2019)
ADAB DAN ETIKA
DEFINISI ADAB
1. merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (Kamus Pelajar)
2. tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus,
kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa
dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia. (Kamus
Dewan edisi ke-3 dan edisi ke-4)
3. Sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samaada dari sudut perkataan atau
perbuatan. (Faisal Ahmad Shah dan Nor Saleha Mohd salleh).
4. Adab merupakan akhlak. (Masnizah Mohd, 2005)
DEFINISI ETIKA
1. Ilmu berkaitan prinsip-prinsip atau moral, prinsip moral ( atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan, pekerjaan
dan lain-lain ( kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4)
2. Kajian yang bersifat falsafah terhadap moral (Gluck ,1986)
3. Menurut Sidi Gazalba, etika ialah teori mengenai tingklah laku manusia yang dipandang
dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal( Masnizah Mohd,
2005)
4. Perkataan etika berasas daripada bahasa Ing
membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap membawa maksud
nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan.
44
2019)
KARAKTER GURU
Konsep pembinaan karakter guru adalah merujuk kepada sudut pengetahuan yang perlu ada
pada diri seseorang guru dibawah skop nilai profesional, dasar dan perundangan pendidikan.
Berikut adalah skop yang perlu ada bagi membentuk karakter guru.
Nilai Profesionalisme
Skop nilai profesionalisme menumpukan kepada etika keguruan dan undang-undang yang
mengawal perlakuan sesorang guru kerajaan. Warga profesion keguruan perlu jelas tentang
dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan . Peraturan peraturan pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)1993 yang menetapkan tingkah laku guru sebagai penjawat awam juga
perlu dipatuhi dan sama sekali tidak boleh diingkari. Antara nilai profesionalisme yang perlu
dipatuhi adalah:-
Memahami tugas sebagai guru.
Memahami tugas sebagai penjawat awam.
Menepati masa memasuki kelas.
Bersedia mengikut kursus yang dianjurkan bagi meningkatkan profesionalisme.
Berpakaian kemas dan bersopan santun setiap masa.
Tidak pilih kasih terhadap murid.
Mengajar mata pelajaran mengikut opsyen.
Memberi komitmen terhadap sebarang tugas.
Mengikut pekeliling yang baharu.
Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan untuk penjawat awam.
Berkongsi maklumat dengan rakan sejawat.
Menggunakan pelbagai teknik pengajaran mengikut kebolehan murid.
45
2019)
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian dan maklum balas. Menurut Shahabuddin, Rhizani dan Mohd. Zahid(2003), pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran tertentu.
Pembelajaran pula merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Ia
merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkahlaku mereka supaya
berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran bagi
kemajuan diri sendiri khususnya dan negara amnya. Karakter guru yang berkesan mestilah
menyediakan dan melaksanakan perkara-perkara yang berikut: -
Menyediakan rancangan pengajaran harian.
Menyediakan rancangan pengajaran tahunan.
Bersedia menyampaikan isi pengajaran.
Menyampaikan sesi pengajaran menggunakan idea baru.
Bersedia untuk dicerap semasa pdp.
Mengamalkan pendekatan pengajaran yang berbeza mengikut topik.
Memeriksa buku latihan sebaik diserahkan oleh murid.
Menggunakan BBM dalam semua sesi pdp.
Mengamalkan ketepatan masa dalam semua aras pdp.
Sentiasa mentelaah pekeliling yang berkaitan dengan pdp.
Konsep pendidikan
Profesion perguruan merupakan profesion yang memerlukan kegigihan dan minat yang
mendalam kepada mereka yang ingin terlibat sama. Seseorang guru perlu memahami kriteria
untuk menjadi seoarng guru yang berdedikasi dan juga berpegang kepada beberapa aspek
penting bagi menjamin profesion ini sentiasa disegani. Antara aspek-aspek penting adalah: -
Sentiasa menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara.
Menceburi profesion keguruan atas kemahuan sendiri.
Dapat menjelaskan kod etika profesion keguruan dengan baik.
Jelas dengan profesion keguruan.
46
2019)
Mempunyai kefahaman yang jelas tentang Rancangan Malaysia dalam bidang
pendidikan.
Memahami PIPP dengan jelas.
Kemampuan menggunakan ICT yang baik.
Bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam profesion.
Menguasai dengan baik teori pembelajaran.
Membaca pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.
Kajian bilik darjah
Suatu cara untuk guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah adalah dengan penggunaan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan suatu
aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperrbaiki amalan
pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses tindakan dan refleksi. Ia
melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta penilaian terhadap tindakan dan
kesannya ke atas pelajar dalam meningkatkan lagi kualiti pdp khasnya dan mutu pendidikan di
sekolah amnya. Berikut adalah garis panduan dalam memahami kajian bilik darjah.
Membuat analisis pencapaian pelajar selepas sesuatu ujian dijalankan.
Hasil dapatan analisis pencapaian pelajar asas dalam membuat tindakan susulan.
Sentiasa prihatin terhadap pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran.
Sentiasa mengisi buku laporan pelajar.
Melakukan penambahbaikan berdasarkan analisis prestasi murid.
Berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar yang bermasalah.
47
2019)
Perundangan
Dasar dan perundangan pendidikan merupakan suatu bidang yang luas dan sentiasa
berkembang. Namun, seorang guru perlu mengetahui perkara-perkara asas yang berkaitan
dengan dasar dan perundangan pendidikan. Berikut adalah perkara-perkara berdasarkan
perundangan yang perlu menjadi amalan untuk menjadi guru yang berkesan.
Membaca setiap pekeliling perkhidmatan.
Membaca akta yang berkaitan pelajaran.
Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Menyemak hak-hak sebagai penjawat awam.
Mempunyai pergaulan yang baik dan sihat antara guru dan pelajar.
Mengamalkan dasar pelajaran dalam menjalankan tugas.
Mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Tidak melakukan perbuatan jenayah dan salah laku.
48
2019)
PERATURAN BILIK SAINS
Kesilapan:
1.
2.
49
2019)
50
2019)
51
2019)
52
2019)
53
2019)
PERALATAN SAINS
Alat Lakaran Nama & Alat Radas Lakaran Nama &
Radas Kegunaannya Kegunaannya
Tabung Didih Silinder Penyukat
Untuk mengisi dan Untuk menyukat
memanaskan bahan isipada cecair
kimia
Kelalang kon
Tabung Uji
Untuk mengisikan
Untuk mengisi bahan cecair/bahan kimia
kimia dalam kuantiti pepejal dalam kuantiti
kecil yang besar
Penunu Bunsen Kelalang Dasar Bulat
Untuk mengisi bahan kimia
Untuk membekalkan yang digunakan dalam
api bagi pemanasan penyediaan gas yang mana
proses tersebut
Bikar memerlukan pemanasan
Untuk mengisi bahan Kelalang Dasar Leper
kimia dan cecair Untuk mengisi bahan kimia
yang digunakan dalam
Tunku kaki Tiga penyediaan gas yang mana
proses tersebut tidak
Untuk menyokong memerlukan pemanasan
radas semasa
pemanasan Kasa Dawai
Kaki Retort Untuk membantu
menyebarkan haba
Untuk memegang dengan sekata
atau menyokong semasa pemanasan
sesuatu radas
Balang Gas
Untuk mengumpulkan
gas
Corong Penuras Mangkuk Penyejat
Untuk Untuk tujuan
penyejatan
menapis/menuras
pepejal yang tidak
larut drpd cecair dgn
bantuan kertas turas
54
Penyumbat Getah 2019)
Untuk menutup Mangkuk Pijar
tabung uji/ didih atau
kelalang kon Untuk mengisi bahan
kimia (pepejal) semasa
Buret pemanasan kuat
Untuk menyukat Pipet
isipadu cecair dengan
lebih jitu Untuk meyukat dan
memindahkan isipadu
Penyepit Mangkuk Pijar cecair yang tetap
Untuk memegang objek panas Neraca Tiga Palang
Penitis Untuk menyukat jisim dengan lebih jitu
Untuk memindahkan cecair dalam Piring Petri
kuantiti yang kecil
Untuk membiak (kultivasi)
Pemegang Tabung Uji mikroorganisma/sel.
Untuk memegang tabung uji/didih Neraca Tuas
semasa pemanasan
Untuk menyukat jisim
Spatula
Neraca Spring
Untuk memindahkan bahan kimia
pepejal Untuk menyukan berat
Picagari Rod kaca
Untuk memindahkan isipada cecair Untuk mengacau larutan di dalam
tertentu dalam jumlah yang kecil bekas
Rak Tabung Uji Termometer
Untuk mendirikan tabung uji/didih Untuk menyukat suhu
55
MODUL KBAT AMALI SAINS
(Stesen 1 & 2)
DAYA GESERAN
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi geseran iaitu:
jenis permukaan
ii. Menjelas dengan contoh kesan daya dengan menjalankan aktiviti:
Hipotesis
Semakin kasar permukaan semakin lama masa yang diambil oleh kereta mainan untuk
sampai ke destinasi yang ditetapkan
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.
Bahan dan radas : 1 kereta mainan, 1 landasan kayu, 3 helai tuala good morning (bilangan
tuala bergantung kepada panjang landasan dan kain tuala boleh digantikan dengan bahan
yang mempunyai jenis permukaan yang kasar), 1 jam randik, 1 pembaris (1m), 1 kotak tisu
terpakai (seboleh-bolehnya kotak yang kecil dan lembut), 1 gulung pita pelekat
A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:
Aktiviti
1. Sediakan landasan seperti rajah di bawah.
2. Tetapkan jarak Y ke Z sepanjang 150cm.
3. Lekatkan kotak tisu pada posisi Z.
4. Lepaskan kereta mainan dari garisan permulaan landasan X.
5. Catatkan masa (X ke Z) yang dilalui oleh kereta mainan tersebut.
6. Tukarkan permukaan landasan dengan kain tuala dan ulang seperti langkah 4 dan 5.
7. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.
B. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan, nyatakan
i. Apakah yang terjadi kepada kotak apabila terkena kereta mainan yang bergerak laju?
ii. Berdasarkan pemerhatian pada aktiviti yang dijalankan, nyatakan 3 kesan daya.
iii. Nyatakan jenis permukaan yang boleh menyebabkan kereta mainan bergerak lebih
jauh? Berikan penjelasan anda.
iv. Pada permukaan jenis apakah kereta mainan mengambil masa paling lama untuk
sampai ke jarak yang ditetapkan? Berikan penjelasan anda.
C. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan permasalahan
berikut:
i. Ahmad dan Lim berlumba menggunakan kereta mainan masing-masing di atas
permukaan simen yang kasar. Apa yang perlu mereka lakukan untuk meningkatkan
kelajuan kereta mainan mereka?
ii. Siti dan Sathi hanya mempunyai satu landasan yang panjang untuk menguji kelajuan
kereta masing-masing. Jelaskan bagaimanakah caranya Siti dan Sathi boleh
menentukan kereta siapakah yang paling laju.
57
D. Pentaksiran
1. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan kain tuala.
2. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan landasan kayu.
3. Nyatakan hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah
bergerakbalas dalam aktiviti tersebut.
4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
58
(Stesen 3 & 4)
ASID DAN ALKALI
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi
perubahan warna kertas litmus.
ii. Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan
warna kertas litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh
bahan
iii. Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan perubahan
warna kertas litmus.
Hipotesis:
Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas litmus merah ke biru.
Buktikan bahawa kenyataan di atas adalah tepat.
Bahan dan radas : 1 set kertas litmus merah, 1 set kertas litmus biru, 1l larutan gula, 1l air kopi,
500ml air mineral, 10 biji limau, 100ml detergen, 1 botol ubat gigi bersaiz kecil, 100ml cuka, 100ml
larutah garam, 9 piring petri, 1 tin coca cola, 1 set kertas turas, 9 batang penitis
A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta
langkah-langkah seperti berikut:
1. Masukkan larutan yang disediakan ke dalam piring petri.
2. Labelkan piring petri berdasarkan larutan yang digunakan.
3. Uji larutan tersebut dengan kertas litmus merah dan kertas litmus biru.
4. Catatkan pemerhatian kamu dalam bentuk jadual.
59
Jenis bahan Merah Perubahan warna kertas litmus
Biru
Larutan gula
Air kopi
Air mineral
Air limau
Detergen
Ubat gigi
Cuka
Larutan garam
Coca cola
B. Berdasarkan ekpserimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan
eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:
1) Tujuan
2) Kelaskan bahan tersebut kepada asid, alkali dan neutral dalam jadual yang
disediakan di bawah
Asid Alkali Neutral
3) Pembolehubah
i. Dimanipulasi
ii. Bergerakbalas
4) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan berasid.
60
5) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali.
6) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali
7) Nyatakan kesimpulan bagi asid dan alkali berdasarkan ujikaji yang dijalankan.
C. Pentaksiran
1. Senaraikan sejenis bahan berasid, sejenis bahan beralkali dan sejenis bahan neutral.
i. Berasid :
ii. Beralkali :
iii. Neutral :
2. Gastrik dikatakan terjadi disebabkan keadaan perut yang berasid. Namakan satu jenis
makanan yang sesuai dimakan jika terkena gastrik.
3. Nyatakan sifat kimia bahan bagi 10ml air limau yang yang dicampurkan dengan 90ml
air mineral dan 10ml larutan gula. Jelaskan jawapan anda berdasarkan prinsip sains
yang telah dipelajari.
4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
61
(Stesen 5 & 6)
PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Menyatakan bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut
apabila kehilangan haba melalui aktiviti yang dijalankan
ii. Menaakul kepentingan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan
bahan dalam kehidupan seharian
iii.
Hipotesis
Bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut apabila kehilangan haba
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.
Bahan dan radas : 2 basin, 2l air panas, 2l air pili, 1 biji belon, 1 set bebola dan
gelang, 1 cerek elektrik, basin, 1 botol kaca, 1 kotak mancis, 1 penunu bunsen
A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:
Aktiviti 1
1. Sediakan dua buah bekas iaitu bekas A dan bekas B yang masing-masing
mengandungi air panas dan air pili
2. Ikatkan belon pada permukaan botol kaca dan masukkan botol kaca tersebut ke
dalam bekas A. Perhatikan apa yang berlaku.
3. Kemudian masukkan botol yang sama ke dalam bekas B. Perhatikan apa yang
berlaku.
4. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.
62
Aktiviti 2
1. Gunakan set peralatan bebola dan gelang seperti di bawah.
2. Masukkan bebola ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.
3. Panaskan bebola tersebut dengan menggunakan penunu Bunsen dan masukkan
bebola ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.
4. Rendam bebola tersebut ke dalam air.
5. Masukkan bebola ke dalam gelang dan perhatikan apa yang berlaku.
6. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.
B. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 1, nyatakan
i. Apakah yang diperhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin yang
berisi air panas?
ii. Apakah yang diperhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin yang
berisi air pili?
iii. Nyatakan kesimpulan bagi ujikaji tersebut.
C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 2, nyatakan
i. Apakah yang diperhatikan apabila bebola dipanaskan? Kenapa?
63
ii. Apakah yang diperhatikan apabila bebola disejukkan? Kenapa?
iii. Nyatakan kesimpulan bagi ujikaji tersebut.
D. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:
i. Emak meminta Hairi untuk memasang dawai pada dua buah tiang untuk
menyidai baju pada siang hari. Menggunakan prinsip pengembangan dan
pengecutan, bagaimanakah sepatutnya wayar itu dipasang oleh Hairi dan
berikan inferens bagi jawapan anda.
ii. Lukiskan keadaan wayar yang dipasang oleh Hairi.
64
Pentaksiran
1. Rajah di bawah menunjukkan keadaan 2 biji gelas kaca.
Apa yang perlu dilakukan oleh Ah Lok untuk memisahkan kedua-dua gelas tersebut.
2. Jamal dan Mohan bermain ping pong di rumah Jamal. Semasa hendak mengambil
bola ping pong yang terjatuh, Jamal terpijak bola ping pong tersebut. Apa yang perlu
dilakukan oleh Jamal untuk mengatasi masalah tersebut. Kenapa?
3. Termometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu. Semasa mengambil
suhu sesuatu bahan didapati bahawa cecair yang terdapat di dalam termometer
tersebut menaik atau menurun. Jelaskan.
4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
65
(Stesen 7 & 8)
PERGERAKAN BUMI
Hasil pembelajaran : Memerihalkan putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang
dan malam perubahan kedudukan matahari dan perubahan saiz bayang-bayang.
A. Bahan-bahan
1 lampu suluh, 1 batang pencungkil gigi, 1 kotak kecil blu tack / plastisin, 1 biji glob,
kertas A4
B. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta
langkah-langkah seperti berikut:
1. Susun radas seperti rajah di bawah.
2. Tandakan satu kedudukan pada glob menggunakan kayu pencungkil gigi.
Lekatkan kayu pencungkil gigi tersebut menggunakan blu tack / plastisin. Pastikan
kedudukan hujung kayu pencungkil tersebut betul-betul menghadap lampu suluh
tersebut.
3. Putarkan glob sebanyak 45°. Perhatikan apa yang berlaku.
4. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali dan perhatikan apa yang berlaku untuk setiap
putaran tersebut.
C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, perihalkan apa yang berlaku apabila
bumi berputar pada paksinya.
i.
ii.
iii.
66
iv. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:
Puan Natrah bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Setiap hari dia akan
menjemur pakaian yang dibasuhnya di halaman rumahnya yang berbumbung.
Merujuk rajah di atas, di kedudukan manakah paling sesuai bagi Puan Natrah
menjemur pakaian tersebut? Berikan alasan anda.
D. Pentaksiran
1. Pada masa bilakah saiz bayang-bayang paling pendek? Berikan inferens bagi
keadaan tersebut.
2. Apakah yang akan berlaku jika bumi tidak berputar?
3. . Bayang-bayang terbentuk jika dihalang oleh sesetengah objek, manakala bayang-
bayang tidak kelihatan walaupun dihalang oleh sesetengah objek yang lain.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan:
i. Pembolehubah dimanipulasi
ii. Pembolehubah bergerakbalas
iii. Pembolehubah dimalarkan
67
iv. Nyatakan keadaan bahan yang menyebabkan bayang-bayang tidak kelihatan.
4. Zaini bekerja syif bermula pukul 10.00 pagi di Kentucky Fried Chicken Samarahan
pada hari Isnin. Dia bekerja syif selama 8 jam. Di manakah kedudukan matahari
apabila dia tamat masa bekerja?
Berikan alasan bagi jawapan yang diberikan.
68
(Stesen 9 & 10)
LITAR ELEKTRIK YANG LENGKAP
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Mengenalpasti litar elektrik yang lengkap.
ii. Melakar gambarajah litar elektrik bersiri dan litar selari dengan menggunakan simbol.
iii. Membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
A. Bahan-bahan
8 biji bateri beraiz D, 8 pemegang bateri, 4 biji mentol, 4 pemegang mentol, 4 suiz
pisau, 12 batang wayar (berklip buaya).
B. Anda dikehendaki membuat pemerhatian apabila suiz litar-litar elektrik seperti
rajah berikut ditutup:
Litar P Litar Q Litar R Litar S
1. Tutupkan suiz pada Litar P.
2. Perhatikan nyalaan mentol dan susunan litar P.
3. Ulang langkah 1 & 2 pada Litar Q, R dan S.
C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan, nyatakan
i. Litar manakah mentolnya akan menyala?
ii. Litar manakah mentolnya tidak menyala?
69
iii. Lakarkan gambarajah litar elektrik dalam bentuk simbol bagi setiap litar:
Litar P Litar Q Litar R Litar S
iv. Berikan inferens bagi mentol litar yang tidak menyala.
v. Berikan 3 inferens, jika suiz Litar Q ditutup, dan mentolnya tidak menyala.
D. Pentaksiran Rajah 1
1. Rajah 1 menunjukkan suatu litar elektrik.
Nyatakan 2 cara untuk meningkatkan kecerahan
Mentol dalam litar tersebut.
70
2. Nyatakan satu cara lain untuk meningkatkan kecerahan mentol dalam litar rajah 1 dengan tanpa
mengubah bilangan komponen dalam litar tersebut.
3. Lakarkan litar elektrik dalam bentuk simbol yang anda nyatakan dalam soalan 2.
4. Rajah 2 menunjukkan suatu contoh pendawaian elektrik di rumah.
Rajah 2
(a) Antara litar bersiri dengan litar selari, jenis litar elektrik yang manakah paling sesuai
digunakan dalam pendawaian elektrik di rumah ?
(b) Berikan tiga sebab bagi jawapan kamu di 4(a).
71
SKEMA JAWAPAN AMALI SAINS
72
(Stesen 1 & 2)
DAYA GESERAN
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
iii. Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi geseran iaitu:
jenis permukaan
iv. Menjelas dengan contoh kesan daya dengan menjalankan aktiviti:
Hipotesis
Semakin kasar permukaan semakin lama masa yang diambil oleh kereta mainan
untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.
Bahan dan radas : 1 kereta mainan, 1 landasan kayu, 3 helai tuala good morning
(bilangan tuala bergantung kepada panjang landasan dan kain tuala boleh digantikan
dengan bahan yang mempunyai jenis permukaan yang kasar), 1 jam randik, 1
pembaris (1m), 1 kotak tisu terpakai (seboleh-bolehnya kotak yang kecil dan lembut),
1 gulung pita pelekat
E. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:
Aktiviti
1. Sediakan landasan seperti rajah di bawah.
2. Tetapkan jarak Y ke Z sepanjang 150 cm.
3. Lekatkan kotak tisu pada posisi Z.
4. Lepaskan kereta mainan dari garisan permulaan landasan X.
5. Catatkan masa (X ke Z) yang dilalui oleh kereta mainan tersebut.
6. Tukarkan permukaan landasan dengan kain tuala dan ulang seperti langkah 4 dan
5.
7. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.
73
F. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan,
nyatakan
v. Apakah yang terjadi kepada kotak apabila terkena kereta mainan yang
bergerak laju?
Kotak kemek / terdapat lekukan pada kotak (apa-apa jawapan yang sesuai)
vi. Berdasarkan pemerhatian pada aktiviti yang dijalankan, nyatakan 3 kesan
daya.
Mengubah bentuk objek
Menggerakkan objek yang pegun
Memberhentikan objek yang bergerak
Melambatkan pergerakan objek
vii. Nyatakan jenis permukaan yang boleh menyebabkan kereta mainan bergerak
lebih jauh? Berikan penjelasan anda.
Permukaan yang licin. Kerana geseran kurang
viii. Pada permukaan jenis apakah kereta mainan mengambil masa paling lama
untuk sampai ke jarak yang ditetapkan? Berikan penjelasan anda.
Permukaan kain /tuala kasar. Kerana geseran bertambah.
G. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:
iii. Ahmad dan Lim berlumba menggunakan kereta mainan masing-masing di atas
permukaan simen yang kasar. Apa yang perlu mereka lakukan untuk
meningkatkan kelajuan kereta mainan mereka?
Menggunakan tayar yang lebih besar / terima apa-apa jawapan yang sesuai
iv. Siti dan Sathi hanya mempunyai satu landasan yang panjang untuk menguji
kelajuan kereta masing-masing. Jelaskan bagaimanakah caranya Siti dan
Sathi boleh menentukan kereta siapakah yang paling laju.
Tetapkan garisan permulaan dan garisan akhir. Ambil bacaan pergerakan
kereta mainan menggunakan jam randik berdasarkan jarak yang telah
ditetapkan. (terima apa-apa jawapan yang mempunyai langkah yang hampir
sama)
H. Pentaksiran
5. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan kain tuala. (Jawapan peserta)
6. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan landasan kayu. (Jawapan
peserta)
7. Nyatakan hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah
bergerakbalas dalam aktiviti tersebut.
Semakin kasar permukaan, semakin kurang kelajuan kereta mainan/tinggi daya
geseran. //sebaliknya.
8. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
Memerhati, membuat inferens, mengeksperimen, mentafsir data, mengawal
pembolehubah, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi
74
(Stesen 3 & 4)
ASID DAN ALKALI
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
iv. Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi
perubahan warna kertas litmus.
v. Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan
warna kertas litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh
bahan
vi. Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan perubahan
warna kertas litmus.
Hipotesis:
Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas litmus merah ke biru.
Buktikan bahawa kenyataan di atas adalah tepat.
Bahan dan radas : 1 set kertas litmus merah, 1 set kertas litmus biru, 1l larutan gula, 1l air kopi,
500ml air mineral, 10 biji limau, 100ml detergen, 1 botol ubat gigi bersaiz kecil, 100ml cuka, 100ml
larutah garam, 9 piring petri, 1 tin coca cola, 1 set kertas turas, 9 batang penitis
D. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta
langkah-langkah seperti berikut:
5. Masukkan larutan yang disediakan ke dalam piring petri.
6. Labelkan piring petri berdasarkan larutan yang digunakan.
7. Uji larutan tersebut dengan kertas litmus merah dan kertas litmus biru.
8. Catatkan pemerhatian kamu dalam bentuk jadual.
Jenis bahan Perubahan warna kertas litmus
Larutan gula Merah Biru
Air kopi
Air mineral Tiada perubahan Tiada perubahan
Air limau
Detergen Berubah ke warna biru Tiada perubahan
Ubat gigi
Cuka Tiada perubahan Tiada perubahan
Larutan garam
Coca cola Tiada perubahan Berubah ke warna merah
Berubah ke warna biru Tiada perubahan
Berubah ke warna biru Tiada perubahan
Tiada perubahan Berubah ke warna merah
Tiada perubahan Tiada perubahan
Tiada perubahan Berubah ke warna merah
75
E. Berdasarkan ekpserimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan
eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:
8) Tujuan
Untuk menyiasat hubungan antara jenis bahan dengan perubahan warna pada
kertas litmus
9) Kelaskan bahan tersebut kepada asid, alkali dan neutral dalam jadual yang
disediakan di bawah
Asid Alkali Neutral
Air limau, Cuka, Coca- Air kopi, Detergen, Ubat Larutan gula, Air mineral,
cola gigi Larutan garam
10)Pembolehubah
iii. Dimanipulasi
Jenis bahan
iv. Bergerakbalas
Perubahan warna kertas litmus
11)Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan berasid.
Bahan berasid adalah bahan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah
12)Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali.
Bahan beralkali adalah bahan yang menukarkan kertas limus merah ke biru
13)Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali
Bahan neutral adalah bahan yang tidak menukarkan warna kertas limus merah
mahupun kertas litmus biru.
14)Nyatakan kesimpulan bagi asid dan alkali berdasarkan ujikaji yang dijalankan.
Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas limus merah ke biru / bahan berasid berasa masam manakala
bahan beralkali berasa pahit serta berasa licin apabila dipegang,
F. Pentaksiran
5. Senaraikan sejenis bahan berasid, sejenis bahan beralkali dan sejenis bahan
neutral.
iv. Berasid : apa-apa jenis makanan yang sesuai dan tepat
v. Beralkali : apa-apa jenis makanan yang sesuai dan tepat
vi. Neutral : apa-apa jenis makanan yang sesuai dan tepat
6. Gasrik dikatakan terjadi disebabkan keadaan perut yang berasid. Namakan satu
jenis makanan yang sesuai dimakan jika terkena gastrik.
Mana-mana makanan yang bersifat alkali dan neutral.
7. Nyatakan sifat kimia bahan bagi 10ml air limau yang yang dicampurkan dengan
90ml air mineral dan 10ml larutan gula. Jelaskan jawapan anda berdasarkan
prinsip sains yang telah dipelajari.
Berasid. Kerana air tersebut berasa masam / menukarkan warna kertas litmus biru
ke merah.
8. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
Memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, mendefinisi secara
operasi, mengawal pembolehubah, mentafsir maklumat, berkomunikasi
76
(Stesen 5 & 6)
PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
iv. Menyatakan bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut
apabila kehilangan haba melalui aktiviti yang dijalankan
v. Menaakul kepentingan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan
bahan dalam kehidupan seharian
Hipotesis
Bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut apabila kehilangan haba
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.
Bahan dan radas : 2 basin, 2l air panas, 2l air pili, 1 biji belon, 1 set bebola dan
gelang, 1 cerek elektrik, basin, 1 botol kaca, 1 kotak mancis, 1 penunu bunsen
A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:
Aktiviti 1
5. Sediakan dua buah bekas iaitu bekas A dan bekas B yang masing-masing
mengandungi air panas dan air pili
6. Ikatkan belon pada permukaan botol kaca dan masukkan botol kaca tersebut ke
dalam bekas A. Perhatikan apa yang berlaku.
7. Kemudian masukkan botol yang sama ke dalam bekas B. Perhatikan apa yang
berlaku.
8. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.
Aktiviti 2
7. Gunakan set peralatan bebola dan gelang seperti di bawah.
8. Masukkan bebola ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.
9. Panaskan bebola tersebut dengan menggunakan penunu Bunsen dan masukkan
bebola ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.
10. Rendam bebola tersebut ke dalam air.
77
11. Masukkan bebola ke dalam gelang dan perhatikan apa yang berlaku.
12. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.
B. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 1, nyatakan
iv. Apakah yang kamu perhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin
yang berisi air panas?
Belon mengembang
v. Apakah yang kamu perhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin
yang berisi air pili?
Belon mengecut
vi. Nyatakan kesimpulan kamu bagi ujikaji tersebut.
Bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 2, nyatakan
iv. Apakah yang diperhatikan apabila bebola dipanaskan? Kenapa?
Bebola tidak dapat melalui gelang besi kerana bahan mengembang apabila
dipanaskan
v. Apakah yang diperhatikan apabila bebola disejukkan? Kenapa?
Bebola dapat melalui gelang besi kerana bahan mengecut apabila disejukkan
vi. Nyatakan kesimpulan kamu bagi ujikaji tersebut.
Bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
D. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:
iii. Emak meminta Hairi untuk memasang dawai pada dua buah tiang untuk
menyidai baju pada siang hari. Menggunakan prinsip pengembangan dan
pengecutan, bagaimanakah sepatutnya wayar itu dipasang oleh Hairi dan
berikan inferens bagi jawapan kamu.
Hairi mesti memastikan wayar tersebut dipasang longgar / kendur kerana
udara pada waktu malam udara lebih sejuk menyebabkan bahan tersebut akan
mengecut / menegang dan menjadi lebih pendek. Ini boleh mengakibatkan
wayar tersebut putus / tiang menjadi bengkok.
iv. Lukiskan keadaan wayar yang dipasang oleh Hairi.
Tiang Wayar
Tiang
78
Pentaksiran
5. Rajah di bawah menunjukkan keadaan 2 biji gelas kaca.
Apa yang perlu dilakukan oleh Ah Lok untuk memisahkan kedua-dua gelas tersebut.
Memanaskan gelas yang terletak di bahagian bawah / meletakkan ais / air sejuk ke
dalam gelas yang terletak di bahagian atas / terima mana-mana jawapan yang sesuai
6. Jamal dan Mohan bemain ping pong di rumah Jamal. Semasa hendak mengambil
bola ping pong yang terjatuh, Jamal terpijak bola ping pong tersebut. Apa yang perlu
dilakukan oleh Jamal untuk mengatasi masalah tersebut. Kenapa?
Memasukkan bola ping pong ke dalam air panas. Kerana bahan mengembang apabila
dipanaskan
7. Termometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu. Semasa mengambil
suhu sesuatu bahan didapati bahawa cecair yang terdapat di dalam termometer
tersebut menaik atau menurun, bergantung kepada keadaan bahan yang dikenakan
kepadanya.
Mengapakah keadaan tersebut boleh terjadi?
Kerana bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
8. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.
Memerhati, membuat inferens, mengeksperimen, mentafsir data, mengawal
pembolehubah
79
(Stesen 7 & 8)
PERGERAKAN BUMI
Hasil pembelajaran : Memerihalkan putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang
dan malam perubahan kedudukan matahari dan perubahan saiz bayang-bayang.
E. Bahan-bahan
1 lampu suluh, 1 batang pencungkil gigi, 1 kotak kecil blu tack / plasticin, 1 biji glob,
kertas A4
F. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta
langkah-langkah seperti berikut:
5. Susun radas seperti rajah di bawah.
6. Tandakan satu kedudukan pada glob menggunakan kayu pencungkil gigi.
Lekatkan kayu pencungkil gigi tersebut menggunakan blu tack / plastisin. Pastikan
kedudukan hujung kayu pencungkil tersebut betul-betul menghadap lampu suluh
tersebut.
7. Putarkan glob sebanyak 45°. Perhatikan apa yang berlaku.
8. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali dan perhatikan apa yang berlaku untuk setiap
putaran tersebut.
G. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, perihalkan apa yang berlaku apabila
bumi berputar pada paksinya.
v. Saiz bayang-bayang berubah
vi. Berlaku kejadian siang dan malam
vii. Kedudukan matahari berubah jika diperhatikan dari bumi
viii. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:
Puan Natrah bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Setiap hari dia akan menjemur pakaian yang dibasuhnya di
halaman rumahnya yang berbumbung. Merujuk rajah di atas,
di kedudukan manakah paling sesuai bagi Puan Natrah
menjemur pakaian tersebut? Berikan alasan anda.
Di Y. kerana pakaian lebih terdedah kepada cahaya
matahari.
Terima apa-apa alasan yang sesuai.
80
H. Pentaksiran
5. Pada masa bilakah saiz bayang-bayang paling pendek? Berikan inferens bagi
keadaan tersebut.
Tengahari. Kerana kedudukan matahari berada di atas objek.
6. Apakah yang akan berlaku jika bumi tidak berputar?
Tidak berlaku kejadian siang dan malam.
Sebahagian bumi sahaja yang menerima cahaya matahari.
Sebahagian bumi sahaja yang sesuai untuk didiami.
Sebahagian bumi sahaja yang mempunyai hidupan disebabkan proses fotosintesis
hanya berlaku dengan kehadiran matahari.
Terima apa-apa jawapan yang sesuai.
Bayang-bayang terbentuk jika dihalang oleh sesetengah objek, manakala bayang-
7. . bayang tidak kelihatan walaupun dihalang oleh sesetengah objek yang lain.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan:
v. Pembolehubah dimanipulasi
Jenis objek
vi. Pembolehubah bergerakbalas
Kewujudan bayang-bayang / keadaan bayang-bayang / pembentukan bayang-
bayang
vii. Pembolehubah dimalarkan
Sumber cahaya
viii. Nyatakan keadaan bahan yang menyebabkan bayang-bayang tidak kelihatan.
Lutsinar
8. Zaini bekerja syif bermula pukul 10.00 pagi di Kentucky Fried Chicken Samarahan
pada hari Isnin. Dia bekerja syif selama 8 jam. Di manakah kedudukan matahari
apabila dia tamat masa bekerja? Pada X
Berikan alasan bagi jawapan yang diberikan.
Kerana bumi berputar pada paksinya / Kerana kedudukan matahari berubah dari pagi ke
petang
Terima apa-apa jawapan yang sesuai.
81
(Stesen 9 & 10)
LITAR ELEKTRIK YANG LENGKAP
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
iv. Mengenalpasti litar elektrik yang lengkap.
v. Melakar gambarajah litar elektrik bersiri dan litar selari dengan menggunakan simbol.
vi. Membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
E. Bahan-bahan
8 biji bateri beraiz D, 8 pemegang bateri, 4 biji mentol, 4 pemegang mentol, 4 suiz
pisau, 12 batang wayar (berklip buaya).
F. Anda dikehendaki membuat pemerhatian apabila suiz litar-litar elektrik seperti
rajah berikut ditutup:
Litar P Litar Q Litar R Litar S
4. Tutupkan suiz pada Litar P.
5. Perhatikan nyalaan mentol dan susunan litar P.
6. Ulang langkah 1 & 2 pada Litar Q, R dan S.
G. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan, nyatakan
vi. Litar manakah mentolnya akan menyala ? Litar Q dan R
vii. Litar manakah mentolnya tidak menyala ? Litar P dan S
viii. Lakarkan gambarajah litar elektrik dalam bentuk simbol bagi setiap litar:
Litar P Litar Q Litar R Litar S
ix. Berikan inferens bagi mentol litar yang tidak menyala.
Salah satu sel kering dalam litar telah disambung terbalik.
x. Berikan 3 inferens, jika suiz Litar Q ditutup, dan mentolnya tidak menyala.
1 Mentol telah terbakar
2 Sel kering telah habis tenaganya
3 Kuprum dalam wayar penyambung terputus
82
Pentaksiran
5. Rajah 1 menunjukkan suatu litar elektrik. Rajah 1
Nyatakan 2 cara untuk meningkatkan kecerahan
Mentol dalam litar tersebut.
1 Kurangkan bilangan mentol dalam litar.
2 Tambahkan bilangan sel kering
6. Nyatakan satu cara lain untuk meningkatkan kecerahan mentol dalam litar di rajah 1 dengan
tanpa mengubah bilangan komponen dalam litar tersebut.
Sambung mentol dalam susunan selari//Tukar litar bersiri ke litar selari
7. Lakarkan litar elektrik dalam bentuk simbol yang
anda nyatakan dalam soalan 2.
8. Rajah 2
menunjukkan
suatu contoh
pendawaian
elektrik di rumah.
Rajah 2
(c) Antara litar bersiri dengan litar selari, jenis litar elektrik yang manakah paling sesuai
digunakan dalam pendawaian elektrik di rumah ?
Litar selari
(d) Berikan tiga sebab bagi jawapan kamu di 4(a).
1 Setiap lampu di rumah dapat dikawal secara berasingan.
2 Kecerahan setiap lampu di dalam rumah adalah sama.
3 Jika salah satu lampu terbakar, lampu lain masih menyala.
83
GAMBAR-GAMBAR URUSETIA, FASILITATOR DAN PESERTA KUMPULAN SAINS
-TERIMA KASIH-
84