The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh binaan karangan lengkap menggunakan Teknik BOGRAF: Cara Menjaga Kesihatan Diri.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ruby Ibrahim, 2021-08-22 06:01:57

KARANGAN FAKTA - TEKNIK BOGRAF

Contoh binaan karangan lengkap menggunakan Teknik BOGRAF: Cara Menjaga Kesihatan Diri.

Keywords: kcms,bograf,cara jaga kesihatan,penulisan

Penjagaan kesihatan diri sangat penting
kepada kita. Tulis karangan tentang cara-
cara menjaga kesihatan diri.

Isi 1 – bersenam
Isi 2 – mandi tiga kali sehari
Isi 3 – menjaga kebersihan alam sekitar
Isi 4 – sentiasa membasuh tangan

Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1

Tajuk Cara-cara menjaga kesihatan diri

Isi __1_ Menjaga kebersihan diri

Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2
3
Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)
Ayat 2
Cara menjaga kesihatan diri yang pertama
adalah dengan menjaga kebersihan diri.

Soalan: Bagaimana kita menjaga kebersihan diri?
Jawapan lengkap:

Kita boleh menjaga kebersihan diri seperti
mandi tiga kali sehari,menggosok gigi dan
memakai pakaian yang bersih.

Ayat 3 Soalan: Kenapa perlu menjaga kebersihan diri?
Jawapan lengkap:

Apabila badan kita bersih, kuman tidak akan
membiak dan kita akan sihat.

TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) :

Cara menjaga kesihatan diri yang pertama
adalah dengan menjaga kebersihan diri. Kita boleh
menjaga kebersihan diri seperti mandi tiga kali
sehari,menggosok gigi dan memakai pakaian yang
bersih. Apabila badan kita bersih, kuman tidak
akan membiak dan kita akan sihat.

Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1

Tajuk Cara-cara menjaga kesihatan diri

Isi __2_ Makan makanan yang berkhasiat

Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2

Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)
Ayat 2
Cara kedua untuk menjaga kesihatan diri adalah
dengan makan makanan yang berkhasiat.

Soalan: Apa contoh makanan berkhasiat?
Jawapan lengkap:

Contoh makanan berkhasiat adalah seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan daging ayam.

Ayat 3 Soalan: Bila perlu makan makanan berkhasiat?
Jawapan lengkap:

Kita boleh makan makanan berkhasiat setiap hari
semasa sarapan pagi, makan tengah hari atau
makan malam.

TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3

Cara kedua untuk menjaga kesihatan diri
adalah dengan makan makanan yang berkhasiat.
Contoh makanan berkhasiat adalah seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan daging ayam.
Kita boleh makan makanan berkhasiat setiap hari
semasa sarapan pagi, makan tengah hari atau
makan malam.

BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN

Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1

Tajuk Cara-cara menjaga kesihatan diri

Isi __3_ bersenam

Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2

Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)

Cara menjaga kesihatan diri yang ketiga adalah
dengan bersenam.

Ayat 2 Soalan: Bila dan di mana kita boleh bersenam?
Jawapan lengkap:

Kita boleh bersenam pada waktu lapang seperti
waktu petang di taman permainan.

Ayat 3 Soalan: Apa contoh senaman yang boleh kita buat?
Jawapan lengkap:

Kita boleh berjoging, bermain bola sepak dan
juga berzumba untuk menjaga kesihatan diri.

TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3

Cara menjaga kesihatan diri yang ketiga
adalah dengan bersenam. Kita boleh bersenam
pada waktu lapang seperti waktu petang di taman
permainan. Kita boleh berjoging, bermain bola
sepak dan juga berzumba untuk menjaga
kesihatan diri.

BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN

Hasilnya..

Penjagaan kesihatan diri sangat penting
kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan
diri. Antaranya adalah seperti menjaga kebersihan diri, makan
makanan berkhasiat dan bersenam.

Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah
dengan menjaga kebersihan diri. Kita boleh menjaga kebersihan
diri seperti mandi tiga kali sehari,menggosok gigi dan memakai
pakaian yang bersih. Apabila badan kita bersih, kuman tidak akan
membiak dan kita akan sihat.

Cara kedua untuk menjaga kesihatan diri adalah
dengan makan makanan yang berkhasiat. Contoh makanan
berkhasiat adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging
ayam. Kita boleh makan makanan berkhasiat setiap hari semasa
sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam.

Cara menjaga kesihatan diri yang ketiga adalah dengan
bersenam. Kita boleh bersenam pada waktu lapang seperti waktu
petang di taman permainan. Kita boleh berjoging, bermain bola
sepak dan juga berzumba untuk menjaga kesihatan diri.

Itulah cara-cara saya menjaga kesihatan diri. Marilah
kita sama-sama menjaga kesihatan diri supaya hidup kita sentiasa
sihat.

Nota: masukkan perenggan pendahuluan dan
penutup apabila menggabungkan isi yang dibina.

BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN

[email protected]

1 Murid mesti menyoal diri sendiri dan menulis jawapan dalam
bentuk ayat lengkap.

2 Contoh penggunaan 5W 1H untuk menjana idea dalam
menghasilkan sebuah perenggan lengkap.

Tajuk karangan : Cara Menjaga Kesihatan Diri
Isi karangan 1 : Bersenam

Ayat 1 : Penegasan ISI (mesti ada penegasan isi pada semua
perenggan)
Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah bersenam.

Ayat 2 : Kenapa kita perlu bersenam? (tanya isi, bukan tajuk)
Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan
menjadi sihat.

Ayat 3 : Di mana boleh bersenam? (tanya isi, bukan tajuk)
Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-taman
permainan.

3 Cantumkan semua Ayat 1 hingga Ayat 3 dalam SATU
perenggan :

Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah
bersenam. Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan
menjadi sihat. Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-
taman permainan.

BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN

Tuliskan ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1

Tajuk

Isi ___

Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2

Ayat 1 Ayat Topik (gabungkan tajuk dan isi di atas)
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

Ayat 2 Soalan: _____________________________________________
Jawapan lengkap:
______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

Ayat 3 Soalan: _____________________________________________
Jawapan lengkap:
______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

TULISKAN PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3

__________________________________________________________________________

Click to View FlipBook Version