KONSEP NEGARA
● Sebuah negara yang menurut undang - undang antarabangsa
hendaklah mempunyai elemen - elemen negara untuk membentuk
sebuah negara yang kukuh dan cemerlang.
● Merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami sesebuah
kawasan dan wujudnya sebuah kerajaan.
● Sebuah kerajaan yang mempunyai dan mementingkan
kedaulatan, tanggungjawab serta berkuasa dalam menjalankan
sistem pentadbiran.
● Rakyat yang mendiami di sesebuah wilayah mempunyai
sempadan dan kerajaan yang jelas dan sistematik.
● Penduduk sesebuah negara adalah elemen penting untuk
mewujudkan dan mencorakkan sebuah negara.
● Rakyat juga akan membentuk sebuah bangsa dalam negara.
KONSEP BANGSA
● Sebuah masyarakat yang hidup dalam sesebuah negara
berdasarkan ciri fizikal masing-masing iaitu ras dan keturunan.
● Kaum merupakan salah satu elemen untuk membentuk sebuah
bangsa.
● Kaum merujuk kepada kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya.
● Satu kumpulan yang mempunyai kepercayaan masing-masing.
● Sekumpulan besar manusia yang mempunyai ikatan atau
hubungan melalui perasaan semangat kekitaan yang kukuh dalam
sesebuah negara.