The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhajarhussin04, 2023-09-14 01:24:28

DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU

DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU

DEFINISI JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU Jenayah kolar putih bermaksud Tindakan salah laku ataupun dianggap tidak beretika yang dilakukan oleh pekerja kelompok pertengahan atau atasan seperti ketua sesebuah syarikat atau pentadbiran dan ahli politik yang ada kaitan dengan bidang kerjaya mereka. Jenayah ini biasanya dilakukan oleh orang yang berpangkat tinggi dan seorang yang dihormati dalam pekerjaannya. Mereka mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai jenis salah laku hanya kerana mereka mempunyai status yang tinggi dalam pekerjaannya. Sebagai contoh, pekerja golongan selalu melakukan penipuan, rasuah, penggelapan wang, perdagangan orang, jenayah berkaitan komputer, mencuri identiti, pemalsuan dan sebagainya. Jenayah kolar biru adalah jenayah yang dilakukan golongan pekerja yang menjalankan kerjakerja teknikal dan kemahiran. Jenayah kolar biru tidak ada klasifikasi undang-undang rasmi. Jenayah-jenayah ini adalah berskala kecil, untuk mendapatkan keuntungan yang memberi manfaat kepada individu ataupun kumpulan yang terlibat di dalamnya. Jenayah yang dilakukan berkemungkinan berkaitan hal peribadi yang mendorong seseorang melakukan sesuatu dengan segera seperti pergaduhan dan bersemuka antara satu sama lain. Contoh jenayah yang dilakukan adalah seperti : • Pengeluaran atau pengedaran narkotik (dadah) • Serangan seksual • Kecurian • Rompakan • Serangan atau pembunuhan


PERBEZAAN JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU Jenayah kolar putih adalah jenayah yang dilakukan oleh orang yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Sebutan jenayah kolar putih adalah daripada istilah pekerja kolar putih. Jenayah kolar putih biasanya dilakukan oleh pekerja oleh pekerja yang berada dalam sektor pekerjaan profesional atau pentadbiran. Mereka menggunakan jawatannya di sesebuah syarikat atau perbadanan untuk melakukan perbuatan salah laku seperti penggelapan duit syarikat, rasuah, penipuan dan elak bayar cukai pendapatan. Lebih-lebih lagi segala asset penting seperti kewangan syarikat, pelanggan dan maklumat sulit mudah diakses oleh pekerja kolar putih ini. Contoh pekerjaan kolar putih adalah seperti peguam, pegawai bank dan ahli politik. Manakala, jenayah kolar biru pula adalah jenayah yang dilakukan oleh orang-orang yang bekerja di kelas bawahan. Sama seperti jenayah kolar putih, jenayah kolar biru asalnya daripada istilah pekerja kolar biru iaitu menunjukkan orang yang bekerja di sektor buruh manual. Kebiasaannya pekerja kolar biru dibayar upah yang rendah setiap hari dan memerlukan kemahiran yang rendah atau tinggi bergantung kepada jenis pekerjaan yang dilakukan. Contoh tindakan jenayah kolar biru ialah rompakan bersenjata, pembunuhan, rogol, pencurian dan serangan. Seterusnya, contoh pekerjaan kolar biru ialah pegawai polis, tukang paip, kontraktor awam, juru elektrik, pengurus pembaikan dan banyak lagi.


PERBEZAAN SECARA RINGKAS JENAYAH KOLAR PUTIH DAN KOLAR BIRU Pekerja yang berada dalam golongan masyarakat yang lebih tinggi kedudukannya. Jenayah kolar biru selalunya akan menyebabkan kecederaan fizikal atau kerosakkan harta benda dan dilakukan secara langsung terhadap mangsa jenayah tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan fizikal. Jenayah kolar putih tidak mendatangkan bahaya atau ancaman kepada tubuh mangsa jenayah. Kebiasaannya hal-hal berkaitan wang, harta intelektual dan pemindahan sumber. Penjenayah kolar putih melakukan jenayah yang berkaitan dengan bidang kerja mereka dan mereka juga boleh melakukan jenayah kolar biru. Jenayah Kolar Putih Pekerja di kalangan masyarakat yang biasanya berkelas lebih rendah Kebiasaannya jenayah yang dilakukan penjenayah kolar biru tiada kaitan dengan skop pekerjaan mereka dan penjenayah kolar biru tidak boleh melakukan jenayah kolar putih. Jenayah Kolar Biru


KESAN-KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH • Hal ini disebabkan oleh kes jenayah kolar putih ini biasanya dilakukan oleh golongan profesional yang selalu memberikan duit sogokan kepada pihak-pihak tertentu demi menutup kesalahan mereka dan pada akhirnya penjenayah-penjenayah ini sukar untuk di cari. Melumpuhkan pentadbiran negara. • Seperti yang saya nyatakan tadi, ia tidak hanya melibatkan individu tersebut bahkan seluruh rkayat negara tersebut. Aktiviti perdagangan Negara dan kemampuan agensi penguatkuasaan dalam menguruskan dan menyiasat kes in turut terjejas. Prestasi kewangan negara kita akan terjejas. • Misalnya seorang pegawai kastam ini bertugas di sempadan negara. Daripada melaporkan kepada pihak SPRM, dia menerima duit sogokan tersebut dari pihak pemberi agar dia melepaskan seludupan rokok murah. Melemahkan tugas dalam sesuatu perbadanan kerana terdapat unsur penipuan dalam urusan tersebut. • Sudah terang lagi bersuluh, jika jenayah kolar putih kebanyakannya dilakukan oleh pihak atasan dan berkedudukan, pasti undang-undang dan peraturan juga tidak dapat dilaksanakan kerana dimonopoli oleh mereka. Tidak dapat melaksanakan undang-undang secara adil dan dapat meruntuhkan ekonomi negara. • Kemajuan media massa sekarang memudahkan semua orang mendapatkan maklumat tentang segala isu semasa yang berlaku dalam sesebuah negara. Maka, hal ini mampu menjadi faktor ekonomi negara tersebut jatuh. Menjatuhkan nama negara. • Rasuah biasanya melibatkan kontraktor yang menjalankan projek pembinaan jalan raya. Mereka menerima projek daripada kerajaan pada nilai pelaksanaan tertinggi tetapi sebenarnya mereka menbuat jalan raya pada kos paling minima semata-mata ingin mendapatkan keuntungan. Hal ini juga membawa kepada satu infrastruktur, pembangunan atau program yang tidak berkualiti.


Click to View FlipBook Version