KONSEP ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran Definisi Aalat untuk mengukur perubahan tingkah laku murid dlm pembelajarannya Satu proses untuk menentukan tahap pencapaian murid Proses untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan/ penghakiman nilai Proses menentukan pencapaian dan membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya Tujuan Utama Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran Membuat pengelasan bagi pencapaian kedudukan dlm pembelajaran Memberikan maklumat ttg pencapaian hasil pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum utk membuat keputusan Memperoleh dan memberi maklumat yang berterusan untuk menambahbaik pembelajaran Orientasi/ Fokus Terhad kepada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran Berfokuskan pada sesuatu peringkat pembelajaran Berorientasikan produk/hasil mengenai apaapa yg telah dipelajari Berorientasikan proses mengenai perkembangan pembelajaran Kaedah/ Bentuk Pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian bertulis Pelbagai cra mengumpulkan data kuantitatif Pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif Pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif Kegunaan Untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid dan pencapaian selepas suatu unit pembelajaran Untuk pengelasan dan penempatan murid dalam jurusan tertentu Untuk memperbaik kurikulum, cara pengajaran dan membuat ramalan Untuk menambahbaik PdP dari segi mengesan punca kelemahan Keputusan Pencapaian suatu kemahiraan atau penguasaan pembelajaran yang spesifik Pencapaian dalam bentuk kuantitatif Penghakiman utk mencapai gred/skor keseluruhan Pengesanan/ Pengenalpastian aspek-aspek pemb utk penambahbaikan 1
PERANAN DAN TUJUAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Tujuan Pentaksiran 1) Keputusan Instruksional - Keputusan instruksional guru sering kali dibuat sebelum, semasa dan selepas PdPc. - Ia adalah berdasarkan aspek pengetahuan sedia ada, tahap dan pencapaian murid sebelum ini. - Sebelum PdPc: o Pentaksiran terhadap murid sblm PdPc adalah penting untuk mendapatkan maklumat mengenai kesediaan murid utk belajar, perancangan aktiviti pemulihan dan penentuan hasil PdPc. - Semasa PdPc: o Keputusan dibuat mengenai cara dan kadar penyampaian input, cara mendapat tumpuan dan perhatian murid, mengawal tingkah laku serta membuat pengubahsuaian kpd rancangan pengajaran. - Selepas PdPc: o Guru menilai pemb murid, aktiviti PdPc dan diri sendiri supaya dapat memberikan gred kpd murid serta menambah baik PdPc. 2) Keputusan Bimbingan - Pentaksiran blh membantu dlm menyediakan maklumat murid supaya bimbingan kerjaya boleh dilaksanakan. - Cth: o Ujian pencapaian o Ujian aptitud o Ujian personaliti 3) Keputusan Pentadbiran - Pentaksiran bertujuan utk membuat keputusan pentadbiran dari aspek pemilihan, pengkelasan dan penempatan pelajaran ke bidang yg relevan. - Ini dilakukan dgn cara guru merujuk data pentaksiran utk membuat keputusan pentadbiran yg baik. - Cth: o Pemilihan murid utk mewakili sekolah ke pertandingan tertentu. o Pemilihan aliran di tingkatan 4 (PT3). 4) Keputusan Penyelidikan - Pentaksiran memberi maklumat secara berterusan utk menambah baik PdPc dari masa ke masa. 5) Pentaksiran sebagai Motivator Pembelajaran - Merangsang minat intrinsik murid dan memberikan penunjuk serta keyakinan utk mendorong murid terus berusaha dlm pembljrn. 2
3
Ciri Utama Pentaksiran untuk Pembelajaran Pentaksiran tentang Pembelajaran Pentaksiran sebagai pembelajaran Definisi Pentaksiran yg membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dlm prestasi mereka supaya dpt menambahbaik pencapaian mereka. Strategi melaporkan pencapaian murid pada akhir sesuatu unit atau program. Murid merupakan penilai sendiri dan mereka memantau pembelajaran sendiri dgn menyosal dan menggunakan pelbagai strategi utk memutuskan apa2 yg mereka tahu dan boleh lakukan. Tujuan Menggalakkan peningkatan dlm pencapaian utk membantu murid menepati standard Menyokong perkembangan murid secara berterusan Mendokumentasikan pencapaian murid serta penguasaan standard Mengukur kedudukan pencapaian pada sesuatu ketika untuk tujuan pelaporan. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid atas pembelajaran sendiri Menggalakkan penilaian kendiri untuk perkembangan diri murid. Fokus pentaksiran Sasaran pencapaian spesifik yg ditentukan olh guru utk membolehkan murid mencapai standard. Akautabiliti terhadap standard pencapaian dipertanggungjawabkan kpd sekolah, guru dan murid. Standard pencapaian dipertanggungjawabkan kepada murid sendiri Tempoh pelaksanaan Semasa pembelajaran Selepas pembelajaran Secara berterusan dlm pembelajaran Kegunaan Memberi maklum balas kepada murid utk menambah baik pembelajaran, membantu guru menganalisis kelemahan dan keperluan murid, membantu ibu bapa memantau kemajuan pembelajaran anak serta memberi sokongan kepada murid. Memberikan pensijilan kepada murid mengenai pencapaian Menyaring murid berdasarkan keputusan pencapaian, kenaikan dan graduasi. Memberi maklum balas terhadap kemajuan berdasarkan penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya Menambah baik pembelajaran secara kendiri dan menggariskan perkembangan diri dlm pembelajaran. Peranan guru Mentransformasi standard ke dlm sasaran bilik darjah yang ingin dicapai. Memberitahu murid ttg sasaran pencapaian Membina alat pentaksiran Modifikasi pengajaran berdasarkan keputusan Memberi maklum balas kpd murid dan melibatkan murid dalam pentaksiran Mentadbir ujian dengan baik utk memastikan kejituan dan kebolehbandingan dlm keputusan Menggunakan keputusan utk membantu murid menepati standard Mengintepretasi keputusan untuk ibu bapa Menggubal alat pentaksiran untuk penggredan dalam kad pelaporan Menetapkan sasaran pencapaian bersama-sama murid Menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri Membantu murid menyoal ttg pembelajaran sendiri. Menyediakan cara utk menggunakan mklm balas formal atau x formal serta penilaian kendiri utk memahami langkah pembelajaran selanjutnya. Peranan murid Sentiasa mengikuti kemajuan sendiri Menyumbang kepada pencapaian matlamat Mengambil tindakan terhadap keputusan pentaksiran supaya Belajar utk memenuhi standar Mengambil ujian yg ditadbir dan berusaha utk mendapat skor tertinggi Mengelakkan kegagalan Memantau kemajuan diri supaya mencapai sasaran Membuat penilaian kendiri utk menambah baik prestasi 4
beransur dlm menambah baik prestasi Contoh instrumen Pelbagai alat pengukuran (tradisional/autentik) Rubrik pemarkahan Maklum balas kualitatif kpd murid Ujian pencapaian Peperiksaan akhir Ujian sumatif Ujian penempatan Penilaian kendiri Penilaian rakan sebaya CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN 1) Kesahan Kesesuaian, ketepatan interpretasi dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu pentaksiran utk sekumpulan individu. Mengukur secara tepat apa yang ingin diukur. Jenis Kesahan: o Kesahan Kandungan - Analisis kandungan dan tugasan yg terkandung dlm instrumen dan domain hasil pembelajaran yang hendak diukur serta darjah padanan anatara mereka. - Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). o Kesahan Konstruk - Merujuk kepada suatu ujian yg blh menguji kesemua atribut yg ingin diukur. o Kesahan Ramalan - Merujuk kepada tahap skor suatu ujian membolehkan guru utk membuat ramalan ttg prestasi masa hadapan. - Ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa hdpn. Faktor yg mempengaruhi Kesahan: o Faktor ujian itu sendiri - Arahan kurang jelas - Perbendaharaan kata - Tempoh masa tidak mencukupi - Susun atur item dalan suatu ujian - Item ujian tidak menepati hasil pembelajaran o Faktor pentadbiran dan penskoran - Masa yg tidak cukup - Ketidakadilan dlm memberikan bantuan kpd calon tertentu - Penipuan semasa peperiksaan o Faktor respons murid - Gangguan emosi murid (luaran atau dalaman) 5
- Kurang motivasi utk berusaha sebaik mungkin - Keresahan terhadap ujian 2) Kebolehpercayaan Merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran. Ketekalan prestasi murid (pencapaian) dlm kedua-dua ujian yg sama ttp ditadbir pada masa yang berlainan. Faktor yg mempengaruhi kebolehpercayaan: o Bilangan tugasan pentaksiran/item - Semakin bnyk bil tugasan dlm suatu pentaksiran, semakin tinggi kebolehpercayaan - Pengaruh faktor peluang (tekaan) yang kurang o Serakan skor - Semakin besar serakan skor, semakin tinggi kepercayaan - Menambahkan item sukar dlm suatu ujian o Objektiviti ujian - Tahap kompetensi pemeriksa2 dlm menghasilkan keputusan penskoran yg sama - Semakin objektif cara penskoran, semakin tinggi kebolehpercayaan Cara utk mengganggarkan kebolehpercayaan: o Uji-ulang uji o Ujian bentuk setara o Ujian bahagi dua o Koefisien Alpha o Konsistensi antara pemeriksa 3) Keobjektifan Merujuk keobjektifan penskoran dan keobjektifan item ujian Bermaksud tahap beberapa org yg memerika skrip jawapan akan memberikan skor yg sama Bebas drp pandangan peribadi pemeriksa dan penghakiman bias Aspek keobjektifan: o Keobjektifan penskoran - Seorg atau bnyk pemeriksa yg berlainan akan mencapai keputusan yg sama utk skrip ujian pada bila2 masa tanpa ada ralat peluang. - Elak dripada penghakiman peribadi. o Keobjektifan item ujian - Item yg dikemukakan akan mempunyai satu jawapan yg tetap 6
- Item objetif mempunyai keobjektifan yg tinggi kerana mempunyai satu respons yg tepat. 4) Kemudahtadbiran Merujuk kpd pentadbiran ujian secara baik dan berjalan lancar dari segi penyediaan ujian sebelum, semasa dan selepas ujian. 5) Kemudahtafsiran Bermaksud data yang diperlohei perlu diinterpretasi dgn betul dan diaplikasi dgn berkesan utk kegunaan selanjutnya. Keputusan ujian harus blh ditafsir dgn memberikan gambaran umum kpd murid ttg pencapaian indvidu berbanding dgn kumpulan pljr. 7
JENIS ALAT PENTAKSIRAN 8
KRITERIA PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF Pengertian Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan. Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera. Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas. Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun). Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat. Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya. Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau kelas. Secara kelas Jenis Ujian 1) Ujian Objektif Memerlukan murid memilih respons daripada senarai yg 9
diberikan atau mengemukakan respons sendiri (bersifat dikotomous). Jenis: Item memilih respons a) Aneka pilihan b) Aneka gabungan c) Betul-salah d) Padanan e) Isi tempat kosong Item mengemukakan respons a) Isi tempat kosong b) Objektif bergred 2) Ujian Subjektif Item yg mengundang subjektiviti atau pelbagai respons murid supaya murid dapat mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dikuasainya. Bersifat polikotumus. Jenis: Item berstruktur Item respons terhad Item respons terbuka 3) Ujian Rujukan Norma Digunakan utk menentukan prestasi seseorang murid berdasarkan alat pengukuran yg sama. Tujuan - Membuat perbandingan prestasi seseorg murid dgn murid yg lain - Membuat pemilihan murid utk pensijilan Jenis item - Dibina dari peringkat mudah ke sukar Pelaporan - Gred/markah diberikan Kecakupan kandungan - Mencakupi kandungan yg luas Contoh (sumatif) - Peperiksaan akhir thn - UPSR, PT3, SPM 4) Ujian Rujukan Kriteria Menerangkan ttg prestasi murid berdasarkan sesuatu standard atau kriteria Tujuan - Membuat perbandingan prestasi murid dgn beberapa kriteria - Menentukan sama ada murid tlh menguasai kemahiran - Menambah baik PdPc Jenis item - Tahap kesukaran hamper sama Pelaporan - Tidak diberikan gred/markah Kecakupan kandungan - Aspek kandungan yg spesifik Contoh (formatif) - Ujian - Kuiz - Latihan Pentaksiran Autentik 10
Merujuk penilaian yg dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yg dipamerkan olh murid dalam bilik darjah. Melibatkan murid secara realisti dan bermakna dalam menilai mereka sendiri. Pentaksiran yg dilakukan secara berterusan. Proses pentaksiran alternative yg lebih luas dan melihat perkembangan murid secara menyeluruh dan bukan hanya kpd ujian semata2. Merangkumi pelbagai aspek spt: o Pengetahuan murid o Pemahaman murid o Kemahiran menyelesaikan masalah o Kemahiran sosial Rubrik: o Panduan penskoran utk menilai prestasi murid berdasarkan kriteria. o Deskriptor dlm kriteria menentukan prestasi murid yg perlu dicapai. Jenis-jenis Pentaksiran Autentik 1) Pentaksiran Prestasi Aktiviti atau tugasan yg dpt menilai apa yg murid boleh buat berdassarkan pengetahuan dan kemahiran yg tlh mereka pelajari dlm keadaan dunia sebenar. Cth: o Projek o Persembahan o Pemerhatian o Produk o Tugasan bertulis (laporan/artikel) o Buku skrap 2) Pentaksiran Porfolio Pentaksiran yg dilakukan terhadap satu koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan pemb murid yg dilakukan bersama2 guru dan murid berdasarkan kriteria yg tlh ditetapkan. Memudahkan murid, ibu bapa dan guru utk lihat perkembangan murid. Cth: o Portfolio produk - Portfolio hasil terbaik - Koleksi hasil kerja murid yg terbaik dlm suatu tempoh masa tertentu. - Murid diberi perluang utk memilih hasil kerja mereka yg terbaik. - Refleksi: Tumpuan kpd kekuatan hasil kerja yg dipilih berdasarkan standard yg ditetapkan. o Portfolio proses - Tumpuan kepada proses pemb dan bukannya produk akhir proses pemb. - Refleksi: Tumpuan kpd aspek proses pembelajaran spt jenis pendekatan yg terbaik, maklumat tentang diri sendiri, strategi yg akan 11
diambil dlm tugasan akan dtg. o Portfolio penilaian - Mempamerkan satu siri penilaian sepanjang PdPc atau pencapaian murid dgn mengambil kira mklmt dan kriteria yg ditetapkan di awal penilaian. - Mendokumenkan ujian, pemerhatian, rekod. - Merangkumi segenap aspek, dimana hasil kerja yg kurang berjaya juga dimuatkan dlm portfolio. 3) Penilaian Rakan Sebaya Murid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secaraa individu atau berkumpulan. Penilaian berdasarkan kriteria rubrik atau senarai semak yg disediakan. Murid dpt menghayati ciri2 pembelajaran yg berkualiti melalui penilaian rakan sebaya. 4) Penilaian Kendiri Penilaian yg dilakukan olh murid sendiri mengenai kemajuan pemb mereka berdassarkan matlamat pemb/standard yg perlu dicapai. 5) Pentaksiran Atas Talian Proses pentaksiran secara elektronik dgn menggunakan TMK dlm semua aktiviti pentaksiran termasuk mklm balas. Proses pengukuran sesuatu aspek berdasarkan mtlmt dan tujuan yg ditetapkan melalui komputer dan rangkaian internet. E-portfolio dpt menggalakkan murid membuat reflekssi dan pembelajran secara mendalam. MERUNGKAI STANDARD DAN PENJAJARAN KONSTRUKTIF Konsep Merungkai Standard Strategi utk guru mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan kandungan yang diperlukan dlm sesuatu mata pelajaran utk memastikan murid dpt bljr dgn jayanya. Proses dlm bilik darjah ttg perkara yg murid perlu tahu dan boleh lakukan bagi sesuatu mata pelajaran. Merujuk kepada DSKP: o Standard Kandungan o Standard Pembelajaran o Standard Prestasi Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti pengetahuan 12
(konsep) dan kemahiran yg terdapat dlm standard dan indikator. Proses Merungkai Standard 1) Kenal pasti Bidang dan Kandungan mengikut tahap/tahun/tingkatan 2) Kenal pasti Standard Kandungan 3) Kenal pasti Indikator 4) Kenal pasti Konsep (Pengetahuan) - Apa yang pelajar perlu tahu? 5) Kenal pasti Kemahiran - Apa yang pelajar boleh buat? 6) Topik atau Konteks - Apa yang akan digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran – unit khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti) 7) Kenal pasti Idea-idea utama 8) Kenal pasti soalan-soalan penting 9) Bina soalan-soalan penting daripada Idea-idea Utama untuk memandu Pengajaran dan Pentaksiran 10) Bina Perancangan Pengajaran dan Pentaksiran 11) Membuat rumusan Konsep Penjajaran Konstruktif Penjajaran: - Tugasan pentaksiran perlu dijajarkan mengikut perkara yg perlu dipelajari olh murid. - Apa yg dibuat olh guru dlm menyediakan persekitaran pemb yg menyokong aktiviti2 pemb yg sesuai utk mencapai hasil pem yg dikehendaki. - Merujuk kepada objektif kurikulum, aktiviti PdPc dan pentaksiran. Konstruktif: - Teori konstruktivisme, murid membina pengetahuan sendiri. - Murid membina makna melalui aktiviti2 pemb yg relevan. - Proses pengajaran hanya menjadi pengantara. Ringkasnya, penjajaran konstrukti merujuk kpd prinsip yg digunakan 13 Indikator Hasil pembelajaran mata pelajaran bagi tahap yg khusus (tahun/tingkatan). Standard Penyataan umum ttg hasil pembelajaran, perkara yg murid perlu tahu dan boleh lakukan.
utk merangka aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran utk mencapai hasil pembelajaran yg dikehendaki. Kesemua komponen dijajarkan antara satu sama lain. Proses Penjajaran Konstruktif 1) Hasil Pembelajaran Mendefinisikan hasil pembelajaran yg dikehendaki. 2) Kaedah Pengajaran Memilih aktiviti2 PdPc yg sesuai ytk mencapai hasil pembelajaran. 3) Tugasan Pentaksiran Mentaksir hasil pembelajaran sebenar murid utk melihat pencapaiannya. 4) Penggredan dan Maklum Balas Menentukan gred akhir dan maklum balas diberikan utk meningkatkan pembelajaran murid. REKA BENTUK, PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN Peringkat Pembinaan Ujian P1: Menentukan tujuan ujian - Sebelem PdPc i) Menentukan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid yg diperlukan dlm pengajaran. - Semasa PdPc i) Memantau kemajuan pembelajaran ii) Mengesan kesilapan iii) Menggalakkan murid utk bljr iv) Maklum balas kepada murid dan guru - Selepas PdPc i) Mengukur pencapaian pembelajaran murid ii) Memberikan maklum balas P2: Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - Blueprint yg menggambarkan suatu ujian secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item. 14
P3: Menggubal item ujian - Peringkat membina item berdasarkan JSU yg telah digubal. P4: Memasang item ujian - Peringkat ini menitikberatkan item yang digubal menepati format ujian, tempoh masa yg sesuai, menepati JSU, aras kesukaran yg sesuai dan tiada pertindanan item. P5: Modifikasi dan pemurnian item - Proses penyemakan dan pemurnian item utk mematikan ujian bebas drp kesilapan dan penambahbaikan terhadap item ujian sblm dihantar utk percetakan. - Proses menyemak yg dilakukan olh rakan sejawat yg pakar. Penggubalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pelan utama kepada penggubal item ujian dari aspek huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item. Merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-maklumat penting kepada penggubal ujian. Tujuan JSU: - Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. - Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan - Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian - Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa Taksonomi Pembelajaran Domain Kognitif (Bloom) Domain yang melibatkan pemikiran pelajar dengan menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Peringkat domain kognitif: 1) Mengingati - Menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. 2) Memahami - Keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. - Organisasi, intepretasi, terjemah mklmt. 3) Mengaplikasi - Menyelesaikan masalah dlm situasi baharu dgn menggunakan pengetahuan yg diperoleh. 4) Menganalisis - Memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. 15
- Menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur – unsur dan struktur. 5) Menilai - Mengemukaakan dalam mempertahan pandangan dgn membuat penghakiman ttg maklumat, kesahan idea atau kualiti kerja berdasarkan kriteria. 6) Mencipta - Mengumpul maklumat dlm pelbagai cara dgn menggabungkan elemen dlm satu corak/pola dgn mencadangkan penyelesaian alternatif. Domain Afektif (Krathwohl) Melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Peringkat domain afektif: 1) Menerima - Kerelaan murid dlm memberikan perhatian trhdp ransangan. 2) Memberi maklum balas - Penglibatan aktif murid - Bukan sahaja memberi perhatian malah juga bergerak balas dlm apa jua cara. 3) Menilai - Penilaian yg dibuat olh seseorg murid trhdp suatu objek fenomena atau t/laku. 4) Mengorganisasi - Menggabungkan nilai2 yg berbeza, selesaikan konflik dan mula utk membina satu sistem yg tekal. - Penekanan kpd membandingkan, menghubung kait dan mensintesiskan nilai. 5) Menghargai nilai - Ind mempunyai satu sistem nilai yg mengawal t/laku utk jangka masa yg panjang bg membentuk gaya hidup berciri. - T/laku adlh tekal dan boleh diramal. Domain Psikomotor (Simpson) Meliputi gerakan dan koordinasi jasmani, kemahiran motor dan kemampuan fizikal. Kemahiran ini dapat diasah jika sering melakukannya. Perkembangan tersebut dapat diukur dari sudut kecepatan, ketepatan, jarak, cara/teknik pelaksanaan. Peringkat domain psikomotor: 1) Persepsi - Penggunaan organ2 deria utk memperoleh petunjuk yg membimbing aktiviti motor. 2) Set 16
- Kesediaan utk mengambil suatu jenis tindakan tertentu. - Set mental (kesediaan utk bertindak), fizikal (kesediaan fizikal utk bertindak), emosi (kerelaan bertindak). 3) Respons berpandu - Peringkat awal pemb suatu kemahiran kompleks iaitu melalui imitasi/peniruan dan cuba jaya. 4) Mekanisme - Membiasakan gerakan2 yg telah dipelajari sehingga tampil dengan meyakinkan dan cekap (tindak balas lazim). 5) Respons ketara kompleks - Perlakuan mahir tindakan motor yg melibatkan pola pergerakan kompleks. - Profisiensi ditunjukkan dgn perlakuan yg pantas, lancar dan tepat serta memerlukan tenaga minimum. 6) Adaptasi - Kemahiran yg dibentuk sgt baik sehingga indv blh menguba suai pergerakan utk menepati kehendak istimewa/menyelesaikan situasi bermasalah. 7) Lakuan tulen - Ciptaan pola pergerakan baharu untuk menepati situasi tertentu atau masalah spesifik. - Menekankan kreativiti. Panduan Pembinaan Item Ujian Item Objektif Jenis jawapan pendek - Isi tempat kosong - Melengkapkan Jenis pilihan - Item betul-salah / benar-palsu - Item padanan - Item aneka pilihan Item Subjektif Item berstruktur Item respons terhad Item respons terbuka Pentadbiran Ujian Prinsip utama, semua murid diberikan perluang yg sama dan adil utk mempamerkan pencapaian hasil pembelajaran yg ditaksir. Faktor yg mempengaruhi pentadbiran ujian: 1) Faktor fizikal - Tempat ujian/peperiksaan - Persekitaran yg kondusif (suhu bilik, senyap, peredaran udara) 2) Faktor Psikologi - Kerisauan dan kebimbangan murid terhadap ujian/peperiksaan. 17
- Guru perlu membbantu murid utk kurangkan kerisauan. 3) Faktor Lain - Tempoh masa ujian/peperiksaan - Masa ujian dilaksanakan (bukan slps peristiwa besar seperti Hari Sukan, murid tidak mempunyai masa yg cukup utk ulangkaji). PENSKORAN, PENGGREDAN DAN KRITERIA PENTAKSIRAN Rubrik Pemarkahan Merujuk kpd set kriteria yg koheren dan merangkumi perincian kualiti prestasi terhadap kriteria. Skema pemarkahan yg dibuat oleh guru atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang dihasilkan oleh pelajar. Jenis Penskoran Analitik Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik Setiap kriteria dinilai secara berasingan. Kelebihan: - Sesuai untuk pemeriksa baru (hanya perlu ikut skema pemarkahan) - Tugas pemeriksa menjadi lebih mudah - Murid dapat melihat serta menilai kelemahan dengan jelas - Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah - Keobjektifan dan kebolehpercayaan yg tinggi 18
- Baik utk pentaksiran formatif Kelemahan: - Mengambil masa yang lama untuk memeriksa setiap skrip - Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan Holistik Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan. Sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk karangan atau esei. Pemeriksaan holistik memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan Semua kriteria dinilai serentak. Kelebihan: - Murid bebas memberikan jawapan asalkan seiring kehendak soalan. - Mengambil masa yang pendek kerana pemeriksaan dibuat secara umum. - Pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa untuk memastikan keadilan - Menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain Kelemahan: - Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman - Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan. - Kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan - Kurang objektif kerana pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan - Kurang baik sebagai pentaksiran formatif. 19
ANALISIS ITEM DAN INTERPRETASI DATA Statistik merupakan peraturan dan prosedur utk membantu kita memproses data numerikal. Data yg sudah diproses akan menjadi maklumat yg blh membantu kita memahami serta membuat inferens terhadap fenomena harian. Statistik dapat membantu kita untuk merumuskan data yang banyak ini kepada bentuk lain yang mudah kita faham, seperti grafik atau angka rumusan. Kegunaan statistik dlm pendidikan: 1) Menyampaikan maklumat - Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian dengan menggunakan jadual atau grafik spt histogram/carta pai. 2) Hubungan antara dua pemboleh ubah - Contohnya antara lama masa belajar dengan pencapaian, kaedah statistik korelasi boleh gunakan untuk mengira kekuatan hubungan ini. 3) Menguji hipotesis tertentu - Menguji sama ada wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian. 20 Statistik Asas
Skor Mentah dan Kegunaannya (Kekerapan, Ogif & Pangkatan) Skor mentah boleh diproses melalui penyusunan skor, jadual kekerapan, pengumpulan skor, graf atau pangkat persentil. Jenis: 1) Skor mentah terkumpul 2) Skor mentah tidak terkumpul Perwakilan Graf Graf yang biasa digunakan utk mewakili skor murid ialah histogram, polygon kekerapan dan ogif. Mod, Median & Min Mod: - Merujuk kpd skor paling kerap daripada satu set skor. Median - Merujuk kpd skor di tgh apabila bil skor adalah ganjil atau purata kedua-dua skor di tgh apabila skor adalah genap. Min - Purata bagi satu set skor Sisihan Piawai Ukuran yang berkait dengan sebaran satu set skor. Skor Piawai Digunakan utk membandingkan kedudukan seseorang murid berbanding murid yg lain. Skor-Z Skor-T Interpretasi Data Interpretasi data adalah upaya peneliti untuk menemukan makna dari data yang dikumpulkan untuk menjawab pertanyaan penelitian. Melibatkan penggunaan teknik dan prosedur tertentu utk menentukan mutu soalann (item) dlm suatu ujian yg tlh ditadbirkan. Tujuan: 1) Memperbaiki mutu ujian 2) Mengenal pasti masalah dlm PdPc. 3) Pembinaan item bank. Indeks Kesukaran Item Didefinisikan sbg kadaran murid yg dpt menjawab item itu dgn betul. Formula: p = BilanganCalon yang Menjawab Betul Jumlah calon yang menjawab item tersebut = NT +NR N NT= Bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul 21 Analisis Item
NR= Bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul N = Jumlah calon kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah Indeks Diskriminasi Item Membezakan calon daripada kumpulan skor tinggi dengan kumpulan skor rendah. Formula: D = NT −NR 1 2 N NT= Bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul. NR= Bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul. N = Jumlah calon kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah. Analisis Distraktor Salah satu perkara yang menentukan kualiti soalan keseluruhan adalah pengganggu, pilihan-pilihan lain yang salah dalam soalan yang sama. Penggangu yang baik boleh menarik minat yang lebih di kalangan pelajar lemah untuk memilihnya. Manakala pelajar pandai seharusnya tiada masalah untuk mengenal pasti bahawa pengganggu itu salah. Bank Item Mengandungi fail2 item ujian yg disimpan utk kegunaan pembinaan ujian pada masa hadapan. Proses sebelum memasukkan item2 baharu ke dalam bank item: 1) Bina item ikut JSU 2) Tadbirkan ujian (rintisan) 3) Jalankan item analisis (indeks kesukaran dan diskriminasi), distraktor 4) Item dimasukkan ke dlm bank item, dikodkan dan disimpan. Kelebihan bank item: 1) Proses membina ujian mengambil masa yg lama – memudahkan proses pembinaan ujian utk masa hadapan 2) Dapat memastikan item yg sama tidak diulangi (soalan ujian) 3) Menambahkan kepelbagaian item yg diuji 4) Membolehkan guru2 berkongsi antara satu sama lain item yg disediakan 22
PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN Penyampaian maklumat pentaksiran ttg pencapaian dan perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Data pentaksiran dpt memberikan maklumat ttg keputusan dan kemajuan murid. Tujuan pelaporan: 1) Guru - Maklumat keseluruhan data pentaksiran dpt membantu guru2 utk membuat perancangan, penyusunan dan keputusan berkaitan pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta sesuai dengan tahap pengetahuan sedia ada murid. 2) Murid - Memberi gambaran dan motivasi terhadap tahap pencapaian , penguasaan dan kebolehannya dlm memajukan diri sendiri. - Boleh memberi tumpuan untuk membuat ulangkaji terhadap tajuk atau kemahiran yg blm dikuasai. 3) Ibu bapa - Berperanan sebagai pendorong, motivator dan pembimbing di luar waktu sekolah. - Memberi gambaran tentang halangan atau pencapaian pembelajaran, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak2 mereka. 4) Guru bimbingan dan kaunseling 23
- Membantu murid menggunakan pendekatan kaunseling dgn lebih tepat dan mudah. - Program peningkatan sahsiah dan motivasi berfokus dapat dijalankan mengikut kumpulan sasar serta bimbingan berterusan dpt dilaksanakan dengan lebih teratur. 5) Pengurus sekolah - Memberi gambaran pencapaian secara keseluruhan utk organisasi sekolah. - Membantu pengurus sekolah untuk merancang dan melaksana program yg bersesuaian dalam proses penambahbaikan pencapaian sekolah amnya. 6) Pejabat pelajaran dan Kementerian pendidikan - Membantu merancang dan melaksanakan program2 yg bermakna seperti kunjung bantu, penyeliaan, dan bimbingan ke semua peringkat sekolah yg memerlukan. Dengan adanya maklumat pentaksiran, semua peringkat pengurusan dapat memberi fokus dalam aspek penambahbaikan berterusan termasuklah perubahan kurikulum, jika diperlukan. Kaedah Pelaporan 1) Peratus - Peratus memberi gambaran pencapaian dalam bentuk nombor (per peratus) - Menunjukan berapa peratus pelajar tersebut dapat kuasai. - Nilai besar (pencapaian tinggi) dan sebaliknya. 2) Lulus-gagal - Pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua; lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan dll. - Skor mentah ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus dikuasai oleh murid. - Digunakan dalam; ujian kecergasan, amali, kemahiran membaca dll. 3) Senarai semak - Menunjukkan pencapaian pelajar mengikut kriteria, hasil pembelajaran, kemahiran dll yang telah ditetapkan sebagai standard pencapaian. - Banyak digunakan dalam ujian rujukan kriteria (URK); ujian diagnosis, kemahiran membaca, meliputi domain kognitif, psikomotor serta afektif. - Semua kriteria telah ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan penguasaan pelajar. - Memudahkan guru untuk mentafsir penguasaan murid secara terperinci. 4) Gred 24
- Menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan peratus pencapaian yang dikuasai pelajar. 5) Perjumpaan ibu bapa - Setelah laporan disediakan, pertemuan bersama ibubapa diadakan untuk pelaporan akademik dan termasuk disiplin. - Perbincangan antara guru dan ibubapa (masalah dan pencapaian pelajar) 6) Secara atas talian - Pelaporan atas talian juga sangat memudahkan dan menjimatkan masa. - Boleh diakses oleh pihak sekolah, pelajar dan ibubapa. - Cth; SAPS, iTems PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Konsep Asas PBS Pentaksiran yg bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan FPK dan KSSR. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses PdPc. Tujuan PBS 1) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dlm pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. 3) Mengetahui keberkesanan pengajaran guru. 4) Merancang dan mengubahsuai pengajaran. 5) Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Objektif PBS 1) Mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu 2) Memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu 25
3) Membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu Ciri-ciri Utama PBS 1) Holistik - Mengambil kira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam PdPc 2) Berpusatkan calon - Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak relatif kepada calon lain 3) Luwes - Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah - Ditaksir bila calon bersedia 4) Berpaksikan pembinaan insan - Menanam aspek nilai murni 5) Kepelbagaian instrumen - Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon 6) Formatif dan berterusan - Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan memperbaiki skor Jenis-jenis PBS 1) Akademik i) Pentaksiran Pusat (PP) - Dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh LP. - Dilaksana dlm bentuk pentaksiran sumatif. ii) Pentaksiran Sekolah (PS) - Dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah - Dilaksana dlm bentuk pentaksiran formatif dan sumatif. - Cth: Lembaran kerja, kuiz, pemerhatian, ujian. 2) Bukan Akademik i) Pentaksiran Psikometrik (PPsi) - Dilaksanakan di peringkat sekolah/pusat utk mengukur kebolehan semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. - Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum. ii) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan 26
kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum Cara Pemarkahan dan Pembinaan Rubrik Melihat kemajuan pertumbuhan pemb serta pencapaian prestasi. Mendapatkan maklumat prestasi sejauhmana murid tahu, faham dan kuasai berdasarkan standard prestasi. Band 6 Tahu, faham dan boleh buat dgn beradab mithali Band 5 Tahu, faham dan boleh buat dgn beradab terpuji Band 4 Tahu, faham dan boleh buat dgn beradab Band 3 Tahu, faham dan boleh buat Band 2 Tahu dan faham Band 1 Tahu Pelaksanaan PBS Dilaksanakan di sekolah secara terancang dan teratur mengikut prosedur yg ditetapkan oleh LP. Pemarkahan dibuat berdaarkan rubrik pemarkahan. Pelaporan dan Perekodan 1) Formatif - Tidak wajib, apabila diperlukan sahaja - Secara verbal ataupun bertulis berdasarkan rekod hasil kerja murid yg dikumpul dlm portfolio - Tidak dilaporkan ke pusat secara berkala - Tidak semesntinya mengikut pernyataan standard prestasi 2) Sumatif - Wajib disediakan - Menunjukkan perkembangan pencapaian atau penguasaan mengikut stanadard prestasi - Merumus pencapaian atau penguasaan secara kualitatif dan kuantitatif - Data kuantitatif dihantar ke pusat utk digabung dgn Pentaksiran Pusat mulai Tahap 2 - Tidak semestinya berdasarkan ujian tunggal di hujung unit pembelajaran. 27
ISU BERKAITAN DGN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA 1) Trend semasa dlm pentaksiran di Malaysia - Berdasarkan TIMSS dan PISA, Malaysia berada di bawah daripada purata antarabangsa. - Menunjukkan kelamahan sistem pentaksiran. - Trend semasa: o Mengurangkan penekanan kpd pentaksiran sumatif, lebihkan formatif o Penekanan kpd elemen KBAT o PBS o Pentaksiran autentik o Pengenalan dan perluasa pentaksiran atas talian o Mengurangkan jurang perbezaan keupayaan murid Malaysia dgn negara luar 2) Sistem berorientasikan peperiksaan - Terlalu berorientasikan peperiksaan dimana kebolehan dan pencapaian murid hanya dpt diukur melalui ujian sumatif (UPSR, PT3, SPM). - Matlamat dlm proses pemb hanya utk mendapatkan gred A. - Tujuan utama pem dipinggirkan iaitu utk memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai. 3) Elemen KBAT dlm pentaksiran - Pentaksiran dlm peperiksaan awam hanya menekankan kpd kemahiran kognitif yg sgt terhad dan tiada kaitan dgn kehidupan seharian murid pd masa hadapan. - Soalan yg kurang bermutu dari segi keupayaan mencungkil KBAT. 4) PBS 28
- Wajar dilaksanakan kerana pentaksiran ini selari dgn proses PdPc dan lebih berupaya mengukur potensi dan pencapaian murid secara menyeluruh. 5) Pentaksiran autentik - Kelebihan pentaksiran ini dlm menguji kebolehan dan keupayaan murid berbanding pentaksiran tradisional. - Skop bagi pentaksiran tradisional terlalu sempit, tidak meluas dan hanya beberapa kemahiran kognitif sahaja yg dpt diuji. 6) Pentaksiran secara online - Sesuai utk penilaian formatif kerana murid dpt tahu keputusan ujian serta merta. 7) International Assessment Instruments - Pentaksiran di Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kpd sistem pentaksiran dlm negara sahaja ttp juga berdasarkan instrumen pentaksiran antarabangsa. - Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) o Membandingkan pencapaian murid serata dunia dlm m.p maths dan sains o Maklumat pentaksiran bertujuan utk menambah baik dasar dan proses PdPc bagi kedua-dua m.p ini. - Programme for international Student Assesment (PISA) o Menentukan pencapaian murid berumur 15 thn di seluruh dunia dlm literasi matematik, sains dan bacaan. o Keupayaan murid menyelesaikan masalah secara kolaboratif juga dinilai. o Tujuan utama adalah untuk menentukan pencapaian murid di penghujung persekolahan tlh memperoleh pengetahuan dan kemahiran yg diperlukan serta dpt mengaplikasikannya utk menjadi warganegara dan ahli masyarakat yg berkesan. 29
30