Jom Baca
bersama
Huda Hadi
Edisi 1:
Koronavirus
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Ini koronavirus.
Koronavirus merupakan satu
wabak dan penyakit yang sangat
membahayakan kesihatan.
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Pada musim koronavirus
Huda dan Hadi tidak dapat
hadir ke sekolah kerana
semua sekolah diarahkan
tutup.
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Huda dan Hadi berasa sedih kerana tidak dapat ke
sekolah bertemu rakan-rakan dan guru-guru.
Huda dan Hadi rindukan rakan-rakan
dan guru-guru disekolah PASTI.
Huda dan Hadi juga rindu
bermain dan belajar bersama
rakan-rakan.
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Rakan-rakan semua, Huda dan Hadi hendak kongsikan
gejala yang boleh berlakunya jangkitan koronavirus.
batuk demam sukar
yang bernafas
berterusan yang
berterusan
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Huda dan Hadi juga ingin kongsikan
amalan pencegahan wabak koronavirus.
Kerap mencuci tangan
Menutup muka ketika batuk dan
memakai penutup muka
Masak daging dan telur dengan
sempurna
Elakkan bersentuhan dengan orang
lain dan berkumpul beramai-ramai
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Ibu berpesan bahawa pada
musim koronavirus tidak
dibenarkan bermain-main diluar
rumah.
Ayah dan ibu juga tidak dibenarkan
bekerja pada musim wabak koronavirus ini.
Sewaktu dirumah ayah dan ibu melakukan kerja pejabat
dirumah dan turut membantu Huda dan Hadi belajar
dirumah.
Perdana Menteri berpesan untuk
semua sama-sama duduk dirumah
dan melakukan aktiviti berfaedah.
Pengarah Kesihatan, Datuk Doktor Noor
Hisham juga berpesan untuk sama-sama
duduk dirumah dalam mengawal
penyebaran wabak koronavirus .
Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Buat barisan hadapan yang berusaha dalam
membantu dan melindungi kami semua.
Semoga Allah memberikan
kemudahan buat semua barisan
hadapan dalam
menangani koronavirus .
Terima kasih kepada
semua barisan hadapan. Disediakan oleh: Cikgu Syidah
Ayuh adik-adik
Kita sama-sama berdoa semoga
wabak koronavirus terus reda dan
kita dapat menjalani aktiviti
harian seperti sedia kala.
Teruskan berdoa buat semua
barisan hadapan kita
#Duduk rumah
#Kita jaga kita
#Stay safe
#Stay at home