PPEEJJAABBAATT HHAALL EEHHWWAALL DDAALLAAMM NNEEGGEERRII && PPEENNYYEELLIIDDIIKKAANN jjaabbaattaann kkeettuuaa mmeenntteerrii PERSONS ORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN (OACP)
Edisi 2023 Diterbitkan pada Disember 2023 Diterbitkan oleh: Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan Aras 21, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, 88400 Kota Kinabalu,Sabah www.hednp.gov.my
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri (PHEDNP, JKM) telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PERSONS, PHEDNP (2023-2027). Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota PHEDNP yang terlibat di dalam usaha membangunkan pelan ini. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menjaga Keselamatan Negeri, nilai etika, jati diri serta integriti yang tinggi adalah perkara utama yang perlu ada di dalam diri semua anggota PHEDNP. Saya juga berharap semua anggota PHEDNP akan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang dalam PERSONS PHEDNP 2023 – 2027 sebagai pemangkin kepada tadbir urus PHEDNP dan dijadikan panduan terbaik bagi keseluruhan kakitangan PHEDNP untuk terus kukuh dari segi tadbir urus, berintegriti dan dapat merealisasikan aspirasi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah dan memastikan perkhidmatan awam negeri telus serta sentiasa dihormati pada masa hadapan. Saya berbesar hati dengan hasil usaha dan komitmen serta kerjasama erat warga PHEDNP dalam usaha menyahut seruan Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya juga percaya usaha ke arah pemantauan pelaksanaan semua inisiatif akan dibuat dengan rapi malahan usaha ke arah penambahbaikan diharap sentiasa dilakukan secara berterusan, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan lebih berkesan kepada masyarakat. Sekian,terima kasih. PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N Datuk Hj. Ag. Shahminan bin Datuk Hj. Ag. Sahari Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan PERUTUSAN SETIAUSAHA
PERNYATAAN KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI PHEDNP PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N Pembentukan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) 2023-2027, PERSONS PHEDNP di peringkat Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) merupakan usaha Pejabat ini dalam mendukung aspirasi Kerajaan dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya dan bukan kerana rasuahnya. Pelan yang komprehensif dan inklusif ini dibangunkan selaras dengan penggubalan Pelan Antirasuah Nasional atau lebih dikenali sebagai “National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019- 2023”. Penggubalan pelan ini berpandukan kepada Objektif Strategik 2.1 iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam ke Arah Tadbir Urus Baik di bawah inisiatif 2.1.5 yang mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan OACP. Kerangka pelan ini adalah hasil daripada perbincangan yang dijalankan di peringkat Pejabat melibatkan kesemua bahagian dan unit bagi membangunkan pelan yang lengkap meliputi semua aspek yang berkait rapat dengan PHEDNP. Pelan ini juga diharapkan mampu mengatasi kelemahan integriti dan tadbir urus dalam organisasi dan sekaligus menjadi panduan bagi semua warga PHEDNP. Oleh yang demikian, Pengurusan Tertinggi PHEDNP berjanji dan komited dalam membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan di PHEDNP melalui pematuhan undangundang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa serta pengamalan nilai-nilai baik. Semoga dengan inisiatif ini hasrat untuk menjadikan Malaysia Bebas Rasuah menjadi realiti. Siti Noor Annah binti Ishak Penolong Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Mohd Rizan bin Abran Timbalan Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N RINGKASAN EKSEKUTIF PERSONS PHEDNP 2023-2027 merupakan dokumen yang dihasilkan dengan menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah seiring dengan kehendak Pelan Antirasuah Nasional (NACP) iaitu dibawah inisiatif 2.1.5 yang telah menggariskan keperluan pembangunan OACP di semua sektor awam (Kementerian dan Kerajaan Negeri). Manakala inisiatif 6.2.1 NACP juga turut menggariskan keperluan pembangunan OACP di Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan (SOEs), Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia. Visi Pelan Antirasuah PHEDNP 2023-2027 adalah untuk menjadikan PHEDNP sebuah organisasi yang bebas rasuah dan berintegriti bagi melaksanakan dasar kerajaan dengan efektif. Manakala Misi nya pula adalah Memberikan Perkhidmatan yang Telus dan Amanah, Memperkukuhkan Kecekapan Sistem Tadbir Urus dan Meningkatkan Profesionalisme dan Integriti semua warga PHEDNP.
BAB Menghuraikan kerangka Pelan Antirasuah PERSONS PHEDNP 2023 – 2027 dan pelan tindakan empat (4) bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus Pentadbiran, Kewangan dan Perolehan, Perkhidmatan dan Penguatkuasaan Undang-undang yang membawa kepada sebelas (11) objektif strategik. Bab ini juga telah menggariskan 195 risiko dan 20 inisiatif keutamaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun bermula dari tahun 2023 sehingga tahun 2027. 1 Menceritakan berkenaan latar belakang serta peranan PHEDNP dan agenda pencegahan rasuah di negara ini sehingga membawa kepada arahan kerajaan dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau lebih dikenali sebagai OACP. Selain itu, bab ini juga memberi tumpuan dalam memerangi rasuah serta meningkatkan tadbir urus dalam organisasi ini. Ia juga menerangkan bidang-bidang yang berisiko sehingga memerlukan kerangka inisiatif dibina untuk menguruskan risiko tersebut. Bab ini memberi fokus kepada mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Pelan Antirasuah PERSONS PHEDNP 2023 – 2028. Mekanisme ini penting dalam memantau kemajuan pelaksanaan inisiatif oleh Bahagian / Seksyen yang dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana agar ianya mematuhi jangka masa yang ditetapkan dan seterusnya memastikan pencapaian Visi dan Misi Pelan Antirasuah PHEDNP ini. Memberi kesimpulan berkenaan keseluruhan usaha dan kepentingan pembangunan Pelan Antirasuah PERSONS PHEDNP 2023 – 2028. Bab ini juga turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menggubal dan membangunkan Pelan Antirasuah PERSONS PHEDNP 2023 – 2028 ini. BAB2 BAB3 BAB 4 PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N
PE R S O N S 202 3 - 202 7 SINGKATAN CLBG SYARIKAT TERHAD DENGAN JAMINAN GIACC PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH NASIONAL GLC SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN GTP PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN IGU UNIT INTEGRITI DAN TADBIR URUS IIM INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA IIP INDIVIDUAL INTEGRITY PROFILE IT TEKNOLOGI MAKLUMAT JKKMAR JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI ANTIRASUAH KPE KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPI PETUNJUK PRESTASI UTAMA PEA PERJANJIAN PERKHIDMATAN PROJEK MPI MESYUARAT PENGURUSAN INTEGRITI NACP PELAN ANTIRASUAH NASIONAL NKRA BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA PBB BANGSA-BANGSA BERSATU PERSONS PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI PHEDNP PEJABAT HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN PENYELIDIKAN PIN PELAN INTEGRITI NASIONAL PUU PEGAWAI UNDANG-UNDANG SOEs SYARIKAT MILIK KERAJAAN SOP PROSEDUR OPERASI STANDARD SPRM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N
01 02 04 PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PEJABAT HAL EHWAL DALAM NEGERI & PENYELIDIKAN VISI, MISI & OBJEKTIF FUNGSI PHEDNP TAKSIRAN RASUAH NACP & MATLAMATNYA BIDANG YANG BERISIKO 03 MEKANISME PELAKSANAAN MEKANISME PEMANTAUAN MEKANISME PELAPORAN MEKANISME PENILAIAN KESIMPULAN & HARAPAN MASA HADAPAN PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN & PENGGUBALAN OACP PHEDNP LAMPIRAN 54 55 56 57-58 VISI, MISI, MATLAMAT, BIDANG KEUTAMAAN & STRATEGI ANALISIS KUADRAN KEUTAMAAN STRATEGI BIDANG KEUTAMAAN & STRATEGI PELAN TINDAKAN 1 1 2 3 4 5 6 8 9-10 11-12 13 14-47 48 49 50 51 KANDUNGAN P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N PE R S O N S 202 3 - 202 7
PENGENALAN BAB 1 PE R S O N S 202 3 - 202 7
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N ] Bagi mencapai status negara maju dan inklusif, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Antaranya adalah pelaksanaan agenda integriti nasional yang merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing di pentas antarabangsa. Integriti merupakan prasyarat dan landasan yang utama untuk sesebuah negara mencapai kemajuan dan mempertingkatkan daya saing, maka usaha dan gerakan pemantapan nilai-nilai murni, etika dan integriti menjadi fokus dan keutamaan negara. Dalam memastikan kelancaran pembangunan negara dan menjadikan Malaysia mencapai status negara maju, usaha mewujudkan masyarakat yang berintegriti tinggi, berdaya tahan dan mengamalkan nilai murni sejagat amat perlu supaya tahap pemikiran minda kelas pertama dapat dibentuk. Tuntutan rakyat terhadap pengurusan governans dan berintegriti harus dijadikan prinsip utama dalam mewujudkan negara berstatus kelas pertama serta bagi memenuhi aspirasi rakyat. . Pada awal penubuhan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri adalah bertanggungjawab terhadap hal ehwal Imigresen, keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sabah. Pada tahun 2003, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan digabungkan dengan Bahagian Penempatan Pelarian, Jabatan Ketua Menteri. Bahagian Penempatan Pelarian berfungsi menyediakan penempatan kepada pelarian-pelarian perang selatan Filipina dengan kerja sama pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Di samping itu, Bahagian ini juga melakukan gerakan-gerakan banci atau pendaftaran ke atas pelarian dan pendatang tanpa izin di Sabah bermula pada Januari 1977. PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PEJABAT HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN PENYELIDIKAN 1
VISI MISI OBJEKTIF Menjadi organisasi cekap dan cemerlang melaksanakan dasar dalam hal ehwal imigresen dan keselamatan bagi memelihara kepentingan negeri dan kententeraman awam Negeri Sabah Memelihara dan mengekalkan kepentingan hal ehwal imigresen Negeri Sabah berteraskan dasar kerajaan Negeri. Melaksanakan Kepentingan negeri bagi isu-isu berkaitan keselamatan dan kententeraman awam di Negeri Sabah. Penyampaian perkhidmatan secara digital dan bersistematik untuk penyampaian perkhidmatan yang cekap. Pengukuhan perkhidmatan dengan meningkatkan sumber manusia, kemahiran dan kepakaran setiap kakitangan. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan komited untuk memastikan pendirian Kerajaan Negeri dilaksanakan di dalam perkaraperkara seperti kawalan dan operasi keselamatan, ketenteraman awam, hal ehwal imigresen dan menyelaras dasar Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak berkuasa dan agensi persekutuan PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 2
PE R S O N S 202 3 - 202 8 PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 1. Bertanggungjawab bagi menyelaras hala tuju dasar khas, keselamatan dan ketenteraman awam; 2. Bertanggungjawab bagi menyelaras Hal Ehwal Imigresen Negeri Sabah; 3. Bertanggungjawab bagi mengurus Hal Ehwal Pendaftaran Pertubuhan; 4. Bertanggungjawab bagi menyelaras hala tuju keselamatan sempadan darat dan maritim negeri; 5. Bertanggungjawab bagi mengurus Permohonan Status Penduduk Tetap Negeri Sabah; 6. Bertanggungjawab bagi menyelaras Hal Ehwal Pengurusan Bencana Negeri Sabah; 7. Bertanggungjawab bagi menyelaras Hal Ehwal Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah; 8. Bertanggungjawab bagi mengurus kelulusan Badan Amanah; 9. Bertanggungjawab bagi menyelaras Unit Fail, Jabatan Ketua Menteri; 10. Bertanggungjawab bagi mengurus Hal Ehwal Pembanterasan Pembalakan Haram. FUNGSI PHEDNP 3
PE R S O N S 202 3 - 202 7 TAKSIRAN RASUAH Dalam konteks perundangan, rasuah ditafsirkan sebagai “melakukan sesuatu tindakan walhal mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah salah, dan dilakukan dengan perasaan serta niat yang jahat. Rasuah juga boleh didefinisikan sebagai “sengaja melakukan sesuatu tindakan yang ditegah oleh undang-undang”. Pengertian istilah rasuah ini tidak terhad kepada pemberian atau penerimaan sesuatu bentuk suapan semata-mata tetapi ianya turut merangkumi penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pemalsuan. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 tidak menetapkan suatu definisi khusus mengenai istilah ‘rasuah’. Namun begitu, Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970 di bawah sensyen 2(2) mentafsirkan istilah “perbuatan rasuah” dalam kalangan pegawai awam sebagai: “Apa-apa perbuatan oleh mana-mana Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk faedah kewangannya atau untuk apa-apa faedahnya yang lain”. Dalam usaha menangani gejala rasuah di negara ini Kerajaan Malaysia meletakkan azam yang tinggi untuk membanteras jenayah rasuah dalam pelbagai sektor. Untuk itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan semenjak tahun 1967 lagi. Komitmen yang tinggi dan berterusan ini diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009. Dengan kuasa-kuasa penyiasatan lebih luas, kuasakuasa perundangan, bilangan keanggotaan dan peruntukan yang ditambah, penubuhan SPRM telah memberi persepsi yang lebih baik terhadap usaha pencegahan rasuah oleh kerajaan. P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 4
PE R S O N S 202 3 - 202 7 PELAN ANTIRASUAH NASIONAL (NACP) DANMATLAMATNYA Pada 29 Januari 2019 yang lalu, kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional atau lebih dikenali dengan NACP. Pelan NACP ini merupakan dasar untuk memerangi rasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk melihat negara ini bebas rasuah serta mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti tinggi. Penggubalan pelan ini adalah selaras dengan Artikel 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Memerangi Rasuah (UNCAC) yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota. Visi utama pelancaran NACP ini adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu: i. Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-undang; ii. Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan iii. Integriti dalam perniagaan. Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menangani rasuah ini, kerajaan bertekad untuk mewujudkan senario baru dalam negara iaitu berasaskan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan nilai integriti. Ini akan meningkatkan keyakinan rakyat dan seterusnya membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di pentas dunia. P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5
Tadbir urus merupakan bidang keutamaan yang penting kerana tadbir urus yang baik dapat memastikan PHEDNP dapat mencapai setiap misi dan visi serta objektif yang telah ditetapkan. Pentadbiran merupakan proses dan aktiviti yang berterusan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Sekiranya pengurusan dan pentadbiran tidak dapat dilaksanakan dengan dengan berkesan, masalah penyampaian perkhidmatan dan masalah tatakelakuan pekerja akan wujud. Selain itu, penglibatan warga kerja dalam menyumbang idea, kepakaran dan tenaga haruslah dihargai dalam menjaga keharmonian dan mencapai objektif organisasi. Pengurusan sumber manusia perlu mempunyai strategi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia agar selari dengan matlamat organisasi. TADBIR URUS PENTADBIRAN PEROLEHAN DAN KEWANGAN Bidang Perolehan dan Kewangan adalah antara bidang utama yang berisiko. Bidang ini adalah berkaitan dengan pengurusan perolehan dan kewangan iaitu merancang serta mengurus perolehan jabatan bagi bekalan dan perkhidmatan sehinggalah kepada pengurusan pembayaran dan perugusan bajet. Pelbagai isu dan cabaran seperti ketidakpatuhan kepada prosedur perolehan dan kewangan kerap menjadi isu utama, terutamanya apabila melibatkan projek atau program yang berimpak besar. Proses perolehan yang tidak mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan akan menyebabkan kerugian kepada peruntukan perbelanjaan, sumber tenaga dan pembaziran masa pelaksanaannya. PEROLEHAN DAN KEWANGAN PERKHIDMATAN Perkhidmatan memainkan peranan penting dalam PHEDNP bagi memastikan kelancaran operasi dalam menyelesaikan tugasan harian. Perancangan operasi merupakan tanggungjawab pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyediaan, Prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran spesifik bagi mencapai perancangan strategik organisasi yang ditetapkan. Kelemahan operasi akibat kegagalan pengurusan, kesilapan manusia, atau gangguan dari kejadian luaran yang mengakibatkan kemerosotan atau kegagalan dalam perkhimatan yang disediakan oleh organisasi PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Bidang Penguatkuasaan melibatkan pengurusan Penempatan masyarakat pelarian yang mempunyai resit pengenalan sementara. Pengurusan ini melibatkan bancian penduduk, pemantauan, pengesahan resit dan permohonan pembinaan tapak rumah di skim penempatan. Proses ini melibatkan 5 skim penempatan iaitu Telipok, Kinarut, Kampung Bahagia Sandakan, Kampung Hidayat Tawau, dan Kampung Selamat Semporna. Selain itu bidang penguatkuasaan juga melibatkan pembanterasan pembalakan haram di seluruh Negeri Sabah. PE R S O N S 202 3 - 202 7 BIDANG-BIDANG YANG BERISIKO P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 6
PENGUKUHAN ASPEK GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH. KERANGKA UTAMA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI BAB 2 PE R S O N S 202 3 - 202 7
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N VISI, MISI, MATLAMAT, BIDANG KEUTAMAAN & STRATEGI 8
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N ANALISIS KUADRAN Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 56 inisiatif yang dikenal pasti daripada 195 inisiatif berdasarkan punca rasuah yang ditemui. 56 insiaitif ini ditentukan berdasarkan analisis tahap impak dan tahap kompleksiti perlaksanaannya. 37 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran A (impak tinggi dan kompleksiti rendah) memerlukan sedikit usaha perlaksanaannya sebaliknya mampu memberi kesan besar kepada penambahan tadbir urus organisasi. Selebihnya 19 insiatif keutamaan yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran B (impak dan kompleksiti tinggi) memerlukan usaha yang lebih gigih untuk dicapai. Ringkasan analisis kuadran berkenaan adalah seperti yang berikut : Memupuk Tadbir Urus baik dalam Pengurusan Organisasi Meningkatkan Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan dan Kewangan Meningkatkan Kredibiliti dalam Penyampaian Perkhidmatan Meningkatkan Kredibiliti Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3 Strategi 4 9
K O M P L EKS I T I PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N I M P A K 2,3,5,7,9,10,11,12,13, 17,18,20 1,4,6,8,14,15,16,19 A B C D KOMPLEKSITI IMPAK Kesukaran dan kerumitan dalam perlaksanaan sesuatu inisiatif Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui perlaksaan sesuatu inisiatif 1 0
PE R S O N S 202 3 - 202 7 KEUTAMAAN STRATEGI: PENEKANAN 20 INISIATIF Ringkasan di bawah menunjukkan 20 inisiatif yang perlu diberi keutamaan daripada 195 inisiatif yang dikenal pasti. Ianya berdasarkan empat (4) strategi seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. 20 inisiatif ini dikenal pasti sebagai inisiatif yang memberikan impak yang tinggi kepada organisasi dan perlu diberikan perhatian serta memastikan pelaksanaannya mengikut tempoh masa yang telah ditentukan. 20 inisiatif yang dimaksudkan adalah seperti berikut: P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 1 1
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N KEUTAMAAN STRATEGI: PENEKANAN 20 INISIATIF 1 2
P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N PE R S O N S 202 3 - 202 7 BIDANG KEUTAMAAN DAN STRATEGI BIDANG KEUTAMAAN STRATEGI OBJEKTIF 1 3
MEMPERKASA USAHA PENCEGAHAN RASUAH BAB 3 PE R S O N S 202 3 - 202 7
setiap unit melaksanakan setiap inisiatif yang disenaraikan Ketua unit perlu memastikan inisiatif dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ketua unit perlu membuat penyelarasan penetapan bagi pelaksanaan inisiatif yang dipertanggungjawabkan bagi unit berkenaan. Ketua unit membuat pemantauan bagi semua inisiatif yang dipertanggungjawabkan bagi unit berkenaan. PE R S O N S 202 3 - 202 7 MEKANISME PELAKSANAAN P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 4 9
PHEDNP telah menubuhkan struktur khusus pentadbiran antirasuah yang melibatkan pelbagai peringkat berdasarkan “Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri”. Ia bertujuan untuk memantau kemajuan pelaksanaan yang akan dilakukan oleh setiap Bahagian di PHEDNP agar selari dengan perancangan yang telah disediakan. Selain itu, langkah-langkah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Bagi memastikan pelaksanaannya bergerak seiring dengan NACP, suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan PERSONS PHEDNP hendaklah ditubuhkan seperti berikut: MEKANISME PEMANTAUAN JAWATANKUASAN ANTIRASUAH (JAR) JABATAN URUSETIA PEJABAT / AGENSI / PENERAJU MESYUARAT PENYELARASAN PRESTASI PAR JABATAN Mesyuarat Tahunan Penilaian kuantitatif dan kualitatif semua inisiatif Meneliti matlamat JAR Jabatan dengan menilai strategi dan inisiatif Memantau proses pelaksanaan PAR Jabatan Laporan dikemukan oleh Urus Setia kepada JAR Mengemukakan laporan setiap suku tahun PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 0
Setiap pelaporan berkenaan perlaksanaan inisiatif dan jufa kesan-kesan pelaksanaan inisiatif akan dilakukan seperti carta di bawah. Pelaksanaan pelaporan daripada ahli jawatankuasa pemantauan / penilaian dan mesyuarat pengurusan akan dilakukan oleh ahli jawatankuasa pemantauan / penilaian manakala pelaporan peringkar JAR, JKM akan dilaksanakan oleh urusetia jabatan dan akan melapor kepada ketua bahagian integriti dan governans. MEKANISME PELAPORAN AHLI JAWATANKUASA PEMANTAUAN / PENILAIAN MESYUARAT PENGURUSAN MESYUARAT JAR, JABATAN KETUA MENTERI MESYUARAT JAR NEGERI PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 1
01 02 03 04 MEKANISME PENILAIAN Menilai semula tahap risiko berdasarkan laporan pelaksanaan dan keberkesanan inisiatif. Menambahbaik senarai risiko berpandukan situasi dan keadaan semasa. Mengenalpasti keperluan bagi menggugurkan dan menambahbaik inisiatif Menambahbaik dan menilai semula kawalan sedia ada. PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 2
PENUTUP BAB 4 PE R S O N S 202 3 - 202 7
PE R S O N S 202 3 - 202 7 KESIMPULAN & HARAPAN MASA HADAPAN PHEDNP sentiasa komited dalam usaha kerajaan untuk menghadapi cabaran dan isu berkaitan dengan rasuah, integriti dan tadbir urus serta akan berusaha dengan tegas memerangi amalanamalan yang menjurus ke arah rasuah dan integriti. Oleh itu, sebagai menyokong usaha kerajaan, PHEDNP telah mengubal satu (1) Pelan Tindakan OACP yang akan menjadi garis panduan semua warga PHEDNP secara khususnya. Pelan tindakan OACP ini, PERSONS PHEDNP merupakan dokumen anti rasuah yang pertama digubal di PHEDNP yang merupakan kesinambungan dari Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 untuk menangani isuisu berkaitan rasuah, integriti dan tadbir urus di pejabat ini PERSONS PHEDNP ini menjelaskan beberapa mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan inisiatif-inisiatif dalam pelan tindakan PHEDNP dilaksanakan seperti yang terkandung dalam pelan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini mengikut keadaan semasa. Selain itu,PERSONS PHEDNP ini berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mengukuhkan governans, integritI dan antirasuah PHEDNP. Warga PHEDNP yakin dan komited bahawa rasuah tidak boleh diberikan ruang dan peluang untuk bertapak di pejabat ini. Dengan membina integriti yang tinggi di kalangan pegawai dan kakitangan, rasuah akan diperangi sehingga ke akar umbi. Ingatlah, suatu tindakan dan amalan yang bermula dengan cara yang betul akan pasti berakhir juga dengan cara yang betul. Oleh itu, amalan dan tindakan yang salah perlu dirawat dengan kadar segera. Justeru, sebagai dokumen pelengkap yang akan menjadi pemangkin kepada takbir urus PHEDNP, adalah diharapkan agar PERSONS PHEDNP ini dapat dijadikan panduan terbaik bagi keseluruhan kakitangan PHEDNP untuk terus kukuh dari segi takbir urus, berintegriti dan dapat merealisasikan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah dan memastikan perkhidmatan awam negeri telus serta sentiasa dihormati pada masa hadapan. P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 4
PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada: YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan bin Datuk Hj. Ag, Sahari, J.P Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Pn. Dayang Noorashikin Zulkefli Ketua Bahagian Integriti dan Governans Tn. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz Konsultan Institut Integriti Malaysia Dan semua Ketua-Ketua Seksyen serta kakitangan PHEDNP yang sama-sama memberikan input. PENGHARGAAN 5 5
PENGERUSI KETUA URUSETIA Siti Noor Annah binti Ishak AJK Zulkarnaen bin Abd Karim Aliffah binti Mastor Sharon Gregory Joitol Pius Primus Mohd Rafi bin Jubahar Hadratul Nadhirah binti Hamzah Mohd Asafihin bin Mohd Asri Mohd Sabki Masuit @ Abd Musa Shazleen Shafinaz Binti Ahmad Mohd Rizan bin Abran Dawat bin Siang Jaidi bin Sabudin Syazwani binti Mohd Salim Noorazizah binti Talin Farhan Faiq bin Karim Mohd Fahmi Wafi bin Al Hamidi Anddy Mohd Azmie bin Arinin Abdul Jamal bin Ibrahim Christophe Garcia Christinus Jetoony SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENGGUBALAN PERSONS PHEDNP 2023-2027 PE R S O N S 202 3 - 202 7 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 6
PE R S O N S 202 3 - 202 7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENGGUBALAN PERSONS PHEDNP 2023-2027 BENGKEL PELAN RISIKO RASUAH DAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI AGENSI DI BAWAH JABA LAMPIRAN P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 7
PE R S O N S 202 3 - 202 7 B E N G K EL F A S A 3 20- 2 1 M A C 202 3 BENGKEL FASA 3 P E J A B A T H A L E H W A L D A L A M N E G E R I D A N P E N Y E L I D I K A N 5 8