KOLEJ VOKASIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAPORAN ANALISIS KAJIAN PASARAN (MARKET SURVEY) BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM Disediakan oleh NURSYAZA DINIE BINTI MOHAMAD MARZUKI JURULATIH UTAMA PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN Dibantu oleh NURUL WAHIDA BINTI HANAPIAH JURULATIH UTAMA PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH 2019
1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa hadapan negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya (Malaysia, K. P., 2015). Pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP, 2006-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan Malaysia agar seiring dengan kehendak pendidikan global bagi melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi di samping berjaya menghadapi cabaran abad ke 21. Ini adalah kerana kejayaan sesebuah negara bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi rakyatnya. Masyarakat Malaysia umumnya mengetahui akan kewujudan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau lebih dikenali sebagai TVET dan kerajaan Malaysia memberi perhatian yang lebih kepada perkara ini hinggakan sejumlah RM 4.9 Billion telah diperuntukkan untuk membangunkan bidang TVET ini. Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global (Musa, n.d.). Berdasarkan perancangan strategik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) KPM 2019, penjelasan dasar pendidikan melalui PPPM 2013-2025 melibatkan peningkatan peluang dan laluan kerjaya pelajar Kolej Vokasional dari aspek latihan dan peningkatan tenaga mahir tempatan kepada 35 peratus menjelang 2020. Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) juga menekankan peningkatan modal insan untuk pembangunan negara maju melalui penawaran 60 peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan dengan keperluan TVET (Johari, 2019). Menurut Ngah (2015), sebanyak 20 peratus enrolmen menengah atas dalam pendidikan vokasional telah disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang akhir tahun 2020. Ianya selaras dengan anggaran sekurang-kurangnya 46 peratus tambahan yang akan diwujudkan memerlukan kelayakan bidang teknik dan vokasional, sekaligus menjayakan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Program Transformasi Pendidikan Vokasional meliputi pengenalan Pendidikan Asas Vokasional dan proses menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV), selain merangkumi semakan menyeluruh kurikulum, menggunapakai kaedah penilaian dan pentaksiran baharu, meningkatkan kemahiran guru serta mengukuhkan jaringan kerjasama dengan industri (Ngah, 2015). Selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup, satu aliran atau sebuah sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) diwujudkan berperanan membentuk individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.
15 buah KV telah diwujudkan pada tahun 2012 dan jumlah tersebut meningkat kepada 80 buah di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid menengah atas yang cenderung ke arah pendidikan teknik dan vokasional dan ditawarkan kepada pelajar berusia 16 tahun hingga 19 tahun dimana terdapat tiga jenis program vokasional diperkenalkan iaitu Program Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Menurut Biden & Kamin (2013), dalam memenuhi agenda ini, pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu laluan yang penting kearah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, inovatif dan mampu menghadapi saingan samada pada peringkat serantau dan juga global agar relevan dengan keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional menjadi agenda penting di negara selaras dengan hasrat negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran perlu dilakukan secara berterusan agar mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif kajian pasaran bagi program Teknologi Pemesinan Industri: i. Mengenalpasti keperluan program dalam sektor industri. ii. Mengenalpasti kesesuaian pembangunan kandungan kurikulum program dengan keperluan industri. iii. Mengenalpasti peluang kerjaya bidang Teknologi Pemesinan Industri dalam industri. 3.0 METODE KAJIAN 3.1 Pengenalan Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik melalui aplikasi Google Form dimana borang tersebut diedarkan kepada graduangraduan Kolej Vokasional seluruh Malaysia melalui blast kepada emel pelajar dan melalui Whatsapp untuk dikongsi kepada majikan. Selain itu, pensyarah penyelia On-The-Job Training (OJT) bagi program Teknologi Pemesinan Industri juga dikehendaki untuk berkongsi pautan borang tersebut https://docs.google.com/forms/d/1Ref2-GMcq5HU35NiaNqCJOmfIakw3jfuMaVABiF4W4/edit?ts=5ce34508 kepada wakil syarikat industri yang dilawati semasa menyelia pelajar masing-masing bagi mendapatkan maklumbalas mereka. (Rujuk Lampiran 1 untuk contoh borang soal selidik). 3.2 Responden Seramai 120 orang responden dari pihak industri seluruh Malaysia telah memberikan kerjasama untuk menjawab soal selidik ini agar hasil kajian dapat dianalisis dan dirumuskan sebagai salah satu dapatan untuk penambahbaikan berterusan bagi memastikan kelestarian program Teknologi Pemesinan Industri.
3.3 Instrumen Terdapat beberapa instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan respon daripada wakil/pihak industri. 3.3.1 Kaedah Ya / Tidak Kaedah Ya / Tidak digunakan untuk mendapatkan maklumat umum / awal mengenai program Diploma Teknologi Pemesinan Industri dan soalan dikembangkan sekiranya responden menjawab Ya / Tidak. 3.3.2 Kaedah Pilihan Kaedah ini membenarkan responden memilih komponen dengan menanda ruangan yang sesuai. 3.3.3 Kaedah Likert Point Soal selidik ini menggunakan kaedah Likert Point, maklumbalas skala 5 yang bersesuaian dan diklasifikasikan berdasarkan tahap keperluan. Nilai skala 1 mewakili amat tidak setuju dan nilai skala 5 mewakili amat setuju seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Sangat tidak setuju Strongly disagree Tidak setuju Disagree Sederhana Moderate Setuju Agree Sangat setuju Strongly Agree 1 2 3 4 5 3.4 Kandungan Borang Soal Selidik Soalan kaji selidik ini merangkumi lima (5) bahagian utama. Bahagian A mengandungi maklumat profil syarikat responden termasuklah nama syarikat, jenis syarikat (awam/swasta), teras perniagaan dan bilangan tenaga kerja di syarikat masing-masing. Bahagian B mengandungi maklumat program seperti teori asas berkaitan teras disiplin, relevan kursus, kekuatan kursus untuk menyokong program dan sebagainya. Manakala, Bahagian C mengandungi maklumat mengenai peluang pekerjaan termasuklah kesesuaian graduan program bekerja dalam industri, pekerjaan/jawatan yang bersesuaian dan pendapatan yang sesuai dengan kelulusan graduan. Bahagian D pula berkaitan kesesuaian program Teknologi Pemesinan Industri dengan Programme Education Outcome (PEO), Programme Learning Outcome (PLO) dan Programme Outcome (PO). Akhir sekali, Bahagian E mengandungi komen/pendapat keseluruhan dari responden mengenai program yang dicadangkan.
3.5 Kaedah Analisis Data dianalisis berdasarkan peratusan jumlah responden. Keputusan analisis dan dapatan akan dibincangkan dalam Perkara 4.0. 4.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Profil Syarikat (a) Jenis Syarikat Rajah 1 Berdasarkan Rajah 1 diatas, sebanyak 79.2 % syarikat adalah terdiri daripada sektor swasta, manakala 19.2% adalah sektor awam dan 1.7% lagi adalah government-linked company (GLC). (b) Teras Perniagaan Syarikat Jadual 2 Teras Perniagaan Peratus Pembuatan 88 (73.3%) Minyak dan gas (O&G) 8 (6.7%) Pengurusan projek 5 (4.2%) Penyelidikan dan pembangunan (R&D) 4 (3.3%) Pendidikan 3 (2.5%) Perkhidmatan dan kejuruteraan 1 (0.8%) Fabrikasi dan penyelenggaraan 1 (0.8%) 19.2% 79.2% 1.7% 0 20 40 60 80 100 Sektor Awam Sektor Swasta Government-Linked Company (GLC) Jenis Syarikat
Hidraulik 1 (0.8%) Industri gear dan servis kotak gear/pengilang 1 (0.8%) Kimia 1 (0.8%) Peranti semikonduktor 1 (0.8%) Pembangunan produk, proses pemasangan, perkhidmatan dan fabrikasi perkakasan 1 (0.8%) Punch and die 1 (0.8%) Pembekal mesin 1 (0.8%) Perkhidmatan kejuruteraan 1 (0.8%) Servis 1 (0.8%) Tenaga kerja untuk automasi mesin 1 (0.8%) Rajah 2 Berdasarkan data Jadual 2 dan carta pai Rajah 2, teras perniagaan syarikat yang mencatatkan peratusan tertinggi adalah bidang pembuatan iaitu sebanyak 73.3%, diikuti perusahaan minyak dan gas sebanyak 6.7%, bidang pengurusan projek sebanyak 3.3% dan 2.5% adalah daripada bidang penyelidikan dan pembangunan. Manakala, lain-lain teras perniagaan seperti pembekal mesin, pengilang, penyediaan perkhidmatan dan tenaga kerja, fabrikasi dan sebagainya mencatatkan peratusan kurang daripada 1% iaitu 0.8% sahaja. 73.3% 6.7% 4.2% 3.3% 2.5% 0.8% Teras Perniagaan Syarikat Pembuatan Minyak dan gas (O&G) Pengurusan projek Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Pendidikan
(c) Bilangan Tenaga Kerja Rajah 3 Rajah 3 diatas menunjukkan peratusan bilangan tenaga kerja di syarikat responden. Peratusan tertinggi yang dicatatkan adalah sebanyak 40.8% tenaga kerja melebihi 500 orang, kedua tertinggi adalah syarikat dengan 30% iaitu kurang dari 50 orang pekerja, diikuti 11.7% mempunyai pekerja bawah 100 orang, 9.2% mempunyai kurang dari 200 pekerja dan akhir sekali sebanyak 8.3% mempunyai tenaga kerja bawah 150 orang. 4.2 Maklumat Program (a) Adakah program memenuhi keperluan teori asas dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri? Rajah 4 30.0% 11.7% 8.3% 9.2% 40.8% 0 10 20 30 40 50 60 <50 <100 <150 <200 >500 Bilangan Tenaga Kerja 1.7% 98.3% 0 20 40 60 80 100 120 140 Tidak Ya Program Memenuhi Keperluan Teori Asas
Merujuk kepada Rajah 4, sebanyak 98.3% responden bersetuju bahawa program Teknologi Pemesinan Industri memenuhi keperluan teori asas dalam bidang berkaitan dan hanya 1.7% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. (b) Adakah kursus yang ditawarkan relevan dengan situasi/keadaan semasa? Rajah 5 Majoriti responden bersetuju kursus yang ditawarkan dalam program Teknologi Pemesinan Industri adalah relevan mengikut situasi semasa dalam industri dengan peratusan 96.7% manakala sebilangan kecil tidak bersetuju iaitu 3.3%. (c) Adakah kursus-kursus tersebut menyumbang kepada kekuatan program Teknologi Pemesinan Industri? Rajah 6 3.3% 96.7% 0 20 40 60 80 100 120 140 Tidak Ya Kursus Yang Ditawarkan Adalah Relevan 97.5% 2.5% Kursus Yang Ditawarkan Menyumbang Kepada Kekuatan Program Ya Tidak
Berdasarkan Rajah 6, seramai 97.5% responden bersetuju bahawa kursuskursus yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program sebagai persediaan pelajar untuk bekerja dalam industri terutamanya bidang pemesinan dan pembuatan. Manakala, 2.5% lagi tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. (d) Adakah program yang dicadangkan merangkumi keseluruhan kursus yang relevan? Rajah 7 Majoriti responden berpendapat bahawa program yang dicadangkan merangkumi keseluruhan kursus yang relevan dengan peratusan sebanyak 91.7%. Namun, sebilangan kecil tidak bersetuju dengan peratusan sebanyak 8.3%. Responden menyatakan terdapat beberapa kursus yang perlu ditambah sebagai penambahbaikan program untuk menyediakan pelajar dan graduan yang memenuhi keperluan industri. Antara cadangan tersebut ialah memperkenalkan kursus basic sheet metal and basic sub assembly, kursus piping and instrumentation diagram (P&ID), freehand sketches, precision measurement, hidraulik dan workshop technology and practice. 91.7% 8.3% Cadangan Program Merangkumi Keseluruhan Kursus Yang Relevan Ya Tidak
(e) Adakah terdapat sebarang kursus yang tidak relevan didalam program? Rajah 8 Berdasarkan Rajah 8, 82.5% responden bersetuju bahawa tiada kursus yang tidak relevan dalam program Teknologi Pemesinan Industri. Hanya sebilangan kecil responden iaitu 17.5% menyatakan terdapat beberapa buah kursus yang tidak relevan dengan program yang ditawarkan. Responden tersebut berpendapat beberapa buah kursus perlu dibuang/diabaikan (omit) kerana tidak berkaitan dengan program. Antaranya ialah kursus bahasa asing seperti Bahasa Arab dan Mandarin, Etika Profesional, Keusahawanan, Elektrik dan Elektronik dan Penyelenggaraan. Terdapat juga responden yang mencadangkan bahasa Mandarin ditukar kepada bahasa Perancis atau Jepun. (f) Sila nyatakan adakah program Teknologi Pemesinan Industri memenuhi lima kriteria berikut: Rajah 9 82.5% 17.5% 0 20 40 60 80 100 120 Tidak Ya Kursus Yang Tidak Relevan Didalam Program 64.2% 52.5% 25.8% 55.8% 57.5% 34.2% 45.0% 64.2% 41.7% 39.2% 1.7% 2.5% 10.0% 2.5% 3.3% 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 Program Memenuhi Lima Kriteria Ya Sebahagian Tidak
Berdasarkan graf bar pada Rajah 9, majoriti responden bersetuju bahawa program Teknologi Pemesinan Industri memenuhi lima (5) kriteria seperti teori asas, skil pemesinan, penggunaan ICT, komunikasi/softskill dan pasaran/industri yang berkaitan dengan peratusan sebanyak 64.2%, 52.5%, 25.8%, 55.8% dan 57.5% mengikut kategori. Terdapat juga responden yang menyatakan sebahagian kriteria ini dipenuhi oleh program. Namun begitu, beberapa orang responden berpendapat bahawa program ini tidak mencapai kriteria seperti yang dinyatakan dalam graf diatas. (g) Adakah program ini menawarkan tempoh pengajian yang mencukupi? (Tempoh pengajian di Kolej Vokasional adalah 2 tahun 6 bulan) Rajah 10 Majoriti responden bersetuju bahawa tempoh pengajian di Kolej Vokasional adalah mencukupi dengan peratusan sebanyak 90.8%. Manakala, 9.2% responden tidak bersetuju dan telah memberikan cadangan tempoh pengajian yang sesuai. Responden mencadangkan tempoh pengajian dipanjangkan ke 3-5 tahun untuk memastikan pelajar adalah kompeten dalam menguruskan peralatan dan mesin dalam industri. 9.2% 90.8% 0 20 40 60 80 100 120 Tidak Ya Tempoh Pengajian Program
(h) Pada pendapat anda, apakah tahap permintaan program ini? Rajah 11 Peratusan tertinggi iaitu sebanyak 46.7% responden memilih tahap permintaan program bagi Teknologi Pemesinan Industri berada pada skala 4. Lain-lain responden telah memilih skala 1, 3 dan 5 untuk menyatakan pendapat mereka mengenai tahap permintaan program ini dalam industri pembuatan. (i) Adakah syarikat anda bersedia untuk berkolaborasi dengan Kolej Vokasional dengan menyediakan tempat kepada pelajar bagi tujuan On-The-Job Training program ini? Rajah 12 0.8% 0.0% 24.2% 46.7% 28.3% 0 10 20 30 40 50 60 1 2 3 4 5 Tahap Permintaan Program 10.8% 89.2% 0 20 40 60 80 100 120 Tidak Ya Kesediaan Syarikat Berkolaborasi Dengan Kolej Vokasional
Data pada graf bar dalam Rajah 12 menunjukkan sebanyak 89.2% responden bersedia untuk bekerjasama berkolaborasi dengan Kolej Vokasional bagi penempatan pelajar semasa On-The-Job Training. Manakala, 10.8% baki responden tidak bersedia untuk berkolaborasi dengan Kolej Vokasional. Hal ini kerana kemungkinan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh syarikat responden untuk menerima pelajar praktikal. 4.3 Peluang Pekerjaan (a) Adakah anda merasakan graduan program ini sesuai untuk bekerja di organisasi anda? Rajah 13 Berdasarkan Rajah 13, graf bar menunjukkan seramai 95.0% responden berpendapat bahawa graduan program ini sesuai untuk bekerja di organisasi mereka. Manakala, 5.0% lagi berpendapat sebaliknya. Rajah 14 berikut menunjukkan pendapat responden mengenai kesesuaian bidang dalam industri untuk graduan program Teknologi Pemesinan Industri. Majoriti memilih bidang pembuatan adalah bidang utama yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran graduan program ini dengan peratusan sebanyak 73.3%, diikuti oleh bidang teknikal/kejuruteraan dengan peratusan 71.7%, bidang kawalan kualiti/jaminan kualiti dengan peratusan sebanyak 37.5%, 18.3% untuk bidang penyelidikan dan pembangunan serta bidang pembangunan produk mencatatkan peratusan 6.7%. 5.0% 95.0% 0 20 40 60 80 100 120 Tidak Ya Kesesuaian Graduan Bekerja di Organisasi
Rajah 14 (b) Nyatakan pekerjaan/jawatan yang sesuai untuk graduan program ini di organisasi anda. Rajah 15 Kebanyakan responden memilih jawatan juruteknik sebagai pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan dan kemahiran graduan program di organisasi mereka dengan peratusan sebanyak 78.3%. 68.3% dicatatkan untuk jawatan jurumesin atau machinist, diikuti pengaturcara program dengan peratus 34.2%, penyelia 33.3% dan 32.5% lagi sebagai pembantu jurutera. Manakala, lain-lain berpendapat graduan sesuai untuk bekerja sebagai mekanik, operator, pereka, jurutera jualan dan kawalan kualiti (QC) dengan peratus sebanyak 0.8%. 0.8% 0.8% 0.8% 0.8% 0.8% 0.8% 1.7% 1.7% 6.7% 18.3% 37.5% 71.7% 73.3% 0 20 40 60 80 100 Mesin syop/Bengkel Kejuruteraan Perkakasan dan penyelenggaraan Engineering sales Jualan dan pemasaran Kejurulatihan Pendidikan Penyelenggaraan Pembangunan Produk Penyelidikan dan pembangunan Kawalan Kualiti/Jaminan Kualiti Teknikal/Kejuruteraan Pembuatan Bidang Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Graduan Program 0.8% 0.8% 0.8% 0.8% 0.8% 32.5% 68.3% 34.2% 33.3% 78.3% 0 20 40 60 80 100 Kawalan Kualiti Jurutera Jualan Pereka (Designer) Operator Mekanik Pembantu Jurutera Jurumesin Pengaturcara Program Penyelia Juruteknik Kesesuaian Pekerjaan/Jawatan Graduan Program di Organisasi
(c) Nyatakan bilangan jawatan yang boleh diisi oleh graduan program ini di organisasi anda. Rajah 16 Berdasarkan carta pai dalam Rajah 16, responden menyatakan terdapat 1-3 jawatan yang boleh diisi oleh graduan program ini dengan peratusan sebanyak 57.5%. 23.3% responden menyatakan terdapat 4-6 jawatan di organisasi mereka, 11.7% untuk 7-9 jawatan dan hanya 7.5% sahaja organisasi yang mempunyai jawatan kosong lebih dari 10. (d) Apakah pendapatan yang sesuai untuk graduan program ini? Rajah 17 23.3% 57.5% 11.7% 7.5% Bilangan Jawatan Untuk Graduan Program Di Organisasi 1-3 jawatan 4-6 jawatan 7-9 jawatan >10 jawatan 73.3% 22.5% 4.2% 0% Anggaran Pendapatan Untuk Graduan Program <RM2000 RM2001-RM3000 RM3001-RM4000 >RM4000
Berdasarkan Rajah 17, 73.3% responden memilih pendapatan yang bersesuaian dengan kelayakan graduan program ini adalah dibawah RM2000. Manakala, 22.5% lagi berpendapat graduan layak menerima pendapatan antara RM2001- RM3000 dan 4.2% memilih pendapatan antara RM3001-RM4000. Tiada responden memilih pendapatan atas RM4000 bagi graduan program ini. 4.4 Perkaitan/Kesesuaian Programme Educational Objectives (PEOs) dan Programme Learning Outcomes (PLOs) (a) Pada pendapat anda, adakah PEOs berikut sesuai untuk menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran/industri? Mengikut PEO, selepas beberapa tahun dalam bidang industri/berkerjaya, graduan seharusnya: Rajah 18 Merujuk kepada graf bar dalam Rajah 18, sebahagian besar responden bersetuju pada skala 4 bahawa PEO program ini mampu menghasilkan graduan program yang memenuhi keperluan pasaran/industri semasa terutama dari segi kemahiran dan skil. 0 10 20 30 40 50 60 70 PEO1: Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Pemesinan Industri PEO2: Efektif dalam komunikasi, kerja berpasukan dan memaparkan ciri kepimpinan yang beretika dalam sebuah organisasi PEO3: Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya. Kesesuaian PEO Untuk Keberhasilan Graduan Tidak Relevan 1 2 3 Sangat Relevan 4
(b) Pada pendapat anda, adalah PLOs berikut sesuai untuk menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran/industri? Mengikut PLO, selepas bergraduat, graduan seharusnya: Rajah 19 Merujuk kepada graf bar dalam Rajah 18, sebahagian besar responden bersetuju pada skala 4 bahawa PLO program ini mampu menghasilkan graduan program yang memenuhi keperluan pasaran/industri semasa terutama dari segi kemahiran dan skil. (c) Pada pendapat anda, adakah program ini mampu menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan industri? Rajah 20 0 10 20 30 40 50 60 70 80 Kesesuaian PLO Untuk Keberhasilan Graduan Tidak Relevan 1 2 3 Sangat Relevan 4 98.3% 1.7% Kemampuan Program Menghasilkan Graduan Yang Memenuhi Keperluan Industri Ya Tidak
Berdasarkan Rajah 20, sebilangan besar responden mewakili peratusan sebanyak 98.3% bersetuju dan berpendapat bahawa graduan Kolej Vokasional dalam program ini mampu memenuhi keperluan pasaran kerja/industri kerana: i. Industri memerlukan pelajar yang mempunyai skil dan kemahiran TVET terutamanya dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri. ii. Pengetahuan asas untuk pekerja baru telah diajar dari peringkat awal. iii. Setiap proses dalam industri memerlukan staf terlatih dan skil khas. iv. Tenaga kerja separuh mahir dan mahir dimonopoli oleh warga asing. v. Graduan yang menepati teras perniagaan syarikat dan mempunyai skil bersesuaian sebagai tenaga kerja, skil mereka boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. vi. Memudahkan pemantauan prestasi dan skil menguruskan perkara yang berkaitan operasi pemesinan oleh pihak industri. vii. Pengetahuan graduan merangkumi bidang pemesinan. viii. Pihak industri lebih cenderung untuk memilih graduan yang mempunyai kemahiran teknikal berbanding teori semata-mata. ix. Graduan Kolej Vokasional mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam bidang industri, dimana ianya membantu mengurang kemungkinan kesilapan dari berlaku dan memudahkan pembelajaran perkara baru dalam persekitaran yang berbeza. x. Graduan mampu bersaing, berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam industri. 4,5 Komen/Kesimpulan Keseluruhan Mengenai Program (a) Kami ingin meminta pandangan anda mengenai perspektif keseluruhan mengenai program ini. Sila nyatakan adakah anda bersetuju atau tidak. Rajah 21 91.7% 8.3% Perspektif Keseluruhan Mengenai Program Ya Tidak
Merujuk kepada graf bar dalam Rajah 21, sebanyak 91.7% responden bersetuju bahawa program ini adalah bersesuaian dalam menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran kerja/industri. Antara pendapat responden adalah seperti berikut: i. Kemahiran hands-on adalah bonus kepada pelajar vokasional. ii. Program adalah fleksibel, kebolehpasaran graduan bergantung kepada potensi masing-masing. iii. Kawalan untuk proses manual adalah sukar. Oleh itu, kemahiran dalam bidang yang melibatkan pemesinan auto seperti proses CNC adalah salah satu pilihan. iv. Graduan yang mengikuti program ini amat sesuai dengan kehendak pasaran kini. Idea dan sumbangan anak-anak muda amat diperlukan untuk memajukan industri tempatan terutamanya dalam kalangan Bumiputera. v. Graduan mempunya kemahiran tinggi, hands-on dan kreatif dengan cara masing-masing. vi. Program adalah bagus, namun kebolehpasaran graduan juga bergantung kepada teras perniagaan syarikat dan kekosongan jawatan. vii. Industri sentiasa berkembang pesat dari semasa ke semasa. Oleh itu, pengetahuan dan skil yang diperoleh melalui program bukan sahaja memberi kelebihan kepada syarikat, malah menguntungkan graduan itu sendiri. viii. Silibus program adalah tepat untuk generasi muda kerana skil dan kemahiran ini tidak dipunyai oleh semua orang. Perkara penting dalam industri adalah multi-skills. ix. Untuk mencari pekerja dalam industri, mereka mencari graduan yang mampu mengaplikasi pengetahuan dan skil untuk menyiapkan kerja. Graduan juga perlu mempunyai softskill dalam komunikasi, menulis laporan teknikal, pandai bersosial dan mempunyai etika. 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan analisis kajian dan perbincangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa program ini dapat memenuhi keperluan pasaran kerja/industri di mana-mana sektor; awam, swasta dan GLC. Kurikulum dan silibus yang dibangunkan oleh Jurulatih Utama bagi program ini telah diteliti dan dimurnikan agar dapat bergerak seiring dengan teknologi dan kehendak industri dari semasa ke semasa. Tidak dinafikan, graduan Kolej Vokasional akan bersaing hebat dengan graduan vokasional lain bagi memasuki pasaran kerja. Namun, hasil keluaran Kolej Vokasional adalah setanding graduan dari institut pengajian lain dan mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan teknikal dan kemahiran hands-on. Pelajar Kolej Vokasional juga diberi pendedahan ilmu keusahawanan untuk melahirkan 20% sasaran usahawan dalam bidang masing-masing terutamanya bidang Teknologi Pemesinan Industri. Pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi setelah bergraduat.
6.0 RUJUKAN Biden, N., & Kamin, Y. (2013). Implikasi Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kepada Kolej Vokasional (KV) [Ebook] (1st ed., pp. 316-323). Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun dari https://humanities.utm.my/education/wp-content/uploads/sites/6/2013/11/44.pdf Johari, I. (2019). CABARAN DAN STRATEGI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KE ARAH MENCAPAI WAWASAN 2020. Dimuat turun pada 5 Ogos 2019, dari https://www.academia.edu/33553743/CABARAN_DAN_STRATEGI_PENDIDIKAN_TEKN IK_DAN_VOKASIONAL_KE_ARAH_MENCAPAI_WAWASAN_2020.pdf Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Musa, N. Official Portal of Ministry of Education Malaysia - Maklumat Umum TVET. Dimuat turun pada 5 Ogos 2019, dari https://www.moe.gov.my/index.php/en/tvet/3284-maklumat-umum-tvet Ngah, N. (2015). Teknik, vokasional jaya matlamat negara maju. Dimuat turun pada 5 Ogos 2019, dari https://www.bharian.com.my/node/70537 Omar, M. (2017). Pembangunan modal insan melalui pendidikan teknik dan vokasional. Dimuat turun pada 5 Ogos 2019, dari https://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembangunan-modal-insan-8232- melalui-pendidikan-teknik-dan-vokasional-1.491606