The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran dan izin pemilik hakcipta terlebih dahulu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliet841006, 2020-12-24 01:14:30

Modul Matematik KBAT PPD Miri

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran dan izin pemilik hakcipta terlebih dahulu.

Keywords: kbat,Matematik

i

MODUL PROGRAM EKSPLORASI
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

MATEMATIK

Cetakan Pertama, 2020

Penerbit
Pejabat Pendidikan Daerah Miri
Tingkat 2, Blok 1 Wisma Persekutuan,

Jalan Kipas, 98000 Miri.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik,

mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran dan izin pemilik hakcipta terlebih
dahulu.
Pencetak

Pejabat Pendidikan Daerah Miri
ISBN 978-967-18879-0-5

eBook ISBN e978-967-18879-2-9

ii

PRAKATA

PROGRAM EKSPLORASI KBAT PPD MIRI 2019
DENGAN KERJASAMA MESTR

22 OKTOBER 2019, SELASA, 8.00 PAGI
EASTWOOD VALLEY GOLF MIRI

Program Eksplorasi KBAT PPD Miri telah dilaksanakan dari 22 hingga 23 Oktober 2019.
Seramai 6 orang fasilitator matematik, 10 orang fasilitator Sains, 44 orang peserta Matematik dan 43
orang peserta Sains yang menyertai Program Eksplorasi KBAT PPD Miri 2019. Program Eksplorasi
KBAT PPD Miri 2019 merupakan aktiviti kemuncak setelah beberapa aktiviti pembudayaan KBAT
seperti Kunjung Bantu KBAT dan Pencerapan PdPc yang telah dilaksanakan di sekolah. Secara tidak
langsung, kita dapat menyebarkan keperluan pembudayaan KBAT di sekolah rendah dan sekolah
menengah di daerah Miri. Mudah-mudahan, usaha sebegini akan dapat dilaksanakan secara
berterusan pada masa akan datang sebagai satu cara untuk membudayakan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan warga sekolah.

Selari dengan Anjakan 4 dan Anjakan 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 2025), pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meminta Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) untuk merancang dan menyusun atur aktiviti di peringkat PPD bagi memastikan KPI
Pencapaian Skor Purata dalam Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sains, Matematik dan Bacaan
dapat dicapai. Oleh itu, Pejabat Pendidikan Daerah Miri telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Program Eksplorasi KBAT PPD Miri supaya dapat melahirkan murid yang
berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global. Pada era
Revolusi Industri 4.0 ini, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan satu kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid. Rasional program sebegini diadakan adalah untuk merealisasikan
kemenjadian murid berdasarkan aspirasi murid seperti yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2025.
Secara tidak langsung, KBAT dapat meningkatkan keupayaan murid untuk bersaing di peringkat
global. Seterusnya, hasrat kita adalah untuk melonjakkan kedudukan negara pada kedudukan satu
per tiga ke atas dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2025.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para pendidik agar terus
sentiasa berusaha untuk membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Abad
ke-21. Saya yakin, dengan usaha yang berterusan oleh pihak sekolah melalui sokongan PPD, sudah
tentu amalan KBAT di sekolah akan mencapai tahap yang cemerlang.

iii

ISI KANDUNGAN

PRAKATA ........................................................................................................................................... iii
ISI KANDUNGAN................................................................................................................................iv
PENGHARGAAN ................................................................................................................................ v
LATAR BELAKANG ........................................................................................................................... 1
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS ..................................................................... 8

APA ITU KBAT?............................................................................................................................... 8
MENGAPA KBAT PENTING? .......................................................................................................... 8
DEFINISI KBAT ............................................................................................................................... 8
APA ITU BERFIKIR.......................................................................................................................... 8
KEMAHIRAN KRITIKAL YANG PERLU DIKUASAI OLEH MURID DI ABAD KE-21......................... 9
BAGAIMANA KBAT DAPAT DITERAPKAN DALAM PDP? ............................................................ 10
CIRI-CIRI ITEM KBAT.................................................................................................................... 13
TEKNIK PENYOALAN ................................................................................................................... 13
TAHAP PEMIKIRAN BLOOM......................................................................................................... 17
PERUBAHAN PADA MURID ......................................................................................................... 18
KESAN POSITIF KBAT.................................................................................................................. 18
PEMBELAJARAN ABAD KE-21....................................................................................................... 23
ELEMEN DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21................................................................................ 26
BILIK DARJAH ABAD KE-21 ......................................................................................................... 28
MODUL KBATSM MATEMATIK

iv

PENGHARGAAN

JAWATANKUASA INDUK SENARAI FASILITATOR
Pengerusi 1. WONG WEY KUI (Ketua)

HJH. SHIRINI MASTURA BINTI MOHAMED. SK ST JOSEPH
ZULKIFLI
2. ABDUL HARIS BIN USOP
Timb. Pengerusi SMK LUTONG
EN. ALIAS BIN NGAH
3. ADILA ATHIRAH BINTI ABDUL HADI
Penyelaras SMK AGAMA
Dr. LING MEI TENG
4. CECELIA JENNY ANAK JIJEP
Setiausaha SMK TAMAN TUNKU
KAMEL BIN POZAN
5. FARAH IYLIA BINTI FEDLI
JAWATANKUASA PELAKSANA SMK PUJUT
Bacaan Doa

UST AWANGKU ZULKARNAIN

Pendaftaran 6. GRACE ANAK ANTHONY
EN. ZAMBRI BIN ZAINAL SMK BARU
EN. MOHD RIZANUDDIN BIN SALAIMAN
7. LEONG LI YIN
Perasmian & Buku Program SMK DATO PERMAISURI
PN. HASINA BINTI ROSLI
EN. AZIZ TAHIR 8. MIMIE MUZANNY BINTI ABDUL
RAHMAN SMK RIAM
PN. SAWARAN JIT KAUR A/P KARNAIL
SINGH 9. NOOR HAIZOM BINTI ZAKARIA
SMK ST. JOSEPH
Hadiah, Sijil & Cenderamata
PN. DAYANG DUA ANAK SUNGKAI 10. SHIRLEY CHUNG CHIEW LING
SMK LUAK
Dokumentasi / Fotografi
PN. LOUISE PING LAING 11. ADELINE LING PUK SING
SMK CHUNG HUA (CF)
Peralatan / T-Shirt
EN. KAMEL BIN POZAN 12. CHUA LI SIANG
SMK MERBAU
Ketua Fasilitator
EN. LIM YONG SOON (Matematik) 13. HII KIEW HEI
PN. VALIA ANAK NAGREG (Sains) SMK ST. COLUMBA (M)

Urus Setia Matematik 14. KAMARUDIN BIN MAN @ EDEN BIN MAN
EN. BAGIN MACMILLON LUYOT SMK MERBAU

EN. ANTHONY TSAI

Urus Setia Sains 15. WONG LEH HUA
SMK LOPENG TENGAH
EN. ZAHIRUL JAZMI SAYOM ABDULLAH
PN. JOSEPHINE ANAK AMBON 16. MOHD NOOR SHAZWAN BIN MOHD NOOR
SM SAINS

17. LOUI KEE HIE

KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG

v

LATAR BELAKANG

1

2

3

4

5

6

NS
7

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat
digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini.
Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan
kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT?
Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau

membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991).

MENGAPA KBAT PENTING?
Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21
agar negara mampu bersaing di persada dunia.

DEFINISI KBAT

penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)
APA ITU BERFIKIR
1. Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat

penentuan. (Beyer, B.K., 1991) (kebolehan)
2. Berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang

individu. (Nickerson, Perkins dan Smith, 1985) (kemahiran)
3. Berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan

maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, J.R., 1980) (proses)

8

4. Berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau

sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. (Mayer, R.E., 1977)

(operasi)

APA YANG GURU PERLU UBAH? PERANAN GURU UNTUK KBAT

1. Ubah cara berfikir a. Memastikan murid aktif dalam PdP
2. Ubah cara menyoal b. beri peluang kepada murid berbincang,
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on bertanya dan memberi pendapat
5. Ubah jenis tugasan c. Mempelbagaikan strategi
6. Ubah cara pentaksiran d. Mengemukakan soalan yang membina,
7. Ubah cara berkomunikasi
memimpin serta berfikir pada aras tinggi

KEMAHIRAN KRITIKAL YANG PERLU DIKUASAI OLEH MURID DI ABAD KE-21

9

BAGAIMANA KBAT DAPAT DITERAPKAN DALAM PDP?
1. Penglibatan Aktif Murid Membolehkan Berlakunya Pembelajaran Berkesan

a. Murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif ke arah KBAT.
b. Berinteraksi secara intelektual dan bersedia menerima pendapat.
c. Berani memberi pendapat dan berhujah.
d. Mempertahan pendapat.

2. Penguasaan Pembelajaran Murid Selaras Dengan Objektif Yang Ditetapkan
a. Murid mengemukakan soalan aras tinggi.
Soalan yang dikemukakan untuk;
i. Memperoleh idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif (mencipta/
penilaian).
ii. Mendapatkan pertimbangan, keputusan dan justifikasi (menilai/ sintesis).
iii. Mendapatkan maklumat terperinci yang mendalam mengenai sesuatu
perkara (menganalisis/ analisis).
iv. Mendapatkan kepastian dalam melaksanakan sesuatu perkara dalam situasi
yang berlainan (mengaplikasi/ aplikasi).

b. Murid melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan aktif melibatkan KBAT.
i. Aktiviti berasaskan Taksonomi Bloom (dari aplikasi ke penilaian).
ii. Aktiviti berasaskan Taksonomi Anderson (dari mengaplikasi ke mencipta).
iii. Berhujah secara intelektual dan akademik.

iv. Bersedia menerima dan berkongsi pendapat.
v. Berani memberi pendapat.
vi. Mempertahan pendapat.

3. Hasil Kerja Murid Yang Berkualiti Dapat Mengukuhkan Pembelajaran
a. Hasil kerja murid yang mempamerkan KBAT.
i. Pembentangan/ persembahan/ idea/ pendapat dan hasil kerja yang kreatif,
Inovatif dan kritis.

10

4. Perancangan Dan Persediaan Yang Rapi Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran

a. Objektif pembelajaran dirancang sesuai dengan aras pemikiran murid.
i. Rekod Pengajaran Harian (RPH).
ii. Guru menyatakan unsur KBAT dalam penyediaan objektif PdP.

b. Aktiviti PdP dirancang sesuai untuk menjana pemikiran aras tinggi

i. Rekod Pengajaran Harian (RPH).
ii. Guru menyatakan unsur KBAT dalam penyediaan aktiviti PdP.
iii. Penggunaan alat berfikir.
iv. Penggunaan sumber pembelajaran lain yang kreatif dan inovatif.

a. KOMUNIKASI BERKESAN MEMUDAHKAN PEMAHAMAN DAN MENGGALAKKAN
PEMBELAJARAN MURID

a. Komunikasi komuniti bilik darjah menggalakkan pemikiran murid

i. Guru mewujudkan hubungan yang harmonis.
ii. Guru bersikap empati dalam memahami tingkah laku murid.
iii. Guru mengenal pasti murid yang boleh dijadikan teladan oleh murid lain.
iv. Guru mengawal perbincangan yang tidak relevan dalam aktiviti

pembelajaran.
v. Guru membangunkan kecenderungan peribadi.

b. Guru menggalakkan murid mengemukakan soalan aras tinggi.

i. Mewujudkan situasi bagi mencetuskan perasaan ingin tahu. (cth:
Menimbulkan konflik/ prasangka/provokasi/luar jangka/luar kebiasaan).

ii. Menimbulkan permasalahan. (cth: Guru sengaja memberi
arahan/maklumat yang tidak lengkap).

iii. Soalan berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. (cth: Berdasarkan
video/gambar/keratan akhbar/dll).

6. KAEDAH PENYAMPAIAN YANG SESUAI MENINGKATKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
PELAJARAN

Pengajaran guru menjurus kepada aktiviti yang berpusatkan murid bersesuaian
keupayaan kognitif murid merangsang murid berfikir aras tinggi.
Pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan pelbagai pendekatan:

11

a. Pembelajaran Akses Kendiri.
b. Pembelajaran Inkuiri.
c. Pembelajaran Berasaskan Projek.
d. Pembelajaran Berasaskan Masalah.
e. Pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

Inquiry Based Science Education (IBSE) (Sains Sekolah Menengah).

7. Teknik Penyoalan Yang Berkesan Meningkatkan Pemahaman Murid

a. Soalan guru merangsang murid ke arah pemikiran aras tinggi.
b. Soalan berasaskan Taksonomi Bloom (dari aplikasi ke penilaian)
c. Soalan berasaskan Taksonomi Anderson (dari mengaplikasi ke mencipta)

8. Teknik Penyoalan Yang Berkesan Meningkatkan Pemahaman Murid

a. Kaedah penyoalan guru merangsang murid ke arah pemikiran aras tinggi.

a. Penyoalan berfikrah.
b. Mencetuskan daya pemikiran murid.
c. Teknik penyoalan mencungkil jawapan murid.

b. Guru memberi respons yang sesuai terhadap soalan murid untuk
menggalakkan mereka berfikir.

i. Memparafrasa soalan murid. (cth: Soalan yang dikemukakan ialah ............)
ii. Memperjelas soalan murid untuk memastikan maksud yang hendak disampaikan.

(cth: Adakah awak cuba nyatakan .............)
iii. Menyoal semula murid yang bertanya atau mengajukan soalan kepada murid lain.

(cth: Apakah pendapat anda .............)
iv. Menanyakan soalan susulan supaya murid berfikir dengan lebih mendalam.
v. Memberi beberapa petanda/isyarat terhadap soalan yang dikemukakan.

9. Penguasaan Isi Kandungan Yang Mendalam Membolehkan Pelajaran Disampaikan
Dengan Yakin, Jelas Dan Tepat

a. Penguasaan isi kandungan oleh guru menjurus ke arah KBAT.
b. Dikaitkan dengan isu semasa dan persekitaran.
c. Merentas kurikulum.
d. Pelbagai sumber.
e. Sesuai dengan KBAT.

12

CIRI-CIRI ITEM KBAT

a. Stimulus:
Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana
kemahiran inferens dan penaakulan kritis
b. Pelbagai tahap / aras pemikiran:
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih
besar
(c) Item tidak berulang:
Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks untuk mengujudkan situasi yang
baharu
(d) Konteks bukan lazim:
Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang
murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

(e) Situasi sebenar dalam kehidupan harian:
Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan
pembelajaran daripada pelbagai disiplin

TEKNIK PENYOALAN

Kenapa Perlu Penyoalan?
Penyoalan membantu murid berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit terhadap
proses pemikiran. Semasa soalan yang teratur dan berstrukutur, murid memperlahankan proses
pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut. Penyoalan yang berfikrah dan teratur di dalam
kelas berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran:

Model saintifik amalan inkuiri
Menyokong pembelajaran secara aktif dan berpusatkan pelajar
Membantu pembelajaran berasaskan inkuiri
Membantu murid membina pengetahuan
Membantu membentuk kemahiran menyelesaikan masalah
Meningkatkan ingatan pengetahuan jangka masa panjang

13

Tujuan Menyoal

1. Untuk menilai pengetahuan sedia ada
2. Untuk menimbulkan minat
3. Untuk membina pemahaman
4. Untuk membina sikap dan penghayatan
5. Untuk mengukuhkan pembelajaran
6. Untuk merangsang pemikiran kritikal
7. Untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid
8. Untuk menjelaskan pemikiran
9. Untuk mencari sebab atau penjelasan
10. Untuk meneroka pandangan alternatif
11. Untuk menguji implikasi dan akibat

Soalan Berkesan (Art Costa And Bena Kallick)
1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)
5. Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)
6. Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

Kesilapan Umum Semasa Proses Penyoalan
1. Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama
2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri
3. Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas
4. Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal
5. Tanya soalan yang tidak ada kaitan
6. Selalu tanya jenis soalan yang sama
7. Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan

14

15

16

TAHAP PEMIKIRAN BLOOM
SOALAN-SOALAN YANG MEMBANGUNKAN TAHAP PEMIKIRAN BLOOM

17

PERUBAHAN PADA MURID

KESAN POSITIF KBAT
Murid:
1. Pengimplimentasian KBAT akan menjadikan PdP dalam kelas bertambah menarik
2. Bermotivasi untuk belajar - meneroka
3. Menjadikan murid lebih produktif & berdaya saing
4. Murid bebas untuk membanding, membeza, mengenal pasti sebab & akibat mengikut

pendapat & pandangan sendiri
5. Meningkatkan keupayaan & kebolehan sedia ada pada murid
Guru:
1. Meningkatkan tahap kecekapan bagi membina item KBAT
2. Dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran
3. Dapat menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses PdP
4. Penggunaan inovasi dapat meningkatkan proses PdP

18

Negara
1. Tahap pendidikan negara terus meningkat jika elemen KBAT diutamakan
2. Aspirasi pendidikan negara dapat dicapai
3. Melahirkan pelajar seperti yang digariskan dalam FPK
4. Dapat meningkatkan kedudukan negara dalam TIMSS & PISA

19

LAMPIRAN AKTIVITI 1
20

LAMPIRAN AKTIVITI 2
KATA TUGAS SOALAN YANG MEMBANGUNKAN ARAS PEMIKIRAN BLOOM

(SEMAKAN SEMULA)

ARAS PEMIKIRAN DAN PENERANGAN KATA TUGAS
PENYOALAN
Gabungkan maklumat untuk
Mencipta mencipta sesuatu yang baru

Menilai Membuat pertimbangan dan
penilaian untuk membuat
Soalan Kompleks kesimpulan

Menganalisis Pecahkan kpd bahagian yg
lebih kecil utk memeriksa lebih
mendalam & memahami
perhubungannya

Mengaplikasi Mengaplikasikan pengetahuan
kepada situasi dan pengalaman
baharu

Soalan Mudah Memahami Mengungkap semula dan
Mengingat mentafsir untuk menunjukkan
pemahaman

Jawapan fakta, mengingat dan
mengiktiraf

21

LAMPIRAN AKTIVITI 3

PEMBINAAN SOALAN: GAMBAR

ARAS PEMIKIRAN SOALAN
MENGINGAT 22
MEMAHAMI
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
MENILAI
MENCIPTA

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh
(10) idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons ;
Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama
semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya
menjadi perkara kedua. Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau
kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid. Murid hendaklah diberi peluang
dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai
objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses
pembelajaran.

Think outside the classroom box;
Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing
mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat
secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan sumber
utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah
secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah
pengajaran yang baru. Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi
membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya
memberi sokongan. Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana
maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan meja dan kerusi
bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen dan kajian.

23

Get personal;
Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid berkeperluan
khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow
learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana
mempunyai keupayaan pelbagai. Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa
untuk menangani keperluan murid secara induvidu. Dalam pembelajaran abad ke-21,
pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan tanggungjawab
kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang
lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara semula jadi merupakan
seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat. Kemahiran-kemahiran ini
sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning),
pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer
Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang
dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.

Get real with projects;
Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf
(lebih dari sekali), perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan persembahan/pameran. Ketiga-
tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid
dan juga guru. Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam
kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu
bapa atau pihak luar.

Expect (and help) students to be teachers;
Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan
sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan,
kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.

24

Help (and expect) teachers to be students;
Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi meningkatkan
pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang sesuai perlu disediakan
kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau jabatan. Pembelajaran melalui
kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam
kualiti pengajaran serta pencapaian murid.

Measure what matters;
Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era digital
sekarang. Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh, menganalisis dan
menyusun maklumat adalah lebih penting. Begitu juga dengan kemahiran bekerja dalam
kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif. Semua kemahiran ini sangat
diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh guru juga perlu berfokus
kepada kemahiran-kemahiran tersebut.

Work with families, not just children;
Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti dalam
pencapaian dan pembangunan murid-murid. Sebagai contoh, Mayfield Primary School di London
memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan anak-anak
mereka waktu persekolahan. Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan
projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau pameran. Jaringan sosial
seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan
maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.

25

Power to the student;
Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran. Melibatkan murid dalam
beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid) sebenarnya melatih
mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara yang aktif apabila dewasa kelak.
Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua
warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan pembelajaran.

Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21 ialah:
Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

ELEMEN DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21
Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:

Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

26

Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

Menguasai subjek (Kandungan Mengesan perkembangan
Kurikulum) murid-murid dan menyokong
mereka

Mahir dan berketerampilan Memahami psikologi
dalam pedagogi pembelajaran (Cognitive
Psychology)

Memiliki kemahiran kaunseling Menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:

Berupaya membuat hubung-kait Mengambil risiko

Bijak menyoal Dahagakan ilmu

Yakin berkomunikasi Ingin tahu

Fleksibel Tidak berputus asa

Menjana idea Mendengar dan membuat
refleksi

Berkemahiran kritis Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba Membuat inisiatif

Mampu berfikir sendiri Mampu bekerja dengan orang
lain

Membuat perubahan Berintegriti

27

BILIK DARJAH ABAD KE-21
Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid
supaya menarik dan bermakna.
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara
koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:
i. Bilik darjah sebagai bilik sumber

Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) Instant
Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /soft
board.
Hasil kerja murid dipamerkan.

ii. Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)
Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant Access/
Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih / soft board.
Hasil kerja murid dipamerkan.
SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang
mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
Outdoor Classroom)
Lorong bermaklumat
Ruang santai

28

MODUL
KBAT SM

29






























Click to View FlipBook Version