Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 2
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.w.w dan salam sejahtera.
Yang Berusaha,
Tn. Bunsu Bin Gaga,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota kinabalu.
Yang Berusaha,
Pn. Abdah Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit HEM, Sektor Pembangunan Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Yang Berusaha,
En. Mohd Aizan Ermando, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit HEM, Sektor Pembangunan Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Yang Dihormati,
Pn. Wan Sanoni Wan Ibrahim,
YDP Majlis Guru Kaunseling Daerah Kota Kinabalu.
Yang Dialu-alukan,
Para Penceramah,
Pn. Sabriah Binti Maili @ Mohd Rasli,
JU Minda Sihat Sekolah Menengah Negeri Sabah.
Pn. Saridah Binti Alam,
JU Minda Sihat Sekolah Rendah Negeri Sabah.
Para JU Minda Sihat Daerah Kota Kinabalu,
Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Penataran Program Minda Sihat,
Para Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Kinabalu,
serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 3
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu
Alhamdulillah ... Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita masih diberi peluang
untuk terus bersama menggalas tanggungjawab dan amanah yang
diberikan kepada kita, untuk membentuk jati diri anak bangsa yang
akan memimpin negara pada masa hadapan.
Terima kasih kepada semua guru UBK daerah Kota Kinabalu yang
hadir dalam Taklimat Penataran Program Minda Sihat pada petang
ini. Walau pun pertemuan kita hanya secara maya, namun ianya
tidak menghalang kita untuk terus berkongsi ilmu dan berpadu
tenaga mendepani cabaran tugas dalam situasi pandemik yang amat
mencabar minda dan emosi kita sebagai pendidik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati ...
Pelaksanaan Program Minda Sihat dalam kebiasaan baharu
merupakan program yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan matlamat untuk memugarkan emosi murid yang
terkesan akibat daripada penularan pandemik yang menyebabkan
berlakunya pelbagai krisis yang tidak kita ingini. Pihak Kementerian
Pendidikan memandatkan program ini kepada guru bimbingan dan
kaunseling untuk dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara,
yang mensasarkan semua murid sekolah menengah serta murid
Tahun 5 dan Tahun 6 sekolah rendah.
Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 4
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu
Justeru... bersandarkan motto 'Minda Sihat : Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera' program ini diharapkan dapat meningkatkan
kesedaran warga sekolah akan kepentingan kesejahteraan diri dan
kesihatan mental dalam menghadapi cabaran emosi yang amat
menduga kini.
Hadirin sekalian ...
Pihak kementerian telah menetapkan bahawa, objektif utama
Program Minda Sihat ini adalah untuk mengenal pasti gejala awal
yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik dan krisis yang
berlaku. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar program ini dapat
dilaksanakan oleh semua guru bimbingan dan kaunseling daerah
Kota Kinabalu mengikut jadual yang telah diberikan.
Saya juga ingin mengingatkan kepada semua guru UBK agar dapat
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, di samping sentiasa
mematuhi etika sebagai kaunselor mahupun guru bimbingan yang
sentiasa menjaga kerahsiaan ketika menjalankan tugas.
Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 5
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu
Saya turut berharap, setelah selesai saringan minda sihat ini,
semua guru UBK akan dapat melaksanakan intervensi berdasarkan
hasil dapatan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran gaya
daya tindak dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku
mereka. Sebaliknya, murid yang dilihat mengalami masalah emosi,
psikologi dan mental yang sukar dibendung, rujuklah murid tersebut
kepada pihak yang bertanggungjawab mengikut prosedur yang betul.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati ...
Melalui saringan minda sihat ini, diharapkan akan dapat
membantu murid membina emosi yang stabil dan pemikiran yang
sihat, serta memiliki keupayaan berfikir secara rasional di samping
daya tahan kawalan diri yang tinggi untuk memupuk kendiri positif.
Melihat kepada fenomena buruk yang berlaku akibat situasi
pandemik yang melanda negara kita kini, kita amat bimbang jika
anak didik kita tidak mampu mengawal emosi, ianya akan menjadi
punca berlakunya perkara buruk yang tidak diingini.
Lantaran itu, sekali lagi saya menyeru kepada semua guru
bimbingan dan kaunseling daerah Kota Kinabalu, agar dapat
melaksanakan Program Minda Sihat di sekolah masing-masing.
Bukan sahaja saringan minda sihat, malah pelbagai aktiviti lain yang
Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 6
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu
menjurus kepada promosi minda sihat boleh dilaksanakan.
Ini bagi memastikan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan
diri dan kesihatan mental dalam kalangan murid akan terus terjaga.
Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada semua guru
UBK daerah Kota Kinabalu atas komitmen yang diberikan dan
tanggungjawab yang digalas dengan penuh amanah. Semoga ianya
menjadi amal yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Untuk
itu, tahniah saya ucapkan kepada semua. Tahniah dan syabas juga
kepada Jawatan Kuasa Pelaksana Taklimat Program Minda sihat atas
kejayaan mengelolakan program pada petang ini.
Akhir kalam ... terimalah ungkapan serangkap pantun dari saya.
Indah sungguh bunga melati,
Mekar di taman tumbuh melata,
Minda sihat sejahtera emosi,
Hidup ceria bahagia sentiasa.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Taklimat
Penataran Program Minda Sihat Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Sekian, wabilahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Teks Ucapan Perasmian Taklimat Penataran Program Minda Sihat 7
Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C
Pejabat Pendidikan Daeah Kota Kinabalu