SOALAN TERKUMPUL
MUDAHNYA BUAT E-BOOK
Nur Fatin Zainuddin
Pendidik
Pusat Anak Genius Negara (PAGN)
Langkawi
02 Mei 2020
10 pagi
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
1. Wajib sign ke?
Ya, wajib sign in untuk create e-book. Tidak perlu sign in jika hanya nak view e-book orang
lain. So, kalau Cikgu berikan link kepada murid, mereka tak perlu sign in untuk buka e-
book.
2. Apa beza version Flash dan HTML5?
Itu adalah format untuk preview e-book yang dihasilkan. Saya tiada adobe flash dalam
komputer jadi saya gunakan HTML5. Saya sertakan hasil carian perbezaan kedua-dua
format tersebut.
3. Nak insert animasi boleh ke cikgu?
Ya, boleh masukkan link, audio, video, animation and more multimedia to your flipbook,
tetapi dalam versi desktop (tak silap perlu berbayar juga untuk fungsi-fungsi tersebut).
Jadi, cikgu perlu download dahulu Anyflip dalam komputer. Tetapi jika hanya mahu
masukkan background music, boleh gunakan Anyflip web version.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
4. Selamat ke sijil kita simpan dalam Anyflip?
Saya tidak pernah hadapi atau dengar salah guna/abuse terhadap sijil-sijil. Memindahkan
semua sijil ke dalam bentuk digital adalah idea yang hebat! Terutama sekali jika kita nak
persembahkan sijil-sijil kita kepada pihak yang technology-savvy.
5. Berapa harga Anyflip?
Pro version 15 dollar/month. Platinum 299/annually. Entreprising 899/annually.
6. Kena guna akaun moe ke?
Tidak semestinya. Boleh guna mana-mana email google ataupun facebook. Akaun moe
juga adalah salah satu cabang akaun google.
7. Kalau buku program dalam word, boleh tak save dalam pdf dan buat dalam Anyflip?
Ya, boleh. Format Word juga boleh save as pdf. Kemudian boleh masukkan ke dalam
Anyflip. Good luck!
8. Ada limit penggunaan?
Tempoh 24 jam, 5 e-book sahaja dibenarkan untuk free version.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
9. Boleh tak share e-book di GC?
Ya, boleh. Kongsikan sahaja link e-book Cikgu.
10. Microsoft version 2007 dan ke bawah boleh gunakan online converter untuk convert
from powerpoint to pdf.
11. Batch upload hanya untuk pengguna platinum ke atas sahaja.
12. Anyflip ni boleh digunakan untuk set soalan?
Saya tak jelas dengan soalan ini tapi saya cuba ya. Anyflip boleh dijadikan sebagai buku
soalan untuk diberikan kepada murid-murid.
13. Anyflip free sampai bila?
Mengikut pengetahuan saya, free sepanjang hayat jika kita hanya melanggan free version.
14. Apa beza add new book dengan batch upload?
Add new book – masukkan buku secara single upload. Batch upload – masukkan buku
secara banyak (ini untuk pengguna platinum ke atas sahaja).
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
15. Kalau bahan dalam bentuk word, kena tukar pdf dulu ye?
Ya benar. Kena convert ke pdf dulu semua bahan sebelum upload ke Anyflip.
16. Kalau download Anyflip desktop, apa beza dengan Anyflip web?
Banyak bezanya, features untuk desktop version agak berbeza. Web version lebih ringkas.
17. Untuk bahan, boleh guna power point (pptx) saja ke?
Tidak semestinya pptx sahaja, semua bahan bercetak asalkan boleh convert to pdf, boleh
digunakan. Kalau cikgu nak tahu, .jpg pun boleh convert to .pdf tau!
18. Setiap hari ke boleh guna 5 Anyflip ni?
Saya tidak jelas dengan soalan Cikgu, saya cuba ya, Ya, setiap 24 jam dibenarkan upload 5
bahan sahaja.
19. Adakah penerima perlu membuka e-book tu menggunakan aplikasi Anyflip?
Tidak. Reader tak perlukan apa-apa aplikasi untuk buka e-book kita. Link yang diberikan
akan bawa reader ke browser hp atau komputer nya. Menarik kan! Tak makan storage
reader.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
20. E-book ini boleh disave dalam komputer tak?
Jika gunakan free version, saya akan simpan link e-book saya dalam sebuah document
word untuk memudahkan rujukan. Perlu upgrade untuk download SWF file. Maaf untuk
desktop version saya tidak pasti sebab tidak pernah menggunakannya.
21. Anyflip boleh masuk berapa muka surat?
Anyflip tidak kisahkan muka surat kita tapi limit untuk upload hanyalah 150mb.
22. Boleh guna google slide untuk buat instead power point tak?
Boleh pick file daripada Google Drive (google slide etc) tetapi kena upgrade to pro version.
23. E-book ni versi lebih elaborate dari google keep yer?
Alamak, rasanya dua perkara ni macam tak sesuai nak dibandingkan. Huhu. Berbeza
platform dan fungsi dua perkara ni Cikgu.
24. Kalau kita guna file powerpoint yang lama-lama dan convert ke pdf, boleh kan?
Ya, boleh Cikgu.
25. Content dalam e-book boleh print ke? Ya, boleh. Tapi sama je dengan pdf kita.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
26. Kita dapat royalti tak sebab copyright?
Maaf, saya tiada jawapan untuk soalan ini. Hehe.
27. Bila dah siap e-book, kita boleh update dengan bahan baru ke?
Setiap kali nak update bahan baru, kena edit pada power point atau word asal dan
convert kepada pdf semula. Kemudian upload di Anyflip semula.
28. Boleh ke kita copy Anyflip orang lain dan jadikan Anyflip kita?
Logiknya, bahan dalam pdf tu mesti ada nama orang tu. Kita tak boleh nak edit bahan
dalam tu.
29. E-book ni boleh buat interactive tak? Add hyperlink ke?
Web version yang saya kongsikan pagi tadi, fiturnya lebih ringkas. Boleh download
desktop version untuk tambah animasi, link, video dan sebagainya (cuma rasanya versi
berbayar je ada fungsi tersebut)
30. Beza Anyflip dengan yumpu dan sebagainya.
Saya tidak gunakan aplikasi lain, tetapi saya lihat hasil daripada e-book rakan lain,
hasilnya lebih kurang.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
31. Macam mana dah buat photobook guna Anyflip?
Cikgu boleh edit gambar-gambar dalam powerpoint (boleh tambahkan caption),
kemudian ulang steps saya kongsikan pagi tadi. Contoh saya buat seperti di bawah ini.
32. Dalam 24 jam 5 buku. Maksudnya tiap tiap hari boleh 5 buku aje sehingga sampai 150
mb. Betulke macam tu?
Macam silap sikit pemahaman Cikgu tu. Setiap satu buku tu 150mb limitnya.
33. E-book kita boleh didownload oleh semua orang?
Bergantung pada setting kita.
34. Selepas publish, boleh edit lagi tak?
Tidak boleh. Hanya boleh edit pada dokumen asal di power point atau word.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
35. Boleh guna lebih akaun?
Setiap 1 email boleh sign up 1 akaun.
36. Boleh guna kalau takde wifi?
Boleh, jika Cikgu download desktop version.
37. Setiap hari 5 e-book atau satu email untuk 5 e-book saje?
1 email untuk 1 akaun, setiap akaun yg free version hanya boleh upload 5 e-book sahaja.
38. Title pada e-book boleh tukar lepas share?
Untuk web version,Ya, boleh tukar tapi perubahan tidak real time. Ambil masa sedikit.
39. Selalunya file yang berbentuk bagaimana memakan space yang besar?
Lagi banyak warna, grafik dan gambar diletak dalam sesuatu word atau powerpoint, lagi
besarlah saiz fail tersebut.
40. Macam mana nak tukar pdf kalau komputer saya takde pdf? Jenuh pkir.
Cikgu boleh download Adobe reader. Jangan pikiaq sampai jenuh. Kesian otak tu. Hehe
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
41. Apa maksud batch upload?
Jika ingin upload sekali gus banyak, boleh gunakan batch upload tetapi batch upload
hanya dibenarkan bagi pengguna berbayar.
42. Berapa lama e-book tersimpan dalam Anyflip.
Maaf cikgu, saya tidak jumpa jawapan lagi. Dalam FAQ Anyflip pun tiada nyatakan
berkaitan ini untuk free version. Tetapi untuk berbayar, memang akan sentiasa ada dalam
akaun Anyflip selagi kita sambung subscription.
43. Murid boleh jawab terus dalam e-book ni tak?
Setahu saya, tidak boleh. Wallahualam.
44. Boleh convert excel ke pdf. Jadinya boleh lah upload pdf Cikgu tu ke Anyflip.
45. E-book kita ni boleh kat mana2 ke? Atau kat Anyflip sahaja?
Saya tidak jelas dengan soalan Cikgu. Tapi saya rasa Cikgu nak tanya boleh dibaca di
mana-mana platform sahaja kan? Selepas Cikgu share link, pembaca akan baca e-book
tersebut di browser. Tak perlu download Anyflip pun.
SOALAN TERKUMPUL : ANYFLIP
Mudahnya Buat Ebook : Nur Fatin Binti Zainuddin
46. Selain daripada Anyflip. Ada application yang lain boleh digunakan untuk buat e-
book?
Seperti saya nyatakan dalam slide, ada banyak aplikasi percuma yang lain seperti
Flipsnack, Yumpu, Mag+ dan banyak lagi.
In shaa Allah ini merupakan antara soalan yang saya dah filter daripada 850+ soalan dan
komen yang saya tidak sempat buka semasa sesi pagi tadi. Semua jawapan adalah atas
dasar pengalaman saya menggunakan Anyflip. Maafkan saya jika terdapat kesilapan
info. Wallahualam. Semoga kita semua terus menghasilkan e-book yang menarik dan
bermanfaat. Good luck!
Fatin Zainuddin
2 Mei 2020
11.45 mlm