The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYAFIZA HUSNA BINTI AHMAD IPG-Pelajar, 2024-04-02 04:23:54

PORTFOLIO PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

NUR SYAFIZA HUSNA

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 Biodata Diri 2 Borang Maklum Balas 3 Senarai Semak 4 Rancangan Pengajaran Harian 5 Instrumen Penilaian 6 Skema Jawapan 7 Rubrik Pemarkahan 8 Justifikasi 9 Rujukan


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI) Nama: NUR SYAFIZA HUSNA BT AHMAD Angka Giliran Pelajar: 2021102340384 Tajuk Tugasan: LAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Pensyarah: DR. HANITA BT MOHD YUSOFF Kursus / Mata Pelajaran: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Tarikh Hantar: 27/03/2024 Tarikh Diterima: Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan: Tarikh: 27/03/2024 Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh: PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : …… ……… Nama : NUR SYAFIZA HUSNA BT AHMAD Tarikh : 27/03/2024


BIL TAJUK ITEM CATATAN 1. Rancangan Pengajaran Harian Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kandungan (Bidang/Topik/Tauk) Hasil Pembelajaran Jenis dan Kaedah Pentaksiran Strategei, Teknik, Pendekatan dan Aktiviti Pengajaran 2. Instrumen Pentaksiran Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 3. Skema Jawapan 4. Rubrik Pemarkahan 5. Justifikasi SENARAI SEMAK


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Sains Tahun 3 Bidang Pembelajaran Sains Hayat Tajuk 3.0 Manusia Standard Kandungan 3.2 Kelas Makanan Standard Pembelajaran 3.2.1 Memberi contoh makanan bagi setiap kelas makanan. 3.2.2 Mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia.


Menentukan Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai Hasil Pembelajaran (Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai) Pengetahuan (Apa yang murid perlu tahu, (kata nama atau frasa nama) Kemahiran (Apa yang murid boleh buat atau kata kerja) Nilai Secara eksplisit (cth: Sejarah) atau implisit (cth: Matematik) 1.Contoh makanan bagi setiap kelas makanan. 2. Kepentingan makanan bagi setiap kelas makanan. 1.Menyatakan 2.Mengitlak 1.Prihatin 2.Menghargai Membina OP dan KK Membina OP dan KK Objektif Pembelajaran (OP) Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Memberi contoh makanan bagi setiap kelas makanan dengan betul melalui lembaran kerja. 2. Mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia dengan tepat melalui lembaran kerja. Kriteria Kejayaan (KK) Saya (murid) tahu: 1. Murid tahu menyatakan dua contoh makanan bagi setiap kelas makanan dengan betul melalui lembaran kerja. 2. Murid tahu menyatakan kepentingan makanan bagi setiap kelas makanan kepada tubuh manusia dengan tepat melalui lembaran kerja.


Pentaksiran (Berdasarkan apa yang perlu murid capai) Jenis dan Kaedah Pentaksiran Jenis Pentaksiran Kaedah Pentaksiran Formatif Lisan dan Penulisan Instrumen Pentaksiran Lembaran kerja Cadangan Strategi, Teknik dan Aktiviti PdP Strategi Berpusatkan (Guru, Murid, Bahan): Pemusatan murid dan bahan Pendekatan/ Kaedah/ Teknik : Teknik penyoalan dan kaedah perbincangan Aktiviti Murid: Menjalankan aktiviti soal jawab dan perbincangan bersama guru mengenai contoh makanan bagi setiap kelas makanan dan kepentingannya kepada tubuh badan manusia.


Cadangan Setiap Langkah Set Induksi • Guru menyoal murid tentang makanan kegemaran mereka untuk membangkitkan minat. • Kemudian, guru akan menunjukkan slaid animasi bertajuk "Kenapa kita perlu makan?" untuk memberikan gambaran awal tentang kepentingan makanan. Rajah 1 Slaid Animasi Nota. Pautan link slaid animasi: https://www.canva.com/design/DAFuzzu8rwg/2kLQXZPz6Iwd3WreSJ1YFg/ edit?utm_content=DAFuzzu8rwg&utm_campaign=designshare&utm_mediu m=link2&utm_source=sharebutton Langkah 1 • Murid akan mendengar penerangan dari guru mengenai contoh makanan bagi setiap kelas makanan dan kepentingan setiap kelas makanan kepada tubuh badan manusia. • Guru menggunakan Google Sites sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan informasi ini secara interaktif. Rajah 2 Google Sites Pembelajaran Kelas Makanan Sains Tahun 3 Nota. Pautan link google sites: https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/science-year-3/classes-of-


food Langkah 2 • Murid akan bermain permainan kotak beracun. • Guru memainkan muzik dan murid akan menggerakkan kotak beracun tersebut dari satu murid ke murid lain. • Apabila muzik berhenti, murid yang terakhir memegang kotak beracun tersebut harus membuka dan mengambil satu kertas kelas makanan yang bergulung di dalam kotak tersebut. • Murid tersebut harus menyatakan contoh makanan bagi kelas makanan yang dipilih dan kepentingannya kepada tubuh manusia. Rajah 3 Kotak Beracun Langkah 3 • Murid menjawab soalan pada lembaran kerja yang berkaitan dengan contoh makanan bagi setiap kelas makanan dan kepentingannya kepada tubuh manusia. Aktiviti ini dapat mengukuhkan pemahaman mereka melalui latihan praktikal. Rajah 4 Lembaran Kerja


Penutup • Murid bersama-sama dengan guru membuat rumusan tentang apa yang mereka telah pelajari sepanjang aktiviti pembelajaran..


Rajah 5 Lembaran Kerja 1: Contoh Makanan Bagi Setiap Kelas Makanan


Rajah 6 Skema Jawapan Lembaran Kerja 1: Contoh Makanan Bagi Setiap Kelas Makanan


Rubrik Pemarkahan Lembarak Kerja 1 Kriteria: • Jawapan Yang Betul: Memberikan contoh makanan yang tepat untuk kelas makanan yang ditentukan. • Jumlah Markah Maksimum: 14 (7 kelas makanan × 2 contoh makanan setiap satu) • Tahap Pencapaian: Cemerlang, Kepujian, Lemah Jadual 1 Rubrik Pemarkahan Lembaran Kerja 1 Tahap Pencapaian Jumlah Markah Deskriptor Cemerlang 12 – 14 Murid menyenaraikan dua contoh makanan yang tepat untuk semua kelas makanan. Jawapan yang diberikan menunjukkan pemahaman yang sangat baik tentang makanan dan kategori yang berbeza, serta keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dengan betul. Kepujian 7 – 11 Murid menyenaraikan dua contoh makanan yang tepat untuk sebahagian besar kelas makanan. Mungkin ada beberapa kesilapan atau ketidaklengkapan dalam jawapan, tetapi secara umumnya menunjukkan pemahaman yang baik tentang kelas makanan yang berbeza. Lemah 0 – 6 Murid menyenaraikan kurang dari dua contoh makanan yang tepat untuk kebanyakan kelas makanan. Jawapan yang diberikan menunjukkan pemahaman yang kurang atau banyak kesilapan dan ketidakpastian tentang klasifikasi makanan.


Rajah 7 Lembaran Kerja 2: Kepentingan Makanan Bagi Setiap Kelas Makanan Kepada Tubuh Manusia


Rajah 8 Skema Jawapan Lembaran Kerja 2: Kepentingan Makanan Bagi Setiap Kelas Makanan Kepada Tubuh Manusia


Rubrik Pemarkahan Lembaran Kerja 2 Kriteria: • Jawapan yang betul untuk kepentingan setiap kelas makanan. • Kejelasan dan ketepatan penyampaian. Jadual 2 Rubrik Pemarkahan Lembaran Kerja 2 Tahap Markah Deskriptor Cemerlang 12-14 Murid memberikan jawapan yang tepat dan lengkap untuk semua kelas makanan. Murid menunjukkan pemahaman yang mendalam dengan menulis kepentingan yang tepat dan spesifik bagi setiap kelas makanan dengan menggunakan maklumat yang diberikan. Kepujian 7-11 Murid memberikan jawapan yang betul untuk kebanyakan kelas makanan tetapi mungkin ada satu atau dua jawapan yang tidak tepat. Murid menunjukkan pemahaman yang baik tetapi mungkin terdapat beberapa kesalahan kecil dalam menulis kepentingan bagi setiap kelas makanan berdasarkan maklumat yang diberikan. Lemah 0-6 Murid memberikan jawapan yang betul kurang dari separuh kepentingan bagi setia kelas makanan. Jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Murid menunjukkan kefahaman yang terbatas atau salah mengenai kepentingan kelas makanan kepada tubuh manusia. Banyak kesalahan dalam menulis jawapan.


Justifikasi Pemilihan Instrumen Penilaian dan Rubrik Pemarkahan untuk Topik Kelas Makanan Dasawarsa ini, sistem pendidikan amat menitikberatkan keperluan murid untuk memahami konsep yang mereka pelajari secara mendalam serta keupayaan mereka untuk mengaplikasikan ilmu tersebut ke dalam kehidupan sebenar berbanding dengan menghafal maklumat sahaja. Berdasarkan standard prestasi yang saya tetapkan, dimana murid diharapkan dapat memberikan contoh makanan bagi setiap kelas makanan dan mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia, lembaran kerja yang saya pilih sebagai instrumen penilaian adalah sangat sesuai untuk mencapai tujuan ini. Hal ini sejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang menekankan tumpuan pentaksiran bukan kepada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Dalam pada itu, lembaran kerja sebagai alat penilaian formatif memberi ruang kepada murid untuk menunjukkan pemahaman mereka secara langsung dan praktikal. Melalui penulisan jawapan di lembaran kerja, murid dapat mengemukakan pengetahuan mereka dan sekaligus menunjukkan kefahaman mereka tentang topik yang dibincangkan. Ini membolehkan mereka untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran secara aktif dan reflektif. Selain itu, lembaran kerja memudahkan penilaian yang lebih menyeluruh dalam proses pembelajaran. Setiap murid mendapat peluang untuk melaksankan penilaian ini tanpa tekanan, yang membolehkan mereka untuk belajar pada kadar yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri. Ini juga menggalakkan pembelajaran secara mendalam di mana murid diberi masa untuk berfikir terlebih dahulu sebelum memberi jawapan, sekaligus dapat meningkatkan pemahaman konsep yang dikehendaki. Di samping itu, melalui penilaian formatif, lembaran kerja ini juga memberi peluang kepada guru untuk memberikan maklum balas yang konstruktif dan berterusan. Guru dapat mengenal pasti kesulitan yang dihadapi murid dengan tepat dan menyediakan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pemahaman serta kemahiran murid secara spesifik. Seterusnya, rubrik pemarkahan yang telah saya rancang dan bina, disusun dengan teliti untuk memenuhi objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Dalam pada itu, rubrik ini dapat memberikan kerangka yang jelas dan objektif untuk mengukur pemahaman murid, dengan kriteria penilaian yang spesifik dan terperinci. Ini memastikan penilaian yang adil dan konsisten serta memberikan maklum balas yang bermakna kepada murid tentang prestasi mereka.


Selain itu, rubrik ini juga menggalakkan kesedaran diri dan penilaian kendiri di kalangan murid. Murid dapat memahami apakah yang diharapkan dari mereka dan bagaimana jawapan mereka dinilai, yang membantu mereka untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Ini adalah langkah penting dalam proses pembelajaran yang proaktif dan bertanggungjawab. Kesimpulannya, lembaran kerja dan rubrik pemarkahan yang saya pilih adalah sangat sesuai untuk menilai pemahaman murid dalam topik kelas makanan. Instrumen dan rubrik yang dipilih bukan sahaja menilai pengetahuan murid, tetapi untuk mengukur pemahaman konsep dan keupayaan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih luas, yang merupakan ciri utama pendidikan sains yang efektif dan berkesan.


Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP Sains Tahun 3 (Semakan) - Membalik Buku Halaman 1-50 | AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/rvsx/xzud/basic Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). BUKU TEKS SAINS TAHUN 3 - abdullahziyadi Flip PDF | AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/tklcl/npwa Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version