Seni Ragam Hias Alat Domestik
Definisi alat domestik
Barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian
Biasanya berkaitan dengan keperluan harian terutamanya di rumah
Contoh alat seperti rehal, kukuran, acuan putu, jebak puyuh, bakul dan nyiru merupakan alat domestik tradisional
yang mempunyai seni ragam hias tertentu.
REHAL
Sejenis papan bersilang yang direka untuk
meletakkan Al-Quran. Ia mempunyai ukiran
dan seni ragam hias dengan motif tertentu.
Seni ragam hias yang biasa digunakan ialah
motif flora, geometri dan kaligrafi.
KUKURAN
Sejenis alat yang mempunyai mata bergerigi.
Kegunaannya untuk mengukur, mengeruk dan
mengikis isi kelapa. Seni ragam hias alat ini
ada pada bahagian badan yang bermotifkan
flora dan fauna serta awan larat. Bentuk
ukiran ini berbeza antara satu tempat
dengan tempat yang lain.
ACUAN PUTU
Alat untuk membuat kuih putu kacang. Seni
ragam hias yang biasa digunakan ialah motif
bunga atau daun. Kepelbagaian seni ragam
pada dasar acuan akan menghasilkan
pelbagai bentuk kuih putu.
JEBAK PUYUH
Alat yang digunakan untuk memerangkap burung
puyuh. Alat ini mempunyai pelbagai seni ragam
hias. Contoh, alat ini dihiasi dengan motif flora
yang membentuk sulur bayung di atas gunung dan
lingkaran yang kompleks. Motif gunungan
menggunakan teknik tebuk tembus bersilat
LESUNG BATU
Lesung yang diperbuat daripada batu
yang sering digunakan pada suatu masa
dahulu bagi menumbuk ramuan untuk
memasak. Satu kemestian bagi setiap
rumah untuk memilikinya, sering kali
digunakan bagi menumbuk antara lain,
sambal belacan. Dianggap sebagai
peralatan dapur yang asas selain pisau,
periuk dan sebagainya.
TUDUNG SAJI
Merupakan hasil kraftangan masyarakat
melayu yang kebiasaannya dihasilkan
daripada daun mengkuang, pandan, rotan
atau buluh. Terdapat juga tudung saji
daripada mengkuang yang disalutdengan
kain baldu. Tudung saji digunakan untuk
menutup hidangan daripada dihinggapi
lalat atau terkena habuk dan kotoran lain.
BATU GILING
Satu alat yang digunakan bagi penyediaan bahan memasak.
Merupakan satu alatan penting pada masa dahulu dan digunakan bagi menghancurkan
rempah ratus yang akan digunakan bagi memasak. Terdiri daripada
dua bahagian, iaitu batu hampar dan batu penggiling (anak)
CEREK TEMBAGA
Digunakan untuk mengisi air dan juga memasak air.
Bahagian-bahagian cerek tembaga ialah tudung,
tangkai, muncung, badan dan tapak. Ada cerek yang
dibentuk untuk kegunaan membasuh tangan. Cerek
basuh tangan ini mempunyai bekas tadahan air
seperti ketur iaitu bertepi bulat rata dengan
bahagian mulutnya sama dengan tapak cerek.
ALAKTEAPDLEAORTMLDUEAOMNSTEYSIATKNIKGTTRDRIAGAUDDNIIASSIKOIAONNANBLAAMLGEIRMUEPMAUKDAANHBKAARNAUNRGUASNAN
MERSEUHPAARKIAANN. PBRAODRUAK NINGIAMNEMKPEUPNYEARILNUILAANI EYSATENTGIKA YANG
DIGUNTIANGKGAINDABNAKGINIIMDEIJMADUIDKAANHSKEABANGUARI BUASRAANNG HIASAN
SEHARIAN. PRODUK INI MEMPUNYAI NILAI
ESTETIKA YANG TINGGI DAN KINI
DIJADIKAN SEBAGAI BARANG HIASAN