NURYN BATISYEA BINTI
MOHD SHAHRIL
2 AL BIRUNI
MRSM TRANSKRIAN
▪ Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda
dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya
dengan cara berdikari. Buktinya, Laiman yang
berkelulusan ijazah kejuruteraanenggan bekerja makan
gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan
mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman
turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian
di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia
berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat
pengiktirafan daripada pihak kerajaan
PERSOALAN 1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan
terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan
keputusan untuk bekerja sendiri
2. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan
wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di university
3. Semangat setia kawan
Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada
Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk
menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan
daripada keluarganya sendiri
4. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan
memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri
Laiman pelajar dari Sabah seakan akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk menjalani latihan
industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak.
Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya di dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia
berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika
dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan
memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi
Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti
hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta
terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah
menjadi jutawan baharu. Dalam bidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sebagai contoh untuk diteladani.
Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup.
Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan
pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup
jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua
perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.
Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya berpuas
hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman
terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiamn
tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual
dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan
menjawab,seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman
membiarkan persolan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki yang dibaiki
oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan
sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku
rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam
kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah
punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana tiada ketika
kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan
dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut
kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya
kejadian itu boleh terjadi, Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin
disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya
bersama Soniah seminggu lalu.
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka
berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pembelajaran dalam
jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan
Soniah kerana risiko untuk menjalankan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan
lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dam menjadi seorang jurutera merupakan impiannya.
Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap
kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di university. Sewaktu Laiman dan Soniah
sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhati gerak-geri mereka.
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya
bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin menyahut seruan kerajaan supaya siswazah
berdikari dan tidak bergantung pada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin
berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air
tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar
juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman
kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak
terbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi
Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassam kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti,
tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan
kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana
cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung
supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang
dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam
usahanya itu.
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk
dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk
dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan
sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya
mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk
meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda
kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan
tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air
tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat yang lebih sesuai. Namun Laiman
dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah
mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk
kampung. Pak Kiassam menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahok berkaitan projek
ternakan ikan air tawar di tanah paya yang berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia
meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja
sebagaimana siswazah lain.
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang
menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahok pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada
Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil
jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu
bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula
dikorek dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada
masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan
pelajarannya di universiti.
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang
dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk
mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan.
Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung
yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja
dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah
payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang
menganggur.
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak
menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail yang menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman
dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan
cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam
orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih,
meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan
mereka.
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam
ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana
mengizinkannya mengusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sahok. Kini Laiman dan Milan telah
muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat
memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanam, ternakan dan perniagaan mereka.
Laiman merenung kembali suah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-
sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin
berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak,
pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia
menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di
syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada
Soniah.