The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Buku Malaysiaku Gemilang
(JAGUH SUKAN NEGARA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasarin, 2021-10-08 23:47:45

e-Buku Malaysiaku Gemilang

e-Buku Malaysiaku Gemilang
(JAGUH SUKAN NEGARA)

MALAYSIAKU GEMILANG

LEE CHONG WEI

SHALIN ZULKIFLI

NUR SHATRIYANI BINTI SHAHARIN

Lee Chong Wei

Dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak. Pada
usia muda, beliau menyukai permainan bola keranjang tetapi
dilarang ibu kerana terpaksa bermain di tengah panas.

Chong Wei mula belajar badminton ketika berusia 11 tahun
apabila dibawa oleh bapa ke dewan badminton . Bakat beliau
mula menarik jurulatih tempatan, Teh Peng Huat, yang
kemudian melatih Chong Wei selepas sekolah.Chong Wei
kemudian ditemui pula oleh Misbun Sidek dan mula menyerap
beliau masuk menjadi skuad kebangsaan ketika berusia 17
tahun.

Beliau mula menjadi perhatian ramai sebagai muka baharu
dalam dunia sukan apabila berjaya layak ke pusingan akhir
kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2003 (kejohanan besar
pertama beliau). Akan tetapi, beliau kalah kepada Cheng Hong
dari China dalam pusingan akhir kejohanan itu.

Pada tahun berikutnya, Chong Wei bangkit semula dengan
memenangi dua kejohanan utama iaitu Terbuka Malaysia dan
Terbuka China Taipei. Beliau kemudian mendapat tempat
dalam pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens.
Sejak itu, nama beliau disebut-sebut sebagai bintang baharu
dunia badminton Malaysia.

Beliau mengakhiri zaman bujang dengan rakan sepasukan,
Wong Mew Choo, yang juga merupakan pemain badminton
perseorangan wanita pada 9 November 2012.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kingston
yang dilahirkan pada April 2013 dan Terrance yang dilahirkan
pada Julai 2015.

Berikut adalah kejayaan yang pernah dikecapi oleh

Datuk Lee Chong Wei:

Memenangi dua pingat emas pada
Sukan Komanwel 2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor
satu dunia sebanyak dua kali pada tahun yang sama.

Memenangi lima pingat emas dalam Sukan Komanwel.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.

Pemenang pingat perak Kejohanan Badminton Dunia sebanyak
tiga kali.

Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 348
minggu.

Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
Memenangi Kejuaraan England sebanyak empat kali.

Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World
Federation (BWF) sebanyak lima kali.

Memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak empat
kali.

Olahragawan paling berjaya di Malaysia.

Shalin Zulkifli

Dilahirkan pada 28 Mac 1978. Shalin merupakan seorang
pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain
Nombor 1 Asia.

Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan
kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam
kerjaya beliau menduduki kedudukan pertama pemain boling
10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Shalin dilahirkan di North Islington dan menghabiskan zaman
kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur.

ANTARA PENCAPAIAN SHALIN:

Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita

Kejohanan Belia Asia (Singapura)
Pingat Emas Bergu
Pingat Emas Pasukan

Sukan SEA,(Brunei)
Pingat Emas Bergu
Pingat Emas Kumpulan Bertiga
Pingat Emas Pasukan
Pingat Emas Semua Acara
Pingat Emas Masters
Pingat Gangsa Perseorangan

Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita

Terbuka Sinai- Juara Wanita

ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita

Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita

Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus)
Pingat Emas Masters
Pingat Emas Bergu Campuran
Pingat Emas Berpasukan
Pingat Gangsa Berseorangan

Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita

World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama

Sukan SEA (Malaysia)
Pingat Emas Perseorangan
Pingat Emas Semua Acara
Pingat Emas Kumpulan Berdua
Pingat Emas Pasukan
Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru

Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan

Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita

Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita

World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita]

Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita

Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita

World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan

Penghargaan:

Anugerah Olahragawati Malaysia
(1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)

Juara Kebangsaan Malaysia
(1996, 2001, 2002 & 2003)

Anugerah Olimpik Malaysia
(1994 & 1999)

Kedudukan Nombor 1 Asia
(2000, 2001, 2002 & 2004)

Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)

Masukan Dewan Kemasyhuran Boling Antarabangsa
(2004)

MALAYSIAKU GEMILANG

Malaysia seharusnya berbangga dengan
pencapaian atlet sukan negara di peringkat

antarabangsa yang semakin menyerlah .
Komitmen dan disiplin yang tinggi

membuktikan atlet Malaysia mampu
menunjukkan prestasi yang terbaik

seterusnya mengharumkan nama Malaysia
di persada dunia.

Nur Shatriyani Binti Shaharin
SK TANAH MERAH


Click to View FlipBook Version