The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60132901, 2021-11-07 04:03:07

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 46 SKDKP 2021

Buku Program Mesyuarat PIBG 2021

Keywords: BUKU PROGRAM

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Mesyuarat
Agung PIBG

SK Dato’ Klana Putra
Ke-46 TAHUN 2021

1

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra
Sekolah yang berjasa

Mendidik dan juga membimbing
Putra putri anak bangsa.
Ibu bapa dan guru semua
Berganding Kerjasama

Menabur bakti dan juga tenaga
Melahirkan insan mulia
SKDKP, SKDKP

Sekolah kebanggaan kami
SKDKP, SKDKP

Sekolah kami semua
SKDKP, SKDKP

Sekolah kebanggaan kami
SKDKP, SKDKP

Sekolah kami semua
Sekolah kami semua

2

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Lagu Sekolah 2
2. Isi Kandungan 3
3. Notis Panggilan Mesyuarat PIBG 2021 4
4. Agenda Mesyuarat PIBG 2021 7
5. Senarai AJK PIBG 2020-2021 9
6. Minit Mesyuarat 11
7. Laporan Kewangan 25
8. Laporan aktiviti PIBG dan Sekolah 27
9. Usul ibubapa/ penjaga 53
10. Sekalung Penghargaan
11.

3

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Notis
Panggilan
Mesyuarat
PIBG 2021

4

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

71750 LENGGENG
NEGERI SEMBILAN
KOD SEKOLAH : NBA 4001
NO. TEL/FAKS : 03-87660388

_______________________________________________________________________________________
Ruj Kami : bil ( )
Tarikh : 4 November 2021

Ibu bapa / Penjaga Pelajar,

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa saya dengan hormatnya menjemput
uan/Puan ke majlis di atas seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10 November 2021 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kediaman Masing masing melalui aplikasi Google Meet

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

8.30 malam : Pendaftaran ibu bapa dan guru melalui pautan google form
: Bacaan doa
9.00 malam : Ucapan Penasihat PIBG,
10.30 malam : Ucapan dan perasmian YDP PIBG
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
: Bersurai

4. Penyertaan uan/Puan sangat saya alu-alukan. Segala kerjasama saya

dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

(EN. ABDUL RAHMAN BIN IDRIS)
Guru Besar

Negeri Sembilan

5

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
KALI KE-46 SK DATO’ KLANA PUTRA 2021

Tarikh : 10 November 2021
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam
Aplikasi : Google Meet

PAUTAN GOOGLE MEET :
https://meet.google.com/cwp-kyib-xve

Tuan / Puan dijemput bersama menghadiri
mesyuarat tersebut demi kemajuan para pelajar
SK Dato’ Klana Putra.
Terima kasih

BUKU PROGRAM FLIP :

https://anyflip.com/bnavp/vrlp/

Sila rujuk pautan di atas untuk buku program
Mesyuarat Agung

6

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

AGENDA
Mesyuarat
PIBG 2021

7

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
SK DATO’ KLANA PUTRA
TAHUN 2021

10 NOVEMBER 2021

8.20 malam
Ibubapa/ penjaga dan guru-guru menyertai mesyuarat
Pendaftaran kehadiran secara dalam talian

8.30 malam
Majlis Perasmian:

Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Azman
Ucapan Guru Besar (En. Abdul Rahman bin Idris)
Ucapan YDP PIBG (En. Mohamad Salim bin Mohamad)

Mesyuarat PIBG:
Ucapan Pengerusi
Ucapan Penasihat
Menbentang dan mengesahkan minit mesyuarat
Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan
Membentang aktiviti PIBG bersama sekolah
Pembubaran dan pelantikan AJK 2021-2022
Membentang usul
Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan
Bersurai

8

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Senarai
AJK PIBG
2020-2021

9

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KLANA PUTRA

SESI 2020/2021

Penasihat : En. Abdul Rahman bin Idris (GB)
Yang Dipertua PIBG : En. Mohamad Salim bin Mohamad
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Saiful Nizam bin Mohamed Noor
Setiausaha Kehormat : Pn. Nor Hilmani binti Mohamed Rosli
Bendahari Kehormat : Pn. Norzaharah bt. Yunus

AJK Guru : En. Mohd Hafiz bin Yahya
En. Sulaiman bin Adnan
Pn. Sakinah binti Zakaria
Pn. Suzila binti Abd Samad
Pn. Nor Syafawati binti Ghazali
Pn. Syariza Hani binti Shair
Pn. Rahatul Khairani bt. Mohamad

AJK Ibubapa : En. Abd. Halid bin Othman
En. Nasrul Muhaimin bin Ismail
Pn. Shamnurzaini bt Abd. Jalil
Pn. Rosenita bt Abrahim
Pn. Norlela Bt Ramli

Pemeriksa Kira-kira : En. Mohd Syafiq b. Ramle
Pn. Suhaila bt Ismail

10

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Minit
Mesyuarat

11

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KLANA PUTRA

71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN.

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
SESI 2020/2021

Tarikh : 27 Februari 2020
Khamis
Hari : 2.00 petang
Dewan Permata SKDKP
Masa : Yang Berhormat Dato’ Zulkefly Mohamad B. Omar D.P.N.S
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan
Tempat : 85.9%

Dirasmikan :

Kehadiran :

1. UCAPAN YDP PIBG (DATO’ MOHD HAMKA BIN MOHD YUSOF)

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat,
ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-45.

1.2 Terima kasih kepada YB. Dato’ Zulkefly Mohamad B. Omar, Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan atas kesudian hadir ke
Mesyuarat PIBG SKDKP kali ke-45.

1.3 Melafazkan syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir ke
mesyuarat walaupun hari bekerja.

1.4 Tahniah dan syabas kepada AJK kerana mengadakan mesyuarat ini
untuk kecemerlangan akademik anak-anak SKDKP. Beliau menyatakan
rasa bangga terhadap 83.7% lulus semua subjek dalam UPSR pada
tahun 2019. Syabas kepada pendidik kerana bertungkus-lumus dalam
mendidik anak-anak SKDKP. Juga tahniah diucapkan kepada murid-
murid SKDKP yang turut cemerlang dalam bidang kokurikulum.

1.5 Menyatakan peranan PIBG serta kerjasama yang erat di antara ibu bapa
dan guru bagi memastikan kejayaan dan pembangunan murid-murid
SKDKP.

12

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

1.6 Menyatakan bahawa kejayaan bagi sesebuah sekolah bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan ibu bapa. Program
sekolah seperti Jogathon dan Hari Usahawan membuktikan usaha akan
berhasil jika semua bersatu padu.

1.7 Dalam usaha yang dilakukan PIBG sentiasa memikirkan kebajikan
semua pihak iaitu guru dan murid. Sumbangan ibu bapa juga banyak
membantu dari segi keperluan pembelajaran dan sahsiah murid-murid.
Ini penting sebagai kunci kejayaan anak-anak.

1.8 PIBG menghadapi masalah kewangan. Beliau berharap agar semua ibu
bapa dapat menjelaskan yuran PIBG. Yuran sebanyak RM 60 boleh
dibayar secara ansuran sebanyak RM 10 sebulan bagi mengurangkan
beban ibu bapa.

1.9 Mengharapkan ibu bapa bersama-sama dengan sekolah dalam
menyokong dan membantu dalam mencari dana dan menyumbangkan
bantuan kepada pihak sekolah demi mencapai kecemerlangan anak-
anak SKDKP.

2. UCAPAN GURU BESAR (EN. ABDUL RAHMAN BIN IDRIS)

2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat,
AJK PIBG dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

2.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada YB. Dato’ Zulkefly Mohamad
B. Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan atas
kesudian hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

2.3 Penghargaan buat Dato’ Mohd Hamka dan ibu bapa atas kesudian hadir
dan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan impian
sekolah dan bersama-sama menyumbang idea bagi kemenjadian murid.

2.4 Beliau menyatakan bahawa ibu bapa yang mencorakkan anak-anak
kerana sekolah pertama anak-anak ialah di rumah. Sekolah
menyambung pendidikan anak-anak. Oleh yang demikian, beliau mohon
agar ibu bapa bersama-sama dengan anak-anak untuk belajar. Beri
perhatian lebih kepada mereka. Pihak sekolah akan membantu anak-
anak dari penganjuran program-program di sekolah.

13

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

2.5 Hasrat sekolah adalah menjadikan SKDKP cemerlang dalam segala
bidang. Pencapaian UPSR pada tahun lepas adalah seramai tiga orang
yang mendapat 6A dan target sekolah pada tahun 2020 adalah seramai
6 orang yang akan mendapat 6A. Manakala pencapaian UPKK pula
seramai tujuh orang yang mendapat 8A pada tahun 2019.

2.6 Pada tahun ini banyak program untuk anak-anak telah diatur. Banyak
program juga telah diatur dan disiapkan untuk guru-guru SKDKP. Pada
8 Mac 2020, guru-guru akan dibawa ke sekolah lain yang cemerlang
sebagai suntikan semangat dan jati diri dalam diri guru untuk lebih
sayangkan anak-anak murid dan rajin ke sekolah.

2.7 Bantulah sekolah untuk sama-sama cemerlang seperti sekolah-sekolah
lain yang hebat. SKDKP juga terbaik dengan pasukan Bicara Berirama,
pasukan Bola Tampar dan Ragbi.

2.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang lebih objektif, bertumpu kepada
kaedah pembelajaran secara didik hibur dan berteraskan murid.

2.9 Sumbangan awal persekolahan sebanyak RM 100 akan diberikan
kepada murid dari keluarga yang berpendapatan bawah RM 3000 di
mana seramai 171 orang murid yang layak menerima bantuan ini pada
tahun ini.

2.10 SKDKP merupakan sekolah tertua yang ditubuhkan pada tahun 1890.
Ia harus dijadikan sekolah yang hebat.perlu sentiasa bantu-membantu
untuk kemenjadian murid. Sama-samalahsokong program-program
sekolah seperti gotong-royong yang akan diadakan pada bulan April
nanti. Harap dapat penglibatan dari semua ibu bapa.

2.11 Untuk makluman, pihak sekolah terpaksa menolak beberapa
permohonan kemasukan murid kerana kekurangan bilik darjah. Sekolah
hanya mempunyai 10 buah bilik darjah di mana sepatutnya sebanyak 12
buah bilik darjah yang diperlukan. Sekolah berusaha untuk mengatasi
kekurangan ini dengan mengajukan permohonan untuk bangunan baru.
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan JKR telah maklum dan mereka
telah mendapatkan laporan bahawa SKDKP benar-benar
mengharapkan bangunan baru.

14

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

3. UCAPAN PERASMIAN PIBG (YANG BERHORMAT DATO’ ZULKEFLY
MOHAMAD B. OMAR; YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI
SEMBILAN)
3.1 Kata-kata aluan untuk para hadirin.
3.2 Mengucapkan syabas dan tahniah atas kehadiran ibu bapa untuk
kepentingan anak-anak dan tanda sokongan kepada pihak sekolah.
3.3 Mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG yang terdahulu dan kini
kerana kejayaan sekolah juga dirancang oleh PIBG.
3.4 Mengharapkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak kerana tugas mendidik yang utama bukanlah guru tetapi ibu
bapa dan ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-
anak. Beliau memohon ibu bapa agar tidak menyerahkan tugas
mendidik anak bulat-bulat kepada guru.
3.5 Pada masa kini sekolah telah mewujudkan anugerah sahsiah diri
kepada murid-murid. Ucapan tahniah kepada sekolah atas usaha
memupuk sahsiah diri yang baik dalam kalangan anak-anak. Beliau
menyarankan untuk melihat kepada masyarakat Jepun yang tinggi
dengan adab sopan dan sivik yang tinggi.
3.6 Beliau mengingatkan ibu bapa yang hadir pada mesyuarat ini untuk
menyerahkan anak-anak dengan ikhlas kepada guru untuk mendidik
anak-anak. Jangan cepat melenting jika anak didenda. Ibu bapa perlu
untuk terima dengan terbuka kerana itu adalah satu bentuk pengajaran.
Ibu bapa perlu didik anak-anak ke arah kejayaan bukan hanya di dunia
malah juga di akhirat.
3.7 YB. Dato’ Zulkefly Mohamad B. Omar merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SKDKP bagi sesi 2020/2021. .

15

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ KLANA PUTRA

71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
SESI 2020/2021

AGENDA 1: UCAPAN GURU BESAR (EN. ABDUL RAHMAN BIN IDRIS)
• Guru besar mempengerusikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 SKDKP dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga kerana sudi
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2020.
• Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana kehadiran ini menunjukkan
komitmen ibu bapa terhadap kemajuan dan pembangunan SKDKP kerana
kerjasama ibu bapa sangat penting bagi memastikan kejayaan anak-anak.
• Berharap agar ibu bapa yang hadir ini dapat memberikan idea-idea yang
bernas demi kecemerlangan pendidikan anak-anak serta kemenjadian murid.

AGENDA 2: MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG YANG LALU

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali ke-44 dari muka surat 11 – 17.
Disahkan oleh: En. Mohd Faizal b. Baharudin dan disokong oleh Pn. Khatijah bt.
Ibrahim.

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT
-TIADA-

AGENDA 4: LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
• Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan sepanjang 2019/2020.
• Setiausaha membentangkan penyata tahunan PIBG 2019/2020.
• Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali setahun.
• 13 aktiviti PIBG sepanjang tahun 2019.
1. Program Jogathon dan Hari Keusahawanan
2. Sukan Tahunan 2019
3. Hari Kecemerlangan Akademik
4. Solat Hajat dan Bacaan Yassin

16

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

5. Aktiviti Kokurikulum ( Permainan,Persatuan,Badan Beruniform )
6. Keceriaan Sekolah/Surau/PSS
7. Program Motivasi Curahan Kasih
8. Program Kecemerlangan UPSR
9. Majlis Khatam Al-Quran
10. Program Latihan Perguruan (LDP)
11. Jamuan Hari Guru
12. Sarana PIBG
13. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Jati Diri

Pn. Nor Hilmani mencadangkan pembentangan laporan aktiviti tahunan oleh
setiausaha PIBG, Pn. Nurlaila Husna bt Ramli diterima dan telah disokong oleh Pn.
Roslinah.

AGENDA 5: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31.12.2019

Pembentangan penyata kewangan berakhir pada 31.12.2019 oleh Bendahari PIBG,
Pn. Norzaharah binti Yunus. Muka surat 19. Disahkan oleh Pn. Wan Norzihan
disokong oleh Pn. Mimi.

AGENDA 6: MEMBUBAR AJK PIBG SESI 2019/2020

YDP membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020. YDP memohon cadangan untuk

melantik pengerusi sementara.

Pengerusi sementara : En. Abdul Rahman bin Idris

Dicadangkan oleh : Dato’ Mohd Hamka bin Mohd Yusof

Disokong oleh :Sebulat suara.

AGENDA 7: MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT SEMENTARA
Ahli sebulat suara melantik En. Abdul Rahman bin Idris menjadi pengerusi sementara
mesyuarat PIBG kali ke-45.

17

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

AGENDA 8: MELANTIK AJK PIBG BAGI SESI 2019/2020
8.1 Encik Abdul Rahman bin Idris mencadangkan AJK Guru Sesi 2020/2021 iaitu,

Pn. Nurlaila Husna bt Ramli sebagai Setiausaha Kehormat, Pn. Norzaharah bt.
Yunus sebagai Bendahari Kehormat, manakala AJK guru diwakili oleh En.
Sulaiman bin Adnan, Pn. Suzila bt Abd Samad, Pn. Nor Syafawati bt Ghazali,
En. Mohd Hafiz b. Yahya, Pn. Sakinah bt. Zakaria, Pn. Syariza Hani bt Shair
dan Pn. Rahatul Khairani bt Mohamad.
8.2 Pn. Rosnian bt Daud mencadangkan En. Mohamad Salim b Mohamad dilantik
sebagai Yang Dipertua PIBG. Cadangan di sokong oleh Pn. Ruhaiza Hasrik bt
Hang Tuah dan disokong sebulat suara.
8.3 Pn. Suhaila bt Ismail mencadangkan En. Mohd Saiful Nizam b Mohamed Noor
dilantik sebagai NYDP dan disokong oleh Pn. Norlaila bt Abdul Hak. Pn
Norashidah bt Ab Samad mencadangkan cadangan ditutup dan disokong
sebulat suara.
8.4 Dato’ Mohd Hamka bin Mohd Yusof mencadangkan Pn. Rosenita bt Abrahim
dilantik sebagai AJK PIBG. Disokong oleh Pn. Khatijah bt Ibrahim dan disokong
sebulat suara.
8.5 Pn. Khatijah bt Ibrahim mencadangkan Pn. Shamnurzaini bt Abd. Jalil sebagai
AJK PIBG bagi Sesi 2020/2021. Cadangan disokong oleh Dato’ Mohd Hamka
dan disokong sebulat suara.
8.6 En. Mohd Saiful Nizam b Mohamed Noor mencadangkan En. Nasrul Muhaimin
b Ismail sebagai AJK PIBG. Cadangan disokong oleh En. Pn. Hariani bt Mohd
Shari dan disokong sebulat suara.
8.7 Pn. Nurlaila Husna bt Ramli mencadangkan En. Abd. Halid b Othman sebagai
AJK PIBG sesi 2020/2021. Cadangan disokong oleh Pn. Roslinah bt Masri dan
disokong sebulat suara.
8.9 Mencadangkan Pn. Suhaila bt Ismail sebagai Pemeriksa Kira-kira.

8.13 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021:

Penasihat (Ex-Officio) : En. Abdul Rahman bin Idris

Yang Dipertua : En. Mohamad Salim bin Mohamad
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Saiful Nizam bin Mohamed Noor

Setiausaha Kehormat : Pn. Nurlaila Husna bt Ramli
Bendahari Kehormat : Pn. Norzaharah bt Yunus

18

Wakil Ibu bapa : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021
Wakil Guru :
En. Abd. Halid bin Othman
Pemeriksa Kira-kira : En. Nasrul Muhaimin bin Ismail
Pn. Rosenita bt Abrahim
Pn. Shamnurzaini bt Abd. Jalil
Pn. Norlela Bt Ramli

En. Sulaiman bin Adnan
Pn. Suzila bt Abd Samad
Pn. Nor Syafawati bt Ghazali
En. Mohd Hafiz b. Yahya
Pn. Sakinah bt Zakaria
Pn. Syariza Hani bt Shair
Pn. Rahatul Khairani bt Mohamad

En. Mohd Syafiq b. Ramle
Pn. Suhaila bt Ismail

AGENDA 9: MEMBINCANG DAN MENERIMA USUL / CADANGAN

Mesyuarat dipengerusikan oleh Penasihat (Ex-Officio) Iaitu Guru Besar SKDKP En

Abdul Rahman b Idris dan dibuka kepada usul serta cadangan ibu bapa / penjaga :

USUL / CADANGAN AJK PIBG DAN IBU BAPA

9.1 Usul / Cadangan Ibu bapa/ penjaga :
Puan Siti Zulkaedah Bt Andilala
Mencadangkan mengadakan kelas tuisyen bagi matapelajaran Bahasa
Inggeris kerana ramai murid-murid lemah dalam subjek Bahasa Inggeris
dan dijalankan pada hari Sabtu.
GPK Kurikulum, Pn. Ruhaidah memaklumkan bahawa kelas tambahan
sudah bermula bagi tahun enam dari hari Isnin hingga Khamis bermula
jam 2.30 – 4.30 petang. Perbincangan perlu dilakukan dengan guru
Bahasa Inggeris untuk kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk Tahun 4
dan Tahun 5. En. Salim mencadangkan supaya diberikan saguhati kepada
guru yang bersedia mengadakan tusyen. Ini kerana guru tersebut perlu
hadir pada hari Sabtu yang merupakan hari cuti. Mesyuarat bersetuju
untuk mengenakan bayaran kelas tusyen tersebut sebanyak RM10 setiap
bulan. Pn. Hjh. Norlaila yang merupakan guru Bahasa Inggeris
menyatakan, berdasarkan kelas tusyen yang dibuat pada tahun lepas,
masalah utama adalah kehadiran murid yang sangat tidak menggalakkan

19

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

terutamanya di kalangan murid lemah itu sendiri. Beliau meminta supaya
ibu bapa yang memang betul-betul berminat sahaja mendaftar nama anak
untuk kelas tusyen tersebut dan mereka perlu memberikan kerjasama
dengan memastikan anak-anak hadir ke kelas tusyen yang diadakan. Pn.
Khatijah bt Ibrahim mencadangkan supaya kelas tusyen diadakan selama
tiga bulan sebagai tempoh percubaan. Keputusan untuk meneruskan
atau menghentikan kelas tusyen tersebut bergantung pada sambutan dan
kehadiran murid.

9.2 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
En. Mohd Faizal b Baharudin
Mewujudkan Jawatankuasa Prasarana bagi membantu pihak sekolah ke arah
persekitaran yang lebih baik dan selesa untuk anak-anak belajar.
Guru Besar memaklumkan jawatankuasa tersebut memang wujud iaitu
Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). Beliau berharap agar lebih ramai ibu
bapa yang bersedia memberi sumbangan, sama ada dari segi material ataupun
tenaga bagi memastikan sekolah lebih cemerlang.

9.3 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
Pn. Salma bt Zahari, Pn. Halimatun Nazira bt Hj. Hasan
Mencadangkan mengadakan mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu
agar membolehkan ibu bapa yang bekerja dapat menghadirkan diri.
Guru Besar memaklumkan bahawa kehadiran ibu bapa ke mesyuarat
tetap sama tidak kira dibuat pada hari Sabtu atau hari bekerja. Mesyuarat
juga dibuat mengikut kelapangan YDP dan tetamu kehormat yang
dijemput untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

9.4 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
En. Mohamad Zaki b Mohd Nayan
Mencadangkan kadar gaji minimum perlu disemak semula untuk
membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan bantuan buku teks dan segala
jenis bantuan daripada pihak KPM dan sekolah.
Guru Besar memaklumkan bahawa ini adalah dasar kerajaan, bukan
sekolah.

20

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

9.5 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
En. Mohd Saiful Nizam b Mohamed Noor
Memohon pihak sekolah memberi medal/ hadiah berserta sijil
penghargaan kepada setiap pemenang dalam aktiviti sukan dan
cemerlang akademik di SKDKP.
Guru Besar memaklumkan bahawa setiap pertandingan ada sijil dan
hadiah.

9.6 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
En. Azharin b Othman
Mencadangkan pihak sekolah memastikan kedai buku dibuka 2 minggu
sebelum sesi persekolahan baru bermula untuk memudahkan urusan
pembelian buku.
Guru Besar menerima cadangan dan memaklumkan kedai buku akan
dibuka awal pada tahun ini.

9.7 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
Pn. Marlina Mat Hassan
Mencadangkan penetapan waktu balik seperti yang dijadualkan
Guru Besar memaklumkan bahawa waktu balik memang tetap dan jelas.

9.8 Usul / Cadangan ibu bapa/ penjaga :
Pn. Siti Muliani bt Nordin
Mencadangkan:
i. Tiada diskriminasi dan tiada pengecualian terhadap anak guru,
kawan baik atau sesama pengawas.
ii. Pantauan/ tekankan etika bertugas
iii. Kaunseling pada pesalahlaku yang kerap
Guru Besar menyatakan pihak sekolah akan cuba ambil berat tentang
perkara ini dan akan mengadakan program pengurusan untuk pengawas
sekolah.

21

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

AGENDA 10 : PERTUKARAN TANDATANGAN DAN PENGESAHAN BUKU
AKAUN PIBG SK DATO’ KLANA PUTRA
(NO. AKAUN 505082308799)

10.1 Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menukar
tandatangan dan mengesahkan buku akaun PIBG SK Dato’ Klana Putra (No.
Akaun 505082308799) di Maybank.

10.2 Butir-butir penukaran adalah seperti berikut:

BIL NAMA LAMA NAMA BARU JAWATAN

1 Dato’ Mohd Hamka b. Mohamad Salim b. Yang

Mohd Yusof Mohamad DiPertua

No. KP :620524-05-5035 No. KP :740317-05-5223 PIBG

2 Rozaimah bt Saedana Nurlaila Husna bt Ramli Setiausaha

Abas No. KP : 810104-14-5154 Kehormat

No. KP : 800507-05-

5170

3 Norzaharah bt Yunus -kekal- Bendahari

No. KP : 640901-06- Kehormat

6062

10.3 Mesyuarat telah memutuskan urusan pengeluaran wang daripada akaun ini
hendaklah dilakukan bersama sekurang-kurangnya 2 daripada 3 orang
pemegang akaun yang telah dinyatakan di atas. Tandatangan bendahari
adalah diwajibkan untuk setiap pengeluaran.

AGENDA 11: HAL-HAL LAIN

11.1 En. Mohamad Salim memohon supaya sumbangan PIBG diteruskan seperti
sebelum ini iaitu sebanyak RM 60 bagi setiap keluarga. Perkara ini dipersetujui
sebulat suara oleh ibu bapa dan penjaga murid yang hadir.

11.2 Bagi keselamatan murid di sekolah, guru besar menegaskan bahawa ibu bapa

22

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali hari hujan atau
semasa berlaku perkara kecemasan. Pintu pagar akan ditutup selepas pukul 8
pagi. Ada cadangan bagi membuat pagar berhampiran kelas prasekolah Didik
Permata untuk memudahkan penjaga menghantar dan mengambil anak.
Cadangan tersebut sedang dipertimbangkan kerana pihak sekolah sentiasa
cuba mencari jalan terbaik untuk keselesaan murid dan ibu bapa.
11.3 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi bilik
untuk menempatkan murid selepas tamat waktu persekolahan dan sebelum
kelas agama petang bermula. Sekolah akan meminta guru KAP untuk hadir
lebih awal ke sekolah bagi membantu mengawal murid, seterusnya
mengurangkan masalah disiplin di kalangan murid dalam tempoh tersebut.

AGENDA 12 : UCAPAN PENANGGUHAN

12.1 Ucapan YDP (En. Mohamad Salim b Mohamad).
- Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru dan semua warga Lenggeng.
- Mohon ibu bapa, guru dan PIBG supaya sentiasa bekerjasama dalam menaikkan

martabat sekolah.
- Jika terdapat sebarang masalah berkaitan PIBG, ibu bapa boleh menghubungi YDP.

Cadangan untuk kebaikan sekolah juga amat dialu-alukan.
- PIBG akan sentiasa berdiri teguh untuk membantu sekolah.

12 .2 Ucapan Guru Besar (En. Abdul Rahman bin Idris).
-Mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir kerana menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
-Memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga bahawa pihak sekolah dan Ahli
Jawatankuasa PIBG akan bersama-sama berganding bahu untuk meningkatkan
kecemerlangan anak-anak dari segi jasmani, emosi, sahsiah, rohani dan akademik.
-Pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan dan bantuan ibubapa di dalam
setiap aktiviti yang akan dijalankan supaya penglibatan ibubapa, komuniti dengan
pihak sekolah akan berjalan lancar.

23

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.10 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… ……………………………........................
(NURLAILA HUSNA BT RAMLI) (EN MOHAMAD SALIM B. MOHAMAD)
Setiausaha Kehormat PIBG SKDKP Yang Dipertua PIBG SKDKP
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021

24

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Laporan
Kewangan

25

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAAN RM
BAKI : Tunai: 120.00
Bank: 60.00 1. Mesyuarat AJK
18,466.80 210.00
1. Sumbangan PIBG 2020
2. 2. Sumbangan untuk murid-murid cemerlang 108.00
UPSR 2019 156.00
Omar
7140.00 3. Program Merentas Desa Peringkat Sekolah
JUMLAH BESAR
Disediakan oleh: 3000.00 4. Program Merentas Desa Peringkat Daerah

5. Kejohanan Bola Tampar Peringkat Seremban 192.00
1
272.00
6. Kejohanan Olahraga Peringkat Seremban 1 128.00
660.00
7. Kejohanan Catur Peringkat Seremban 1 480.00

8. Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri 8.00

9. Kejohanan Ragbi Peringkat Negeri 1405.00
1200.00
10. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Peringkat Seremban 1 200.00
720.00
11. Mesyuarat Agung PIBG 2020 32.00
24.00
12. Bayaran bas untuk kursus kepimpinan 1000.00
Pengawas dan ketua kelas. 1200.00

13. Membaiki Pondok Bacaan PSS

14. Pertandingan Bicara Berirama

15. Kejohanan Olahraga PPKI

16. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

17. Persediaan Sesi Persekolahan Norma Baharu

18. Membina pintu pagar kecil di sebelah Pra
Sekolah Didik Permata

Jumlah Perbelanjaan: 8,115.00

28,666.80 Baki : 20,451.80
Di bank: 100.00
Tunai :
28,666.80
JUMLAH BESAR

Disemak oleh: Disahkan oleh:

(PN.NORZAHARAH BT YUNUS ) ( EN. SYAFIQ BIN RAMLE) ( PN. SUHAILA BT. ISMAIL ) (EN. MOHAMAD SALIM BIN MOHAMAD)
BENDAHARI PIBG 2020/21 PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 YDP PIBG 2020/21

26

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Laporan
Aktiviti
PIBG/Sekolah

27

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Mesyuarat PIBG 2020 (27/2/2020)

28

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

29

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Teambuilding 2020 (29/2/2020)

30

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Program Kem Kepimpinan (6-7/3/2020)

31

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

32

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Lawatan Penanda aras ke SK Medini (8/3/2020)

33

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Taklimat Garis Panduan Pengurusan Pembukaan
Sekolah Rendah
(22/6/2020)

34

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Majlis Perpisahan Puan Robiah (19/8/2020)

35

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Sambutan & penutup Bulan Kebangsaan 2020

36

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

37

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Pembukaan Sekolah tahun 2021

38

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Penyampaian Sumbangan Swasta

Sumbangan iPad

39

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Sumbangan BSN

Sumbangan Tablet

40

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Sumbangan KWAMP

41

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Lawatan Klinik Kesihatan

42

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Program Kurikulum yang di jalankan tahun 2021
Panitia Pendidikan Agama Islam

43

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

44

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Panitia Bahasa Melayu

45

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Panitia Sains dan fotografi

46

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Panitia Bahas Inggeris

47

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Panitia Muzik (Pertandingan Nyanyian)

48

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

Panitia Matematik
(Pertandingan bijak sifir online)

49

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
SK Dato’ Klana Putra Tahun 2021

50


Click to View FlipBook Version