PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
PANDUAN PENGURUSAN
PELAJAR DI KAMPUS
INSPEN
DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
FASA 3 DAN FASA 4
BERKUATKUASA 1 OKTOBER 2021
Disediakan oleh:
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
PUSAT AKADEMIK
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
KANDUNGAN Mukasurat
1
Bil Perkara 1
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Takfsiran 2
3.0 Syarat Masuk Kampus 2
3
3.1 Vaksinasi 4
3.2 Pengangkutan 4
3.3 Peringkat Kemasukan Pelajar 4
4.0 Kaedah Pelaksanaan 5
4.1 Semasa Masuk Kampus 6
4.2 Semasa Berada Di Kampus 7
8
4.2.1 Aktiviti Di Kampus 9
4.2.2 Peraturan Keselamatan
4.2.3 Peraturan Asrama
4.2.4 Peraturan Umum
5.0 Penutup
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
1.0 PENDAHULUAN
Panduan pengurusan pelajar ini adalah bertujuan untuk menjelaskan
pelaksanaan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar INSPEN. Pihak
INSPEN mengambil serius terhadap situasi semasa dan arahan yang telah
dikeluarkan oleh Kerajaan. Oleh itu, panduan ini meliputi langkah-langkah
kawalan yang perlu dilaksanakan dengan merujuk kepada arahan terkini oleh
pihak Kerajaan yang telah menguatkuasakan Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Fasa 3 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 Oktober
2021.
Rasional panduan ini dikeluarkan adalah bagi memastikan keselamatan pelajar
sepanjang berada di INSPEN dan mengurangkan kadar jangkitan Covid-19
dalam kalangan pelajar dan staf INSPEN. Panduan ini juga menerangkan
kaedah pergerakan pelajar keluar masuk kampus dan peraturan semasa
keberadaan di dalam kampus. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini berkuat
kuasa pada 1 Oktober 2021.
2.0 TAFSIRAN
2.1 Pelajar
Individu yang sedang menuntut di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan
berstatus pelajar aktif (Mod Perdana).
2.2 Waris
Pihak yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan menjaga pelajar jika
ketiadaan ibu bapa pelajar. Individu ini termasuklah ahli keluarga, adik
beradik dan saudara.
2.3 Lengkap Vaksinasi
Melengkapi vaksinasi berdasarkan spesifikasi dan tempoh masa yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
1
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
3.0 SYARAT MASUK KAMPUS
3.1 Vaksinasi
i) Hanya pelajar yang berikut dibenarkan mendaftar masuk ke kampus
INSPEN:
a) Pelajar yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
b) Pelajar yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksinasi
c) Pelajar yang telah mendaftar MySejahtera dan bersetuju di
vaksinasi
ii) Pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person Under
Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), TIDAK
DIBENARKAN masuk ke kampus.
iii) Saringan kesihatan akan dibuat di pintu masuk utama INSPEN oleh
Pengawal Keselamatan. Jika suhu badan melebihi 37.5o Celsius,
pelajar/waris TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan INSPEN.
Pelajar/waris diminta untuk menghubungi Unit HEP untuk tindakan
lanjut.
iv) Mempastikan rekod di aplikasi MySejahtera berstatus ‘risiko rendah’.
v) Mengisi Health Declaration Form (HDF) yang boleh diperolehi di
Pondok Pengawal Utama dan hendaklah dikemukakan kepada Unit
HEP.
3.2 Pengangkutan
i) Pelajar hanya dibenarkan menaiki kenderaan sendiri, diiringi
SEORANG waris/penjaga dan satu kenderaan sahaja dibenarkan
masuk ke dalam INSPEN.
ii) Hanya waris/penjaga yang telah lengkap menerima vaksin sahaja
dibenarkan menghantar pelajar.
iii) Pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.
3.3 Peringkat Kemasukan Pelajar
i) Pelajar Sijil Agensi Harta Tanah Sesi 2020/2021
Pelajar Semester 2 Sesi 2020/2021 perlu menghadiri peperiksaan
akhir secara bersemuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Oleh itu
pelajar berkenaan dikehendaki mendaftar masuk ke kampus INSPEN
pada 3 Oktober 2021.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
2
ii) Pelajar Sijil Penilaian Harta Tanah Sesi 2020/2021
Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Semester 3 Sesi
2020/2021 akan dilaksanakan secara bersemuka pada 18 Oktober
2021. Oleh itu pelajar berkenaan dikehendaki mendaftar masuk ke
kampus INSPEN pada 16 Oktober 2021.
iii) Pelajar Sijil Pengurusan Harta Tanah Sesi 2020/2021
Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Semester 3 Sesi
2020/2021 akan dilaksanakan secara bersemuka pada 18 Oktober
2021. Oleh itu pelajar berkenaan dikehendaki mendaftar masuk ke
kampus INSPEN pada 17 Oktober 2021.
iv) Pelajar Sijil Harta Tanah Kemasukan Sesi 2021/2022
Pelajar kemasukan baru bagi Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil
Pengurusan Harta Tanah dan Sijil Agensi Harta Tanah akan
mendaftar masuk untuk Sesi 2021/2022 pada 8 November 2021.
Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Minggu Jalinan Mesra Pelajar
Baharu pada 8 hingga 12 November 2021. Seterusnya pelajar akan
mengikuti aktiviti kesenian dan kemahiran.
Pelajar Sijil Agensi Harta Tanah akan memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran pada 15 November 2021 manakala pelajar Sijil
Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah pada 6
Disember 2021.
v) Pelajar Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta
Tanah Sesi 2020/2021
Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Semester 4 Sesi
2020/2021 akan dilaksanakan secara bersemuka pada 6 Disember
2021. Oleh itu pelajar berkenaan dikehendaki mendaftar masuk ke
kampus INSPEN pada 5 Disember 2021.
3.4 Kemasukan bagi Tujuan Mengambil Barang di Asrama
i) Bagi pelajar yang masih mempunyai barangan peribadi di asrama
semasa arahan pengosongan asrama terdahulu dikehendaki
memohon dan mendapatkan kelulusan sebelum masuk kampus
3
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
INSPEN.
ii) Pelajar yang telah mendapat kelulusan dikehendaki hadir mengikut
tarikh dan masa yang ditetapkan.
iii) Masa yang diberikan adalah tiga (3) jam sahaja untuk mengambil
barang dan mengosongkan bilik.
iv) Pelajar dikehendaki membuat ‘clearance’ dan memulangkan kunci
bilik di Pejabat Domestik sebelum meninggalkan kampus mengikut
masa yang ditetapkan.
v) Pelajar yang telah menerima surat kebenaran dan gagal
menghadirkan diri untuk pengosongan bilik, caj sewaan bilik akan
dikenakan bermula pada tarikh kebenaran masuk sehinggalah barang
diambil dan bilik dikosongkan.
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 Semasa Masuk Kampus
i) Kemasukan pelajar bermula pada 3 Oktober 2021 dari jam 9.00 pagi
sehingga 4.30 petang.
ii) Pelajar hanya dibenarkan masuk ke kampus melalui Pintu Utama
INSPEN.
iii) Pelajar perlu menunjukkan surat panggilan memasuki kampus.
iv) Pelajar dikehendaki menjalani prosedur saringan kesihatan iaitu
pemeriksaan suhu badan, imbasan MySejahtera dan imbasan QR
Code Masuk Kampus.
v) Pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan mestilah mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negeri (MKN) masing-masing dan menjalani ujian
kendiri RTK-Antigen Saliva di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur.
4.2 Semasa Berada di Kampus
Pelajar perlu mematuhi SOP yang dikuatkuasakan bagi mengekalkan zon
selamat di dalam kampus. Selain peraturan sedia ada, pelajar juga perlu
mematuhi peraturan berikut:
4.2.1 Aktiviti di Kampus
i) Pelajar diwajibkan memakai pelitup muka pada setiap masa,
pemeriksaan suhu badan dan sentiasa mencuci tangan dengan
4
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
sabun atau “hand sanitizer”.sepanjang keberadaan di dalam
kampus INSPEN.
ii) Perpustakaan boleh digunakan tertakluk kepada SOP yang telah
ditetapkan oleh pengurusan perpustakaan.
iii) Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang dilakukan
secara individu atau berkumpulan di kawasan terbuka (outdoor)
atau tertutup (indoor) adalah dibenarkan dan terhad bagi pelajar
yang telah LENGKAP VAKSINASI sahaja.
iv) Pelajar perlu menjaga penjarakan fizikal dan tidak berkumpul di
tempat yang terbuka dan tertutup. Pelajar juga perlu
mempraktikkan tidak bersalaman atau bersentuhan fizikal.
v) Pelajar TIDAK DIBENARKAN BALIK ke rumah atau bermalam
dalam tempoh 14 hari selepas mendaftar masuk ke kampus
INSPEN kecuali atas sebab kematian sahaja.
vi) Mana-mana pelajar yang perlu balik bermalam atas sebab
kematian dan telah mendapat kelulusan Ketua Pusat
Akademik, dikehendaki mengisi permohonan balik bermalam
menggunakan Kad Balik Bermalam dan perlu ditandatangani
oleh Warden/Pegawai HEP sebelum balik bermalam. Pelajar
perlu mengemukakan satu (1) salinan Sijil Pengesahan Kematian
atau Permit Kebumi kepada Pusat Akademik sebaik sahaja
kembali ke INSPEN.
vii) Pelajar yang balik bermalam dan ingin masuk semula ke kampus
dikehendaki menjalani Ujian RTK-Antigen Saliva dan kos ujian
ditanggung oleh pelajar. Keputusan ujian ini perlu disaksikan staf
Unit HEP.
4.2.2 Peraturan Keselamatan
i) Pelajar dibenarkan keluar harian (outing) sebanyak TIGA (3)
kali dalam sehari sahaja.
ii) Pelajar perlu meninggalkan kad matrik di pos pengawal utama
dan wajib untuk mengisi buku daftar keluar masuk pelajar yang
disediakan. Tiada had masa yang ditentukan bagi setiap waktu
keluar.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
iii) Waktu keluar masuk pelajar adalah bermula jam 7.30 pagi
sehingga jam 10.30 malam sahaja. Pelajar yang pulan5g ke
kampus INSPEN melebihi dari waktu yang ditetapkan akan
dikenakan tindakan tatatertib.
iv) Mana-mana pelajar yang pulang ke kampus INSPEN melebihi
dari waktu yang ditetapkan atas sebab KECEMASAN perlu
memaklumkan kepada warden atau Unit Hal Ehwal Pelajar bagi
mengelakkan Unit Keselamatan mengambil tindakan
selanjutnya.
v) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan pihak ketiga bagi
urusan mencatat keluar masuk di Pos Utama INSPEN.
vi) Pelajar yang ingin balik bermalam pada hujung minggu/cuti
umum hanya dibenarkan dengan kebenaran yang diberikan
oleh pihak warden atau Unit Hal Ehwal Pelajar sahaja. Kad
Kebenaran (kad outing) perlu ditandatangani oleh warden atau
Unit Hal Ehwal Pelajar dan diserahkan kepada pengawal yang
bertugas di Pos Utama INSPEN.
vii) Pelajar juga perlu mengisi buku daftar masuk dan keluar pelajar
yang disediakan dan meninggalkan kad matrik pelajar di
Pondok Pengawal Utama.
viii)Pelajar INSPEN (kecuali semester pertama) dibenarkan
membawa kenderaan sendiri (kereta atau motosikal). Pelajar
hanya dibenarkan membawa salah satu kenderaan sahaja dan
perlu didaftarkan.
ix) Permohonan membawa kenderaan perlu melalui borang yang
disediakan dan pelajar perlu memastikan semua dokumen
yang diperlukan adalah lengkap diisi dan mendapat kelulusan
daripada Pusat Akademik.
x) Pelekat kenderaan pelajar yang diluluskan hanya diberikan
SATU (1) sahaja.
xi) Kenderaan pelajar yang tidak mempunyai pelekat kenderaan
TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk ke dalam kawasan
INSPEN.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
xii) Jika didapati pelajar membawa kenderaan ke dalam kawasan
INSPEN tanpa kebenaran, kenderaan tersebut akan diku6nci
(clamping) oleh Unit Keselamatan dan proses membuka kunci
tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Pusat Akademik.
xiii)Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan
kenderaan yang dibawa. Pihak INSPEN tidak
bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa
kerosakan/kehilangan kenderaan berkenaan.
4.2.3 Peraturan Asrama
Berikut adalah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua
pelajar INSPEN semasa berada di asrama:
i) Hanya pelajar yang telah mendaftar di Pejabat Pengurusan
Domestik sahaja yang dibenarkan menginap asrama.
ii) Pelajar hendaklah menghuni di bilik yang telah ditetapkan oleh
Unit Pengurusan Domestik dengan kuota satu bilik seorang.
iii) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, bilik
penginapan dan kawasan sekitar asrama .
iv) Pelajar hendaklah memastikan kipas dan lampu ditutup apabila
meninggalkan bilik.
v) Pelajar TIDAK DIBENARKAN menceroboh bilik pelajar yang
lain.
vi) Pelajar TIDAK DIBENARKAN berkumpul dan berhimpun
beramai -ramai di sesuatu tempat dalam bangunan asrama.
vii) Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa masuk individu atau
pelajar lain menginap di bilik sendiri.
viii) Pelajar hendaklah mengamalkan penjarakan sosial dan
mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat)
ix) Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup
muka dan membersihkan tangan menggunakan “hand
sanitizer” yang secukupnya dalam kawasan asrama.
7
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
x) Pelajar hendaklah menjaga segala peralatan, perabot dan
kemudahan yang telah disediakan oleh pihak asrama dengan
baik.
xi) Pelajar digalakkan membuat aduan dalam talian melalui Sistem
e-ADU INSPEN apabila mendapati terdapat kerosakan di
dalam bilik atau ruang gunasama di asrama.
xii) Mana-mana pelajar yang merasakan diri sendiri atau rakan
sama aras tidak sihat, perlu memaklumkan SEGERA kepada
mana Warden Siswa/Siswi atau Unit Hal Ehwal Pelajar untuk
diambil tindakan.
4.2.4 Peraturan Umum
i) Selagi penularan wabak COVID-19 masih belum dapat ditangani
sepenuhnya, semua pelajar perlu mengamalkan perkara berikut:
• Pastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
pada setiap masa;
• Elakkan 3C (Crowded, Confined and Close conversation)
• Amalkan 3W (Wash hands, Wear mask & Warn), dan
• Patuhi etika batuk dan bersin semasa di tempat awam
8
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAJAR DI KAMPUS INSPEN
ii) Pelajar yang mempunyai gejala COVID-19 mestilah
memaklumkan dengan segera kepada pihak pengurusan Pusat
Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan
rawatan ke klinik kesihatan kerajaan.
iii) Pusat Akademik menggesa semua pelajar mengutamakan
kesihatan dan keselamatan masing-masing pada setiap masa.
Perkara ini sangat penting bagi meminimakan risiko jangkitan
COVID-19 di kalangan pelajar, keluarga dan pihak pengurusan
INSPEN.
iv) Pelajar mestilah sentiasa mengamalkan kebersihan, mematuhi
semua peraturan, sentiasa waspada dengan keberadaan
mereka, istiqamah dalam menterjemahkan arahan untuk
dipraktikkan dan mendisiplinkan diri pada setiap masa.
5.0 PENUTUP
Semua pelajar INSPEN harus mematuhi garis panduan dan peraturan yang
telah ditetapkan.
Sebarang kemusykilan boleh dirujuk kepada:
Puan Faridah Bt Abdul Rahman
Ketua Unit HEP, Pusat Akademik
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Tel.: 603 – 8911 8622 (talian terus)
Tel. Bimbit: 017-786 6858
Email: [email protected].
PUSAT AKADEMIK
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
4 OKTOBER 2021.
9