The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by owzihan, 2022-04-11 04:08:21

TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Penghayatan Etika dan Peradaban MPU 2183

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 2183

Topik 5

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI
MALAYSIA

Nama Ahli

1) Loke Mun Yin 2022/0700/TDE1

2) Ow Zi Han 2022/0495/FAE1

3) Koh Le En 2022/0350/INE1

4) Wendy Wong Wen Yi 2022/0698/TDE1

5) Choon Wei Zi 2022/0497/FAE1

Isi Kandungan

Pengenalan -------------------------------------------------------------------- 3
Peta Minta -------------------------------------------------------------------- 4-5
Perkembangan Sejarah Alam Melayu ------------------------------------ 6
Peradaban Globalisasi ------------------------------------------------------- 7
Pembentukan Peradaban Majmuk ----------------------------------------- 8-9
Transformasi Sosial Ke Arah Peradaban Acuan Malaysia ----------- 10
Pembangunan, Migrasi Dan Teknologi —--------------------------------- 11
Impak Kerencaman Sosial Norma Sejagat ------------------------------ 12
Konsep Negara ----------------------------------------------------------------- 13
Konsep Bangsa ------------------------------------------------------------------ 14
Konsep Negara Bangsa ------------------------------------------------------ 15
Pembentukan Negara Bangsa ---------------------------------------------- 16-17
Bentukan Negara Bangsa ---------------------------------------------------- 18-19
Kewarganegaraan -------------------------------------------------------------- 20-21
Naratif Negara Bangsa Malaysia ------------------------------------------- 22
Negara Bangsa Malaya-Malaysia Integrasi ------------------------------ 23-25
Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” ------------------------------------- 26-27
Etos National -------------------------------------------------------------------- 28-29
Etos Simbolisme Bangsa Malaysia ---------------------------------------- 30
Geopolitik Negara Dan Perubahan Politik ------------------------------- 31-32
Kesimpulan ---------------------------------------------------------------------- 33
Rujukan --------------------------------------------------------------------------- 34

PENGENALAN

● Peradaban Majmuk di Malaysia merupakan satu gabungan
daripada beberapa peradaban besar dunia melalui perjalanan
sejarah di Alam Melayu.

● Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula
apabila negara kami mencapai Kemerdekaan pada tahun
1957 melalui pembentukan Negara-Bangsa, didahului oleh
pembinaan Negara (State) iaitu bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan.

● Malaysia telah mewujudkan beberapa institusi utama seperti
sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
lain-lain.

● Pencapaian peradaban beridenditikan Malaysia adalah sangat
mencabar dan perlu dikupas dari semasa ke semasa.

Peta Minta

Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan
maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.

Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat.

Peranan penting dalam peta minda adalah : merangka,
mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu
persembahan.

Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan
negara bangsa.

• Sejarah di Alam Melayu
• Peradaban Pribumi Alam Melayu
• Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
• Peradaban Barat
• Peradaban Globalisasi

• Peradaban beridentitikan Malaysia
• Kemerdekaan 1957 – Negara-Bangsa
• Pembinaan Negara
• Pembinaan Bangsa

Perkembangan Sejarah Alam Melayu

1. Zaman Pra Sejarah

● Zaman Paleolitik
● Zaman Mesolitik
● Zaman Neolitik
● Zaman Logam / Gangsa Besi

2. Zaman Proto Sejarah
● Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal

● Langkasuka
● Kedah Tua
● Gangga Negara
● Chih-Tu
● Lo-Yueh
● Tan-Tan

3. Zaman Pensejarahan
● Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
● Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian -

perdagangan
● Kedatangan kuasa penjajah
1. Portugis
2. Belanda
3. British

4. Zaman Sejarah Moden
● Merdeka 1957
● Perpaduan – penyatuan
● -Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia

Peradaban Globalisasi

● “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku
interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan
sempadan negara menerusi;

○ Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan
○ Perkembangan teknologi maklumat dan informasi –

Internet, Komputer, SmartPhone
○ Penggunaan media sosial yang berleluasa – Facebook,

WhatsApp's, Instagram, Twitter, Telegram dll.

● Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam
pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi,
sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan
pemikiran.

● Perkembangan peradaban global ini turut menjadi
penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di
Malaysia.

Pembentukan Peradaban Majmuk

● Gabungan atau pencampuran beberapa peradaban yang
membentuk peradaban beridentitikan Malaysia.

● Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk
Malaysia.

● Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan Timur
Tengah telah membuka ruang interaksi dan jaringan peradaban
yang lebih luas di Tanah Melayu.

● Kemudiannya disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat
seperti -Portugis, Belanda dan Inggeris telah membawa kepada
berlakunya interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam.

● Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja
asing dari India dan China telah memungkinkan berlakunya
pengukuhan peradaban India dan Cina.

● Hari ini, di era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.

● Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk
peradaban majmuk di Malaysia hari ini.

Pembentukan Peradaban Majmuk

Transformasi Sosial Ke Arah Peradaban Acuan
Malaysia

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI

Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL

Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
Dari miskin ke kelas menengah
Dari pedesaan ke kosmopolitan

Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN SOSIAL
berpaksikan BUDAYA MODERNITY DAN KEPELBAGAIAN

Perkongsian nilai sejagat
Persamaan pendapat awam
Batas etnik nipis
Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan sosial rentas etnik
dan agama

Proses in dianggap positif secara sosial, karena
memungkinkan berlangsungnya suatu pergeseran sumber
daya manusia dari tempat-tempat yang produk marjinal
sosialnya nol ke lokasi lain yang produk marjinal sosilanya
bukan hanya positif akan tetapi juga akan terus
meningkat sehubung dengan adanya akumulasi modal dan
kemajuan teknologi.

IMPAK KERENCAMAN SOSIAL NORMA SEJAGAT

BUDAYA POLITIK BARU
● Kebebasan Bersuara,
● Berpersatuan
● Akses Maklumat
● Demokrasi
● Penglibatan

NILAI POLITIK
● Amanah-Integriti
● Keadilan
● Akauntabiliti
● Transparensi
● Keterangkuman

ISU
● Rasuah
● Salah Guna Kuasa
● Keterangkuman Jentera Dan Dasar Awam
● Tadbir Urus Baik
● Federalisme

KONSEP NEGARA

● Konsep negara merupakan sebuah negara yang menurut
undang - undang antarabangsa serta mempunyai elemen -
elemen negara untuk membentuk sebuah negara yang kukuh
dan cemerlang.

● Konsep Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang
mendiami sesebuah kawasan dan wujudnya sebuah kerajaan.

● Sebuah kerajaan yang mempunyai dan mementingkan
kedaulatan, tanggungjawab serta berkuasa dalam
menjalankan sistem pentadbiran.

● Rakyat yang mendiami di sesebuah wilayah mempunyai
sempadan dan kerajaan yang jelas dan sistematik.

● Penduduk sesebuah negara adalah elemen penting untuk
mewujudkan dan mencorakkan sebuah negara.

● Rakyat juga akan membentuk sebuah bangsa dalam negara

KONSEP BANGSA

● Konsep Bangsa merujuk kepada sebuah masyarakat yang
hidup dalam sesebuah negara berdasarkan ciri fizikal
masing-masing iaitu ras dan keturunan.

● Kaum merupakan salah satu elemen yang untuk membentuk
sebuah bangsa.

● Kaum merujuk kepada kumpulan etnik berdasarkan ciri
budaya.

● Satu kumpulan masyarakat yang mempunyai kepercayaan
masing-masing.

● Sekumpulan besar manusia yang mempunyai ikatan atau
hubungan melalui perasaan semangat perpaduan yang kuat
dalam sesebuah negara.

KONSEP NEGARA BANGSA

● Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat
mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama

● iaitu, pemikiran, nilai-nilai sosio- budaya, lambang-lambang
dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan
kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai
identiti peradabannya yang tersendiri.

● Negara dibentuk oleh kewujudan tanah air, rakyat,
kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan
undang-undang.

● Negara bangsa hanyalah satu konsep persamaan kaum dan
diperintah oleh negara berdaulat mereka sendiri.

● Chambers' Encyclopedia (1973:671) memberi definisi “nation
building” sebagai negara bangsa itu merupakan satu proses
yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara yang
mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan
oleh ikatan-ikatan seperti budaya, bahasa,nilai-nilai dan
lain-lain yang membentuk bangsanya. Tujuan utama
pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat
setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan bangsa.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

● Negara bangsa wujud pada 31 Ogos 1957 iaitu persekutuan
tanah melayu yang merdeka

● Pada 16 September 1963 pembentukan Malaysia dengan
penyertaan Sabah, Sarawak dalam persekutuan Malaysia .

● Pembentukan negara bangsa di Malaysia tidak melibatkan
pertumpahan darah dan berkat kebijaksanaan pemimpin

● Kemerdekaan Malaysia dicapai melalui rundingan, pakatan
murni dan tolak ansur antara kaum dengan kaum

Pembentukan negara bangsa ada 3 jenis iaitu:
1. Satu bangsa satu negara (one state one nation) —
•Keadaan ini menjadi titik tolak sesuatu kaum untuk
membentuk negara dan melahirkan negara. Ini akan melahir
sebuah negara bangsa. Contohnya, bangsa Jepun
membentuk negara Jepun, dan bangsa Jerman membentuk
negara Jerman.
2. Bangsa tanpa negara (nation without state) —
•Sesetengah bangsa tidak mempunyai negara, mereka
menuntut supaya negara mereka menjadi sebuah negara
yang mempunyai autonomi sendiri.

•Contohnya, Melayu Pattani di selatan Thailand, mereka
mempunyai identiti etnik mereka sendiri, tetapi negara itu
dimilik oleh Thai.
•Kurd di utara Iraq. Negara ini berjaya membentuk Wilayah
Autonomi Kurdistan. Tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf di
peta dunia.

3. Negara tapa bangsa (state without nation) —
•Ini berlaku apabila kedaulatan negara diiktiraf, tetapi tidak
jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
•Kewujudan negara sebegini boleh merujuk dalam konteks
Malaysia. Malaysia dilahirkan sebagai sebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang mengekalkan
identiti masing-masing.
•Malaysia belum lagi dibina sebagai sebuah negara bangsa.

BENTUKAN NEGARA BANGSA

● Setiap negara bangsa mempunyai kumpulan etnik asal yang
membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka.

● Walau bagaimanapun, dengan berhijrahan, perkembangan
kapitalisme dan penjajahan, geo- politik negara telah berubah
melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke 16.

● Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara
bangsa dapat dikenal pasti iaitu, negara bangsa tamu dan
negara bangsa settler (Wimmer dan Feinstein 2010).

● Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom,
Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri
Lanka, Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya
diduduki oleh kumpulan etnik asal (Karolewski dan Suszycki
2011).

● Hegemoni politik menjadi amalan adalah di mana anak watan
diiktiraf dan diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti
imigran dari negara-negara lain, mereka akan bernaung di
bawah payung anak watan di situ.

● Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti
Amerika Syarikat, Kanada,Australia, New Zealand, Singapura
dan sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu
telah dipinggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada
yang menghapuskan kumpulan etnik asalnya (Delora 1998,
Wolfe 2006).

● Dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik
oleh komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diiktiraf
dan diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan
yang diminan dari segi ekonomi dan politik seperti WASP
(White Anglo-Saxon Protestant)di Amerika, Perancis, Cina
dsbnya

KEWARGANEGARAAN

● Kewarganegaraan adalah perihal warganegara, kerakyatan
sesebuah negara

● Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan, rupa
bangsa, bangsa seseorang (Zainal Abidin, 2003)

● Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf
berdasarkan undang-undang negara berkenaan dan
membentuk sebuah komuniti politik

● Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi
undang-undang dengan sebuah negara.

● Ini bermakna kewarganegaraan adalah suatu bentuk
kerakyatan atau kedudukan sah yang mengikat seseorang
individu dengan negaranya

● Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang warganegara
mendapat perlindungan, hak-hak istimewa dan pelbagai lagi

● Kewarganegaraan seringnya melibatkan usaha untuk
kebaikan masyarakat melalui penyertaan, kerja sukarela, dan
usaha untuk memperbaiki kehidupan semua warganegara.

KETETAPAN WARGANEGARA MALAYSIA

Selepas Hari Malaysia,iaitu pada 16hb September 2022, ketetapan
warganegara Malaysia ditetap dengan syarat berikut:

1. Sesiapa yang lahir di Malaysia dengan sekurang-kurangnya
sebelah ibu bapa merupakan warganegara atau pemastautin
tetap Malaysia, dan,

2. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia dengan ayahnya berstatus
warganegara ketika kelahirannya dan sama ada (ayah) lahir di

Malaysia atau ketika itu berada dalam perkhidmatan Kerajaan
Malaysia atau Negeri,

3. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia dengan ayahnya berstatus
warganegara ketika kelahiran sekiranya kelahirannya dalam
tempoh satu tahun atau lebih berdasarkan budi bicara
Kerajaan Malaysia, didaftarkan di konsulat Malaysia, atau
sekiranya berlaku di Brunei atau di wilayah yang ditetapkan
bagi tujuan ini berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong,
didaftarkan ke Kerajaan Malaysia, dan

4. Sesiapa yang lahir di Singapura dengan sekurang-kurangnya
sebelah ibu bapa ketika kelahiran merupakan warganegara
dan tidak lahir sebagai warganegara di tempat lain melainkan
atas budi bicara dalam perenggan ini, dan

5. Sesiapa yang lahir di Malaysia yang tidak menjadi
warganegara mana-mana negara melainkan atas budi bicara
dalam perenggan ini.

PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

1. Seseorang individu itu telah menjadi warganegara asing.

2. Seseorang individu itu telah menderhaka terhadap kerajaan
semasa peperangan.

3. Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia kepada
negara sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang
boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara.

NARATIF NEGARA BANGSA MALAYSIA

Sebuah negara etno berpasakkan anak watan dalam masyarakat
kepelbagaian diintegrasikan di plantar perlembagaan dan tersulam
ruang sivik dalam governan dan pembangunan dengan keadilan,
keterangkuman dan demokrasi dalam membina negara bangsa
Malaysia.

Bah kata Naib Presiden UMNO, keunikan berbangsa, berbudaya
dan beragama mesti diraikan, dihormati dan dilestarikan. Naratif
Malaysia’ ini ialah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab
dan beradab. Warganegara yang bertanggungjawab, patriotik,
rasional, berbudi dan matang, akan membantu Malaysia melangkah
ke hadapan dalam dampak globalisasi yang kian mencabar kini.

NEGARA BANGSA MALAYA-MALAYSIA INTEGRASI

Hegemoni politik memperakui dan menerima anak watan dan
komuniti INTEGRASI

migran diberikan kerakyatan negara.

● “integrasi” bermaksud menyatukan etnik-etnik atau
kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu
bentuk lain yang tersendiri

● Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah panjang di
mana Melayu, Islam, Bahasa Melayu, Raja dan AKTA 153
kedudukan Melayu dalam negara dijadikan PASAK
Perlembagaan.

● Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana Yang
DiPertuan Agong simbol perpaduan negara, Islam agama
rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dalam aman dan damai, Bahasa Melayu adalah Bahasa
Kebangsaan dan bahasa perpaduan tetapi bahasa ibunda lain
boleh dipelajari, dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan
minoriti lain.

● Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak
diperakui sebagai Bumiputera dan dijadikan sebahagian
PASAK negara bangsa bersama Melayu

GARIS PANDUAN SEMANGAT TOLERANSI

1. setiap penganut agama hendaklah menyedari mengenai
ajaran dan kepercayaan agama masing-masing.

2. Soal kepercayaan dan konsep ketuhanan tentu berbeza dan
sama sekali tidak dapat dikompromi dan disatukan.

3. Pelbagai pihak harus menyedari dan mengakui hak dan
tanggungjawab mengajar agamanya untuk penganutnya
sendiri, walaupun ajaran itu seperti menyinggung ajaran yang
lain

4. Pelbagai pihak mesti menghormati kepentingan pihak agama
lain dalam melakukan amalan mengikut ajaran agama
mereka.

5. Bersikap adil dalam urusan harian, iaitu seseorang tidak boleh
didiskriminasi atas asas perbezaan agama

Faktor yang Menghalang Integrasi

● Prasangka - (Prejudgement) Di negara kita biasanya
prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap
kumpulan atau kaum yang lain.

● Perkauman - sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di
Malaysia sikap perkauman (asobiyyah) sangat jelas samada
dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan.

● Etnosentrisme - keperyaan bahawa unsur-unsur budaya
sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur budaya
lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri,
ia akan dianggap salah, tidak baik atau merbahaya.

KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”

● sebuah negara bangsa adalah a project work in progress dan
sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga
yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina
seperti di Malaysia (Shamsul AB 1996)

● konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri
Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh
kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang
dipimpin oleh orang Melayu.

● CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang
menerima pakai konsep “Malay-led plural society” sehingga
kemerdekaan

● Selepas kemerdekaan, konsep Malaysian Malaysia yang
popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew
ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu)
dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).

● pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan
konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1
Malaysia.

● Manakala di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for
Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian

● Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang
wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok

● strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah
popular dalam konteks yang lebih umum.

● Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca
PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan
Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”.
Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang

diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan
PAS.

● Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di
dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak
diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic”
tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau
“intra-ethnic”.

● Inter-etnik bermakna hubungan antara etnik dengan etnik
yang lain. Intra-etnik bermakna hubungan antara sesama
etnik

● Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di
negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun,
menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan
ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan
menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.

Etos National

● menyatakan kepada watak, karakter, sikap, etika,
keperibadian dan keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat
menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi bersama
oleh ahli-ahli masyarakat.

● Etos national merupakan sebagai ciri-ciri unik masyarakat
setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu
yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara.

● Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu
1. nilai
2. perasaan dan semangat
3. kepercayaan
4. identiti

● Dalam konteks Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992)
telah mengemukakan etos bangsa sebagaimana berikut:

“ Building a nation out of diverse people with differing
historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical
backgrounds is something more than just fostering consensus
on the basic character of a state or nation.

It involves the fostering of (1) shared historical experiences,
(2) shared values, (3) a feeling of common identity, (4) shared
destiny that transcends ethnic bounds without undermining
ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an
emotional attachment to the nation, and the flowering of
distinctly national ethos. “

Etos Simbolisme Bangsa Malaysia

● Konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa
dikaitkan dengan bangsa, tetapi menilainya adalah sulit dan
hanya dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara.

● Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam
jangka pensejarahan panjang seperti :
○ bendara,
○ bahasa,
○ pakaian,
○ makanan,
○ muzik,
○ tarian,
○ arkitek bangunan,
○ batu nisan,
○ kerabat diraja,
○ pahlawan,
○ buku sekolah
○ keselamatan negara, dan sebagainya

sebagai asas bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept 2017).

Geopolitik Negara Dan Perubahan Politik

● Pelbagai perspektif tentang negara bangsa
i. Sebelum merdeka kita berbincang tentang negara
bangsa

- Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah
Islamiah (PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina
kerakyatan British dan juga Malaya; India balik
India dan juga Malaya

ii. Selepas merdeka kita selalu berbincang isu-isu
tentang pembangunan negara, Etnik Cina pendidikan
Cina, kerakyatan, ekonomi

iii. Pasca DEB

- Perbahasan dari PAP, DAP dan MCA
kesamarataan dan pasaran

- DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam. BN
& UMNO Pertumbuhan ekonomi diagihkan.

iv. 1990- Tun M dan GERAKAN Bangsa Malaysia,
DSNajib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS Daulat
Malaysia

v. PH 2018 Malaysian Malaysia

- Contohnya, kesamarataan, kebebasan, hak asasi,
multikultarialisme

Kesimpulan

Konklusinya, untuk membina negara bangsa ini, nilai-nilai
kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap insan dan
sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, darjat dan umur kita
bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat kita
sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Walau
bagaimanapun,terdapat banyak halangan dan cabaran untuk
membentuk negara yang gemilang seperti Malaysia sebagai negara
bangsa. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi memainkan peranan
masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan
pembentukkan negara bangsa Malaysia dapat tercapai dan akan
menjadi negara maju.

Rujukan

safeqa Follow. (n.d.). Konsep Negara Bangsa. SlideShare a Scribd company.
Retrieved April 2, 2022, from
https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa

-, D. M. (2021, July 13). Ums. Retrieved April 2, 2022, from Ums:
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29940/

Peta Minda. Wong Sie Leong & Lam Chang Po. (2016, August 15). Retrieved April
2, 2022, from https://wsllcp.wordpress.com/peta-minda/

Reza Ardyan Follow. (n.d.). Urbanisasi Dan Migrasi Desa Kota. SlideShare a Scribd
company. Retrieved April 2, 2022, from
https://www.slideshare.net/dyanezaingintersenyumselalu/urbanisasi-dan-migrasi-des
a-kota

E-folio KONSEP Negara Dan Bangsa. anyflip. (n.d.). Retrieved April 2, 2022, from
https://online.anyflip.com/dwwop/cbij/mobile/index.html

Nota Sejarah tingkatan 5 BAB 3 Kesedaran pembinaan. Permohonan.my. (2021,
August 13). Retrieved April 2, 2022, from
https://www.permohonan.my/nota-sejarah-tingkatan-5-bab-3-kesedaran-pembinaan/

Imran.kuarsa. (2021, May 7). Kesatuan Masyrakat Majmuk di Malaysia - flip ebook
pages 1-50: Anyflip: Imran.kuarsa. AnyFlip. Retrieved April 2, 2022, from
https://anyflip.com/fwbei/wjaj/basic

Google. (n.d.). MPU 1152 Pengajian Malaysia - ppt download. Google. Retrieved
April 2, 2022, from
https://www.google.com.my/amp/s/slideplayer.info/amp/14127562/


Click to View FlipBook Version