MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK BUKIT GAMBIR KALI KE-24 SESI 2020/2021
TARIKH : 22 FEBRUARI 2020 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK BUKIT GAMBIR
KEHADIRAN : Sila rujuk Lampiran 1
AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2.0 Bacaan Doa dan Tayangan Multimedia
3.0 Ucapan Penasihat PIBG / Tuan Pengetua
4.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG SMK Bukit Gambir Sesi 2019/2020
5.0 Penyampaian sijil AJK PIBG sesi 2019/2020
6.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-23
7.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG
SMK Bukit Gambir sesi 2019/2020
8.0 Laporan Aktiviti SMK Bukit Gambir sesi 2018/2019
9.0 Membentang dan membahaskan usul-usul (jika ada)
10.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
11.0 Pelantikan pengerusi sementara Mesyuarat Agung Sesi 2020/2021
12.0 Pemilihan AJK PIBG dan Juru Audit Sesi 2020/2021
➢ Yang Dipertua
➢ Naib Yang Dipertua
➢ Setiausaha
➢ Bendahari
➢ 5 orang ahli jawatankuasa (Ibu bapa)
➢ 5 orang ahli jawatankuasa (Guru)
➢ Seorang Juruaudit (Ibu bapa)
➢ Seorang Juruaudit (Guru)
13.0 Hal-hal Lain
14.0 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Yang Di Pertua PIBG Sesi
2020/2021
1
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT GAMBIR KALI KE-24 2020/2021
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
1.1 Encik Nizar Ahmad sebagai pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran para
ibu bapa dan guru pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kerana keprihatinan ibu bapa terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tindakan: Makluman
2.0 Bacaan Doa
2.1 Pengerusi majlis menjemput En. Mohd Fadzil Bin Lebai Lutfi untuk bacaan
doa bagi memberkati majlis kali ini agar berjalan dengan lancar seperti yang
telah dirancang.
3.0 Ucapan Penasihat PIBG / Tuan Pengetua
3.1 Encik Zulhisham mewakili Pengetua SMK Bukit Gambir mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kesudian dan kerjasama ibu bapa dan guru dalam
menjayakan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2019. Beliau berharap kerjasama
ini dapat dikekalkan pada tahun 2020 agar program-program yang dijalankan
nanti mendapat keberhasilan yang bermutu. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada YDP PIBG iaitu En. Shamsudin Bin Ilyas di atas sumbangan
yang telah diberikan dalam meningkatkan infrastruktur sekolah.
3.2 Beliau juga memaklumkan bahawa kehadiran Mesyuarat Agung PIBG pada
kali ini kurang memberangsangkan kerana terdapat beberapa buah sekolah
yang juga mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan juga aktiviti-aktiviti
kokurikulum pada hari yang sama.
3.3 Beliau juga memaklumkan tentang Visi dan Misi serta Matlamat sekolah yang
akan dicapai dalam mengembleng tenaga untuk kejayaan pelajar dan
kemenjadian murid bukan sahaja dari segi akademik semata-mata. Pada masa
yang sama, beliau juga menegaskan agar ibu bapa memantau kegiatan anak
masing-masing agar tidak melakukan perkara yang tidak baik demi
mewujudkan suasana yang selesa di rumah, memberi perhatian masa untuk
anak-anak agar tidak terikut dengan budaya negatif dan menyediakan
keperluan bahan-bahan pembelajaran seperti buku dan alat tulis yang
mencukupi serta menjalankan komunikasi yang berkualiti dengan anak-anak.
3.4 Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan sangat menghargai jasa para
ibu bapa yang telah banyak memberi kerjasama, sokongan dan sumbangan
kepada pihak sekolah selama ini bagi melicinkan lagi aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan oleh pihak sekolah.
Tindakan: Makluman
2
3.5 En. Zulhisham juga membentangkan Analisis Keputusan PT3 bagi tahun 2019
seperti yang dilampirkan dalam buku program muka surat 26 dan Analisis
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM bagi tahun 2018 merujuk muka
surat 27 dalam buku program yang telah diedarkan semasa mesyuarat agung
berlangsung.
3.6 Berikut merupakan nama pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2018: -
Bil. Kelas Nama Keputusan
1. 5 SAT 1 SHEIRVIN MARIMUTHU 1A+ 3A 3A- 2B+
2. 5 SAT 1 NURDIANA ELYANA BINTI AHMAD RAZIF 1A+ 2A 4A- 1B+ 1B
3. 5 SAT 1 SYAFIKAH BINTI MUHAMMAD RIZAL 4A 1A- 2B 2C+
4. 5 PUTRA MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZAHIRUL 2A 3A- 3B+ 1E
BAHARIN
5. 5 PUTRA NUR NAS NILIA BINTI NASRI 1A 4A- 1B+ 2C 1E
6. 5 SAT 2 AHMAD AZIM BIN ABDUL AZIZ 1A 4A- 3B+ 1B
7. 5 SAT 1 SYAZIYAH ATHIRAH BINTI MUHAMAD 2A+ 1A 1A- 1B 3B+ 1C+
HAMDAN
8. 5 SAT 2 MUHAMMAD SAFWAN SYAFIQ BIN RADZUAN 1A 3A- 1B+ 1C 1D 2E
9. 5 SAT 1 NURUL AIN BINTI AHMAD UZIR 2A 2A- 1B 1C+ 2C 1E
Tindakan: Makluman
4.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Gambir Sesi 2019/2020
4.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Shamsudin Bin Ilyas mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa dan guru pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan semua guru yang hadir kerana
sudi meluangkan masa pada Mesyuarat pada kali ini.
4.2 Beliau juga meminta ibu bapa memberi sokongan kepada pihak sekolah
terutamanya bagi mempertingkatkan bidang akademik para pelajar agar
seiring dengan sekolah-sekolah yang lain.
4.3 Encik Shamsudin Bin Ilyas sebagai wakil dari pihak PIBG mengucapkan
terima kasih dan menghargai usaha sekolah dan guru-guru atas sumbangan
kepada kebajikan pelajar-pelajar di sekolah ini. Beliau juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sesi 2019/2020 di atas kerjasama
yang diberikan dan berharap ahli jawatankuasa yang akan dilantik bagi sesi
2020/2021 dapat meneruskan kesinambungan perjuangan meningkatkan
prestasi sekolah dengan baik.
3
4.4 Beliau juga memaklumkan tentang keprihatinan beliau terhadap pelajar
sekolah ini sehingga sanggup datang ke sekolah untuk bersama pelajar 3 Waja
mengadakan sesi “Sentuhan Jiwa” dan sesi “Sembang Pagi” bersama pelajar
kelas 4 Iris untuk memberi motivasi dan kata perangsang untuk mereka. Pada
masa yang sama, beliau juga sempat membuat pemantauan makanan di kantin
sekolah untuk memastikan kuantiti makanan yang disediakan mencukupi dan
memastikan harga makanan berpatutan.
4.5 Beliau juga sempat meluangkan masa ke sekolah untuk berbincang mengenai
Kem Sahsiah yang dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Beliau juga berharap agar ibu bapa yang mempunyai masalah berkaitan anak-
anak boleh datang ke sekolah untuk berbincang. Pandangan dan pendapat dari
pihak ibu bapa sangat dialu-alukan.
4.6 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG terhadap beberapa
sumbangan yang telah diberikan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah
antaranya ialah bangunan sekolah yang sebelum ini usang telah dicat dengan
warna yang baharu dan menyerlah agar imej sekolah terpelihara. Beliau
memaklumkan bahawa sekolah masih menunggu sumbangan dari YB
Kumerasan untuk menampung pembayaran cat sekolah yang telah
menggunakan duit PIBG terlebih dahulu sebanyak RM 2705.00. Hal ini
kerana YB Kumaresan telah bersetuju untuk memberi sumbangan dana
sebanyak RM 4000 kepada pihak sekolah. Manakala untuk upah mengecat
bangunan sekolah telah ditanggung oleh En. Shamsudin sendiri dengan
menggunakan khidmat bantu pekerjanya yang hanya mengambil masa selama
5 hari sahaja proses mengecat siap dan cantik. Selain itu juga, PIBG turut
menyumbang 10 unit baju vest untuk PRS dibawah Unit Bimbingan dan
Kuanseling.
4.7 Encik Shamsudin Bin Ilyas juga memaklumkan tentang kutipan sumbangan
PIBG bagi tahun lepas sangat tidak memberangsangkan. Sumbangan PIBG
bagi tahun ini dikekalkan jumlahnya seperti tahun lepas iaitu RM 50 setiap
pelajar untuk manambah dana PIBG bagi menggerakkan program-program
akademik sekolah untuk meningkatkan akademik pelajar.
4.8 Seterusnya, beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih dan merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 pada jam 9.26 pagi.
Tindakan: Makluman
4
5.0 Penyampaian Sijil AJK PIBG sesi 2019/2020
5.1 Sijil-sijil telah di berikan kepada nama-nama seperti berikut:
Yang Dipertua PIBG : Encik Shamsudin Bin Ilyas
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Zabit Bin Mat Rejab
Setiausaha : Pn. Suhaima Binti Ali
Bendahari : Encik Mohamad Nur Aiman Bin Md Sharif
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
1) Pn. Nur Laila Banu Binti Abdullah
2) Pn. Punethawathy A/P Kalimuthu
3) Pn. Mariana Binti Daud
4) Puan Bahma Rukumani A/P Kasalingam
5) En. Zamzami Bin Rasidi
Ahli Jawatankuasa Guru
1) Cik Nur Hidayah Binti Ahmad Khair
2) Puan Nur Shamirah Binti Mazalan
3) Puan Siti Aisyah Binti Aziz
4) Encik Muhamad Harfizi Bin Md Zain
Juruaudit
1) C. Shobana Devi A/P Chandrasekaran (Juruaudit Dalaman Wakil Guru)
2) Dr. Normalini Binti Md Kassim (Juruaudit Dalaman Wakil Waris)
6.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23
6.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah dibentangkan oleh Encik
Shamsudin Bin Ilyas, telah disahkan oleh Encik Mohd Zabit Bin Mat Rejab
dan disokong oleh En. Zulhisham.
Tindakan: Makluman
7.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG SMK Bukit
Gambir sesi 2019/2020
7.1 Encik Mohamad Nur Aiman Bin Md Sharif selaku Bendahari PIBG telah
membentangkan Penyata Kewangan sesi 2019/2020. Penyata kewangan ini
telah diaudit oleh C. Shobana Devi A/P Chandrasekaran selaku juruaudit
dalaman dan Dr. Normalini Binti Md Kassim selaku juruaudit luaran. Encik
Mohamad Nur Aiman Bin Md Sharif mengulas tentang laporan sumbangan
5
PIBG 2018 merujuk muka surat 22 yang menyatakan jumlah sumbangan
kutipan PIBG oleh pelajar sebanyak RM 12950 manakala merujuk muka surat
23 pula, baki penyata kewangan PIBG SMKBG sesi 2019/2020 pada 18
Februari 2020 ialah sebanyak RM 16159.75. Setiap perbelanjaan telah dicatat
dan direkodkan dalam Penyata Kewangan. Kebanyakkan duit sumbangan ini
digunakan untuk menyelenggara infrastruktur sekolah dan juga digunakan
untuk program, lawatan, dan bengkel yang dijalankan untuk meningkatkan
prestasi pelajar. Penyata Kewangan PIBG SMKBG sesi 2019/2020 ini telah
disahkan oleh Encik Shamsudin Bin Ilyas dan disokong oleh En. Mohd Zabit
Bin Mat Rejab.
7.2 Encik Mohamad Nur Aiman Bin Md Sharif selaku Bendahari PIBG juga
memaklumkan bahawa perbelanjaan pada tahun ini melebihi jumlah kutipan.
Contohnya, mesin Wintrade mencatat jumlah pembayaran yang paling tinggi
iaitu RM 4668.75.
Tindakan: Makluman
8.0 Laporan Aktiviti SMK Bukit Gambir sesi 2018/2019
8.1 Laporan aktiviti PIBG sesi 2018/2019 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG,
iaitu Pn. Suhaima Binti Ali. Tiada perkara berbangkit ditimbulkan. Laporan
ini disahkan oleh Cik Nur Hidayah Binti Ahmad Khair dan disokong oleh Pn.
Haslina.
AKTIVITI TAHUNAN SMK BUKIT GAMBIR TAHUN 2019
BIL PERKARA
1. Orientasi Pelajar Tingkatan Satu (UBK)
2. Hari Anugerah Cemerlang
3. Hari Penetapan Target Ting. 3 dan Ting. 5 (UBK)
4. Majlis Aku Janji Ting. 3 dan Ting. 5 (UBK)
5. Program Pecutan PT3 dan SPM
6. Teknik / Bengkel Menjawab Soalan
7. Program Kelas Intensif PT3 dan SPM
8. Ceramah Motivasi dan Kecemerlangan PT3 & SPM (UBK)
9. Hari Kokurikulum
10. Temasya Sukan Tahunan Sekolah
11. Hari Pertandingan Kawad Kaki
12. Kejohanan Merentas Desa Tahunan Sekolah
13. Kursus Kepimpinan Pengawas
14. Kem Kepimpinan dan Sahsiah Diri (UBK)
15. Majlis Sambutan Hari Guru
16. Majlis Sambutan Ihya Ramadhan
6
17. Majlis Hari Raya
18. Sambutan Kemerdekaan
19. Program Kitar Semula
20. Kempen Minggu Baik Hati
21. Program Solat Hajat Peperiksaan Ting.3 dan Ting. 5
22. Program Pemberian Makanan Percuma
23. Program Amalan Guru Penyayang (UBK)
24. Ceramah Kerjaya (UBK)
25. Bengkel Tatacara Menghadiri Temuduga (UBK)
26. Pameran Kerjaya Peringkat Sekolah (UBK)
27. Lawatan Kemahiran ke SLC Automobil BM (UBK)
28. Kursus Ketua dan Penolong Tingkatan 2019 (UBK)
29. Ceramah PPDa (UBK)
30. Ceramah Minda Sihat (UBK)
31. Alumni SMKBG (UBK)
32. Program Nafas Segar (UBK dan Unit Disiplin)
33. Lawatan ke Cameron Highland (UBK)
34. PASCA PT3 :- (UBK)
➢ Bukit Bendera
➢ Penang Heritage Bus Hop On Hop Off
➢ The Top Komtar P.Pinang
Tindakan: Makluman
9.0 Membentang dan Membahaskan Usul-usul
9.1 Majlis diteruskan lagi untuk membentangkan dan membahaskan usul yang
diberikan oleh ibu bapa / waris.
BIL NAMA IBU BAPA USUL / CADANGAN
1. Pn. Azrina Binti USUL 1: Tandas murid perempuan perlu ditingkatkan kebersihan dan
Kamarulzaman tiada sabun disediakan (memastikan sabun disediakan).
PENERANGAN: Pihak sekolah tidak menyediakan sabun untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku contohnya lantai licin.
Pelajar disarankan membawa sabun sendiri. Pekerja swasta telah
membersihkan tandas tetapi pelajar keluar masuk dengan kasut selepas
waktu Pendidikan Jasmani menyebabkan lantai kelihatan kotor.
USUL 2: Laluan masuk kereta guru perlu mengikut peraturan yang
ditetapkan sekolah tetapi masih kelihatan kereta guru memasuki laluan
yang salah (laluan tapak perhimpunan dan murid berkumpul).
PENERANGAN: Pihak sekolah telah menyediakan kon dan akan
memaklumkan kepada semua guru agar memasukkan kereta ke kawasan
sekolah apabila semua pelajar telah masuk ke kelas masing-masing.
7
2. En. Ahmad Faizal USUL 1: Persekitaran sekolah memerlukan penampilan baru seperti
Bin Abdul Rahim mengecat bangunan sekolah dan membaik pulih fasiliti awam seperti
pintu dan perkakas tandas.
3. En. Abdul Kader
Bin Mohamed PENERANGAN: Bangunan sekolah telah dicat dengan menggunakan
Kassim peruntukan sumbangan PIBG terlebih dahulu sebelum mendapat
peruntukan dari YB Kumaresan. Manakala upah mengecat telah
disumbangkan oleh YDP PIBG iaitu En. Shamsudin.
USUL 2: Pentadbiran sekolah harus menyediakan tempat berteduh
untuk pelajar duduk / menunggu diluar kawasan sekolah bagi
melindungi anak murid daripada panas dan hujan dan mengelakkan
daripada bahaya duduk di tepi jalan raya.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa pelajar
sepatutnya berada dalam kawasan sekolah sehingga ibu bapa mereka
sampai. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kelajuan kereta tidak sesuai untuk menyediakan tempat berteduh diluar
sekolah.
USUL 1: Motosikal pelajar yang terletak diluar kawasan sekolah tidak
selamat.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa tempat
meletakkan motosikal telah disediakan dalam kawasan sekolah tetapi
terdapat pelajar yang melakukan kes vandalisme terhadap motor rakan
yang lain dengan merosakkan motor seperti mencabut sticker,
terbalikkan helmet dan sebagainya apabila motor berada dalam kawasan
sekolah.
USUL 2: Pengawal keselamatan yang ditugaskan tidak berdisiplin.
Pakaian seragam tidak lengkap dan kasut dipakai tidak mengikut
procedure.
PENERANGAN: Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pengawal
keselamatan supaya mengikut SOP yang telah ditetapkan dan akan
mengambil tindakan jika melanggar etika pemakaian.
4. En. Afifuddin Bin USUL 1: Disyorkan supaya pengusaha kantin sekolah menyediakan
Abdullah makanan yang mencukupi kepada pelajar – selalu tidak mencukupi
waktu rehat kedua.
PENERANGAN: En. Shamsudin memaklumkan bahawa beliau pernah
datang memantau di kantin sekolah sebanyak dua kali dan mendapati
harga makanan yang disediakan adalah berpatutan dan mencukupi
sehingga waktu rehat kedua. Pihak sekolah meminta ibu bapa / waris
untuk datang memantau sendiri jika makanan yag disediakan oleh pihak
kantin tidak mencukupi kerana mungkin terdapat hari-hari tertentu
sahaja makanan tidak mencukupi oleh kerana hal-hal terpencil. Pihak
kantin memaklumkan bahawa terdapat hari-hari tertentu dimana kantin
terpaksa menanggung kerugian kerana terdapat makanan berlebihan
sehingga menyebabkan pembaziran, disebabkan hal demikian, pihak
8
5. Pn. Malarvili A/P kantin tidak ingin mengambil risiko untuk menyediakan makanan yang
Anbananthan banyak.
USUL 1: Mengadakan kelas tambahan untuk matapelajaran Sejarah dan
Geografi untuk murid-murid PT3
- Membentangkan soalan-soalan dan teknik-teknik untuk
menjawab soalan peperiksaan PT3.
-
PENERANGAN: Pihak sekolah memang telah menyediakan kelas
tambahan dan kerja kursus bagi subjek tersebut.
USUL 2: Menyediakan aliran Bahasa Inggeris untuk kelas 4 Satria 1
dan 4 Satria 2 pada tahun 2021.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa memang sejak
tiga tahun lepas lagi sekolah ini telah menjalankan Dual Language
Programme (DLP).
6. Lanaria Sofiana USUL 1: Memberikan kelas tambahan terutama dalam matapelajaran
Girsang Sejarah dan Bahasa Melayu.
PENERANGAN: Kelas tambahan telah dilaksanakan. Untuk
pengetahuan, sekolah memang kekurangan guru terutama guru subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
USUL 2: Hari Graduasi diadakan pada hari cuti sekolah / hujung
minggu untuk memudahkan ibu bapa turut serta hadir.
PENERANGAN: Pihak sekolah sedang mempertimbangkan untuk
melaksanakan Hari Graduasi pada minggu untuk memudahkan ibu bapa
hadir. Pihak sekolah akan mengadakan Hari Graduasi disekolah sahaja
dan pelajar akan memakai blazer bukan jubah.
7. Pn. Zunaidar Binti USUL 1: Mencadangkan agar sekolah meningkatkan tahap kebersihan
Thamrin sekolah terutama di bahagian tandas dan juga kawasan persekitaran.
PENERANGAN: Pihak pengurusan sekolah telah memaklumkan
kepada pekerja swasta untuk membersihkan tandas dan kawasan
persekitaran sekolah.
USUL 2: Memohon pihak sekolah memantau keselamatan pelajar yang
membawa kenderaan sendiri untuk mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa sekolah telah
memantau keselamatan pelajar didalam kawasan sekolah, tetapi apabila
diluar kawasan sekolah, keselamatan pelajar bukan lagi menjadi
tanggungjawab pihak sekolah, tetapi menjadi tanggungjawab diri pelajar
itu sendiri. Pihak sekolah bercadang untuk memanggil polis trafik untuk
memeriksa motor dan lesen pelajar dan memberi taklimat kepada para
pelajar mengenai keselamatan.
9
8. Pn. Nurul Faizal M USUL 1: Mohon sediakan platform komunikasi bersepadu untuk
Shukery makluman secara segera ibu bapa. Contoh: - Group Telegram / Group
WhatsApp.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa Group
Telegram / Group WhatsApp memang telah diwujudkan oleh guru kelas
tingkatan masing-masing supaya maklumat dapat disampaikan dengan
jelas dari semasa ke semasa agar pelajar tidak keciciran maklumat.
9. Jay Sooriah USUL 1: Harap dapat guru untuk matapelajaran Bahasa Melayu secepat
Subramaniam mungkin.
PENERANGAN: Untuk pengetahuan, sekolah memang kekurangan
lapan orang guru terutama guru subjek Bahasa Melayu kerana terdapat
dua orang guru Bahasa Melayu dapat tukar ke sekolah lain. Sebelum ini,
kekosongan guru ini dibantu / diganti oleh beberapa orang guru praktikal
yang hanya datang bertugas selama 3 bulan sahaja. Pihak sekolah lebih
berfokus kepada pelajar tingkatan Tiga dan tingkatan Lima terlebih
dahulu. Pihak sekolah juga sedang menunggu tindakan daripada pihak
atasan (JPN / PPD) untuk mengisi kekosongan guru subjek yang
diperlukan.
10. En. Mahadzir bin USUL 1: Memohon agar bangunan sekolah di cat dengan cantik agar
Kamaruddin murid-murid semakin bersemangat ke sekolah.
PENERANGAN: Untuk pengetahuan, bangunan sekolah telah pun
dicat cantik dengan peruntukan sumbangan PIBG terlebih dahulu
sebelum mendapat peruntukan dari YB Kumaresan. Manakala upah
mengecat telah disumbangkan oleh YDP PIBG iaitu En. Shamsudin.
USUL 2: Sediakan Water-Cooler yang lebih moden.
PENERANGAN: Pihak sekolah telah menyediakan Water-Cooler di
sekolah dan sentiasa servis setiap beberapa bulan untuk memastikan
kebersihan terjaga. Namun, untuk menyediakan Water-Cooler yang
lebih moden, pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk
sediakan kerana ia akan mempunyai kos yang mahal untuk
penyelenggaraan.
11. S. Santhi USUL 1: Memperbaiki tandas dan mengecat tandas
PENERANGAN: Pihak sekolah akan mempertimbangkan jika ada
peruntukan.
12. Ayu Maszena USUL 1: Menyediakan locker untuk pelajar.
PENERANGAN: Pihak sekolah memaklumkan bahawa penyediakan
locker untuk pelajar amat mustahil untuk dilaksanakan kerana ia
melibatkan kos yang tinggi, dan juga dari segi keselamatan jika berlaku
kecurian/kehilangan barang berharga juga dari segi kos penyelenggaraan
juga tinggi.
Tindakan: Makluman
10
10.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMKBG sesi 2018/2019
Encik Shamsudin Bin Ilyas dengan rasminya membubarkan jawatankuasa PIBG
SMKBG sesi 2019/2020.
Tindakan: Makluman
11.0 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020/2021
Pelantikan Jawatankuasa PIBG SMKBG sesi 2020/2021 telah dipengerusikan oleh
Encik Zulhisham b. Zainal Abidin dan pencalonan tersebut telah dijalankan melalui
pencalonan dan pengundian. Lima orang wakil AJK PIBG bagi pihak ibu bapa telah
dilantik semula bagi menggantikan yang tiada.
12.0 Pemilihan AJK PIBG dan Juru Audit sesi 2020/2021
12. 1 Pn. Sharifah Zorina Binti Syed Mustapha mencadangkan En.
Shamsudin Bin Ilyas sebagai YDP PIBG dan di sokong oleh Pn.
Ruzana Binti Zakaria dan Pn. Siti Fatimah Bt Mohd Nordin
mencadangkan agar cadangan ditutup.
12.2 En. Shamsudin Bin Ilyas mencadangkan Encik Mohd Zabit Bin Mat
Rejab sebagai NYDP PIBG tetapi En Zabit memohon untuk menarik
diri kerana faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya,
En. Shamsudin Bin Ilyas mencadangkan calon lain iaitu En. Faizal Bin
Adnan sebagai NYDP PIBG dan di sokong oleh En. Abd Muin dan En.
Morgenraj mencadangkan cadangan ditutup.
12.3 En. Shamsudin Bin Ilyas mencadangkan Pn. Litnaria Sofiana Girsang
sebagai Juruaudit Luaran wakil AJK PIBG dan disokong oleh Puan
Haslina Binti Wan Chek.
12.4 Cik Iffah mencadangkan Pn. Punethawathy A/P Kalimuthu sebagai
ahli jawatankuasa PIBG dan disokong oleh Pn. Mariana Binti Daud.
12.5 Puan Noorazimah Binti Aziz mencadangkan Puan Mariana Binti Daud
dilantik sebagai ahli jawatankuasa PIBG dan disokong oleh Che Nur
Hidayah Binti Ahmad Khair.
12.6 Pn.Punethawathy A/P Kalimuthu mencadangkan Puan Bahma
Rukumani A/P Kasalingam dilantik sebagai ahli jawatankuasa PIBG
dan disokong oleh En. Muhammad Fadzil Bin Lebai Lutfi.
12.7 En. Nagaraja mencadangkan En Sharin Bin Puteh dilantik sebagai ahli
jawatankuasa PIBG dan disokong oleh En. Shamsudin Bin Ilyas.
12.8 En. Shamsudin Bin Ilyas mencadangkan En. Jagathisan A/L Ramadass
dilantik sebagai ahli jawatankuasa PIBG dan disokong oleh Encik
Ahmad Nizar Bin Abdul Wahab.
11
12.9 Senarai AJK PIBG Sesi 2020/2021
Ex-Officio : Pengetua
Yang Dipertua PIBG : En. Shamsudin Bin Ilyas
Naib YDP PIBG : En. Faisal Bin Adnan
Setiausaha : Pn. Suhaima Binti Ali
Bendahari : Pn. Hasni Idayu
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
1) Pn. Punethawathy A/P Kalimuthu
2) Pn. Mariana Binti Daud
3) Pn. Bahma Rukumani A/P Kasalingam
4) En. Sharin Bin Puteh
5) En. Jagathisan A/L Ramadass
Ahli Jawatankuasa Guru
1) Cik Nur Hidayah Binti Ahmad Khair
2) Puan Nur Shamirah Binti Mazalan
3) Puan Nurul Ima Binti Khairudin
4) Pn. Farahnaz Binti Azizan
5) Guru A
Juruaudit
1) C. Shobana Devi A/P Chandrasekaran (Juruaudit Dalaman Wakil Guru)
2) Pn. Litnaria Sofiana Girsang (Juruaudit Dalaman Wakil Waris)
Tindakan: Makluman
12
12.10 Penukaran jawatan YDP, Setiausaha dan Bendahari PIBG SMK Bukit Gambir
bagi sesi 2019 / 2020 dan penukaran tanda tangan bagi akaun PIBG SMK Bukit
Gambir yang bernombor akaun (CIMB) 80-0381654-3 akan dilakukan dalam masa
terdekat untuk memudahkan urusan tanda tangan cek. Penukaran tandatangan akan
dilakukan di pejabat CIMB berhampiran iaitu CIMB Bank Berhad, Block 32, Jalan
Universiti Minden Campus, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau
Pinang. Memandangkan YDP PIBG dan Setiausaha PIBG bagi sesi kali ini
dikekalkan, hanya Bendahari sahaja terdapat pertukaran tandatangan bagi tahun ini.
Segala pengeluaran wang akan dilakukan oleh dua orang Ahli Jawatankuasa
iaitu Yang Dipertua dan samada Bendahari atau Setiausaha.
Berikut merupakan penukaran jawatan tersebut:
Jawatan Sesi 2019 / 2020 Sesi 2020 / 2021
Yang Dipertua En. Shamsudin Bin Ilyas En. Shamsudin Bin Ilyas
Setiausaha Pn. Suhaima Binti Ali Pn. Suhaima Binti Ali
Bendahari En. Mohamad Nur Aiman Bin Md Sharif Pn. Hasni Idayu
Tindakan: Makluman
13.0 Hal-hal Lain
13. 1 Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga
En. Shamsudin Bin Ilyas mencadangkan usul agar kutipan sebanyak
RM50.00 untuk satu keluarga dikekalkan. Pn. Haslina Binti Wan Chek
menyokong usul tersebut dan En. Shamsudin Bin Ilyas selaku YDP PIBG
dan beberapa orang AJK PIBG serta majoriti ibu bapa yang hadir
sebulat suara bersetuju dan menyokong sepenuhnya cadangan ini supaya
sumbangan wang PIBG dikekalkan RM50 bagi mengumpul sumbangan
untuk mengadakan program peningkatan prestasi pencapaian pelajar
serta penambahbaikan kemudahan infrastruktur sekolah.
13
En. Shamsudin Bin Ilyas menjelaskan bahawa sumbangan PIBG ini adalah
untuk menjalankan program-program kepada murid-murid dengan lebih
berkesan. Selain ini, sumbangan ini juga digunakan untuk keperluan
peperiksaan dan wang ini akan berbalik semula kepada murid-murid dalam
bentuk program-program untuk mencapai peningkatan akademik murid-murid.
Kutipan akan mula dibuat dalam bulan April setelah pihak sekolah
memaklumkan kepada pihak JPN. En. Shamsudin Bin Ilyas memaklumkan
kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan resit
bayaran dari guru kelas masing-masing setelah bayaran dibuat.
Tindakan: Makluman
13.2 Program “SIHAT-THON”
En. Shamsudin Bin Ilyas mengusulkan supaya program “Sihat-Thon”
dilaksanakan pada tahun ini kerana tahun lepas program ini tidak
sempat dilaksanakan atas faktor kesuntukan masa. Pn. Ruzana Binti
Zakaria menyokong usul tersebut dan En. Faisal Bin Adnan selaku
NYDP PIBG sebulat suara bersetuju dan menyokong sepenuhnya
cadangan ini untuk melaksanakan program “Sihat-Thon” bagi
membantu meningkatkan Tabung dan dana PIBG.
Tindakan: Makluman
13.3 Tujuan program “Sihat-Thon” dilaksanakan bagi menjanakan sektor
kewangan di sekolah dan dapat meningkatkan pelajaran di sekolah. Selain itu,
En. Shamsudin Bin Ilyas mengatakan sekolah mengalami masalah sumbangan
daripada pihak PIBG kerana kekurangan dana. Sasaran kutipan derma ini
adalah dalam kalangan guru, staf sokongan, murid dan ibu bapa. Oleh itu,
diharapkan kutipan derma berkenaan dapat menyumbang kepada
perkembangan akademik sekolah. Sasaran projek ialah RM 25,000. Dana ini
digunakan oleh pihak PIBG dengan kerjasama warga SMK Bukit Gambir
untuk menambah dana akademik untuk membantu para pelajar dalam
pembelajaran yang berterusan dan mengharapkan projek ini dapat
merealisasikan misi dan visi sekolah.
Tindakan: Makluman
14
13.4 En. Shamsudin Bin Ilyas meminta supaya program “Sihat-Thon” disetujui
oleh semua pihak. Beliau menjelaskan bahawa dana yang didapati daripada
program “Sihat-Thon” digunakan untuk murid-murid dalam akademik dan
juga kokurikulum. Beliau juga telah berhasrat untuk memastikan PIBG
mencapai dana sebanyak RM50,000. Program “Sihat-Thon” disokong sebulat
suara oleh majoriti yang hadir dan tidak menerima sebarang bantahan.
Tindakan: Makluman
13.5 En. Shamsudin Bin Ilyas selaku YDP PIBG 2020/2021 mengucapkan terima
kasih diatas pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. Jika terdapat usul-usul
yang ingin dibangkitkan boleh berjumpa dan bersama-sama berbincang
dengan ahli jawatankuasa untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan
yang berlaku.
Tindakan: Makluman
14.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat oleh Yang Di Pertua PIBG sesi 2020/2021
En. Shamsudin Bin Ilyas selaku YDP PIBG 2020/2021 mengucapkan ribuan
terimkasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana sudi hadir. Beliau menyatakan
bahawa ibu bapa ialah wira kepada anak-anak mereka. YDP PIBG juga menyatakan
bahawa ibu bapa boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa sahaja untuk berbincang
tentang anak-anak mereka sama ada berjumpa dengan guru-guru atau beliau sendiri.
Akhir kata pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 bagi sesi 2020/2021 ini.
Tindakan: Makluman
15
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.
Disediakan oleh,
(PN SUHAIMA BT ALI) Yang Dipertua PIBG,
Setiausaha PIBG, SMK Bukit Gambir
SMK Bukit Gambir Sesi 2020/2021
Sesi 2020/2021
Ex-officio,
………………………
(ENCIK MOHAMAD
ZAWAWI BIN
AHMAD)
Pengetua,
SMK Bukit Gambir
16