PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
PERATURAN AM
KEJOHANAN MERENTAS DESA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU
2022
KELOLAAN 1
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SETIU
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSST 2022
1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2022, Peraturan –
Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ), Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan
Sekolah Malaysia ( MSSM ) 2022 dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Msjlis Sukan Sekolah
Terengganu 2022.
2.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN
2.1. Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan
2.2. Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:
Kategori Peringkat Umur Jarak
A Lelaki bawah 18 tahun 8 km
B Perempuan bawah 18 tahun 6 km
C 6 km
D Lelaki bawah 15 tahun 6 km
E Perempuan bawah 15 tahun 4 km
F 4 km
Lelaki bawah 12 tahun
Perempuan bawah 12 tahun
3.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN
3.1 HARI PERTAMA
3.1.1. Melaporkan diri
3.1.1.1 Hari pertama melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan
dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menunjukkan borang
pertandingan dan kad pengenalan.
3.1.1.2 Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah dihantar kepada
pengelola semasa melaporkan diri dan maklumat trek laluan untuk latihan
pengenalan trek.
3.1.2 Pengenalan Trek – Pengurus Pasukan
3.1.2.1 Hari pertama sebelah petang
5.00 petang
3.1.3 Mesyuarat Pengurus Pasukan 2
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
3.1.3.1 Hari pertama
4.00 petang (Di Bilik Mesyuarat SMK. Bukit Nenas, Setiu)
3.2 HARI KEDUA
3.2.1 Pertandingan pada awal pagi
3.2.2 Penyampaian Hadiah
4 PENDAFTARAN PESERTA
4.1 Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 5 peserta bagi setiap
kategori.
4.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Daerah masing-masing.
4.2.1 Borang M01 dan R01
4.2.2 Surat Kebenaran Ibubapa
4.2.3 Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak yang disahkan oleh Pengetua atau Guru
Besar sekolah atlet itu sendiri.
4.3 Peserta-peserta Kategori 18 Tahun Ke Bawah dan 15 Tahun Ke Bawah WAJIB membawa Kad
Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi.
4.4 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan berserta dengan salinan fotostat kad pengenalan
hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada atau sebelum 7 hari kejohanan.
5 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN
5.1 Daripada 5 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta yang menamatkan
larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.
5.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
5.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN
6.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah
dikumpulkan daripada enam kategori.
6.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan dikira
sebagai pemenang.
6.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambilkira sebagai pemenang.
7 HADIAH – HADIAH 3
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
7.1 Bagi acara Individu
7.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga kesepuluh bagi setiap
kategori.
7.2 Bagi Acara Berpasukan ( dengan 6 hadiah )
7.2.1 Kategori L 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.2 Kategori L 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.3 Kategori P 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.4 Kategori P 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.5 Kategori L 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.6 Kategori P 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3 Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan.
8 NOMBOR BIB PESERTA
8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor bib pengenalan yang disediakan oleh Pengelola
dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat
sudut kain.
8.2 Penetapan bib peserta adalah seperti berikut:
Kategori PASUKAN L18 P18 L15 P15 L12 P12
Warna Hitam Hitam Merah Merah Biru Biru
1 K. TERENGGANU T01 - T05 T06 – T10 T11 – T15 T16 – T20 T21 – T25 T26 – T30
2 K. NERUS N31 – N35 N36 – N40 N41 – N45 N46 – N50 N51 – N55 N56 – N60
3 KEMAMAN K61 – K65 K66 – K70 K71 – K75 K76 – K80 K811 – K85 K86 – K90
4 DUNGUN D91 – D95 D96 – D100 D101 – D105 D106 – D110 D111 – D115 D116 – D120
5 MARANG M121 – M125 M126 – M130 M131 –M135 M136 -M140 M141 -M145 M146 – M150
6 HULU H151 – H155 H156 – H160 H161 – H165 H165 – H170 H171 – H175 H176 – H180
TERENGGANU
7 SETIU S181 – S185 S186 – S190 S191 – S195 S196 – S200 S201 – S205 S206 – S210
8 BESUT B211- B215 B216 – B220 B221 – B225 B226 – B230 B231 – B235 B235 – B240
9 MELAPORKAN DIRI PESERTA
9.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu acara
berkenaan dijadualkan berlangsung.
9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU 4
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
10 MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.
11 PAKAIAN
11.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu
mengambil bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis penyampaian hadiah.
11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.
12 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut :
12.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada MSST kelak.
12.2. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan
serta merta dan tidak lewat daripada
12.1.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
12.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan
sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )
13 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga
MSSM, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, pengurus-
pengurus pasukan akan diberitahu.
13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan
pelajar warga asing dalam kejohanan ini.
14 HAL – HAL LAIN
14.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang
tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
14.1 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
14.2 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab keatas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,
kehilangan anggota badan / hartabenda / sebarang kecederaan lain berlaku :
14.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke venue.
14.2.2 Semasa kejohanan dijalankan
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU 5
PERATURAN AM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2022
14.2.3 Di dalam dan di luar kawasan venue
14.2.4 Di tempat-tempat penginapan
14.4. Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-
langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat
mana yang munasabah.
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID | SEKTOR PEMBANGUNAN MURID | PPD SETIU 6