Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
ATURAN PAJAK GADAI
AR RAHNU KEDUA
KOPERASI PENGGUNA
PAHANG BERHAD
B22, ARAS 1
LORONG KG PADANG PERMAI 1
TAMAN KG PADANG PERMAI
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
1. Tajuk
1) Aturan ini adalah dinamakan Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi
Pengguna Pahang Berhad.
2) Aturan ini diwujudkan di bawah fasal 9(1)(b) Undang-Undang kecil Koperasi
Pengguna Pahang Berhad.
2. Tafsiran
1) “Akad” ertinya persetujuan penyerahan dan penerimaan barang gadaian.
2) “Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu.
3) “Marhun” (barang gadaian) ertinya barang emas yang boleh digadaikan
kepada pemegang gadai dan boleh dijual beli.
4) “Nilai Marhun” (nilai barang gadaian) ertinya harga barang gadaian yang telah
dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas.
5) “Pemegang Gadai” (Al-Murtahin) ertinya pihak yang memegang barang
gadaian iaitu pemegang gadai.
6) “Penaksir” ertinya pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian
barang gadaian tersebut dan
7) “Penggadai” ertinya seseorang individu yang menggadaikan barangnya
kepada pemegang gadai dan meminjam sejumlah wang dari gadaian tersebut.
3. Tujuan
Tujuan Pajak Gadai (Ar-Rahnu) ini ialah untuk memberi perkhidmatan oleh Koperasi
Pengguna Pahang Berhad (yang selepas ini dipanggil Koperasi) bagi faedah-faedah
anggotanya dan bukan anggota yang memerlukan khidmat gadaian yang selari dan
sesuai dengan syariat Islam.
4. Konsep
Aturan ini dibuat bagi tujuan melindungi kepentingan penggadai dan pemegang
gadaian.
Konsep sistem Pajak Gadai (Ar-Rahnu) ialah seperti berikut:-
1) Ar-Rahnu ialah satu sistem meminjam wang oleh anggota dan bukan anggota
Koperasi (yang selepas ini dipanggil penggadai) dari Koperasi (yang selepas
ini dipanggil pemegang gadai) dan pinjaman ini dijamin dengan harta yang
digadaikan kepada pemegang gadai sebagai cagaran (dipanggil marhun).
Manakala nilai marhun adalah harga barang gadaian yang telah dinilai
mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas.
1
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
2) Marhun yang diterima hanya berbentuk emas dan boleh dijual beli sahaja.
3) Al-Wadiah Yad Dhamanah (Simpanan Dengan Jaminan) iaitu simpanan
barang berharga dengan jaminan. Jika berlaku kehilangan melalui apa-apa
sebab sekalipun pihak pemegang gadai wajib menggantikan kepada penggadai
nilai marhun yang telah disandarkan.
4) Mengikut sistem ini penggadai tidak dikenakan bayaran faedah atas wang
yang dipinjamkan.
5) Bayaran upah simpan dikenakan atas nilai barang gadaian (marhun) yang
disimpan oleh pemegang gadai di dalam tempoh yang dipersetujui bersama.
5. Kelayakan Bergadai
Kemudahan menggadai terbuka kepada anggota dan bukan anggota mengikut syarat-
syarat berikut :
a) Warganegara atau penduduk tetap atau bukan warganegara.
b) Anggota atau bukan anggota.
c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
d) Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang
memabukkan semasa urusniaga.
6. Barang Gadaian
Hanya barangan yang diperbuat daripada emas sahaja yang boleh diterima sebagai
cagaran gadaian.
7. Kesasihan Hakmilik
1) Penggadai adalah bertanggungjawab sepenuhnya tentang kesahihan milik
barang yang digadai dan jika ada pihak lain yang menuntut hak milik barang
berkenaan, maka pihak pemegang gadai tidak sekali-kali akan
dipertanggungjawabkan.
2) Barang gadaian tersebut mestilah wujud semasa urusniaga gadaian.
8. Had Pinjaman Dan Kuasa Melulus
Amaun pinjaman yang boleh diberi tidak melebihi daripada nilai marhun (emas)
barang yang digadai atau nilai yang difikirkan munasabah oleh Lembaga Pengurusan
Ar-Rahnu. Maksima pinjaman juga tertakluk kepada kesesuaian perniagaan dan
diluluskan oleh Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu. Walau bagaimanapun pihak
pemegang gadai berhak mengurangkan had maksima ini dalam keadaan yang
difikirkan munasabah.
2
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
9. Tempoh Gadaian
Tempoh gadaian ialah enam bulan tetapi penggadai boleh memohon untuk
melanjutkan tempoh selama tiga bulan lagi dengan syarat ia membayar semua upah
bagi tempoh enam bulan yang telah luput.
10. Upah Simpan
Kadar upah yang dikenakan bergantung kepada Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu dari
semasa ke semasa.
11. Bayaran Pentadbiran
Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM0.50.
12. Peraturan Menggadai
(1) Tiap-tiap penggadai yang hendak menggadaikan barangnya hendaklah
mengisi borang permohonan gadaian iaitu Borang AR1 dengan mengisikan
Bahagian A dengan lengkapnya.
(2) Borang yang telah sempurna diisikan hendaklah diserahkan dikaunter gadaian
bersama-sama dengan barang gadaian dan kad pengenalan.
(3) Barang gadaian yang diserahkan dikaunter akan dinilaikan harganya oleh
penilai pemegang gadaian.
(4) Penggadai berhak mendapat pinjaman mengikut aturan semasa tertakluk
kepada Aturan 7.
(5) Dalam menentukan nilai harga barang gadaian batu permata seperti berlian,
delima, zamrud dan lain-lain logam tidak diambil kira.
(6) Nilai harga barang yang dibuat oleh penilai pemegang gadai adalah
muktamad.
(7) Setelah amaun pinjaman dipersetujui oleh pihak penggadai dan pemegang
gadai dan ijabkabul disempurnakan, penggadai akan diberi satu Tiket Gadai
seperti Borang AR2
13. Tiket Gadaian Hilang Dan Sebagainya
Tiket gadai hendaklah disimpan untuk tujuan tebus gadai: jika hilang atau terbakar
atau rosak yang menyebabkan tidak boleh dibaca,penggadai hendaklah melaporkan
kepada pemegang gadai.Tiket gadai akan dikeluarkan hanya setelah penggadai
mengisi dan menyempurnakan borang pengakuan seperti Borang AR3. Borang ini
hendaklah disahkan oleh Persuruhjaya Sumpah.
3
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
14. Tebusgadai
1) Penggadai adalah berhak menebus barang gadaiannya bila-bila masa sebelum
tempoh sembilan bulan tamat.
2) Penggadai hendaklah menyerahkan tiket gadai dikaunter tebusgadai untuk
disemak kesahihannya sebelum barang gadaian ditebus.
3) Borang tebusgadai AR4 hendaklah digunakan untuk menyelesaikan
tebusgadai.
4) Mana-mana penggadai yang tidak berupaya untuk hadir sendiri bagi
menebusgadai barang gadaiannya atas sebab-sebab yang munasabah ia
bolehlah melantik seorang wakil dengan menggunakan borang wakilkuasa
iaitu Borang AR5.
5) Jika penggadai telah meninggal dunia, warisnya bolehlah menebusgadai
barang yang telah digadai dengan syarat ia mengemukakan Borang AR5A
yang telah diisi dan disempurnakan.
6) Penggadai adalah dibenarkan untuk menggadai semula barang gadaian yang
sama dengan syarat pinjaman dan upah simpan yang lama dijelaskan secara
pelarasan dengan pinjaman baharu. Jumlah pinjaman baru adalah bergantung
kepada nilai marhun semasa.
15. Pelelongan
1) Jika penggadai tidak menebus barang gadaiannya setelah tempoh enam bulan
tamat atau setelah lanjutan tempoh tiga bulan yang diberi jua tamat, maka
pihak pemegang gadai berhak melelong barang gadaian berkenaan.
2) Jika tidak ada penebusan dilakukan selepas dua (2) minggu dari tarikh notis,
pelelongan akan dijalankan dengan dikenakan kos khidmat lelong sebanyak
RM20.00 atau amaun yang ditentukan oleh Pengurus Ar-Rahnu.
3) Pelelongan akan dilakukan oleh Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu mengikut
budi bicaranya.
4) Sebelum tindakan melelong diambil, penggadai akan diberi notis secara
bertulis mengenai tindakan ini untuk diberi peluang menebus barang
gadaiannya. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan sebagai kos
pentadbiran kepada mereka yang membuat tebusan.
5) Harga lelongan hendaklah mengikut indeks harga Kijang Emas Bank Negara
dan dimulakan dengan amaun yang tidak kurang daripada amaun yang
terhutang.
6) Wang hasil daripada pelelongan akan digunakan untuk membayar amaun yang
terhutang, kos khidmat dan lain-lain kos (jika ada) dan wang lebihan bakinya
akan dikembalikan kepada penggadai.
4
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
16. Tanggungjawab Pemegang Gadai
Pemegang gadai mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kerahsiaan
urusniaga dan keselamatan barang gadaian.
17. Lembaga Pengurusan
1) Pengelolaan hal ehwal Pajak Gadai (Ar-Rahnu) ini akan terserah kepada
satu Lembaga Pengurusan yang keanggotaannya hendaklah terdiri dari:-
a) Seorang Pengerusi yang dilantik oleh Lembaga Koperasi dari kalangan
Anggota Ahli Lembaga Koperasi;
b) Seorang anggota dari kalangan Anggota Lembaga yang dilantik oleh Ahli
Lembaga Koperasi.
c) Seorang ahli yang dilantik oleh Ahli Lembaga Koperasi, dan
d) Seorang ahli yang memiliki akaun simpanan Khas Al-Mudharabah
yang terbanyak atau wakilnya.
2) Semua Ahli Lembaga Pengurusan mestilah anggota Koperasi.
3) Pegawai atau kakitangan unit Pajak Gadai (Ar-Rahnu) tidak dibolehkan
menjadi ahli Lembaga Pengurusan.
18. Tempoh Memegang Jawatan
1) Semua ahli Lembaga Pengurusan akan memegang jawatan selama tiga
tahun melainkan keahliannya ditamatkan lebih awal oleh pihak yang
berkuasa melantiknya.
2) Walau apapun perenggan (1) diatas, Pengerusi Lembaga Pengurusan akan
tamat perkhidmatannya jika ia tidak terpilih sebagai anggota Lembaga
Koperasi selepas ia dilantik menjadi Pengerusi dibawah Aturan 17 (1) (a).
3) Ahli Lembaga Pengurusan yang memiliki Akaun Simpanan Khas Al-
Mudharabah yang terbanyak atau wakilnya akan terus memegang jawatan
selagi ia memiliki simpanan yang terbanyak dalam Akaun Khas tersebut.
4) Ahli Lembaga yang dilantik dan mengosongkan jawatannya selepas tamat
tempoh tiga tahun adalah layak untuk dilantik semula.
5
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
19. Tugas Dan Tanggungjawab Lembaga
1) Lembaga Pengurusan adalah diberi kuasa untuk melantik atau menamatkan
perkhidmatan pegawai dan kakitangan unit Pajak Gadai (Ar-Rahnu) mengikut
pertimbangan dan keperluannya.
2) Memastikan dasar aktiviti Ar-Rahnu serta prosedur kerja dipatuhi oleh
Pegawai dan kakitangan yang terlibat.
20. Sumber Kewangan
1) Modal untuk menjalankan aktiviti perniagaan pajak gadai ini (Ar-Rahnu)
boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:-
a. Sumber Dalaman Koperasi
i. Modal disumbangkan oleh KPPB
ii. Modal disumbangkan oleh anggota koperasi di dalam bentuk
Simpanan Khas Anggota (ASKA)
b. Sumber Luaran
Sumber luaran boleh diperolehi daripada bukan anggota,Koperasi yang
berdaftar dengan SKM, institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank
Negara Malaysia, Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), Badan Berkanun Kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan
tertakluk kepada kelulusan SKM menurut Akta Koperasi 1993.
2) Sumbangan modal oleh Koperasi atau Simpanan Khas yang disumbangkan
oleh anggota Koperasi untuk tujuan ini akan dimasukkan ke dalam satu dana
khas yang dinamakan Dana Ar-Rahnu berlandaskan konsep Al-Mudharabah.
3) Simpanan khas ini diterima berlandaskan konsep Al-Mudharabah seperti
berikut:
a) Konsep Al-Mudharabah
1) Al-Mudharabah ialah satu Perjanjian antara anggota Koperasi yang
membuat simpanan Khas (yang selepas ini dipanggil “pemilik modal”)
dengan Koperasi (yang selepas ini dipanggil “pengusaha”)
2) Dalam perjanjian ini pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya
perniagaan Pajak Gadai Ar-Rahnu dan pengusaha bersetuju
mengusahakan secara berkongsi untung dengan nisbah 30:70, 40:60
atau 50:50 mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh pengusaha dari
semasa ke semasa.
3) Keuntungan adalah dikira sebagai segala pendapatan dari semua upah
simpan sebelum ditolak perbelanjaan.
6
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
4) Modal hendaklah terdiri daripada wang tunai sahaja.
5) Pemilik modal, kecuali dibenarkan, tidak dibolehkan mengambil
bahagian dalam perniagaan Ar-Rahnu, tetapi boleh mengawasinya dan
membuat susulan.
6) Jika berlaku kerugian, ia ditanggung sepenuhnya oleh pemilik modal,
kecuali kerugian berlaku oleh sebab kecuaian, penyelewengan atau
salah tadbir urus oleh pihak pengusaha.
b) Akaun Simpanan Khas
1) Semua wang yang diterima oleh Koperasi sebagai Simpanan Khas
hendaklah dimasukkan ke dalam satu Akaun Khas yang dinamakan
Akaun Simpanan Khas Al-Mudharabah (yang selepas ini dipanggil
ASKA)
2) Koperasi akan memindahkan semua wang dari ASKA ke Dana Ar-
Rahnu sebagai modal untuk membiayai operasi perniagaan Ar-Rahnu.
3) Semua keuntungan pelabur-pelabur yang telah dikira akan dimasukkan
terus ke akaun pemilik modal/pemegang ASKA setiap bulan.
c) Permohonan Membuka ASKA
1) Permohonan membuka ASKA hendaklah dibuat dalam Borang AR6.
2) Jumlah minima untuk ASKA ialah satu ribu ringgit Malaysia.
3) Bagi tiap-tiap ASKA akan dikeluarkan satu Sijil Akaun Pelaburan
(yang selepas ini dipanggil SAP) dalam Borang AR7. Tempoh
simpanan di dalam ASKA ialah sekurang-kurangnya selama satu tahun
dan diperbaharui secara otomatik setiap tahun.
d) Daftar ASKA
Pihak Koperasi akan menyelenggarakan satu buku daftar pemilik modal
yang dinamakan Daftar ASKA.
e) Pengeluaran Modal
Pengeluaran daripada ASKA hendaklah dibuat secara memberi notis
dalam Borang AR8 kepada Koperasi dan urusan pengeluarannya akan
diselesaikan dalam tempoh satu tahun selepas notis diterima.
f) Kematian Pemilik Modal
Sekiranya berlaku kematian kepada pemilik modal, maka jumlah baki
simpanan khasnya, dan keuntungannya, jika ada, akan dipulangkan kepada
waris mengikut Peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi.
7
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
21. Akaun
1) Dana Ar-Rahnu akan diuruskan melalui satu akaun bank yang khusus untuk
tujuan aktiviti ini.
2) Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Ar-Rahnu hendaklah
dibayar dari akaun ini.
3) Akaun bank bagi Dana Ar-Rahnu akan diuruskan oleh orang yang diberi kuasa
oleh Lembaga Pengurusan.
22. Tahun Kewangan
Tahun Kewangan bagi Dana Ar-Rahnu hendaklah mengikut tahun kewangan bagi
Koperasi.
23. Audit
1) Pengauditan akaun tahunan Dana Ar-Rahnu hendaklah dibuat oleh juruaudit
yang dilantik oleh Lembaga Koperasi.
2) Juruaudit Dalaman yang dipilih oleh Koperasi hendaklah menjadi Juruaudit
Dalaman Ar-Rahnu.
3) Pemeriksaan barang gadaian (marhun) hendaklah diperiksa oleh Koperasi
setiap 6 bulan atau bila-bila dari masa ke semasa yang dikehendaki oleh
Lembaga/SKM.
24. Tujuan Aturan
Aturan ini dibuat hanya untuk tujuan mengendalikan operasi sistem Pajak Gadai Ar-
Rahnu dan penggadai yang terdiri dari anggota Koperasi sendiri, adalah dianggapkan
memahami segala implikasi yang timbul dari perlaksanaan dan penguatkuasaan
Peraturan ini.
25. Pindaan Aturan
Aturan ini bolehlah dipinda oleh KPPB dari semasa ke semasa mengikut keadaan
yang difikirkan sesuai dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung.
26. Perbezaan Takrif
Jika timbul sebarang perbezaan takrif atau pertikaian mengenai aturan-aturan ini,
maka takrif dan keputusan lembaga KPPB adalah muktamad.
27. Akta, Peraturan Dan Undang-undang Kecil
Aturan ini hendaklah dibaca bersama dengan UUK KPPB, Peraturan-peraturan dan
Akta Koperasi.
8
Aturan Pajak Gadai Ar-Rahnu Kedua Koperasi Pengguna Pahang Berhad
28. Pematuhan Prinsip Syariah
Bagi maksud menjalankan aktiviti Ar-Rahnu, Koperasi hen daklah memastikan
prinsip-prinsip syariah dalam amalan tersebut dipatuhi.
29. Pematuhan Undang-undang Bertulis Lain
Koperasi hendaklah pada setiap masa memastikan aktivitnya tidak bercanggah dengan
undang-undang bertulis lain diantaranya Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram
dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti Money Laundering And Anti
Terrorist Financing Act 2001) agar integriti dan reputasi koperasi terpelihara.
30. Akta Peraturan Dan Undang-undang Kecil
1) Aturan ini adalah tambahan kepada Undang-undang kecil Koperasi ini dan
hendaklah tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan Akta Koperasi 1993 dan
peraturan-peraturan yang dibaca bersekali.
2) Satu salinan aturan ini hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam
tempoh tiga puluh hari setelah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung
Koperasi.
Diakui Aturan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam
Mesyuarat Agung .......................... pada ....................................
...........................................................
Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid
Pengerusi
...........................................................
Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid
Setiausaha
9