SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2
PERTANDINGAN BUKU SKRAP SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH
“ SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA ”
NAMA : KHAIRUNNISA BATRISYIA BINTI KAMARUL ARIFFIN
KELAS : 6 ZAMRUD
ISI KANDUNGAN
1) SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
2) LOGO DAN TEMA BULAN KEBANGSAAN 2021
3) AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
4) BIODATA TOKOH KEMERDEKAAN
5) MENGAPAKAH SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA
KEMERDEKAAN MALAYSIA
SEJARAH KEMERDEKAAN
MALAYSIA
PENGENALAN
Setiap negara yang telah merdeka mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri seperti
negara kita Malaysia .
Tanggal 31 Ogos 1957 diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah
bagi seluruh rakyat Malaysia . Namun slogan , laungan merdeka dan cuti umum tidak
membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan
kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya .
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka
ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan
mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi .
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar . Erti
kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata ,malah
kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang mahu melihat
berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia .
SEJARAH KEMERDEKAAN
MALAYSIA
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka ,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejahtera bagi Tanah Melayu iaitu secara
rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada
pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu .
Perisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan
“MERDEKA” 7 kali . Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan
Lagu Kebangsaan Negaraku yang kuat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi
dalam sebuah negara baru . Kemudian diikuti dengan seruan azan sebagai simbolik
lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan Meriam seratus satu das .
Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian Kemerdekaan di London pada
Februari 8 1956 . Setelah pulang dari London rombongan Tuanku Abdul Rahman pergi
ke Padang Bandar Hilir , Melaka untuk pengumuman kemerdekaan .
Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan
Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan
kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 11 Januari 1956 , Tunku telah meminta
nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim , Mufti Kerajaan Negeri Pulau
Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak .
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam Bahasa Arab ‘am khir atama’( tahun
baik datang kepada kita ) bagi hari Sabtu 31 Ogos 1957 . Beliau berpesan supaya jika
tarikh untuk pengishtiharaan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957 ,
maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi
orang Melayu untuk mengisytiharaan kemerdekaan . Beliau juga melarang pemuda-
pemuda UMNO ( United Malays National Organization ) dari memberontak dan
merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini . Jika
kemerdekaan tidak dapat disambut ada 31 Ogos 1957 , Syeikh Abdul Fahim meminta
supaya menunggu sehingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat , 31 Ogos 1962 .
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan
pada tahun 20 Februari 1956 telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 adalah tarikh
kemerdekaan Malaysia dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang
Pahlawan , Bandar Hilir , Melaka .
Tanggal 31 Ogos 1957 , tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah
Melayu . Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah
kemerdekaan negara di depan mata . Tatkala Tunku Abdul Rahman melaungkan
`merdeka ` bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jake di Padang
Kelab Selangor ( kini Dataran Merdeka ) diikuti pengisytiharaan kemerdekaan di
Stadium Merdeka semua yang hadir tidak mampu menahan air mata .
Air mata yang tertumpah amat berharga bagi saksi-saksi merdeka ini . Setelah
ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan , kemerdekaan
merupakan ganjaran paling besar . Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup
membawa keluarga masing-masig berkampung selama berhari-hari di Stadium
Merdeka , semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga sejarah negara .
KRONOLOGI MENCAPAI
KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihanraya Persekutuan pertama diadakan ( UMNO telah mengadakan
kerjasama dengan MCA [yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949] dan
MICC ditubuhkan pada Ogos 1946 ) membentuk parti perikatan untuk
menghadapi perikatan tersebut .
10 Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6
wakil Melayu , 3 wakil Cina dan 2 wakil India .
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London .
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai
tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu .
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharaan kemerdekaan di Padang
Pahlawan , Bandar Hilir , Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Pelembagaan Reid , sebuah suruhanjaya bebastelah dibentuk untuk
mengkaji dan mengubah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu .
28-29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis . Lalu
rundingan baling diadakan pada 28-29 Disember bersama Chin Peng , Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya ( PKM ).
30 Ogos 1957
Detik 12 tengah malam , bendera Union Jack diturunkan di hadapan Banggunan Sultan
Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara
mencapai kemerdekaan .
31 Ogos 1957
Pengisytiharaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Studium Merdeka , Kuala
Lumpur .
LOGO DAN TEMA BULAN
KEBANGSAAN 2021
LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2021
LOGO DAN RASIONAL LOGO
LOGO BERBENTUK HATI
Melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum .
WARNA BIRU TUA
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan
harmoni .
BULAN SABIT
Islam adalah agama bagi persekutuan
BINTANG PECAH 14
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan
7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan
keikhlasan dan kesungguhan .
STIGMA BUNGA RAYA
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan .
5 TITIK MERAH
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak Bunga Raya yang menggambarkan 5 prinsip rukun
negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang kaum
Tema Bulan Kebangsaan 2021
Tema dan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 64 yang di sambut pada 31
Ogos 2021 dikekalkan sepertinya yang di perkenalkan pada tahun 2020
iaitu MALAYSIA PRIHATIN .Tema Malaysia Prihatin ini dipilih oleh Tan Sri
Muhyiddin Yassin , Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 bagi menghargai
keprihatinan , kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam
mengharungi cabaran dan dugaan pandemic Covid-19 .
AKTIVITI SAMBUTAN BULAN
KEBANGSAAN
Sambutan Peringkat Kebangsaan
Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan diDataran
Pahlawan Negara pada 31 Ogos bermula jam 8 pagi sehingga 8:50 pagi secara siaran
langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan .
Sambutan disertakan secara maya melalui digital audience pelbagai pihak termasuk
wakil-wakil kedutaan di asean wakil sector ekonomi telekomunikasi kesihatan termasuk
pemimpin masyarakat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media. Sebanyak
4 persembahan uakan diadakan di Dataran Pahlawan, 3 persembahan di Lapangan dan
satu pertunjukan di udara. Persembahan di lapangan :-
• Drumline Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
• Pancragam gabungan Badan berunifom.
• Pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Perlaksanaan sambutan Hari Kebangsan 2021 adalah mematuhi dan di bawah pemantauan
yang ketat bagi semua prosuder operasi standard (SOP) yang membabitkan penjarakan
fizikal, pergerakan;, pemakaian pelitup muka dan sanitasi di lokasi.
Selain sambutan di Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia
(KKMM) turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Luar bagi merialisasikan
penyertaan rakyat Malaysia diluar negara . Kedutaan Malaysia diluar negara
meraikan sambutan hari kebangsaan menerusi pelbagai acara dan aktiviti
khusus untuk warga Malaysia disana .
Sambutan Peringkat Sekolah
Selain daripada sambutan peringkat kebangsaan , sempena Bulan
Kebangsaan ini juga setiap sekolah mengadakan pelbagai acara atau aktiviti
untuk menerapkan semangat Cintakan negara kepada setiap pelajar
.Sebagai contohnya Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 telah
mengadakan beberapa pertandingan sempena Bulan Kebangsaan ini
antaranya :-
• Pertandingan Dendangan Syair Bertajuk Malaysia Tercinta
• Pertandingan Meneka Jumlah Bendera
• Pertandingan Membina buku skrap
• Pertandingan Melukis Poster
• Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
setiap pertandingan yang dianjurkan adalah secara digital
SENARAI TOKOH-TOKOH PEJUANG
KEMERDEKAAN
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi
usaha penenatangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula
mencampuri urusan pentadbiran tempatan . Penentangan bukan sahaja berlaku di
Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak . Kebangkitan gerakan anti-
British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan
berikut :
1) Penghulu Dol Said di Naning
2) Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
3) Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong
4) Dato’ Maharajalela ,Dato’Sagor
5) Sultan Abdullah di Perak
6) Dato’ Bahaman
7) Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang
8) Tok Janggut di Kelantan
9) Raja Mahadi di Selangor
10) Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
11) Tok Moris, Tunku Kudin
12) Tunku Muhammad Saad di Kedah , Rentap
13) Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak
14) Mat Salleh , Antanum , Pak Musa , dan Syarip Usman di
Sabah .
Walaupun penentang mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereak untuk
Mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung .
BIODATA TOKOH
KEMERDEKAAN
Saya telah menyatakan seramai 15 orang tokoh kemerdekaan Malaysia . Namun
didalam folio ini saya akan menyatakan 2 tokoh pejuang kemerdekaan iaitu Tok Janggut
dan Penghulu Dol Said Naning.
BIODATA TOK JANGGUT
• Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
• Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada .
• Dilahirkan tahun 1853 di kampung Saring Mukim Jeram , Pasir Putih Kelantan
• Beliau dibesarkan di Istana Jeram kerana ayahandanya berkhidmat sebagai Panglima
sebagai Panglima kepada Tengku Seri Maharaja Jeram .
• Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fatani di
Mekah pada tahun 1327 .
• Beliau juga mahir dalam ilmu persilatan .
• Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga .
• Ekoran campurtangan British di Kelantan pada tahun 1909 Tok Janggut dengan sokongan
Ungku Besar Ahmad , Pengasas Kerajaan Kelantan telah melancarkan gerakan Anti-hasil
• Pada 29 April 1915 Tok Janggut menyerang Bandar Pasir Putih Kelantan dalam
pertempuran dengan anggota Pasukan Malay State Guides .
• Faktor penentangan Tok Janggut di Pasir Putih Kelantan ialah kerana beliau tidak bersetuju
dengan undang-undang yang di perkenalkan oleh British antaranuya :-
a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajipkan petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915
b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai
pokok kelapa yang berbuah , cukai pokok pinang , cukai daun sirih dan
ternakan lembu serta kerbau .
c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak dibandar
.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda .
Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan
penduduk terhadap British .
d) Sentimen anti-British meningkatkan apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah
menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat . Tok Janggut
menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap
British di Pasir Putih.
BIODATA DOL SAID
PENGHULU NANING
Nama sebenarnya Abdul Said .
Dilahirkan pada 1773 di Naning , Alor Gajah Melaka
Berketurunan suku Semelenggang.
Dol Said merupakan penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu
Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun .
Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun .
Dol Said seorang yang tekun mengaji , cekap dalam seni mempertahankan diri dan
sentiasa di hormati oleh orang ramai .
Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah , Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan
pejuang kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat .
Meninggal dunia pada tahun 1849.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang membantah pengenaan cukai keatas
daerahnya oleh pihak British .
Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British diNaning dengan
menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam
dua kempen peperangan .
Peperangan Naning yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang
wira yang berani .
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1000 orang
untuk menentang British dalam perang Naning yang bemula pada 6 Ogos 1831 dan
berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang .
Dalam peperangan tersebut , Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab
utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang
Melayu serta sokongan orang Melayu dari wilayah yang lain .
Bagaimanapun yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati , sekali lagi
bertindak melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah
mereka yang kononnya tercalar , sekitar tahun 1982 . Dalam pertempuran kali ini
telah memihak kepada British .
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam Perang
Naning Kedua pada Februari 1832dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh
ke tangan British pada 15 Jun 1832 . Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-Negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempuyai kepakaran atau strategi yang ,
akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera
mereka seperti dijanjikan kepada Naning .
Pada masa yang sama , pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British
mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan
menabur tulang babi dan anjing dikawasan sempadan Naning .
Oleh yang demikian , berakhirlah kerajaan Naning pada tahun 1832 setelah sekian
lama bertahan dari serangan Portugis , Belanda dab British .
Kekalahan mereka bukan sahaja kerana pihak asing tetapi bangsa sendiri yang
menikam dari belakang .
Orang Melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika mereka bersatu hati .
SAYA BANGGA MENJADI
RAKYAT MALAYSIA
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana saya dapat hidup
dalam keadaan aman , makmur dan harmoni walaupun rakyat Malaysia
terdiri dari kaum Melayu , Cina dan India yang merupakan penduduk
terbesar di negara ini . Selain daripada itu kepesatan pembangunan
negara adalah pada tahap yang boleh dibanggakan . Tidak hanya
tertakluk kepada kehebatan kemajuan senibinanya , ekonomi dan
teknologi yang dimiliki Malaysia adalah antara yang termaju di Asia
Tenggara malah Malaysia turut menjadi contoh kepada negeri lain .
PENUTUP
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara . Ia adalah
sesuatu yang tidak boleh dijual beli . Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar
memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada . Dari sudut
keselamatan , maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota
keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh rakyat .
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang
dan pemimpin terdahulu . Sebagai rakyat yang bertanggungjawab , marilah kita
bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara . Sematkan juga didalam
diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik
Malaysia walau dimana kita berada .
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta
dihayati diakhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman
diantara tiga kaum terbesar iaitu Melayu , Cina dan India . Persefahaman ini telah
menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia . Semoga
persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan
dan kesejahteraan Malaysia .
MERDEKA
RUJUKAN
Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
( http://sejarahmalaysia.pnm,my)
Sumber : Perpustakaan Malaysia , Sejarah Pahlawan Melaka
Internet
Berita Harian
Sinar Harian