The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmanuelrentap13, 2016-09-21 05:57:42

bukukpp

bukukpp

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

14. Di kedua-dua kawasan ini, pemandu hendaklah memandu dengan:

I. Berhati-hati
II. Memperlahankan kenderaan
III. Menyalakan lampu kecemasan

A. Ill sahaja
B . I dan II sahaja
C . I dan III sahaja
D. II dan III sahaja

15. Di kawasan manakah tanda isyarat lalu lintas ini akan anda temui ketika memandu?

3 .5m A. Perumahan
B . Pembinaan
C . Terowong
D . Lintasan kereta api berpagar

148

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

BAHAGIAN B

16. Mengikut kajian,kebanyakan kemalangan berlaku di akhir sesuatu perjalanan.Kenapa perkara ini boleh berlaku?

A . Keletihan dan mengantuk
B . Pengaruh cahaya dan cuaca,
C . Kerosakan mekanikal kenderaan
D . Terlalu gembira kerana hampir ke destinasi

17. Sedang anda memandu di sebatang jalan raya, tiba-tiba sebuah kenderaan datang dari arah hadapan dalam
keadaan tidak terkawal. Apakah tindakan yang perlu anda ambil?

A . Teruskan perjalanan dengan berhati-hati
B . Nyalakan lampu kecemasan (hazard lights)
C . Kurangkan kelajuan, bergerak ke sebelah kiri jalan dan berhenti jika perlu
D. Bergerak ke sebelah kanan jalan dan memberhentikan kenderaan jika perlu

18. Jika anda memandu kenderaan berat di lebuh raya, nyatakan cara pemanduan yang baik yang patut anda amalkan.

A. Memandu sama ada di sebelah kiri atau kanan jalan
B . Memandu di sebelah kiri mengikut had laju yang ditetapkan
C . Memandu ditengah jalan untuk mengelakkan daripada tergelincir
D. Memandu di sebelah kanan jalan dan tidak perlu memberikan isyarat

19. Semasa memandu di selekoh, pemandu hendaklah:

A . Menarik brek tangan
B . Menekan injak cekam (clutch)
C . Menggunakan gear yang rendah
D. Gear mestilah dalam keadaan bebas
149

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

20. Apabila anda menghampiri pusing keliling dan ingin membelok ke kanan, di lorong manakah anda mesti
memandu?
A . Lorong kiri
B . Lorong kanan
C . Lorong kiri atau kanan
D . Lorong yang tidak dilalui oleh kenderaan lain

21. Antara perbuatan tidak sopan atau tindakan kurang bijak semasa memandu yang boleh membawa bahaya
ialah:

A . Memberikan isyarat yang betul apabila hendak membelok
B . Menggunakan lampu rendah ketika mengekori kenderaan di hadapan
C . Sentiasa memasang lampu tinggi semasa memandu pada waktu malam
D . Memandu perlahan di lorong kiri dan membiarkan kenderaan di belakang memotong

22. Menuruni bukit yang curam memerlukan kita memandu dengan lebih berhati-hati. Apakah langkah yang
sesuai diambil apabila memandu dalam keadaan ini?

A . Tekan injak cekam dan kawal stereng
B . Tukar kepada gear tinggi dan bersedia untuk membrek
C . Tukar kepada gear rendah dan bersedia untuk membrek
D. Sentiasa menggunakan brek dan cekam (clutch) untuk mengawal kelajuan kenderaan

23. Pilih satu daripada tempat-tempat berikut yang dibenarkan memotong apabila selamat:

A . Di petak kuning
B . Di hadapan sekolah
C . Di selekoh dengan garisan berkembar
D. Di jalan lurus dengan garisan putus-putus

150

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

24. Penggunaan isyarat yang betul membolehkan:

A. Pemandu lain memandu laju
B . Anda mendapat keutamaan laluan
C . Kesesakan lalu lintas dikurangkan
D. Pemandu lain boleh bertindak awal

25. Membrek dengan mengejut semasa memandu kenderaan boleh dielakkan dengan:

A . Memandu dengan had laju 30km/j
B . Mengekori kenderaan di hadapan terlalu hampir
C . Memastikan kenderaan anda memotong setiap kenderaan yang berada di hadapan tanpa mengira keadaan
D. Memastikan jarak yang selamat dan sentiasa menyesuaikan cara memandu dengan keadaan cuaca dan jalan

26. Tindakan berikut adalah cara untuk mengelakkan perlanggaran kenderaan daripada arah hadapan KECUALI:

A . Menekan brek dan memandu ke sebelah kanan jalan raya
B . Membunyikan hon dan menyalakan lampu hadapan
C . Perlahankan kenderaan dengan serta-merta
D. Bergerak ke sebelah kiri jalan raya jika perlu

27. Apakah tindakan anda sekiranya anda berhenti di tepi jalan dan ingin keluar dari kenderaan?

A . Terus buka pintu dan keluar ;
B . Menurunkan cermin tingkap sebelum keluar
C . Memasang lampu isyarat ke kiri sebelum keluar
D . Melihat cermin sisi dan pastikan tiada kenderaan lain dari belakang

151

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

28. Hydroplaning ialah keadaan apabila kenderaan menggelongsor di atas lapisan air yang berada di antara tayar
dan permukaan jalan. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini?

A . Tayar botak
B . Jalan kering
C . Tekanan angin tayar yang cukup
D. Kenderaan yang dipandu perlahan

29. Jika hujan terlalu lebat dan jalan sukar dilihat dengan jelas semasa memandu, pemandu dinasihatkan untuk
mengambil tindakan berikut:

A . Memberhentikan kenderaan ditempat yang selamat sehingga hujan berhenti
B . Melajukan kenderaan dan memasang lampu hazard
C . Meneruskan perjalanan seperti biasa
D. Sentiasa membunyikan hon

30. Bercakap melalui telefon bimbit atau mendengar radio yang terlalu kuat semasa memandu boleh
menyebabkan pemandu:

A . Dapat memandu dengan tenang
B . Dapat mengelakkan diri daripada mengantuk
C . Tidak dapat memberi tumpuan semasa memandu
D . Tidak merasakan kepenatan memandu terutama ketika perjalanan jauh

31. Tujuan utama pemanduan berhemat diperkenalkan ialah untuk :

A. Menghalang perjalanan anda
B . Menjimatkan kos perjalanan anda
C . Mempercepatkan perjalanan anda
D. Mengelakkan kemalangan jalan raya

152

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

32. Apabila memandu menghampiri selekoh tajam yang terlindung, apa yang anda perlu jangkakan?

A . Tiada kenderaan lain di hadapan
B . Terdapat halangan dan kenderaan lain dari hadapan
C . Kenderaan dari arah hadapan memandu di lorong yang betul
D . Keadaan jalan raya adalah bersih dan tiada apa-apa halangan

33. Jika anda ingin memotong kenderaan di hadapan, anda mestilah:

A. Memandu perlahan
B . Menggunakan gear rendah
C . Mematuhi peraturan 12 saat
D . Menyalakan lampu hadapan

34. Merancang perjalanan bermaksud:

A . Menggunakan jalan paling dekat walaupun lalu lintas di jalan tersebut adalah sibuk
B . Menggunakan kenderaan baru supaya cepat sampai ke tempat yang dituju
C . Menyediakan waktu perjalanan yang cukup untuk sampai ke suatu tempat
D. Menyediakan perbelanjaan yang mencukupi

35. Dalam keadaan manakah anda sukar membuat jangkaan jarak dan kelajuan kenderaan yang datang dari hadapan?

A. Memandu dalam cuaca yang baik pada siang hari
B . Memandu pada waktu malam semasa hujan lebat
C . Memandu pada waktu tengah hari semasa hujan rintik-rintik
D . Memandu pada waktu petang semasa cuaca terang benderang

153

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

36. Di manakah anda dibenarkan meletak kenderaan?

A. Di jalan selekoh
B . Di perhentian bas
C . Di atas jambatan sempit
D . Di tempat letak kenderaan yang disediakan

37. Bagaimanakah cara memandu yang baik dan selamat ketika di selekoh tajam?

A . Memandu dengan perlahan dan gunakan gear yang sesuai
B . Memandu dengan laju dan menyalakan lampu hadapan
C . Menyalakan lampu hadapan dan membunyikan hon
D. Menekan injak cekam (clutch) sepanjang selekoh

38. Dalam keadaan bagaimanakah kita perlu memotong kenderaan di hadapan?

A . Apabila mengekori sebuah kenderaan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan
B . Apabila kenderaan di hadapan bergerakterlalu perlahan
C . Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan ke kiri
D . Semua yang dinyatakan di atas

i hadapan? 39. Pilih pernyataan yang BETUL bagi gambar rajah ini:

A A. Kenderaan C perlu beri keutamaan kepada kenderaan B
B B. Kenderaan B perlu beri keutamaan kepada kenderaan C
C. Kenderaan B perlu beri keutamaan kepada kenderaan A sebelum keluar
D. Kenderaan A perlu beri keutamaan kepada kenderaan B sebelum membelok

C

154

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

40. Pilih pernyataan yang BETUL bagi gambar rajah ini:

A A. Kenderaan B mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan A
B. Kenderaan A mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan B
C C. Kenderaan C mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan B
D. Kenderaan C mempunyai keutamaan jalan sebelum kenderaan A
B

BAHAGIAN C

41. Pilih dari senarai di bawah yang menunjukkan ketegangan positif:

A. Sakit
B . Kematian
C . Berkahwin
D. Putus tunang

42. Berapa lamakah tempoh sesuatu Lesen Memandu Percubaan (PDL)?

A. 6 bulan
B . 12 bulan
C . 24bulan
D. 36 bulan

155

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

43. Kelayakan umur minimum untuk memohon Lesen Belajar Memandu (LDL) bagi kelas B ialah:

A. 15 tahun
B . 16 tahun
C. 17 tahun
D . 18 tahun

44. Semua calon dikehendaki lulus ujian undang-undang jalan raya sebelum layak memohon untuk menduduki ujian amali.
Berapa lamakah sah laku bagi kelulusan ujian undang-undang tersebut?

A . Satu tahun dari tarikh lulus
B . Dua tahun dari tarikh lulus
C . Tiga tahun dari tarikh lulus
D . Tiada tempoh dari tarikh lulus

45. Berapa lamakah tempoh sah laku sijil keputusan ujian memandu (JPJL3) untuk memohon Lesen Memandu?

A . 1 tahun
B. 2 tahun
C. 3 tahun
D. 4 tahun

46. Apakah jenis lesen yang diperlukan oleh seorang pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam?

A. Lesen Memandu Kompeten dan Lesen PSV
B . Lesen Memandu Kompeten dan Lesen GDL
C . Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Konduktor
D . Lesen Memandu Kompeten dan Permit Memandu Antarabangsa

156

PANDUAN PEMBELAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU

47. Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) hendaklah mempamerkan:

A . Plat “L” di hadapan dan di belakang kenderaan
B . Plat “P” di hadapan dan di belakang kenderaan
C. Tanda “AWAS PEMANDU CACAT” di belakang kenderaan
D . Tanda “PEMANDU SEDANG DIUJI” di hadapan kenderaan

48. Di bawah Sistem KEJARA apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada pemegang
Lesen Memandu Kompeten (CDL) apabila didapati telah mengumpul 15 mata demerit atau
lebih bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun?

A. Lesen Memandu Kompeten (CDL) digantung tidak melebihi 6 bulan
B . Lesen Memandu Kompeten (CDL) digantung tidak melebihi 12 bulan
C . Lesen Memandu Kompeten (CDL) digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat
D . Lesen Memandu Kompeten (CDL) digantung 24 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat

49. Di bawah Sistem KEJARA berapakah mata demerit yang boleh dikenakan pada pemandu yang melakukan kesalahan kerana
TIDAK mematuhi lampu isyarat semasa memandu di jalan raya?

A . 5 mata
B . 8 mata
C . 10 mata
D . 15 mata

50. Seorang pemandu telah meletakkan kenderaannya mengikut sesuka hati di kawasan lalu lintas yang sibuk.
Di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan ini merupakan suatu kesalahan kerana ia boleh :

A . Menyebabkan kenderaan lain sukar untuk mendapatkan tempat letak kenderaan
B . Menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada pengguna - pengguna yang lain
C . Memberikan cukup ruangan kepada kenderaan lain meletakkan kenderaan di tempat yang sama
D. Menyebabkan kenderaan lain mudah untuk membuat olah gerak yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan

lalu lintas kepada pengguna jalan yang lain
157


Click to View FlipBook Version