Membaca memberi banyak faedah kepada
kita.
Tuliskan faedah-faedah membaca.
Menambah ilmu Meningkatkan
pengetahuan kemahiran
bahasa
Mengisi masa
lapang
Mendapat
pengajaran
Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1
Tajuk faedah-faedah membaca
Isi __1_ Menambah ilmu pengetahuan
Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2
Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)
Faedah membaca yang pertama ialah dapat
menambah ilmu pengetahuan.
Ayat 2 Soalan: Bagaimana dapat menambah ilmu pengerahuan?
Jawapan lengkap:
Kita dapat menambah ilmu pengetahuan
tentang Matahari setelah membaca buku mata
pelajaran Sains.
Ayat 3 Soalan: Apa contoh menambah ilmu pengetahuan?
Jawapan lengkap:
Contohnya kita dapat mengetahui jarak
Matahari dari planet-planet lain.
TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3
Faedah membaca yang pertama ialah
dapat menambah ilmu pengetahuan. Kita dapat
menambah ilmu pengetahuan tentang Matahari
setelah membaca buku mata pelajaran Sains.
Contohnya kita dapat mengetahui jarak Matahari
dari planet-planet lain.
Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1
Tajuk faedah-faedah membaca
Isi __2_ Mengisi masa lapang
Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2
Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)
Ayat 2
Faedah membaca yang kedua ialah kita dapat
mengisi masa lapang.
Soalan: Mengapa perlu mengisi masa lapang?
Jawapan lengkap:
Apabila kita membaca, masa lapang kita tidak
akan terbuang dengan sia-sia.
Ayat 3 Soalan: Apa boleh dibaca untuk mengisi masa lapang?
Jawapan lengkap:
Kita boleh membaca buku cerita atau majalah
untuk mengisi masa lapang kita.
TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3
Faedah membaca yang kedua ialah kita
dapat mengisi masa lapang. Apabila kita membaca,
masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-
sia. Kita boleh membaca buku cerita atau majalah
untuk mengisi masa lapang kita.
Tulis ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1
Tajuk faedah-faedah membaca
Isi __3_ Mendapat pengajaran
Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2
Ayat 1 Ayat Penegasan Isi (gabungkan tajuk dan isi di atas)
Ayat 2
Akhir sekali kita dapat pelbagai pengajaran
apabila membaca buku.
Soalan: Apa contoh pengajaran yang kita boleh dapat?
Jawapan lengkap:
Sekiranya kita membaca buku cerita, kita
dapat pengajaran supaya berbuat baik, rajin
dan bersyukur.
Ayat 3 Soalan: Apa kepentingan pengajaran kepada kita?
Jawapan lengkap:
Pengajaran ini akan menjadikan peribadi dan
sahsiah kita semakin baik.
TULIS PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3
Akhir sekali kita dapat pelbagai
pengajaran apabila membaca buku. Sekiranya kita
membaca buku cerita, kita dapat pengajaran
supaya berbuat baik, rajin dan
bersyukur. Pengajaran ini akan menjadikan
peribadi dan sahsiah kita semakin baik.
BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN
Hasilnya..
Membaca memberi banyak faedah kepada
kita.
Tuliskan faedah-faedah membaca.
Pelbagai faedah yang boleh kita dapat apabila membaca buku,
majalah atau surat khabar. Antaranya adalah seperti dapat
menambah ilmu pengetahuan, mengisi masa lapang dan mendapat
pengajaran.
Faedah membaca yang pertama ialah dapat
menambah ilmu pengetahuan. Kita dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang Matahari setelah membaca buku mata
pelajaran Sains. Contohnya kita dapat mengetahui jarak
Matahari dari planet-planet lain.
Faedah membaca yang kedua ialah kita dapat
mengisi masa lapang. Apabila kita membaca, masa lapang kita
tidak akan terbuang dengan sia-sia. Kita boleh membaca buku
cerita atau majalah untuk mengisi masa lapang kita.
Akhir sekali kita dapat pelbagai pengajaran apabila
membaca buku. Sekiranya kita membaca buku cerita, kita
dapat pengajaran supaya berbuat baik, rajin dan
bersyukur. Pengajaran ini akan menjadikan peribadi dan
sahsiah kita semakin baik.
Itulah faedah-faedah membaca. Membaca jambatan
ilmu, jadi marilah kita amalkan budaya membaca.
Nota: masukkan perenggan pendahuluan dan
penutup apabila menggabungkan isi yang dibina.
BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN
[email protected]
1 Murid mesti menyoal diri sendiri dan menulis jawapan dalam
bentuk ayat lengkap.
2 Contoh penggunaan 5W 1H untuk menjana idea dalam
menghasilkan sebuah perenggan lengkap.
Tajuk karangan : Cara Menjaga Kesihatan Diri
Isi karangan 1 : Bersenam
Ayat 1 : Penegasan ISI (mesti ada penegasan isi pada semua
perenggan)
Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah bersenam.
Ayat 2 : Kenapa kita perlu bersenam? (tanya isi, bukan tajuk)
Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan
menjadi sihat.
Ayat 3 : Di mana boleh bersenam? (tanya isi, bukan tajuk)
Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-taman
permainan.
3 Cantumkan semua Ayat 1 hingga Ayat 3 dalam SATU
perenggan :
Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah
bersenam. Ini adalah kerana, apabila bersenam badan kita akan
menjadi sihat. Kita boleh bersenam di padang bola atau di taman-
taman permainan.
BOGRAF | TEKNIK MENJANA IDEA PENULISAN
Tuliskan ringkasan soalan karangan dan isi karangan : 1
Tajuk
Isi ___
Gunakan 5W 1H untuk membina ayat karangan: 2
Ayat 1 Ayat Topik (gabungkan tajuk dan isi di atas)
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
Ayat 2 Soalan: _____________________________________________
Jawapan lengkap:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
Ayat 3 Soalan: _____________________________________________
Jawapan lengkap:
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
TULISKAN PERENGGAN LENGKAP (salin semua jawapan anda di atas) : 3
__________________________________________________________________________