The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SIEW MING LAI, 2024-03-11 01:26:44

BUKU LOG KOR SISPA APM

BUKU LOG KOR SISPA APM

NAMA : LAI SIEW MING NO. KAD PENGENALAN: 030226060100 NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340301 OPSYEN : SJHK2 KURSUS : PISMP AMBILAN : JUN 2021-2026 PENSYARAH : ENCIK ANUAR BIN MOHD ZAIN FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5


BIODATA PELAJAR


NAMA : LAI SIEW MING ANGKA GILIRAN : 2021152340301 NO. KAD PENGENALAN : 030226-06-0100 KUMPULAN / UNIT : SJ / PENDIDIKAN JASMANI (SJKC) KURSUS / SEMESTER : PISMP – SEMESTER 5 AMBILAN : JUN 2021/2026 ALAMAT E- MEL : [email protected] ALAMAT RUMAH : NO 138, LRG 4, TAMAN MARAN DAMAI, 26500 MARAN,PAHANG NO. TELEFON : 012-929 5590 UNIT BERUNIFORM : ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM)


KALENDAR PERJUMPAAN


SUKATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


SEJARAH UNIT BERUNIFORM - ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM)


Sejarah Pertubuhan di Malaysia Ordinan Pertahanan Awam 1951 Ditukar 1957 The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara. Pertahanan Awam Menjadi Unsur Tetap 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perksekutuan. Pasca-Merdeka Kekuatan Dipertingkatkan 1965 Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara. Diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura 1964 Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64) Akta Perkhidmatan Negara 1970 Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) berikutan bencana banjir besar yang melanda negara. Pindaan Akta 1972 Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki menghadapi peperangan. Kesan Tragedi Highland Towers 1993 Kondominium Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula manampakkan kepentingan peranan Pertahanan Awam dalam situasi kecemasan dan bencana. Pertukaran motto 1992 Pertukaran kepada logo baru dengan motto “Sentiasa Siap Sedia”.


Era Pembangunan JPAM Diperkenalkan 2008 Pertukaran pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan pada bulan Mac semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke 56 yang diadakan di Ipoh, Perak. Slogan 'Sedia, Pantas dan Berintegriti' Diperkenalkan 2006 Memperkenalkan slogan Pantas dan Berintegriti” pemangkin menjadikan “Sedia, sebagai JPAM sebuah jabatan yang unggul. JPA3 1994 Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mula digunakan untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Pengenalan Motto 'Selangkah Ke Hadapan'2004 Slogan ‘Selangkah Ke Hadapan’ diperkenalkan sebagai komitmen warga JPAM memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam JPAM. International Civil Defence Organization 2010 7 Mei - Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland 6 Jun – Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagaiAhli Tetap ICDO. JPAM mengambil alih tugas MKN 2015 26 Ogos - Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kemunculan APM 2016 1 September - JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM.


Tujuan Pertubuhan Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini. Mengenal pasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Melaksana dan menambah baik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.


CARTA ORGANISASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


Struktur dan Organisasi Pertubuhan Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa


Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah/IPG Struktur & Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan


PERSETIAAN / IKRAR & UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN


Ikrar Undang-undang Pertubuhan Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang antara lain bagi menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa pasukan pertahanan awam itu akan terdiri daripada anggota biasa, sukarelawan dan ahli tambahan. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan tugas seperti pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan untuk memberi nasihat kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan negara. Menurut rang undangundang itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan timbalan ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong pesuruhjaya, kolonel dan pegawai pertahanan awam dalam kalangan anggota tetap dan sukarela. Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana sukarelawan atau ahli tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan awam. Menurut pindaan itu, seseorang pekerja tidak seharusnya bertanggungjawab ke atas pemecatan, atau kehilangan cuti tahunan atau faedah lain. Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikanboleh memohon untuk menyertai kor kadet. Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan awam dan bagi BAHAWA KAMI WARGA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SESUNGGUHNYA BERIKRAR AKAN SENTIASA MELAKSANAKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAMI DENGAN IKHLAS, CEKAP, BERKUALITI TINGGI, BERINTEGRITI, TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN KE ARAH MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG REPONSIF TERHADAP BENCANA YANG MENGANCAM NYAWA DAN HARTA BENDA.


menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam. Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak. Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan itu akan didenda todak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Punca Kuasa Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] Akta Universiti & Kolej Universiti [Akta 30] Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam Yang Berkuatkuasa Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan Arahan Jabatan / Pekeliling terkini Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


LAMBANG & COGAN KATA


Visi, Misi dan Moto Visi Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. Misi Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Negara. Moto “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” Lagu Pertahanan Awam


BENDERA & LOGO


Bendera Pertahanan Awam - Terdiri daripada empat warna iaitu putih, oren, kuning dan biru. - Terdapat logo rasmi Pertahanan Awam di bahagian tengah bendera. Logo Rasmi Pertahanan Awam Konsep logo ini adalah untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. TAPAK LOGO – Warna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah lambang keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan. BUNGA PADI – berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN – Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negaraMalaysia yang sentiasa dipertahankan. SENTIASA SIAP SEDIA – Moto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.


IKATAN & SIMPULAN


Ikatan - Ikatan hanya melibatkan ikatan tali pada objek lain seperti ikatan manuk pada batang kayu. Simpulan - Simpulan yang dilakukan hanya melibatkan antara tali dengan tali sahaja. Jenis Tali - Fibre Asli (Tali belati, manila hemp, sabut jut) - Fibre Tiruan (Nylon dan terrylane (polyster)) - Fibre Dawal – Wire Rope Jenis Ikatan dan Simpulan - Terdapat sepuluh ikatan asas yang diguna pakai dalam kerja-kerja menyelamat. - Ikatan dan simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-kerja menyelamat. - Ikatan dan simpulan yang digunakan ialah: a. Simpul Mati (Overhand Knot/ Thumb Knot) b. Simpul Angka Lapan (Fighure of Eight) c. Ikatan Buku Sila (Reef Knot) d. Ikatan Bunga Geti (Sheet Knot) e. Ikatan Tindih Kasih (Single Bowline) - Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah. - Menahan tali tidak tercabut dari takal/ block pulley - Banyak digunakan dalam membantu - Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah. - Menahan tali tidak tercabut dari takal/ block pulley. - Lebih berguna kerana ianya lebih mudah dibuka berbanding simpul mati. - Dijadikan anak tangga/ tangga tali. - Membuat simpulan yang tidak mencerut. - Digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan. - Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan. - Mengikat pada badan mangsa bagi membuat tanjul di badan dan sebagai tali pandu untuk menarik mangsa. - Untuk dibuat anchor pada tiang, pancangdan badan penyelamat selaku “balay” di tebing. - Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin dan tali basah. - Digunakan juga untuk mengikat hujung tali di dalam kawasan berair. - Untuk menyambung dua tali yang sama saiz atau sama besar. - Digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh tiga segi.


f. Simpul Manuk (Clove Hitch) g. Ikatan Balak (Timber Hitch) h. Simpul Kerusi (Chair Knot) i. Ikatan Setengah Belit (Half Hitch) j. Ikatan Satu Lingkaran 2½ Belit (Round Turn 2½ Hitch) - Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir). - Ikatan ini amat baik jika beban pada tali dalam tegangan mendatar. - Banyak digunakan tetapi tidak begitu sempurna jika beban kepada tali ini selari dengan pancang kerana ikatan ini akan terlerai. - Mengikat tali di sebarang objek selinder seperti tiang, kayu bulat, pancang dan sebagainya. - Simpulan ini baik kerana mampu menerima berat beban dari semua arah. - Digunakan sebagai ikatan sauh/ anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat. - Boleh diubah-ubah dan mudah dibuka. - Juga dikenali sebagai Ikatan Anchor Point atau Ikatan di Perahu. - Digunakan untuk menaik dan menurunkan kayu,papan atau peralatan dari tempat tinggi dengan selamat. - Amat kukuh dan mudah dibuat serta dibuka. - Sesuai mengikat pada kayu bulat, papan atau beban yang berat tetapi bukan mangsa. - Untuk mengikat pada badan mangsa. - Sebagai buaian (sling) untuk menaik dan menurunkan mangsa dengan cepat dan selamat dari tempat tinggi. - Memberi sokongan di bahagian dada dan kaki mangsa. - Digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri. - Digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang telah dibuat. - Sebagai ikatan sementara atau mematikan setiap ikatan.


GEJET


Gejet - Merupakan satu aktiviti yang menarik dilakukan oleh anggota unit beruniform terutama sewaktu perkhemahan. - Boleh dihasilkan dalam saiz sebenar ataupun dalam bentuk model. - Gejet merupakan alih ganti perabot di rumah dalam membantu ahli perkhemahan mengurus peralatan mereka agar kelihatan kemas dan teratur. - Pokok buluh atau batang kayu yang lurus adalah bahan yang paling bagus untuk menghasilkan gejet. - Rafia atau tali guni atau rotan adalah bahan pengikat yang bagus. - Parang, pisau dan gergaji busur adalah alat pemotong yang baik dan perlu ada dalam penghasilan gejet. - Bahan-bahan lain seperti plastik sampah boleh dijadikan bahan tambahan untuk gejet. - Gejet adalah suatu cara penilaian akan kemahiran anggota. Contoh-contoh Gejet


PERTOLONGAN CEMAS


1. Teknik Menyelamat Kecemasan (seorang penyelamat) - Darling carry (Dukung Sayang) - Pick a back (Pikul uncang) - Rescuer lift (Dukungan Penyelamat) - Rescuer crawl (Merangkak Penyelamat) Angkat / dakap mangsa perlahan-lahan mengikut teknik. Pegang sebelah kakinya pada lutut dan angkat mangsa di atas belakang anda. Pegang tangan supaya mangsa tidak mudah luncur ke bawah. Teknik ini sesuai untuk membawa mangsa keluar dari tempat yang sempit Mengikat kedua-dua tangan mangsa. Muka menghadap antara satu sama lain. Penyelamat memasukkan kepalanya di antara tangan mangsa. Penyelamat merangkak dengan membawa bersama mangsa. Pastikan kepala mangsa tidak terseret. Mangsa diangkat dengan cara memikul di belakang badan. Cara ini terbaik untuk mangsa yang sedar dan boleh memegang atau memaut pada bahu penyelamat. Kaedah ini digunakan apabila mangsa tersebut adalah seorang kanak-kanak atau lebih ringan daripada kita. Dalam kaedah ini, mangsa hendaklah diangkat di bawah bahu dan lutut dengan tangan. Mangsa harus diangkat dengan selesa.


- Menyelamat & mengalihkan mangsa melalui tangga - Human crutch (Gaya Memapah) Mangsa diikat di kedua-dua tangan. Tangan penyelamat dimasukkan di celah ketiak mangsa. Letakkan paha di belakang mangsa. Mangsa diheret perlahan-lahan menuruni tangga. Diaplikasikan untuk menyelamat mangsa yang sedar dan boleh berjalan. Apabila mangsa yang cedera itu boleh dipapah, penyelamat berdiri di sebelah bahagian yang mengalami kecederaan dan mengambil tangan mangsa sertamemegang pinggang dengan tangan yang lain. Penyelamat bertindak sebagai ‘tongkat’ yang membantu mangsa bergerak.


2. Teknik Menyelamat Kecemasan (dua orang penyelamat) - 2 man human crutch (Gaya memapah 2 orang) - Fore and aft method (Cara berekor-ekor) - 2 handed seat (Duduk 2 tangan) - 3 handed seat (Duduk 3 tangan) - 4 handed seat (Duduk 4 tangan) Untuk mengangkat mangsa yang pengsan dan tidak boleh berjalan. Digunakan apabila tiada ruang yang mencukupi untuk menggunakan kaedah duduk di atas dua, tiga dan empat tangan. Untuk mengangkat mangsa boleh berjalan dan tidak penyelamat. Perbezaan pada ketiga-tiga yang sedar, tidak dapat memegang teknik ini adalah kedudukan tangan yang berbeza. Teknik-teknik ini sesuai untuk penstabilan mangsa. Untuk mengangkat mangsa yang sedar, tidak boleh berjalan dan boleh memegang penyelamat. Untuk mengangkat mangsa yang sebelah kakinya tercedera. Untuk mengangkat mangsa yang sedar, tidak boleh berjalan dan boleh memegang. Untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.


PENGURUSAN & PENTADBIRAN


1. Pendaftaran Ahli & Kumpulan Prosedur Pendaftaran a. Lengkapkan Borang Pendaftaran b. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild c. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan d. Yuran Keahlian IPT Tahunan 2. Kuasa penganjur a. Meluluskan pendaftaran tahunan unit beruniform APM dengan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. b. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) [Seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit APM. c. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin APM. d. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit APM di mana perlu. e. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (rombongan, kembara, perkhemahan) untuk ahli-ahli. f. Menyelia dan mengawal kemajuan unit APM di sekolahnya.


3. Struktur Unit Carta Organisasi Induk Carta Organisasi Pasukan


PENGURUSAN FOLIO / BUKU LOG / LAPORAN AKTIVITI


Buku Log 1. Merupakan satu laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Kadet Kor Sispa yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah. 2. Mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang kadet Kor Sispa. 3. Merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti APM. 4. Kadet Kor Sispa atau pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli APM tersebut dalam buku log. 5. Buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200-300 helaian. 6. Buku log perlu berkulit tebal agar boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. 1. Seseorang pencatat buku log haruslah: a. Mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya. b. Mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.


2. Format Asas Buku Log 1. Saiz dan Ketebalan a. Saiz: 21 ×32 cm b. Ketebalan: 200 muka surat dan berkulit tebal 2. Kulit Luar (Cover) • Dijaga agar tahan lama dan tidak mudah rosak • Dibalut dengan plastik (PVC book wrapper) agar tidak mudah reput akibat basah • Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulisserta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya. 3. Halaman Pertama Paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (first impression evaluation).


4. Halaman Kedua a. Dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana) b. Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harusdisediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. 5. Ruangan Catatan Dicadangkan agar ruangan selebar 1-2 inch disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log untuk memudahkan perkara-perkara berikut: - Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. - Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. - Penambahan fakta. (jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi selepas penulisan nota)


6. Foto, Lakaran dan Sampel a. Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log. b. Tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa-apa yang telah dilakukan oleh penulis. c. Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli APM diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan dan serangga. d. Penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log. e. Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis f. Pemeriksa buku log tidak menilai kecantikan lukisan atau tulisan, pentingnya adalah berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri. 7. Bentuk Penulisan dan Isi Nota a. Penulisan dalam buku log haruslah benar, asli dan jelas. b. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. c. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.


Apakah yang perlu dimuatkan di dalam catatan peribadi? a. Maklumat lengkap penglibatan dalam APM b. Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan) c. Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan) d. Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki. Contoh:


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


Tanggungjawab pemimpin i. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baharu. ii. Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. iii. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah. iv. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. v. Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir. vi. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi. vii. Memohon kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat/ kepakaran/ kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di luar sekolah. viii. Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan/ pengelolaan/ anjuran/ projek/ lawatan dan sebagainya.


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN


Pakaian seragam ahli dan pemimpin a. APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. b. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa-apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. c. Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing.


Peraturan Pakaian Seragam Pegawai Kadet Sispa (PKS) 1. Jenis Pakaian untuk PKS a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan) b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket) c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat) d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad) e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam) f. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan) g. Tudung biru gelap (PKS wanita) 2. Pakaian Seragam No. 3 dan No. 4 Disediakan oleh APM Manakala Pakaian Lain Disediakan Sendiri oleh PKS. 3. Bagi Tujuan Berkawad atau Acara Majlis dan Istiadat, Aksesori berikut Boleh Dipakai oleh Anggota PKS: a. Jambul (Hackle) b. Mafla (Hackle) c. Anklet d. Sarung tangan putih e. Selempang putih f. Selempang oren untuk ketua platun


TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM 1. Pakaian Nombor 1 Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:- a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini. 2. Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- a. Menghadiri temu duga b. Menghadiri mesyuarat c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai pakaian nombor 4 (kawad) d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi 3. Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam lelaki apabila menjalankan tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- a. Menjalankan tugas rasmi seharian b. Menghadiri mesyuarat c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas d. Menjalankan tugas operasi


4. Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Wanita Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam wanita apabila menjalankan tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- a. Menjalankan tugas rasmi seharian b. Menghadiri mesyuarat c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas d. Menjalankan tugas operasi 5. Pakaian Nombor 4 (Operasi) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabila menjalankan tugas am atau latihan atau operasi. Nota: 1. Bagi pakaian uniform No. 4, digalakkan memakai T-Shirt pada bahagian dalam uniform. a. T-Shirt berwarna biru untuk pegawai. b. T-Shirt berwarna oren untuk pangkat-pangkat lain.


Berikut merupakan garis panduan pakaian seragam utama APM:


Click to View FlipBook Version