The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04028064, 2021-10-24 04:34:27

AIN HUMAYRAA BINTI MOHD HASLAM

Pokok

TUMBUHAN DAN POKOK
DI RUMAH SAYA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: AIN HUMAYRAA BINTI MOHD HASLAM
KELAS: 5 IBNU HAJAR

NAMA KELAB: KOMPUTER SAINS MATEMATIK

POKOK BUNGA ROS

NAMA TEMPATAN:
POKOK BUNGA ROS

NAMA SAINTIFIK:
ROSA HYBRIDA

CIRI-CIRI POKOK BUNGA ROS:

Ia mempunyai duri yang tajam
bertujuan sebagai cara untuk
melindungi diri daripada musuh.Batang
berkayunya boleh memudahkan
tumbuhan ini dapat hidup di atas
tanah,dan ia mempunyai akar tunjang.

POKOK RERAMA

NAMA TEMPATAN:
POKOK RERAMA

NAMA SAINTIFIK:
MARIPOSA CHRISTIA

CIRI-CIRI POKOK RERAMA:
Sejenis tumbuhan herba berbatang
lembut berasal dari Asia Tenggara.Ia
mudah tumbuh di kawasan yang mendapat
cahaya matahari penuh.Tetapi boleh juga
tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya

matahari separa.

POKOK BUNGA ROS JEPUN

NAMA TEMPATAN:
POKOK BUNGA ROS JEPUN

NAMA SAINTIFIK:
PORTULACA GRANDIFORA

CIRI-CIRI POKOK BUNGA ROS JEPUN:

Pokok bunga ros jepun adalah tanaman semusim yang boleh
mencapai ketinggian kurang dari 30sm. Disebabkan pokok
ini mempunyai bunga yang cantik dan berwarna-warni,ia

seringkali menjadi tanaman hiasan di taman. Daunnya
berbentuk tirus dan tebal. Bunganya menyerupai bunga

ros. Kelopaknya ada yang selapis atau berlapis lapis
berwarna merah, oren, merah jambu, putih dan kuning.

Batangnya lembut dan berwarna hijau kecoklatan.

POKOK LIDAH BUAYA

NAMA TEMPATAN:
LIDAH BUAYA

NAMA SAINTIFIK:
ALOE VERA

CIRI-CIRI POKOK LIDAH BUAYA:

Lidah buaya adalah tumbuhan saka, sukulen separa tropika.
Mempunyai akar serabut yang kuat dan hijau ke kelabu hijau

yang berisi tebal, dan bergerigi. Pokok lidah buaya boleh
menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk
hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm panjang
pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga

pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa
batang jambak bunga.

POKOK WANDERING JEW

NAMA TEMPATAN:
WANDERING JEW

NAMA SAINTIFIK:
TRADESCANTIA ZEBRINA

CIRI-CIRI POKOK WANDERING JEW:

Daun dan batangnya yang berwarna hijau merah
menjadikannya tumbuhan hiasan dalaman idaman.Untuk
penjagaan maksimum, jangan lakukan penyiraman terus

ke atas mahkotanya bagi mengelakkan tumbuhan
membusuk.Disebabkan kadar pertumbuhannya yang

cepat, pemangkasan perlu dilakukan sekurang
kurangnya tiga minggu sekali.

POKOK ATI ATI

NAMA TEMPATAN: POKOK ATI ATI
NAMA SAINTIFIK: COLEUS BLUMEI

CIRI-CIRI POKOK ATI ATI:

Pokok ati ati merupakan sejenis pokok hiasan yang cantik dan
mempunyai daun yang unik dengan kombinasi satu atau beberapa
warna. Warna yang terang dan ceria menjadi tarikan serta sesuai
dijadikan tanaman landskap. Pokok ati ati yang telah matang akan

menghasilkan bunga kecil dalam satu jambak. Lazimnya bunga
berwarna biru atau putih. Daun jenis ringkas, berbentuk bujur

dan mempunyai tekstur daun yang agak kasar. Pangkal daun
berbentuk bulat manakala bahagian apeks menirus. Bahagian

margin pula bergerigi dan tidak sekata.

POKOK LIDAH JIN

NAMA TEMPATAN:
LIDAH JIN

NAMA SAINTIFIK:
SANSEVIERIA
TRIFASCIATA

CIRI-CIRI POKOK LIDAH JIN:

Pokok lidah jin atau sansevieria trifasciata adalah tumbuhan
asli dari Benua Afrika. Pokok lidah jin mempunyai daun yang
panjang dan runcing. Terdapat banyak jenis pokok lidah jin

dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya.
Pokok biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak
daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga. Pokok lidah jin

juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih
kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang.


Click to View FlipBook Version