The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Manis Site, 2023-03-14 21:41:05

PERATURAN PRASEKOLAH SK TENGKU BESAR

PERATURAN PRASEKOLAH SK TENGKU BESAR

Peraturan Prasekolah SK Tengku Besar Tampin


Rules are very important in the class. With the rules, we want our class to be fair and a happy place. So these are our simple and important rules to be followed during our classes. Peraturan Kelas


KEHADIRAN 1. Murid hendaklah hadir ke sekolah SEBELUM pukul 7.30 pagi setiap hari. 2. Ibu bapa hendaklah menjemput anak jagaan mereka selepas waktu sesi persekolahan pada pukul 12.00 tengahari. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku selepas jam 12 tengahari. 3. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebabsebab peribadi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masingmasing.


PAKAIAN 1. Murid hendaklah memakai uniform yang telah ditetapkan. 2. Murid tidak dibenarkan memakai barang perhiasan atau aksesori sepanjang waktu persekolahan. 3. Murid hendaklah memakai kasut sekolah berwarna hitam beserta stoking. 4. Murid perempuan digalakkan memakai tudung berwarna putih. Jika tidak bertudung, rambut perlulah diikat dengan getah rambut berwarna gelap atau dipakaikan dengan cekak. 5. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata.


MAKANAN DAN MINUMAN 1. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak prasekolah sepanjang murid berada di prasekolah mengikut menu yang telah ditetapkan. 2. Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak mereka alah kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama. 3. Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kelas semasa aktiviti PdP dijalankan. 4. Wang saku tidak perlu dibekalkan kepada murid dan jika ia berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian atau kehilangan wang tersebut.


KECEMASAN/ KEMALANGAN /KESIHATAN 1. Jika berlaku sebarang kecemasan/kemalangan, pihak prasekolah akan mengambil tindakan awal dengan memberi bantuan pertolongan cemas. 2. Pihak sekolah akan menghubungi ibu /bapa/penjaga bagi tindakan selanjutnya. **(Ibu bapa hendaklah memberi nombor telefon terkini yang boleh dihubungi kepada guru prasekolah bagi memudahkan urusan) 3. Murid-murid yang sakit berjangkit/demam mestilah mendapatkan rawatan dan berehatb di rumah bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti.


1. Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada guru seandainya anak jagaan : i) Alahan terhadap makanan. ii) Menghidap sebarang penyakit serta perlu mengambil ubat-ubatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. (PdPC) iii) Diambil atau dihantar oleh orang yang berbeza iaitu tidak seperti kebiasaan atau terlewat daripada biasa. iv) Dibuli rakan-rakan di sekolah. v) Berbakat dalam sesuatu bidang seperti nyanyian, tarian, sukan dan sebagainya. LAIN-LAIN HAL


Email Address [email protected] Phone Number 0132421991 Consultation Hours 1 PM to 4 PM JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN :


Click to View FlipBook Version