A) PENDAHULUAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yangmempunyai darah keturunan raja
merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan TanahMelayu pada zaman beliau di samping
memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat
terserlah sama ada dalam bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai
seorang pemimpin negara yangberwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.
B) BIODATA PELAJAR
D) RASIONALISASI PEMILIHAN DAN
KELEBIHAN TOKOH
Saya memilih tokoh ini kerana peranan Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat
penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab
dalam mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak
penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan
penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun
1963
E) BUKTI KREDIBILITI DAN JASA TOKOH
Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.Kebolehan serta
kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapatkemerdekaan hanya melalui
perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpunsebagaimana yang yang berlaku di negara-negara
jiran. kewibawaan Tunku yang berjayamenyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga
kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunkutelah memberi keyakinan kepada pihak
penjajah British untuk memberi kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957.
Kejayaan beliau mendapatkankemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai
seorang pemimpinyang unggul dan tersohor
F) PENUTUP
Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan
TanahMelayu telah mengangkat nama beliau
sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan
dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul
Rahman yang telah dikenali umum dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Tunku Abdul Rahman telah menjadi
Perdana Menteri yang pertama dengan jasa dan
sumbangan beliau. Saya berasa puas hati dan
bangga atas pencapaian tokoh tersebut. Saya
berharap Tunku Abdul Rahman menjadi teladan
yang baik kepada rayat muda.