The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jajajojo143, 2021-03-17 10:53:42

SAMBUNGAN BAB 5

T2BAB5.4

BAB 5 PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Geografi Tingkatan 2 KSSM
Oleh Cikgu Siti Diana
Smk Sungai Acheh

5.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Jaringan Pengangkutan di Malaysia

Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Jaringan Pengangkutan di Malaysia

• Bentuk muka bumi
• Kemajuan teknologi
• Dasar kerajaan
• Kegiatan ekonomi

Bentuk muka bumi

• Tanah tinggi: Pembinaan
jaringan pengangkutan
adalah sukar dan menelan
kos yang tinggi

• Tanah pamah: Keadaan
tanah yang rata sesuai
untuk pembinaan jaringan
pengangkutan.

Bentuk muka bumi

• Lembangan sungai: Pembinaan
jaringan pengangkutan di
kawasan berpaya menelan kos
yang tinggi kerana perlu
ditambak dan dibina jambatan

• Pinggir laut: Kawasan pinggir
pantai yang berteluk sesuai
dijadikan pelabuhan kerana
keadaannya yang terlindung
dan dalam.

Kemajuan teknologi

• Pembinaan terowong
SMART yang boleh
berfungsi sebagai saliran
air dan laluan kenderaan

• Pembinaan Jambatan
Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah di Pulau
Pinang yang merupakan
jambatan terpanjang di
Malaysia (24 km).

Kemajuan
teknologi

• Pembinaan Lebuh
Raya Timur-Barat
yang merentasi
tanah tinggi dan
sungai

• Laluan bawah
tanah bagi projek
MRT yang
menggunakan
teknologi tinggi.

• Jaringan jalan raya di
Sabah dan Sarawak
lebih tertumpu di
sepanjang pantai kerana
kawasan pedalaman
yang bertanah tinggi dan
berhutan tebal
menyukarkan pembinaan
jalan raya.

Dasar kerajaan

• Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD)
bertanggungjawab terhadap
pengangkutan awam darat.

• Salah satu Bidang
Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) bertujuan untuk
menambah baik
pengangkutan awam bandar.

Kegiatan ekonomi

• Jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang
terdapat sumber mineral seperti Kerteh dan
Bintulu untuk memudahkan kerja
penghantaran bahan, pemprosesan dan
pemasaran sumber petroleum ke tempat lain

• Jaringan pengangkutan juga dibina di kawasan
pertanian untuk memudahkan penghantaran
dan pemasaran hasil pertanian.

• Kawasan yang giat dengan kegiatan ekonomi
seperti perniagaan, perdagangan,
perindustrian dan perlombongan mempunyai
jaringan pengangkutan yang padat seperti
Lembah Klang, Georgetown dan Ipoh.

5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat,
Udara dan Air di Malaysia

Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan
Air di Malaysia

• Membawa penumpang dan barangan
• Membangunkan bandar satelit
• Mempertingkatkan darjah ketersampaian
• Meningkatkan sektor perniagaan
• Pembangunan wilayah koridor ekonomi
• Membangunkan kawasan sekitar

Membawa penumpang
dan barangan

• Memudahkan mobiliti
penumpang dan mempercepat
proses mengangkut bahan
mentah ke kilang atau pasaran

• Contohnya, Lebuhraya Utara-
Selatan.

Membangunkan bandar satelit

• Bandar satelit menyokong bandar raya berhampiran dan sesuai
dijadikan kawasan kediaman dan perindustrian

• Dihubungkan dengan bandar utama melalui bas, LRT dan
Komuter

• Contohnya, Petaling Jaya menjadi bandar satelit kepada Kuala
Lumpur.

Mempertingkatkan
darjah ketersampaian

• Menghubungkan
kawasan pedalaman

• Contohnya, Grik
(Perak) dan Jeli
(Kelantan) dapat
dihubungkan melalui
Lebuhraya Timur-
Barat.

Meningkatkan
sektor perniagaan

• Perkhidmatan kereta api
kargo oleh Kereta Api Tanah
Melayu Berhad (KTMB) dapat
meningkatkan urusan
perniagaan dan perdagangan

• Perkhidmatan tren kontena,
tren kargo konvensional dan
landbridge/cross border
(menghubungkan pelabuhan
di Semenanjung Malaysia
dengan pelabuhan di
Thailand).

Pembangunan wilayah koridor Sabah Development Corridor (SDC).
ekonomi

• Menarik pelabur asing dan memberi
tumpuan kepada pelabur tempatan.
Contohnya, Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER), Sarawak

• Corridor of Renewable Energy (SCORE)
dan Sabah Development Corridor (SDC).

Membangunkan kawasan sekitar

• Pembinaan petempatan baharu dan memajukan
kegiatan ekonomi.

• Contohnya, pembangunan Bandar Baru Nilai akibat
pembinaan lebuh raya antara Kuala Lumpur dengan
Seremban.

Kepentingan
pengangkutan udara

• Menggalakkan
integrasi nasional

• Meningkatkan
darjah
ketersampaian

Menggalakkan integrasi nasional

Menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan
Sarawak dan Sabah

Meningkatkan darjah
ketersampaian

• Membawa penumpang,
mengangkut barangan,
menggalakkan pelancongan
serta menghubungkan
kawasan pedalaman dengan
bandar

• Menjimatkan masa
perjalanan.

Kepentingan
pengangkutan air

• Menghubungkan
kawasan
pedalaman

• Membawa
penumpang dan
barangan

• Mengendalikan
urusan
perdagangan

Menghubungkan kawasan pedalaman

• Mengangkut barang
pukal dan
penumpang dari
kawasan pedalaman
ke bandar

• Contohnya, Sungai
Rajang (Sarawak) dan
Sungai Kinabatangan
(Sabah).

Membawa penumpang dan barangan

• Membawa pelancong ke
destinasi pelancongan.

• Contohnya, Sungai Tembeling
(Pahang) untuk membawa
pelancong ke Taman Negara

• Membawa barangan
• Contohnya, perkhidmatan feri

Labuan-Menumbuk (Sabah) dan
perkhidmatan bot seperti ke
Pulau Tioman (Pahang) dan
Pulau Langkawi (Kedah).

Mengendalikan urusan
perdagangan

• Pengurusan perdagangan import
dan eksport dengan negara luar.

• Contohnya, Pelabuhan Klang
(Selangor), Pelabuhan Kontena
Teluk Sepanggar (Sabah) dan
Pelabuhan Kuching (Sarawak).

• Kos pengangkutan lebih murah
serta penyediaan ruang kargo
yang luas bagi mengangkut
barangan pukal.

5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam di
Malaysia

Kepentingan Pengangkutan
Awam di Malaysia

• Mengurangkan kesesakan lalu
lintas

• Memajukan industri
pelancongan

• Mengurangkan kos
• Mempertingkatkan darjah

ketersampaian
• Mengurangkan pencemaran

udara
• Mewujudkan peluang pekerjaan

Mengurangkan
kesesakan lalu lintas

• Penggunaan sistem
pengangkutan awam
bersepadu dapat
mengurangkan
bilangan kenderaan di
jalan raya

Memajukan industri
pelancongan

Perkhidmatan teksi, bas dan rel bersepadu
memudahkan pergerakan pelancong dalam

negara.

Mengurangkan kos

• Penggunaan kenderaan
awam lebih murah
berbanding dengan
penggunaan kenderaan
persendirian.

Mempertingkatkan
darjah ketersampaian

Pengangkutan awam memudahkan kita
sampai ke destinasi yang dituju dengan

cepat dan mudah.

Mengurangkan
pencemaran udara

• Penggunaan pengangkutan
awam seperti rel
bersepadu dapat
mengurangkan pembebasan
asap kenderaan kerana
menggunakan tenaga
elektrik.

Mewujudkan
peluang pekerjaan

• Perkhidmatan
teksi, bas dan rel
bersepadu
menawarkan
pelbagai peluang
pekerjaan kepada
penduduk
tempatan.

5.7 Amalan Pengangkutan Lestari

Kepentingan sistem
pengangkutan yang lestari

• Mengurangkan kos bahan api
• Mengelakkan kesesakan lalu

lintas
• Mengurangkan pelepasan

bahan pencemar ke udara
• Meningkatkan keselamatan

pengangkutan awam
• Mengurangkan hakisan
• Meningkatkan keselamatan

pengangkutan awam

Amalan pengangkutan
lestari

• Penggunaan kereta
elektrik dan hibrid

• Berkongsi kereta
• Penggunaan

pengangkutan
awam

Penggunaan kereta
elektrik dan hibrid

• Memelihara alam
sekitar dengan
mengurangkan
pembebasan gas
karbon monoksida.

• Menjimatkan
penggunaan bahan api.

Berkongsi kereta

• Mengurangkan
bilangan
kenderaan di jalan
raya.

• Mengurangkan
pembebasan gas
karbon monoksida
ke udara.

Penggunaan
pengangkutan awam

• Mengurangkan
masalah kesesakan
lalu lintas.
Pengangkutan awam
percuma oleh pihak
kerajaan.

• Contohnya,
perkhidmatan bas
bandar GO KL dan Bas
Muafakat Johor.

TAMAT


Click to View FlipBook Version