The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan mengenai Penyalahgunaan bahan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by parizal10, 2021-06-16 01:22:34

Mesej 5 minit PPDa

Penerangan mengenai Penyalahgunaan bahan

Keywords: PPDa,Penyalahgunaan bahan,Dadah

TAJUK 3

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :

1. Merasa bangga kerana tidak merokok.
2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api
3. Menentang gian dengan kesibukan
4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok
5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.
6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat

khas.
7. Sediakan bahan gantian.
8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.
9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.
10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 51

TAJUK 4

TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda?

Tembakau membunuh hampir separuh daripada penggunanya di dunia,
iaitu kira-kira hampir 6 juta orang setiap tahun. Menurut Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, prevalens merokok
dalam kalangan penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas ialah
sekitar 25 peratus. Prevalens perokok lelaki yang berumur 18-19 tahun
meningkat dari 24.6 peratus pada 2011 kepada 40.1 peratus pada 2015.
Prevalens perokok wanita juga meningkat dari 1.1 peratus pada 2011
kepada 1.4 peratus pada 2015. Selain itu prevalens perokok di kawasan
luar bandar lebih tinggi iaitu sebanyak 29.4 peratus berbanding 22.3 peratus
di kawasan bandar. Sehubungan itu, negara kita sepakat dengan usaha
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengurangkan prevalens
merokok sebanyak 15 peratus menjelang 2025.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 52

Rokok Eletronik Atau Vape

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan
dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair
campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin
menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini
memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos
nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang
dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa
nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah e-rokok,
vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih
menggunakan perkataan „rokok‟, ianya masih lagi memberikan stigma
kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan „vapor‟ yang
bermaksud „wap‟ adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 53

TAJUK 5

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Bertujuan mendedahkan tentang bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok
dan kesan merokok pada diri dan orang lain.

Kandungan rokok terdiri daripada 3 jenis bahan kimia yang berbahaya
kepada kesihatan iaitu nikotin, karbon monoksida dan tar.

Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan
strok.
Perokok adalah 4 kali berisiko mati akibat serangan jantung
berbanding bukan perokok.
Mereka yang terdedah dengan asap rokok pasif mempunyai risiko
yang lebih tinggi terhadap serangan jantung.
Merokok menyebabkan anda membawa masuk pelbagai jenis
bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan
seterusnya diserap dalam sistem peredaran darah.
Gangguan aliran darah ke otak menyebabkan serangan strok.

Kesan merokok kepada :
Isteri – mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang tinggi
berbanding isteri bukan merokok
Rakan-rakan sepejabat – mereka yang bekerja dipersekitaran yang
tercemar dengan asap rokok untuk jangkamasa yang lama boleh
mengalami kerosakan paru-paru
Bayi dan kanak-kanak – asap rokok boleh merencatkan
pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih
mudah terkena serangan jangkitan paru-paru, batuk, lelah, selesema
dan sakit kerongkong.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 54

TAJUK 6
SYAIR SENGSARA ROKOK

Sengsara hidup bangkai bernyawa,
Angkara rokok musuh durjana,
Marilah kita seia sekata,
Bulatkan hati kuatkan jiwa.

Penyakit kronik datang melanda,
Perokok sakit dimamah usia,
Menyedut racun bahan kimia,
Sedap di mulut diri merana.

Rokok,
Tanpamu hidup kami lebih cergas,
Jauh dari penyakit berbahaya,
Gigi bersih nafas pun segar,
Contoh yang baik untuk generasi muda.

Rokok
Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang,
Kami juga berselera untuk makan,
Tidak membazir menjimatkan wang.
Tiada habuk tiada pencemaran.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 55

TAJUK 7 56
LAGU : BAHAYA VAPE

(Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)

Rokok elektronik
Hisap wap nikotin
Kesannya negatif
Diri sendiri

Bila sudah cuba
Mesti mahu lagi
Rosak gigi kamu
Jantung dan hati

c/o:
Rokok elektronik
Vape nama diberi
Asap kepul-kepul
Buat sakit hati
Hei…

Jangan hampirinya
Nanti kau terseksa
Rokok elektronik
Baik buang saja

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

TAJUK 8 57
SAJAK : BAHAYA ROKOK
Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu
Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa
Sedarla wahai perokok
Merokok hanyalah penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

TAJUK 9

INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK

Berikut merupakan beberapa info nahaya merokok:

Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah
ramai orang mati kerana merokok.
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai
orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok.
Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin,
karbon monoksid dan tar.
Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan
jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan
meninggikan tekanan darah.
Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan
keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang
membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk.
Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru,
usus atau mulut.

RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan
merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar
yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 58

TAJUK 10
CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK

Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai
rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga
bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai
inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku.
Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia
dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang
sepatutnya digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa
tubuhku apabila dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah
secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai
manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan
kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat.
Kenapa aku maafkan kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia
membakarku aku dan bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu.
Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit jantung. Jenis kanser? Tidak
perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu
selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah
mencubaku. Tiada erti sihat jika bersamaku.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 59

TAJUK 11
TIPS BERHENTI MEROKOK 12M

1. Melengah-lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk

melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong

kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang

manis.
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap.
10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa

mengantuk.
11. Meditasi.
12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 60

TAJUK 12
MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STICK

Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni.

Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.

Sisi Jahat : Shisha stick ja.

Sisi Baik : Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick

ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai

otak.

Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.

Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.

Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa.

Sisi Baik : Bila dah kena jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis,

hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar?

Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu.

Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan

apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap.

Aku : SHISHA PERGI JAUH-JAUH!

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 61

TAJUK 13

LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK

Anak Malaysia warga berbudaya,
Bertatasusila, berimej mulia,
Merokok hanya akan mencemarkannya,
Janganlah kita ketagih dengannya

Tak nak merokok hoi hoi
Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi
Kerana rokok cemarlah budaya

Anak Malaysia warga berupaya
Sihat sejahtera, cergas sentiasa
Merokok hanya melemahkan kita
Itulah bahaya jika menagihnya

Tak nak merokok hoi hoi
Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi

(Menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 62

TAJUK 14
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN MEROKOK

Mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Pindaan 1997:
Peraturan 10 dan 12

1. Semua Premis Kerajaan. 8. Sekolah, Taman Asuhan,
2. Hospital dan klinik Tadika, IPT.
3. Kaunter bank, telekom dan
9. Kompleks sukan.
pos. 10. Hentian pengangkutan awam.
4. Kenderaan awam. 11. Lif awam.
5. Kedai berhawa dingin. 12. Stesen minyak.
6. Kompleks membeli belah. 13. Dewan orang ramai.
7. Stadium.

Peraturan 8
Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak jika menjual hasil
tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun.

Peraturan 8A
Mana-mana individu di bawah 18 tahun yang merokok atau mengunyah
apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki samada guna sendiri
atau tidak, apa jua hasil tembakau telah melakukan satu kesalahan.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 63

TAJUK 15
ROKOK ELEKTRONIK DAN KESANNYA

Rokok elektronik adalah satu alat elektronik menyerupai cara merokok
tanpa perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali
rokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh
bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan
cecair yang akan menghasilkan wap.

“Penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun
1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu
dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda
tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau
kedua-dua sekali, katanya.” (Sumber: Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai, Berita Harian: 21 Jan 2013).

Rokok elektronik mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi, iaitu
nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila
dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Larutan nitrosamine menjadi
penyebab terjadinya kanser.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 64

BAHAGIAN 4

INHALAN

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 65

TAJUK 1
PENGENALAN INHALAN

Definisi Inhalan

Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau
wap yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas
sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang
menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan
kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda).Ini
kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron
di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara
inhalasi untuk mendapatkan kesannya.Terdapat lebih daripada 30 barangan
harian yang boleh disalahgunakan. Penagihan agen ini tidak memerlukan
peralatan khas seperti jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan
mentol lampu. Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak
dan remaja.

Kesan-Kesan Pengambilan Inhalan

Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan

penagih khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum

alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15

hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam.

Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin

hilang deria rasa, sawan dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau

digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan

hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 66

Penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah ketika pengsan,
kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas. Inhalan yang
dihidu pada kadar kepekatan tinggi boleh menyebabkan rasa kebas,
kekejangan anggota badan, kerosakan pendengaran dan penglihatan,
komplikasi sistem pembiakan, sirosis hati, kegagalan jantung dan kematian
mengejut.

Penagihan yang berterusan dalam jangka masa panjang boleh
mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang
daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta
kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut
merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan
badan akan turut terjejas. Inhalan juga boleh merosakkan organ-organ
utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum
tulang.

Mengenal Ciri-ciri Penagih Inhalan

1. Tanda-tanda penagihan inhalan dalam kalangan murid-murid:
2. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik

tidur.
3. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan,

atau pakaian.
4. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan

hidung.
5. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung

berair.
6. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian

yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan
di dalam laci atau almari di bilik tidur.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 67

7. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera
makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus.

8. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah
marah dan murung.

Kenapa Inhalan Sangat Bahaya

1. Kematian yang mengejut akibat tersedak dan sesak nafas.
2. Merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, buah

pinggang, darah dan sum-sum tulang.
3. Kuantiti bahan inhalan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan

penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk
akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya
berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga
satu hingga dua jam.
4. Bahan inhalan mudah diperolehi di kedai-kedai barangan logam dan
tiada kawalan pembelian.
5. Disukai oleh remaja kerana harganya murah dan sukar dikenalpasti
oleh ibu bapa sehinggalah penagih pada tahap ketagihan yang
teruk.
6. Ramai orang tidak menganggap inhalan sebagai dadah kerana
bahan inhalan digunakan sebagai bahan kegunaan di rumah.
7. Remaja tidak mengetahui bahan-bahan inhalan boleh menyebabkan
ketagihan yang kronik.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 68

TAJUK 2

BAHAYA MENGHIDU INHALAN

Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti
berikut :

Bil. Tempat Simpton
1 Deria - Sensitif kepada cahaya
(Sensory System) - gatal mata
- penglihatan berkembar
2 Sistem-sistem pernafasan - telinga berdesing/ berdengung
(respiratory dan cerdial - sesak nafas
system) - sakit dada dan rasa tidak selesa
- degupan jantung yang tidak
3 Lain-lain
normal
- sakit-sakit otot dan sengal sendi

Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang
singkat mungkin menyebabkan :

1. Ketidakserasian (disorientation)
2. Kehilangan kawalan diri
3. Tidak sedarkan diri/pengsan
4. Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
5. Kurang penyelarasan pergerakan otot
6. Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)
7. Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
8. Pening kepala selama beberapa hari.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 69

Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan

Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan
perkara-perkara berikut :

1. Kelesuan / pucat
2. Hilang daya ingatan
3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
4. Cepat dahaga
5. Susut berat badan
6. Kemurungan
7. Panas baran
8. Pemarah
9. Perasaan teraniaya
10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula (reversible)
jika penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan
berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan :

1. Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat
dipulihkan kembali;

2. Penurunan keupayaan jasmani dan mental;
3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang

tidak tetap dan kesukaran bernafas.

Kesan kepada tubuh badan

Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan

cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar

dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 70

besar seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke
dalam sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi
badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.

Kesan Pengambilan Inhalan (Keratan Akhbar)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah

Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan

dadah kerana ia mampu merosakkan orgam dalam badan dalam

tempoh yang singkat.

Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan

masyarakat memandang enting gejala tidak sihat ini.

Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman

dan estet.

Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering

membabitkan kanak-kanak dan remaja yang menetap di flet

perumahan kos rendah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 71

Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :
o Kesan kepada jantung
o Kanser Hati
o Kerosakan organ dalaman termasuklah buah pinggang, otak
dan paru-paru.

TAJUK 3
CARA PENGAMBILAN INHALAN (GAMBARAJAH)

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 72

TAJUK 4

JENIS-JENIS INHALAN

1. Pelarut/cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam
dan dakwat pen
Meruap pada suhu bilik
Mudah dan senang didapati
Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan
cecair penanda

2. Bahan gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida
Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane
Digunakan dalam produk di rumah

3. Aerosol
Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik
Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut

4. Bahan nitric
Bertindak meransang sistem pusat
Climax, popers, rush dan locker room

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 73

TAJUK 5
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Menghidu atau menyedut inhalan boleh membunuh walau hanya dengan
sekali sedutan atau hiduan sahaja. Antara yang dapat dilakukan adalah:-

a) Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini
dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan
bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-
cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan
anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda.

b) Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui
tentang bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta
inhalan.

c) Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan
seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut,
gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan
produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.

d) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh
anak sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan
lakukan penyiasatan lanjut.

e) Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku
anak atau rakan anda, dampingi mereka dan mula berbincang
mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan
melengahkan tindakan anda.

f) Elakkan sikap „tidak apa‟. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan
mungkin akan membunuh orang tersayang.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 74

TAJUK 6 75
BORIA INHALAN

Cerita hari ini tentang inhalan
Disalah guna memberi kesan
Jangan sengaja kita amalkan
Boleh akibat pelbagai kesan
Ewah…..

Bermacam jenis bahan inhalan
Yang kita guna dalam kehidupan

Jangan jadikan diri bebanan
Pada keluarga dan juga rakan
Kesan inhalan sangat bahaya
Hilang ingatan dengan tiba-tiba

Halusinasi menyusul pula
Benda yang tiada dikatanya ada

Ewah..

Jika inhalan jadi amalan
Apa ditutur tiada siapa peduli
Kita seperti dalam khayalan
Dengan masyarakat menjauhkan diri

Ewah..

Penagih inhalan buruk kesannya
Menjadi ganas dengan tiba-tiba
Badan pun kurus tiada selera
Kesan tempias pada negara

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

TAJUK 7

PANTUN NASIHAT INHALAN

Pagi-pagi menetak dahan,
Dahan pokok banyak duri;

Jauhi diri dari inhalan,
Jika diamal merosak diri.

Setiap petang berjalan-jalan,
Sambil berjalan berpimpin tangan;
Banyak kesannya mencuba inhalan,

Batuk muntah lemah badan.

Jika selalu mengambil inhalan,
Memberi kesan jangka panjang;
Jika diambil secara berterusan,
Rosak otak dan buah pinggang.

Wahai kawan dengarkan ini,
Pantun nasihat jadi panduan;
Pandai-pandailah menjaga diri,
Jangan tersalah memilih kawan.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 76

TAJUK 8

SAJAK : MAAFKAN AKU

Aku tidak ingin mencuba dulunya
Namun pengaruhmu
Jadikan aku luntur, aku lemah.
Maafkan aku ibu, ayah
Ampunkan aku adik; abang; kakak
„Sorry„ cikgu; kawan-rakan

Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka
Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba.
Namun
Kudratku tidak sehebat mana rupanya
Aku jatuh lemas, tewas.

Maafkan aku ibu, ayah
Ampunkan aku adik; abang; kakak
„Sorry„ cikgu; kawan-rakan
Aku ingin melangkah kembali
Ke jalan benar dengan iman dan amal
Langkah penuh gagah
Selamat tinggal inhalan!!

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 77

TAJUK 9

CERPEN : KAU PEROSAK

Kumpulan pasukan olahraga acara larian Sekolah Kebangsaan Sempang 3
begitu terkenal dengan pelari-pelarinya yang handal untuk acara
berkumpulan. Pada awal tahun ini, seperti biasa, Naim, Zaidi, Razman dan
Omar begitu gembira kerana terpilih mewakili pasukan sekolah dalam acara
larian 4 x 200 meter. Mereka telah menjalani latihan beberapa kali dengan
dibimbing oleh jurulatih acara larian sekolah tersebut. Latihan menjadi lebih
kerap kerana hari pertandingan sebenar akan bermula beberapa hari lagi.

Zaidi : Razman, nampaknya kumpulan kita ini sudah terkenal dalam sekolah
kita. Dalam perhimpunan pun, kumpulan larian kita disebut-sebut oleh guru
kokurikulum.

Razman : Mestilah, kita sudah banyak menjalani latihan. Kita berempat
memang hebat dan benar-benar menjadi harapan sekolah supaya menjadi
johan peringkat negeri acara larian berpasukan ini.

Naim : Oh, yakah! Tapi saya rasa, kita belum tentu akan menang. Kaki saya
ni sekali- sekala berasa sakit. Kepala saya pun sering pening. Saya rasa
kumpulan kita tidak boleh menjadi johan lah.

Omar : Eh, eh, kau ni Naim! Apa pula kau merepek ni? Tinggal beberapa
hari lagi kita akan menyertai pertandingan sebenar. Jangan buat main-main,
Naim. Kita ni harapan sekolah. Jika kita berjaya memenangipertandingan ini
sebagai johan negeri, kita dapat mengharumkan nama kita dan sekolah kita.
Kita akan memperoleh sijil kemenangan yang berguna untuk ke sekolah

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 78

menengah yang terbaik. Naim Yalah, kita cubalah sedaya upaya. Mudah-
mudahan kita berjaya.
(Naim bercakap dengan suara yang lemah. Matanya kelihatanmerenung
jauh seolah-olah menyembunyikan suatu rahsia) Pada hari yang lain…

Zaidi : Razman! Omar! Kau orang dengar tak? Tadi Naim pengsan.
Diaterjatuh di bilik air. Cikgu Kamaruddin telah menghubungi ambulans.

Omar: Oh, begitukah! Saya tak sangka pula Naim tiba-tiba jadi begitu. Tapi,
pada minggu lepas, saya masih ingat Naim kata kakinya selalu sakit dan
kepalanya sering terasa pening.

Razman: Ya lah! Saya pun terkejut ni. Mari kita bertanya kepada cikgu apa
yang sebenarnya terjadi kepada kawan baik kita itu. Mereka terus berjumpa
jurulatih pasukan olahraga sekolah mereka untuk bertanya mengenai
keadaan Naim.

Malangnya pada keesokan hari, mereka mendapat berita yang
mengejutkan. Rupa-rupanya, Naim telah mencuba-cuba menghidu gam.
Doktor mengesahkan ini yang menyebabkan kaki Naim sering sakit.
Kepalanya juga selalu pening dan akhirnya dia pengsan. Jurulatih olahraga
kelihatan begitu kecewa dengan berita buruk ini kerana Naim terpengaruh
dengan amalan menghidu gam. Naim terpaksa digantikan dengan peserta
simpanan untuk acara larian yang akan bermula pada keesokannya.
Razman dan rakan-rakannya berasa sangat sedih kerana Naim merupakan
pelari yang terbaik dalam kumpulan itu. Namun, akibat menghidu gam
mereka terpaksa kehilangannya).

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 79

TAJUK 10
WAWANCARA INHALAN
Ain Afiqah, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Lama dan merupakan
salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya menemuramah seorang doktor
perubatan mengenai kesan inhalan terhadap kesihatan seseorang.

Afiqah : Selamat pagi doktor. Saya Afiqah dari Sekolah Kebangsaan Kota
Lama ingin menemuramah doktor tentang kesan dan akibat inhalan kepada
manusia.

Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk.

Ain Afiqah: Bolehkah doctor ceritakan pengalaman merawat pesakit yang
terlibat dengan jenis inhalan? Doktor : Tentu sekali. Kebanyakan pesakit
tersebut melibatkan remaja.

Ain Afiqah : Apakah jenis inhalan yang biasanya digunakan?

Doktor :Kebiasaannya mereka menghidu gam tetapi terdapat satu kes
pesakit saya yang menghidu petrol.

Ain Afiqah : Bagaimanakah pesakit tersebut terlibat dengan ketagihan
menghidu petrol?

Doktor: Pesakit tersebut bekerja sebagai jurupam di sebuah stesen minyak.
Pada awalnya dia suka menghidu bau petrol secara tidak langsung
sehinggalah tanpa disedari dia menjadi ketagih.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 80

Ain Afiqah: Apakah kesan ketagihan menghidu petrol?

Doktor: Ketagihan menghidu petrol memberikan kesan khayal dengan
cepat berbanding dengan kesan yang didapati daripada penyalahgunaan
dadah yang lain. Wap yang dihidu daripada petrol meresap ke dalam
saluran darah melalui paru-paru, kemudian tersebar dengan cepat ke otak
dan hati yang akhirnya boleh menyebabkan kematian mengejut.

Ain Afiqah: Apakah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit tersebut?

Doktor : Pada peringkat ketagihan awal, pesakit ini boleh dirawat. Walau
bagaimanapun penagihan tegar sukar dirawat yang mana kebanyakannya
membawa maut.

Ain Afiqah : Sebelum mengakhiri wawancara ini, apakah nasihat doktor
kepada golongan masyarakat di luar?

Doktor : Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal dan
mengawasi tingkah laku anak-anak. Seterusnya guru-guru sebagai penyalur
maklumat perlu memberi pendedahan kepada murid dari semasa ke
semasa mengenai bahaya penyalahgunaan dadah termasuk inhalan.
Masyarakat juga haruslah sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan
Masyarakat Madani Tanpa Dadah.

Ain Afiqah: Terima kasih doktor atas perkongsian maklumat sebentar tadi.

Doktor : Sama-sama.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 81

BAHAGIAN 5

HIV / AIDS

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 82

TAJUK 1
DEFINISI HIV DAN AIDS

HIV dan AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat
termasuk Malaysia. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau
lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah
satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency
Virus). AIDS disebabkan oleh virusHIV yang menyerang dan memusnahkan
daya ketahanan badan. Seseorang individu dijangkiti AIDS apabila virus
HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan
yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan
virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

Penyebaran HIV dan AIDS

HIV dan AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan perhubungan seks
bebas, penerimaan darah yang tercemar perkongsian jarum suntikan dadah
dengan orang telah dijangkiti dan daripada ibu ke anak semasa
mengandung, melahirkan dan menyusu badan jika ibu adalah positif HIV.

Tanda dan Simptom HIV

Sebilangan pesakit mengalami simptom berikut dalam masa dua hingga
enam minggu selepas dijangkiti kuman HIV, tanda-tandanya adalah seperti
badan terlalu lemah dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak,
demam panas yang kerap, kelenjar limpa membengkak, ruam kulit dan
ulser pada permukaan mukosa (contoh: lapisan dalam mulut), cirit-birit yang
kronik dan batuk yang kronik.

Pada peringkat awal, pesakit kelihatan sihat tanpa menyedari dirinya HIV

positif. Namun demikian, AIDS boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 83

TAJUK 2
SIMPTOM JANGKITAN AIDS

Pesakit HIV mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem
ketahanan badan yang lemah. Dalam masa dua tahun, pesakit AIDS boleh
dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan
lemah.Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, simptom AIDS akan
bertambah kronik. Simptom-simptom AIDS adalah penyakit kulit dan
jangkitan sistem pernafasan, cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang
teruk dan batuk kering, jangkitan kuman pada otak (contoh: toxoplamosis),
jangkitan kulat (contoh: candidiasis pada saluran makanan atau sistem
pernafasan) dan kanser (contoh: Kaposi's sarcoma).

Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:-

Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.

Fasa 2: Virus terus membiak tetapi pesakit masih tidak

mempamerkan sebarang tanda

atau gejala-gejala yang tertentu.

Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan

beberapa tanda dan

gejalayang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh.

Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang

berlaku yang digelar „Infeksi Oportunistik‟ seperti Pneumocystis Carinii

Pneumonia dan kanser termasukSarkoma Kaposi.

Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam

fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan

sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan

kuman-kuman lain.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 84

TAJUK 3

BAHAYA HIV DAN AIDS

Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor. Beberapa laporan
tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan
penagih dadah yang menggunakan suntikan. Penerima darah dan
pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap
penyakit yang sama iaitu pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia
(sejenis penyakit keturunan yang semula jadi membunuh sel darah). Punca
jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya
ialah homoseksual, penggunaan dadah yang menyuntik (IDU) iaitu secara
pengkongsian, perlakuan heterosekual, industri darah yang telah tercemar
dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang
iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini
akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut. Mereka
hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan
jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 85

Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah
kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang
mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Seterusnya, kekurangan
pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada
peningkatan bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan
informasi tentang penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka
untuk melakukan pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah
untuk mengetahui sama ada mereka ialah pembawa HIV yang
berkemungkinan besar akan menyebarkan virus tersebut melalui hubungan
seks rambang, pemindahan darah, ataupun melalui penyusuan ibu kepada
anak. Jelaslah kepada kita betapa pentingnya bagi rakyat menyedari
tentang bahaya penyakit AIDS yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan
tetapi boleh juga mengancam nyawa seseorang.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 86

TAJUK 4
PENYEBARAN HIV DAN AIDS

Fakta mengenai HIV :-
1. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.
2. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing dan air
mata.
3. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat dan melalui
udara.
4. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di
permukaan kulit dan pakaian,

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:-
Pendermaan darah yang menggunakan peralatan disteril dan
mengikut piawai dapat menghindarkan jangkitan. Di Malaysia,
semua darah yang didermakan telah disaring terlebih dahulu bagi
mengesan antibodi HIV.
Melalui sentuhan.
Menjaga seseorang yang positif HIV.
Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
Berkongsi makanan.
Berkongsi tempat tinggal, bekerja dan belajar bersama serta
berkongsi tempat tidur.
Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit
HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh
virus HIV.
Bersin, batuk, air peluh dan air kencing.
Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 87

TAJUK 5

UJIAN ANTIBODI HIV

Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV
dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh
badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang
menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah
menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan
HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di
peringkat awal jangkitan. Apabila virus HIV ini membiak dan menjadi
semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak
berupaya melawannya.

Bagi sesetengah individu pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam
darah setelah tiga bulan. Jika keputusan ujian setelah tiga bulan itu adalah
negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan
daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin
mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV
secukupnya. Oleh itu dua ujian setelah tiga bulan dan 6 bulan mampu
memberikan keputusan yang lebih meyakinkan. Ujian pertama yang
menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah tiga bulan bermakna antibodi
HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 88

Namun, ini belum mengesahkan bahawa individu berkenaan bebas
daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil
“window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan di dalam darah
kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV
yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan
penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Sekiranya mereka
yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah
sekali lagi selepas tiga bulan (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh
kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan
dengan lebih tepat. Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa 6 bulan
elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian darah tersebut tidak
sia-sia. Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam
darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna individu
tersebut akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif
HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk
mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 89

TAJUK 6
RAWATAN PENYAKIT HIV DAN AIDS

Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV dan AIDS
namun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.
1. Ubat-ubatan:

Melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom
yang dialami oleh pesakit seperti ubat anti retrovirus yang menyerang
dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.

2. Kaunseling:
Membantu klien memulihkan dan menggerakkan klien ke arah
pertumbuhan diri yang lebih baik.

3. Makanan berkhasiat:
Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat
yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan,
malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan.

4. Senaman dan gaya hidup sihat

Usaha Mencegah Penularan HIV dan AIDS

Pencegahan dalam kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam
adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS
dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV:-

Pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan menjalani ujian saringan
HIV dan AIDS.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 90

Menjauhkan diri daripada mengadakan hubungan seks bebas.

Gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang. Jangkitan melalui ibu
kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti virus
sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan
penyusuan.

Pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya
dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.

Individu berisiko tinggi hendaklah menjalani ujian HIV.

Gunakan alat-alat yang telah disteril untuk menindik telinga dan
membuat tatu.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 91

TAJUK 7
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MENANGANI HIV DAN AIDS

Usaha terbaik untuk menangani penyakit AIDS adalah melalui pendidikan
secara berterusan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah untuk
mendidik orang ramai mengenai AIDS dan HIV melalui:-

1. Mesej pencegahan melalui pendidikan di sekolah atau institusi
pendidikan.

2. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam keluarga.
3. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam kalangan masyarakat.
4. Usaha pencegahan melalui pewartaan akta iaitu:-

i. Akta Dadah Berbahaya 1952;
ii. Akta Racun 1952;
iii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
iv Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)

1985;
v. Akta Dadah Berbahaya (Perlucutkan Harta) 1988; dan
vi. Akta Penggubalan Wang Haram 2001.

5. Mengamalkan gaya hidup sihat adalah amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan
masyarakat.

6. Pegangan agama/moral yang kukuh

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 92

TAJUK 8

KISAH SEORANG PESAKIT HIV DAN AIDS

Shima merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Selepas
menamatkan persekolahan dia telah menyambung pelajaran dalam bidang
kejururawatan di sebuah kolej kejururawatan. Walaubagaimanapun, Shima
tidak menamatkan pengajiannya kerana masalah peribadi. Selepas berhenti
belajar Shima pulang ke kampung halamannya.

Selepas beberapa bulan menganggur Shima meminta kebenaran
ibu dan bapanya untuk bekerja di bandar sebagai seorang operator. Shima
tinggal bersama rakan-rakannya di rumah sewa. Shima mula bersikap liar,
hujung minggu sering dihabiskan bersama rakan-rakannya di kelab-kelab
malam.

Kehidupan Shima mula berubah, gajinya dihabiskan untuk bersuka-
suka dan Shima mula berkenalan dengan seorang lelaki dan tinggal
bersama lelaki tersebut. Hidupnya dilimpahi kemewahan. Dia juga sering
bertukar-tukar pasangan. Shima mengetahui yang kekasihnya merupakan
seorang keldai dadah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 93

Pada suatu hari Shima telah ditahan polis kerana disyaki terlibat
dengan penipuan siber. Akaunnya telah digunakan oleh kekasihnya untuk
membuat penipuan siber. Selepas dibicarakan, Shima telah disabitkan
dengan kesalahan bersubahat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10
tahun.

Semasa dihantar ke Penjara, Shima telah menjalani ujian saringan
kesihatan. Semasa ujian tersebut Shima telah dikesan menghidapi penyakit
HIV positif. Shima tidak dapat menerima hakikat tersebut. Shima rasa
menyesal dengan perbuatannya dulu walau bagaimanapun penyesalannya
itu tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 94

TAJUK 9

KISAH PEMUDA HIV DAN AIDS

Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada
berkongsi jarum suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai
Haikal, 34, menanggung bahana daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan
menghidap penyakit HIV positif.

Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak
menganggap disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah
dalam kehidupannya.Sebaliknya dia bersyukur.Disahkan sebagai
penghidap HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah dengan kata-
kata.Bahkan, Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak
baginya mengenal erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang
Maha Esa.

“Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al
Fatihah pun saya tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,”
tuturnya yang gemar dengan aktiviti menghidu gam sejak usianya 15
tahun.Daripada aktiviti menghidu gam, Haikal mula terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 95

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
jua.Haikal akhirnya ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan
dipenjarakan sebanyak empat kali.Di penjara, Haikal mula mengenal agama
dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.Ketika di
penjaralah dia mendapat berita yang mengejutkan.

“Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV
positif.Namun, saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk
bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan
Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan membantu memberi khidmat
kaunseling kepada penghidap HIV/ AIDS.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 96

TAJUK 10
PANTUN : HIV DAN AIDS

Kayuh rakit di Sungai Ular,
Kayuhan kuat bersama-sama;
Penyakit AIDS mudah menular,
Jagalah diri jangan terkena.

Riuh rendah suara teriak,
Kakak merenung sambil bersimpuh;
Andai HIV sudah membiak,
Pertahanan badan menjadi lumpuh.

Tanam petola pokok menular,
Jaga duri terkena sakit;
Bila Aids sudah menular,
Badan mudah dijangkiti penyakit.

Jalan-jalan keliling taman,
Sambil menghirup sedapnya susu:
Hidup mesti punyai iman,
Jangan ikut hawa dan nafsu.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 97

BAHAGIAN 6

KETUM

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 98

TAJUK 1

APA ITU KETUM

Tahukah rakan-rakan, apakah itu ketum ?
Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong
di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai
perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat
penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.

Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh
direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan
dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya

Pada 03 Oktober 2005 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah
memutuskan bahawa meminum air ketum sehingga memabukkan dengan
mencampurkan bahan-bahan lain seperti ubat batuk, lingkaran ubat nyamuk
dan minuman ‟Coke‟ hukumnya adalah haram.
Rumusan: Penagihan ketum hukumnya haram dan amat berbahaya kepada
kesihatan

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 99

TAJUK 2

KESAN – KESAN PENAGIHAN KETUM

Masih ingatkah lagi rakan-rakan apa yang telah kita telah belajar minggu lepas iaitu
apakah itu ketum. Minggu ini kita akan belajar pula tentang kesan penagihan ketum
ke atas diri kita :

Antara kesan buruk penyalahgunaan daun ketum ialah

susut berat badan
insomnia
anoreksia
bibir menjadi kering
sembelit atau kesukaran membuang air besar.
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi
Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
sengal-sengal sendi
mudah marah
hilang motivasi
hilang kawalan diri
rasa bosan dan malas
kurang sensitive terhadap kesakitan fizikal dan emosi
anak mata menjadi sempit

Rumusan: Setelah kita mengetahui kesan bukur akibat ketagihan air ketum maka
hendaklah kita mengindarkan diri kita daripada terjebak dengan masalh air ketum

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 100


Click to View FlipBook Version