The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adibah Husna, 2020-11-04 10:15:14

Tugasan penulisan 1 (PKK)

Tugasan penulisan 1 (PKK)

NAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI

NO.KAD PENGENALAN 010618-11-0308

ANGKA GILIRAN 2020192340201

KUMPULAN PISMP F11

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH PUAN ZAIRIHAN

TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
PENSYARAH

SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET 1-2
3.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI PERINGKAT 3

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3-4
3.1 MEMBANTU GURU MERANCANG PENGALAMAN
PEMBELAJARAN 4-5
3.2 MEMBANTU GURU MEMAINKAN PERANAN SEMASA
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 5-6
3.3 GURU DAPAT MEMBANTU MURID MENINGKATKAN DAYA
KOGNITIF DENGAN LEBIH EFEKTIF 6-7
4.0 KESIMPULAN 8-9
RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Perkembangan merupakan proses semula jadi yang berlaku secara berterusan dari peringkat
lahir hingga ke peringkat kematangan dan akan dialami oleh setiap individu melalui pelbagai
aspek seperti fizikal, kognitif, peronaliti dan sosioemosi. Hal ini dibuktikan oleh Farah Aziz
(2020) yang mengatakan bahawa, perkembangan atau pembangunan kanak-kanak adalah
dirujuk melalui perubahan fizikal, pemikiran, bahasa dan emosi yang dapat diperhatikan pada
kanak-kanak sejak lahir hingga mereka dewasa. Selain itu, Yudrik Jahja (2015) mendefinisikan
bahawa, perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan
psikologi yang berlaku kepada manusia dan dipengaruhi oleh pelbagai aspek.
Maka, proses perkembangan kanak-kanak merupakan aspek penting untuk dititiberatkan
agar perkembangan mereka berlaku dengan sempurna. Apabila kanak-kanak melalui proses
perkembangan dan pertumbuhan yang baik, banyak kesan positif dan memberi makna kepada
kanak-kanak tersebut terutamanya dari aspek kognitif, sosial, emosi dan psikomotor
(Shahabuddin Hashim, 2014). Seterusnya, perkembangan yang sempurna turut membantu
kanak-kanak bagi meningkatkan motivasi untuk menonjolkan kemahiran mahupun kelebihan
mereka. Selain itu, menurut Irwan Irwan Mahazir Ismail (2018), kanak-kanak dapat melibatkan
diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas apabila aktiviti yang
menarik dilaksanakan. Oleh itu, terdapat pelbagai teori perkembangan kanak-kanak yang
diperkenalkan bagi membantu guru meningkatkan kualiti perkembangan kanak-kanak dan
antaranya ialah Jean Piaget.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
Piaget menjalankan penyelidikan berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang
mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Beliau berpendapat
bahawa perkembangan kognitif merupakan proses pembangunan intelektual yang berguna
kepada kanak-kanak untuk beradaptasi dengan persekitaran. Terdapat empat peringkat teori
tahap perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Piaget dalam penulisan Azizi Yahaya et.al
(2010) seperti :

1

2.1 Peringkat deria motor (0-2 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak belum mengetahui sebarang maklumat mengenai
objek yang ada disekelilingnya. Deria motor digunakan oleh kanak-kanak untuk
berinterkasi dengan alam sekitar. Kanak-kanak mempunyai konsep terhadap
kewujudan objek dengan menganggap objek yang pernah dilihatnya tidak wujud
lagi setelah disimpan.

2.2 Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengalami perkembangan dari segi kegiatan
mental. Hal ini kerana, mereka menggunakan simbol bagi menggambarkan objek
sekelilingnya namun, mereka masih belum memahami konsep kekal dan konsep
transformasi. Kanak-kanak mula bertutur tentang dirinya yang menunjukkan sifat
egosentrik kerana mereka melakukan kegiatan mengikut kehendaknya dan
beranggapan bahawa orang lain mempunyai anggapan yang sama dengannya.

2.3 Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Seterusnya, sifat egosentrik dan pemikaran berpusat kanak-kanak mula berkurang.
Mereka sudah pandai menilai sesuatu perkara dari pelbagai segi yang
bersesuaian. Kanak-kanak dapat berfikir dan menyelesaikan masalah mengenai
peristiwa atau objek konkrit. Selain itu, mereka turut memahami konsep masa,
kelajuan, ruang dan sebab-musabab serta berfikiran terbuka untuk menerima
pendapat orang lain.

2.4 Peringkat Operasi formal (11 tahun ke atas)
Peringkat terakhir, kanak-kanak berupaya menghasilkan penaakulan dan berfikiran
secara abstrak. Mereka juga berkemahiran menggunakan hipotesis serta prinsip
atau rumus bagi menyelesaikan masalah mengenai konkrit dan abstrak. Peringkat
ini merupakan kemuncak bagi perkembangan kognitif kanak-kanak untuk berfikir
secara logik.

2

3.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Mook Soon Sang (2011) mengatakan bahawa, orang yang lebih dewasa mempunyai
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan boleh mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak. Berdasarkan penyataan tersebut, guru sebagai
seorang pendidik berperanan penting dengan mengambil cakna akan perkembangan
kanak-kanak. Hal ini bagi memastikan perkembangan mereka dapat dicapai pada tahap
optimum. Maka, guru perlulah memahami dan menguasai teori perkembangan kanak-
kanak yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Jean Piaget supaya
perkembangan kanak-kanak dijalankan secara sistematik dan holistik. Penguasaan
terhadap teori perkembangan kanak-kanak adalah penting kepada guru dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan itu, terdapat
pelbagai kelebihan dan kepentingan sekiranya seseorang guru menguasai teori
perkembangan kanak-kanak yang diutarakan oleh Jean Piaget.

3.1 MEMBANTU GURU MERANCANG PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Antara kepentingan penguasaan teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget
kepada guru ialah, membantu guru bagi merancang pengalaman pembelajaran. Mok
Soon Sang (2009) mendefinisikan pengalaman pembelajaran sebagai satu bentuk
interaksi atau tindak balas murid-murid terhadap persekitaran. Berdasarkan teori
yang dikemukakan Jean Piaget, murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya mereka
mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Hal ini kerana, pengalaman
pembelajaran membantu murid untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada mereka
melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan semasa proses PdP. Teori Jean Piaget
menggariskan tanggungjawab guru dengan memberi peluang kepada kanak-kanak
meneroka dan mempelajari konsep atau prinsip yang difahami dengan daya
pemikiran.

3

Maka, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meningkatkan kualiti
pengalaman pembelajaran dengan perlaksanaan PdP secara hands-on. Lee
Chiong Heng (2009) mengatakan bahawa, pengalaman pembelajaran secara
hands-on dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP
yang secara tidak langsung dapat mengembangkan daya kognitif mereka.
Kesimpulannya, dengan pemahaman dan penguasaan guru-guru terhadap teori
Jean Piaget akan membantu guru membuat perancangan terhadap pengalama
pembelajaran semasa proses PdP supaya daya kognitif murid-murid dapat
ditingkatkan melalui aktiviti yang menarik dan memberangsangkan.

3.2 MEMBANTU GURU MEMAINKAN PERANAN SEMASA PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Seterusnya, penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-kanak yang
ditakrifkan oleh Jean Piaget turut membantu guru memainkan peranan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana, guru memahami
perkembangan diri antara semua kanak-kanak adalah tidak serupa setelah
menguasai teori tersebut. Seperti pendapat Christiana Hari Soetjiningsih (2018),
personaliti dan tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur.
Maka, teori ini turut membantu guru bagi memahami keperluan dan keupayaan
murid-murid terhadap pembelajaran.
Hal ini kerana, kanak-kanak perlu dilayan mengikut keperluan psikologi mereka
yang sebenar. Guru perlu merancang pembelajaran dengan menitikberatkan tahap
kemampuan berfikir, pembinaan konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit
daya ingatan dan sebagainya yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seperti pendapat Wong Kiet Wah et. al (2016) yang mengatakan
bahawa, perancangan yang melibatkan aktiviti kandungan, pemilihan bahan dan
teknik pengajaran seharusnya signifikan dengan perkembangan kanak-kanak pada
masa tertentu.
Merujuk kajian, kanak-kanak yang belum mencapai tahap perkembangan

tertentu memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami sesebuah topik

4

berbanding kanak-kanak yang telah mencapai perkembangan tersebut. Hal ini
membuktikan kemampuan dan kematangan kanak-kanak dalam pembelajaran
adalah penting. Dengan ini, tiada murid-murid yang ketinggalan semasa proses PdP
berlangsung malah, guru cuba membantu murid-murid yang masih belum menguasai
sesebuah pembelajaran. Misalnya, jika terdapat murid yang masih tidak boleh
membaca, guru memberikan perhatian yang lebih kepada murid tersebut sebelum
mengajar perkara yang lain. Klonklusinya, penguasaan guru terhadap teori Jean
Piaget memberi panduan kepada guru bagi memahami keperluan dan kemampuan
psikologi murid-murid mengikut tahap perkembangan supaya kualiti pemahaman
murid terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan.

3.3 GURU DAPAT MEMBANTU MURID MENINGKATKAN DAYA KOGNITIF DENGAN
LEBIH EFEKTIF
Selain itu, kepentingan guru bagi menguasai teori perkembangan kanak-kanak Jean
Piaget adalah supaya guru dapat membantu murid meningkatkan daya kognitif
mereka secara lebih efektif. Menurut Shamsiah Md. Nasir et. al (2017), teori
perkembangan kognitif perlu dikuasai oleh setiap guru supaya dapat dijadikan
panduan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori
perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget (1896-1986),
perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat tahap mengikut
peringkat umur yang tertentu (Wong Kiet Wah et.al, 2013).
Peringkat tersebut ialah peringkat deria motor (lahir hingga umur 2 tahun),
peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun)
dan peringkat operasi formal (11 hingga 15 tahun). Pada peringkat Praoperasi,
kanak-kanak menggunakan bahasa, imej dan simbol untuk mewakili pemahaman
mereka terhadap perkara di sekeliling. Oleh yang demikian, guru boleh meminta
kanak-kanak menyatakan perkara yang diperhatikan melalui aktiviti melukis atau
bersoal jawab tentang perkara tersebut. Menurut Tim Bruce (2006), kanak-kanak
pada usia 7 hingga 11 tahun yang berada pada peringkat praoperasi akan membuat
penaakulan logik. Namun, mereka masih terikat kepada objek atau peristiwa yang

5

konkrit serta memahami prinsip ketekalan, klasifikasi, seriasi dan kebalikan.
Manakala, pada peringkat operasi formal yang merupakan peringkat remaja, mereka
sudah dapat berfikir secara saintifik dan dapat menaakul secara abstrak, idealistik
serta logikal. Mereka turut menunjukkan minat terhadap isu-isu sosial dan identiti diri.

Maka, pada peringkat ini, guru perlu membuat perbincangan dengan murid-murid
secara kerap untuk mendalami dan memahami pemikiran mereka. Berdasarkan teori
Jean Piaget, setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan kognitif yang berbeza
mengikut tahap-tahap tententu. Maka, guru sewajarnya melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid seperti yang
dinyatakan oleh Jean Piaget dalam teorinya. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang tepat mengikut peringkat perkembangan kognitif murid amat ditekankan bagi
memastikan murid memahami konsep atau topik yang hendak disampaikan secara
menyeluruh. Deduksinya, penguasaan guru terhadap teori perkembangan kognitif
adalah penting dalam membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak dalam
mengembangkan kognitif mereka.

4.0 KESIMPULAN
Rumusannya, setiap individu terutamanya para guru perlu memahami dan menguasai
teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget bagi merancang serta
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sacara berkesan. Teori tersebut turut
menggariskan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
perkembangan dan kemampuan pelajar berdasarkan peringkat tertentu. Hal ini supaya
mereka dapat memahami dan mendalami konsep atau topik pembelajaran secara
menyeluruh. Perkara ini perlu diambil perhatian untuk memastikan perkembangan kognitif
murid berada pada tahap yang sepatutnya. Setiap guru seharusnya menjadikan teori
perkembangan kanak-kanak Jean Piaget sebagai panduan untuk melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran. Misalnya, guru melaksanakan aktiviti pembelajaran yang
bersesuaian dan bertepatan dengan prinsip-prinsip yang tersenarai dalam teori Jean
Piaget. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya sesi

6

pembelajaran dijalankan dengan lebih menarik yang sekaligus menarik perhatian murid
untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian, guru seharusnya
membuat perancangan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori
perkembangan Jean Piaget supaya hasil pembelajaran adalah berkesan.

7

RUJUKAN
Azizi Yahaya & Abu Bakar Zainuddin. (2010). Bab2: Teori-teori perkembangan. Penerbitan

Universiti Malaysia Sabah.
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan
Azizi Yahaya. (2010). Psikologi pendidikan: Teori-teori perkembangan. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Christiana Hari Soetjiningsih. (2018). Seri psikologi perkembangan: perkembangan anak
sejak pembuahan sampai dengan kanak-kanak akhir. Kencana prenadamedia group.
Farah Aziz. (2020, oktober). Ini 11 perkara yang boleh pengaruhi tumbesaran anak, ibu ayah
waji ambik tahu! . Hello Doktor.
https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/perkembangan-kanak-
kanak/#gref
Ismail, I. M., Anis, S. K., Subramaniam, T. S., Amiruddin, H., & Ismail, M. E. (1). Penerapan
elemen perkembangan kognitif, psikomoto dan sosio-emosi dalam permainan dalam
mencapai objektif kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Online Journal for
TVET Practitioners.
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4803
Lee Chiong Heng. (2012). Pembelajaran melalui aktiviti Hand-on dalam membantu murid
prasekolah untuk meningkatkan minat serta tahap kefahaman terhadap isi
pembelajaran yang disampaikan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
Prasekolah ambilan Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun
2012, ms.126-137.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Penerbitan Multimedia.
Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Pendidikan sosioemosi kanak-
kanak. PTS Akademia.
Shamsiah Md. Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. (2017). Pengantar Pengajian
Prpfesional. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Aziz & Rafidah Ruhani. (2016). Siri pendidikan guru:
perkembangan kanak-kanak. Oxford Fajar.

8

Tim Bruce & Pete Johnson. (2009). Diary of an (Un)teenager. Oakhill Publishing.
Yudrik Jahja. (2015). Psikologi Perkembangan. Kencana Prenadamedia Group.

9


Click to View FlipBook Version