KANDUNGAN
Bab 3.2 Analisis Permintaan Agregat-Penawaran
1 Pengenalan Agregat (AD-AS): Harga Berubah
1 122
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara 3.2.1 Permintaan Agregat-Penawaran
1.2 Isu Makroekonomi Agregat (Analisis AD-AS)
1.3 Petunjuk Makroekonomi 2 122
5
14 3.2.2 Keseimbangan Permintaan Agregat-
Penawaran Agregat (AD-AS) 131
Rumusan 23 Rumusan 139
Praktis STPM QQ1 24 Praktis STPM QQ3 143
Bab Bab
2 Perakaunan Pendapatan Negara 28 4 Wang, Bank, dan Dasar Kewangan 150
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
2.1 Konsep Pendapatan Negara 29 4.1 Wang
2.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara 34 151
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara 41 4.2 Penawaran Wang 154
Rumusan 47 4.2.1 Bank Perdagangan dan Penciptaan
Kredit
154
Praktis STPM QQ2 49 4.2.2 Teori Kuantiti Wang 159
Bab Keseimbangan Pendapatan Negara 4.3 Permintaan Wang 161
3 • d• •a•n• •D• •a•s• a• •r•F• i•s•k• a• •l• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •5• •4• 4.4 Keseimbangan Pasaran Wang dan 166
Aktiviti Ekonomi
3.1 Pendekatan Perbelanjaan Agregat– 4.4.1 Penentuan Kadar Bunga 166
Pendapatan (AE-Y): Harga Tetap
55 4.4.2 Perubahan Kadar Bunga dan
3.1.1 Perbelanjaan Agregat 55 Aktiviti Ekonomi 167
3.1.2 Keseimbangan Ekonomi 4.5 Bank Pusat dan Dasar Kewangan 175
Tiga Sektor (Cukai Sekaligus) 75
Rumusan 188
3.1.3 Dasar Fiskal
87 Praktis STPM QQ4 191
3.14 Keseimbangan Ekonomi Terbuka 111
vii
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM
Bab Perdagangan dan Kewangan 5.5 Imbangan Pembayaran 233
5 Antarabangsa 197 Rumusan 244
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Praktis STPM QQ5 247
5.1 Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa 198
5.2 Faedah Berbanding 201 Kertas Model STPM (944/2) 255
5.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa 209
5.4 Kadar Pertukaran Asing 217 Jawapan 260
5.4.1 Penentuan Kadar Pertukaran Glosari 289
Asing
223
viii
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
BAB
2 PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA
BAB PENGENALAN
2 Perakaunan pendapatan negara merupakan penyata kewangan negara bagi tempoh satu tahun. Penyata
ini amat penting kerana datanya dapat memberi gambaran tentang pencapaian kegiatan ekonomi negara
pada suatu masa tertentu, pertumbuhan serta perkembangannya dari semasa ke semasa. Dalam bab ini,
anda akan mempelajari tentang konsep pendapatan negara seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar, Keluaran
Negara Kasar, keluaran negara nominal, keluaran negara benar, dan pendapatan per kapita. Selain itu,
kaedah penghitungan pendapatan negara juga diperkenalkan. Pendapatan negara dapat dihitung melalui
tiga kaedah, iaitu kaedah perbelanjaan, kaedah keluaran, dan kaedah pendapatan. Data pendapatan
negara yang diperoleh mempunyai beberapa kegunaan. Kesemua ini akan dibincangkan dalam bab ini
termasuklah masalah yang dihadapi dalam penghitungan pendapatan negara dan kelemahan menggunakan
data pendapatan negara.
Peta Konsep
PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
Konsep Pendapatan Kaedah Penghitungan Kegunaan Data
Negara Pendapatan Negara Pendapatan Negara
• KDNK • Kaedah penghitungan: • Kegunaan:
• KNK – Kaedah perbelanjaan – Pertumbuhan ekonomi
• Harga pasaran dan kos – Kaedah keluaran – Pengukur taraf hidup
– Kaedah pendapatan – Prestasi sektor ekonomi
faktor • Masalah penghitungan – Perubahan struktur ekonomi
• Keluaran negara nominal – Perancangan ekonomi
• Keluaran negara benar pendapatan negara • Kelemahan menggunakan data
• Pendapatan negara
• Pendapatan per kapita pendapatan negara:
– Antara masa
28 – Antara negara
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
2.1 Konsep Pendapatan STPM ’08 / ’09
Negara
1 Pendapatan negara atau keluaran negara ialah jumlah nilai barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh
setahun.
2 Terdapat beberapa konsep penting yang berkaitan dengan pendapatan
negara, iaitu:
(a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Konsep pendapatan negara
(b) Keluaran Negara Kasar (KNK) digunakan apabila perakaunan
(c) Keluaran Dalam nNNKKoeeaamggsseeaairrrrniiappKKlaaaaddssaaaarrhkoapprsaagddfaaaakpkhtaooasrrsagr(faaKankpNta(oKKsrakNfr()aKKnDhp(N)KKDkNf)Khp) pendapatan negara dibuat BAB
(d) Keluaran Dalam mengikut kaedah pendapatan.
(e) Keluaran Negara Konsep KDNK dan KNK 2
(f ) Keluaran Negara digunakan apabila perakaunan
(g) Keluaran negara pendapatan negara dibuat
mengikut kaedah keluaran dan
perbelanjaan.
(h) Keluaran negara benar
(i) Pendapatan per kapita
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Hasil Pembelajaran
Negara Kasar (KNK)
Mentakrifkan konsep
1 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah nilai barang dan Keluaran Dalam Negeri
perkhidmatan yang dikeluarkan di dalam negara sendiri dalam tempoh Kasar (KDNK) dan Keluaran
setahun, iaitu dengan menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki Negara Kasar (KNK).
oleh negara dan juga milik negara asing sebelum ditolak susut nilai.
STPM ’11
2 Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang-barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dengan menggunakan faktor • PFBLN positif apabila
pengeluaran yang dimiliki oleh negara itu sendiri, tanpa mengira sama pendapatan faktor dari luar
ada faktor tersebut berada di dalam negara atau di luar negara sebelum negeri . bayaran faktor ke
ditolak susut nilai. luar negeri
3 Perbezaan nilai antara KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor • PFBLN negatif apabila
bersih luar negeri (PFBLN). pendapatan faktor dari luar
negeri , bayaran faktor ke
KNK = KDNK + PFBLN luar negeri
4 Pendapatan faktor bersih luar negeri ialah perbezaan antara jumlah Apakah kesan PFBLN yang
pendapatan yang diterima oleh faktor milik negara yang berada di luar positif terhadap keluaran
negeri dengan bayaran faktor milik negara asing yang berada dalam negara?
negeri.
5 PpluFoasBriLtnNief.gbeoSrleiebhmalebikleenrbnyiaihl,aiijbipkayoaasriptaienfnadfataakputaotnraekngeafltauikfa.troJinrkeadgeaprreii,nmlduaaaprkaatnaePngFefBraiLkNtkoaurdradalanarhgi
daripada bayaran faktor ke luar negeri, maka PFBLN adalah negatif.
6 ndPaeFglBaamLrNa,kyemalnuaganraapknoaslnaietigPfaFrmBa.LeNnuyannjugknkaengatsiufamtuentaumnjbuakhkaann dalam keluaran
suatu kurangan
29
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
• KNK . KDNK apabila PFBLN 7 Item ini hanya akan terlibat jika KDNK perlu diubah menjadi KNK,
bernilai positif iaitu:
• KNK , KDNK apabila PFBLN KNK = KDNK + PFBLN
bernilai negatif
(a) Jika PFBLN bernilai positif, KNK melebihi KDNK.
• KNK = KDNK apabila PFBLN (b) Jika PPFFBBLLNN bernilai negatif, KNK adalah kurang daripada KDNK.
bernilai sifar (c) Jika bernilai sifar, KNK adalah sama dengan KDNK.
Selain konsep KDNK dan KNK 8 Di negara maju seperti Amerika Syarikat, PdFiBlLuNarcennedgearruan. gObleehrniitluai,
terdapat juga konsep Keluaran positif kerana banyak membuat pelaburan
Negara Bersih (KNB). KNKnya sentiasa melebihi KDNK.
BAB KNB ialah nilai barang dan
perkhidmatan yang dihasilkan 9 bDeirnnielagianraegsaetdifaknegramnaemterbdaanpgaut nbanseypaekrptielMabaularaynsiaa,siPnFgByLaNngcemnedmerbuunagt
pelaburan di negara kita. Oleh itu, KNK kita sentiasa kurang daripada
2 oleh faktor pengeluaran milik KDNK.
negara setelah ditolak susut 10 wSeasnugngdgaunhnmyae,nPjFejBaLsNkyaanngimbebrannilgaai nnepgaetmifbakayanarmanenkuerruannkaapnenniglaeliumaraatna
nilai barang modal. wang ke luar negera lebih banyak.
KNB = KNK – Susut nilai
Susut nilai ialah pengurangan
nilai barang modal atau aset
tetap setelah lama digunakan.
Hasil Pembelajaran Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) pada Harga Pasaran dan Kos Faktor
Mentakrifkan KNK dan
KDNK pada harga pasaran 1 KNK dan KDNK boleh dinilai mengikut harga pasaran (harga pembeli)
dan kos faktor. atau kos faktor.
’12 / ’16 / ’18 STPM 2 KNK dan KDNK pada harga pasaran ialah nilai barang dan
perkhidmatan yang dihitung mengikut harga pasaran, iaitu harga
• KNKhp / KDNKhp – nilai barangan yang sudah termasuk cukai tak langsung tetapi tidak
barang dan perkhidmatan termasuk subsidi. Oleh itu, nilai barangan pada harga pasaran adalah
yang dihitung ikut harga lebih tinggi daripada nilai sebenarnya.
pasaran.
3 KNK dan KDNK pada kos faktor ialah nilai barang dan perkhidmatan
• KNKkf / KDNKkf – nilai yang dihitung mengikut harga yang dibayar kepada pemilik faktor
barang dan perkhidmatan pengeluaran, iaitu harga barangan yang belum dipasarkan. Kos faktor
yang dihitung ikut harga tidak termasuk cukai tak langsung, tetapi termasuk subsidi.
yang dibayar kepada faktor
pengeluaran 4 Cukai tak langsung (CTL) ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan
ke atas barangan yang dibeli oleh pengguna di pasaran seperti cukai
(a) Nyatakan takrif KNK pada eksport, cukai import, dan cukai perkhidmatan. Cukai tak langsung
harga pasaran dan KNK menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi daripada harga
pada kos faktor. sebenar. Maka, untuk mendapatkan nilai barang pada kos faktor, cukai
tak langsung mesti ditolak dalam pengiraan.
(b) Apakah kesan cukai tak
langsung terhadap harga 5 Subsidi (SUB) ialah bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada pengeluar.
barangan di pasaran? Subsidi menyebabkan harga barangan di pasaran turun dan menjadi
lebih murah daripada harga pasarannya yang sebenar. Oleh itu, nilai
(c) Apakah kesan subsidi subsidi harus dicampurkan dalam pengiraan untuk mendapatkan nilai
terhadap harga barangan pada kos faktor sesuatu barang.
di pasaran?
30
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
6 (HKuNbuKnkfg)adnaapnattadraituKnNjuKkkhaanrgdaaplaamsarraunm(KusNbKehrpi)kudte:ngan KNK kos faktor Petua Pemeriksa
KKNNKKkhfp = KKNNKKhkpf + CTL – SUB Pelajar harus tahu
= – CTL + SUB membezakan konsep KNK
harga pasaran dengan KNK
7 Hubungan antara KDNK harga pasaran (KDNKhp) dengan KDNK kos kos faktor kerana pelajar
faktor (KDNKkf) adalah seperti berikut: cenderung menggunakan
rumus yang salah dalam
peperiksaan, iaitu
• KNKhp = KNKkf + SUB – CTL
• KNKkf = KNKhp + CTL – SUB
KKDDNNKKkhfp = KKDDNNKKhkpf + CTL – SUB BAB
= – CTL + SUB
8 (a) Jika cukai tak langsung melebihi subsidi, maka KNK pada kos faktor 2
adalah kurang daripada KNK pada harga pasaran.
STPM ’16 / ’18
(b) Sebaliknya, jika cukai tak langsung kurang daripada subsidi, maka
KNK pada kos faktor akan melebihi KNK pada harga pasaran.
(c) Jika cukai tak langsung adalah sama dengan subsidi, maka KNK
pada kos faktor akan sama dengan KNK pada harga pasaran.
Perkara yang sama berlaku kepada KDNKhp dan KDNKkf.
• Jika CTL . SUB, maka KNKhp . KNKkf
• Jika CTL , SUB, maka KNKhp , KNKkf
• JIka CTL = SUB, maka KNKhp = KNKkf
• Jika CTL . SUB, maka KDNKhp . KDNKkf
• Jika CTL , SUB, maka KDNKhp , KDNKkf
• Jika CTL = SUB, maka KDNKhp = KDNKkf
Keluaran Negara Nominal dan Keluaran Negara Benar Hasil Pembelajaran
1 Keluaran negara nominal ialah keluaran negara yang dinilai pada harga Mentakrifkan keluaran
semasa. Oleh itu, nilai keluaran negara nominal sering berubah-ubah negara nominal dan
dari semasa ke semasa. keluaran negara benar.
STPM ’12
2 Jika harga pasaran meningkat, maka nilai keluaran negara nominal akan
meningkat, walaupun jumlah keluaran yang sebenarnya tidak berubah. Apakah kegunaan keluaran
negara benar?
3 Ini bererti peningkatan nilai keluaran negara akibat daripada kenaikan
harga bukan merupakan peningkatan jumlah keluaran yang sebenarnya.
4 Keluaran negara benar ditakrifkan sebagai keluaran negara yang dinilai
mengikut harga tetap atau harga pada tahun asas, iaitu tahun yang
dijadikan asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.
5 Keluaran negara benar menggambarkan tambahan dalam jumlah
keluaran yang sebenar dan bukan disebabkan oleh kenaikan harganya,
iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat
dalam negara.
6 Justeru, peningkatan dalam keluaran negara benar bermakna
peningkatan taraf hidup rakyat. Sebaliknya, penurunan dalam keluaran
negara benar menunjukkan pengurangan taraf hidup rakyat.
31
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
7 Perbezaan antara keluaran negara nominal dengan keluaran negara
benar ialah indeks harga pengguna semasa atau pendeflasi. Indeks
harga pengguna mengukur perubahan tingkat harga umum barangan
dalam pasaran.
8 Untuk menghitung keluaran negara benar, rumus berikut digunakan:
Keluaran negara benar = IHP0 × Keluaran negara nominal
IHP1
d eng an IIHHPP10 = Indeks harga pengguna tahun asas
= Indeks harga pengguna tahun semasa
(atau disebut “Pendeflasi”)
BAB
2 9 Contoh pengiraan:
Keluaran negara sebuah negara pada tahun 2018 ialah RM120 juta. Pada
Bagi mendapatkan data-data
ekonomi keluaran negara tahun 2019, keluaran negara telah meningkat menjadi RM270 juta. Jika
Malaysia, sila layari laman indeks harga pengguna pada tahun 2018 ialah 100 dan pada tahun 2019
web Kementerian Kewangan ialah 180, hitung:
Malaysia dan Unit Perancang (a) Keluaran negara benar bagi tahun 2019.
Ekonomi: (b) Tambahan keluaran negara benar.
• http://www.treasury.gov.my (c) Peratus tambahan keluaran negara benar.
INFO Penyelesaian: IHP0 × Keluaran negara nominal
• http://www.epu.gov.my/ (a) Keluaran negara benar 2019 = IHP1
nationalaccounts
= 100 × RM270 juta
INFO 180
= RM150 juta
(b) Tambahan keluaran negara benar:
= RM150 juta – RM120 juta
= RM30 juta
(c) Peratus tambahan keluaran negara benar:
30
= 120 × 100
= 25%
(i) Kadar pertambahan keluaran negara harga semasa adalah
sebesar 125%, iaitu:
= 270 – 120 × 100
120
= 150 × 100
120
= 125%
(ii) Jika dibandingkan dengan kadar pertambahan keluaran negara
benar, iaitu sebanyak 25%, ternyata peningkatan keluaran
negara harga semasa adalah jauh lebih tinggi. Sebenarnya,
peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga
atau inflasi.
32
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
Pendapatan Negara dan Pendapatan Per Kapita Hasil Pembelajaran
1 Pendapatan negara merupakan jumlah nilai barang dan perkhidmatan Mentakrifkan pendapatan
yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu, negara dan pendapatan per
biasanya setahun. kapita.
2 Pendapatan negara merupakan satu alat bagi mengukur pencapaian BAB
ekonomi negara. Pendapatan negara yang semakin meningkat
menggambarkan suatu peningkatan dalam pencapaian ekonomi 2
negaranya. Sebaliknya, pendapatan negara yang semakin berkurangan
menggambarkan suatu kemerosotan dalam pencapaian ekonomi
negaranya.
3 Pendapatan negara dihitung menggunakan unit mata wang. Ini kerana
adalah mustahil untuk mencampur semua barang dan perkhidmatan
secara fizikal. Oleh itu, penggunaan ukuran dalam unit mata wang
adalah sesuai misalnya dalam Ringgit bagi negara Malaysia.
4 Walau bagaimanapun, pendapatan negara yang dihitung dalam unit
mata wang juga mempunyai kelemahan tertentu. Ini kerana apabila
harga barang dan perkhidmatan di pasaran meningkat atau mengalami
inflasi, maka pendapatan negara juga akan meningkat. Sebaliknya apabila
berlaku kejatuhan harga barang dan perkhidmatan di pasaran, maka
pendapatan negara juga akan berkurang.
5 Hakikatnya kenaikan dan kejatuhan pendapatan negara bukan disebabkan
kenaikan atau pengurangan jumlah barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan, tetapi disebabkan oleh kenaikan harga di pasaran. Jadi
kenaikan atau kejatuhan pendapatan negara yang berlaku sedemikian
bukan merupakan kenaikan atau kejatuhan sebenar pendapatan negara.
6 Oleh itu, untuk mengatasi kelemahan ini, pendapatan negara yang
dihitung berdasarkan harga tetap atau berdasarkan tahun asas
merupakan pendapatan negara yang benar.
7 Dalam menghitung pendapatan negara, terdapat tiga kaedah yang
digunakan iaitu:
(a) Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
(b) Kaedah keluaran (nilai ditambah)
(c) Kaedah pendapatan (pendapatan faktor).
8 Pendapatan per kapita boleh ditakrifkan sebagai pendapatan purata
bagi setiap orang penduduk di sesebuah negara dalam tempoh setahun.
9 Rumus pendapatan per kapita adalah seperti berikut:
Pendapatan per kapita = Pendapatan negara tahun n STPM ’11
Jumlah penduduk tahun n
10 Jika jumlah penduduk semakin meningkat, pendapatan per kapita akan
menurun, diandaikan pendapatan negara tidak berubah. Sebaliknya, jika
jumlah penduduk berkurangan, pendapatan per kapita akan meningkat.
33
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
Mengapakah pendapatan 11 Pendapatan per kapita dihitung berdasarkan harga semasa. Justeru,
per kapita benar lebih sesuai pendapatan per kapita tidak dapat digunakan untuk mengukur taraf
digunakan untuk mengukur hidup sebenar rakyat sesebuah negara. Ini bererti walaupun pendapatan
taraf hidup penduduk? per kapita telah naik, tetapi taraf hidup masyarakat tidak semestinya
bertambah baik kerana kenaikan pendapatan per kapita itu mungkin
• Pendapatan per kapita disebabkan oleh kenaikan tingkat harga umum.
BAB Pendapatan negara 12 Untuk mengatasinya, maka pendapatan per kapita benar digunakan
untuk mengukur taraf hidup penduduk.
= tahun n
Jumlah penduduk 13 Pendapatan per kapita benar ialah pendapatan purata bagi setiap orang
2 tahun n penduduk di sesebuah negara dalam tempoh setahun yang dihitung
berdasarkan harga tetap, iaitu harga yang tidak dipengaruhi oleh
• Pendapatan per kapita benar perubahan tingkat harga umum. Oleh itu, taraf hidup masyarakat dapat
diukur dengan lebih tepat.
Pendapatan negara 14 Rumus pendapatan per kapita benar adalah seperti berikut:
= benar tahun n Pendapatan negara benar tahun
Jumlah penduduk Jumlah penduduk tahun n
Pendapatan per kapita benar = n
tahun n
’12 STPM 15 Semakin tinggi tingkat pendapatan per kapita benar, maka semakin tinggi
taraf hidup masyarakat. Sebaliknya, semakin rendah tingkat pendapatan
per kapita benar, maka semakin rendah taraf hidup masyarakatnya.
Hasil Pembelajaran 2.2 Kaedah Penghitungan
Pendapatan Negara
Menggariskan tiga kaedah
penghitungan negara. 1 Pendapatan negara dapat dihitung dengan tiga kaedah, iaitu:
(a) Kaedah perbelanjaan.
Cara menghitung pendapatan (b) Kaedah keluaran.
negara: (c) Kaedah pendapatan.
• Kaedah perbelanjaan –
2 Namun begitu, di Malaysia hanya kaedah perbelanjaan dan keluaran
mencampurkan jumlah digunakan.
perbelanjaan barang akhir
dan perkhidmatan. 3 Jumlah keluaran negara adalah sama dengan pendapatan negara.
• Kaedah keluaran – Keluaran negara merupakan jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
mencampurkan semua nilai yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara.
ditambah oleh setiap sektor Jumlah pendapatan atau bayaran yang diterima oleh faktor-faktor
ekonomi. pengeluaran ini adalah pendapatan negara.
• Kaedah pendapatan –
mencampurkan semua 4 Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk
pendapatan faktor yang membeli barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Jumlah
diterima oleh faktor perbelanjaan isi rumah ini dikenal sebagai perbelanjaan negara.
pengeluaran.
5 Oleh itu,
Keluaran negara = Pendapatan negara = Perbelanjaan negara
34
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir) STPM ’09 BAB
1 Dalam kaedah ini, keluaran negara dikira dengan mencampurkan semua Hasil Pembelajaran 2
jumlah perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang
dilakukan oleh semua sektor atau golongan pembeli dalam ekonomi Mengilustrasikan
yang terdiri daripada: penghitungan pendapatan
(a) Sektor isi rumah negara Malaysia mengikut
(b) Sektor firma kaedah perbelanjaan.
(c) Sektor kerajaan
(d) Sektor luar negara Semenjak tahun 1969,
beberapa perubahan dalam
2 Perbelanjaan sektor isi rumah ialah perbelanjaan membeli barang akhir penghitungan pendapatan
dan perkhidmatan untuk keperluan penggunaan. Misalnya, membeli negara telah dilakukan.
pakaian dan makanan. Perbelanjaan isi rumah ini juga dikenal sebagai Pengiraan mengikut kaedah
perbelanjaan penggunaan swasta (C). pendapatan dilakukan sehingga
1971 sahaja. Selepas itu,
3 Perbelanjaan sektor firma pula adalah untuk membeli barang modal keadah pendapatan negara
seperti mesin dan alat-alat jentera. Oleh itu, perbelanjaan ini juga dikenal dihitung menggunakan kaedah
sebagai perbelanjaan pelaburan swasta (I) atau pembentukan modal tetap perbelanjaan dan keluaran
kasar swasta. sahaja.
4 Perbelanjaan kerajaan pula ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor kerajaan terhadap barang penggunaan (penggunaan awam) dan
barang modal (pelaburan awam) seperti pembinaan sekolah, jalan raya,
hospital, dan sebagainya. Perbelanjaan sektor kerajaan ini juga dikenal
sebagai perbelanjaan awam (G).
5 Perbelanjaan sektor luar negara merujuk kepada perbelanjaan terhadap
barang eksport dan import.
(a) Eksport ialah perbelanjaan negara asing terhadap barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara. Oleh itu,
eksport mesti dicampurkan dalam pengiraan pendapatan negara
kerana nilai eksport akan menambahkan pendapatan negara.
(b) Import pula ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sesebuah
negara terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara asing. Oleh itu, import perlu ditolak kerana perbelanjaan
import akan mengurangkan pendapatan negara.
(c) Perbelanjaan sektor luar negara juga dikenal sebagai eksport bersih,
iaitu nilai eksport tolak nilai import (X – M)
6 Perubahan inventori pada akhir tahun juga perlu diambil kira dalam
menghitung pendapatan negara. Inventori atau barang stok ialah barang
akhir yang tidak dapat dijual atau barang separuh siap yang masih
dalam proses pengeluaran. Perubahan inventori dihitung dengan rumus
berikut:
Perubahan inventori = Inventori akhir – Inventori awal
(a) Inventori awal merupakan barangan yang dihasilkan pada tahun
lepas yang dijual pada tahun semasa. Oleh itu, nilai inventori awal
perlu ditolak dalam penghitungan pendapatan negara tahun semasa.
35
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(b) Inventori akhir pula merujuk kepada barangan yang dikeluarkan
pada tahun semasa yang tidak dapat dijual. Oleh itu, nilai inventori
akhir perlu ditambah dalam penghitungan pendapatan negara tahun
semasa.
(c) Perubahan inventori yang positif akan menambahkan pendapatan
negara. Oleh itu, nilai ini harus dicampurkan dalam penghitungan
pendapatan negara.
(d) Sebaliknya, perubahan inventori yang negatif akan mengurangkan
pendapatan negara. Oleh itu, nilai ini harus ditolak daripada
pendapatan negara.
BAB 7 Apabila semua jenis perbelanjaan oleh empat sektor ini dicampurkan,
maka akan diperoleh KDNK pada harga pasaran.
2
K DNKhp = Perbelanjaan penggunaan swasta (C) + Pelaburan swasta
(I) + Perbelanjaan kerajaan (G) + Eksport bersih (X – M)
+ Perubahan inventori
8 Di Malaysia, kaedah perbelanjaan digunakan untuk menghitung
berdasarkan
Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)
harga semasa dan harga tetap.
9 KNK pada hfaakrgtoarpbaesrasriahnlu(aKrNnKeghpe)rid(iPpFerBoLlNe)hkdeepnagdaanKmDeNnKcahpm, ipauitruk:an
pendapatan
KNKhp = KDNKhp + PFBLN
10 Jadual 2.1 menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia
tahun 2016 mengikut kaedah perbelanjaan. KDNK tersebut boleh dilihat
mengikut harga malar (harga tetap) yang berasaskan tahun 2010.
Jadual 2.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut agregat permintaan pada
harga malar (2010), Malaysia tahun 2016
Jenis perbelanjaan Harga malar (Tahun
asas = 2010)
A. Perbelanjaan penggunaan akhir (RM juta)
Awam
Swasta 144 690
B. Pembentukan modal tetap kasar 589 667
Awam1
Swasta 94 127
C. Perubahan inventori dan barangan berharga2 186 909
D. Eksport barangan dan perkhidmatan
E. Import barangan dan perkhidmatan 280
780 600
688 046
F. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga 1 108 227
pasaran
G. Bayaran pendapatan faktor bersih ke luar negeri – 23 331
(Imbangan pendapatan primer)
H. Keluaran Negara Kasar (KNK) pada harga pasaran 1 084 896
Nota:
1 Termasuk pelaburan oleh syarikat awam.
2 Termasuk perbezaan perangkaan hasil daripada pengimbangan.
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)
36
Ekonomi Penggal 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara BAB
(a) Berdasarkan Jadual 2.1, komponen utama dalam KDNK Malaysia 2
ialah perbelanjaan penggunaan akhir awam, perbelanjaan
penggunaan akhir swasta, pembentukan modal tetap kasar awam,
pembentukan modal tetap kasar swasta, perubahan inventori
dan barangan berharga, serta eksport dan import barangan dan
perkhidmatan.
(b) Perbelanjaan penggunaan akhir merupakan penyumbang terbesar
terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar, iaitu sebanyak RM734 357
juta (67.7%), diikuti oleh pembentukan modal tetap kasar sebanyak
RM281 036 juta (25.9%), eksport bersih (eksport – import) sebanyak
RM92 554 juta, dan perubahan inventori dan barangan berharga
sebanyak (RM280 juta).
(c) Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pasaran
Malaysia pada tahun 2016 ialah sebanyak RM1 108 227 juta, iaitu
dengan mencampurkan perbelanjaan penggunaan akhir swasta,
perbelanjaan penggunaan akhir awam, pembentukan modal tetap
kasar awam, pembentukan modal tetap kasar swasta, perubahan
inventori dan barangan berharga serta eksport bersih.
(d) Manakala bagi mendapatkan nilai Keluaran Negara Kasar (KNK)
pada harga pasaran, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
ditolak dengan bayaran pendapatan faktor bersih luar negeri
(Imbangan pendapatan primer) sebanyak (–RM23 331 juta).
(e) Bayaran pendapatan faktor bersih luar negeri merupakan perbezaan
antara jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor Malaysia di
luar negeri dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor
asing yang berada di Malaysia. Oleh itu, KNK pada harga pasaran
bernilai RM1 084 896 juta.
Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) STPM ’08/’10/’11/’13/’16/’17
1 Dalam kaedah keluaran, keluaran negara dikira dengan mencampurkan Hasil Pembelajaran
semua nilai ditambah atau nilai barang akhir yang dihasilkan oleh
setiap sektor ekonomi dalam negara. Mengilustrasikan
penghitungan pendapatan
2 Nilai ditambah merupakan peningkatan nilai barang setelah melalui negara Malaysia menerusi
setiap peringkat proses pengeluaran. Ini bertujuan untuk mengelak kaedah keluaran.
masalah pengiraan dua kali bagi barang perantaraan, iaitu barang
separuh siap yang perlu diproses selanjutnya. Mengapakah nilai ditambah
bagi keluaran digunakan untuk
3 Berikut dijelaskan bagaimana nilai ditambah bagi pengeluaran baju menghitung pendapatan
dihitung: negara mengikut kaedah
keluaran?
Jadual 2.2 Penghitungan nilai ditambah bagi pengeluaran baju
Jenis keluaran Nilai keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)
1 Kapas 25 25
2 Benang 30 5
3 Kain 40 10
4 Baju 60 20
Jumlah nilai ditambah 60
37
JAWAPAN
Bab Pengenalan 2 (a) Sebab inflasi perlu ditangani:
• Kos sara hidup meningkat
1 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Apabila berlaku inflasi, harga barangan
meningkat. Ini menyebabkan kos sara
BAHAGIAN A hidup masyarakat meningkat kerana
perbelanjaan meningkat.
1 A 2 D 3 C 4 B 5 A • Kuasa beli masyarakat jatuh
6 C 7 A 8 B 9 D 10 A Apabila berlaku inflasi, harga barangan
11 D 12 B 13 A 14 A 15 D meningkat. Ini menyebabkan kuasa beli
16 C 17 D 18 A masyarakat jatuh kerana semakin banyak
wang diperlukan untuk mendapatkan
BAHAGIAN B jumlah barang yang sama.
1 (a) Peranan isi rumah dalam ekonomi empat Sebab pengangguran perlu ditangani:
• Pembaziran sumber
sektor ialah sebagai pembekal faktor Jika berlaku pengangguran bermakna
pengeluaran. Isi rumah membekalkan faktor masih terdapat faktor pengeluaran tidak
pengeluaran seperti buruh, tanah, modal, dan digunakan. Ini menunjukkan berlakunya
usahawan kepada firma dan kerajaan. pembaziran sumber.
Isi rumah juga berperanan sebagai • Kemiskinan meningkat
pengguna barang dan perkhidmatan. Isi rumah Apabila berlaku pengangguran, masyarakat
mempunyai kuasa permintaan. Isi rumah tidak mempunyai pekerjaan maka tidak
membeli barang dan perkhidmatan yang mempunyai sumber pendapatan. Pengguna
dikeluarkan oleh firma dengan menggunakan tidak boleh mendapatkan barang dan
pendapatan faktor yang mereka peroleh. perkhidmatan yang diperlukan seterusnya
Selain itu, isi rumah juga membuat taraf hidup masyarakat jatuh. Hal ini
tabungan. Isi rumah tidak membelanjakan menyebabkan berlaku kemiskinan.
semua pendapatannya, sebahagian pendapatan
yang tidak dibelanjakan akan ditabungkan. (b) Dasar fiskal dapat mengatasi masalah inflasi
Isi rumah juga perlu mambuat bayaran dengan:
cukai kepada kerajaan apabila jumlah (i) Menurunkan perbelanjaan kerajaan
pendapatannya melebihi sejumlah amaun Apabila kerajaan mengurangkan
yang tertentu. perbelanjaannya, maka tidak banyak
Selain itu, kehendak isi rumah adalah projek pembangunan yang dijalankan.
tidak terhad, maka isi rumah juga mengimport Oleh itu, masyarakat tidak mempunyai
barang dan perkhidmatan dari luar negara. banyak sumber pendapatan. Perbelanjaan
(b) Aliran fizikal dalam ekonomi empat sektor masyarakat berkurang yang menyebabkan
terdiri daripada: tekanan terhadap harga di pasaran jatuh
• Isi rumah membekalkan faktor-faktor dan inflasi dapat diatasi.
(ii) Meningkatkan cukai
pengeluaran kepada sektor firma dan sektor Apabila cukai pendapatan dinaikkan,
kerajaan. pendapatan boleh guna masyarakat
• Firma dan kerajaan menggunakan berkurang. Ini akan mengurangkan
faktor-faktor pengeluaran tersebut perbelanjaan penggunaan dan seterusnya
untuk menghasilkan barang-barang dan permintaan agregat juga berkurang. Oleh
perkhidmatan. itu, tekanan terhadap harga berkurangan
• Firma mengeksport barang dan inflasi dapat diatasi.
perkhidmatan ke sektor luar negara.
• Isi rumah dan firma mengimport barang
dan perkhidmatan dari sektor luar negara.
260
Dasar fiskal dapat mengatasi masalah Ekonomi Penggal 2 STPM Jawapan
pengangguran dengan:
(i) Menaikkan perbelanjaan kerajaan penduduk akan mendapat pekerjaan. Oleh itu,
Apabila kerajaan meningkatkan guna tenaga bertambah.
perbelanjaan, maka banyak projek (v) Untuk meningkatkan hasil kerajaan
pembangunan dijalankan. Aktiviti Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di
ekonomi yang semakin berkembang sesebuah negara, aktiviti ekonomi semakin
akan menyebabkan banyak peluang rancak, banyak firma akan mendapat hasil
pekerjaan dapat diwujudkan. Kesannya, yang tinggi dan untung yang banyak. Maka,
pengangguran dapat dikurangkan. kerajaan akan mendapat hasil daripada cukai
(ii) Mengurangkan cukai untung syarikat yang dibayar oleh firma
Apabila cukai pendapatan dikurangkan, tersebut. Selain itu, cukai pendapatan yang
pendapatan boleh guna masyarakat dibayar oleh individu kepada kerajaan juga
bertambah. Ini dapat meningkatkan turut meningkat.
perbelanjaan penggunaan dan juga 4 Lima sebab isu pengangguran perlu ditangani:
permintaan agregat. Hal ini mendorong (i) Menjejaskan pertumbuhan ekonomi
pengeluar meningkatkan pengeluaran Pengangguran yang berlaku menyebabkan
dan membesarkan operasi pengeluaran. keupayaan negara untuk mencapai tahap
Peluang pekerjaan lebih banyak dan pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya tidak
pengangguran dapat dikurangkan. tercapai. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi
terjejas.
3 Lima alasan sesebuah negara memerlukan (ii) Taraf hidup merosot
pertumbuhan ekonomi yang tinggi: Pengangguran yang berlaku menunjukkan
(i) Untuk meningkatkan taraf hidup ramai buruh yang tidak bekerja. Hal ini
Taraf hidup boleh diukur melalui pendapatan menyebabkan pendapatan masyarakat
per kapita. Pendapatan per kapita meningkat, berkurang dan kuasa beli berkurangan. Ini
taraf hidup meningkat. Apabila berlaku menyebabkan taraf hidup merosot.
pertumbuhan ekonomi, pendapatan negara (iii) Kemiskinan meningkat
meningkat dan seterusnya menyebabkan Apabila berlakunya pengangguran, ramai
pendapatan per kapita meningkat. Oleh itu tenaga buruh tidak mempunyai pekerjaan dan
taraf hidup penduduk di negara tersebut tiada pendapatan. Hal ini menyebabkan kadar
meningkat. kemiskinan meningkat.
(ii) Untuk menggalakkan pelaburan (iv) Kos kepada kerajaan
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku Ada sesetengah negara membayar elaun
menyebabkan pendapatan dan kuasa beli kepada penganggur. Jadi jika berlaku
masyarakat meningkat. Hal ini akan menarik pengangguran tinggi, maka elaun penganggur
pelabur untuk menambahkan pelaburan. yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan
Masyarakat yang mempunyai kuasa beli yang bertambah. Ini menyebabkan perbelanjaan
tinggi dapat menyakinkan para pelabur untuk kerajaan bertambah.
membuat pelaburan kerana keuntungan yang (v) Masalah sosial
bakal diperoleh adalah lebih banyak. Pengangguran yang berlaku menyebabkan
(iii) Untuk mengurangkan kemiskinan individu hilang pekerjaan dan pendapatan.
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku Oleh itu, mereka tidak mempunyai pendapatan
menyebabkan kegiatan ekonomi berkembang secukupnya untuk memenuhi keperluan diri
dengan pesat. Perkembangan kegiatan dan keluarga. Kesannya, berlaku masalah
ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan sosial seperti kecurian, rompakan dan ragut.
dengan lebih banyak. Oleh itu, guna tenaga
bertambah, pendapatan masyarakat bertambah 5 (a) Kemelesetan ekonomi menyebabkan firma
dan masalah kemiskinan dapat dikurangkan. mengurangkan pengeluaran. Terdapat juga
(iv) Untuk meningkatkan guna tenaga firma yang terpaksa mengecilkan operasi dan
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di mengurangkan pelaburan. Aktiviti ekonomi
sesebuah negara, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan dan peluang pekerjaan
berkembang. Perkembangan kegiatan ekonomi semakin berkurang. Selain itu, guna tenaga
menambahkan peluang pekerjaan. Ramai berkurang dan pengangguran meningkat.
261