Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam Sejahtera. Tuan-Tuan, Puan-Puan, hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT juga , Majlis Graduasi SMK TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU KALI KE-21 tahun 2023 ini , dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang meriah. Saya mewakili seluruh warga kerja SMK TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Ybhg Datuk Hj Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah , tuan-tuan dan puanpuan ke majlis ini untuk bersama-sama meraikan anak-anak kita. Semoga hubungan baik yang terjalin antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan berkekalan selamanya. Murid yang terlibat graduasi kali ini adalah terdiri daripada 112 orang calon SPM dan PASM 2023 . Pihak sekolah mensasarkan kelulusan sebanyak 100% [LMS] pada tahun ini dengan GPS 4.73. Walaupun target ini agak tinggi bagi sekolah kita tapi kita akan mencabar kemustahilan agar segala usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil . Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada putera dan puteri tingkatan lima sekolah ini atas kesabaran , pengorbanan, komitmen dan usaha mereka sepanjang lima tahun berada di sekolah ini. Majlis ini juga diharapkan akan menjadi perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi pada masa akan datang. Kepada para murid khasnya, suka saya mengingatkan agar di manapun anda berada jangan sesekali melupakan jasa para pendidik yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang telah menunjukkan dedikasi dan bertungkus-lumus dalam mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada para murid . Kami sebagai guru di sekolah ini menaruh harapan yang tinggi agar anda semua dapat meneruskan pengajian selepas SPM nanti. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ajk Majlis Graduasi pada tahun ini. Tanpa komitmen yang jitu daripada barisan guru sudah pasti majlis ini tidak dapat direalisasikan. Sebenarnya peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi tidak lama lagi merupakan langkah permulaan menuju ke menara gading. Namun, pasti dalam usaha mencapai cita-cita anda banyak yang akan anda harungi tetapi janganlah bimbang , sebaliknya teguhkan semangat dan teruskan perjuangan anda untuk menjadi orang yang berjaya dan berguna kepada keluarga ,masyarakat dan negara. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda . Ucapan Pengetua
Saya juga ingin mencabar para murid agar membuktikan bahawa anda semua mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang untuk sekolah ini. Walaupun masa semakin menghampiri namun anda masih boleh berusahalah dengan iltizam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah kita . Sekali lagi, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan, dan ibu bapa sekalian kerana sudi hadir untuk meraikan anak-anak kita. Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak SMK Taman Tun Fuad merakamkan penghargaan atas kehadiran YBHG Datuk Hj Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan kepada semua yang sudi hadir pada hari ini. Marilah kita berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk teruskan perjuangan demi memartabatkan dunia pendidikan di negara kita. Pesanan untuk ibu bapa, bantulah anak-anak anda dalam perjuangan mereka menempuh peperiksaan SPM dengan iringan doa dan menyediakan suasana yang kondusif di rumah agar kecemerlangan menjadi milik mereka. Sekian. Puan Halija Binti Hj. Jonggang Pengetua SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu
Ucapan Perasmi Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu amnya, kerana sudi mengundang saya ke Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2023 pada Kali ke-21 yang gemilang ini. Justeru, dalam kesempatan ini marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan-Nya kita diberi peluang untuk hadir ke majlis yang sangat bermakna ini, khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para murid Tingkatan 5 yang akan menamatkan sesi persekolahan sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal Tahun 2024 nanti. Syabas dan Tahniah, saya ucapkan kepada 112 murid-murid Tingkatan 5 Tahun 2023 dalam kalangan aliran arus perdana dan pendidikan khas yang telah berjaya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dari Tingkatan 4 Tahun 2022 sehinggalah di Tingkatan 5 Tahun 2023.Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak pada petang yang damai ini. Semoga segala khidmat bakti, pengorbanan dan sokongan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan akan mendapat restu daripada Tuhan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, Saya difahamkan berdasarkan Analisis Keseluruhan, prestasi peperiksaan SPM 2022 menunjukkan peningkatan peratus Lulus (Layak Dapat Sijil) ialah 99.25% berbanding Peperiksaan SPM 2021 peratus Lulus (Layak Dapat Sijil) ialah 94.55%. Hal ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 4.7%. Syabas dan Tahniah, kepada seluruh warga sekolah khasnya kepada Puan Pengetua, warga guru dan juga para ibu bapa atas segala usaha dalam mencapai kejayaan ini. Selain daripada kejayaan sekolah dalam memperolehi peningkatan keputusan peperiksaan kebangsaan seperti SPM. Kecemerlangan sekolah juga diukur melalui penglibatan-penglibatan di peringkat Daerah, Kebangsaan dan juga Antarabangsa khususnya dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan juga dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Oleh hal yang demikian saya mengucapkan Syabas dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Puan Pengetua dan warga sekolah di mana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad Kota Kinabalu telah menerima Anugerah Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Cemerlang 2023, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah dalam Majlis Pengikhtirafan Kecemerlangan Akademik atau pun dikenali sebagai MEKAR XI, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah baru-baru ini. Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar murid-murid dapat meningkatkan kesediaan diri dari aspek psikologi di samping kesediaan intelek untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ini adalah sangat penting sebagai platform untuk meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti. Di Universiti anda akan meneruskan pengajian pada peringkat Diploma dan Ijazah. Kemudian, ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang tertentu. Berkemungkinan juga anda akan ditawarkan untuk menyambung pengajian di Universiti ternama luar negara dengan penajaan kerajaan atau pihak swasta sekiranya mendapat keputusan SPM yang cemerlang.
Para calon SPM sekalian, Anda masih muda, perjalanan untuk memburu kecemerlangan akademik, masih jauh dan terbentang luas dihadapan. Justeru, usah persia kesempatan yang ada, kerana kata Ulamak, “Barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya umpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap”. Sementara Alvin Toffler, seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa, “Bidang pendidikan pada abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar kreatif, yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis”. Demikianlah perihal kepentingan penguasaan ilmu. Justeru, berbekalkan sijil graduasi yang anda terima pada petang ini, serta iringan doa dan harapan daripada ibu bapa dan guru-guru serta rakan-rakan, saya yakin anda akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Sejajar dengan matlamat sekolah dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama demi kesejahteraan negara. Dalam konteks Malaysia Madani, majlis seumpama ini memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang berpendidikan, berkebolehan dan berakhlak mulia. Para pelajar yang dilahirkan melalui sistem pendidikan yang baik akan membawa impak positif kepada masyarakat dan negara. Mereka membawa bersama mereka ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai moral yang penting untuk membina masyarakat yang harmoni, adil dan progresif. Dalam jangka panjang, pelajar yang berkebolehan dan berakhlak baik akan menjadi ahli masyarakat yang berdaya saing di peringkat global. Mereka akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, memperkukuhkan sistem pendidikan dan memainkan peranan dalam memajukan nilai-nilai kemanusiaan dan kesaksamaan di Malaysia. Maka, majlis graduasi tidak hanya sekadar satu acara bersejarah bagi individu-individu yang bersangkutan, tetapi juga merupakan satu langkah ke arah pembinaan Malaysia madani yang diidamkan oleh masyarakat Malaysia. Dengan memberi penekanan kepada pendidikan berkualiti, nilai-nilai moral dan kepelbagaian, majlis graduasi memberi kesan positif kepada visi Malaysia Madani yang kita semua harapkan. Penganjuran majlis graduasi seperti ini merupakan suatu inisiatif yang baik untuk memotivasikan para pelajar di sekolah ini. Syabas dan tahniah kepada AJK Graduasi SMK Taman Tun Fuad yang berjaya menjayakan Majlis Graduasi Sekolah pada hari ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid Tingkatan 5 dan semoga akan berjaya lebih cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM yang akan dihadapi penghujung bulan Oktober nanti dan juga peperiksaan SPM sebenar pada awal tahun hadapan yang akan berlula dengan amali sains pada bulan Disember ini. Akhir kata, saya dengan suka citanya merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad Kali ke-21, Tahun 2023. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Ajanah Binti Mohamed Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Ahli Jawatankuasa Majlis Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi l Naib Pengerusi ll Naib Pengerusi lll Setiausaha Timbalan Setiausaha Bendahari l Bendahari ll : Pn. Halija Binti Hj Jonggang (Pengetua) : Pn. Shamiza Binti Ahmad (PK Pentadbiran) : Dr. Siti Kisni Binti Kisson (PK HEM) : En. Azman Bin Badu (PK Kokum) : En. Tonny Tawin (PK PPKI) : Pn. Hardawati Abd. Hadi : Pn. Sharifah Zhanifah Binti Akarab : Pn. Nurazziera Binti Jimis : Pn. Marlisa Binti Sau AJK Penyelaras Majlis (Floor Manager) Pn. Hardawati Abd. Hadi Pn. Susie Doivit AJK Jemputan Pn. Fairuz Mohd. Zain Pn. Nurfaizah Binti Mohd Yusoff AJK Teks Ucapan Perasmi Datin Hajah Sulina Binti Sonte Pn. Mangit Kaur AJK Pendaftaran Pn. Lee Phui Chu Pn. Joyce Binti Gilling AJK Cenderahati Pn. Siti Nazathul Suhaimmah Binti Suhaini AJK Ucapan Doa En. Amir Bin Muharram AJK Siaraya (PA System) En. Jimru Sangin En. Muhammad Hafiz Bin Noorden AJK Susun Atur & Penyediaan Tempat Pn. Widayati Mimi Binti Ismail Pn. Lim Ling Yean
AJK Juruacara Pn. Sharifah Zhanifah Binti Akarab En. Shobrie Bin Jaffar AJK Sambutan, Protokol & Buku Pelawat Pn. Arzilah Binti Ag Arsad Semua Ahli Pengurusan AJK Fotografi Pn. Lim Lee Chee @Caroline Linda Murid YEA AJK Photo Booth Pn. Fadzilah Binti Mohd. Nor Pn. Marlisa Binti Sau AJK Backdrop & Susunan Muzik En. Nazree Munir AJK Backdrop & Susunan Muzik En. Nazree Munir AJK Jamuan Pn. Nurin Binti Din Puan. Latifah Binti Abd Rahman AJK Persediaan Sijil, Penyampaian Sijil & Jambangan Bunga Pn. Christie Paihan Pn. Chin Mee Na AJK Pengurus Penerima Sijil Graduasi Pn. Elcy Sangau Pn. Madznah Binti Hamiddon AJK Pengurusan Jubah Pn. Rosmini Binti Sumsudin Pn. Rohani Binti Fitrah Pn. Emily J Anjemeh AJK Pamplet Atur Cara & Montaj Pn. Julieziana Binti Abdul Aziz Pn. Lim Lee Chee @Caroline Linda Pn. Emily J Anjemeh Murid YEA AJK Disiplin En. Abdul Basid Bin Buraisal Pn. Hajah Malinah Binti Ahmad AJK BUnga & Fail Pn. Siti Khadijah Binti Moin AJK Dokumentasi Pn. Lenny Triani Binti Kusnin
Pencapaian Akademik GPS SPM SMK TAMAN TUN FUAD Tahun 2010-2022 6.01 5.51 5.53 5.20 5.66 6.10 5.97 6.08 5.12 5.74 5.43 5.07 5.14
Tentatif Program 12.00 pm - 1.00 pm Ketibaan Guru, murid dan ibu bapa 1.40 pm - 2.00 pm Ketibaan tetamu jemputan 2.10 pm Majlis bermula - Perarakan masuk Perasmi, Pengetua, YDP PIBG & ahli PIBG, semua Penolong Kanan dan semua Ketua Bidang Bacaan Doa Ucapan Pengetua Ucapan Perasmian Penerimaan Sijil Graduasi 4.00 pm Jamuan Makan Persembahan murid-murid tingkatan 5 5.00 pm Majlis dijangka selesai 2.00 pm - 2.10 pm Perarakan masuk graduan Nyanyian lagu Negaraku/ Sabah Tanah Airku/ Lagu Sekolah Tayangan Montaj Penyampian Cenderahati kepada Perasmi Sesi bergambar mengikut kelas (PPKI, 5A, 5B, 5C, 5D, 5E, guruguru) 3.45 pm - 4.00 pm
Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 AMANAH Guru Kelas: Pn. Sylvia Eligius Aiji Ellias Laison Aiman Afnan Bin Fazlan Ariq Aiman Bin Nadzri Fajidah Binti Sawal Felicity Felix Marcus Himmah Tsabitah Binti Zainal Arifin Lee May Shee Mohammad Haiqal Hafizi Bin Ruhelyu Muhammad Danish Isyraff Bin Ismail Muhammad Nazeem Farhan Bin Mohd Nazrudin Nur Aliah Maisarah Binti Mohd Shaari Nur Masyitah Binti Makrup Rafael Ranggi Anak Empin Sandra Jane Nurin
Aisha Danila Binti Ahmad Yani Alfyanna Binti Faizal Audrey Anik Charlize Cruz Jerry Cherllynmichelle Marinus Cindy Zenobius Davina Rayner Eddie Maxclarence Bin Adus Efherrian Florian Willie Emmanuel Edeison Benedict Hennecy Sofia Didit Intan Syazriana Binti Abdullah Ivy Vylora Cassianus Jeremiah Joshua James Jerina Lociah Karen Supang Billy Mardiana Binti Udin Mohammad Ashraf Fharamie Mohammad Izzulhairie Bin Awang Mohammad Asymawie Muhamad Ayie Syafiee Muhammad Affdlin Affendi Bin Sabari Muhammad Syakir Bin Bakir Murni Binti Gungtur Nor Afifah Nur Farah Khairunnisa Binti Razali Nuriman Farisha Zhahirah Binti Mohd Yunus Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 BESTARI Guru Kelas: Pn. Lee Phui Chu
Affi Ozlee Bin Sabli Aleeya Fitriyanie Binti Ahmad Aleeysa Fitria Farhana Binti Norbin Alfaqulrazi Hammadani Alif Aiman Bin Muhammad Zaki Alyaa Earisya Binti Walter Arfan Zulhaqeemy Patail Cherylin Jabat Datu Khalifa Bin Datu Nasiruddin David Lau Ee Rong Dayang Roshalizah Binti Ahmad Rais Durratul Atirah Binti Bairuddin Erin Jaclyn Anak Simon Erlin Cathrine Anak Simon Fadira Sharlie Syahrul Ramahdan Binti Abdullah Florinna Rachel Renny Haikal Bin Madjini Jerome Vitus Jidek Lazrie Magishah Bin Lakamagi Mason Ivan Lim Mohamad Mikhael Madin Mohammad Haziq Bin Razi Nicholas Khoo Man Lok Nino Christian Paragas Nor Azizah Binti Darwis Nurfatiha Haqueen Binti Abdul Basid Siti Aisha Siti Nursyahyanah Binti Sofian Vanessa Mae R. Macapala Zinedine Zidane Bin Khairudin Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 CEKAP Guru Kelas: Pn. Nurfaizah Binti Mohd Yusoff
Anjelika Binti Majais Damia Arrysha Binti Zainoh Edmond Moris Seliman Exwinnlee Tuning Ferdinan Onasis Harainja Glayzerray Stewart Gibak Hendry Len Hamdi Isaac Jordan Lee Tze Vun Jonathan Lim Julia Anasthasia Santos Leo Federick Patrick Mohammad Syukri Bin Mohd Ibnu Muhammad Nur Iman Bin Madley Nigel Rohan Joseph Nur Sal Farana Nadia Binti Almain Nuraimanadha Bin Nurkasmin Nurhawani Binti Bakar Revieca Eva Raynel Selvester Leonel Lim Sitti Raisah Binti Nasir Wellcott Jdeo Jomey Deosing Zahrul Adam Bin Ahmad Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 DINAMIK Guru Kelas: Pn. Margaret Sia Mee Yau
Abby Suhaimie Chong Nyen Haw Allen Eng Seng Fu Geniffer Hellmond Jack Jakus Junaidi Lester Poi Min Michelliana Chung Mohamad Danial Hakim Bin Omardeen Mohamad Hanif Eiman Bin Ronny Mohammad Farhan Ikhmal Mohammad Hafizuddin Bin Mohd Awal Mohd Aiman Lai Mohd Shukery Rahimie Bin Nasir Muhamad Hanafi Bin Peter Muhammad Aiman Afiq Bin Mohd Kamarulsham Muhammad Haziq Safwan Bin Berahim Nursafirah Binti Rudi Sazrul Hazwan Bin K Sezely Syazwan Nukman Bin Suriansah Mohammad Ridzwan Bin Mohd Ariffin Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 EFEKTIF Guru Kelas: En. Mohd Shobrie Bin Jaffar
Senarai Penerima Sijil Graduasi 5 DEDIKASI Guru Kelas: Pn. Latifah Binti Abd Rahman Adrian Koh Siaw Ken Aleesa Farhana Binti Mas Farisan Aman Zabidi Bin Zunaidi Amirah Fadhlina Binti Zairul Brian Chong Yang Hung Chin Hong Vui Mikhail Bern Bidaun Muhammad Khalid Bin Mohammad Mahat Rafiq Hariri Bin Kamarul Latif Shawn Chia Chee Xuan
"Education is the most powerful weapon you can use to change the world" - Nelson Mandela