The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04028064, 2021-09-12 06:15:11

TUNKU ABDUL RAHMAN (1)

TUNKU ABDUL RAHMAN (1)

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA 2021

TUNKU ABDUL
RAHMAN

'bapa kemerdekaan'

DISEDIAKAN OLEH :
AIN HUMAYRAA BINTI MOHD HASLAM

SK LKTP TENGGAROH 04

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang
asing bagi masyarakat negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah
lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan
raja merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955 dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970. Sebagai seorang pemerintah yang
berwibawa, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun
1957. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya yang teragung. Beliau biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan".

NAMA MURID : AIN HUMAYRAA BINTI MOHD HASLAM
NAMA SEKOLAH :SK LKTP TENGGAROH 04
TARIKH LAHIR : 30/08/2010
UMUR : 11 TAHUN
KELAS : 5 IBNU HAJAR
HOBI : MELUKIS & MENJAHIT
CITA - CITA : PEREKA FESYEN
SLOGAN HIDUP : 'TALK LESS, DO MORE' -AMY POEHLER

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah

Tarikh Lahir : 08 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tiga Tangga di Alor Star, Kedah
Gelaran : Bapa Kemerdekaan
Jawatan : Perdana Menteri Malaysia Pertama

1911-Maktab Sultan

Abdul Hamid Alor Setar. 1916-Penang Free

School, Penang.

SEJARAH

PENDIDIKAN

1925-Lulus B. A.dari 1945-Lulus LLB,dari
University Cambridge Inner Temple, London

SEJARAH KERJAYA TUJUAN UTAMA
PERJUANGAN
1946 : Bertugas dengan kerajaan Kedah sebagai Pegawai
Daerah Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Kemudian Memperjuangkan kemerdekaan
dilantik sebagai Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden negara tanpa pertumpahan
Mahkamah Seksyen Selangor. darah.

1951 : Dilantik sebagai Presiden Umno dan
bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 : Mengetuai Rombongan Merdeka ke
London.
1957 : Dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama.
1962 : Mengetuai Rombongan ke London bagi
membentuk Gagasan Malaysia.
1963 : Membentuk Gagasan Malaysia pada
16.09.1963.

1970 : Bersara dari Bidang Politik.

"Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia tidak
melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata Tunku Abdul Rahman dalam sebuah
artikel. Tunku merupakan seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang
tersendiri.

Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan
dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah
seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila
beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan
apa cara sekalipun bak kata pepatah 'genggam bara api biar sampai menjadi arang'.
Dengan keazaman beliau, banyak perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi
kenyataan.

Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita
daripada belenggu penjajah. Rakyat sememangnya berasa kagum dengan matlamat
hidup beliau yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-
masa beliau yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.

"Semangat kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi
menyuburkan kemerdekaan yang kita capai"

Tunku Abdul Rahman

Berbuat baik dengan semua orang

Tunku merupakan seorang yang berjiwa rakyat walaupun dilahirkan
dalam keluarga diraja. Tunku tidak suka diskriminasi dan sentiasa
memperjuangkan persamaan hak sesama manusia. Sikap baik hati
beliau disenangi ramai sehingga dilabel sebagai 'Man of Peace'

Membantu semua orang ketika dalam kesusahan

Tunku berhempas-pulas cuba menyelamatkan ramai rakyat yang
hidup menderita pada zaman pencerobohan tentera Jepun. Tunku
tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila membantu

ramai tahanan yang terlepas dengan menyediakan tempat
perlindungan dan makanan.

Menang dalam keamanan

Tunku merupakan seorang pemimpin yang sangat mengeji
pertumpahan darah. Beliau berusaha dan berbincang bagi
membentuk perlembagaan Tanah Melayu yang bebas. Akhirnya

perbincangan tersebut berjaya.

Tonggak perpaduan dan keharmonian

Setelah Tanah Melayu merdeka, Tunku mengenengahkan idea untuk
menyatukan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk
menjadi Brunei. Kesemua negeri bersetuju kecuali Brunei dan

Singapura. Maka terbentuklah Malaysia.

Kepentingan Pendidikan

Tunku sangat mementingkan pendidikan kerana bagi beliau
pendidikanlah yang akan membantu mengubah nasib seseorang
dan juga menjadi penentu perkembangan sesebuah negara.

KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR)

KD Tunku Abdul Rahman merupakan kapal selam pertama negara
yang dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Dewan Tunku Abdul Rahman

Dewan Tunku Abdul Rahman merupakan tempat berlangsungnya
Persidang Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.

Yayasan Tunku Abdul Rahman

Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan sebuah yayasan yang
menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berpotensi tinggi daripada

semua kaum, latar belakang kewangan dan bidang pendidikan.

Universiti Tunku Abdul Rahman

Universiti Tunku Abdul Rahman merupakan sebuah institusi pengajian
tinggi swasta dan merupakan salah satu IPTS yang terunggul di
Malaysia.

Bidang Politik Bidang Ekonomi

Memupuk kerjasama antara kaum
dan mencapai persetujuan bagi
mewujudkan pemerintahan Mengetuai kabinet dan
negara merdeka. telah membentuk
Menamatkan ancaman komunis di strategi jangka panjang
Tanah Melayu (8.12.1941 - dengan melaksanakan
16.8.1945). rancangan pembangunan
Mengetuai rombongan ke London negara.
dan berjaya meyakinkan Kerajaan Melancarkan Dasar
British supaya menetapkan Ekonomi Baru.
tarikh kemedekaan pada 31 Ogos
1957.
Membentuk Persekutuan
Malaysia pada 16.9.1963.
Bidang Kesenian

Bidang Sosial Menganjurkan
Persidangan
Menghasilkan beberapa Antarabangsa Drama dan
artikel, buku dan Muzik Tradisional Asia
penulisan dalam ruangan Tenggara pada 27-30
akhbar. Ogos 1969.
Menghasilkan tiga buah
karya dan difilemkan.

Bidang Keislaman Bidang Sukan

Menjadi Presiden Pengasas Pesta Bola
Pertubuhan Kebajikan Merdeka.
Islam Malaysia (PERKIM). Presiden Persatuan
Terlibat dengan Bola Sepak Malaysia.
penganjuran Presiden
Pertandingan Membaca Konfiderasi Bola
Al-Quran. Sepak Asia.

Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya
kepada negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya
sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa
perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih dalam
belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada di dalam
peta dunia. Tunku Abdul Rahman bersara menjadi perdana
menteri selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Seharusnya kita mengambil contoh kebaikan dan
kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Malah kita juga perlu menjaga kemerdekaan negara agar
tidak jatuh ke tangan-tangan anasir luar.

Arkib Negara Malaysia
Biography.com
Falsafah diri dan
kehidupan (UTHM)
Parlimen.gov.my
Utusan.com.my
Wikipedia.org


Click to View FlipBook Version