ENCIK NICHOLAS NORLINDA BINTI ROSLI Arabella Racheal (1B) “Waktu rehat tambah dari 20 minit ke 30 minit” Cadangan : Masa rehat Pelajar di panjangkan 05 07 06 HAFIDZAM Muhammad Adam Zuhair (2G) “Pakaian rasmi sukan murid - baju sukan murid sukar diperolehi kerana ketiadaan stok jualan. Masalah berlanjutan menyebabkan murid terutama di tahap 1 tidak mempunyai baju sukan untuk dipakai terutama semasa kepeluan pemakaian baju sukan pada hari pendidikan jasmani serta kekangan cuaca panas.” Cadangan : Meningkatkan kuantiti jualan baju sukan dgn penjualan dilakukan sepanjang masa di kedai buku sekolah bagi memudahkan urusan pembelian oleh ibu bapa. Muhammad Farhan (4I) “Kesukaran mendapatkan buku2 yang di perlukan dan baju aktiviti atau sukan di kedai koperasi sekolah” Cadangan : Menambah buku2 yang di perlukan atau baju yang di khaskan khusus untuk sekolah skbs mengikut jumlah murid agar senang ibu bapa membeli dan tidak perlu pergi ke luar kawasan untuk mendapatkannya RAMIZAM BIN RAMLEE Muhammad Riyadh Rayyan (1B) “Tukar meja kerusi kayu kepada brangan plastik” Cadangan : Membuat kutipan duit 08 ZULAIKHA BINTI MAT NOR Nur Zara Alisha (4G) “Isu Baju PJ Dan Baju Sukan Murid Murid” Cadangan : Mohon Selaraskan Baju PJ Dan Sukan mencukupi pada murid murid dan saiz yang besar bagi kanak kanak perempuan ada, dan diedar sebelum sesi persekolahan bermula. 10 NORASHIKIN BINTI MUHAMED LUDIN Nur Dania Marissa (2I) “Perbanyakkan sesi membaca dan mengirat” Cadangan : Tiada 09
NURUL ASYIKIN REYNALDA NUR NABILLA BT ABDUL RAHIM Ammar Syazwan (3B) “Masa tak cukup untuk solat zohor” Cadangan : Bagi masa panjang sikit untuk makan & solat zohor 11 13 SITI MAHIRAH BT MOHD SOFIAN 12 Muhammad Aathif Raid (1E) “Diminta cikgu2 inform dalam group kelas kerja2 sekolah yang perlu dibuat.” Cadangan : Tiada Wan Humaira Aleesa (1B) “Adakan gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas.” Cadangan : Membalut meja murid agar dapat mengelak kekotoran pada baju. JULIZA BINTI IDRIS Alyssa (3I) “ Waktu blk sekolah cikgu jgn tahan anak2 keluar lewat ,kesian yg naik bas kadang2 kena marah dgn van sekolah kerana van menunggu lama...” Cadangan : boleh denda tapi,sebelum waktu blk sahaja 14 SUHANA BINTI HASSAN muhammad ziyad izzudin (3E) “turunkan harga makanan dekat kantin sekolah” Cadangan : harap sangat turunkan harga makanan dekat kantin sekolah 16 ASHRUL Haider (6E) “Minta cikgu2 waktu blk sekolah jgn tahan anak2 keluar lewat ,kesian anak2 yg naik van sekolah kena bising dgn van sekolah sbb menunggu lama ,anak2 pun stress” Cadangan : klu boleh denda la anak waktu lain ,atau denda anak2 yg cara lain 15
Catatan.