KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PENGANJUR BERSAMA
PENGERUSI OK9 INANAM
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
Ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadirat Illahi atas segala Anugerah Kesejahteraan kepada kita seluruhnya, walaupun diuji dengan Pandemik Covid-19
serta kelaziman baharu yang sangat membataskan kebiasaan kita selama ini. Namun, jelas adanya hikmah yang sangat besar Allah berikan kepada kita semua.
Hampir sebulan sudah Program Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bagi edisi sulung ini
berlangsung. Pada hari ini, kita semua bakal menikmati hasil usaha yang luar biasa yang diberikan oleh semua lapisan, terutamanya para pendidik dan
seterusnya para murid dan ibu bapa. Bermula dari impian untuk menerima cabaran era maya ini, sehinggalah penghasilan komitmen yang sungguh
membanggakan oleh para guru khususnya sekolah-sekolah di OK9 Inanam, Kota Kinabalu. Tanpa mengira masa dan tenaga, segala buah fikiran disepadukan
sehingga terhasillah aktiviti kokurikulum secara maya yang direalisasikan. Saya sangat menyanjung tinggi kolaborasi dan perjuangan Guru-Guru Besar serta
cikgu-cikgu semua. Begitu juga para ibu bapa serta penjaga. Mereka begitu teruja menerima sesuatu yang baharu ini, di mana dengan bimbingan dan
pengorbanan besar mereka, anak-anak telah menyahut cabaran dalam pertandingan-pertandingan yang ditawarkan untuk edisi pertama ini. Akhirnya,
daripada ratusan penyertaan, lahirlah juara yang membanggakan semua. Bagi saya, semua peserta yang menghantar penyertaan ke sembilan jenis
pertandingan karnival ini, adalah anak-anak yang hebat dan seikhlas hati saya ingin memberikan pujian dan penghargaan kepada semua ibu bapa, abang,
kakak, adik mahupun sepupu para peserta yang sungguh kreatif dan bersungguh-sungguh. Syabas semua.
Penghargaan yang tinggi juga ingin saya sampaikan kepada Yang Berusaha, Puan Tah Nia Binti Haji Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang JUSA C,
PPD Kota Kinabalu serta seluruh barisan pemimpin di semua sektor Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, atas bimbingan dan sokongan, kepercayaan
dan penghargaan yang diberikan kepada kami di OK9 Inanam sehingga berjaya melahirkan satu inovasi aktiviti kokurikulum yang saya percaya, di satu hari
nanti, ianya akan terus dijana menjadi mekanisma kemenjadian murid yang melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Akhir kata, marilah kita semua memberikan sesuatu yang terbaik dari diri kita, kerana dari sini akan menjadikan negaraku Malaysia satu tempat tinggal yang
maju jaya, selamat dan makmur, seuntai dengan Sabah Maju Jaya, Malaysia Prihatin, untuk diri kita, famili sehinggalah cucu cicit keturunan kita. Insya-Allah.
‘KEHARMONIAN FAMILI, WADAH KEMENJADIAN MURID’
(ROZLEE BIN HAJI IDRIS)
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PENGANJUR BERSAMA
TUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
Bismillahirrahmannirrahim.Assalammualikum W.T.B, Salam Sejatera, Salam Sehati Sejiwa Seia Sekata Senada Seirama dan Salam “Dare to Change” PPD KK
Pertama sekali, saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana pada hari ini kita dapat bersua dan berhimpun dalam upacara gilang gemilang Majlis Perasmian Penutupan
Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah PPD Kota Kinabalu 2021 dapat dianjurkan dalam suasana norma baharu secara alam maya dengan kerjasama OK9
Inanam dan PPD Kota Kinabalu. Walaupun dalam kancah Covid-19 ini, ianya bukanlah satu batu halangan dalam usaha kita melaksanakan majlis ini. Sesungguhnya kita
perlu sedar bahawa kita kini berada dalam tempoh yang agak mencabar susulan wabak Covid-19. Namun, saya yakin dan percaya bahawa kita semua mempunyai semangat
cintakan negara yang tinggi dan dapat mengambil ikhtibar serta inspirasi secara holistik daripada sejarah kemerdekaan. Kita telah dilahirkan di negara bertuah ini dan
menjadi seorang warganegara yang taat setia mempertahankan negara tercinta ini hingga ke akhir hayat.
Bersempena dengan program yang telah dianjurkan, pelbagai aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh pihak penganjur sepanjang program ini berlangsung bermula
bulan Ogos dan September seperti Pertandingan Busana Kreatif Prasekolah, Bercerita, Mendeklamasikan sajak dan banyak lagi. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti
ini memberikan impak besar kepada murid-murid.
Kali ini kita sedang berperang dengan musuh yang sukar dilihat dan lebih berbahaya. Saya berdoa agar kita semua akan terus cekal dan dikurniakan kekuatan dalam usaha
kita memutuskan rantaian Covid-19 ini. Diiringi doa dan harapan agar semua warga pendidik sentiasa aman sentosa dan pulih kembali dari cengkaman pandemik ini dan
kita kembali kepada kehidupan normal serta mengecapi kemakmuran bersama.
Akhir kata, saya mewakili PPD Kota Kinabalu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Jasnih atas sokongan
terhadap program ini. Syabas dan tahniah kepada penganjur OK9 Inanam dibawah kelolaan Tuan Rozlee Hj Idris serta Jawatankuasa yang telah menggembleng tenaga
melaksanakan amanah ini dengan cemerlang walaupun hanya secara alam maya. Semoga jiwa kita akan lebih bersemarak dan semangat patriotisme dapat dipupuk setiap
masa. Kerjasama yang dizahirkan dalam program ini memberi kekuatan untuk kita terus menyemai dan mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Malaysia Prihatin
Wabillahi Tawfiq Wal Hidayah, Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian dan terima kasih.
TUAN BUNSU BIN GAGA
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH CEMERLANG JUSA C
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera, Salam PPDKK Dare To Change. Katakan Tidak kepada Nombor 16,
Katakan Ya kepada 10 Terbaik. Salam Sabah Hebat, Sabah Maju Jaya,Salam
Negaraku Malaysia.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi , kerana kita masih dilimpahi dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik, yang membolehkan kita berkarya dalam hidup, demi membawa
kemakmuran dan kelangsungan hidup yang lebih bermakna untuk diri sendiri juga untuk semesta alam.
Selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, saya amat teruja dengan penghasilan usaha luar biasa yang telah dijanakan oleh guru-guru khasnya dan penglibatan
anak-anak murid serta para ibu bapa yang begitu mengharukan. Tidak dapat dinafikan, invasi Covid 19 yang melanda dunia kebelakangan ini telah membatasi pergerakan
dan persekolahan murid-murid secara bersemuka di sekolah-sekolah. Namun, di sebalik pandemik ini, ada hikmah yang amat besar yang Tuhan telah berikan kepada kita.
Sistem pendidikan dan penyampaian ilmu telah mengalami kelaziman evolusi yang berbeza. Medium alam maya telah menjadi platform kepada banyak perkara,
termasuklah aktiviti-aktiviti kokurikulum. Di sini, guru-guru telah menggembleng buah fikiran dan tenaga. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran. Akhirnya, terhasillah
inovasi virtual yang spektekular. Program KARNIVAL BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH PPD KOTA KINABALU versi 2021 telah dicipta
dan sudahpun beroperasi dengan sangat meriah. Syabas kepada semua Guru Besar yang berwibawa, guru-guru dan AKP khususnya warga OK9 INANAM. Anda adalah
insan-insan proaktif dan kreatif. Saya amat bangga dengan anda semua.
Kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, pencapaian di kedudukan Johan, Naib Johan mahupun Ketiga, itu adalah bonus.
Namun berjaya menyertai dan menghantar video penyertaan itu sudah cukup besar maknanya. Anda telah keluar dari zon selesa dan menerokai alam yang baharu. Ibu bapa
adalah pejuang-pejuang di belakang tabir yang memastikan anak-anak terus berkembang minda dan jiwanya dan program KBK ini adalah wadah Kemenjadian Murid.
Syabas!
Tidak dilupakan juga, kepada para penyokong program ini, khususnya Yang Berhormat Tuan Jasnih Bin Hj Daya, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, keprihatinan
YB sangat kami sanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah SWT Melimpahi YB dengan kesihatan yang baik, terlindung dari segala musibah dan
terus dimurahkan rezeki, dunia akhirat. Amin.
Harapan saya agar kita semua terus berjuang dalam memastikan alam pendidikan di negara kita ini tidak menjadi hambar, disebabkan dunia sedang melalui saat-saat getir
berdepan dengan ancaman Covid-19 ini, dan janakanlah ilham dan idea yang di luar kebiasaan tetapi praktikal. Yakinlah, segala perjuangan yang ikhlas, pasti akan dibalas
Tuhan dengan anugerah yang setimpal.
Sekian dan terima kasih.
(TAH NIA BINTI HAJI JAMAN)
TEKS UCAPAN PERASMI
YANG BERHORMAT TUAN JASNIH BIN HAJI DAYA
PEMBANTU MENTERI KEWANGAN NEGERI SABAH
Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana pada hari yang indah ini kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan program Karnival Bulan
Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yang julung kali diadakan. Marilah kita bersama-sama menantikan dan meraikan
keputusan pertandingan karnival yang disertai oleh anak-anak murid sekolah rendah ini sepanjang program dilaksanakan. Segala usaha yang dipamerkan oleh anak-anak
murid ini bukan mudah dilakukan tanpa komitmen dan kegigihan serta dorongan padu dari semua pihak yang bertanggungjawab khususnya ibu bapa yang sangat cakna dan
prihatin terhadap keperluan Pendidikan anak-anak masa pandemik ini. Hasrat kementerian bahawa tidak ada murid tertinggal pasti tidak dapat direalisasikan tanpa bantuan
dan sokongan para ibu bapa semua. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa sekalian di atas segala sokongan yang diberikan kepada anak-anak dalam karnival ini.
Tuan-tuan/saudara/saudari dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian, Program Karnival Bulan Kebangsaan dirancang bersesuaian dengan sambutan Hari Kebangsaan
untuk memberi ruang anak-anak murid kita berkreativiti, menunjukkan bakat dan kemahiran serta menzahirkan nilai-nilai patriotisme seiring dengan perjalanan PdPR untuk
memastikan keseimbangan pendidikan dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah) mereka.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, tema “Malaysia Prihatin” masih dikekalkan seiring dengan iltizam dan aspirasi berterusan pihak
kerajaan menyemai rasa cinta rakyat terhadap negara dan keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia melalui inisiatif Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat.
Tema ini juga membawa maksud semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi untuk berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.
Semangat “Malaysia Prihatin” ini harus disemarakkan dalam kehidupan rakyat demi mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang sedia
ada. Semoga semangat keprihatinan ini akan terus bertapak dan bersemi dalam diri kita sebagai “Keluarga Malaysia” demi negara yang kita cintai.
Tahun ini kita bertuah dan berbangga kerana Sabah dipilih sekali lagi sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2021. Kita sangat menghargai keputusan kerajaan pusat
di atas kepercayaan dan penghormatan untuk Sabah menganjurkan sambutan ini. Kita berharap melalui sambutan Hari Malaysia ini akan dapat menyuntik semangat
patriotik rakyat khususnya generasi muda dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 kepada sidang maya sekalian.Akhir
kata dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Penutupan Program Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu tahun 2021.
Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YANG BERHORMAT TUAN JASNIH BIN HAJI DAYA
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU TAHUN 2021
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2021 / RABU
TEMPAT : DALAM TALIAN
2.30 :
* Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
* Ucapan pembuka majlis oleh pengacara majlis
* Bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Alias dari SK Babagon Toki
* Ucapan alu-aluan oleh
Yang Berusaha Tuan Bunsu Bin Gaga
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
* Ucap tama Perasmian oleh
Yang Berhormat Tuan Jasnih Bin Haji Daya
Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah
* Gimik Perasmian / Montaj video program
* Pengumuman keputusan pemenang-pemenang pertandingan
- Busana kreatif pra sekolah
- Bercerita
- Deklamasi sajak
* Persembahan video Johan Deklamasi Sajak
* Pengumuman keputusan pemenang-pemenang pertandingan
- Bakatku
- Sudut kemerdekaanku
- Laungan Ikrar Wira
* Persembahan video Johan Laungan Ikrar Wira
* Pengumuman keputusan pemenang-pemenang pertandingan
- Melukis dan Mewarna
- Kuiz online
- Nyanyian Patriotik
* Persembahan video Johan Nyanyian Patriotik dan Anugerah Khas
* Video pemenang-pemenang Pertandingan.
* Majlis tamat
1. SK RUMINDING GURU BESAR SEKOLAH OK9 INANAM 2021
2. SK PORING - PORING
3. SK KITOBU - TUAN SANI BRANDI
4. SK POMOTODON - PUAN NOR ELMIE LO ABDULLAH
5. SK ST CATHERINE - CIK ALICE ANN KIAN
6. SK BABAGON TOKI - PUAN BERTA BENJAMIN
7. SK KIONSOM - PUAN ALINAH ANDAWAI
8. SK INANAM DUA - TUAN ROZLEE HJ IDRIS
9. SK INANAM LAUT - PUAN BINUKAT @ HAMIDAH RUMPI
10. SK KERONGGU - PUAN JUNAIDAH YASSIN
- PUAN NOORAINNIE BINTI ABDULLAH
- PUAN PG SITI NOORSIAH BT PG ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM KARNIVAL BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KOTA KINABALU 2021
PENASIHAT
PUAN TAH NIA BINTI HJ. JAMAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH CEMERLANG JUSA C
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
PENASIHAT 2
TUAN BUNSU GAGA
TIMBALAN PPDKK SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PENASIHAT 3
PUAN JALILAH BTE APIANG
PEGAWAI SIP+
PPDKK
PENASIHAT 4
TUAN ALHAZMI ABDULLAH
GURU BESAR SK LAPASAN TELIPOK MERANGKAP
PENGERUSI MGB KOTA KINABALU
PENASIHAT 5
TUAN TAI NYIK WUN
GURU BESAR SJKC CHUNG HWA KOTA KINABALU MERANGKAP
PENGERUSI MGB SJKC KOTA KINABALU
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Ahli jawatankuasa/ Penyelaras
Pengerusi : Rozlee Bin Hj Idris
Guru Besar SK Babagon Toki
Timbalan pengerusi :Alinah Andawai
Guru Besar SK St Catherine
Naib Pengerusi : Sani Brandi
Guru Besar SK Ruminding
Setiausaha : Alice Ann Kian
Guru Besar SK Kitobu
Penolong Setiausaha : Mastal @ Azri bin Sukudan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kitobu
Bendahari : Noorainie Abdullah
Guru Besar SK Inanam Laut
Penolong Bendahari : Berta Benjamin
Guru Besar SK Pomotodon
JK Pengelola pertandingan
: * Nyanyian Patriotik
SK Babagon Toki
* Melukis dan Mewarna
SK Kionsom
* Kuiz PPDa Online
SK Pomotodon
* Deklamasi Sajak
SK St Catherine
* Busana Kreatif Prasekolah
SK Inanam Laut
* Bakatku
SK Kitobu dan SK Ruminding
* Bercerita dalam Bahasa Melayu
SK Poring-Poring
* Sudut Kemerdekaanku
SK Inanam Dua
* Laungan Ikrar Wira
SK Keronggu
JK Multimedia Junaidah Yassin (Guru Besar SK Inanam Dua)
Zhamzamie B. Ghulam (PKK SK Inanam) (K)
JK Fotografi Jackson Godomon (PKK SK Babgon Toki)
Audio/ Video Nurain Fazillah Bt Mohd Razaliegh (PKK SK Keronggu)
Mohd Nur Akmal Zainal Abidin (SK Inanam Dua)
JK Sijil
Noorainie Abdullah (Guru Besar SK Inanam Laut)
Frederict Salim (GPKHEM SK Inanam Dua) (K)
Yusran Matnin (SK Inanam Laut)
Leifrey Onsoi (SK Babagon Toki)
Hamid Muchsim (SK Pomotodon)
Losius Marasim (SK Ruminding)
Paulinus Paulus (SK St Catherine)
Lesley Duilis (SK Inanam Laut)
Berta Benjamin (Guru Besar SK Pomotodon)
Gusian Susin (GPKHEM SK Pomotodon)
Phylis (SK Pomotodon)
Semua guru ICT Sekolah Pengelola Pertandingan
JK Teks Ucapan Puan Pengiran Siti Noorsiah Bte Pengiran Abdullah
Perasmi Guru Besar SK Keronggu
Juruacara Majlis Binukat @ Hamidah Rumpi (Guru Besar SK kionsom)
Penutupan Ramli Ahmad (SK Kionsom)
Suzan Ropoto (SK Inanam Laut)
JK Pengurus
Penerima Hadiah Alinah Andawai (Guru Besar SK St Catherine)
Mitin Yubud (GPKHEM SK Poring-Poring)
Gusian Susin (GPKHEM SK Pomotodon)
Yen Vi Leong (GPKK SK Poring-Poring)
Rosinah Godwin (SK St Catherine)
Tiang Ming Siew (SK St Catherine)
Sauzanih Sulaiman (SK Inanam Laut)
Nina Aqilah Syamimi (SK Inanam Laut)
Pius @ Aiman Gombongod (SK Kionsom)
Raynold Julit (SK Babagon Toki)
Arabna Bin Abdul Arif (SK Ruminding)
Rahmah Mohd Ali (SK Kionsom)
Mislia Binti Zaiton (SK Kitobu)
Siti Azimah Rupilen (SK Keronggu)
JK Buku Aturcara Sani Brandi (Guru Besar SK Ruminding)
Syamar Nizam Inche Anah (PK1 SK Pomotodon) (K)
Noel James (PK1 SK Babagon Toki)
Losius Marasim (GPKK SK Ruminding)
Salmah Hj Jamman (PK 1 SK Keronggu)
Honie Charles Anthony (SK Ruminding)
Eunice Voo (SK Poring-Poring)
Afnah Sirin (SK St Catherine)
JK Penajaan Alice Ann Kian (Guru Besar SK Kitobu)
Publisiti Alex J Baskal (PK1 SK Poring-Poring)
Harry Aliu (SK Poring-Poring)
Raihanah Athira binti Mat Razali (SK Kitobu)
Petronella Tan (SK Kitobu)
Amey Bt Asuk (SK keronggu)
Jason Daik Lakasa (SK Keronggu)
JK Dokumentasi GPK Kokurikulum Sekolah Pengelola masing-masing
SENARAI NAMA PEMENANG MENGIKUT KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
SEMPENA KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN
BUSANA KREATIF PRASEKOLAH (TAHAP 1)
JOHAN
ABDUL BASIT BIN ABRAHAM
SK INANAM LAUT
NAIB JOHAN
FIRASH RIZQIE BIN SUHARDY
SK LIKAS
KETIGA
MOHAMAD HERIZAN BIN MOHD ROZAN
SK INANAM LAUT
KEEMPAT
AHMAD HARRIS BIN ABDULLAH
SK INANAM LAUT
KELIMA
MUHAMMAD AIDIL HARITH BIN FITRI
SK GUDON
BUSANA KREATIF PRASEKOLAH (TAHAP 2)
JOHAN
NATASHA NAWWARAH BINTI NAZMI
SK INANAM DUA
NAIB JOHAN
HAWA QISYA HUMAIRA BINTI RAMMIN
SK TEBOBON
KETIGA
NURUL NATAQHALIESYAH NURUL AIN BT BIRHAMIN
SK LIKAS
KE-EMPAT
LANNA MADELAINE NYUK
SK KERONGGU
KELIMA
HALIMATUL ADHWA BINTI MOHD LIZAL
SKTEBOBON
BERCERITA (TAHAP 1)
JOHAN
ZOYE EFSELEEKYRAEN ELLYCIUS
SJKC YICK NAM, INANAM
NAIB JOHAN
CHRISTAVALENI JAMES
SJKC YICK NAM, INANAM
KETIGA
AWANGKU QAYYEEM HAYL BIN AWANG KU MOHAMMED KHAI
SRK ST AGNES, KOTA KINABALU
KEEMPAT
AFIFI BIN AFIF WAHDI
SK LUYANG
KELIMA
MUHAMMAD EZRA BIN MUHAMMAD BENYAMIN
SK TANJUNG ARU 1
BERCERITA (TAHAP 2)
JOHAN
NUR INSYIRA BALQIESYA BINTI ASMEI
SK LUYANG
NAIB JOHAN
EISYATUR RODHIYAH MOHD FARIZAN
SK UNGGUN, MENGGATAL
KETIGA
AERYSHA NABIELA LIM
SK INANAM LAUT
KEEMPAT
ADELINE AYDEL KARTIH
SJKC YICK NAM
KELIMA
HANA BINTI JAIDI
SK ST CATHERINE (M)
DEKLAMASI SAJAK (KATEGORI LELAKI)
JOHAN
BEXLEY ISIDORE BERNARD
SK KITOBU
NAIB JOHAN
DHEXLY ELDIE MINUYL
SK LOK YUK INANAM
KETIGA
RICHARD BIN JUHARIS
SK ST CATHERINE (M)
KEEMPAT
AKMAL IZZUDIN BIN MAZLAN
SK POMOTODON
KELIMA
MUHAMMAD HAFIZIE IKMAL BIN MARBIN
SK INANAM LAUT
DEKLAMASI SAJAK (KATEGORI PEREMPUAN)
JOHAN
FARAH SYAFIRA BINTI LUKMAN
SK DARAU
NAIB JOHAN
DARWISYAH QHAIREEN BINTI AHMADI
SJKC ST JAMES
KETIGA
PUTRI KALEISHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN
SK LOK YUK INANAM
KEEMPAT
NUR LILYA SYAFINY BINTI MOHAMA ROMZEE
SK INANAM DUA
KELIMA
NATALYA IMMACULATE PARIMIN
SK KITOBU
BAKATKU (KATEGORI LELAKI)
JOHAN
NADZRIEL ISAAC IEZANY BIN NAZMI
SK INANAM DUA
NAIB JOHAN
NASHYRAL BIN DISU
SK KITOBU
KETIGA
MUHAMMAD AMIRUL HAIKALBIN AZMI
SK PULAU SEPANGGAR
KEEMPAT
ERRONE IRVINE EDWIN
SK RUMINDING
KELIMA
EYMARD EMMANUEL EDMUND
SK KERONGGU
BAKATKU (KATEGORI PEREMPUAN)
JOHAN
ANESTA OLGA LOSIUS
SK RUMINDING
SUDUT KEMERDEKAANKU
JOHAN
NUR EIMAN MABILAH BINTI KELAN
SK STELLA MARIS (M)
NAIB JOHAN
ASHLEY LAUREEN ASWEN
SK LOKYUK INANAM
KETIGA
WAN AHMAD IZZ DINIE
SK KITOBU
KEEMPAT
NUR FARAH BATRESYIA BINTI RAMLEE
SK API-API
KELIMA
FARISYA AIN BINTI MOHD ZAIDIE
SK LOK YUK INANAM
LAUNGAN IKRAR WIRA
JOHAN
PUTRI KALEISHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN
SK LOK YUK INANAM
NAIB JOHAN
MUHAMMAD AKIF DANIEL BIN MUHAMMAD
SK PANGKALAN TLDM
KETIGA
ASHLEY ASH SYLZERIN
SK KERONGGU
KEEMPAT
NURMALISHA NATRA BT MATAHA
SK INANAM LAUT
KELIMA
NURHAZIQAH INAS BINTI ISKANDAR
SK KOLOMBONG
MEWARNA (TAHAP 1)
JOHAN
JUSTIN CHAI XING NAN
SJK(C) CHUNG HWA, KOTA KINABALU
NAIB JOHAN
REYNA DEON BY CHEN HAN
SJK (C) CHUNG HWA, KOTA KINABALU
KETIGA
HAZEL LOU YAN LING
SJK (C) ST JAMES
KEEMPAT
DILRON LIEW KIT FHUNG
SKC ANGLO CHINESE
KELIMA
THEIN JUN JER
SJK (C) ST JAMES
MELUKIS (TAHAP 2)
JOHAN
YEOH JIA YEE
SJK (C) CHUNG HWA, KOTA KINABALU
NAIB JOHAN
SITI MUMTASHARA NAJWA BINTI MURSHIDI
SJK (C) LOK YUK, MENGGATAL
KETIGA
THEIN JUN YIN
SJK (C) ST JAMES
KEEMPAT
DARWISYAH QHAIREEN BINTI AHMAD
SJK (C) ST JAMES
KELIMA
SITI MUMTASHAKIRA NAJWA BINTI MURSHIDI
SJK (C) LOK YUK, MENGGATAL
KUIZ PPDa (KATEGORI TERBUKA)
JOHAN
JACQUELINE WONG JUN RU
SJK (C) CHUNG HWA, KG AIR KOTA KINABALU
NAIB JOHAN
MOHAMMAD FAKHRUL ADZAMI BIN ADMAN
SK INANAM LAUT
KETIGA
LESTER REILEY
SK POMOTODON
KEEMPAT
SYAHREYZ ZAFRELL B. MOHD. FAUZIE
SK UNGGUN
KELIMA
AISYAH HUMAIRA BT ZULKIFLI
SK INANAM DUA
NYANYIAN PATRIOTIK (KATEGORI PEREMPUAN)
JOHAN
FARAH SYAFIRA BINTI LUKMAN
SK DARAU
NAIB JOHAN
SHARLYN HAVILLA CLARE JERRY
SK KEBAYAU, TELIPOK
KETIGA
VEMELYESTER EDDIE LEE
SK POMOTODON
KEEMPAT
RADHANIA FIESHERTIKA BT ABDULLAH
SK TOBOBON
KELIMA
GLYNNIS IVANA PETRUS
SK SRI GAYA
NYANYIAN PATRIOTIK (KATEGORI LELAKI)
JOHAN
HISYAM CHONG VUI
SJKC LOK YUK MENGGATAL
NAIB JOHAN
OZZI YUZAN BIN FADLI
SK DARAU
KETIGA
ARLEY IXANDER STANLEY
SK KERONGGU
KEEMPAT
JERRY MAJUNIM
SK KERONGGU
KELIMA
DANTE SEANUAU DENNIS
SK ST CATHERINE (M)
PEMENANG NYANYIAN PATRIOTIK ANUGERAH KHAS
RADHANIA FIESHERTIKA BT ABDULLAH
SK TOBOBON
AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KARNIVAL BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU 2021
SK BABAGON TOKI SK RUMINDING
1. ROZLEE IDRIS (GB) 1. SANI BRANDI (GB)
2. NOEL JAMES (PK1) 2. LOSIUS MARASIM (PK KOKUM)
3. CHIEW FUI JUAN (PK HEM) 3. ROBERT@ LEVIN SANAN (PK1)
4. JACKSON JP GODOMON (PK KOKUM) 4. DORONI BALANTIS (PK HEM)
5. LEIFREY ONSOL 5. USTAZ ISMAIL KHALIL BIN SALLEH
6. RAYNOLD JULIT 6. ARABNA BIN ABDUL ARIF
7. IRA MIRDYA BANATI 7. WAMIN BIN GUNTING
8. LORETTA JOHNNY 8. JERRY ABRAHAM
9. LOVENIA HERMAN
10. DELVER YUNUS SK POMOTODON
11. ZULAIKHA ZAKARIA 1. BERTA BENJAMIN (GB)
12. NEMESIUS GALIS 2. SYAMAR NIZAM INCHE ANAH (PK1)
13. AHMAD ZARIAH IDIN 3. GUSLAN SUSIN (PK HEM)
14. ALIAS MUHHAMAD 4. BENJAMIN JATIM (PK KOKUM)
15. HERWAN SABAR 5. PHYLIS BENEDICT
6. HAMID MUSCHIN
7. MARTINA ANDIKAL
SK PORING-PORING SK KITOBU
1. NOR ELMI LO ABDULLAH (GB) 1. ALICE ANN KIAN (GB)
2. YEN YI LEONG (PK KOKUM) 2. AZRI BIN SUKUDAN (PK KOKUM)
3. ALEX J BASKAL (PK 1) 3. MARIANAH BINTI MARALANG (PK1)
4. MITIN YUBUD (PK HEM) 4. PARIDA BINTI BARUN (PK HEM)
5. HALIMAH M YUNUS 5. RAIHANAH ATHIRA BINTI MAT RAZALI
6. FLORIDA LIM 6. PETRONELLA TAN
7. MEDONA ABEL 7. MISLIA BINTI ZAITON
8. HARRY ALIU 8. RAMADHAN ABDUL MULUK BIN HUSSIN
9. MAUREEN LO
10. EDISON AHDIN
11. EUNICE VOO
12. ROSLI AWANG
SK KERONGGU SK ST CATHERINE
1. PG SITI NOORSIAH BT PG ABDULLAH (GB) 1. ALINAH ANDAWAI (GB)
2. NURAIN FAZILIAH BT MOHD RAZALIEGH (PK KOKUM) 2. MUHAMMED BRENAN ABDULLAH
3. SALMAH HJ JAMMAN (PK 1) 3. PAULINUS PAULUS
4. NYUK MEI LIN@CELISTINA (PK HEM) 4. MARTAH JIDWIN
5. ELIESA SOIDIN 5. ROSINAH GODWIN
6. AMEY BT ASUK 6. TIANG MING SIEW
7. FARIDAH JAHIKU 7. AFNAH SIRIN
8. NORAIDAH AWANGKU SULAIMAN 8. DK SITI AISAH AWANG KALONG
9. SUZIH ABDULAZIZ 9. BETTY WELLYBROT
10. SITI AZIMAH RUPILEN 10. MUHD BAIHAQI KARIB
11. ALLADY NYUK 11. AGNES MOLIDU
12. CYRILL SUPAIN 12. TIAMAH HARIS
13. JASON DAIK LAKASA 13. SUSANTI ADMOH
14. ROZANNA BT RUJIM 14. BAHARA SANGKALANG
15. SULIZAH BT MOHD RAZALIEGH 15.KRISTELLAH JAMES
16. MICHAEL YASUN 16. HILIANI LUPI
SK INANAM LAUT SK KIONSOM
1. NOORAINNIE ABDULLAH (GB) 1. BINUKAT @ HAMIDAH RUMPI (GB)
2. JARAH BINTI IBRAHIM (PK KOKUM) 2. TOISAH BINTI LONGGOU (PK KOKUM)
3. LATIPAH AINUN ABD RAHMAN (PK1) 3. RAMLI BIN AHMAD (PK 1)
4. NORAIMA BINTINGAN PARAMAN (PK HEM) 4. WONG FUI LING (PK HEM)
5. MASLINAH NARION (PK PETANG) 5. PIUS @ AIMAN GOMBONGOD
6. MARTINA MARIA LIM 6. RAHMAH MOHD ALI
7. LESLY DUILIS 7. HARTINI BINTI BERAHIM
8. SAUZANIH SULAIMAN 8. JAVB JATIN
9. ELISA@EMILY CARLOS 9. MARYATI A. MUSLIM
10. NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM 10. RUJINAH SIMBAUL
11. ORLANDA EVA PAULINUS 11. SAIRAH SHARIL
12. NORMAH BINTI GUNIR
13. SUZAN ROPOTO
SK INANAM DUA
1. JUNAIDAH BT. YASSIN (GB)
2. ANITA NURULIZAH BT. ABDULLAH (PK 1)
3. FREDERICT SALIM (PK HEM)
4. ZHAMZAMIE B. GULAM RASUL (PK KOKUM)
5. ASMAH BT. JAMAT (PK PPKI)
6. SITI ROSNAH BT. ABD HAMID (PK PETANG)
7. IREYATI BT. IBRAHIM
8. MUSALAMAH BT. KIPRAWIH
9. MOHD NUR AKMAL B. ZAINAL ABIDIN
10. PAISAR B. AJULAH
11. NURIAH @ DELINA GAIB
12. NORMAH BT DUMAWAL
13. NUR FADZIELA BT MAIDIN
14. ANDY ABRAHAM WONG
15. SURIYATI BT. RAMLEE
16. JADIRA C JOANNES AJUNI
17. NOR NADIA NABILAH BT MOHD NOR AZAN
18. AZLINAH BT ARBA
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Pihak penganjur dan seluruh ahli jawatankuasa ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Program Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah
PPD Kota Kinabalu 2021.
Terima kasih sehingga kita berjumpa pada edisi yang akan datang.
Stay Safe dan Kita jaga kita