The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG KEPTAN PETALING KALI KE 26 TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ejat Onexox Subang, 2021-06-20 10:32:35

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 26

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG KEPTAN PETALING KALI KE 26 TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN
KALI KE 26

Tarikh : 23 Jun 2021 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Lokasi Masing-Masing Online

Laman web : http://keptanpetaling.blogspot.com/

KANDUNGAN……. MUKA SURAT
BIL PERKARA 1
1 Jawatankuasa Pelaksana 2-3
2 Sejarah Keptan 4
3 Aturcara Majlis 5
4 Lagu Keptan 6
5 Agenda Mesyuarat
6 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 7-21
7 Laporan Aktiviti 22
8 Penyata Kira-Kira 23
9 Usul 24-26
10 Perwakilan ke Persidangan 27
11 Ucapan Tahniah-Ahli Yang Bersara 28
12 Ucapan Takziah 29
13 Sekalung Budi 30

JAWATANKUASA PELAKSANA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN
CAWANGAN PETALING 2021

Jemputan : Pn.Hajah Rasidah bt Md Som
Pn.Rasidah bt Senen

Backdrop, : En.Mohd Shahizat bin Saffii
Links meet, En.Khairul Azman bin Hashim
Lagu Negaraku, Pn.Nurhafizah bt Husain
Keptan & Video Pn.Noraini bt Kamaruddin

Kehadiran : Cik Halimah bt Yusof
(google doc) Pn.Wan Rosilawati bt Wan Ahmad
Cik Zahratul Marlia bt Ghazali
Pn.Roshanizar bt Ali
Cik Maznah bt Kasim

Juru Acara / : Pn. Fadzlina bt Mohd Sarbi
Teks Ucapan Pn Heny Yuzira binti Mohamed Yusof

Bacaan Doa : En.Khairul Azman bin Hashim

Buku Program : Pn.Roshaniza Jamaluddin
En.Mohd Shahizat bin Saffii

1

SEJARAH KEPTAN

KEPTAN
Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung
Malaysia.

TARIKH PENUBUHAN
4 Ogos 1991.

TEMPAT PENUBUHAN
SMK Seksyen 24, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PENUBUHAN DIRASMIKAN OLEH
Yang Berbahagia Tuan Haji Jumali bin Kasan
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Selangor

JAWATANKUASA PENAJA
Dikalangan Pembantu Tadbir & Pembantu Tadbir Rendah secara sukarela.

TARIKH MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN
15 November 1992

TEMPAT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN DIRASMIKAN OLEH
Yang Berbahagia Tuan Haji Shamsuddin bin Dahlan
Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia.

TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA
27 & 28 September 1996

TEMPAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA
Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA DIRASMIKAN OLEH
Yang Berbahagia Tuan Malik bin Hamzah
Setiausaha Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2

TUJUAN PENUBUHAN
• Mewujudkan hubungan harmoni dan berkesan melalui perbincangan antara
pekerja dan majikan.

• Membincangkan dan mengemukakan cadangan dan pandangan daripada
kumpulan sokongan kepada pihak majikan.

• Mencari ruang dan peluang untuk menambah baik perjawatan, perkhidmatan
dan faedah saraan, selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa
disamping mendukung hasrat, cita-cita dan wawasan kerajaan.

IBU PEJABAT

Ibu Pejabat KEPTAN yang pertama menumpang di bangunan MAYC, Selangor
sehingga 30 Oktober 2000.

Mulai 01 November 2000 ibu pejabat telah berpindah ke Kemayan Square, Seremban,
Negeri Sembilan.

Dengan usaha gigih pihak pengurusan atasan KEPTAN dan dibantu oleh cawangan
serta sokongan dan dukungan daripada semua ahli seluruh Semenanjung Malaysia,
maka pada 05 Julai 2003 ibu pejabat KEPTAN telah berpindah ke Diamond Square,
Gombak, Selangor, iaitu ruang pejabat yang telah mampu dimiliki oleh KEPTAN.
MISI KEPTAN
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjana penjawat awam berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI KEPTAN
Ke arah Kecemerlangan Profesion Kumpulan Sokongan
MOTTO KEPTAN
“ KEPTAN MAJU JAYA”.

3

8:30 pagi ATURCARA MAJLIS
9:00 pagi - Pendaftaran (google doc)

9:10 pagi - Negaraku
9:15 pagi Lagu KEPTAN

9:45 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan Alu-Aluan Pengerusi KEPTAN
10:45 pagi
Cawangan Petaling

- Ucapan Presiden / Wakil
KEPTAN Semenanjung Malaysia

- Mesyuarat Agung Keptan kali Ke 26

4

LAGU
KEPTAN MAJU JAYA

Jujur Amanah Berilmu Mesra
Pegangan Kerjaya Kita

Berbudi Bahasa Yang Mulia
Amalan Selamanya

Tak Kira Siang Ataupun Malam
Masa Amatlah Berharga
Rahsia Harus Diutamakan
Sejahtera Semua

Korus

Kesatuan Jadi Tempat,
Kita Berganding Bahu
Elakkan Diri Dari Sengketa,
Martabatkan Kerjaya
KEPTAN Kesatuan Kita,
Kebanggaan Kami Semua
Perjuangan Meninggikan Ilmu

Berusaha Terus Jaya

Antara Kita Dan Juga Majikan
Berganding bekerjasama

Kita Bina Talian Yang Mesra
KEPTAN Maju Jaya (ulang 3x)

Lirik Oleh : Ngatmun bin Sarbini
Melodi Oleh : Cikgu Hamzah bin Maarof
Gubahan Oleh : Cikgu Shafie bin Muhamad

5

Agenda Mesyuarat

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 25
2. Membentangkan dan Meluluskan Laporan Tahunan bagi tempoh mulai 01 April

2020 hingga 31 Mac 2021
3. Menerima dan Meluluskan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir Pada 01 April

2020 hingga 31 Mac 2021
4. Melantik 5 orang Jemaah Pemeriksa Undi
5. Pemilihan wakil ke persidangan KEPTAN Kebangsaan
6. Menimbang dan Meluluskan Usul-Usul.
7. Ucapan Penangguhan

6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LUAR BIASA KEPTAN
CAWANGAN PETALING KALI KE – 25

Tarikh : 24 Ogos 2020 (Isnin)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan SMK (P) Sri Aman
Jalan 14/49
46100 Petaling Jaya, Selangor

Kehadiran :

Ahli Jawatankuasa - Pengerusi
1. Pn.Rasidah bt Md Som - Timbalan Pengerusi
2. En.Mohamad Yusman b. Mohd Yusof - Timbalan Pengerusi (L)
3. En.Mohd Shahizat b. Saffii - Timbalan Pengerusi (W)
4. Cik Halimah bt. Yusof - Setiausaha
5. Pn.RosHaniza bt Jamaluddin - Penolong Setiausaha
6. Pn.Wan Rosilawati bt.Wan Ahmad - Bendahari
7. Pn. Azita binti Abd. Aziz - AJK
8. Pn.Fadzlina bt Mohd Sarbi - AJK
9. Cik Maznah bt Kasim - AJK
10. Puan Norzilah bt Salleh - AJK
11. En.Zahari b.Mustapa - AJK
12. En.Khairul Azman b.Hashim - Juruaudit
13. Pn.RosHanizar bt.Ali - Juruaudit
14. Pn.Nur Hafizah bt Hussain

146 orang ahli KEPTAN Cawangan Petaling

Jumlah Ahli Semasa : 370 orang

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinnya maka sekali
lagi KEPTAN Cawangan Petaling dapat mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan kali yang ke-25 pada hari ini 24 Ogos 2020.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tetamu kehormat
yang dapat hadir walaupun sedang menjalani proses audit di Pejabat.
Puan Yasmin binti Kamaruddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran mewakili PPD Petaling Perdana dan Puan Hajjah
Marhaini bt M.Haniff, Timbalan Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan
Murid mewakili PPD Petaling Utama.

1.3 Terima kasih juga kepada Pengetua SMK (P) Sri Aman kerana
membenarkan pihak KEPTAN menggunakan dewan dan segala
kemudahan.

7

1.4 Terima kasih kepada Encik Osman bin Mamat, Naib Presiden II ,Wakil
1.5 Keptan Pusat yang sanggup bersusah -payah hadir dari jauh untuk
1.6 memberi info-info terkini kepada ahli-ahli di cawangan Petaling.

1.7 Terima kasih seterusnya kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli
KEPTAN cawangan Petaling.
1.8
1.9 Pengerusi memohon maaf kerana kehadiran pada tahun ini adalah terhad
kerana ruangan lokasi yang perlu perjarakan 1 meter antara satu sama
1.10 lain mengikut SOP yang ditetapkan berikutan penularan wabak Convid 19
1.11 bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia
1.12
1.13 Memohon kerjasama ahli-ahli supaya sentiasa mematuhi SOP , tidak leka
1.14 dan alpa apabila dalam suasana begini teruja dapat berjumpa sahabat-
1.15 sahabat yang telah lama tidak berjumpa. Pihak penguatkuasa juga
sentiasa membuat rondaan di sekitar lokasi mesyuarat.Kita jaga kita.

Berikutan wabak ini juga, mesyuarat agung tahunan yang sepatutnya
diadakan sebelum 30 Jun setiap tahun telah dilanjutkan sehingga 31
Ogos 2020 pada tahun ini.

Pengerusi mengambil kesempatan meminta kerjasama ahli-ahli supaya
sentiasa menyemak potongan yuran melalui Biro Angkasa. Mengisi
borang tukar cawangan sekiranya berpindah tempat kerja dan berusaha
menambah bilangan keahlian

Maklumkan kepada SUC sekiranya telah atau akan mencapai tarikh
bersara bagi mempastikan tuntutan tabung kebajikan dibuat tuntutan.

Pengesahan kehadiran ke Mesyuarat Agung perlulah dihantar mengikut
tarikh yang ditetapkan bagi memudahkan urusan AJK

Ahli-ahli diminta memberikan cadangan pencalonan sekiranya tahun
tersebut perlu membuat pencalonan AJK yang baru

Sebelum mengakhiri ucapan, pengerusi sekali lagi mengucapkan terima
kasih dan terpaksa meringkaskan ucapan bagi memastikan majlis
diadakan hanya dalam tempoh 5 jam

Laluan akan diberikan kepada Encik Osman bin Mamat, Naib Presiden II ,
KEPTAN Pusat untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini.

Mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun yang memberi maksud
memohon perjuangan KEPTAN diteruskan selaras dengan moto
“KEPTAN MAJU JAYA”

8

2. UCAPAN EN OTHMAN BIN MAMAT, NAIB PRESIDEN II KEPTAN
SEMENANJUNG MALAYSIA

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan dan ucapan tahniah
kepada barisan AJK KEPTAN kerana telah berjaya mengadakan
mesyuarat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2.2 Beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin
dan limpah kurnia dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN
Cawangan Petaling kali yang ke - 25.

2.3 Beliau turut menyampaikan salam dari Pn Jameelah binti Hussien,
Presiden KEPTAN Semenanjung Malaysia yang sepatutnya hadir pada
mesyurat ini kerana perlu ke Pulau Pinang bagi menyelesaikan satu
perkara penting di sana.

2.4 Beliau mengucapkan Alhamdulillah kerana pematuhan SOP yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menurunkan
kadar peratus kes baru jangkitan Convid 19 di Negara kita.

2.5 Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Pendidikan Selangor pada awal
perkhidmatan dan bertukar ke Kelantan tidak berapa lama selepas itu.
Kedatangannya ke sini kali ini membuatkan ia keliru dengan keadaan
yang terlalu banyak berubah, pesat dengan pembangunan.

2.6 Beliau bersyukur dilahirkan Islam, bersyukur dilahirkan di Malaysia,
bersyukur kerana menjawat jawatan Pembantu Tadbir di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Bersyukur di
atas apa jua yang dikurniakan.

2.7 Dari pemerhatian beliau sepanjang bertugas di PPD Tanah Merah
Kelantan, daripada 10 orang Pembantu Tadbir yang dilantik hari ini, 8
orang adalah pemegang ijazah. Ini menunjukkan peningkatan taraf
akademik dan memerlukan persaingan dalam mencari peluang
pekerjaan.Mereka ini sepatutnya menjawat jawatan yang lebih tinggi tidak
kira di sektor awam mahupun swasta.

2.8 Fenomena ini menuntut kita rasa bersyukur kerana telah terpilih memiliki
pekerjaan tetap dan menjamin masa depan. Rasa syukur ini perlu
dilahirkan dengan penuh keikhlasan. Sebagai penjawat awam gunakanlah
peluang ini dengan bekerja bersungguh-sungguh dan patuh dengan
segala peraturan-peraturan am yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

2.9 Bekerjalah bersungguh-sungguh sehingga manjadikan sesuatu organisasi
itu berkualiti. Walaupun jawatan di gred rendah tetapi amanah itu perlu
dijalankan sebaik mungkin kerana itu adalah tanggungjawab.

2.10 Dalam menjalankan tugas yang hakiki, penambahbaikan bagi skim
perkhidmatan perlu dibuat. Kesatuan adalah medan atau saluran yang

9

2.11 boleh digunakan ke arah ini. Permintaan dan permohonan perlu
2.12 dipanjangkan kepada pihak kerajaan.Sebagai Pembantu Tadbir di bawah
Kementerian Malaysia, KEPTAN adalah kesatuan kita dan bernaung di
2.13 dalam senarai CUEPACS.Pembantu Tadbir perlu memberi sokongan
2.14 yang berterusan tanpa mengira RM5.00 sebulan untuk potongan yuran.
2.15
2.16 Beliau juga menegaskan tidak semestinya apa yang diperjuangkan
berjaya diperolehi esok atau lusa, mungkin juga kita tidak dapat
2.17 menikmatinya tapi dirasai oleh generasi kita yang akan datang.

Kita tidak perlu cemburu dengan jawatan yang lain, Pengetua , guru-guru
dan sebagainya kerana kesatuan mereka dipandang dan sentiasa diberi
perhatian oleh kerajaan. Sebaliknya kita perlu bersatu dan menambah
bilangan keahlian agar suara kita juga diambil perhatian oleh kerajaan.
Perkara yang amat menyedihkan apabila daripada jumlah keseluruhan
Pembantu Tadbir Pendidikan di Malaysia iaitu 27 ribu orang, hanya 10
ribu orang sahaja yang menjadi ahli.

Apabila kerajaan mengumumkan sesuatu penambaikan mengenai
perkhidmatan, insentif dan sebagainya, itu adalah hasil perjuangan
Cuepacs di mana ianya adalah di antara idea atau permintaan dari
KEPTAN.

Untuk makluman semua, Pegawai Kanan Kesatuan (PKK) telah
menyiapkan kertas kerja dan menghantarnya ke pihak atas mengikut
kesesuaian penambahbaikan.

Antara yang dipohon adalah Pembantu Tadbir Gred N dan W
digabungkan dan dijadikan gred NA. Ini adalah kerana laluan W amat
sukar Laluan terhad kerana tiada waran W yang luas di sekolah , PPD
atau JPN. Peluang untuk kenaikan pangkat tipis.

Kesan pensukturan perjawatan, Pegawai Eksekutif gred N29, N32 dan 36
telah diisi di Pejabat Pendidikan Daerah. Namun demikian
KetuaPembantu Tadbir masih kekal dengan pengisian gred N22.
Sehubungan ini KEPTAN telah mengesyorkan supaya N28 diisi di PPD
bagi memperluaskan peluang kenaikan pangkat KPT ke gred tersebut.
Andaikata seorang KPT gred N28 diluluskan dalam waran perjawatan
PPD, ianya mampu memberi peluang kepada 140 orang KPT untuk
mengisi jawatan tersebut di seluruh Malaysia

Apabila sesuatu permohonan diperjuangkan, perkara utama adalah
menyentuh berkenaan bajet yang tinggi. Oleh itu KEPTAN mencadangkan
supaya Pembantu Tadbir Pendidikan diasingkan dari Kementerian yang
lain, khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Langkah ini
adalah untuk menjimatkan bajet apabila sesuatu usul dilakukan ianya
akan hanya melibatkan jumlah PT di bawah KPM. Seterusnya nama
jawatan perlu ditukar dari Pembantu Tadbir kepada Pegawai Khidmat
Tadbir Pendidikan gred NA

10

2.18 KEPTAN juga turut menggesa supaya KPM melihat kadar enrolmen murid
2.19 yang menjadi asas penempatan Pembantu Tadbir di sekolah-sekolah.
2.20 Enrolmen berubah-ubah dan menyukarkan pergerakan Pembantu Tadbir
2.21 apabila hilang kelayakan waran di sekolah tersebut.

2.22 Di sekolah-sekolah luar bandar pula, enrolmen adalah kurang dan tidak
akan bertambah. Keadaan ini membataskan peluang kenaikan pangkat
Pembantu Tadbir.

Sehubungan dengan ini, KPM diminta mengkaji semula supaya
penempatan Pembantu Tadbir diselaraskan tanpa mengira enrolmen.
SMK perlu diisi dengan gred N26 dan 3 PT ,SK perlu diisi dengan gred
N22 dan 2 PT Jumlah pengisian ini perlu kerana terlalu banyak bebanan
tugas di sekolah terutama sistem di atas talian yang pelbagai.

Beliau menegaskan kerana terlalu banyak sistem yang perlu dikendalikan
oleh Pembantu Tadbir, urusan naik pangkat guru telah disyorkan kepada
KPM supaya ianya dipohon oleh guru masing-masing bagi mengelakkan
keciciran dan PT sering dipersalahkan. Tanggungjawab memohon adalah
terletak kepada guru-guru berkenaan dan pengemaskinian maklumat di
dalam sistem epangkat adalah masih menjadi tugas Pembantu Tadbir.

Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK (P)
Sri Aman kerana memberi keizinan menggunakan dewan yang sangat
selesa dan mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli-ahli
KEPTAN cawangan Petaling.

3. UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA PUAN YASMIN BINTI
KAMARUDDIN,TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR
PEMBELAJARAN PETALING UTAMA

3.1 Ucapan salam dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya
dapat berkumpul dalam satu majlis penting dalam cuaca yang baik

3.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah
menjadi ahli Keptan. Kesatuan adalah merupakan satu platform untuk
menuntut atau memohon naik taraf perkhidmatan yang sedia ada.

3.3 Ucapan tahniah kepada barisan AJK KEPTAN Cawangan Petaling
kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat dalam tempoh yang
ditetapkan dan perjalanan majlis yang lancar serta teratur.

3.4 Kekuatan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada sumber
manusia. Bagi setiap jawatan pasti ada tanggungjawab masing-masing.

11

3.5 jika ingin menaikkan kualiti organisasi, apa yang penting ialah melihat

kepada diri sendiri terlebih dahulu. Begitu juga dengan kesatuan. Ciri-ciri

sebagai seorang yang memegang amanah, bertanggungjawab adalah

penting agar diiktiraf oleh masyarakat di luar sana. Kita mestilah

mengubah persepsi mereka terhadap penjawat awam yang selama ini

begitu sinonim dengan tanggapan kurang berpotensi. Hanya kerana
seorang tempiasnya terpalit ke seluruh penjawat awam. Ini merupakan ”
clishare stigma”. Tunjukkanlah kepada orang luar bahawa itu salah.

Buktikanlah bahawa kita sangat sibuk dan bertungkus lumus

menyempurnakan tugas yang diamanahkan.

3.6 Beliau turut mengakui akan kepentingan jawatan Pembantu
Tadbir bagi melaksanakan segala urusan di pejabat seterusnya untuk
kepentingan organisasi. Nasihat beliau jangan merasakan diri kita kecil
tetapi jadikanlah peranan kita besar dan penting demi meningkatkan mutu
perkhidmatan dalam organisasi.

3.7 Lazimnya pekerjaan adalah untuk mencari pendapatan bagi menampung
keperluan hidup. Jadikanlah pendapatan ini sebagai rezeki yang barokah.
Andai rezeki barokah kita akan sentiasa merasakan rezeki itu mencukupi.

3.8 Beliau mengingatkan supaya Pembantu Tadbir tidak terlibat dengan istilah
makan gaji buta sebaliknya bekerjalah bersungguh-sungguh tanpa
mementingkan diri sendiri, sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan dan
Ketua Jabatan. Ibarat lidi, andai hanya sebilah amat mudah dipatahkan
jika dibandingkan dengan seikat . Ibarat sebatang mancis boleh
membakar sebuah organisasi.

3.9 Tanya semula kepada diri sendiri, masih ada peluang untuk berubah.
Gunakan 8 jam waktu bekerja sehabis baik, jaga imej, jaga perkataan
kerana karenah manusia berbeza.

3.10 Akhirkata beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi, mendoakan
perjuangan KEPTAN berterusan, semoga mantap, jangan berhenti dan
semoga dipermudahkan oleh Allah . Semoga perjuangan tercapai.
Bangunlah sama-sama membangunkan sumber manusia. beliau
memohon maaf andai ada kata-kata yang kurang baik dan menyentuh
hati sesiapa.

3.11 Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahim, Pn.Yasmin bt Kamaruddin,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Petaling
Perdana merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa KEPTAN
Cawangan Petaling kali ke-24. Wabillahi Taufik, Walhidayah,
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

12

4 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 24

Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke -24 yang telah diadakan di Dewan SJK
(C) Sungai Way, Petaling Jaya, pada 19 Jun 2019, telah dibentangkan oleh
Setiausaha KEPTAN Cawangan Petaling, mulai muka surat 7 hingga muka surat
17, untuk pengesahan minit mesyuarat agung kali ke -24 dicadangkan oleh Puan
Nor Azimah binti Mohd Yan, dari SJKC Desa Jaya 2, Petaling Jaya dan disokong
oleh Cik Suhaila bt Abu Seman dari SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

5. PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN PETALING

Semua aktiviti KEPTAN Cawangan Petaling mulai 01 April 2019 hingga 31 Mac
2020 yang dibentangkan oleh Setiausaha Cawangan, dimuka surat 18,
pengesahan laporan tahunan dicadangkan oleh Pn.Rasidah bt Senen dari SMK
Alam Megah 2 dan disokong oleh Puan Suzana bt Bakar dari SK Taman Sri
Muda

6. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 01 APRIL 2019 HINGGA 31 MAC
2020

Pembentangan Penyata Kewangan yang berakhir pada 01 April 2019 hingga 31
Mac 2020 dibentangkan oleh Bendahari KEPTAN Cawangan Petaling, seperti
pada muka surat 19. Penyata tersebut dicadangkan untuk disahkan oleh Cik
Nurhawa binti Ab Manan , dari SMK USJ 4 dan disokong oleh Puan Najwa Nalis
bt Mohd Shariff dari SMK USJ 4, Subang Jaya.

7. MELANTIK 5 ORANG JEMAAH PEMERIKSA UNDI

Puan Norhaziawani binti Mohd Nor - SK(1) Petaling Jaya
Puan Suriani binti Osman - SJKC Shin Cheng (Harcorft)
Puan Norma binti Che Yahaya - SK Kampung Tunku
Cik Rabaesah binti Yaacob - SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Puan Aisyah Mauree binti Abdullah - SK Seri Selangor

13

KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
CAWANGAN PETALING

8. KERTAS UNDI BAGI PEMILIHAN AJK CAWANGAN DAN PERWAKILAN

PENGERUSI Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENANG TANPA
BERTANDING
1 PN RASIDAH BT MD SOM MENOLAK

2 EN MOHAMAD YUSMAN B MOHD YUSOF

TIMBALAN PENGERUSI Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENOLAK

1 EN MOHD SHAHIZAT B SAFFII MENANG TANPA
2 PN.RASIDAH BT SENEN BERTANDING
MENOLAK
3 PN.SARIPAH BT ABDULLAH

NAIB PENGERUSI (LELAKI) Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENANG TANPA
BERTANDING
1 EN MOHD SHAHIZAT B SAFFII MENOLAK
MENOLAK
2 EN ZAHARI B MUSTAPA
3 EN.KHAIRUL AZMAN B HASHIM

NAIB PENGERUSI (WANITA) Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENANG TANPA
BERTANDING
1 CIK HALIMAH BINTI YUSOF MENOLAK
MENOLAK
2 CIK MAZNAH BT KASIM
3 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD

SETIAUSAHA Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENANG TANPA
BERTANDING
1 PN.ROSHANIZA BT JAMALUDDIN MENOLAK
MENOLAK
2 CIK MAZNAH BT KASIM
3 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD

PENOLONG SETIAUSAHA Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENOLAK
89 UNDI
1 PN.ROSHANIZA BT JAMALUDDIN 33 UNDI
2 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD 18 UNDI
3 PN.HENNY YUZIRA BT MOHAMED YUSOF
4 PN.FADZLINA BT MOHD SARBI

14

BENDAHARI Tanda (x) SATU sahaja
No. Nama Calon MENANG TANPA
BERTANDING
1 PN NURHAFIZAH BT HUSSEIN MENOLAK

2 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD Tanda (x) LIMA sahaja
TIMBALAN PENGERUSI
AHLI JAWATANKUASA (5) SAHAJA
No. Nama Calon BENDAHARI
94 UNDI (PSU)
1 PN.RASIDAH BT SENEN
2 PN NURHAFIZAH BT HUSSEIN 97 UNDI
3 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD MENOLAK
4 PN.FADZLINA BT MOHD SARBI 111 UNDI
5 CIK MAZNAH BT KASIM
6 PN.ROSHANIZAR BT ALI 42 UNDI
7 PN.NORAINI BT KAMARUDDIN 70 UNDI
8 CIK ZAHRATUL MARLIA BT GHAZALI 90 UNDI
9 EN.KHAIRUL AZMAN B HASHIM MENOLAK
10 PN.RUSMARIZAN BT MOHD IDRUS MENOLAK
11 PN.SARIPAH BT ABDULLAH MENOLAK
12 PN.ROSMAILIZA BT HARUN MENOLAK
13 EN.KAMARUL ARIFFIN B MAAFUS MENOLAK
14 PN.SUZANA BT BAKAR 67 UNDI
15 PN.TIAWA BT ABU ZARIN 84 UNDI
16 PN.HENY YUZIRA BT MOHAMED YUSOFF MENOLAK
17 EN.SUZIRMAN B ZAKARIA MENOLAK
18 PN.ROSLINA BT JUSOH MENOLAK
19 EN.RAZMAN SHAH B ISMAIL 37 UNDI
20 PN.NURUL HUDA BT YAHYA MENOLAK
21 PN.LIZA BT ABDULLAH SANI MENOLAK
22 EN.MOHD SALI B.OMAR

15

9. PERWAKILAN KE PERSIDANGAN TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2020

No. Nama Calon Tanda (x) lapan sahaja

1 PN.RASIDAH BT SENEN 114 UNDI

2 CIK HALIMAH BINTI YUSOF 102 UNDI

3 EN MOHD SHAHIZAT B SAFFII 110 UNDI

4 PN.ROSHANIZAR BT ALI MENOLAK

5 PN.ROSHANIZA BT JAMALUDDIN 118 UNDI

6 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD 91 UNDI

7 PN NURHAFIZAH BT HUSSEIN 58 UNDI

8 PN.FADZLINA BT MOHD SARBI 81 UNDI

9 PN.HENY YUZIRA BT MOHAMED YUSOFF 70 UNDI

10 EN.MOHD SALI B.OMAR MENOLAK

11 PN.TIAWA BT ABU ZARIN 61 UNDI

12 CIK ZAHRATUL MARLIA BT GHAZALI 51 UNDI

13 EN ZAHARI B MUSTAPA MENOLAK

14 EN.KAMARUL ARIFFIN B MAAFUS MENOLAK

15 PN.NORAINI BT KAMARUDDIN 31 UNDI

16 EN MOHAMAD YUSMAN B MOHD YUSOF 92 UNDI

17 CIK MAZNAH BT KASIM MENOLAK

18 EN.KHAIRUL AZMAN B HASHIM 87 UNDI

16

10. USUL

Usul Pertama)
Cuti Kuarantin menjaga anak sakit (berjangkit) diperluaskan kepada sakit-sakit
berjangkit yang lain seperti sakit mata, influenza A dan sebagainya

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul Kedua)

Pemberian Elaun Tanggungjawab kepada Ketua Pembantu Tadbir bagi
membezakan gred hakiki dan KUP

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul Ketiga)

Sistem dan kemudahan bagi sistem GFMAS diperluaskan bukan setakat hanya
di Pusat Tanggungjawab tetapi di semua sekolah-sekolah biasa bagi
melancarkan urusan gaji, menjimatkan masa dan kos perjalanan

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul Keempat)

Penempatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 di semua sekolah menengah
tidak tertakluk kepada enrolmen murid

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

17

(Usul Kelima)

Menempatkan jawatan Pembantu Tadbir yang khas menguruskan urusan aset
kerajaan dan stor sahaja kerana di kebanyakan sekolah tugas ini dilakukan oleh
Pembantu Tadbir bukan Pegawai Aset.Tekanan bagi PT di sekolah apabila
Bahagian Audit Sekolah memerlukan dokumen terperinci Aset alih kerajaan
semasa semakan.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul keenam)

Memohon tempoh time based (KUP) untuk Anggota Kumpulan Pelaksana
dikurangkan dari 13 tahun ke 10 tahun atau kurang.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul ketujuh)

Wujudkan jawatan time based untuk Ketua Pembantu Tadbir Gred N28 di
sekolah-sekolah

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul kelapan)

Bayaran keahlian KEPTAN melalui Biro Angkasa disemak oleh KEPTAN Pusat
agar tiada ahli yang tercicir potongan yuran bulanan.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

18

(Usul kesembilan)

Memohon pihak PPD memaklumkan tempoh masa proses (KPI) bagi setiap
urusan perkhidmatan terutama KEW8 kerana PT sekolah perlu bersedia
dengan SG20 dan perkiraan untuk bayaran gaji.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(Usul kesepuluh)

Mohon agar diusulkan arahan pertukaran bagi Pengetua ,Guru Besar dan
Penolong Kanan berkuatkuasa pada awal tahun kerana banyak urusan yang
perlu dilakukan. Contohnya, urusan tukar tandatangan cek ,sijil gaji akhir, hrmis
dan lain-lain.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(usul kesebelas)

Pihak KEPTAN telah mengemukakan kertas kerja latihan /kursus kepada Unit
Latihan JPS dan bahagian Sumber Manusia PPD. Namun tidak diadakan
kerana tiada peruntukan. Diusulkan supaya PT sekolah yang ingin menyertai
kursus membayar sendiri duit makan minum dan minta pihak PPD
menguruskan kursus dengan menjemput penceramah dari KPM untuk memberi
taklimat mengenai satu-satu bab secara terperinci (A-Z) , contohnya Cuti
Perintah Am Bab C , Penubuhan Lembaga Perubatan, Permohonan Jawatan
Kumpulan, Naik Pangkat, Tatatertib, Elaun, Kemudahan dan Rawatan, Urusan
Persaraan, Kewangan dan Akaun dan lain-lain. Selain menambah kemahiran,
boleh menambah bilangan hari berkursus.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

19

(usul keduabelas)

Mohon untuk semakan semula penyediaan rumah mampu milik kepada
Penjawat Awam RM80,000.00 hingga RM150,000.00.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(usul ketigabelas)

Cadangan supaya norma perjawatan Anggota Kumpulan Pelaksana di Sekolah
Menengah. Kebangsaan. Cina dan Tamil dikaji semula setiap 5 tahun

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

(usul keempatbelas)

Pemakaian seragam pada sesi perjumpaan KEPTAN

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)

MENYOKONG X
MEMBANGKANG

11. USUL TAMBAHAN

11.1. Usul kesembilan hingga kesebelas dipohon agar dibawakan ke pihak
Pejabat Pendidikan Daerah. Isu keempatbelas digantikan dengan tema
warna sahaja.

20

12. HAL-HAL LAIN
12.1 Pengerusi memaklumkan akan cuba mengambil tindakan ke atas usul-
usul yang perlu dilaksanakan diperingkat cawangan, manakala usul-usul
yang perlu dibawa ke keptan pusat akan dipanjangkan.

13. UCAPAN PENANGGUHAN
Tuan pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran
semua ahli mesyuarat dan masih setia menunggu sehingga selesai. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.40 petang.

Disediakan oleh :
Ros Haniza bt Jamaluddin
Setiausaha KEPTAN Cawangan Petaling.

Disahkan oleh:
Rasidah binti Md Som
Pengerusi KEPTAN Cawangan Petaling

21

Laporan Aktiviti Bagi Tempoh
01 April 2020 hingga 31 Mac 2021

Bil. Aktiviti Tarikh Tempat
1 Mesyuarat Agung kali ke 24 24.08.2020 SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya

2 Kutipan sumbangan untuk Pn 03.12.2020 SMK USJ 8, Subang Jaya
Ermaniza bt Jani

3 Program Memantapkan Keptan 29.12.2020 Google Meet
Cawangan anjuran ibu pejabat

4 Kutipan sumbangan untuk Pn. Wan 18.01.2021 SMK Seksyen 24/2, Shah Alam
Hanipah bt Wan Derahman

5 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 01.07.2020 SMK Taman Dato’Harun
Cawangan 08.08.2020 SMK Taman Dato’Harun
12.09.2020 SMK Taman Dato’Harun
07.01.2021 SMK Taman Sea

22

PENYATA KIRA-KIRA BAGI TEMPOH 01.04.2020-30.03.2021

23

(Usul Pertama)
Menekankan kepentingan Bekerja Dari Rumah dan Sistem Penggiliran bagi
Anggota Kumpulan Pelaksana Sepanjang Musim Covid-19. Arahan hendaklah
Standard dan berperikemanusiaan (Tidak bersikap “Double Standard”)

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

(Usul Kedua)
Memendekkan Tempoh Kenaikan Pangkat Hakiki dari 10 tahun ke 8 tahun dan
Time Based dari 13 tahun ke 10 tahun sahaja.

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

(Usul Ketiga)

Menetapkan Gred dan Gaji pokok Anggota Kumpulan Pelaksana mengikut
kelayakan Akademik

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

24

(Usul Keempat)

Menyediakan prasarana kepada semua sekolah untuk menguruskan gaji di
dalam sistem 1GFmas seperti sekolah-sekolah PTJ.
1-Memudahkan PT sekolah , tidak perlu keluar ke PPD
2-Tidak terikat dengan jadual penggiliran, adakalanya KEW8 belum lulus lagi
3-Jumlah komputer dan ruang yang terhad di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
4-Tidak sesuaiUkNeyDiInDgIaSjIiNdIi (PTPaDnddaaklaanmXsidtui aksoitackovbiderskeeknaaraann)g ini

MENYOKONG
MEMBANGKANG

(Usul Kelima)

Memendekkan tempoh kenaikan pangkat Time Based kali pertama kepada 8
tahun dan 5 tahun bagi kali ke 2

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

(Usul Keenam)

Pengisian segera perjawatan yang kosong terutamanya di sekolah bagi
mengelakkan perkhidmatan terjejas atau sekolah diberikan kebenaran AKP
bertaraf sambilan/kontrak sebagai memenuhi kekosongan tersebut

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

25

(Usul Ketujuh)
Mengkaji semula perjawatan di sekolah yang berdasarkan enrolmen murid yang
tidak releven dengan situasi tugas semasa ini, di mana perjawatan perlu
berdasarkan fungsi jawatan seperti N-Perkhidmatan, W-kewangan/Aset yang
perlu diletakkan di semua sekolah tanpa mengira enrolmen murid

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

(Usul Kelapan)
Memohon SPP/BPSM menempatkan PT Kewangan (W19) di setiap sekolah

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

(Usul Kesembilan)
Urusan Kenaikan Pangkat Gred Hakiki N22/N26 harus diadakan temuduga.
Ini bertujuan jawatan hakiki disandang dapat menjalankan urusan kerja lebih
cekap dan memahami skop kerja

UNDI DISINI (Tandakan X di kotak berkenaan)
MENYOKONG

MEMBANGKANG

26

PERWAKILAN KE PERSIDANGAN TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2021

No. Nama Calon Tanda (x) lapan sahaja
1 PN.RASIDAH BT SENEN MENOLAK
2 CIK HALIMAH BINTI YUSOF
3 EN MOHD SHAHIZAT B SAFFII
4 PN.ROSHANIZA BT JAMALUDDIN
5 PN.WAN ROSILAWATI BT WAN AHMAD
6 PN NURHAFIZAH BT HUSSEIN
7 PN.FADZLINA BT MOHD SARBI
8 PN.HENY YUZIRA BT MOHAMED YUSOFF
9 PN.ROSHANIZAR BT ALI
10 CIK ZAHRATUL MARLIA BT GHAZALI
11 EN.KHAIRUL AZMAN B HASHIM
12 PN.NORAINI BT KAMARUDDIN
13 CIK MAZNAH BT KASIM
14 EN MOHAMAD YUSMAN B MOHD YUSOF

27

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT BERSARA

Warga KEPTAN Cawangan Petaling mengucapkan Tahniah dan Selamat
Bersara kepada anda yang telah / akan bersara pada tahun 2021.
Sesungguhnya segala khidmat bakti anda akan menjadi ingatan dan kenangan
buat kami selama-lamanya. Semoga sepanjang jalan kehidupan diberkati
Allah S.W.T

Bil Nama Nama Sekolah Tarikh Bersara

1 Pn.Paumunah Bt Halit SMK(P) Taman 04.02.2021
2 Pn.Tiawa Bt Abu Zarin Petaling 11.04.2021
SK Seri Selangor

3 Pn.Norhainah Bt PPD Petaling 08.06.2021
Baharom Salleh Perdana 01.08.2021
SMK Assunta 01.08.2021
4 Pn. Sharipah Bt
Che Harun SK Seksyen 18

5 Pn.Nok Akma Bt Hashim

6 Pn. Rabaesah Bt Yaacob SK Seksyen 2 16.11.2021
Bandar Kinrara

Semoga Hari-Hari Mendatang Yang Dilalui
Penuh dengan Kebahagian & Kesejahteraan

28

Salam Takziah

Warga Keptan Cawangan Petaling mengucapkan takziah
di atas pemergian Pn.Saripah bt Hussin , Pembantu Tadbir dari
SMK Bukit Jelutong, Shah Alam yang telah kembali ke Rahmatullah

pada 26 Mei 2021.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Ya Allah, ampunilah segala dosa dan khilafnya, terimalah segala ibadahnya di
sisimu, terangi dan lapangkanlah alam kuburnya dan kumpulkan dia bersama
para kekasih mu di Jannah Mu.. Aminn

Al-Fatihah

29

Warga KEPTAN Cawangan Petaling ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

Yang Berbahagia
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Yang Berbahagia
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Yang Berbahagia
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
Unit Pengurusan Bakat , Sektor Sumber Manusia

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Presiden Keptan Semenanjung Malaysia

Semua Ahli Jawatankuasa KEPTAN

Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana
Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Utama

dan
Kepada Semua Pihak Yang Terlibat
Secara Langsung dan Tidak Langsung

Dalam Menjayakan Majlis Ini

30


Click to View FlipBook Version