The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hueychyau, 2020-06-17 02:57:58

PRA U STPM GEOGRAFI PENGGAL 2

PRA U STPM GEOGRAFI PENGGAL 2

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: 1 13.2 Fenomena Iklim 57
Geografi Alam Sekitar Fizikal 13.3 Fenomena El Niño dan La Niña 61
Tema 3: Sistem Atmosfera Rumusan 67
Praktis STPM 13 68

11Bab Struktur dan Kandungan Atmosfera 2 Bab Perubahan Iklim 69
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
14
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
11.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera 3
Rumusan 5 14.1 Perubahan Iklim 70
Praktis STPM 11 6 14.2 Kesan Rumah Hijau 71
14.3 Penipisan Lapisan Ozon 73
12Bab Cuaca dan Iklim 14.4 Kesan Perubahan Iklim terhadap Alam Sekitar
78
Fizikal dan Aktiviti Manusia

7 Rumusan 80
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Praktis STPM 14 81
12.1 Konsep Cuaca dan Iklim
12.2 Unsur-unsur Cuaca dan Iklim 8 15Bab Mikro Iklim Bandar 82
12.3 Konsep Imbangan Bahangan 8 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
12.4 Proses Pemindahan Haba 13
12.5 Taburan Suhu Secara Mendatar dan Menegak 14 15.1 Konsep Mikro Iklim Bandar 83
12.6 Kelembapan Udara 17
12.7 Kestabilan Udara 23 15.2 Perubahan Unsur Cuaca dan Iklim di Kawasan
12.8 Proses Sejatan 24 Bandar
12.9 Proses Pemeluwapan dan Pembentukan Awan 25 83
12.10 Kerpasan 27
12.11 Tekanan Udara 32 15.3 Pulau Haba Bandar 85
12.12 Edaran Umum Atmosfera 35
12.13 Sistem Angin Dunia 40 15.4 Pulau Sejuk Bandar 88
12.14 Gangguan Atmosfera 43
48 15.5 Pencemaran Udara dan Jerebu 89

15.6 Hujan Asid 97

15.7 Kesan Perubahan Mikro Iklim Bandar terhadap
Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia 101

Rumusan 102

Praktis STPM 15 103

Rumusan 51 Bab Kemahiran Amali

Praktis STPM 12 52 16 Sistem Atmosfera 104
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bab Kaitan Sistem Atmosfera 16.1 Melukis dan Mentafsir Peta Garisan Senilai 105
13 dengan Manusia 54 16.2 Mengira Data, Melukis dan Mentafsir Graf 108
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
dan Carta Cuaca

13.1 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Aktiviti Contoh Soalan dan Jawapan 119
Ekonomi
55 Praktis STPM 16 127

vi

Tema 4: Sistem Hidrologi Bab Kaitan Sistem Hidrologi
21 dengan Manusia 179
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
17Bab Fasa air 128
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 21.1 Kepentingan Sumber Air terhadap Aktiviti
Manusia 180
17.1 Fasa Air 129 182
21.2 Gangguan Imbangan Air terhadap Aktiviti 189
Rumusan 130 Manusia

Praktis STPM 17 131 21.3 Penyesuaian Manusia terhadap Kurangan Air
dan Lebihan Air

18Bab Kitaran Hidrologi Rumusan 194

132 Praktis STPM 21 195
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

18.1 Konsep Kitaran Hidrologi 133 Bab Kemahiran Amali
18.2 Proses Mendatar Kitaran Hidrologi 134 22 Sistem Hidrologi 196
18.3 Proses Menegak Kitaran Hidrologi 137 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
18.4 Pengaruh Sejatan dan Sejatpeluhan terhadap
144 22.1 Mengira Data, Melukis, dan Mentafsir Graf 197
Kandungan Air di Atmosfera 146 dan Carta Hidrologi
18.5 Keberkesanan Kerpasan
Contoh Soalan dan Jawapan 207

Rumusan 148 Praktis STPM 22 212

Praktis STPM 18 149

19Bab Edaran Air Tanih BAHAGIAN B:

150 Geografi Alam Sekitar Manusia 214
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

19.1 Konsep Air Tanih 151 Tema 3: Pembangunan Ekonomi dan Impak
19.2 Edaran Air Tanih 151 Alam Sekitar
19.3 Air Bawah Tanah sebagai Potensi Sumber Air 159
10Bab Sektor-sektor Ekonomi 215
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Rumusan 160
10.1 Sektor-sektor Ekonomi
Praktis STPM 19 161 10.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan 216

20Bab Imbangan Air 162 Ekonomi 217
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 10.3 Kepentingan Kegiatan Ekonomi kepada
223
20.1 Konsep Imbangan Air 163 Pembangunan Sosioekonomi Negara 226
20.2 Lebihan Air 163 10.4 Sektor Primer 248
20.3 Kurangan Air 171 10.5 Sektor Sekunder 263
20.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Variasi 10.6 Sektor Tertier
175 10.7 Perkembangan Bioteknologi Terkini dalam 285
Imbangan Air Tanih
Bidang Pertanian dan Pembuatan

Rumusan 177 Rumusan 288

Praktis STPM 20 177 Praktis STPM 10 289

vii

11Bab Proses Pembangunan Ekonomi 292 15Bab Kerjasama Serantau 376
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

11.1 Pembangunan Ekonomi 293 15.1 Konsep Kerjasama 377
11.2 Takrifan Pembangunan dan Penunjuk 293 15.2 Kepentingan dan Halangan 395
298
Pembangunan 299 Rumusan 400
11.3 Tahap Pembangunan Semasa antara Kawasan 302
Praktis STPM 15 401
dalam Negara Malaysia
11.4 Ketakseimbangan Pembangunan antara 16Bab Segi Tiga Pertumbuhan 402
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kawasan dalam Negara Malaysia
11.5 Dasar dan Strategi Pembangunan

Rumusan 306 16.1 Konsep Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan 403
16.2 Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan di dalam 403
Praktis STPM 11 307 408
ASEAN
Bab Impak Pembangunan Ekonomi 16.3 Peranan Segi Tiga Pertumbuhan dalam
12 terhadap Alam Sekitar 308
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Memajukan Wilayah Berkenaan

12.1 Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Rumusan 409
Sekitar
309 Praktis STPM 16 410

12.2 Langkah-langkah Mengurangkan Impak
Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar 325

Rumusan 331 Bab Hubungan Malaysia dengan
17 Negara Luar 411
Praktis STPM 12 332 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bab Kemahiran Amali Pembangunan 17.1 Dasar Luar Negara Malaysia 412
17.2 Peranan Malaysia dalam Pakatan Kerjasama 414
13 Ekonomi dan Impak Alam Sekitar 333 416
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Serantau
17.3 Kepentingan Kerjasama Serantau dalam
13.1 Membina dan Mentafsir Gambar Rajah 334
Melindungi Alam Sekitar
13.2 Membina dan Mentafsir Peta 340

Contoh Soalan dan Jawapan 344 Rumusan 418

Praktis STPM 13 357 Praktis STPM 17 419

Tema 4: Globalisasi Ekonomi dan Bab Kemahiran Amali Globalisasi
Kerjasama Serantau
18 Ekonomi dan Kerjasama Serantau 420
Bab Globalisasi Ekonomi 361 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

14 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 18.1 Melukis dan Mentafsir Jadual dan
Gambar Rajah
14.1 Konsep Globalisasi Ekonomi 362 421
18.2 Membina dan Mentafsir Peta Aliran 427
14.2 Saling Bergantung antara Kawasan 364

14.3 Perlunya Kerjasama antara Kawasan 368 Contoh Soalan dan Jawapan 429

14.4 Kesan Globalisasi Ekonomi terhadap Sesebuah Praktis STPM 18 439

Negara 369 Kertas Model STPM 443

Rumusan 374 Jawapan 447

Praktis STPM 14 375 Glosari 478

viii

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia Tema 3: Sistem Atmosfera

BAB

13 KAITAN SISTEM ATMOSFERA
DENGAN MANUSIA

BAB
PENGENALAN
13

Bab ini membincangkan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi seperti perikanan,
pertanian, perdagangan, pelancongan, pengangkutan, perindustrian, dan pembalakan. Bab ini juga
menjelaskan fenomena iklim seperti banjir, kemarau, siklon tropika, iaitu taufan dan hurikan, tornado,
El Niño dan La Niña serta kesannya terhadap manusia.

Peta Konsep

Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Pengaruh cuaca dan iklim Fenomena iklim
terhadap aktiviti ekonomi

Perikanan Pertanian Pelancongan Perdagangan

Pengangkutan Perindustrian Pembalakan

Banjir Kemarau Siklon tropika Tornado El Niño dan
La Niña

54

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

13.1 Pengaruh Cuaca dan Iklim Hasil Pembelajaran
terhadap Aktiviti Ekonomi
Menjelaskan pengaruh
1 Unsur cuaca dan iklim memberi pengaruh yang cukup besar terhadap cuaca dan iklim terhadap
aktiviti manusia di seluruh dunia sama ada pengaruh positif ataupun aktiviti manusia
negatif.
BAB
2 Antara aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh unsur cuaca
dan iklim ialah seperti perikanan, pertanian, perdagangan, 13
pelancongan, pengangkutan, perindustrian dan juga pembalakan.

Perikanan

1 Bagi kawasan beriklim Khatulistiwa, iaitu berada di garis
lintang 0° menerima haba matahari sepanjang tahun dengan
suhu berada antara 27°C – 35°C.

2 Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan plankton di dasar
laut sebagai sumber makanan hidupan akuatik seperti ikan, udang, dan
sebagainya.

3 Dikatakan pancaran matahari mampu sampai ke dasar lautan
pada kedalaman 100 meter.

4 Keadaan ini mampu membantu pertumbuhan plankton di Pentas Benua
dan Pentas Sunda di sekitar Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

5 Bagi kawasan beriklim sejuk seperti Eropah, Amerika Syarikat, Kanada,
dan Jepun yang mengalami kejadian empat musim, aktiviti perikanan
hanya dijalankan pada musim bunga dan musim panas setiap tahun.
Pada musim luruh dan musim dingin pula laut diliputi oleh ais.

Pertanian

1 Unsur cuaca dan iklim mempengaruhi kepelbagaian jenis tanaman di
seluruh dunia.

2 Bagi kawasan Khatulistiwa atau tropika lembap, kuantiti hujan
tahunan yang tinggi antara 1 500 mm – 2 030 mm setahun
dan suhu yang panas sepanjang tahun, iaitu 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti pertanian.

3 Antara tanaman utama di kawasan tropika lembap ialah seperti padi
sawah, kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, dan sebagainya.

4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara yang menerima
hujan tahunan sekitar 1 000 mm dan min suhu tahunan sekitar 10°C,
kegiatan penanaman gandum, barli, dan oat sesuai dijalankan. Di Wilayah
Prairie pula dijalankan tanaman bijirin.

Perdagangan

1 Iklim dan cuaca secara tidak langsung mempengaruhi aktiviti
perdagangan di seluruh dunia tanpa mengira sempadan politik.

2 Kawasan Asia Tenggara yang beriklim tropika merupakan pengeksport
utama dunia bagi hasil tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, lada
hitam, nenas, tebu, kopi, dan rempah ratus.

55

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

3 Tanaman ini mendapat permintaan tinggi dari negara Eropah, Amerika
Utara, China, Jepun, dan Korea Selatan yang beriklim sederhana sejuk.

4 Kawasan beriklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara,
Eropah, dan New Zealand merupakan pengeksport utama hasil tenusu,
gandum, dan barli ke pasaran Asia Tenggara.

BAB Pelancongan

13 1 Perbezaan iklim antara kawasan akan mewujudkan pelbagai tarikan
kepada aktiviti pelancongan di seluruh dunia.
Foto 13.1 Pantai yang bersih dan
indah menjadi tarikan 2 Bagi kawasan yang mengalami iklim tropika, iklim panas dan
pelancong lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan hutan
hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna seperti Taman Negara
Bagaimanakah unsur cuaca Tahan, Kuala Koh, Endau-Rompin, Mulu, dan Kinabalu yang menjadi
dan iklim mempengaruhi tarikan pelancong dari Eropah, Amerika Utara, dan Jepun.
kegiatan pelancongan di
Malaysia? 3 Iklim panas sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti berjemur di pantai-
pantai berpasir seperti di Batu Feringghi, Teluk Cempedak, Pantai
Irama, Pantai Cahaya Bulan, serta pulau-pulau seperti Pulau Tioman,
Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, dan Pulau
Sipadan.

4 Udara yang nyaman dan dingin di kawasan tanah tinggi seperti Tanah
Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Genting Highlands dan di Kundasang,
Sabah menjadi tarikan utama kepada pelancong.

5 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk, kawasan banjaran gunung yang
diselaputi salji seperti pergunungan Alps dan Rocky menjadi tarikan
kepada aktiviti gelongsor salji, meluncur ais, dan lain-lain.

Pengangkutan

1 Sistem pengangkutan dunia sejak zaman berzaman dipengaruhi
oleh iklim dan cuaca, terutamanya pengaruh tiupan angin dalam
menggerakkan kapal-kapal dagang dari Rom, China, Portugis, dan
sebagainya.

2 Kawasan tropika menerima hujan yang lebat kira-kira 2 600 mm setahun.
3 Isi padu sungai adalah banyak dan menggalakkan aktiviti pengangkutan

dan perhubungan. Contohnya, Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, dan
Sungai Kelantan.
4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti di tasik-tasik besar Ontario
hanya boleh dimudiki pada musim bunga dan musim panas.

Foto 13.2 Industri batik Perindustrian
memerlukan pancaran
cahaya matahari yang 1 Kawasan tropika yang menerima pancaran matahari yang
tinggi tinggi sepanjang tahun, iaitu suhu sekitar 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti perindustrian, terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

2 Antara IKS yang memerlukan cahaya matahari tinggi ialah industri
yang berasaskan makanan seperti ikan kering, keropok, belacan, dan
kerepek serta penjemuran batik yang dijalankan di Pantai Cahaya Bulan,
Kemaman, Tok Bali, dan Kuala Terengganu.

56

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia BAB

Pembalakan 13

1 Iklim di kawasan tropika lembap seperti Malaysia yang menerima
hujan lebat sekitar 2 600 mm setahun dan min suhu tahunan
tinggi sekitar 27°C menggalakkan pertumbuhan pokok kayu keras
dalam hutan hujan tropika seperti cengal, meranti, kapur, kempas,
keruing, dan tualang yang hidup subur dan bernilai tinggi bagi pasaran
kayu dunia.

2 Kawasan iklim sederhana sejuk seperti di New Foundland, Kanada,
aktiviti pembalakan dijalankan pada musim dingin kerana getah
balak membeku dan lapisan salji yang licin digunakan sebagai jalan
pengangkutan balak ke kilang.

3 Di samping itu, terdapat banyak buruh sambilan yang terdiri dari-
pada nelayan-nelayan yang tidak dapat turun ke laut untuk menangkap
ikan kerana laut membeku pada musim dingin.

13.2 Fenomena Iklim Hasil Pembelajaran

Banjir Menghuraikan fenomena
iklim (banjir, kemarau,
1 Banjir merujuk limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi siklon tropika, tornado, dan
daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai dan lautan. El Niño dan La Niña)

2 Kejadian banjir mendatangkan kesan terhadap manusia dan juga alam Nyatakan kesan-kesan banjir
sekitar fizikal. Antaranya termasuklah: terhadap aktiviti manusia.
(a) Aktiviti pertanian
(i) Banjir menyebabkan hasil pertanian ditenggelami
air seperti kawasan tanaman padi, tembakau, nanas,
tembikai, dan sayur-sayuran.
(ii) Aktiviti pertanian dipengaruhi secara langsung oleh perubahan
unsur cuaca dan iklim. Contohnya, hasil tanaman padi di
Dataran Kedah-Perlis musnah disebabkan ditenggelami banjir
yang berlaku pada Disember 2005.
(b) Aktiviti perikanan
(i) Banjir menghalang aktiviti perikanan, terutamanya perikanan
pinggir pantai.
(ii) Musim tengkujuh yang melanda pantai timur Semenanjung
Malaysia semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut yang
bertiup antara bulan November – Mac menyebabkan laut
bergelora dan ombak besar.
(iii) Nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut dan keadaan
ini menjejaskan pendapatan mereka.
(c) Aktiviti pengangkutan
(i) Banjir menyebabkan sistem perhubungan dan
pengangkutan terjejas. Jalan raya dinaiki air, jambatan rosak,
lapangan terbang ditenggelami air, dan berlaku kejadian tanah
runtuh.
(ii) Banjir juga menyebabkan pemilik kenderaan menanggung
kerugian kerana kenderaan mereka rosak akibat banjir.

57

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

(d) Aktiviti luar rumah dan sosial
(i) Aktiviti harian penduduk akan terganggu akibat banjir.
Banjir menyebabkan sekolah terpaksa ditutup, perkhidmatan
kesihatan, pejabat pos, dan hiburan turut tidak berfungsi.
(ii) Di samping itu, aktiviti riadah seperti berlari, memancing, dan
berkelah turut terjejas.
(e) Aktiviti pelancongan
Semasa kejadian banjir, kedatangan pelancong asing merosot.
Pelancong dari negara-negara Eropah dan Jepun datang ke Malaysia
BAB bertujuan untuk mendapatkan pancaran matahari dan berjemur di

13 pantai seperti di Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Buruk, Pantai
Chendering, dan Pantai Tanjung Rhu.
(f) Aktiviti perindustrian
Aktiviti menjemur keropok, kerepek, ikan kering, belacan,
dan batik tidak dapat dijalankan. Aktiviti ini memerlukan pancaran
matahari yang banyak bagi proses pengeringan. Selain itu, bekalan
bahan mentah seperti ikan untuk dijadikan keropok, belacan, dan
ikan kering berkurangan kerana pada musim tengkujuh nelayan
tidak dapat turun ke laut.

Kemarau

1 Kemarau merujuk keadaan kering dan panas tanpa hujan bagi tempoh
masa yang panjang.

2 Kemarau juga bermaksud jumlah sejatpeluhan melebihi jumlah
kepanasan untuk suatu jangka masa yang panjang atau lama bagi
sesebuah kawasan.

3 Kemarau terbahagi kepada empat jenis, iaitu kemarau kekal, bermusim,
kontingen, dan kemarau tidak nyata.

4 Kemarau memberi kesan terhadap manusia. Antara kesannya ialah
terhadap aktiviti pertanian, perindustrian, penternakan, akuakultur,
pengangkutan, dan pelancongan.
(a) Aktiviti pertanian
(i) Musim kemarau yang melanda sesebuah kawasan menye-
babkan kemusnahan kawasan pertanian, terutamanya
penanaman padi. Contohnya, kemarau yang berpanjangan
di Wilayah Indramayu dan Cirebon Indonesia pada
Jun 2006 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 30 000
hektar sawah padi musnah.
(ii) Tinjauan mendapati petani mengalami kerugian kira-
kira Rp 1 juta (RM400) hingga Rp 3 juta (RM1 300)
setiap hektar bergantung kepada usia padi kerana kos
pengolahan sawah ketika ini meningkat menjadi
Rp 800 000 (RM320) sehektar, sementara kos menanam pula
mencapai Rp 200 000 (RM80) sehektar.
(b) Aktiviti perindustrian
(i) Kekurangan air di empangan seperti Empangan Semenyih,
Empangan Klang Gate, Empangan Durian Tunggal, dan
Empangan Pedu turut menjejaskan aktiviti perindustrian.

58

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia  BAB

(ii) Industri perkilangan, terutamanya industri elektronik seperti 13
kilang Alps, Inteks, dan Seagate memerlukan sumber bekalan
air yang banyak dalam operasinya.

(iii) Kekurangan bekalan air menjejaskan kapasiti pengeluaran
seperti di Seberang Prai, Shah Alam, dan Klang.

(c) Aktiviti penternakan
(i) Kemarau yang berpanjangan menyebabkan kapasiti isi padu
air dalam ekosistem semakin berkurangan.
(ii) Sumber air amat diperlukan bagi aktiviti penternakan binatang
ternak seperti lembu, kambing biri-biri, dan kerbau di padang
ragut sebagai sumber air minuman.
(iii) Sumber air hujan juga perlu bagi menggalakkan
pertumbuhan rumput di padang ragut sebagai sumber
makanan binatang ternakan seperti di Dataran Kelantan,
Dataran Kedah, dan Dataran Perlis.

(d) Aktiviti akuakultur
(i) Kemarau yang berpanjangan menjejaskan ekosistem akuatik
seperti tasik, kolam, paya, dan sungai seterusnya mengganggu
aktiviti akuakultur di ekosistem akuatik tersebut.
(ii) Aktiviti akuakultur seperti menternak ikan patin, tilapia,
udang harimau, lampam, dan jelawat terjejas teruk dise-
babkan kekurangan sumber air. Contohnya, penternakan
udang harimau di kolam ternak Kerpan, Kedah.
(iii) Selain memberi kesan terhadap penternakan ikan dalam
sangkar seperti ikan patin dan tilapia di Sungai Pahang,
kekurangan sumber air ini menyebabkan kerugian beribu-ribu
ringgit kepada penternak ikan.

(e) Aktiviti pengangkutan
(i) Sistem perhubungan dan pengangkutan melalui sungai
mengalami masalah yang serius akibat kemarau.
(ii) Kuantiti isi padu air sungai amat bergantung kepada
jumlah hujan yang diterima.
(iii) Kekurangan hujan menyebabkan isi padu air sungai
menjadi cetek dan sukar dimudiki. Contohnya, kesan kemarau
berpanjangan di tempat-tempat di hulu Sungai Pahang seperti
Kampong Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut gagal dihubungi
oleh pengangkutan air.
(iv) Ini menyebabkan penduduk di Ulu Tembeling, Jerantut terputus
bekalan makanan disebabkan kesukaran pengangkutan.

(f) Aktiviti pelancongan
(i) Kemarau yang melanda turut menjejaskan kedatangan
pelancong ke sesebuah negara, contohnya Malaysia.
(ii) Cuaca panas yang melampau menyebabkan kehilangan air
badan yang banyak. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak
selesa kepada para pelancong.
(iii) Kemarau juga menyebabkan gangguan kepada sistem
pengangkutan air yang menjadi tarikan kepada pelancong,
misalnya ke Taman Negara, Pahang.

59

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Siklon Tropika (Taufan dan Hurikan)

1 Setiap tahun antara 1 Jun dan 30 November, bencana taufan atau typhoon
pasti mengancam beberapa kawasan di seluruh dunia termasuk negara
Asian seperti Jepun, China, dan Korea.

BAB 2 Di rantau lain pula, ribut yang sama dikenal sebagai “taufan” atau “siklon”.
Selain itu, ribut ini turut dikenal dengan pelbagai nama tempatan seperti
hurikan (hurricane), dan willy-willy.

3 Taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah
yang selalunya terbentuk di kawasan tropika.

13 4 Taufan merupakan sejenis ribut yang sangat ganas, membawa
hujan lebat, dan memiliki kuasa pemusnah.

5 Kekuatan taufan diukur melalui skala Saffir-Simpson. Terdapat
lima kategori taufan. Kategori pertama ialah kelajuan angin
antara 120 – 153 km/j, kategori kedua 154 – 178 km/j, kategori
ketiga 179 – 209 km/j, kategori keempat 210 – 250 km/j, dan kategori
kelima melebihi 251 km/j.

6 Kawasan utama yang menjadi tumpuan pembentukan dan perkembangan
tropika terletak antara garisan lintang 5° hingga 20° utara dan selatan.

7 Enam kawasan utama yang mengalami kejadian taufan atau
siklon tropika ialah
(a) Laut Karibia
(b) Teluk Mexico
(c) barat laut Pasifik yang meliputi kawasan yang menganjur dari
Filipina hingga ke Laut China
(d) kawasan Lautan Pasifik ke barat Mexico
(e) selatan Lautan Hindi ke timur Pulau Madagascar
(f) utara Lautan Hindi seperti Teluk Benggala dan Laut Arab

’14 STPM Kesan terhadap Manusia

Petua Pemeriksa 1 Kehilangan nyawa manusia
(a) Kekuatan dan kelajuan taufan menyebabkan banyak nyawa
Pelajar perlu menghuraikan manusia di kawasan tragedi terkorban. Contoh taufan
kesan siklon tropika terhadap yang mengorbankan banyak nyawa manusia ialah Taufan
aktiviti ekonomi penduduk di Bilis yang berlaku pada 18 Julai 2006 di China yang mengorbankan
kawasan pinggir pantai. 178 nyawa dan yang masih hilang sebanyak 138 orang.
(b) Taufan yang paling banyak menyebabkan nyawa terkorban
Nyatakan empat kesan siklon ialah taufan kategori kedua (258 km/J) yang berlaku di Bangladesh
terhadap manusia. pada 13 November 1970 yang mengorbankan kira-kira 200 000
hingga 500 000 orang.

2 Kemusnahan harta benda
(a) Kejadian taufan yang turut membawa hujan lebat telah
menenggelamkan petempatan dan harta benda manusia.
(b) Taufan Andrew (1992) yang melanda Florida dan Pantai
Teluk, Amerika Syarikat membawa kemusnahan kira-kira
RM 92.5 billion, tidak termasuk taufan Katrina yang masih belum
dianggarkan jumlah kerugian harta bendanya seperti rumah,
kenderaan, tanaman, dan binatang ternakan.

60

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

3 Menjejaskan kemudahan infrastruktur Galeri Info BAB
(a) Taufan turut memusnahkan jalan raya, landasan kereta api,
dan juga bekalan elektrik. Contohnya, beberapa landasan Kebanyakan puting beliung 13
kereta api utama di China dilaporkan rosak sehingga menyebabkan mempunyai angin selaju 175
ribuan penumpang terkandas akibat Taufan Bilis pada Julai 2006. km/j atau kurang dengan
(b) Dilaporkan lebih daripada 10 000 pekerja terpaksa dikerah untuk lebar 75 meter dan bergerak
membaiki kerosakan tersebut. beberapa kilometer sebelum
“lenyap”. Sesetengah puting
4 Menyebabkan kejadian tanah runtuh beliung mempunyai angin
(a) Di kawasan bercerun, Taufan Bilis telah menyebabkan tanah runtuh selaju 480 km/j dengan lebar
di daerah Fujian, China. melebihi 1.6 km dan boleh
(b) Kejadian yang sama berlaku di daerah Gangwan, Korea Selatan bergerak sejauh 100 kilometer.
yang menyebabkan kerugian besar kepada penduduk.

Tornado Foto 13.3 Siklon tropika

1 Tornado atau ribut puting beliung merupakan pusaran udara Foto 13.4 Kejadian tornado
yang berbentuk saluran atau gelombang dan bergerak dengan pantas. yang berlaku pada 3
Mei 1990 di bandar
2 Proses pembentukannya bergantung kepada kelembapan atau wap air Oklahoma, Amerika
dalam udara yang membekalkan tenaga untuknya. Syarikat

3 Pertembungan jisim udara yang sejuk yang lebih kering membentuk
tornado dengan pusaran menjulang di bahagian tengahnya menjadi
jalan keluar kepada udara panas naik ke atas.

4 Kawasan utama tornado dengan purata lima kali setahun yang berlaku
di Amerika Syarikat adalah di Kansas, Iowa, Texas, Arkansas, Oklahomo,
Missouri, Alabama, Mississippi, dan Nebraska.

5 Kemusnahan atau kesan yang dibawa tornado adalah hampir sama
dengan fenomena taufan atau hurikan, iaitu kemusnahan harta benda
seperti rumah, bangunan, kenderaan, hasil tanaman, dan binatang
ternakan. Selain itu, kemudahan infrastruktur turut musnah serta
berlaku kehilangan nyawa.

6 Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 9 000 orang mati akibat
tornado dalam tempoh 50 tahun.

7 Malah setiap tahun kerugian harta benda dilaporkan antara 200 hingga
300 juta dolar.

13.3 Fenomena El Niño dan La Niña STPM ’08/’13/’16

Konsep El Niño dan La Niña

1 El Niño dan La Niña merujuk gangguan atmosfera dan lautan yang
berlaku secara bermusim, iaitu bagi tempoh tiga hingga lima tahun
sekali.

2 Fenomena ini berlaku di selatan Lautan Pasifik yang membawa bencana
alam di seluruh dunia.

3 Gangguan atmosfera kesan fenomena El Niño merujuk kejadian
kemarau yang berpanjangan dan La Niña merujuk kejadian banjir besar.

61

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

INFOBAB 4 El Niño membawa maksud “anak Christ”. Nama ini diberikan oleh
Rujuk laman web yang berikut nelayan di Peru. Hal ini disebabkan berlaku pemanasan air laut yang
untuk mendapatkan maklumat luar biasa di Pantai Peru dan kejadian ini berlaku pada musim Krismas.
lanjut tentang fenomena
5 Bagi ahli sains, El Niño merujuk edaran air laut yang panas ke kawasan
13 El Niño dan La Niña: pantai barat Amerika Selatan, terutamanya di Pantai Ecuador dan Peru.
• www.livescience.
com/46486_explainer_el- 6 El Niño juga dikenal sebagai Ayunan Selatan yang mengganggu pola
nino-and_la_nina.html angin biasa sehingga berlakunya pemisahan arus panas dan arus sejuk
oleh zon perubahan suhu secara beransur-ansur yang dikenal sebagai
El Niño merujuk kemarau, termoklin.
manakala La Niña merujuk
banjir. 7 Kesan gangguan atmosfera ini menyebabkan berlaku peningkatan suhu
Lautan Pasifik dan gangguan kepada pola tiupan angin lazim.

8 Angin timuran yang sepatutnya membawa hujan telah menjadi kering
dan berudara kering (dry air).

9 Kawasan yang sepatutnya kering menerima kadar hujan yang lebat, udara
lembab dan banjir. Kawasan ini dikenal kesan fenomena La Niña.

10 La Niña dalam bahasa Sepanyol bermaksud kanak-kanak perempuan
atau anak gadis.

11 Semasa kehadiran La Niña, berlaku penurunan suhu antara
3°C – 5°C daripada takat suhu normal, iaitu 27°C.

12 Berlaku pergerakan angin dari lautan yang berkelembapan tinggi
ke arah daratan yang berkelembapan rendah yang membawa hujan lebat
di kawasan tekanan udara rendah.

13 Fenomena kejadian El Niño telah dikesan berlaku pada tahun 1901,
1905, 1940, 1944, 1965, 1972, 1973, 1982 – 1983, 1989 – 1990,
1991 – 1992, 1994 – 1995, dan 1997 – 1998.

14 Ahli-ahli sains berpendapat, kejadian El Niño pada tahun
1997 – 1998 merupakan kejadian terburuk pernah berlaku bagi tempoh
100 tahun.

15 Di Malaysia, El Niño terburuk yang pernah berlaku ialah pada tahun 1982
dan 1983, apabila berlakunya kemarau dan musim panas yang panjang.

16 Mengikut kajian, El Niño mempunyai tiga bentuk, iaitu lembut,
sederhana, dan kuat yang berlangsung dalam tiga fasa, iaitu permulaan
(on set), kematangan (mature), dan kemerosotan (decay).

Mekanisme Kejadian El Niño dan La Niña

1 Umumnya, kawasan tropika terdedah kepada pancaran matahari yang
banyak. Keadaan ini menyebabkan kawasan tropika merupakan kawasan
tekanan udara rendah.

2 Keadaan ini berlaku apabila matahari menghampiri kawasan Garisan
Jadi di Utara Australia dan Papua New Guinea pada bulan November
dan Disember.

3 Pada bulan November dan Disember, udara dari kawasan tekanan tinggi
(subtropika) akan bertiup masuk ke kawasan tekanan rendah (tropika).

4 Keadaan ini mewujudkan Pergerakan Angin Timuran yang bertiup dari
arah timur Lautan Pasifik ke arah barat Lautan Pasifik yang mempunyai
tekanan rendah.

5 Angin ini merupakan angin lazim di kawasan Lautan Pasifik sebelum
berlaku gangguan El Niño.

62

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Amerika Galeri Info
Asia Utara
Tanda-tanda awal El Niño
Angin Timuran kuat • Peningkatan tekanan

Asia Amerika permukaan di lautan India, BAB
Tenggara Selatan Indonesia, dan Australia.
Australia • Penurunan tekanan udara di
Lautan Pasifik Tahiti dan tengah dan timur
Lautan Pasifik.
• Angin pusat di Pasifik
selatan timur menjadi lemah
dan menuju ke timur.

13

Peta 13.1 Keadaan angin timuran kuat INFO
Rujuk laman web yang
6 Arah tiupan angin lazim ini menyebabkan wap air yang tersejat berikut untuk mendapatkan
dibawa oleh Angin Timuran ini lalu menurunkan hujan yang maklumat lanjut tentang
banyak di kawasan barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Papua ENSO:
New Guinea, dan Australia. • en.wikipedia.org/wiki/

7 Di kawasan timur Lautan Pasifik seperti kawasan barat Amerika Selatan El-Niño-Southern_
seperti Peru, Ecuador, dan Chile pula mengalami musim kemarau. Oscillation

8 Keadaan tekanan udara di Lautan Pasifik mengalami perubahan semasa 63
berlakunya fenomena El Niño.

9 Semasa El Niño, pola angin lazim mengalami perubahan. Angin Timuran
yang kuat bertukar menjadi lemah disebabkan sistem tekanan rendah di
Australia dan kepulauan Papua New Guinea digantikan dengan tekanan
tinggi yang lemah.

10 Di bahagian timur Lautan Pasifik tekanan juga menjadi rendah dan
mempengaruhi kewujudan Angin Baratan yang lebih kuat berbanding
Angin Timuran.

11 Keadaan ini menyebabkan air panas bergerak ke timur Lautan Pasifik di
pantai Ecuador, Peru, dan Chile di Amerika Selatan dan menyebabkan
hujan lebat turun di kawasan ini.

12 Di bahagian barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Australia, dan
Papua New Guinea pula mengalami kemarau yang sepatutnya menerima
hujan lebat pada waktu ini.

13 Perubahan pola angin lazim ini juga dikaitkan dengan ENSO
(El Niño Southern Oscillation), iaitu percantuman antara El Niño dengan
putaran selatan.

14 Percantuman ini menyebabkan kuasa El Niño meningkat.
Kejadian ENSO ini berkait dengan perubahan suhu permukaan
laut dan keadaan atmosfera hingga mampu mengubah haluan angin.

15 Menurut Hukum Boyle, apabila suhu permukaan laut meningkat,
tekanan udara sekitar akan menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan
angin dari kawasan tekanan tinggi masuk ke kawasan tekanan rendah.

16 Oleh itu, ENSO telah mengubah pola tiupan Angin Timur Laut
dari laut ke darat dan dari darat ke laut.

Geografi Penggal 2 STPM Jawapan

JAWAPAN

BAHAGIAN A (b) Kepada biologi oksigen – Penyokong kepada semua
kehidupan di bumi

Bab Mencorakkan kontur permukaan bumi – Kejadian seperti
hujan, angin, dan larian air mewujudkan pelbagai bentuk
11 Struktur dan Kandungan Atmosfera muka bumi yang sentiasa berubah
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Soalan Struktur Kekayaan semula jadi – Perlombongan sumber mineral
logam dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam
Soalan 1 melalui tindakan air hujan ke dalam batuan

(a) Merujuk kepada lapisan udara yang terdiri daripada
empat lapisan utama, mempunyai ciri dan fungsi yang
berbeza mengikut ketinggiannya. [3] Perdagangan/rekreasi – Pedagang pada zaman dahulu
menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan
(b) (i) Troposfera [1] angin
(ii) Stratosfera [1]
(iii) Mesosfera [1] Membentuk dan mempengaruhi cuaca – Manusia perlu
(iv)
(c) (i) Termosfera [1] menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang
(ii)
(iii) Pertanian – Troposfera mempengaruhi iklim dan ekstrem [8]

cuaca sesuatu kawasan, jadi mempengaruhi jenis (c) Mesosfera Termosfera
pertanian. [2]
Kesihatan – Stratosfera melindungi hidupan di
bumi dari sinar ultra ungu, mengandungi lapisan
ozon. [2] 50 – 80 km dari permukaan 90 – 500 km dari aras

Telekomunikasi – Termosfera mempengaruhi bumi bumi

perkembangan teknologi dan maklumat, Suhu sangat rendah, Mengalami perubahan
mengandungi elektron bebas. [2]
-93°C yang dipengaruhi ketumpatan dan
(d) Karbon dioksida penting untuk proses fotosintesis,
tanaman membuat makanan sendiri dengan bantuan oleh ketinggian dari ketebalan dari semasa ke
matahari, tumbuhan akan hidup subur dan dapat
menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan bermutu. [ 2] permukaan bumi semasa

Soalan Esei Mengalami tekanan Mengalami tekanan udara
Soalan 1
rendah dan bertindak terlalu rendah dan terdiri

sebagai tempat daripada ion gas dan

(a) Gas kekal seperti gas nitrogen 78%, oksigen 21%, dan pembakaran meteorit elektron bebas

0.9% argon serta gas yang kandungannya tidak tetap [12]
seperti karbon dioksida, gas-gas seperti neon, helium,
ozon, kripton, radon, dan lain-lain. [5]

Soalan 2 Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera
(a)

Ciri-ciri

Ketinggian 0-20 km 20-50 km 50-80 km 90-500 km

Suhu Makin kurang mengikut Meningkat mengikut Suhu semakin rendah, Sehingga 1500°C

ketinggian altitud dari -60°C - 0°C hingga -93°C

fungsi Mempengaruhi iklim Melindungi bumi dari Tempat pembakaran Gelombang radio
dan cuaca sinar ultra ungu meteorit

Kesimpulannya, ciri-ciri lapisan atmosfera bergantung kepada kedudukan dan ketinggiannya

(b) Membantu aktiviti pertanian – Troposfera, lokasi Penting untuk kesihatan manusia – Stratosfera,
pembentukan hujan yang penting untuk proses mengandungi lapisan ozon, melindungi manusia dari
penanaman. penyakit yang berpunca dari sinar ultra ungu.

Penting untuk sistem pernafasan manusia – Troposfera, Melindungi bumi serta kediaman manusia dari musnah
mengandungi oksigen, sesuai untuk kediaman manusia. – Mesosfera, melindungi bumi dari bahaya jatuhan
meteorit, tempat meteorit dibakar.
Penting untuk aktiviti pelancongan – Troposfera,
mempengaruhi cuaca dan iklim, terdapat musim tertentu Membantu dalam perkembangan teknologi maklumat
yang menarik kedatangan pelancong.
– Termosfera, mengandungi gelombang radio bagi

menyampaikan berita ke seluruh dunia. [12]

447

Geografi Penggal 2 STPM Jawapan

Soalan 3 (km) Ketinggian Sistem Atmosfera (batu)
(a)

100
144 Termosfera 90
128 Mesospos 80

112 Mesosfera 70
96 60

80 Stratopos 50

64 40

48 Stratosfera 30

32 20
16 Perenggan troposfera 10

0 Troposfera 0

Ciri-ciri Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera

Ketinggian 0-20 km 20-50 km 50-80 km 90-500 km

Suhu Makin kurang mengikut Meningkat mengikut Suhu semakin rendah, Sehingga 1500°C
hingga -93°C
ketinggian altitud dari -60°C - 0°C

fungsi Mempengaruhi iklim dan Melindungi bumi dari Tempat pembakaran Gelombang radio
meteorit
cuaca sinar ultra ungu

Kesimpulannya, ciri-ciri lapisan atmosfera bergantung kepada kedudukan dan ketinggiannya

[12]

(b) Habitat bagi biosfera – Troposfera, tempat tinggal bagi (b) Senaraikan empat unsur cuaca dan iklim.
(i) Suhu
burung-burung dan tumbuhan di bumi. (ii) Hujan [1]
(iii) Angin [1]
Terdapat badan air – Troposfera, hujan turun membentuk (iv) Kelembapan [1]
[1]
badan air seperti sungai, tasik dan lautan.

Terdapat gas-gas – Troposfera, mengandungi pelbagai

jenis gas seperti karbon diokasida dan oksigen. (c) Jelsakan dua perbezaan antara cuaca dan iklim.

Mempengaruhi suhu – Troposfera, mempengaruhi cuaca (i) Tempoh masa berlaku. Cuaca singkat dan iklim

dan iklim, terdapat pelbagai jenis suhu. selama-lamanya. [2]

Melindungi bumi – Stratosfera, melindungi hidupan (ii) Skala. Cuaca skala kecil dan iklim skala luas. [2]

di bumi dari pelbagai penyakit yang membahayakan

kesihatan. (d) (i) Aktiviti pertanian terjejas – Cuaca buruk dengan
(ii)
Mengandungi bumi – Tempat pembakaran meteorit, hujan yang lebat, tanaman tenggelam [2]

permukaan bumi akan terdapat lekukan semasa Aktiviti pengangkutan terjejas – Hujan lebat

meteorit gugur ke bumi. berterusan, jalan raya terputus, dan penerbangan

Kesimpulannya, kepentingan terhadap alam sekitar ditunda. [2]

f izikal dapat dikaitkan dengan melihat kepada empat

sistem fi zikal bumi dan kepada kandungan serta

kepentingan lapisan itu sendiri. [13]

Bab Soalan 2

12 Cuaca dan Iklim (a) Berlaku perbezaan tekanan udara antara laut dan
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
daratan. Tekanan udara permukaan laut adalah tinggi

Soalan Struktur berbanding daratan seterusnya berlaku bayu laut dan
Soalan 1
keadaan sebaliknya akan menyebabkan berlakunya

(a) Merujuk kepada perubahan unsur-unsur cuaca yang bayu darat. Kesannya akan menyebabkan berlaku

berlaku bagi satu tempoh masa yang singkat di ruang perubahan arah tiupan angin tempatan. [4]

lingkup atau lokasi yang kecil. [3]

448


Click to View FlipBook Version