The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msean6901, 2022-02-04 20:58:35

MINIT MESYUARAT AJK KRT BIL. 1/22

MINIT MESY. KRT IMJ 2022

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
INDERA MAHKOTA JAYA,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

No. Tel. Pengerusi : 013-9814491/ Setiausaha : 011-32749004

__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KRT INDERA MAHKOTA JAYA BILANGAN 1/2022

Tarikh : 11 Januari 2022 ( Selasa )
Masa : 09.30 malam
Tempat : Pejabat KRT Indera Mahkota Jaya

Kehadiran : 21/25

1. YH Dato’ Dr. Hj Ardi b Hj Awang - Pengerusi
2. Tn Hj Zaki b Khamsan - Timb. Pengerusi
3. Tn Hj Mohd Hashim b Bakar - Setiausaha
4. Pn Anisah bt Md Derus - Pen. Setiausaha
5. En Azman b Dollah - Bendahari
6. Pn Hjh Sabarena Rashidah bt Abdul Rashid - Ketua Jiranita
7. En S Kumareson - AJK
8. En Shah Jahan b Sultan - AJK
9. En Rosly b Ismail - AJK
10. En Mat Romzy b Hamat - AJK
11. En Thamotharan a/l Sri Raman - AJK
12. En Mohd Faisal b Mohd Shah - AJK
13. En Misdar b Kaslan - AJK
14. En Suhaimi b Hassan - AJK
15. En Mohamad Zuraidi b Mahasan - AJK
16. En Mohd Wan Ezani b Wan Yaacob - AJK
17. Pn Norhaizan bt Hj Baharun - AJK
18. Pn Halijah bt Mashod - AJK
19. Pn Norizza bt Embong - AJK
20. Pn Hjn Nora bt Maaris - AJK
21. Pn Noor Asiah bt Mat Nasir - AJK

AGENDA 1

1.0 Ucapan Pengerusi KRT ( YH Dato’ Dr. Ardi b Hj Awang )

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi merakamkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK KRT IMJ sesi 2022/2023 yang
dapat hadir ke mesyuarat.

1.2 Pengerusi juga menzahirkan rasa gembira kerana kehadiran ahli komuniti IMJ ke
mesyuarat pemilihan kali ini adalah antara yang teramai di daerah Kuantan.

1.3 Pengerusi menyatakan KRT IMJ tidak dapat menjalankan aktiviti seperti
dirancang kerana pandemik Covid-19 dan ramai juga ahli KRT IMJ di kuarantin.

1.4 Pengerusi menyatakan antara peranan KRT adalah sebagai penghubung kepada
komuniti dan mengharapkan komuniti menjadi harmoni. Sehingga kini masih ada
lagi ahli komuniti yang tidak faham peranan KRT.

1.5 Pengerusi juga menyatakan masih ramai lagi ahli komuniti yang tidak mengenali
antara satu sama lain.
Tindakan : Makluman

AGENDA 2

2.0 MENANDATANGANI DAN AKUAN SETUJU TERIMA JAWATAN KRT IMJ

2.1 Semua ahli jawatan kuasa yang hadir telah selesai menandatangani surat setuju
terima jawatan KRT IMJ.

2.2 AJK yang tidak hadir juga telah menandatangani surat setuju terima jawatan
tersebut.
Tindakan : Makluman

AGENDA 3

3.0 LAPORAN KEWANGAN
3.1 En Azman b Dollah ( Bendahari ) telah melaporkan bahawa baki di bank wang KRT
IMJ berjumlah RM2265.43 ( Ringgit Malaysia Dua Ribu Dua Ratus Enam Puluh
Lima dan sen Empat Puluh Tiga sahaja ).
3.2 Tiada wang baki ditangan.
3.3 Pengerusi menjelaskan bahawa Geran Tahunan KRT daripada Jabatan Perpaduan
Negara ialah RM6000 setahun. Kemasukan biasanya pada bulan Mac.
Tindakan : Makluman

AGENDA 4

4.0 PELANTIKAN PENGERUSI-PENGERUSI BIRO
4.1 Ahli mesyuarat bersetuju mengekalkan kesemua Enam ( 6 ) biro sedia ada.
4.1.1 Biro Keselamatan, Perpaduan dan Latihan
- En Thamotharan a/l Sri Raman
4.1.2 Biro Agama, Pendidikan, Kebajikan dan Teknologi Maklumat
- En Muhammad Zuraidi b Mahasan
4.1.3 Biro Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan
- En Misdar b Kaslan
4.1.4 Biro Ekonomi, Pembangunan dan Pengurusan Aset
- En Rosly b Ismail
4.1.5 Biro Sukan, Rekreasi dan Sosial
- En Mohd Faisal b Mohd Shah
4.1.6 Biro Hal Ehwal Wanita
- Pn Hjh Sabarena Rashida bt Abd Rashid

4.2 Setiap ahli jawatan kuasa diberi kebebasan untuk memilih biro yang ingin
disertai. Bilangan ahli setiap biro tidak lebih daripada 4 orang.
Tindakan : Makluman

AGENDA 5

5.0 PERBINCANGAN AKTIVITI KRT IMJ SESI 2022/2023
5.1 Setiap biro akan berbincang sesama ahli untuk menentukan aktiviti sepanjang
tahun 2022.
Tindakan : Pengerusi Biro dan ahli biro

AGENDA 6

6.0 PENGESAHAN PENUKARAN PENANDATANGAN CEK KRT IMJ
6.1 Akaun KRT IMJ dibuka di AFFIN BANK BERHAD CAWANGAN JALAN TUN ISMAIL
KUANTAN.
6.2 Perubahan penandatangan yang perlu dibuat ialah;
- Setiausaha
- Tuan Haji Mohd Hashim b Bakar menggantikan En Suhaimi b Hasan.
Tindakan : Setiausaha dan En Suhaimi

AGENDA 7

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Dato’ Pengerusi
7.1.1 Data penduduk Indera Mahkota Jaya perlu dikemaskini semula.
7.1.2 SRS perlu digerakkan semula.
7.1.3 AJK KRT dan peronda SRS dilindungi oleh insuran oleh Jabatan
Perpaduan Negara.

7.2 En Rosly mencadangkan agar mesyuarat tidak berlarutan hingga lewat malam
iaitu 9.30 malam hingga 11.30 malam sahaja.

7.3 Pn Anisah berharap agar penggunaan dewan dihadkan sehingga jam 12.00
tengah malam sahaja. ( sebagai makluman, had masa penggunaan dewan
memang sehingga 12.00 tengah malam sahaja ).

7.4 Tn Hj Zaki – Timbalan Pengerusi
7.4.1 Mencadangkan supaya KRT menyediakan takwim tahunan. Takwim
akan disediakan setelah semua aktiviti disenaraikan.
7.4.2 KRT IMJ mempunyai laman Face Book. Beliau mengingatkan ahli agar
tidak memuat naik perkara yang tidak berkenaan dengan aktiviti KRT.

7.5 En Mohamad Zuraidi mencadangkan kepada AJK dapat kiranya menyenaraikan
nama ahli komuniti IMJ yang memerlukan bantuan.

7.6 En Mat Romzi mencadangkan untuk diadakan aktiviti bertujuan mengeratkan
hubungan silaturrahim antara AJK.

7.7 Pn Hjh Sabarena - Pengerusi Jiranita

PENCERAHAN MENGENAI PEMILIHAN DAN PELANTIKAN.

7.7.1 Berlaku kekeliruan pada pemilihan baru-baru ini. Kebiasaan sebelum ini sesi
pemilihan yang diadakan tidak sama dengan kebiasaan yang kita laksanakan
sebelum ini.

Sebenarnya kita terlepas pandang akan pentingnya sesi “briefing” berkaitan
cara pemilihan atau peraturan pelantikan jawatankuasa KRT itu akan
dilaksanakan.
Pengerusi blast pada 20/10/2021. Saya yakin tidak semua meneliti dan
membaca

7.7.2 Ada beberapa perkara yang kita perlu rujuk semula
Rujuk BAB 3 ms 23 dan 24.
SEMASA PROSES PELANTIKAN DILAKSANAKAN (KRT SEDIA ADA)

Klausa/penerangan bahagian no ii (2)
Pengerusi sementara dan Setiausaha Sementara hendaklah dilantik secara
sukarela ataupun secara undian bagi mengendalikan mesyuarat pemilihan
tersebut

Kita hanya melantik Pengerusi Sementara tetapi tidak melantik atau
menamakan sesiapa untuk menjadi Setiausaha Sementara. Ini
menyebabkan kekeliruan semasa mencatat nama AJK sehingga
menyebabkan semua catatan senarai nama dan bilangan AJK yang dilantik
tidak sama.

no iv (4)
Pemilihan diteruskan dengan pemilihan Juru audit seramai dua orang.

no vii (7)
Setelah pemilihan 20-25 orang dilaksanakan pemilihan Jawatankuasa
Utama dibuat dalam kalangan 20-25 orang AJK RT. Pemilihan hendaklah
dilakukan melalui perbincangan sesama AJK yang dipilih.

Kalau mengikut panduan pengurusan di atas 5 orang AJK Utama yang
memilih AJK yang lain,

no viii (8)
Pengerusi AJK KRT yang baru boleh membuat pemilihan bagi AJK lain seperti
Pengerusi Jiran Wanita, Jiran Muda dan Tunas Jiran. Sekiranya masa dan
keadaan kurang mengizinkan Pengerusi AJK RT boleh melaksanakan pada
masa yang lain.

Kita hanya memilih Pengerusi Jiran Wanita sahaja tetapi tidak mengikut
Struktur Organisasi RukunTetangga , Rujuk Carta organisasi pada ms 34.

Cadangan :supaya diadakan sesi debriefring / pre council/perbincangan sebelum
sesi pemilihan/pelantikan

7.7.3 BILANGAN JIRANWANITA
BAB 3 KRITERIA PEMILIHAN JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA ms 20

7.7.3.1 Gender AJK RT
Sekurang-kurangnya 30% adalah wanita

PERMOHONAN:
Untuk masa2 akan datang mohon jasa baik Pengerusi menambah bilangan
AJK wanita ini kepada 10 orang ahli.

7.7.3.2 RALAT/KEKECEWAAN
Ada ahli2 yang aktif dan sangat komited tidak dilantik/dipilih semula

7.7.4 PENCERAHAN DENGAN SUB COMMITTEE
Apakah pengiktirafan atau status sub- committee.
Permohonan;

Mereka yang dilantik sebagai sub committee mengikut program/aktiviti
diberikan status yang sama dengan AJK yang lain.
Contoh: jika sesuatu program/aktiviti itu ada pakaian tertentu… semua sub
committee juga akan dapat.

7.7.5 Merujuk BAB 3 KRITERIA PEMILIHAN JAWATAN KUASA KAWASAN RUKUN
TETANGGA

Pertalian Keluarga
TIADA UNSUR PERTALIAN KELUARGA (SUAMI, ISTERI DAN AMAK) YANG
WUJUD DALAM KALANGAN AJK RT YANG DIPILIH.
Apa pendirian KRT IMJ berkaitan perkara ini.

7.7.6 Mohon diadakan sudut yang mempamirkan senarai nama mereka yang
telah memegang 5 jawatan Utama dalam KRT mengikut turutan tahun serta
aktiviti dan program yang telah dilaksanakan.

7.7.7 Jika keadaan berada dalam situasi tidak dibenarkan bersemuka kerana
Pandemik masih belum berakhir, mohon diadakan mesyuarat secara atas
talian.

7.7.8 Mohon diadakan Hari Terbuka KRT IMJ supaya segala maklumat berkaitan
KRT dapat disampaikan kepada Komuniti setempat dan supaya berlaku
Komunikasi 2 hala (AJK-Komuniti).

AGENDA 8

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-‘Asr dan ditangguhkan jam 11.45

malam.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

Hashim,hj ………………………………………………
…………………………………………….. ( Dato’ Dr. Hj Ardi b Hj Awang )
( Tn Hj Mohd Hashim b Bakar ) Pengerusi
Setiausaha


Click to View FlipBook Version